1.8 Definisi Konsep
1.8.3 Kefahaman guru dalam pelaksanaan Kurikulum 2013
Guru merupakan agen perubahan dan berada pada barisan hadapan bagi mengubah kualiti sumber amnusia ke arah yang lebih sempurna. Pada tangan guru akan menghasilkan pelajar yang berkualiti, berkemahiran, akademik, kematangan emosi dan moral spritual. Oleh itu, pelaksanaan kurikulum 2013 yang baharu memerlukan guru yang mempunyai dedikasi yang tinggi, berkelayakan dan kompetensi dalam menjalankan tugas profesionalnya. Guru memerlukan bantuan untuk meningkatkan lagi kebolehannya bagi menghadapai cabaran baru sebagai pelaksana kurikulum (Nurahimah & Rafisah, 2001).
Menghadapi era global yang penuh dengan persaingan dan ketidakpastian, pelaksanaan kurikulum memerlukan para guru yang berwawasan dan mampu
Sesuatu yang dikenali dengan sebutan "quantum learning" dan "quantum teaching" pada hakikatnya adalah mengembangkan suatu model dan strategi pembelajaran yang berkesan dalam suasana yang menyenangkan. Guru mempunyai tugas utama iaitu mendidik, mengawasi pelajar, mengarahkan, melatih, membimbing dan menilai. Nurahimah dan Rafisah (2010) dalam kajian menyatakan guru adalah aset penting di sekolah dalam mencerminkan misi nasional pendidikan untuk menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan sehingga dapat menuju ke arah pembentukan modal insan yang bertaraf dunia.
Profesion keguruan merupakan bidang pekerjaan khusus yang dilaksanakan berdasarkan prinsip tertentu untuk meningkatkan mutu pendidikan, keimanan, ketakwaan dan berakhlak mulia. Profesion ini memerlukan guru yang sesuai dengan bidang tugas, bakat, minat, semangat, idealisme, kelayakan akademik dan latar belakang pendidikan (Kunandar, 2009). Pengembangan profesion keguruan dan pengembangan profesion pensyarah diadakan melalui pembangunan diri yang dilakukan secara demokratik dengan menjunjung tinggi hak asasi manusia, nilai keagamaan, nilai budaya, kemajmukan bangsa berkeadilan, tidak diskriminasi dan kod etika profesion (undang-undang Nomor 14 Tahun 2005 tentang guru dan pensyarah).
Dalam melaksanakan peranannya sebagai pengajar, guru mampu menyusun program pengajaran secara berterusan dan merancang persiapan pengajaran. Guru menyiapkan alatan yang boleh membantu terlaksananya proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru juga merancang dan menyediakan alat penilaian yang tepat. Pengajaran guru mestilah bersesuaian dengan keadaan semasa dengan
menitik beratkan semua aspek. Selain itu, guru menetapkan tempat duduk pelajar sesuai dengan kemampuan dan keadaan fizikal serta daya tumpu pelajar terhadap pelajaran.
Kurikulum diharapkan dapat dilaksanakan secara berkesan serta dapat meningkatkan kualiti pembelajaran. Guru perlu menjiwai pengajarannya, menyukai apa yang diajarkannya, memahami dan menguasai kompetensi asas. Melalui kurikulum, guru perlu menggunakan pelbagai kaedah pengajaran mengikuti perkembangan mutakhir supaya bersesuaian dengan kematangan pelajar (Mulyasa, 2007).
Dalam pelaksanaan kurikulum baharu, guru berperanan sebagai fasilitator. Guru dituntut mempunyai sikap mempertahankan pendapat dan keyakinannya serta menerima idea pelajar yang inovatif dan kreatif. Jalinan hubungan dengan pelajar perlu ditingkatkan dalam menjayakan perancangan yang ditetapkan. Pelajar boleh menerima teguran yang positif atau negatif serta toleransi terhadap kesalahan yang dilakukan pelajar. Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk menyusun dan melaksanakan program pembelajaran di dalam kelas (Widodo, 2013).
