• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kefahaman Guru Dalam Menggunakan Model Pembelajaran

2.4 Kefahaman Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum 2013

2.4.3 Kefahaman Guru Dalam Menggunakan Model Pembelajaran

Model pembelajaran adalah suatu pola atau perancangan yang digunakan sebagai panduan dalam merancang pembelajaran di dalam kelas. Pendekatan pembelajaran yang digunakan merujuk kepada model-model pembelajaran, tahap kegiatan pembelajaran, tujuan pembelajaran dan pengurusan kelas (Arends, 2008). Hal ini sesuai dengan pendapat Joyce dan Weil (1980) menyatakan dalam merancang pembelajaran setiap model pembelajaran akan mengarahkan guru untuk membantu pelajar mencapai matlamat pembelajaran.

Zamri dan Mohamad (2006) menyatakan guru yang mempelbagaikan strategi pengajaran dapat membantu pelajarnya menguasai pelbagai ilmu dengan cepat dan berkesan. Guru yang profesional dituntut menggunakan model pembelajaran. Memilih model pembelajaran yang tepat merupakan keperluan untuk membantu pelajar dalam rangka mencapai tujuan pengajaran dan mempengaruhi kejayaan pelajar (Salamah, 2006).

Model pembelajaran yang boleh digunakan berkaitan dengan Pembelajaran Aktif Efektif dan Menyenangkan (PAKEM ) menurut Jabatan Pendidikan Nasional (2008) antaranya:

a) Kerja Projek

Pembelajaran produktif sering digunakan bagi model pembelajaran kerja projek. Pembelajaran ini mengarahkan pelajar secara standard dan sistematik untuk menyelesaikan dan membuat suatu produk. Pada pelaksanaan model pembelajaran kerja projek guru diharapkan dapat melakukan langkah-langkah yang boleh membantu pelajar dalam pelaksanaannya (Jabatan Pendidikan Nasional, 2008).

Guru melakukan langkah-langkah untuk menyatakan strategi pembelajaran dengan pendekatan kerja projek, menyatakan tujuan pembelajaran yang akan dicapai, menyatakan ruang lingkup standard kompetensi yang akan dipelajari oleh pelajar, menyatakan alternatif judul nama yang boleh dipilih pelajar, menyatakan penyusunan dan menetapkan garis panduan penilaian kompetensi dan memberi bimbingan kepada pelajar.

Pendekatan model pembelajaran kerja projek dapat membantu langkah-langkah seperti meminta tajuk dan nama produk, menyusun rencana kerja projek sesuai dengan tajuk yang dipilih, melakukan proses belajar dan mengajar, mengorganisasikan bukti belajar dan menyusun laporanyang sesuai dengan secara pengalaman belajar.

b) Quantum Teaching and Learning (QTL). Pengajaran dan Pembelajaran Secara Quantum.

Quantum Teaching and Learning (QTL) adalah pengubahan pengajaran dengan memasukkan segala kaitan, interaksi dan perbezaan yang memaksimumkan dalam proses pembelajaran. Keadaan tersebut untuk mewujudkan suasana belajar yang menyenangkan. QTL menumpukan pada hubungan dinamik dalam persekitaran kelas. Interaksi yang terjadi mewujudkan landasan dan kerangka untuk belajar. Rati dan Astawan (2011) dalam kajiannya mengungkapkan bahawa pembelajaran quantum dapat meningkatkan kefahaman konsep dan pemecahan masalah serta memberikan impak yang lebih baik dibandingkan metod pembelajaran konvensional.

Rati (2013) menetapkan pendekatan pembelajaran QTL merupakan tempat bagi pelajar mencari maklum balas, memberi dan menerima sebarang proses dalam pembelajaran. Dalam pembelajaran QTL, kelas merupakan tempat untuk meningkatkan kesedaran, meningkatkan daya penyertaan, maklum balas dan pertumbuhan bagi pelajar.

