• Tidak ada hasil yang ditemukan

2.4 Kefahaman Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum 2013

2.4.1 Proses Pelaksanaan Kurikulum 2013

Pelaksanaan kurikulum adalah suatu proses penerapan idea, konsep, dasar atau inovasi dalam satu tindakan praktikal sama ada pengetahuan, kemahiran mahupun nilai dan sikap yang boleh memberikan kesan. Mulyasa (2008) menyatakan bahawa penerapan konsep kurikulum dalam suatu aktiviti pembelajaran disebut sebagai pelaksanaan sehingga pelajar menguasai kemahiran tertentu.

Pelaksanaan Kurikulum 2013 dapat memberikan keselesaan kepada guru-guru. Walaupun demikian, terdapat sebilangan guru masih merasakan bebanan yang berat dalam perubahan kurikulum. Menurut Amin Yusuf (2007) keselesaan yang dirasa oleh guru dalam perubahan kurikulum adalah keluasan memilih bahan pengajaran. Guru bertindak dengan lebih berdikari dan selesa dalam menentukan bahan pengajaran yang sesuai dengan keadaan persekitaran sekolah dan kemampuan pelajar. Sekolah berfungsi sebagai agen pentadbiran dalam menyusun program pendidikan yang sesuai dengan keadaan pelajar dan sumber pengajaran yang disediakan. Namun, tidak dapat dinafikan terdapat kekurangan dalam pelaksanaan perubahan kurikulum iaitu dalam hal penglibatan guru dalam penyusunan kurikulum, silibus dan RPP. Selain itu, terdapat perkara yang perlu dilihat semula iaitu sebilangan sekolah masih bergantung dengan model kurikulum dari pusat kurikulum (Sulipan, 2012).

Dalam pelaksanaan kurikulum baharu, guru dituntut untuk memahami pelaksanaannya agar tujuan yang ingin dicapai dapat dimaksimumkan. Menurut Masithoh et al., (2009) terdahulu wujudnya sekolah dan guru yang tidak mahu bertindak balas terhadap kurikulum baharu. Ketika adanya perubahan dalam pembangunan kurikulum dan pelaksanaan kurikulum di sekolah, pihak sekolah kurang melaksanakan kurikulum secara maksimum.

Rahman (2011) dalam kajiannya menyatakan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan memupuk kemahiran tertentu kepada pelajar. Peranan dan tanggungjawab utama sekolah bukan hanya kepada menyampaikan ilmu

pengetahuan malah sekolah adalah tempat bagi melahirkan murid yang mempunyai sahsiah yang baik, bersatu padu, bertoleransi, berdisiplin dan bahagia.

Kurikulum di Indonesia telah mengalami beberapa kali perubahan. Keadaan ini diharapkan dapat membawa perubahan kepada kualiti pendidikan. Maimun (2005) menyatakan sejarah perubahan pendidikan di Indonesia bukan wacana baru. Perubahan kurikulum berlaku secara teliti dan mengikut signifikan kualiti pendidikan. Keberkesanan pelaksanaan kurikulum baharu telah dikaji oleh beberapa penyelidik. Kefahaman guru terhadap perubahan kurikulum masih rendah. Budi (2014) menyatakan bahawa guru sukar menerapkan kurikulum 2013 kerana kurangnya sosialisasi atau latihan. Guru menyatakan latihan, kursus dan bengkel yang sedia ada belum memberikan kefahaman yang mendalam dalam mengaplikasikan kurikulum (Subahan, 1999). Dalam menangani permasalahan ini, guru perlu mengetahui kemahiran profesion, pengetahuan amalan pengajaran dan strategi pengajaran yang pelbagai.

Dalam satu kajian inovasi kurikulum di Malaysia, Azizah (1987) menyatakan bahawa kursus orientasi guru tidak mencukupi dalam melaksanakan kurikulum baharu. Permasalahan ini berlaku disebabkan guru tidak menerima latihan yang mencukupi dalam melaksanakan pendekatan pengajaran (Napsiah, 1983). Subahan dan Raof (1989) menegaskan untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan dan berkualiti, guru perlu bersedia dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan pada masa kini.

Habib Mat Som (2004) untuk mewujudnya keharmonian antara pihak berkepentingan, guru perlu memahami apa yang dihekendaki oleh perancang kurikulum. Persoalan penting yang perlu dititik beratkan oleh perancang pendidikan adalah kesediaan guru untuk melaksanakan kurikulum perubahan tersebut. Pihak berkuasa pendidikan menganggap perubahan kurikulum sebagai satu kemestian, sedangkan guru melihatnya pada sudut pandang sebaliknya. Dalam hal ini, akan mewujudkan kerumitan dalam pelaksanaan kurikulum baharu.

