18 Rabiul Akhir 1436 / 8 Febuari 2015 Hotel Perdana, Kota Bharu
Sabda Rasulullah SAW:
ُجِرْخُي اَم ْمُكْيَلَع ُفاَخَأ اَم َرَثْكَأ َّنِإ ُتاَكَرَب اَم : َليِقَف . ِضْرَلأا ِتاَكَرَب ْنِم ْمُكَل ُ َّاللَّ
اَيْنُّدلا ُةَرْهَز : َلاَق ؟ ِضْرَلأا
Maksudnya: Sesungguhnya apa yang sangat aku takuti menimpa kamu ialah bila mana Allah mengeluarkan kamu dari menerima keberkatan bumi. Lalu para Sahabat bertanya; Apakah keberkatan bumi itu? Sabda Nabi; iaitulah segala kemudahan dan kesenangan dunia.
( Hadis Riwayat Imam Bukhari )
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT dengan kurniaanNya sama-sama kita diberi kelapangan berada dalam Majlis Amanat Sempena Ucaptama CEO PMBK pada kali ini dan sama-samalah kita berdoa segala kerja buat kita direstui Allah SWT.
Saya membacakan satu hadis di permulaan ucapan tadi, pesanan Rasulullah SAW kepada kita selaku khalifah yang mengurus muka bumi sama ada kita berjawatan menteri besar, ahli majlis mesyuarat kerajaan, pegawai kerajaan, staf di pejabat, kita mestilah meraih keberkatan Allah dalam hidup kita. Allah telah jadikan kepada kita segala macam kesenangan di dunia ini untuk kita hidup. Kalau zaman dahulu boleh jadi lebih susah daripada kehidupan pada hari ini, kini kita ada pelbagai jenis kenderaan, bangunan dengan pelbagai
153
kelengkapan, rumah yang serba serbi ada kemudahan dan alat-alat elektronik serta media yang sangat mudah digunakan.
Orang dahulu sentiasa bersyukur kepada nikmat Allah yang dikurniakan, jadi kita lebih-lebih lagi kena bersyukur. Jika kita tidak bersyukur, Allah akan keluarkan kita dari keberkatan yang dianugerahkan kepada kita ini. Perkara yang sangat menjadi idaman dan rebutan manusia di dunia ini ialah harta dan wang ringgit, tidak salah kita mengejar dan memiliki kesenangan ini akan tetapi mengikut KPI yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW, sebagaimana dalam sabdanya:
نمو ، وه ةنوعملا معنف هقح يف هعضوو هقحب هذخأ نم ، ةولح لاملا اذه نإو ذخأ عبشي لَو لكأي يذلاك ناك هقح ريغب ه
Maksudnya: Dan sesungguhnya harta itu terlalu manis dan indah, barangsiapa yang mengambilnya secara hak dan mengurusnya secara hak maka Allah akan beri sebaik-baik pertolongan kepadanya. Sesiapa yang mengambil dan menggunakan harta secara tidak betul seumpamalah dia makan akan tetapi tidak kenyang (iaitu hilangnya segala keberkatan).
(Riwayat Bukhari)
Alhamdulillah kita di Kelantan, walaupun kita dikatakan negeri yang miskin dan hak royalti kita dinafikan, tetapi Allah memberi keberkatan yang berpanjangan. Kita dapat lihat bahawa masyarakat Kelantan dapat melakukan urusniaga jual beli dalam bentuk tunai yang tinggi dan ini adalah petanda utama dalam mengukur kekuatan ekonomi rakyat Kelantan yang turut menyumbang kepada merancakkan aktiviti perniagaan kecil dan sederhana di Kelantan.
