• Tidak ada hasil yang ditemukan

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI (RUMAH KEKAL) MANGSA BANJIR NEGERI KELANTAN

20 Febuari 2015

Berangan Mek Nab, (Desa Rahmat) Machang Kelantan

Sabda Rasulullah SAW:

ْمُهَلاَتْبا اًم ْوَق َّبَحَأ اَذِإ َ َّاللَّ َّنِإَو ِءَلاَبْلا ِمَظِع َعَم ِءاَزَجْلا َمَظِع َّنِإ ُهَلَف َىِضَر ْنَمَف

ُطَخَّسلا ُهَلَف َطِخَس ْنَمَو اَضِّرلا

Maksudnya: Sesungguhnya ganjaran yang besar dikurniakan dengan didahului musibah yang besar, dan apabila Allah suka kepada sesuatu kaum, maka Allah akan menguji mereka. Barangsiapa yang redha maka Allah turut meredhai dan siapa yang marah, Allah pun turut murka kepadanya. (Riwayat Tirmidzi)

Alhamdulillah, syukur kepada Allah di pagi Jumaat yang mulia ini, masih diberi keizinan untuk kita menyedut udara segar yang Allah kurniakan dan kita turut bersyukur kerana rumah kekal yang telah kita letak batu asas sebulan lepas sudah dapat disiapkan di sini. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang menjayakan agenda besar kerajaan negeri ini mudah-mudahan hasrat kita untuk menyediakan rumah kekal kepada semua mangsa yang kehilangan rumah sepenuhnya di berkati Allah SWT.

Kerajaan negeri telah meneliti keseluruhan kemusnahan yang berlaku ekoran banjir baru-baru ini dan rumah yang musnah 100% di seluruh Kelantan sehingga tarikh 18 Febuari 2015 adalah berjumlah 2,601 buah rumah. Di Kuala Krai sahaja bilangan rumah musnah 100% adalah sebanyak 2,030 buah rumah iaitu bilangan yang tertinggi dan kemudian di ikuti di Gua Musang sebanyak 443 buah. Manakala di tempat-tempat lain seperti di Pasir Mas,

94

Machang, Tumpat, Tanah Merah dan Kota Bharu masing-masing bilangannya angka 50 buah.

Bagi penduduk yang terlibat dengan kerosakan rumah atau kediaman secara keseluruhannya total lost ini, pihak kerajaan negeri telah membina rumah-rumah kekal dan sedang meneliti beberapa lokasi lagi untuk menyempurnakan pembinaan keseluruhan rumah kekal yang dinyatakan oleh kerajaan negeri.

Bantuan Rumah Kekal yang diperlukan untuk disiapkan adalah dalam julat RM 40,000.00 hingga RM 48,000.00 dengan keluasan minima 800 kaki persegi (kecuali bertiang 660 kaki persegi) dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Setakat ini pihak kerajaan negeri telahpun membina 10 buah rumah di Berangan Mek Nab ini atau kita masyhurkan dengan nama ‘Desa Rahmat” di atas tanah kerajaan negeri seluas 12 ekar yang melibatkan 9 ketua isi rumah (KIR) iaitu 6 KIR dari Temangan sementara 3 KIR lagi dari Ulu Sat.

Selepas ini kita akan bina di Temangan/Pangkal Meleret di atas tanah milik dan kita telah kenal pasti iaitu jumlahnya 15 KIR yang akan dibina rumah kekal kepada mereka. Selebihnya akan dibina oleh MAIK juga di Temangan kepada 12 KIR dan kerajaan persekutuan akan bina untuk 12 KIR lagi.

InsyaAllah di Kuala Krai, dengan segala usaha, kerajaan negeri akan memulakan segera pembinaan bagi 80 buah rumah yang dananya disumbangkan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor di atas tanah kerajaan negeri di Simpang 3 Manek Urai. Sementara di Kampung Keluat di atas tanah kerajaan juga, akan dibina 18 rumah kekal lagi yang diusahakan oleh pihak MAIK.

95

Kita mengharapkan pihak mangsa dapat bersabar di atas ketentuan Allah yang bukan diminta oleh sesiapa ini, namun kita yakin Allah memberi ganjaran yang berlipat ganda dan pulangan yang terbaik selepas ini.

