• Tidak ada hasil yang ditemukan

SAMBUTAN HARI INTEGRITI PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2014

3 Rabiul Awwal 1437 / 15 Disember 2015 Dewan Bunga Teratai, Kota Darulnaim

Sabda Rasulullah SAW:

ْنَأ ِرْيَغ ْنِم ُهَدْعَب اَهِب َلِمَع ْنَم ُرْجَأَو اَهُرْجَأ ُهَلَف ًةَنَسَح ًةَّنُس ِم َلاْسِ ْلْا يِف َّنَس ْنَم ٌء ْيَش ْمِهِروُجُأ ْنِم َصُقْنَي

Yang bermaksud: Sesiapa yang mencetuskan amalan yang baik dalam Islam akan mendapat pahala dan juga pahala mereka yang mengamalkan dengannya tanpa mengurangi sedikit pun pahala yang orang mengamalkannya. (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Pertamanya Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izinNya membolehkan kita untuk sama-sama menjayakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan bagi tahun 2014, serta diadakan juga Penyampaian Sijil Tasawwur Islam Siri II dan Sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan. Saya mengucapkan terima kasih di atas penyertaan tuan-tuan sekalian di dalam majlis ini. Tidak lupa saya rakamkan tahniah kepada pihak urusetia yang telah berjaya mengadakan tiga agenda serentak sempena majlis pada hari ini.

88

Kita di Kelantan amat menitik beratkan soal pembangunan syakshiah di peringkat pimpinan dan rakyat lebih khusus dalam perkara-perkara yang melibatkan integriti. Integriti merupakan nilai yang menentukan kualiti seseorang. Dalam konteks pembangunan diri seseorang insan, penanda aras atau indikator perlu lebih objektif agar lebih mudah dan jelas untuk diukur pencapaiannya. Dalam hal ini, kita perlu meninjau kualiti diri Rasulullah SAW pada perspektif ketrampilannya serta melihat aspek integriti peribadi, transparensi diri serta akauntabiliti baginda secara holistik.

Rasulullah SAW merupakan seorang manusia yang agung dan memiliki peribadi unggul yang berkualiti tinggi. Lantas, keperibadian baginda SAW seharusnya menjadi ‘benchmark’ atau piawaian kepada perbincangan integriti insan sepanjang zaman. Dalam konteks Islam, asas ini perlu dijadikan sandaran kukuh yang diimani sebagai piawaian yang wajib diikuti dalam aplikasi kehidupan setiap umat Islam.

Saidina Ali Radiallahu Anhu suatu ketika menegaskan tentang nilai integriti Rasulullah SAW sebagaimana ucapannya yang bermaksud:

“Rasulullah tidak kasar dan tidak suka perangai yang kasar dan dia tidak pernah menjerit di pasar. Dia tidak membalas kejahatan dengan kejahatan sebaliknya memaafkan dan melupakannya. Dia tidak pernah memukul apa-apa dengan tangannya kecuali ketika berperang. Dia tidak pernah memukul orang suruhan atau wanita, dan aku tidak pernah melihatnya membalas dendam ke atas ketidakadilan ke atasnya melainkan jika larangan Allah dilanggar. Jika larangan dilanggar, dia adalah antara yang paling marah.

Dia tidak pernah memberikan pilihan antara dua perkara sebaliknya memilih yang lebih mudah. Jika berada di rumah, dia seperti lelaki lain; membasuh pakaiannya, memerah susu kambingnya dan melayan dirinya. Dia menjaga lidah daripada perkara yang tidak berkaitan dengan dirinya. Dia menerima

89

(kedatangan) orang ramai dan tidak menolaknya. Dia memuliakan golongan mulia dan memberikan mereka kuasa urusan mereka”.

Sementara dalam konteks akauntabiliti Baginda terhadap Tuhan, Al Mughirah Ibnu Syu’bah menceritakan:

“Rasulullah biasanya berdiri sembahyang sehingga kakinya bengkak dan merekah. Dia ditanya ‘Bukankah Tuhan telah mengampunkan segala kesilapanmu yang lalu dan akan datang?’ Baginda menjawab ‘Apakah tidak boleh aku menjadi hamba yang bersyukur?”

Manakala dalam konteks akauntabiliti Baginda terhadap amanah kepemimpinan masyarakat dan ummah, Baginda meletakkan umatnya sebagai yang teristimewa dilubuk hatinya. Baginda mendahulukan doa untuk umatnya, para sahabatnya dan orang lain melebihi kepentingan baginda sendiri. Baginda bergurau dengan sahabat sekeliling, berbual seperti manusia kebiasaannya, bermain bersama anak cucu dan kanak-kanak lain. Baginda mendahulukan semua orang tanpa membezakan sesiapapun. Baginda menziarahi sesiapa sahaja yang sakit atau meninggal. Baginda seorang lemah-lembut pertuturannya, pemurah, peramah dan pemaaf.

Terlalu banyak indikator-indikator integriti diri berkaitan Rasulullah SAW yang perlu digali untuk penghayatan manusia hari ini. Hal inilah yang kita ingin bangunkan di Kelantan dalam diri seluruh anggota perkhidmatan awam dan rakyat. Kita tidak mahu sambutan Hari Integriti hanya menjadi majlis sambutan semata-mata akan tetapi pelaksanaan dan penerapannya tidak dipasakkan dalam diri kita.

