• Tidak ada hasil yang ditemukan

Aspek yang disandarkan di dalam kajian ini ialah (a) kefahaman guru dalam pelaksanaan Kurikulum 2013 di SMK Negeri 3 Kota Banda Aceh, (b) kefahaman guru dalam merancang pelaksanaan pembelajaran dan menggunakan model-model pembelajaran, dan (c) kefahaman guru dalam menggunakan media pembelajaran dan menyediakan modul pembelajaran .

Moleong (1988) menegaskan dalam mendapatkan data kajian kualitatif, teknik pengumpulan data mestilah melalui temu bual, pemerhatian dan dokumen. Dalam kajian kualitatif, penyelidik sendiri menjadi instrumen utama yang turun ke lapangan kajian dan berusaha mengumpulkan maklumat melalui pemerhatian dan temu bual. Temu bual yang dilakukan adalah bersifat terbuka dan tidak berstruktur (Nasution, 1992). Temu bual secara terbuka adalah merupakan satu teknik pengumpulan data yang paling sesuai untuk kaedah kualitatif dan memberi peluang kepada peserta kajian menceritakan perkara yang ditanya dengan lebih mendalam dan terperinci.

Lincoln dan Guba (1985) menyatakan kelebihan yang diperoleh apabila penyelidik bertindak sebagai instrumen utama iaitu; (1) boleh berintegrasi dalam pelbagai situasi, (2) dapat memberi respons kepada persekitaran, (3) dapat memberikan maklum balas secara langsung, (4) boleh meminta pengesahan data secara langsung, (5) mengumpulkan maklumat pelbagai peringkat secara bersama , (6) menunjukkan respons data serta merta, dan (8) dapat memelihara empatik semula jadi.

107

Creswell (2001) menyatakan bahawa dalam kajian kes pengumpulan data boleh dilakukan melalui pelbagai sumber dan cara seperti dokumen, arkib, temu bual dan pemerhatian. Berdasarkan huraian tersebut, kaedah yang digunakan dalam kajian kes ini boleh dinyatakan seperti berikut:

a) Pemerhatian

Pemerhatian mempunyai maksud bahawa pengumpulan data yang melibatkan tindakan atau interaksi sosial antara penyelidik dengan subjek kajian. Dengan cara ini penyelidik dan subjek kajian berinteraksi secara timbal balik. Penyelidik merupakan sebahagian daripada pemberi maklumat terhadap kajian ini. Oleh itu, pemerhatian yang dilakukan merupakan complete participant observer iaitu pemerhatian yang dilakukan secara terus menerus dengan cara melibatkan diri sepenuh masa tanpa diketahui oleh orang yang sedang dikaji. Dengan cara ini, pemerhatian yang dilakukan dapat mengenal pasti data yang dikehendaki dengan tepat.

Dalam kajian ini, pemerhatian dilakukan terhadap guru yang sedang mengajar di dalam kelas. Ketika guru sedang mengajar, penyelidik meneliti dokumen RPP, dokumen modul serta cara aplikasi model pembelajaran dan media pembelajaran. Pemerhatian juga dilakukan pada dokumen sarana dan prasarana sekolah dengan meminta bantuan kepada wakil pengetua sekolah.

b) Temu Bual

Menurut Zuhdi (1991) menegaskan temu bual dalam kajian kualitatif mempunyai ciri- ciri tidak berstruktur, tidak dipiawaikan dan bersifat terbuka (open ended) . Temu bual tersebut merupakan temu bual mendalam (indepth interview) iaitu pertemuan temu bual langsung secara berulang-ulang antara penyelidik dengan pemberi maklumat.

Dalam melakukan temu bual, penyelidik menggunakan soalan temu bual sebagai panduan ketika temu bual berlangsung (lampiran 1). Menurut Bogdan dan Bikllen (1982), pedoman temu bual pada umumnya memberikan kesempatan timbulnya respon terbuka dan cukup luwes bagi pemerhati yang memperhatikan dan mengumpul data mengenai dimensi dan topik yang tidak terduga oleh penyelidik .

