3 Rejab 1436 / 22 April 2015
Symphony Life Studio, Jkr 272 Jalan Raja Dewa Kota Bharu
Firman Allah Taala:
Maksudnya: Dengan sebab kebiasaan aman tenteram bagi kaum Quraisy iaitu perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman) dan pada musim panas (ke negeri Syam). Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Yang Menguasai Kaabah ini, Dialah Tuhan yang menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan. (Quraisy: 1- 4)
Alhamdulillah, kita panjatkan setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah keizinanNya, kita dapat menjayakan majlis perasmian dan Pecah Tanah Projek Tijani pada hari ini.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak Symphony Life Berhad di atas penganjuran majlis ini yang bagi saya sangat-sangat bermakna khususnya di dalam membangunkan pertumbuhan ekonomi di negeri ini.
Ucapan terima kasih saya rakamkan kerana diberikan peluang untuk menyampaikan ucapan perasmian projek Tijani pada pagi ini yang bagi saya projek ini adalah satu pembangunan mewah di Telipot ini yang melibatkan strata dan juga landed residentials.
29
Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat datang kepada Y.Bhg. Tan Sri Azman Yahya, pengerusi eksekutif, Symphony Life Berhad yang juga merupakan anak watan negeri Kelantan yang telah mencipta nama di persada negara, begitu juga dengan kakitangan beliau yang turut serta di dalam merealisasikan acara pada petang ini.
Islam sendiri pada hakikatnya sudah menggariskan panduan-panduan asas di dalam kita menguruskan agenda ekonomi serta pelaburan agar umat Islam dilihat sebagai ummah yang kukuh ekonomi mereka. Bahkan Allah SWT sendiri telah menceritakan sikap orang-orang Quraisy sebelum kedatangan Islam yang suka menguruskan urus niaga dan menguruskan aktiviti ekonomi sebagaimana dalam ayat yang saya bacakan tadi. Ini menunjukkan amalan pengurusan perniagaan yang merupakan nadi kepada keutuhan ekonomi tidak ditegah oleh Islam, cuma diperintahkan agar jangan lupa untuk bersyukur kepada Allah SWT di atas nikmat yang dikurniakan.
Ibn Khaldun, di dalam kitabnya yang terkenal, iaitu al-Mukaddimah, menyentuh banyak perkara tentang projek ekonomi dan pelaburan seperti nilai, buruh, sistem harga, hukum permintaan dan penawaran, penggunaan dan pengeluaran, wang, modal, kewangan negara dan lain-lain. Beliau yang berasal dari Hadramaut dan berpindah ke Andalus merupakan seorang tokoh ekonomi yang banyak mengenengahkan teori ekonomi penting yang mendahului Adam Smith dengan jarak waktu 400 tahun. Di antara perkara asas yang dinyatakan oleh beliau ialah beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti fairness (keadilan), hardworking (kesungguhan), cooperation (kerjasama) dan kesederhanaan dalam mengurus kewangan. Justeru, amalan ekonomi yang tidak ditunjang dengan diskriminasi perlu menjadi amalan di dalam merancang dan membentuk model ekonomi dan urusniaga yang berkesan.
30
Model ekonomi yang berteraskan konsep langit terbuka pada hari ini perlu disantuni dengan lebih telus dan gigih. Dari sudut ekonomi, Kelantan insyaAllah sedang berusaha menjalinkan hubungan perdagangan yang lebih mantap dengan negara-negara lain di peringkat antarabangsa. Kerajaan negeri sebenarnya serius dengan pelbagai usaha untuk menarik pelabur bagi melabur di Kelantan sama ada pelabur dari dalam atau luar negara.
Sejumlah peruntukan telah diperuntukkan untuk misi pelaburan luar negara bagi menarik lebih banyak pelaburan asing langsung ke negeri kita. Ini termasuklah kita adakan pelaburan ke China dan timur tengah bagi melabur dalam industri berasaskan sumber mineral yang terdapat dalam negeri seperti industri simen, petroleum, gas dan juga dalam industri halal. Dalam menjayakan siri-siri pelaburan tersebut kerajaan mengunjurkan nilai pelaburan yang dapat dijana sekitar RM 12 billion bagi tempoh 3 tahun bermula tahun lepas.
InsyaAllah, kita mengharapkan selepas ini Kelantan sebagai sebuah negeri di Malaysia yang paling hampir dengan China dari sudut geografinya boleh menjadi pintu masuk kepada pelbagai produk khususnya produk halal yang mempunyai pasaran yang amat berpotensi di Malaysia pada hari ini.
Mengambil pengajaran daripada surah Quraisy tadi di mana Allah SWT menjelaskan sikap bangsa Quraisy yang sering berulang-alik ke Syam dan Yaman untuk berniaga, maka hari ini kita perlu berusaha lebih serius dalam membuka pintu perdagangan di peringkat antarabangsa.
Projek Tijani ini adalah salah satu pemangkin kepada ekonomi setempat dan ini adalah satu perkara yang membanggakan pihak kerajaan negeri dalam usaha kita membangunkan zon-zon komersial di negeri ini. Kita di peringkat kerajaan negeri telah bersetuju menerima pelaburan yang cukup bernilai yang dimajukan oleh Symphony Life Berhad dengan usaha sama Euro Saga Sdn
31
Bhd di bawah projek Tijani Raja Dewa yang menyediakan kawasan kediaman berprestij yang berkonsepkan resort, kawasan komuniti berpagar, berkawalan yang diinspirasikan dari suasana kampung tradisional Melayu. Tahniah saya ucapkan atas usaha yang sangat baik ini. Penglibatan serta kesungguhan pihak Symphony Life Berhad dalam menjadi salah satu ejen pembangunan di negeri Kelantan adalah amat dialu-alukan.
Saya juga berharap agar penglibatan Symphony bukan sahaja setakat menyumbang ke arah perkembangan prasarana di persekitaran Tijani Raja Dewa tetapi turut sama di dalam menjanakan ekonomi negeri Kelantan dan juga penglibatan secara langsung di dalam aktiviti-aktiviti korporat sosial.
Alhamdulillah, perancangan-perancangan ekonomi yang rakyat kita telah usaha dan akan laksanakan membuktikan bahawa Kelantan dan rakyatnya tidak pernah ketinggalan di dalam arus kemajuan. Saya yakin insyaAllah, jika perancangan yang ada disertai dengan pelaksanaan berbekalkan iman dan taqwa kepada Allah SWT, Kelantan dan rakyatnya akan sentiasa dilimpahi dengan segala macam keberkatan.
Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Symphony Life Berhad dan syarikat usaha samanya iaitu Euro Saga Sdn Bhd serta seluruh warga kerja yang telah mengusahakan satu projek yang sangat strategik dalam masa yang sama memberi imej yang baik dari sudut pembangunan ekonomi negeri ini. Dengan lafaz :
Bismillahirrahmanirrahim
Saya rasmikan Projek Tijani Raja Dewa ini, mudah-mudahan diberi keberkatan.
هتاكربو اللَّ ةمحرو مكيلع ملاسلاو مكلو يل ميظعلا اللَّ رفغتسأو اذه يلوق لوقأ
32
MAJLIS PERASMIAN PEJABAT CAWANGAN USAHASAMA