Oleh sebab itulah, kita bina bumi Kelantan ini dengan asas ilmu. Asas ilmu inilah juga yang kita telah terapkan dalam diri kepimpinan negeri agar

90

integriti terjamin dan agenda pembangunan dapat dibangunkan berteras aqidah Islamiah sebagai kunci yang menaungi seluruh aspek perancangan dan pelaksanaan pembangunan negeri. Bagi Kerajaan Negeri Kelantan, melalui kefahaman aqidah Islamiah ini, dapat membawa agenda pentadbiran ke arah pengukuhan keyakinan menyokong dasar pentadbiran yang berteraskan Islam di Kelantan.

Menyedari hakikat tersebut, pihak kerajaan negeri telah menerapkan Program Tasawwur Islam yang diadakan kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri yang merupakan tulang belakang dalam merealisasikan dasar-dasar kerajaan.

Alhamdulillah, pada hari ini kita berjaya lagi menamatkan program Tasawwur Islam bagi siri kedua yang telah dilancarkan pada 21 Zulhijjah 1435 bersamaan 16 Oktober 2014 lalu.

Tujuan kita adakan Program Tasawwur Islam ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai agama Islam dalam sistem pentadbiran dan pengurusan kerajaan di samping dapat membentuk pegawai yang menghayati dan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam perkhidmatan awam. Kerajaan negeri benar-benar mengimpikan pegawai-pegawai kerajaan negeri yang tidak hanya cekap dalam pekerjaan semata-mata, bahkan mempunyai ilmu keagamaan yang tinggi. Kita mengharapkan pegawai kita boleh menjadi imam, boleh membaca doa di dalam sesuatu majlis bahkan boleh juga menjadi pengkuliah dalam bidang ilmu agama apabila diminta.

Untuk mempertingkatkan keutuhan ilmu ini juga, kerajaan negeri telah memperkenalkan skim pinjaman dan bantuan pengajian kepada mana-mana pegawai yang berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Untuk itu, para pegawai boleh berhubung terus dengan pihak YAKIN untuk mendapatkan maklumat lanjut dari sudut teknikal pelaksanaan.

91

Tujuan kita adakan skim ini ialah untuk menjadikan pegawai dan kakitangan peka dengan perkembangan ilmu yang sentiasa berkembang dari masa ke semasa. Saya yakin dan percaya, jika para pegawai juga kakitangan di Kelantan ini dipenuhi dengan pegawai dan kakitangan yang mempunyai nilai kesarjanaan yang tinggi ditambah pula dengan pengalaman yang matang, budaya kerja di dalam bidang perkhidmatan awam Kerajaan Negeri Kelantan akan terus bertambah positif, dan pentadbiran negeri semakin membangun insyaAllah.

Baru-baru ini, semasa Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti bagi tahun 2014, beberapa jabatan juga agensi kerajaan negeri telah menerima anugerah penarafan dan sijil kecemerlangan. Kita sangat berbangga kerana penarafan empat bintang tersebut adalah berdasarkan amalan kerja mengikut prosedur dan arahan yang telah ditetapkan di samping meneruskan budaya kerja baik, biarpun dalam keadaan tuntutan kerja yang semakin meningkat.

Ini bermakna, kita telah melepasi audit berkaitan ketirisan seperti rasuah, penyelewengan, perbuatan melanggar perundangan, perbuatan yang dapat menimbulkan kerugian kewangan dan bukan kewangan, pelanggaran standard operasi, dan pelanggaran etika. Saya rakamkan ucapan tahniah kepada PMBK, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, Yayasan Kelantan Darulnaim, Majlis Sukan Negeri Kelantan, Majlis Daerah Dabong dan Yayasan Islam Kelantan yang telah berjaya mendapat anugerah tersebut.

Kerajaan negeri juga sangat berharap agar seluruh warga tadbir di dalam sektor perkhidmatan awam di negeri ini khususnya bersikap lebih ke hadapan di dalam mencetuskan kreativiti ke arah peningkatan kerja. Anggota perkhidmatan awam perlu berfikiran kritis dan konstruktif dalam menunaikan

92

tanggungjawab dengan mencari penyelesaian kreatif dan inovatif dalam semua tugasan yang terpikul di bahu kita.

Anggota perkhidmatan awam perlu menumpu kepada usaha mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih berkeyakinan dan bertanggungjawab selaras dengan dasar Merakyatkan Membangun Bersama Islam bagi mewujudkan janakuasa yang kuat bagi melaksanakan perubahan dan membina momentum dalam menyampaikan hasrat besar kepada rakyat dengan segera. Persekitaran dan budaya kerja di semua agensi atau jabatan perlu mendorong kepada penyuburan nilai-nilai kebertanggungjawaban ini.

Di peringkat kerajaan negeri, saya telah mengarahkan agar jabatan-jabatan dan agensi yang terlibat memulakan gerak kerja seimbang ke arah merealisasikan wawasan kerajaan negeri, dalam tempoh lima tahun bermula 2013 yang lalu seterusnya mencapai KPI yang telah ditetapkan.

Saya yakin dan percaya, jika kita semua kita yang ada ini memahami erti tanggungjawab, mampu bekerja secara berpasukan, ikhlas dan gigih, Allah akan membantu kita. Saya mengajak semua untuk gembelingkan tenaga, bukan untuk kepentingan pimpinan kerajaan negeri, malah demi kepentingan agama, negeri dan rakyat.

Akhirnya, dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, Saya merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Penyampaian Sijil Tasawwur Islam dan Sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan ini.

هتاكربو اللَّ ةمحرو مكيلع ملاسلاو مكلو يل ميظعلا اللَّ رفغتسأو اذه يلوق لوقأ

93

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI (RUMAH KEKAL) MANGSA

Garis besar

Dokumen terkait