154
Kita tengok amalan berhutang di kedai runcit amat jarang diamalkan di Kelantan, apatah lagi transaksi jual beli menggunakan kad kredit sebagaimana menjadi amalan biasa warga kota yang dihimpit beban sara hidup yang tinggi. Di samping itu, budaya pemilikan emas di kalangan wanita di Kelantan bukan sekadar untuk tujuan perhiasan dan kecantikan semata-mata, tetapi ia turut menjadi perantara nilai ekonomi sesama mereka, khususnya dalam urusniaga pajak gadai dan pinjaman modal.
Kalau kita lihat dari sudut urus niaga pembelian tanah atau pecah lot, orang Kelantan memiliki aset-aset utama seperti rumah banglo dan premis perniagaan yang mana lebih 70% pemilikan di tangan anak jati negeri Kelantan, situasi sebegini jarang berlaku di negeri-negeri lain. Usaha kuatnya orang Kelantan ini, bermula daripada urus niaga pembelian tanah yang amat popular dilakukan serta aktiviti pembinaan dan pembelian rumah di kawasan bandar mahupun di luar bandar, sehinggalah kepada sekecil-kecil pemilikan aset seperti haiwan ternakan yang biasanya akan dijual untuk menampung perbelanjaan pendidikan anak-anak. Ini antara hasil keberkatan yang Allah beri kepada masyarakat kita.
Kemelut ekonomi negara kita yang semakin meruncing ini di mana paras hutang Kerajaan Malaysia yang telah mencecah RM 568.2 bilion atau 53%
daripada KDNK amat merisaukan kita. Ini ditambah dengan ketirisan yang berlaku di mana kalau kita lihat dalam indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index yang dijalankan Transparency International, Malaysia menduduki tangga ke-53 daripada 177 buah negara. Keadaan ini sangat mendukacitakan kita. Kita di peringkat Kerajaan Negeri Kelantan amat bertegas dalam hal ini dan tidak meredhai mana-mana staff kita terlibat dalam gejala rasuah yang merosakkan negeri dan negara ini.
155
Sesuai kita di PMBK sebagai peneraju kepada beberapa projek mega kerajaan dan yang mengurus perbadanan ini maka perkara utama kita pastikan bahawa kita semua telah memberi penumpuan kepada peningkatan daya kemahiran dan kepakaran dengan digabungkan dengan sikap yang murni, memahami realiti serta budaya masyarakat dan mengusahakan daya kepakaran yang tinggi di peringkat tahap pekerjaan masing-masing. Tanpa sikap tersebut, kejayaan perbadanan akan berada pada tahap yang rendah.
Kita mestilah meningkatkan daya tanggungjawab sosial korporat secara lebih baik dari setahun ke setahun. Tanggungjawab sosial korporat ini bukan sesuatu benda yang baru malah telah menjadi panduan dalam mengurus hal ehwal perdagangan dan ekonomi sejak dahulu lagi di zaman nabi lagi. Nabi SAW mengurus dunia korporat secara berhemah dan beretika dengan meletakkan sasaran yang jelas.
Lihat sahaja perniagaan yang diceburi oleh Baginda SAW di Mekah telah mengalami keuntungan yang berlipat ganda dan menaikkan imej pengurusan korporat pada masa itu. Apabila Rasulullah berhijrah ke kota Madinah, Rasulullah membawa imej korporat yang berwawasan dengan tenaga pakar yang mahir dalam bidang perniagaan di kalangan sahabat Muhajirin seperti Saidina Abu Bakar Al-Siddiq sendiri, Saidina Osman juga Abdul Rahman bin Auf. Madinah sebagai sebuah negara pertanian dibangunkan oleh Rasulullah SAW sebagai negara membangun dari aspek pembangunan insani dan material.
Sebelum ini, pasaraya di Madinah keseluruhannya dimonopoli oleh kaum Yahudi, setelah Rasulullah mentadbir Madinah, Pasaraya umat Islam dapat dibangunkan dengan jayanya yang mengatasi pasaraya atau Mall Yahudi seperti Pasaraya Qainuqa’, Pasaraya Zamahim dan juga Pasaraya Sofsofah yang hebat pada masa itu. Cabaran dan halangan dapat dihadapi dengan baik
156
sekiranya bermula daripada ketua hinggalah ke staff mengurus bidang tugas secara bertanggungjawab dan berpasukan.
