• Tidak ada hasil yang ditemukan

MAJLIS PERASMIAN BAZAR SITI FATIMAH RANTAU PANJANG

7 Rabiul Awwal 1437 / 19 Disember 2015 Bazar Siti Fatimah, Rantau Panjang

Firman Allah SWT:

َنوُفاَخَي ِةاَكَّزلا ِءاَتيِإَو ِة َلاَّصلا ِماَقِإَو ِ َّاللَّ ِرْكِذ ْنَع ٌعْيَب َلََو ٌةَراَجِت ْمِهيِهْلُت َلَ ٌلاَجِر ُبوُلُقْلا ِهيِف ُبَّلَقَتَت اًم ْوَي ُراَصْبَ ْلأاَو

Maksudnya: Orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan daripada mereka menyebut serta mengingati Allah, mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat. Mereka pada hakikatnya takutkan hari kiamat yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Al-Nur: 37)

Pertamanya, Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izinNya membolehkan kita untuk sama-sama berada di dalam majlis perasmian Bazar Siti Fatimah pada pagi ini. Saya merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis yang sangat bermakna ini.

Sekali lagi dengan perasmian bazar ini menjadi satu lagi bukti kecaknaan Kerajaan Negeri Kelantan terhadap keperluan pembangunan rakyatnya.

Amalan perniagaan hakikatnya telah lama wujud dalam sejarah manusia.

Secara asasnya perniagaan ialah amalan pertukaran barang atau disebut sebagai sistem barter. Daripada amalan pertukaran barangan inilah wujudnya amalan perniagaan yang kemudiannya menggunakan besi, tembaga, garam dan juga emas sebagai alat pertukaran sehingga ke hari ini di mana alat pertukaran peranannya diambil alih oleh wang kertas.

66

Dalam sejarah Islam, Rasulullah SAW sendiri sebelum dilantik menjadi rasul terlibat secara langsung dalam perniagaan. Sejak berumur 12 tahun lagi sejarah mencatatkan baginda sering mengikuti rombongan bapa saudaranya, Abu Talib keluar berniaga di Syam dan apabila dewasa, baginda sendiri menjadi peniaga yang membeli barangan di sebuah pasar dan diniagakan di pasar atau bazar besar yang lain. Kemuncak kepada penglibatan Rasulullah SAW dalam perniagaan ialah apabila baginda menjadi peniaga yang memasarkan barang-barang yang dimiliki oleh Saidatina Khadijah binti Khuwailid R.A ke negara-negara jiran seperti Syria dan Yaman.

Kecenderungan Rasulullah SAW untuk menceburkan diri dalam perniagaan ini juga bukanlah merupakan amalan baru dalam masyarakat Quraisy. Bahkan sebelum baginda, masyarakat Quraisy telah menjalankan perniagaan ke Syam dan Yaman. Mereka berdagang ke Yaman pada musim sejuk dan berniaga di Syam pada musim panas. Rombongan perdagangan ini merupakan satu bentuk perkongsian perniagaan sesama penduduk Mekah melalui mekanisme mudharabah dan musyarakah antara golongan pelabur dengan golongan pengusaha perniagaan yang menjalankan usaha perniagaan. Melalui aktiviti ini hampir semua penduduk Mekah termasuk yang miskin dan mempunyai modal yang sangat terhad dapat melibatkan diri dalam perniagaan yang dijalankan sama ada sebagai pelabur atau peniaga kecil-kecilan.

Selain daripada menghantar rombongan perniagaan ke Syam dan Yaman, kaum Quraisy di Mekah juga turut menggalakkan kedatangan pedagang-pedagang luar yang datang berniaga khususnya di musim haji. Mereka menjalankan perniagaan di pasar yang dikenali sebagai Pasar Ukaz. Sejak sebelum sejarah Islam lagi, pasar ini telah memainkan peranan aktif sebagai pusat perniagaan penting di Timur Tengah. Di dalam sejarah, pasar ini bukan sahaja menjadi lokasi perniagaan, bahkan ia turut menjadi medan pertemuan

67

pelbagai qabilah yang berbeza dan juga sekaligus sebagai lokasi pertemuan antara tamadun dunia.

Sejarah Pasar Ukaz ini membuktikan bagaimana pentingnya peranan pasar dan juga amalan perniagaan di dalam membina tamadun. Bukan sahaja di dalam sejarah dunia, bahkan di dalam sejarah alam Melayu sendiri, pasar-pasar ini memainkan peranan penting di dalam pembinaan tamadun. Misalnya di zaman Kesultanan Melayu Melaka di mana proses pengislaman Kesultanan Melayu Melaka bermula dengan kedatangan pedagang Arab ke Pasar Melaka pada masa itu. Mereka datang ke Pasar Melaka yang pada masa itu menjadi tempat persinggahan kapal-kapal yang melalui Selat Melaka. Justeru terdapat teori yang menyatakan bahawa nama Melaka terhasil daripada kalimah Malqa' iaitu tempat pertemuan.

Dalam usaha mewujudkan bazar yang hebat dan ternama, kita mestilah merujuk kepada sejarah kejayaan bazar-bazar besar yang ternama di dunia.

Antaranya Grand Bazzar Turki yang terbesar di dunia. Bazar ini terletak di Istanbul, Turki adalah termasuk daripada kategori pasar terbesar sekaligus tertua di dunia. Ia mempunyai 61 cabang jalan yang mana jumlah pengunjungnya mencapai 250 ribu-400 ribu tiap harinya. Keduanya Bazar Khan el-Khalili di Mesir yang terletak berhampiran Masjid Hussein dan seberang jalan Universiti Al-Azhar. Bazar ini adalah merupakan pusat perdagangan yang utama dalam Islam di Mesir yang dibina sejak tahun 1511 semasa pemerintahan Sultan al-Ghuri. Kedua-dua bazar ini masih kekal sebagai pusat membeli-belah yang sangat menarik hati dan unik.

