• Tidak ada hasil yang ditemukan

4.6 Kefahaman guru dalam menggunakan media pembelajaran di SMKN 3 Kota

4.7.1 Tahap-tahap penulisan modul

Peserta kajian sudah menggunakan modul yang tersedia dalam kurikulum lama. Modul terbaru sedang dalam proses penggubalan. Bagi Kurikulum 2013, penggubalan modul dapat dilakukan dengan merujuk pada tahap-tahap penulisan modul yang dapat diperhatikan untuk reka bentuk sebuah modul seperti yang dikatakan oleh RA guru mata pelajaran persiapan pengolahan jurusan tataboga:

Saya belum memahami tahap-tahap yang harus diperhatikan untuk membuat modul, walaupun demikian saya harus membuat modul pembelajaran dan menjadi kewajipan bagi guru. Pada perubahan kurikulum sekarang ini kami juga harus membuat modul sesuai dengan Kurikulum 2013, saya menerima tugas ini dengan ikhlas tetapi beban membuat modul sangat berat bagi saya. Meskipun demikian saya mencuba membuat modul bekerja sama dengan pelajar PPL untuk menyelesaikannya (RA/tb/29.3.2013).

Pernyataan RA hampir sama oleh RB mengatakan ”Dalam membuat sebuah modul saya belum memahami tahap-tahap yang harus diperhatikan untuk membuat sebuah

155

modul”, RF menyatakan ”saya harus membuat modul pembelajaran tetapi saya belum memahami tahap-tahap yang harus diperhatikan dalam membuat sebuah modul” dan RD mengatakan bahawa “walaupun belum memahami tahap-tahap dalam membuat sebuah modul saya menerima tugas untuk membuat modul dengan ikhlas kerana modul yang baru masih dalam proses penyelesaian”. Dalam membuat sebuah modul peserta kajian perlu memperhatikan tahap-tahap penulisan sebuah modul, agar dapat menghasilkan modul yang mudah difahami oleh pelajar.

Modul adalah sebuah buku ajar yang disediakan oleh peserta kajian bertujuan agar pelajar dapat belajar secara mandiri. Dalam menyiapkannya, peserta kajian harus memiliki pengetahuan dan keterampilan yang memadai, kebersediaan modul adalah tuntutan Kurikulum 2013 dan tuntutan pemecahan masalah pembelajaran, dikatakan oleh RC.

Dalam membuat modul yang baru memang tuntutan Kurikulum 2013. Saya belum menerapkan tahap-tahap dalam penulisan modul, kerana saya belum pernah mendapatkan latihan tentang membuat modul, selama ini dalam membuat modul saya mencontoh modul yang sudah ada atau melihat contoh di Internet dan menyesuaikan dengan bahan pembelajaran. Pelbagai cara saya lakukan untuk menghasilkan modul, bagi saya tugas membuat modul sudah dilaksanakan dan bila pengetua sekolah memeriksa sudah ada modul yang dapat ditunjukkan (RC/tb/19.04.2013).

Pernyataan RC dikatakan juga oleh RF “dalam membuat modul saya belum mengetahui bahawa modul harus dibuat dengan mengikuti tahap-tahap penulisan modul agar menghasilkan modul yang baik. RG mengatakan “belum pernah mendapatkan latihan tentang cara merangka modul sehingga saya enggan untuk membuat modul baru”. RI mengatakan “dalam membuat modul selama ini saya

mencontohi modul yang sudah ada”. Kurangnya kefahaman tentang membuat modul sehingga peserta kajian melakukan pelbagai cara untuk menghasilkan sebuah modul. Hal ini untuk memenuhi tugas dari pengetua sekolah kerana pada setiap awal semester modul harus dikumpulkan untuk ditandatangani oleh pengetua sekolah. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa peserta kajian menggunakan modul sebagai alat bantu pengajaran.

Menurut pemerhatian, peserta kajian kadangkala sukar mendapatkan bahan pembelajaran yang bersesuaian dengan tuntutan Kurikulum 2013. Maka peserta kajian harus membuat modul pembelajaran sendiri adalah suatu keputusan yang bijak. Untuk membuat modul rujukan dapat diperoleh dari pelbagai sumber baik itu berupa pengalaman ataupun pengetahuan sendiri. Dalam Kurikulum 2013, ada perubahan pada bahan pembelajaran untuk itu guru harus membuat modul pembelajaran baru dengan menggunakan ilustrasi yang menarik, RD mengatakan:

Saya belum melengkapi ilustrasi yang menarik pada modul saya, saya mengajar di kelas satu dengan mata pelajaran teknologi menjahit, untuk mata pelajaran ini memerlukan waktu yang lama dan ada bahan yang sulit didapatkan pada bahan bacaan kerananya diperlukan modul yang sistematik. Pada mata pelajaran ini pelajar harus menyelesaikan tugas di rumah setelah pembelajaran di sekolah selesai, seperti harus menyelesaikan macam-macam jahitan pada pakaian, jadi bila ada modul pelajar dapat menyelesaikan sendiri dirumah. Untuk itu saya sedang menyelesaikan modul yang baru untuk Kurikulum 2013 walaupun saya harus bekerja keras untuk menghasilkan modul dengan melihat contoh-contoh modul yang ada (RD/tb/08.04.2014).

