• Tidak ada hasil yang ditemukan

University of Malaya

1.10 Pembahagian Bab

Pengkaji telah membahagikan disertasi ini kepada lima bab. Bab pertama ialah bab pengenalan. Intipati bab ini telah dibahagikan kepada empat fokus yang utama, iaitu memperkenalkan topik yang hendak dikaji, memperincikan persoalan kajian, memperincikan hala tuju kajian, serta menggariskan skop kajian, dengan keempat-empat intipati itu ditetapkan sebagai panduan bagi kajian ini.

Bab dua pula mengkhususkan latar belakang kawasan kajian dan aspek demografi penduduk. Perkara ini amat penting. Ini kerana kajian ini berperspektifkan kajian kes, maka sudah tentu latar belakang kawasan kajian, populasi penduduk, serta informan yang dipilih perlu dirangkumkan sekali di dalam bab ini dengan mendalam. Fakta itu dihuraikan dalam bentuk tema tertentu supaya kehadirannya nampak lebih kemas dan tersusun. Antara tema

65

tersebut ialah sejarah kawasan kajian, lokasi dan topografi di kawasan kajian, populasi penduduk, ciri-ciri fizikal di kawasan kajian, kemudahan asas di kawasan kajian, sistem pentadbiran dan politik, sistem ekonomi, sistem pendidikan, sistem penjagaan kesihatan dan perubatan, sistem sosial dan kebudayaan, gambaran ringkas berhubung sistem perlindungan diri daripada alam ghaib, serta terkahir, aspek demografi sosial informan.

Bab tiga pula adalah bab pemikiran kajian. Bab ini berusaha untuk menerangkan tentang sistem worldview masyarakat Kedah tradisional serta hubungannya dengan sebab-musabab penyakit. Bab ini menghujahkan bahawa Allah adalah Tuhan kepada seluruh alam semesta. Allah dikatakan telah menganugerahkan kuasanya ke bumi menerusi berbagai konsepsi. Entiti hantu, alam sekitar, bomoh, tok keramat, serta manusia biasa dikatakan menjadi pemegang utama kuasa ghaib tersebut di bumi. Berkait dengan sebab-musabab penyakit, hantu jahat dan bomoh sihir didapati telah memanipulasi kuasa itu di bumi, sama ada secara langsung (menindih, menghisap darah, dan merasuk), tidak langsung (mengambil kesempatan di atas perubahan alam, semangat rumah, serta sial binatang), mahupun kerjasama kedua-duanya (menghubungkan sihir kepada manusia) untuk menghubungkan penyakit kepada manusia sehingga tercetusnya prinsip perlindungan diri.

Bab empat pula adalah bab manifestasi pemikiran. Bab ini berusaha mengkonstruksi sistem perlindungan diri yang digunapakai oleh masyarakat pada waktu itu untuk mengatasi penyakit bawaan alam ghaib (hantu jahat dan bomoh sihir) tersebut, yang tercermin dalam kehidupan sehari-hari. Hasrat itu dizahirkan dalam bentuk kegiatan dan amalan. Dalam kes ini, masyarakat Kedah tradisional didapati telah mempraktiskan tiga benteng perlindungan diri untuk mengatasi nasib malang tersebut. Antaranya ialah perlindungan diri dan tanah kediaman menggunakan hantu baik, perlindungan rumah menerusi ritual memagar rumah,

66

serta perlindungan khas diri-sendiri. Kajian ini berusaha untuk memperlihatkan kontak interaksi antara ketiga-tiga entiti alam itu, iaitu alam ghaib, alam hantu, serta alam manusia. Bab kelima pula merupakan bab terkahir bagi disertasi ini. Bab ini berusaha untuk membuat rumusan sama ada kajian ini benar-benar mencapai matlamat yang telah ditetapkan ataupun tidak. Kajian yang sedang dijalankan ini misalnya menetapkan persoalan mengkonstruksi sistem perlindungan diri masyarakat Kedah tradisional daripada penyakit bawaan alam ghaib akibat daripada sistem ilmunya telah menyusut daripada masyarakat kerana dihakis oleh perkembangan Islam, perubahan sosiobudaya, dan penyusutan generasi kesinambungan. Justeru di bab kesimpulan ini, perkara itu berusaha untuk dirumus sama ada berjaya disingkap ataupun tidak.

1.11 Rumusan

Penyelidikan ini didapati berusaha mengkonstruksi sistem perlindungan masyarakat Kedah tradisional daripada penyakit bawaan alam ghaib (hantu jahat dan bomoh sihir), di mana sistem ilmu tersebut didapati telah menyusut daripada masyarakat akibat dihakis oleh perkembangan Islama, perubahan sosiobudaya, dan penyusutan generasi kesinambungan.