Evans (2004) mengetengahkan terdapat dua persoalan yang perlu diperhalusi dalam pembaharuan kurikulum. Berlakunya perubahan secara berkesan di peringkat sekolah dan sebilangan guru kurang cekap untuk melaksanakan perubahan. Begitu juga dengan tuntutan perubahan masa kini yang memerlukan guru mahir dalam pelbagai sudut. Kedua-dua persoalan tersebut akan menyebabkan proses pelaksanaan perubahan kurikulum sedikit terganggu. Evans (2004) berpendapat bahawa aspek norma, sikap, tingkah laku guru dan perubahan budaya sekolah kurang diberi penekanan. Kebiasaannya proses pelaksanaan perubahan hanya menumpukan aspek teknikal seperti penyediaan alat dan juga latihan.

Kemahiran dan tahap kesediaan guru dalam melaksanakan inovasi kurikulum juga mengalami kerumitan. Keadaan ini disebabkan keupayaan dan kemampuan guru, lokasi sekolah, latar belakang demografi guru yang berbeza. Ahmad (2014) menyatakan bahawa perubahan kurikulum menimbulkan pro dan kontra terhadap guru. Permasalahan ini berlaku kerana kurangnya kesediaan guru dalam merancang proses pembelajaran Kurikulum 2013. Sikap dan pengetahuan dalam menentukan

sehingga terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi di sekolah bagi melaksanakan inovasi kurikulum yang berkesan (Ross, 1998).

Pelaksanaan kurikulum dapat juga diertikan sebagai aktualisasi kurikulum tertulis (written curriculum) dalam bentuk pembelajaran. Miller dan Seller (1985) menyatakan bahawa suatu proses pelaksanaan program atau susunan kurikulum dalam amalan pembelajaran atau aktiviti baru sehingga terjadi perubahan pada sekelompok orang yang diharapkan untuk berubah dengan menerapkan konsep dan idea. Mulyasa (2008) menyatakan proses interaksi antara fasilitator sebagai pemaju kurikulum dan pelajar sebagai orang yang belajar dikatakan sebagai pelaksanaan kurikulum.

Pelaksanaan kurikulum dipengaruhi oleh tiga faktor iaitu strategi dalam pembelajaran seperti penyediaan buku kurikulum dan kegiatan-kegiatan yang boleh menggalakkan penggunaan kurikulum dilapangan, diskusi, seminar, latihan dan bengkel. Kedua, suatu kemahiran dalam menterjemahkan kurikulum di lapangan dengan memperhatikan karakteristik yang merangkumi ruang lingkup dan idea baru. Ketiga, kemahiran menilai dan sikap guru terhadap kurikulum serta kemampuan untuk merealisasikan perancangan kurikulum (curriculum planning) dalam pembelajaran (Mulyasa, 2008).

Seterusnya, faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan kurikulum berjaya adalah dari diri guru itu sendiri, sokongan Guru Besar dan sokongan rakan sejawat. Dari ketiga- tiga faktor tersebut guru merupakan faktor penentu kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolah. Hasil pelaksanaan kurikulum tidak akan berjalan dengan

lancar sekiranya guru tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik walaupun mempunyai sistem pendidikan yang baik (Mulyasa, 2007).

Pelaksanaan kurikulum merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang terdapat rencana pembelajaran, silibus, modul media dan sumber belajar. Kurikulum adalah hasil terjemahan guru terhadap kurikulum sebagai rencana tertulis (Mulyasa, 2003). Guru sebagai pelaksana bertindak menyusun program dan diharapkan mempunyai kefahaman dalam merancang rencana pelaksanaan pembelajaran, membina modul, menggunakan media dan melaksanakan model-model pengajaran.

Dalam pelaksanaan Kurikulum 2013, sudah tentu mempunyai halangan tertentu. Oleh itu, Guru dan Guru Besar dituntut untuk menjalankan tanggungjawab secara maksimum terhadap pelaksanaan kurikulum. Oleh yang demikian, sebagai kurikulum baharu secara pastinya memerlukan masa, sumber dan komitmen untuk melakukan pembaharuan. Hal ini merupakan bukan tugas yang mudah, namun harus diusahakan oleh semua guru di sekolah.

2.4.2 Kefahaman Guru Dalam Menyediakan Rancangan Pelaksanaan