• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perkara yang perlu diberi keutamaan dalam mengembangkan Rancangan

4.4 Kefahaman guru dalam membuat Rancangan Pelaksanaan Pembelajaran (RPP)

4.4.2 Perkara yang perlu diberi keutamaan dalam mengembangkan Rancangan

Rancangan pembelajaran yang dirancang oleh guru SMKN 3 mencerminkan apa yang akan dilakukan guru dalam memberikan kemudahan belajar kepada pelajar. RPP memiliki kedudukan yang penting dalam pembelajaran yang efektif kerana akan membantu disiplin kerja yang baik, suasana lebih menarik, pembelajaran yang diorganisasikan dengan baik dan relevan. Dengan kata lain, RPP berisi garis besar yang akan dikerjakan oleh guru dan pelajar selama proses pembelajaran, sama ada untuk sekali pertemuan atau meliputi beberapa kali pertemuan. Oleh itu, dalam merancang RPP guru perlu mengetahui hal yang perlu diberi keutamaan dalam mengembangkan RPP, RF mengatakan :

Secara khusus saya belum mengetahui hal yang perlu diberi keutamaan dalam membuat RPP. hal ini menyebabkan saya kurang berpengalaman dalam membuat RPP apalagi sekarang saya harus membuat RPP sesuai dengan Kurikulum 2013, oleh itu dalam proses membuat RPP saya mohon bantuan ketua jurusan pelancongan untuk bersama-sama membuatnya kerana beliau sudah berpengalaman. Dalam pelaksanaannya RPP yang sedang dibuat memerlukan waktu yang lama kerana baik guru dan ketua jurusan mempunyai kesibukannya masing-masing (RF/tb/05.02.2014).

Pernyataan RF juga dikatakan sama RB “dalam proses membuat RPP saya mohon bantuan kepada ketua jurusan” , RC mengatakan “saya belum mengetahui hal yang perlu diberi keutamaan dalam membuat RPP” dan RG menyatakan bahawa “belum mempunyai pengalaman dalam merangka RPP”. Hal ini menunjukkan masih ada guru yang mengakui kekurangan akan kemampuannya. Untuk membuat RPP baru, guru sering meminta bantuan pada ketua jurusan. Oleh itu, bantuan untuk guru

segera harus dilaksanakan kerana peranan guru sangat penting sebagai pelaksana kurikulum di dalam kelas.

Berdasarkan pemerhatian, diharapkan guru SMKN 3 Kota Banda Aceh dalam merangka RPP tidak hanya memenuhi kewajipan pentadbiran. Untuk kepentingan portfolio, pengiktirafan/pensijilan guru dan membuat rancangan tidak dijadikan pedoman ketika mengajar. Jika keadaan tersebut dibiarkan, maka kualiti pembelajaran yang akan dilakukan guru sukar untuk dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan pelajar yang berkualiti seperti yang dikatakan oleh RI :

Dalam membuat RPP saya mencuba tidak hanya untuk kewajipan pentadbiran sahaja kerana saya harus teliti sekali dalam membuatnya, RPP harus menjadi pedoman pada waktu saya mengajar. Walaupun saya belum pernah mendapat latihan tentang Kurikulum 2013 saya harus membuat RPP sesuai dengan kemampuan saya. Oleh itu, saya sering minta bantuan orang lain untuk melihat kembali RPP yang sudah saya buat, namun ini memerlukan waktu yang lama (RI/tb/06.02.2014)

Pernyataan RI hampir sama dikatakan oleh RC “saya harus membuat RPP baru sesuai dengan kemampuan saya” dan RD mengatakan bahawa mereka akan meminta bantuan orang lain untuk melihat kembali setelah merancang RPP. Pelbagai usaha yang dilakukan guru dalam merancang RPP dan ini menunjukkan bahawa guru harus mempunyai kefahaman yang mendalam mengenai cara untuk merangka RPP yang bersesuaian dengan Kurikulum 2013.

