• Tidak ada hasil yang ditemukan

University of Malaya

KAWASAN KAJIAN DAN PROFIL INFORMAN

2.2 Latar Belakang Kawasan Kajian

2.2.2 Kampung Keledang

Kampung Keledang merupakan kampung yang dipilih untuk menjalankan penyelidikan ini. Kampung ini dipilih kerana kerana rata-rata penduduknya, terutama warga tuanya masih lagi mengingati amalan-amalan tradisi nenek moyang mereka, terutama asas berhubung perlindungan diri daripada penyakit bawaan alam ghaib. Bahagian ini bertujuan untuk menjelaskan secara mendalam keseluruhan aspek fizikal dan sosial di kawasan tersebut sebagai tempat penyelidikan. Antara aspek yang telah diberi perhatian ialah lokasi dan pendudukan, sejarah awal, populasi penduduk, topografi dan ciri-ciri fizikal, kemudahan asas di kawasan kajian, sistem politik dan pentadbiran, sistem ekonomi, sistem pendidikan, sistem penjagaan kesihatan dan perubatan, dan terakhir sistem sosial dan kebudayaan.

2.2.2.1 Lokasi dan Kependudukan

Kampung Keledang merupakan sebuah kampung yang terdapat di dalam mukim Kupang, Baling, Kedah (peta 2.3). Menurut penghulu mukim Kupang, Tuan Haji Yusuf Saad, mukim ini mempunyai 41 buah kampung, salah satunya ialah Kampung Keledang. Kampung ini bersempadan dengan Kampung Ketumbar di sebelah timur laut, Kampung Tawar di sebelah barat daya, serta Kampung Kuala Kijang di sebelah utara. Kampung ini berada di pedalaman, maka tidak hairanlah jika bentuk muka buminya dikelilingi dengan elemen-elemen alam yang lain, seperti bukit-bukau, sungai, hutan tebal, mahupun lembah.

80

Rata-rata penduduk kampung membina rumah di tepi sungai dan bukit-bukau tersebut. Elemen-elemen alam itu menjadi sumber utama untuk kelangsungan hidup mereka. Salah satunya ialah untuk tujuan perlindungan diri daripada penyakit bawaan alam ghaib.

Peta 2.3: Kedudukan Kampung Keledang dalam Daerah Baling, Kedah

(Sumber: Majlis Daerah Baling, 2014)

Peta 2.3 memaparkan kedudukan Kampung Keledang dalam daerah Baling. Kampung ini berada di kawasan luar bandar dan berhampiran dengan sungai utama penduduk, iaitu Sungai Ketil. Kebanyakan rumah-rumah penduduk dibina berhampiran dengan sungai tersebut, rimba dan hutan, serta bukit-bukau. Rata-rata mereka mengaplikasi

81

elemen alam itu untuk kepentingan diri mereka, antaranya ialah untuk tujuan perbomohan, perubatan tradisional, serta perlindungan diri diri daripada penyakit bawaan alam ghaib.

Dari segi kependudukan, kampung ini didapati mempunyai 94 buah rumah dengan tersendiri daripada 100 buah keluarga (peta 2.4). Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Tuan Yahya Hamid, rata-rata penduduk setempat didapati terdiri daripada penduduk asal kampung tersebut dan hanya segelintir sahaja yang berasal daripada penduduk luar. Itupun ia berlaku setelah mereka berkahwin dengan penduduk luar atau orang luar telah membeli tanah di kampung tersebut. Kesemua mereka berbangsa Melayu dan beragama Islam. Rata-rata mereka membina rumah berhampiran dengan sungai utama penduduk, iaitu Sungai Ketil. Aktiviti ekonomi utama penduduk kampung ialah aktiviti pertanian, seperti menoreh getah, menanam sayur-sayuran, menternak binatang, serta terbaharu menanam kelapa sawit. Sebelum aktiviti ini dijalankan, penduduk setempat menjalankan kegiatan menanam padi, namun oleh kerana sawah mengering, maka mereka mula beralih kepada kegiatan ekonomi di atas itu.