Apabila saya meneliti kepada visi PMBK iaitu menjadi agensi korporat dan peneraju pelaburan strategik kerajaan negeri yang berprestasi tinggi dan berwibawa, maka sudah tentulah perancangan-perancangan serta pengurusan yang baik sudah diambil kira di semua sudut. Kita mahu semua keluarga PMBK mengendalikan pengurusan dan perancangan yang berstrategik.
Pengurusan dan perancangan adalah suatu perkara dasar dalam sesebuah organisasi pentadbiran.
Pengurusan terancang amat penting bagi sesebuah organisasi untuk berjaya terutama pada zaman teknologi maklumat di mana segalanya bergerak dengan pantas dan amat kompetitif. Kita di PMBK mesti ada jadual menjalankan kerja secara sistematik serta memerlukan hubungan tertentu antara satu sama lain. Apabila aktiviti organisasi itu berjalan dengan teratur dan berhubung antara satu sama lain, maka matlamat yang ditetapkan akan terhasil.
PMBK telahpun ada pelan strategiknya tersendiri, sedar tidak sedar kita telah melepasi fasa pertama pelan strategik iaitu fasa pengukuhan yang mana target pencapaiannya antara 2011 hingga 2012. Kini kita berada di fasa kedua iaitu fasa pertumbuhan yang disasarkan bermula tahun 2013 dan sehingga tahun ini. Jadi untuk tahun 2015 kita mesti fokus kepada pertumbuhan industri baru dan perniagaan baru.
Jika kita berjaya mengurus dengan baik untuk tahun ini, saya yakin fasa ketiga iaitu fasa pengembangan yang akan bermula tahun hadapan sehingga 2020 dapat dijayakan sepenuhnya. Ini sejajar dengan misi PMBK iaitu
“meningkatkan nilai pegangan dan pulangan pelaburan melalui pengurusan
157
aset dan penglibatan komersial yang efektif berlandaskan syariah, serta menyumbangkan kepada pembangunan ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat”.
Kita doakan agar pasca banjir ini, Allah memberikan kepada kita rahmat dan keberkatan yang berlipat kali ganda dan rezeki yang tidak di sangka-sangka.
Banjir besar akhir 2014 lepas sememangnya meninggalkan kesan yang masih terasa sehingga kini, banyak kemusnahan yang dihadapi oleh rakyat dan kerajaan negeri sendiri kena lebih menumpukan kebajikan kepada rakyat yang menjadi mangsa banjir.
Namun keyakinan kita, Allah akan beri gantian yang terbaik insyaAllah. Lihat sahaja kemarau panjang yang berlaku di zaman Nabi Yusuf selama beberapa tahun akan tetapi setelah itu didatangkan dengan hujan rahmat yang menyuburkan tanah dan membuahkan hasil yang pelbagai sebagai rezeki gantian daripada Allah SWT. Firman Allah dalam surah Yusuf:
Maksudnya: Kemudian akan datang pula sesudah itu (iaitu tahun kemarau) tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan dan padanya mereka dapat memerah hasil anggur, zaitun dan sebagainya. (Yusuf: 49)
Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sepenuh sokongan dan kerjasama kepada PMBK dalam melaksanakan amanah sebagai jentera utama kepada menteri besar untuk sama-sama membangunkan sosio ekonomi negeri Kelantan bagi kesejahteraan semua lapisan rakyat. Semoga usaha kita diterima Allah sebagai amalan soleh insyaAllah.
هتاكربو اللَّ ةمحرو مكيلع ملاسلاو مكلو يل ميظعلا اللَّ رفغتسأو اذه يلوق لوقأ
158
PERASMIAN BANGUNAN BARU MAAHAD TAHFIZ DARIL