و اللَّ ةمحرو مكيلع ملاسلاو مكلو يل ميظعلا اللَّ رفغتسأو اذه يلوق لوقأ هتاكرب

96

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI (RUMAH KEKAL) MANGSA BANJIR NEGERI KELANTAN

25 Februari 2015 Kg Kolam Mas, Gua Musang

Firman Allah Taala:

Maksudnya: Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur serta ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Ibrahim: 7)

Alhamdulillah, syukur kerana dengan rahmat Allah dapat kita mengecapi nikmat yang pelbagai walaupun diuji dengan pelbagai ujian dan pada petang ini dapat kita siapkan beberapa rumah kekal yang diletak batu asas pada 5 Januari lepas. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang menjayakan agenda besar kerajaan negeri ini mudah-mudahan hasrat kita untuk menyediakan rumah kekal kepada semua mangsa yang kehilangan rumah sepenuhnya diberkati Allah SWT.

Kerajaan negeri telah meneliti keseluruhan kemusnahan yang berlaku ekoran banjir baru-baru ini dan rumah yang musnah 100% di seluruh Kelantan sehingga tarikh 18 Febuari 2015 adalah berjumlah 2,601 buah rumah. Di Kuala Krai sahaja bilangan rumah musnah 100% adalah sebanyak 2,030 buah rumah iaitu bilangan yang tertinggi dan kemudian di ikuti di Gua Musang

97

sebanyak 443 buah. Manakala di tempat-tempat lain seperti di Pasir Mas, Machang, Tumpat, Tanah Merah dan Kota Bharu masing-masing bilangannya angka 50 buah.

Alhamdulillah, Jumaat lepas kerajaan negeri telah membuat penyerahan kunci di Kampung Berangan Mek Nab Machang atau Desa rahmat. Dalam tempoh sebulan kita dapat siapkan rumah tersebut dalam keluasan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan negeri. Saya di sini ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus termasuklah pelbagai NGO yang menginap di sini dan turut membina penginapan bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir. Kesepakatan dan saling bantu-membantu ini amat dipuji lebih-lebih lagi dalam suasana rakyat yang dilanda banjir masih lagi bersedih di atas kehilangan rumah-rumah mereka.

InsyaAllah di Gua Musang ini, di Limau Kasturi berhadapan Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi sebanyak 73 unit rumah akan dibina dan di Galas sebanyak 123 unit juga akan dibina melalui Majlis Agama Islam Kelantan dalam masa terdekat ini. Target kita, rumah dapat disiapkan sebelum Ramadhan ini, mudahan kita dapat beribadat di bulan Ramadhan dengan penuh keselesaan walaupun agak terbatas.

Kita mengharapkan pihak mangsa dapat bersabar di atas ketentuan Allah yang bukan diminta oleh sesiapa pun, namun kita yakin Allah pasti memberi ganjaran yang berlipat ganda dan pulangan yang terbaik selepas ini. Allah apabila mengasihi sesuatu kaum dan hambaNya, kita akan diuji sebagaimana hadis Nabi SAW:

ْمُهَلاَتْبا اًم ْوَق َّبَحَأ اَذِإ َ َّاللَّ َّنِإ

98

Maksudnya: Sesungguhnya apabila Allah suka kepada sesuatu kaum, maka Allah akan menguji mereka. (Riwayat Tirmidzi)

Semoga kita menambahkan kesyukuran kita kepada Allah walaupun musibah terlalu besar namun jika diukur dari sudut kemalangan jiwa, amat sedikit sekali. Inilah tanda Allah ingin memberi ingatan agar kita sentiasa mengingatiNya kerana biasanya manusia akan rapat dengan Allah di kala susah. Mudahan-mudahan kita dirahmati olehNya.

هتاكربو اللَّ ةمحرو مكيلع ملاسلاو مكلو يل ميظعلا اللَّ رفغتسأو اذه يلوق لوقأ

99

MAJLIS KESYUKURAN DAN PENYERAHAN KUNCI (RUMAH

Garis besar

Dokumen terkait