• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kefahaman Guru Dalam Menyediakan Modul Pembelajaran

2.4 Kefahaman Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum 2013

2.4.5 Kefahaman Guru Dalam Menyediakan Modul Pembelajaran

Modul adalah unit atau bahagian modul yang lengkap dengan komponen yang melaksanakan fungsi tertentu dan dapat dirangkai dengan unit-unit lain. Terdapat pelbagai bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran pada masa kini yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya Modul Pengajaran Kendiri (MPK) masih belum meluas penggunaannya kerana keberkesanannya masih diragui

pembelajaran merupakan antara kaedah yang digunakan dalan proses pengajaran dan pembelajaran bagi menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar.

Sidek (2010) dalam kajiannya mengenengahkan penggunaan modul bagi pensyarah dan pelajar membawa implikasi positif dalam proses pembelajaran. Beberapa bahan bantu belajar yang telah merancakkan perkembangan teknik pengajaran dalam bidang pendidikan. Sebagai contoh penggunaan modul telah membantu guru dan pelajar dalam meperkenalkan teknik mengajar dan belajar. Penggunaan modul pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan merangsang suasana kelas, (Cassidy, 2004).

Menurut Che Hafizie (2002) penggunaan modul sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dianggap sebagai suatu bahan yang padu. Penggunaan modul bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan pelajar. Seterusnya, Modul ini akan mempercepatkan proses pengajaran dan menambah kefahaman pelajar untuk memahami suatu pembelajaran dengan lebih jelas dan berkesan.

Modul merupakan suatu media yang mementingkan proses pengajaran dan pembelajaran secara individu. Modul ialah bahan pembelajaran yang bertujuan untuk membolehkan pelajar belajar secara sendiri dan berbeza formatnya. Modul membolehkan pelajar meneruskan proses pembelajaran mereka mengikut tahap kebolehan sendiri. Menurut Dinas Pendidikan Nasional Indonesia (2008), dalam membina modul, guru perlu mahir menghasilkan modul. Antara ciri-ciri yang diperlukan untuk membina modul:

a) Instruksi Kendiri (self instruction): Modul hendaklah mempunyai ciri-ciri yang jelas dengan menetapkan tujuan. Penulisan modul perlu menggunakan bahasa yang sederhana dan komunikatif serta dapat mengukur penguasaan pelajar. Setiap modul perlu memuatkan latihan, bahan pembelajaran, instrumen penilaian dan perekodan prestasi pelajar. Maklumat tentang rujukan dan pengayaan dimasukkan bagi menyokong bahan pembelajaran.

b) Kandungan Kendiri (self contained): Bahan belajar dikemas kini dalam suatu kesatuan yang lengkap dan dapat memberi kesempatan kepada pelajar mempelajari bahan pembelajaran. Guru harus melakukan pembahagian atau pemisahan bahan dari satu standard kompetensi dasar. Guru melakukannya dengan memerhatikan keluasan standard kompetensi dasar yang harus dikuasai oleh pelajar. Modul dikatakan lengkap apabila seluruh bahan pembelajaran yang diperlukan terkandung di dalam modul tersebut.

c) Berdiri Sendiri: Dengan menggunakan modul, pelajar tidak perlu merujuk kepada bahan yang lain. Modul tersebut tidak dikategorikan sebagai modul yang berdiri sendiri jika masih merujuk kepada bahan yang lain. Berdiri sendiri bermaksud ciri-ciri modul tersebut tidak bergantung kepada bahan atau media yang lain.

d) Penyesuaian: Modul tersebut perlu disesuaikan dengan suasana semasa dan mengikut perubahan pendidikan. Modul mestilah mempunyai gaya adaptasi yang tinggi terhadap perkembangan ilmu dan teknologi.

e) Bersahabat: Modul hendaklah relevan dan mudah untuk pelajar menggunakannya. Modul yang dibina perlu menggunakan bahasa yang sederhana, mudah difahami serta menggunakan istilah yang umum.

