• Tidak ada hasil yang ditemukan

3.10.1 Kesahan Panduan Temu Bual

Dalam kajian ini instrumen panduan temu bual sebelum digunakan sebagai alat pengumpul data lebih dahulu dilakukan uji kesahan melalui minta respons kepada orang-orang tentang soalan yang diajukan dalam panduan temu bual. Seberapa besar kedudukan kepercayaan terhadap data kajian sangat bergantung kepada kesahan instrumen pengumpulan data kajian. Oleh itu, maka sebelum instrumen digunakan untuk memetik kajian ini, hendaklah diyakinkan bahawa instrumen yang digunakan mempunyai kesahan yang kuat (Berg, 2004).

Panduan temu bual dalam kajian ini sebelum digunakan sebagai alat pengumpulan data dilakukan uji kesahan dengan melakukan kajian rintis pada empat orang guru dan dua orang staf pentadbiran. Temu bual pada mulanya diajukan kepada guru jurusan busana RA dan RB yang memberi jawaban seperti yang diharapkan oleh pengkaji, selepas itu pengkaji melakukan lagi temu bual dengan guru lain jurusan tataboga RC dan RD selepas melakukan temu bual guru dapat faham terhadap apa yang ditanyakan dalam temu bual. Hasilnya temu bual yang diajukan oleh pengkaji dapat dilanjutkan untuk digunakan temu bual pada kajian ini.

Berdasarkan jawapan temu bual yang telah dilakukan, untuk lebih meyakini soalan temu bual, pengkaji meminta dua orang staf pentadbiran sekolah iaitu RA dan RB untuk melakukan temu bual, hasil temu bual juga boleh dijawab dengan baik sesuai soalan yang diajukan oleh pengkaji. Dengan demikian pengkaji menyimpulkan

bahawa temu bual yang dilakukan pada kajian rintis memiliki peringkat kesahan yang tinggi.

3.10.2 Kesahan Data Kajian

Dalam kajian kualitatif, kesahan data perlu dilakukan sejak melakukan penurunan data, pameran data dan kesimpulan atau pengesahan. Untuk menetapkan kesahan dan diperlukan teknik pemeriksaan. Pelaksanaan teknik pemeriksaan berdasarkan kepada beberapa kriteria tertentu. Adapun kriteria yang digunakan untuk membuat pengesahan data ialah tahap kepercayaan (credibility), keteralihan (transferability), kebergantungan (dependability), dan kepastian (confirmability) (Lincoln & Guba, 1985).

Dalam kajian ini peringkat kepercayaan berfungsi melaksanakan kajian kepada data maklumat. Sehingga kepercayaan penemuannya dapat tercapai. Pada peringkat keteralihan iaitu generalisasi suatu penemuan dapat berlaku atau dipakai pada semua konteks. Pada peringkat kebergantungan ditunjukkan dengan jalan mengadakan replikasi kajian, jika dua atau beberapa kali diadakan pengulangan suatu kajian dalam suatu kondisi yang sama dan hasilnya adalah sama. Pada peringkat kepastian menyatakan bahawa suatu pandangan itu objektif apabila disepakati oleh beberapa orang.

Teknik kesahan data dalam kajian ini dilakukan secara triangulasi yang sesuai dengan teori Patton (2002) yang menyatakan ada empat model iaitu triangulasi penyelidik, sumber (data) metod dan teori. Triangulasi penyelidik ialah

115

membandingkan suatu maklumat dari pada permasalahan kajian yang sama oleh beberapa penyelidik yang berbeza. Triangulasi sumber menyarankan pengalaman berbagai-bagai sumber yang berbeza-beza, kemudian membandingkannya. Triangulasi kaedah pada prinsipnya ialah strategi uji tahap validiti berdasarkan teknik pengumpulan data dan sumber data yang berbeza. Triangulasi teori melihat bahawa fakta tidak boleh dijelaskan dengan benar dari pada satu atau dua teori saja, oleh kerananya perlu ada teori-teori yang lain yang disebut pembanding .

