Sungai Buloh, Selangor
Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan apa yang diusahakannya. Bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan kepadanya pada hari kiamat kelak. (Al-Najmu: 39-40)
Terima kasih kepada pihak Perakan yang mengadakan majlis penuh bermakna ini, dapat kita bertemu mata dan boleh bertanya khabar keadaan masing-masing. Perakan khususnya sebelum ini banyak kali telah berperanan dalam merealisasikan agenda Kerajaan Kelantan selama ini. Dengan adanya Perakan, ia menjadi jambatan untuk menyalurkan maklumat kerajaan negeri kepada anak-anak Kelantan di perantauan.
Kerajaan negeri telah berusaha untuk menjengok dan beramah mesra dengan anak-anak Kelantan di perantauan ini secara kerap. InsyaAllah aktiviti Perakan disusun secara lebih kerap dalam tempoh tahun ini dan tahun 2016.
Majlis seumpama perjumpaan sesama ahli, dialog, majlis berbuka puasa dan majlis seumpama pada malam ini yang turut dihadiri oleh pemimpin kerajaan negeri sangat perlu diadakan bagi menyalurkan maklumat terkini berkaitan kerajaan negeri.
Kerajaan negeri telah mewujudkan portfolio ‘hubungan seranta’ sebagai saluran pentadbiran kerajaan negeri untuk merapat hubungan dengan warga Kelantan di perantauan. Dari sudut skop operasional hubungan seranta adalah lebih kepada menganjurkan aktiviti bersama kerajaan negeri dengan warga
45
Kelantan yang berada luar Kelantan termasuk di Sabah dan Sarawak. Kita akan manfaatkan sebaik mungkin usaha penyaluran maklumat tepat dari kerajaan negeri kepada anak-anak perantau.
Perakan pada hakikatnya telah banyak membantu kerajaan negeri. Semasa banjir tahun lepas Perakan begitu aktif membantu mangsa-mangsa banjir.
Kerajaan negeri sangat hargainya. Apa yang penting, kami amat mengharapkan kepada warga Kelantan di luar agar menjadi agen penyebar berita yang sahih dan benar berkaitan kerajaan negeri. Banyak sekali isu-isu yang perlu difahami dan didengar melalui sumber yang sahih kerana kita bimbang, zaman media baru ini, maklumat tidak benar dan saraf yang pelbagai ini dapat menguasai pengguna-pengguna media sosial khasnya yang berada di luar Kelantan.
Dalam isu lebuhraya perlu di ketahui bahawa setelah kita telah melancarkan
‘mula kerja’ pada 27 Ogos lalu di Bukit Bakar Machang sehingga ke Dusun Damar, Kuala Krai iaitu sepanjang 30.5 km untuk fasa yang pertama. Dengan perbincangan kerajaan persekutuan, kita akan siapkan 10.5 km dan bakinya akan disiapkan oleh mereka. Lebuhraya ini adalah kerja mereka bukan negeri tetapi atas hasrat janji kita kepada rakyat, maka kita siapkan sebagaimana yang dinyatakan tadi.
Kita doakanlah agar kerajaan persekutuan akan menampung kos-kos tersebut kerana lebuhraya yang dibina ini termasuk dalam jajaran central spine road yang menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan siapkannya. Manakala dana wakaf terkumpul sebanyak RM 3.1 juta lebih yang diderma oleh rakyat kita akan pastikan diguna untuk dibina jambatan yang menghubungkan antara lebuhraya yang kita namakan jambatan rakyat nanti.
46
Berkaitan Kanun Jenayah Syariah pula, setelah kita telah menyiapkan prasarana dan persediaan yang sepatutnya, maka Private Members Bill telah diangkat beberapa kali ke Dewan Rakyat. Usaha kita masih belum berjaya pada 2015 ini, kebetulan persidangan akhir parlimen lepas, kes Kanun Jenayah Syariah kita berada di Mahkamah setelah YB Marang, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Speaker disaman. Tempoh berakhir parlimen hanya ada lebih kurang seminggu lagi dan kita tidak sempat untuk angkat usul pindaan memandangkan aturan parlimen mestilah diangkat sekurang-kurangnya dua minggu sebelum persidangan parlimen.