Jabatan Pendidikan Nasional (2008), menyatakan penulisan modul dilakukan melalui tahap berikut :

a) Analisis keperluan modul: Analisis keperluan modul boleh dilakukan dengan langkah menyemak sama ada sudah ada program atau sebaliknya. Seterusnya, susun unit bahan belajar yang boleh memuatkan bahan-bahan tersebut mengikut keutamaan.

b) Reka bentuk Modul: Reka bentuk penulisan modul boleh dilakukan dengan langkah menetapkan tujuan antara kemampuan khusus yang menyokong tujuan akhir. Pelajar harus menyelesaikan tugasan dan latihan mengikut ketetapan yang telah ditetapkan.

c) Pelaksanaan: Pelaksanaan modul dilaksanakan sesuai dengan alur yang telah digariskan dalam modul. Strategi pembelajaran dilaksanakan secara konsisten dan sesuai dengan senario yang ditetapkan iaitu dengan menyediakan bahan, alat, media dan persekitaran belajar.

d) Kadar: Dalam modul telah dirumuskan pelaksanaan penilaian yang mengikut syarat-syarat tertentu. Penilaian hasil belajar bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan pelajar setelah tamat mempelajari modul. Penilaian hasil belajar yang dijalankan menggunakan instrumen yang telah dirancang ketika penulisan modul.

e) Penilaian: Modul yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara berkala perlu dilakukan penilaian dan pengesahan. Keperluan penilaian dibangunkan menerusi instrumen penilaian berdasarkan ciri-ciri modul tersebut. Instrumen penilaian dikhaskan untuk guru dan pelajar kerana kedua-duanya terlibat secara langsung dalam proses pelaksanaannya.

f) Jaminan kualiti: Setiap modul yang dihasilkan perlu berkualiti dan melalui proses penilaian. Semasa proses pembinaann modul, guru memastikan syarat-syarat pembangunan modul perlu dipatuhi bagi meningkatkan kualiti pendidikan. Suatu standard operasi dan prosedur ditentukan bagi mengelakkkan berlakunya keluwesan dalam menyiapkan sesuatu modul.

2.5 Rumusan

Bab ini menjelaskan kerangka teori kefahaman guru dalam pelaksanaan kurikulum. Miller dan Seller (1985) menyatakan bahawa pelaksanaan kurikulum merupakan

amalan dan harapan praktikal. Pelaksanaan Kurikulum 2013 memerlukan kreativiti guru dalam menyusun dan melaksanakannya supaya menjadi lebih berkesan. McDonald (2013) turut menyatakan bahawa salah satu kekurangan guru dalam menerapkan kurikulum 2013 adalah kurangnya kemahiran dan pengetahuan dalam memahami kandungan kurikulum tersebut. Hakikatnya, guru berhadapan dengan cabaran yang besar dalam mendewasakan pelajar terhadap pelaksanaan kurikulum baharu.

Penyelidik mendapati kerangka yang dicadangkan Ornstein dan Hunkins (2009) dalam pelaksanaan kurikulum memerlukan kefahaman dan kerjasama dari semua pihak. Pihak yang terlibat perlu memahami tujuan program dan berperanan dalam menjayakan setiap agenda yang ditetapkan. Khasnya, guru memerlukan tahap kefahaman yang mendalam terhadap pelaksanaan kurikulum. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kapasiti guru dan mewujudkan pelaksanaan kurikulum yang berkesan dan efektif.

Seterusnya bab tiga membincangkan metodologi kajian, secara khusus akan menjelaskan tempat dan fokus kajian, reka nentuk kajian, rancangan kajian, peserta kajian, data dan instrumen kajian, prosedur menganalisis data dan kesahan dan kebolehpercayaan data.

BAB TIGA

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kefahaman guru dalam pelaksanaan Kurikulum 2013 di SMK Negeri 3 Kota Banda Aceh. Untuk itu, penyelidik sangat mementingkan metodologi kajian dalam menghasilkan dapatan kajian. Metodologi kajian merupakan aspek yang perlu diberi perhatian dalam memperoleh dapatan kajian yang signifikan dan boleh dipercayai. Bab ini menjelaskan kaedah yang telah digunakan dalam memperoleh dapatan kajian. Antara aspek yang diberi perhatian adalah (1) tempat kajian, (2) reka bentuk kajian, (3) populasi dan sampel kajian, (4) instrumen kajian, prosedur memungut data, dan (6 ) prosedur menganalisis data.