Pada tahun 1999, petempatan baharu telah dibina di kampung tersebut, iaitu Kampung Keda Keledang. Tujuannya ialah untuk mengumpul penduduk-penduduk miskin di daerah tersebut di bawah satu unit politik yang sama untuk tujuan pembangunan sosio-ekonomi. Walaupun berada di bawah satu kampung yang sama, namun mereka berada di bawah entiti politik dan pentadbiran yang berbeza. Kampung Keda Keledang berada di bawah pentadbiran Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Manakala, kampung yang asal, iaitu Kampung Keledang pula berada di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah. Masing-masing mempunyai organisasi politik yang tersendiri. Jarak antara Kampung Keda Keledang dengan kampung yang asal ialah satu kilometer sahaja, dengan

82

Kampung Keda Keledang jaraknya lebih dekat dengan jalan utama (jalan Grik-Butterworth), iaitu dengan jarak satu kilometer sahaja berbanding kampung yang asal.

Peta 2.4: Pelan Kampung Keledang, Baling, Kedah

(Sumber: Majlis Ketua Kampung Keledang, 2015)

Peta 2.4 menunjukkan pelan keseluruhan Kampung Keledang yang terdiri daripada Kampung Keda Keledang dan Kampung Keledang.3 Kajian ini hanya dijalankan di Kampung Keledang sahaja kerana kebanyakan penduduknya, terutamanya warga tuanya masih lagi mengingati asas-asas berhubung perlindungan diri daripada penyakit bawaan alam ghaib, selain mereka juga merupakan penduduk asal di kampung tersebut.

83

2.2.2.2 Sejarah Awal

Kampung Keledang berkedudukan di pedalaman. Kampung ini berasal daripada pokok Keledang. Menurut Ainsyah Osman, anak kepada penduduk asal kampung tersebut, kampung ini dibuka oleh ayahnya, arwah Tuan Haji Osman Awang serta sahabat-sahabat mereka, seperti arwah Ishak Saad sudah melebihi tempoh 100 tahun. Rata-rata mereka berasal daripada kampung yang berbeza-beza. Dengan makna lain, sebelum mereka berpindah ke kampung tersebut, rata-rata mereka berasal dari daerah-daerah lain dari negeri Kedah terlebih dahulu. Antaranya ialah daerah Kulim, daerah Kota Setar, daerah Pendang. Walau bagimanapun, sebelum menetap di daerah-daerah dalam negeri Kedah itu, rata-rata mereka berasal dari negara lain terlebih dahulu, iaitu Thailand dan Indonesia.

Ketika dalam perjalanan mencari petempatan baharu, Tuan Haji Osman Awang serta sahabat-sahabatnya telah ternampak sebatang anak sungai. Setelah melakukan tilikan,

mereka mendapati bahawa kawasan tersebut sesuai dibina dengan kampung.4

Kebetulannya, di laluan utama kawasan tersebut terdapat sebatang pokok Keledang, maka kawasan tersebut terus dinamakan sebagai Kampung Keledang bersempena dengan nama pokok tersebut. Setelah itu, masing-masing penduduk awal itu telah mengajak sahabat mereka untuk menetap di kampung tersebut. Mereka datang dengan membawa keluarga masing-masing. Setelah itu, penduduk awal itu melantik, arwah Tuan Haji Hussein Md Saman sebagai ketua kampung yang pertama. Mereka seterusnya bersama-sama telah membuka tanah dan petempatan baharu. Kawasan itu telah ditanam dengan berbagai jenis tanaman makanan, seperti tanaman padi (padi sawah dan padi bukit), ubi kayu, pisang, dan tebu. Manakala, haiwan yang diternak pula ialah lembu dan kerbau. Generasi kini yang menetap di kampung tersebut merupakan anak-anak kepada penduduk asal tersebut.

84

2.2.2.3 Populasi Penduduk

Penduduk Kampung Keledang masih berada di bawah kategori masyarakat kecil. Jumlah mereka hanyalah sekitar 400 orang sahaja, yang terdiri daripada 100 buah keluarga serta 94 buah rumah. Rata-rata mereka didapati terdiri daripada anak muda, diikuti dengan kumpulan kanak-kanak, orang dewasa, serta warga tua. Populasinya adalah seperti berikut:

Jadual 2.1: Populasi Penduduk Kampung Keledang, Baling, Kedah

Kategori Kumpulan Umur Bilangan (Orang) Peratus Remaja/Anak Muda 15-40 tahun 180 45 Peratus

Kanak-Kanak 1-14 tahun 90 22 Peratus