Persekitaran yang menyokong model pembelajaran QTL antara lain ialah tetapan tempat duduk pelajar dan mempunyai peranan penting dalan proses pembelajaran. Muzik boleh digunakan untuk menata suasana hati dan mengubah suasana mental pelajar. Penggunaan warna dan alat bantu belajar boleh membantu dalam memperkayakan kesegaran bilik darjah.

c) Contextual Teaching and Learning (CTL). Pengajaran dan Pembelajaran Secara Konstektual

Pembelajaran CTL (Contextual Teaching and Learning) merupakan suatu proses pembelajaran holistik, konteks kehidupan seharian mengaitkan dengan bahan pembelajaran dan memahami makna bahan pelajaran yang dipelajari. Pelajar mempunyai pengetahuan dan kemahiran secara luwes dan dapat memindahkan dari satu permasalahan atau konteks kepada permasalahan atau konteks yang lain. Dalam pembelajaran CTL, guru perlu mewujudkan suasana kerjasama pelajar dan saling menyokong. Suasana belajar secara tenang akan membuatkan pelajar aktif dan tidak membosankan serta proses pembelajaran berlangsung dengan baik. Tilaar (2015) dalam kajiannya menyatakan CTL merupakan konsep yang membantu guru untuk memotivasikan pelajar.

Dalam melaksanakan model pembelajaran CTL, guru melakukan perancangan seperti memahami latar belakang kehidupan pelajar, bahan pengajaran dan perancangan pengajaran dilakukan dengan mengaitkan konsep dan teori dengan kehidupan pelajar. Penilaian dilakukan bagi menentukan pelajar tersebut mengusai pembelajaran atau sebaliknya. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran guru mendorong pelajar untuk membina kesimpulan yang telah dipelajari.

Model PBL merupakan model penyelesaian masalah dan langkah awal dalam mengumpul dan menginterasikan pengetahuan. Pembelajaran yang dilaksanakan akan membentuk dorongan penyelesaian masalah. Pembelajaran berdasarkan masalah merupakan pendekatan yang berkesan dan merupakan proses berfikir pada tahap yang tinggi. Menurut Arends (2008) pembelajaran secara penyelesaian masalah mampu untuk membina jati diri pelajar.

Dalam pembelajaran PBL terdapat beberapa kelebihan seperti merangsang kemahiran berfikir serta mendorong pelajar untuk melakukan pembelajaran yang berkesan. PBL mencerminkan sifat semulajadi pengetahuan yang sentiasa berubah-ubah sesuai dengan keperluan sebagai respon kepada masalah yang dihadapi. PBL juga merangsang pelajar untuk bertanya dan menggali pengetahuan secara mendalam.

e) Inquiry Training Model Mengajar

Model mengajar Inquiry Training membimbing dan menguji pelajar untuk mencari jawapan dengan membina konsep dan hipotesis. Guru menggunakan model pembelajaran ini dengan mengarahkan dan membantu pelajar mengembangkan kemahiran intelektual. Model pembelajaran Inquiry Training memfokuskan kepada pengumpulan maklumat yang dilihat dan berkaitan dengan masalah. Pengelompokan data dilakukan dengan memisahkan variabel yang relevan dan membuat hipotesis tentang hubungan penyebab. Langkah selanjutnya

mengorganisasikan data dan merumuskan suatu paparan. Kemudian menganalisis strategi inkuiri dan mengembangkan model pembelajaran yang berkesan.

f) Role Playing Model Mengajar (Main Peran)

Model pembelajaran ini digunakan oleh guru untuk membangunkan kemampuan analogi tentang situasi permasalahan kehidupan yang sebenar. Guru membantu pelajar dengan membimbing pada masa pembelajaran berlangsung. Dalam menggunakan model pembelajaran ini guru dapat melakukan langkah-langkah pembelajaran seperti memotivasikan pelajar dengan mengenal pasti dan menjelaskan masalah. Kemudian menginterprestasikan dengan menjelaskan peranan dan menjelajah isu-isu. Selanjutnya guru membantu pelajar memilih peranan, menyiapkan pemerhatian dan menyiapkan tahap-tahap peranan. Kemudian pelajar memainkan peranan dengan melakukan perbincangan dan penilaian.