Dalam melakukan temu bual hasilnya dicatat pada buku catatan dengan hari dan tanggal temu bual pada setiap guru. Di samping itu, penyelidik menggunakan soalan yang sama tentang sesuatu perkara untuk mendapatkan kepastian jawapan daripada peserta kajian. Penyelidik melakukan temu bual secara individu. Sedangkan temu bual berfokus dilaksanakan bagi tujuan melengkapkan data temu bual individu.

Dalam kajian ini temu bual dijalankan kepada guru, pengetua sekolah, ketua jurusan, pengawas sekolah dan staf pentadbiran sekolah. Penyelidik melakukan temu bual dengan menggunakan panduan temu bual yang telah

109

direka bentuk agar bersesuaian dengan keperluan data. Dalam melakukan temu bual, penyelidik menggunakan teknik ulangan iaitu menggunakan pertanyaan yang sama tentang sesuatu perkara untuk memperoleh kepastian jawapan dari peserta kajian.

c) Analisis Dokumen

Dokumen yang digunakan dalan kajian ini adalah dokumen rasmi yang dihasilkan oleh guru besar dan guru. Menurut Moleong (1988) analisis dokumen digunakan kerana sumber tersebut bersifat kekal dan telah berlaku. Pengumpulan data melalui teknik ini bertujuan untuk melengkapkan data yang diperoleh daripada hasil temu bual dan pemerhatian.

Dalam kajian ini analisis dokumen dilakukan terhadap dukumen guru iaitu dokumen RPP dan dokumen modul dan dokumen media pembelajaran. Analisis dokumen dilakukan juga pada dokumen kurikulum yang didapati daripada wakil pengetua sekolah bidang kurikulum dan dokumen sarana serta prasarana daripada staf pentadbiran sekolah. Selain itu analisis dokumen juga dilakukan pada dokumen setiap jurusan yang berkaitan dengan Kurikulum 2013.

d) Perbincangan Kumpulan berfokus (Focus Group Discussion)

Perbincangan berfokus merupakan kaedah yang dapat digunakan bagi mengutip data dari pada peserta yang ramai dalam satu masa yang sama (Braun dan Clarke, 2013). perbincangan berfokus merupakan satu sisi

perbincangan yang tidak berstruktur namun terarah, iaitu berazazkan satu-satu topik yang khusus. Antara kebaikan perbincangan berfokus ialah mampu meyakinkan penyelidik untuk meneroka isu-isu yang tidak dijumpai selain dari pada dapat mengumpul maklumat baru tentang isu-isu yang diuji.

Perbincangan kumpulan berfokus dapat dilakukan perbincangan yang terarah pada tema tertentu tanpa bias pada perkara yang lain. Lincoln dan Guba (1985) mengatakan bahawa antara ahli perbincangan akan melakukan pemeriksaan yang menyeluruh tidak hanya untuk mengkaji fakta dan ketepatan interprestasi, tetapi untuk mendapatkan kepercayaan dan kredibiliti.

Dalam kajian ini, penyelidik melaksanakan perbincangan secara kumpulan berfokus setelah pemerhatian dan temubual dilakukan. Dalam perbincangan ini peserta kajian yang dijemput adalah semua guru dan guru besar. Diskusi secara berfokus bertujuan untuk mengetahui pandangan, gagasan dan aduan peserta kajian tentang perkara yang berkaitan dengan kefahaman guru dalam pelaksanaan Kurikulum 2013. Dengan diskusi berfokus, peserta kajian dapat mengemukakan pandangan, gagasan, masalah atau aduan secara bebas. Di samping itu, pengkaji sebagai sebahagian daripada peserta diskusi akan mengungkapkan berbagai pandangan berdasarkan hasil temu bual dan pemerhatian untuk mendapat tanggapan dan pandangan peserta diskusi.

111