RPP yang baik adalah yang dapat dilaksanakan secara optimum dalam kegiatan pembelajaran. Oleh itu, RPP memberikan petunjuk yang operasional tentang apa yang harus dilakukan guru dalam pembelajaran. Dari awal, guru masuk kelas sampai

133

akhir pembelajaran. RPP hendaklah dapat mendorong guru lebih bersedia melakukan kegiatan pembelajaran dengan perancangan yang matang. Oleh itu, setiap pembelajaran guru yang dilakukan wajib memiliki persiapan sama ada persiapan bertulis atau tidak bertulis. RE mengatakan:

Saya sudah berusaha untuk membuat RPP sesuai dengan Kurikulum 2013, saya juga minta bantuan kepada pengawas sekolah dalam merancang RPP. Saya yakin RPP dapat mendorong saya untuk lebih siap dalam mengajar, setiap mengajar saya selalu menggunakan RPP. Pengetua sekolah selalu mengharuskan kami menggunakan RPP ketika mengajar, pengetua sekolah pada awal tahun ajaran selalu memeriksa RPP yang dibuat oleh guru, ini merupakan tugas wajib yang harus dibuat guru sebelum memulai mengajar pada awal tahun ajaran (RE/tb/10.02.2014).

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan pada waktu RE mengajar mata pelajaran perniagaan perhotelan, RE sudah menggunakan RPP yang berpengetahuan dalam Kurikulum 2013. Pada waktu mengajar persediaan guru dilihat lebih baik dan suasana kelas berkesan sangat kondusif berbeza dengan pemerhatian yang dilakukan pada RB. Selain itu, masih terdapat guru yang tidak menggunakan RPP baru dalam pembelajaran. Pelajar tidak bersemangat dalam belajar dan suasana kelas tidak tertib.

Untuk tujuan triangulasi dalam membuat RPP, pengkaji melakukan wawancara dengan ketua jurusan dan pengawas sekolah. Menurut ketua jurusan tataboga RA mengatakan bahawa kepada guru selalu disarankan untuk membuat RPP sesuai dengan Kurikulum 2013 setiap kali pertemuan dalam mengajar tetapi ada juga guru yang tidak menggunakan RPP baru dalam mengajar. Hal ini disebabkan proses penyelesaian sedang dilakukan dalam membuat RPP. Oleh itu, guru belum memperhatikan perkara-perkara yang perlu diberi keutamaan dalam merancang RPP.

Menurut RJ yang merupakan ketua jurusan pelancongan mengatakan bahawa, RPP sudah diarahkan untuk dilakukan oleh guru sejak selesai sosialisasi Kurikulum 2013 pada tanggal 7.11.2013. Dalam membuat RPP Kurikulum 2013 bagi guru yang belum berpengalaman akan dibimbing oleh ketua jurusan. Bimbingan yang diberikan misalnya dalam merumuskan penentu, menentukan bahan pembelajaran, tujuan pembelajaran, menentukan langkah-langkah pembelajaran dan komponen lain yang harus ada dalam RPP.

RK mengatakan “sebagai pengawas sekolah untuk SMKN 3 dalam melaksanakan pengawasan, saya selalu menekankan pada pemeriksaan RPP kerana dalam Kurikulum 2013 ini guru harus dibantu dalam membuat RPP. Menurut pengawas sekolah, kesulitan yang dihadapi guru disebabkan belum diadakan latihan yang merata untuk guru dalam melaksanakan Kurikulum 2013. Walaupun demikian, antara guru, pengetua dan pengawas sekolah selalu bersama-sama melakukan untuk mewujudkan RPP sesuai dengan Kurikulum 2013.

Berdasarkan dokumen yang dikumpulkan oleh pengkaji, didapati bahawa RPP masih diperlukan semakan sesuai dengan Kurikulum 2013. Oleh itu, guru masih memerlukan bantuan dari ketua jurusan, pengetua sekolah dan pengawas sekolah untuk merangka RPP sesuai dengan Kurikulum 2013.

135

4.5 Kefahaman guru dalam menggunakan model-model pembelajaran di