Kita sudah membuat persiapan rapi, sebelum ini, kerajaan negeri mengadakan Muzakarah Penyediaan Kaedah-Kaedah Hukuman Kanun Jenayah Syar’iyyah yang turut dihadiri oleh mufti-mufti seluruh Malaysia dan pakar perundangan juga pakar perubatan. Untuk makluman, kita adalah kerajaan negeri pertama bukan setakat di Malaysia akan tetapi di dunia ini yang mempunyai kaedah atau undang-undang bertulis tentang tatacara hukuman hudud secara terperinci.
Kita kena bersabar, usaha yang kita lakukan untuk membawa usul persendirian ini masih belum berjaya kerana beberapa halangan daripada pihak lain. InsyaAllah pada persidangan Dewan Rakyat bulan Mac tahun depan, usul pindaan ini akan diangkat semula dan doakan ianya berjaya.
Kerajaan Negeri Kelantan juga sedang berusaha sedaya mungkin dalam operasi menyiapkan keseluruhan rumah kekal bagi mangsa-mangsa banjir lepas. Jumlah keseluruhan rumah kekal yang telah didiami sehingga kini sebanyak 378 unit daripada jumlah keseluruhan 720 unit. Jumlah tersebut adalah hasil pembinaan yang telah diusahakan oleh kerajaan negeri dan NGO.
47
Kita sudah bina dan dalam pra-bina melebihi target kita iaitu 600 rumah sebagaimana yang dijanji dahulu.
Sebanyak 47 unit rumah kekal di tiga kawasan iaitu Machang, Tumpat dan Pasir Mas telah siap sepenuhnya dan telah diduduki. Di Kota Bharu masih terdapat 5 unit yang dalam pra pembinaan daripada jumlah 16 unit kesemuanya. Sementara di Gua Musang dan Kuala Krai, ada rumah-rumah yang telah siap namun belum boleh diduduki kerana kerja-kerja infrastruktur sedang dijalankan umpamanya sebanyak 44 unit rumah di Mukim Pulai. Baki rumah kekal yang lain akan disiapkan sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan sebagaimana dalam persetujuan yang telah diambil.
Berkaitan isu YIK, memang berlaku tunggakan dan ada di selesaikan pada tahun 2012 itupun di sebabkan hasil daripada penjualan ladang milik YIK kepada PMBK Sawit. Jadi, hasil ini di gunakan untuk membayar tunggakan YIK. Beberapa perincian data dan jumlah tunggakan YIK mengikut tahun seperti berikut ;
2007- RM 2, 286, 566 2008- RM 6, 121, 108 2009- RM 5, 028, 903 2010- RM 6, 998, 252 2011- RM 64, 896.12 2012- RM 1, 683, 334.58 2013- RM 5, 544, 963.02 2014- RM 9, 207, 327.45
Tunggakan ini terus meningkat adalah di sebabkan hasil daripada ladang-ladang YIK masih belum diperolehi. Dan satu yang kita perlu fahami, pihak kerajaan dalam proses menyelesaikan masalah ini keseluruhannya.
Hakikatnya, perbelanjaan untuk YIK yang di berikan oleh Kerajaan Kelantan adalah sebanyak RM 6.5 juta yang dibayar secara bulanan. Manakala
48
perbelanjaan yang diperlukan oleh YIK adalah sebanyak RM 8.3 juta iaitu memerlukan tambahan sebanyak RM 1.8 juta bagi setiap bulan. Kita sudah jelaskan tunggakan tersebut RM 2 juta dan saman ke atas syarikat yang tidak membayar hasil kepada YIK juga telah kita menang.
Walaupun menghadapi masalah dari sudut tunggakan kewangan ini di YIK, namun Alhamdulillah dari sudut pencapaian akauntabilitinya kita mendapat penarafan bintang. Baru-baru ini, semasa Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti bagi tahun 2014, beberapa jabatan juga agensi kerajaan negeri telah menerima anugerah penarafan dan sijil kecemerlangan. Ini bermakna, kita di YIK telah melepasi audit berkaitan ketirisan seperti rasuah, penyelewengan, perbuatan melanggar perundangan, perbuatan yang dapat menimbulkan kerugian kewangan dan bukan kewangan, pelanggaran standard operasi, dan pelanggaran etika.
Semoga dengan sumbangan dan kepakaran yang dimiliki oleh anak-anak Kelantan di perantauan ini akan memberi pulangan dan faedah yang besar kepada kerajaan negeri sama ada dalam bentuk sumbangan idea atau material.
Yang penting, walau di mana jua kita berada, kita dapat menjadi tunjang dan kekuatan kepada kerajaan negeri insyaAllah.
49
MAJLIS PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT SEMPENA