• Tidak ada hasil yang ditemukan

MAJLIS MAKAN MALAM TABUNG PEMULIHAN BENCANA BANJIR

10 Rabiul Akhir 1436 / 10 Febuari 2015 Dewan Sivik, MBPJ

Maksudnya: Tidak ada sesuatu bala bencana yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada tercatat dalam pengetahuan Kami sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah amat mudah bagi Allah. (Al-Hadid:

22)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk berada dalam Majlis Makan Malam Tabung Pemulihan Bencana Banjir pada malam ini. Pada hakikatnya sokongan dari pelbagai pihak untuk meringankan bebanan kepada mangsa banjir adalah suatu yang utama buat masa ini. Sokongan seperti ini amat penting bagi kami mengembalikan semula semangat rakyat di Kelantan khususnya yang menjadi mangsa musibah banjir besar baru-baru ini.

Banjir yang melanda negeri Kelantan baru-baru ini termasuklah Terengganu, Pahang, Perak serta beberapa tempat di Johor, Kedah, Sabah dan Sarawak telah mengakibatkan kemusnahan infrastruktur dengan anggaran mencecah hampir RM 2.9 bilion keseluruhannya serta melibatkan sekitar 400,000

107

mangsa setelah mengambil kira jumlah kerosakan di sektor perladangan, kebun kecil getah, ternakan, masjid dan surau serta bangunan dan harta awam.

Sememangnya jika kita mengamati banjir yang berlaku akhir 2014 lepas, ia adalah satu fenomena yang luar biasa.

Perkara ini semuanya termaktub dalam ilmu Allah SWT. Segala bencana dan musibah telah disusun oleh Allah dan dengan kekuasaanNya, Dia boleh turunkan dengan sekelip mata sahaja. Banjir besar di Kelantan bagi kami adalah ujian keimanan daripada Allah kepada kami untuk kami lebih mempertingkatkan iman dan menjalankan tuntutan Allah secara lebih syumul dalam negeri Kelantan.

Kelantan sudah memasuki tahun ke 25 pentadbiran Membangun Bersama Islam, sudah agak lama tempoh kami memerintah dengan dasar Islam, baki lagi pelaksanaan Islam secara syumul perlu digerakkan secara lebih menyeluruh. Oleh sebab itu, pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah yang telah di amanahkan oleh rakyat sejak 20 tahun lebih juga menjadi agenda utama untuk kami laksanakan pasca banjir ini seiring dengan menggerakkan agenda kebajikan mangsa banjir.

Kita di peringkat kerajaan negeri telah menggerakkan jentera kerajaan negeri melalui GLC (Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesihatan (UPWKK), Tabung Amanah Tok Kenali (TATOK), Jabatan Amal Negeri, Majlis Sukarelawan Rakyat (MESRA) dan Nisa bagi menyalurkan bantuan seawal 18 Disember 2014 lagi iaitu hari pertama banjir ke seluruh jajahan terjejas.

Pada ketika itu, pihak kerajaan negeri telah menubuhkan Pengkalan Hadapan Khairat Banjir dan dua Pengkalan Hadapan Khairat utama pada masa itu ialah di bangunan PKINK (kemudian berpindah ke Kelantan Trade Center (KTC)

108

dan bangunan Majaari akibat banjir) dan satu lagi di Syabab Point (kemudian terpaksa berpindah ke Wisma Imam di Pasir Tumboh setelah Syabab Point juga dinaiki air). Pada 25 Disember 2014 kerajaan telah membuka lagi Pengkalan Hadapan Khairat di Tunjong dan penyelarasan bantuan dibuat oleh pasukan bomba dan tentera untuk disalurkan bantuan ke pusat-pusat pemindahan.

Tarikh 21 Disember sehingga 27 Disember 2014 adalah tarikh air naik secara mendadak dengan membawa arus deras. Keadaan agak kelam kabut waktu itu, saya telah membuat arahan segera pada 23 Disember 2014 dengan mengarah jabatan-jabatan negeri dan persekutuan untuk turun membantu mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan serta membuat kerahan agar solat hajat dan munajat diadakan di seluruh masjid-masjid negeri Kelantan bagi memohon keselamatan akibat banjir.

Keesokannya pada 24 Disember saya meminta agar digerakkan secara segera 40 buah dapur rakyat bagi membekalkan makanan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan dan mereka yang masih belum berpindah. Pada hari itu juga oleh kerana air naik dengan cepat, jadi saya terus memberi arahan segera agar dikeluarkan penduduk yang tinggal berhampiran dengan sungai dan kawasan tanah rendah dipindahkan sebelum maghrib. Ternyata air naik mendadak dan menenggelamkan banyak rumah di kawasan rendah dan tepi sungai.

Saya berterima kasih kepada Kerajaan Selangor di mana YAB Menteri Besarnya sendiri datang menjenguk situasi getir kami dan menghulurkan sumbangan sebanyak RM 1 juta pada peringkat permulaan iaitu pada 26 Disember. Terima kasih juga kepada Kerajaan Pulau Pinang, YAB Ketua Menterinya sendiri juga turun sendiri memberi bantuan, Negara Thailand

109

yang beberapa kali datang membawa bekalan dan sukarelawan, NGO yang datang dari seluruh negeri di Malaysia.

Jumlah terkini keseluruhan mangsa banjir yang berpindah di seluruh negeri Kelantan mengikut bilangan ketua isi rumah ialah 87,024 ketua isi rumah.