Kita di negeri Kelantan, tidak ketinggalan dalam menaikkan imej kerajaan negeri dalam mewujudkan bazar-bazar yang utama dan menarik ramai pengunjung. Umpamanya kita ada Bazar Tok Guru yang merupakan mercu tanda terkini di Kota Bharu. Konsep reka bentuk Bazar Tok Guru adalah

68

bercirikan seni bina Islam yang diambil daripada elemen reka bentuk masjid di Mekah dan Madinah di antaranya ialah reka bentuk kubah dan gerbang masuk yang diambil daripada Masjid Nabawi. Bazar ini kita bangunkan dengan impian untuk dimartabatkan sebagai mercu tanda bagi bandar Kota Bharu dan seluruh negeri Kelantan. Malah Bazar Tok Guru ini merupakan bazar yang paling besar dan luas di Kelantan, serta penampilan konsep grand bazaar yang berada di tengah-tengah pusat bandar raya Kota Bharu. Bagi memastikan bazar ini dikategorikan sebagai premis perniagaan yang mesra pengunjung, pelbagai kemudahan disediakan seperti kaunter penerangan pelancongan, surau, lot parkir, lif, medan makan, kaunter ATM, perhentian pengangkutan awam seperti bas dan teksi serta pelbagai lagi kemudahan untuk pengunjung dan pelancong.

Selain itu, kita sudah bina Pasar Siti Khadijah yang mempunyai keunikan tersendiri. Keunikan pasar ini ialah para penjualnya dimonopoli oleh golongan wanita sempena situasi dan kesesuaian itulah ia dinamakan sempena nama isteri Nabi Muhammad SAW, Siti Khadijah. Ada dua bazar yang tidak asing bagi orang Kelantan apabila membeli-belah di Kota Bharu iaitu Bazar Buluh Kubu yang terkenal sebagai pusat jualan batik dengan kepelbagaian corak dan berkualiti tinggi serta penjualan songket dan barangan kraftangan dengan harga yang berpatutan. Bazar Buloh Kubu dibuka secara rasmi pada tahun 1985 lagi. Keduanya ialah KB Bazar yang terletak di lokasi perniagaan yang strategik iaitu di Jalan Hamzah, bersebelahan KB Mall. Antara barangan yang ditawarkan termasuklah batik, barangan perak, perabot rumah, pakaian dan barangan antik yang dihasilkan sendiri oleh rakyat Kelantan.

Peranan pasar dan bazar yang ada pada hari ini, adalah luas ianya tidak hanya terhenti setakat menjadi pusat perniagaan semata-mata tetapi juga sebagai pusat pameran nilai-nilai Islam khususnya di dalam berekonomi. Peniaga

69

yang berniaga mestilah mempamerkan nilai Islam dan begitu juga dengan pelanggan yang berurusan turut mempamerkan nilai Islam. Inilah yang dikehendaki oleh Allah SWT di mana individu-individu yang melibatkan diri dalam perniagaan tidak dilalaikan dari mengingati Allah SWT, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat serta melakukan perkara makruf semasa bermuamalah dan mencegah kemungkaran.

Sekiranya para peniaga yang membekali dirinya dengan zikrullah pastinya akan sentiasa menepati janji, bercakap benar dan berlaku amanah. Seorang peniaga yang sentiasa mengingati Allah SWT juga pastinya sentiasa bekerja bersungguh-sungguh bagi melipatgandakan keuntungannya dan menjadikan keuntungan yang diperolehi sebagai satu cara mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan amalan bersedekah dan sebagainya.

Bazar Siti Fatimah atau nama dahulunya Bazar Rantau Panjang yang akan dirasmikan ini pada asalnya telah diserahkan kepada Majlis Daerah Pasir Mas oleh Kementerian Pelancongan pada 10 Oktober tahun 2011. Saya dimaklumkan terdapat lebih kurang 517 buah gerai termasuk 12 gerai makan di bazar ini. Ia sudah beroperasi pada Julai 2014 lalu dan pada hari ini kita akan rasmikan dan berharap semua pihak dapat menjadikan bazar ini setanding bazar-bazar yang lain di Kota Bharu yang sudah lama beroperasi.

Saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan tahniah kepada Majlis Daerah Pasir Mas yang telah berusaha menjayakan operasi bazar ini. Setinggi-tinggi terima kasih di atas kerjasama semua pihak yang telah membantu menjayakan hasrat kerajaan negeri untuk membangunkan negeri ini selaras dengan tuntutan Islam sesuai dengan dasar Membangun Bersama Islam yang menjadi amalan di dalam pentadbiran kita.

Semoga apa yang telah kita lakukan pada hari ini diganjari oleh Allah SWT

70

dengan sebaik-baik ganjaran. Dengan lafaz: Bismillahir Rahmanir Rahim, saya rasmikan Bazar Siti Fatimah ini, semoga sentiasa diberkati Allah.

اكربو اللَّ ةمحرو مكيلع ملاسلاو مكلو يل ميظعلا اللَّ رفغتسأو اذه يلوق لوقأ هت

71

SEMINAR TERTUTUP PERBANDARAN ISLAM

Garis besar

Dokumen terkait