Kejayaan pelaksanaan kurikulum sangat ditentukan oleh faktor guru. Apabila guru tidak melaksanakan tugasnya dengan baik walaupun baiknya syarat pendidikan, maka pelaksanaan kurikulum tidak memuaskan. Tugas guru dan guru besar tidak hanya mengajar sahaja di sekolah. Sebagai seorang yang terlibat dalam pelaksanaan kurikulum, guru dituntut untuk memiliki kefahaman dan wawasan yang luas secara teori dan praktikal serta mempunyai kefahaman dalam membuat Rancangan
Pelaksanaan Pembelajaran (RPP), menggunakan model pembelajaran, menggunakan bahan media dan merancang modul pembelajaran.
1.8.3.1 Rancangan Pelaksanaan Pembelajaran (RPP)
RPP adalah rancangan pembelajaran mata pelajaran per unit yang akan dilaksanakan guru dalam pembelajaran di bilik darjah. Seorang guru diharapkan dapat melaksanakan pembelajaran yang diprogramkan (Masnur, 2009). RPP harus mempunyai daya terap yang tinggi. Pada pandangan lain, kadar kefahaman guru dalam menjalankan tugas dapat diketahui melalui penulisan RPP.
1.8.3.2 Model Pembelajaran
Joyce dan Weil (1980) menjelaskan memilih model pembelajaran yang sesuai dan tepat boleh dilakukan oleh guru untuk mencapai tujuan pembelajarannya. Memilih model pembelajaran dapat dijadikan gambaran terhadap aktiviti guru dan pelajar dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang dinamakan pola pembelajaran. Aktiviti yang dilakukan oleh guru dan pelajar dapat dijelaskan dalam pola pembelajaran. Dengan demikian model pembelajaran adalah suatu aktiviti pembelajaran yang direka bentuk atau dibina dengan menggunakan pola pembelajaran tertentu.
Menggunakan model pembelajaran dapat membantu guru mecapai kepuasan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan guru mempunyai kepuasan bekerja yang lebih tinggi kerana tidak berasa terlalu tertekan dengan
menggunakan gaya pengajaran tertentu. Justeru, guru akan mempunyai komitmen terhadap profesion perguruan (Noriah, 2003).
1.8.3.3 Media Pembelajaran
Gagne (1987) menetapkan bahan media pembelajaran perlu digunakan untuk menyampaikan kandungan bahan pelajaran. Media itu meliputi alat secara fizikal yang terdiri daripada buku, kaset, video, kamera, pita rakaman, filem, gambar, televisyen dan foto grafik. Media adalah wahana fizikal yang mengandungi bahan pengajaran yang boleh meransang pelajar untuk belajar dalam persekitaran yang mudah. Penggunaan media pengajaran sebagai alat bantu mengajar dapat meningkatkan pemahaman pelajar dan memudahkan pendidik menyampaikan ilmu serta menarik minat pelajar mengikuti proses pembelajaran dengan lebih baik (Davina, 2003).
1.8.3.4 Modul Pembelajaran
Modul pembelajaran merupakan perancangan khusus untuk membantu para pelajar yang memuatkan set pengalaman belajar, modul minimum, tujuan pembelajaran dan penilaian. Sebagai syarat belajar yang bersifat mandiri, modul sangat berfungsi sehingga berkemampuan membantu setiap pelajar untuk mencapai tujuan tertentu (Jabatan Pendidikan Nasional, 2008).
Kefahaman guru dalam pelaksanaan kurikulum melalui perancangan RPP, penggunaan model pembelajaran, penggunaan media dan merancang modul pembelajaran perlu dikuasai oleh guru. Sebahagian guru tidak menguasainya dan
akan menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti tersebut dapat dilaksanakan melalui perbincangan dan kajian-kajian yang bersifat intelektual sehingga memperoleh cara meningkatkan kefahaman guru dalam pelaksanaan kurikulum.