Pernyataan RD senada dengan pernyataan RB “untuk membuat illustrasi yang menarik saya tidak mampu melakukannya” dan RC mengatakan “modul yang baru harus dibuat oleh pengajar dan saya belum menggunakan illustrasi”. Modul yang

157

menggunakan ilustrasi belum dilaksanakan, namun demikian untuk membuat modul baru peserta kajian dituntut untuk bekerja lebih keras. Idealnya ada bimbingan daripada pengawas sekolah atau pengetua sekolah. Modul pembelajaran yang digunakan oleh peserta kajian adalah dibuat dengan caranya sendiri.

Menurut pemerhatian, dalam menulis modul peserta kajian dapat memperoleh dari buku-buku, media masa, Internet dan lain-lain. Bahan pengajaran yang sesuai dengan kurikulum dapat diperoleh dari pelbagai sumber. Bagi pelajar, bahan yang terlalu banyak membuat mereka keliru untuk memilih buku pembelajaran. Ketika ini dengan menggunakan Internet sangat memudahkan guru untuk memperoleh bahan pembelajaran dengan ilustrasi yang menarik seperti yang dikatakan oleh RI:

Dalam membuat modul saya lebih banyak menggunakan bahan pembelajaran dari sumber Internet, untuk menggunakan ilustrasi yang menarik modul masih dalam proses penyelesaian. Oleh kerana untuk mencari sumber dari Internet saya minta bantuan teman untuk memilih bahan yang sesuai misalnya memilih macam-macam model rambut. Dengan demikian pelajar tidak merasa bingung dalam mempelajari bahan yang ada dalam modul. Saya menyedari modul yang saya buat diperlukan penyempurnaan untuk Kurikulum 2013, kerana ada bahan yang perlu ditambah sesuai dengan tuntutan Kurikulum 2013 (RI/tb/04.04.2014).

Pernyataan RI ini juga sama seperti RA “untuk menggunakan illustrasi yang menarik pada modul masih dalam proses” dan RF bahawa “dalam membuat modul, bahan pembelajaran lebih banyak diperoleh dari Internet dan belum menggunakan ilustrasi yang bervariasi”. Untuk mencari bahan dari Internet peserta kajian harus meminta bantuan daripada orang lain dalam menggunakan ilustrasi. Hal ini kerana terbatasnya pengetahuan dalam menggunakan komputer riba. Namun demikian, peserta kajian

tetap berupaya dalam membuat modul. Untuk menulis modul yang sebenarnya peserta kajian berharap agar dapat mengikuti latihan tentang penulisan modul.

Berdasarkan pemerhatian, dengan menulis modul pembelajaran, peserta kajian mampu membangunkan komunikasi pembelajaran yang efektif antara guru dengan pelajar. Mereka menyedari sepenuhnya apabila dalam pembelajaran menggunakan modul pelajar lebih bersemangat dalam belajar, seperti yang dikatakan RG:

Pengalaman saya dalam menggunakan modul dapat terlihat pelajar lebih efektif dan dapat memecahkan masalah yang ada dalam pembelajaran. Sebenarnya modul yang saya gunakan sekarang adalah modul yang sudah saya buat beberapa tahun yang lalu, tetapi masih dapat saya gunakan sampai sekarang, modul yang sudah saya buat belum menggunakan ilustrasi. Saya ingin sekali secepatnya menyemak semua modul yang sudah ada tetapi hingga sekarang masih dalam proses penyelesaian (RG/tb/08.04.2014).

RG mengatakan bahawa modul yang lama masih dapat digunakan untuk pembelajaran pada Kurikulum 2013, walaupun dalam proses pembaikan menunjukkan peserta kajian berusaha untuk menulis modul sesuai dengan Kurikulum 2013. Modul yang digunakan idealnya sudah disemak dengan menggunakan ilustrasi yang menarik sesuai dengan Kurikulum 2013, tetapi dalam pelaksanaannya masih dalam proses dan peserta kajian belum mengetahui cara membuat modul sesuai dengan tatacara yang sebenarnya untuk menyediakan modul.

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, ketika pembelajaran guru masih menggunakan modul yang lama yang dibuat dalam kurikulum yang lalu. Modul belum disemak sesuai dengan Kurikulum 2013. Modul yang digunakan belum mengikuti petunjuk teknik yang telah dirancang oleh DIKNAS. Untuk tujuan

159

triangulasi tentang pembuatan modul pengkaji melakukan wawancara dengan ketua jurusan. Menurut pendapat ketua jurusan tataboga RH menyatakan bahawa penggunaan modul yang lama masih dapat disesuaikan untuk bahan pada Kurikulum 2013 kerana banyak guru belum menyemak dan tetap menggunakannya dalam pembelajaran.

Menurut pemerhatian dalam dokumen modul yang digunakan guru pada pembelajaran berlangsung, sedikit sekali guru yang menggunakan bahan dari Internet untuk membuat modul sehingga pada modul belum menggunakan ilustrasi yang menarik. Belum banyak guru yang menyempurnakan modul pembelajaran dengan sumber dari Internet. Hal ini disebabkan terbatasnya kemampuan dalam menggunakan komputer riba. Namun demikian dapat dikatakan peserta kajian selalu mempunyai keinginan membuat modul yang dapat memudahkan pelajar dalam proses pembelajaran. Menurut pemerhatian yang dilakukan pada dokumen modul dapat dikatakan modul yang dibuat oleh peserta kajian sangat bervariasi tidak mengikuti tatacara membuat modul yang ditetapkan oleh petunjuk teknik dalam membuat modul.

4.7.2 Ciri-ciri yang dapat diperhatikan dalam mereka bentuk sebuah modul