3.11 Rumusan

Bab ini menghuraikan reka bentuk kajian, tempat kajian, fokus kajian, pendekatan rancangan kajian kes yang digunakan, peserta kajian dan pemberi maklumat kajian, pengumpulan data analisis data, dan kesahan data. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kefahaman guru dalam pelaksanaan Kurikulum 2013 di SMK Negeri 3 Kota Banda Aceh.

Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes. Oleh yang demikian, penyelidik menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen sebagai tatacara pengumpulan data. Peserta kajian sebagai penyalur maklumat terdiri daripada pengetua dan guru SMK Negeri 3 Kota Banda Aceh, kakitangan sokongan dan pelajar. Kesahan data dilakukan dengan memanjangkan masa pemerhatian, pengamatan berterusan, triangulasi, membincangkan dengan pakar (peer debriefing) dan pemeriksaan oleh rakan (member check). Penganalisisan dilakukan dengan pengumpulan data, reduksi dan pembentangan data, kesimpulan dan pengesahan.

Dengan langkah-langkah tersebut penyelidik sudah melakukan kaedah yang tepat untuk mencapai matlamat penyelidikan.

Bab empat menjelaskan dapatan kajian, secara khusus menjelaskan profil peserta kajian tentang proses pelaksanaan kurikulum 2013 di SMK Negeri 3 Kota Banda Aceh, kefahaman guru dalam membuat rancangan pelaksanaan pembelajaran, kefahaman guru dalam menggunakan model-model pembelajaran, kefahaman guru dalam menggunakan media pembelajaran, dan kefahaman guru dalam menulis modul pembelajaran.

117

BAB EMPAT

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Kurikulum merupakan “alat kunci” dalam proses pendidikan. Alat ini perlu dinilai kembali selaras dengan perkembangan zaman seterusnya. Kurikulum adalah harapan yang ditulis dalam bentuk rencana atau program pendidikan untuk dilaksanakana oleh guru di sekolah. Hal ini supaya guru harus terlebih dahulu memahami kurikulum supaya dapat memberikan pengajaran secara bermakna. Pelaksanaan sesuatu kurikulum banyak melibatkan guru. Mutu pendidikan bergantung pada mutu guru yang ditentukan oleh kefahamannya mengenai kurikulum.

Melaksanakan kurikulum bermaksud mentransformasikan pendidikan kepada pelajar melalui proses pengajaran untuk tujuan dan persetujuan yang telah diprogramkan dalam kurikulum. Dalam hal ini, guru yang menentukan sampai atau tidaknya harapan yang ada dalam kurikulum. Oleh itu, dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya maka guru dituntut kefahamannya dalam melaksanakan kurikulum.

Kurikulum 2013 merupakan penyempurnaan dari kurikulum Tingkat Satuan Pendidikan (KTSP) semata-mata untuk pembaikan sistem pendidikan di Indonesia. Perubahan tersebut dilakukan kerana KTSP dianggap belum dapat mencapai harapan yang diinginkan sehingga perlu adanya semakan kurikulum. Usaha tersebut harus dilakukan demi generasi masa depan yang berkarakter, memahami jati diri

bangsanya dan menghasilkan pelajar yang unggul dan mampu bersaing di dunia antarabangsa.

Dalam kurikulum lama, kebanyakan kegiatan pembelajaran masih berpusat pada guru. Biasanya guru lebih banyak menghabiskan waktu untuk berceramah tetapi kurang berusaha agar pelajar aktif supaya secara tidak langsung dapat melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Guru lebih mendominasi atau menjadi pusat proses pembelajaran. Selain itu, proses pembelajaran selama ini terjadi pada umumnya lebih bersifat individu, kompetitif dan kurang berkualiti.

Bab ini membincangkan : Profil peserta kajian, Proses pelaksanaan kurikulum 2013 di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 3 Kota Banda Aceh, kefahaman guru dalam membuat Rancangan Pelaksanaan Pembelajaran (RPP) di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 3 Kota Banda Aceh, kefahaman guru dalam menggunakan model-model pembelajaran di Sekolah Menengah kejuruan Negeri 3 Kota Banda Aceh, Kefahaman guru dalam menggunakan media pembelajaran di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 3 Kota Banda Aceh dan kefahaman guru dalam menyediakan modul pembelajaran di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 3 Kota Banda Aceh.