Matlamat untuk menyingkap persoalan itu diharapkan dapat menemui jawapannya menerusi pemerhatian mendalam di kawasan kajian supaya kehadiran korpus ilmu itu dapat disedari, lantas terus dihargai oleh generasi kini kerana kedudukannya pada suatu masa dahulu amat tinggi dan mengukuh dalam masyarakat. Kini kehadirannya telah benar-benar dilupai oleh masyarakat akibat dihakis oleh faktor-faktor di atas itu secara perlahan-lahan.

Pada masa yang sama, pengkaji juga mengharapkan agar kajian-kajian serupa berhubung kebudayaan terus diperbanyakkan lagi agar kepudarannya suatu hari kelak tidak lagi disesali kerana sistem ilmunya telah didokumentasikan. Namun, dengan syarat bahawa

67

kajian baharu yang hendak dilakukan itu mestilah benar-benar menepati kaca mata kebudayaan yang dikaji itu sendiri agar korpus ilmu yang terhasil kelak benar-benar bersifat tulen berlandaskan ekologi tempatan itu sendiri atau perspektifnya yang asal.

68

1 Kajian ini menggunakan terma “masyarakat Melayu Kedah”. Berhubung aspek ini, tiga perkara penting yang hendak diperincikian. Pertama, frasa yang digunakan. Walaupun frasa “masyarakat Melayu Kedah” merupakan suatu frasa yang luas serta terdedah kepada berbagai tafsiran. Namun, kajian ini tetap memilih frasa ini. Hal ini kerana kebudayaan masyarakat Melayu Baling itu itu sendiri merupakan sebahagian daripada kebudayaan masyarakat Melayu Kedah. Demikian kerana mereka berasal daripada kebudayaan dan etnik yang sama. Maka, walaupun pengkaji mengkaji masyarakat Melayu Baling, namun menggunakan frasa “masyarakat Melayu Kedah”, ia tetap merupakan suatu tindakan yang tepat kerana kebudayaan masyarakat Melayu Baling itu sendiri telah menggambarkan kebudayaan masyarakat Melayu Kedah. Kedua, kaitan konsep kajian dengan pemikiran kajian. Kajian ini berperspektif tradisi, maka frasa “masyarakat Melayu Kedah” itu sendiri hakikatnya merujuk kepada “masyarakat Melayu Kedah tradisi”. Namun, ia dimanifestasikan secara berbeza itu supaya sesuai dengan kontent kajian. Maka, selepas ini, kajian ini menggunakan secara terus frasa “masyarakat Kedah tradisi” ataupun sekali-sekala “masyarakat Melayu Kedah tradisi” sebagai menyokong perspektif tradisi kajian ini. Walaupun ketiga-tiganya dimanifestasikan secara berbeza-beza, namun dari aspek makna, ketiga-tiganya tetap mempunyai tujuan yang sama. Ketiga, kritikan dari sudut praktis. Dari sudut topografi, bentuk muka bumi di bahagian Tenggara Kedah (Baling) tidak sama dengan topografi di bahagian Utara Kedah. Sedikit sebanyak memberi kesan terhadap perbezaan praktis perlindungan diri masyarakat Kedah tradisional. Namun, jika dinilai dari sudut tujuan dan intipatinya, terasnya tetap adalah sama. Topografi di bahagian Tenggara Kedah misalnya tiada laut dan hanya ada sungai sahaja, maka hantu yang disembah sudah tentu hantu sungai sahaja. Di bahagian Utara Kedah pula, terdapat laut dan tiada sungai, maka sudah tentu hantu yang disembah pula merupakan hantu laut sahaja. Sedikit sebanyak hal ini mempengaruhi konsep dan jenis ritual yang digunakan. Namun, dari sudut tujuan dan intipatinya, matlamanya tetap adalah sama. Mereka tetap mempraktiskan amalan perlindungan diri yang sama, iaitu praktis yang melingkungi keseluruhan aspek hidup mereka, sama ada dari sudut perlindungan rumah, mahupun perlindungan dalaman dan luaran diri. Maka, tindakan kajian ini, walaupun mengkaji masyarakat Melayu Baling, namun memakaikan frasa “masyarakat Melayu Kedah” sebagai mewakili kebudayaan masyarakat Negeri Kedah tetap merupakan suatu tindakan yang tepat kerana pola kebudayaan yang dipraktiskan oleh kedua-dua kawasan geografi itu tetap bersemi dalam perspektif yang serupa.