Kita di peringkat kerajaan negeri telah meneliti kerosakan yang berlaku ekoran banjir ini, rumah yang musnah 100% (atau total loss) di seluruh Kelantan sehingga kini berjumlah 2,592 buah rumah. Di Kuala Krai sahaja bilangan terkini rumah musnah 100% adalah sebanyak 2,030 buah rumah kemudian di ikuti Gua Musang berjumlah 441 buah rumah, Machang 51 buah, Tanah Merah 38 buah, Kota Bharu 18 buah, Tumpat 11 buah, dan di Pasir Mas 2 buah rumah.

Angka kerosakan ini pada dasarnya adalah hasil penyelarasan bancian dibuat ke atas penduduk yang berpindah ke pusat pemindahan dan bancian dibuat oleh Penghulu Mukim dan Penyelia Pembangunan Mukim setelah diselaraskan bersama antara kerajaan negeri dengan MKN.

Ekoran banjir baru-baru ini, sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) turut terjejas teruk di mana jumlah kerugian semuanya ialah RM 2.35 juta.

Di Kota Bharu sahaja terdapat 3 buah sekolah dengan kerugian sebanyak RM 863 ribu, 4 sekolah di Tanah Merah mengalami kerugian berjumlah RM 128,320.00, 3 buah sekolah di Tumpat berjumlah RM 174,220.00, 3 sekolah di Rantau Panjang berjumlah RM 85,120.00, 4 Sekolah di Pasir Mas berjumlah RM 146 ribu, 3 di Kuala Krai berjumlah RM 623,600.00 dan sebuah sekolah di Gua Musang kerugian berjumlah RM 330 ribu.

Sementara masjid dan surau turut mengalami kerugian besar juga di mana di Kuala Krai sahaja iaitu tempat yang paling teruk dilanda banjir, kerugian kemusnahan masjid dan surau berjumlah RM 1.99 juta iaitu masjid-masjid dan surau dalam dun Mengkebang sebanyak 19 buah kerugiannya berjumlah

110

RM 900 ribu, dalam dun Guchil 9 buah kerugian sebanyak RM 370 ribu dan di Manek Urai sebanyak 28 buah kerugian berjumlah RM 720 ribu.

Kesemua kerosakan dan kesan banjir di negeri Kelantan kali ini adalah antara yang terbesar dan sudah tentu ia memerlukan komitmen dan keprihatinan tinggi pihak kerajaan negeri dan persekutuan. Di samping khidmat dan sumbangan orang awam dan pertubuhan sukarelawan amat diharapkan sebagai membuktikan kebersamaan di dalam usaha pembinaan semula kesemua kerosakan yang berlaku.

Kerajaan negeri setelah mengumumkan untuk membina 600 buah rumah kekal secara percuma di tapak tanah yang selamat kepada mangsa banjir yang musnah keseluruhan rumah mereka, rumah yang akan dibina ini bersaiz 800 kaki persegi dan mempunyai 3 bilik setaraf dengan rumah mampu milik yang diusahakan oleh kerajaan negeri. Proses pembinaan rumah-rumah kekal telahpun bermula. Di Machang kita telah mula bina 10 unit, 16 unit di Gua Musang dan penempatan di Kuala Krai kita telahpun mengenal pasti tanah seluas 3.6 hektar di Manek Urai untuk dibina 150 rumah kekal.

Selain pembinaan rumah kekal, kerajaan negeri turut mengambil langkah untuk membantu mana-mana mangsa banjir yang tinggal di rumah saudara mara atau menumpang akan dibayar imbuhan RM 300 sebulan selama tiga bulan sementara siap rumah yang dibina. Kerajaan negeri juga melalui jajahan-jajahan menyediakan rumah untuk sewa yang akan dibayar oleh kerajaan negeri. Setakat yang ada, di Kuala Krai ada 400 unit dan 38 unit di kem Askar Wataniah.

Di sini, saya rakamkan terima kasih dan penghargaan kepada PAS Pusat di atas inisiatif yang sangat bermakna kepada kami dengan menubuhkan Tabung Pemulihan Bencana Banjir ini. Sokongan seperti ini amat diperlukan khususnya dalam suasana pemulihan ini yang menelan belanja begitu besar.

111

Di kesempatan ini juga, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak, semua para dermawan termasuk yang ada di majlis ini, yang telah memberikan pelbagai bentuk bantuan serta bekalan kepada semua mangsa-mangsa banjir sepanjang rakyat negeri Kelantan melalui hari-hari yang tragis semasa banjir melanda.

Sama-samalah kita menyumbang untuk mengurangkan bebanan mereka yang susah bahkan dalam agama Islam, Allah menyuruh hamba-Nya agar menyumbangkan sebahagian harta yang telah dikurniakan apatah lagi dalam keadaan saudara-saudara kita yang dilanda musibah besar dengan kehilangan semua harta benda mereka yang meninggalkan kesan besar serta bebanannya perlu dipikul bersama oleh kita. Doakanlah agar usaha kerajaan negeri diberkati Allah dan segala gerak kerja pemulihan berjalan dengan lancar.

Terima kasih sekali lagi

ءازجلا ريخ اللَّ مكازج هتاكربو اللَّ ةمحرو مكيلع ملاسلاو مكلو يل ميظعلا اللَّ رفغتسأو اذه يلوق لوقأ

112

MAJLIS MELETAK KERJA BANTUAN RUMAH KEKAL

Garis besar

Dokumen terkait