2 Menurut informan, terdapat tiga amalan perlindungan diri tempatan yang tidak bertentangan dengan Islam. Antaranya ialah amalan mengesan sihir menggunakan anggota badan. Amalan ini dilakukan sebelum makan. Tujuan pengamalannya ialah untuk mengesan sihir yang berada di dalam makanan agar tidak dimakan oleh pemakan. Kedua, amalan memperteguhkan semangat dalaman selepas mandi. Amalan ini diamalkan untuk tujuan memastikan semangat dalaman sentiasa teguh, lantas tidak dapat dimasuki oleh hantu. Amalan ini diamalkan dengan cara kain basahan yang dipakai ketika mandi diperahkan airnya, lantas dipulas kejap serta dipukulkan di bahagian belakang badan tubuh dengan sederhana kuat. Ketiga, amalan menyimpan besi di dalam rumah. Hal ini kerana besi, seperti paku dan keris dikatakan mengandungi unsur panas dan tajam yang kuat. Unsur itu apabila terkena tubuh hantu jahat mereka akan berasa sakit, lantas mereka melarikan diri. Orang tua terdahulu selalu menggunakan peralatan ini sebagai peneman tidur/simpanan di dalam rumah.

69

3 Generasi ketiga dalam konteks ini merujuk kepada anak muda. Mereka berumur dalam lingkungan 15-40 tahun. Walaupun generasi pertama sudah tiada, namun generasi ketiga ini tetap merancakkan penyelidikan ini, terutama generasi yang melepasi umur 30-an. Asasnya kerana sifat kebudayaan itu sendiri yang boleh diwarisi. Elemen itu pernah disampaikan kepada mereka sendiri oleh nenek moyang mereka dan pernah dialami oleh mereka sendiri, seperti pernah mengalami sakit misteri, dirasuk hantu, ataupun pernah ternampak hantu. Maka, atas sebab itu, kumpulan ini tetap dianggap sebagai berperanan dalam penyelidikan ini.

4 Kebudayaan Melayu terbentuk hasil daripada suluhan berbagai dokongan kebudayaan, antaranya ialah animisme/kepercayaan lama, Hinduisme, Buddhisme, Islamisme, dan terbaharu kolonialisme/westernisme. Unsur-unsur kebudayaan dari Hinduisme, Buddhisme, Islamisme, dan kolonialisme/westernisme dianggap sebagai unsur kebudayaan baharu atau asing. Namun, unsur-unsur ini telah bercantum dengan unsur kebudayaan yang asal sehingga membentuk pola kebudayaan (idea dan perlakuan) mereka yang tersendiri. Hal inilah yang menjadikan sistem kebudayaan tempatan unik dan mempunyai identitinya yang tersendiri.

5 Pemerhatian empirikal merujuk kepada pemerhatian saintifik, iaitu pemerhatian yang dapat dilihat, dihitung, disemak, didengar, dibau, dirasa, dan disentuh dengan pancaindera dan kebolehan kognitif manusia sendiri.

6 Kelas abangan dalam masyarakat Jawa merujuk kepada kumpulan masyarakat tani/masyarakat luar bandar.

7 Ritual mohon restu merujuk kepada amalan memohon izin kepada penunggu pokok tersebut atau mana-mana kawasan berpenunggu untuk melalui kawasan tersebut. Ritual ini juga boleh melibatkan beberapa amalan, seperti menjamu telur ayam kampung, bertih, dan darah kambing (atau ayam panggang).

8 Menurut informan, memandang matahari boleh memberi ilham kepada orang yang sesat di tengah rimba untuk keluar daripada “dunia kelam” tersebut kerana matahari berada di atas alam. Kedudukannya “di atas” itu seakan-akan menjadi pengilham dan penyuluh ilham kepada orang yang tersesat tersebut. Mengikuti arah pucuk pokok menjalar juga turut menjadi penunjuk arah kepada orang yang tersesat. Pokok dikatakan mempunyai semangat. Semangat itu pula mempunyai hubung kait dengan semangat yang terdapat di dalam tubuh manusia. Kehadiran pucuk pokok tersebut seakan-akan membawa makna “ingin menunjuk jalan” kepada orang yang tersesat di tengah rimba tersebut. Jika pucuk tersebut menunjuk arah kanan, maka arah tersebut perlu dipilih. Jika pucuk tersebut menunjuk arah kiri, maka arah tersebut yang perlu dipilih. Dengan memilih arah yang ditunjuk itu, jalan keluar daripada sesat tersebut akan hadir dengan sendirinya.

9 Hinduisme berpegang kepada prinsip bahawa dunia ini dan segala isinya terhasil daripada penjelmaan Tuhan Brahman (Rahim Syam Norhale 1985:58). Dari penjelmaan tersebut, maka terhasilnya berbagai makhluk bumi, seperti pokok kayu, matahari, air dan sungai, api dan angin, bulan dan bintang, manusia, binatang, mahupun bumi itu sendiri. Mereka percaya bahawa objek-objek itu mempunyai “jiwa” yang yang digelar sebagai dewa atau dewi. Oleh kerana sebelum Hinduisme, orang Kedah tradisional telah percaya akan kewujudan semangat di dalam objek-objek alam itu, maka dogma Hinduisme itu terus dapat diterima dengan mudah dalam masyarakat ini dan terus disinkretiskan dengan konsep semangat dalam kepercayaan tempatan sehingga ia menjadi sebahagian daripada sistem kepercayaan tempatan itu sendiri – yang khusus dan sepadu.

10 Dari sudut pandangan universal, roh dikaitkan dengan konsep ketuhanan. Manakala, dari pandangan tempatan pula, roh tidak dikaitkan dengan keagamaan tetapi hanya dikaitkan dengan konsep hantu sahaja.

70

11 Dalam masyarakat tempatan, konsep dewa dan semangat berbeza dari sudut istilah dan sebutan, namun dari sudut intipati, mereka memiliki intipati yang sama, iaitu percaya akan konsep “jiwa” yang terdapat di dalam objek alam. Untuk maklumat lanjut, pembaca boleh rujuk di nota bab normbor sepuluh di atas.

12 Dari sudut tempatan, entiti hantu terjadi akibat daripada kepercayaan bahawa roh manusia yang jahat tidak dapat naik ke langit untuk kembali kepada Allah akibat langit enggan membuka pintu kerana kejahatan mereka di dunia, lantas mereka kembali ke bumi dan bertukar diri menjadi hantu. Berhubung dengan sebab-musabab penyakit pula, akibat daripada apa yang dialami oleh mereka itu, maka entiti ini telah membalas dengan dengan menimpakan penyakit kepada manusia. Justeru, setiap perbuatan manusia (misalnya perbuatan manusia memetik bunga-bungaan hutan) telah dijadikan sandaran oleh entiti itu untuk menyakiti manusia.

13 Dalam masyarakat tempatan, tuhan juga berperanan terhadap konteks penyakit tempatan. Tuhan misalnya dikatakan merupakan pencipta asal kepada kuasa ghaib tersebut. Setelah itu, kuasa tersebut telah dianugerahkan kepada makhluk-makhluknya di bumi, terutama makhluk halus. Namun, di bumi, entiti itu telah mengambil kesempatan memanipulasi kuasa itu untuk menghubungkan penyakit kepada manusia.

14 Menyelesai berbagai masalah manusia dalam konteks ini merujuk kepada menyembuhkan penyakit, melindungi rumah daripada penyihir dan pencuri, mengesan barang yang hilang, menanam padi, mengawasi haiwan ternakan, selain mengajar manusia ilmu penjinakan haiwan, perlindungan diri, serta perbomohan.

15 Elemen alam, misalnya langit atau matahari dikatakan mempunyai semangat. Elemen tidak berkeperibadian itu dikatakan mempunyai hubungan dengan semangat yang terdapat di dalam tubuh manusia. Elemen itu akan memberi petanda kepada manusia andai perjalanan ke hutan/kawasan keras bakal berakhir dengan natijah malang. Petanda langit atau matahari kelam misalnya mengkonotasikan bahawa “bahaya” itu berada di sekeliling manusia. Bahaya itu boleh wujud dalam berbagai bentuk, sama ada spiritual (seperti diganggu oleh hantu jahat, dengan cara disakiti, dirasuk atau disesatkan di tengah rimba), mahupun fizikal (dibadai ribut, terjatuh bukit, dipatuk ular, diserang binatang buas, terlibat dengan nahas fizikal, serta sebagainya).

16 Langit terang pula melambangkan natijah baik, iaitu diri-sendiri terhindar daripada nasib malang yang dibincangkan di nota bab nombor enam belas di atas, selain mendokong berbagai nasib baik lagi, seperti hati menjadi tenang, perasaan menjadi girang, dan pekerjaan yang dilakukan akan memberi pulangan yang baik.

71

BAB 2