6 Rabiul Awwal 1437 / 18 Disember 2015 Dewan Wat Phikulthong, Terbak, Tumpat
Firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan. (Al-Rum:
22)
Alhamdulillah, pada petang ini saya melahirkan rasa syukur kerana dapat bersama-sama dengan masyarakat Siam di Tumpat dan saya rakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Majlis Daerah Tumpat yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ramah mesra pada petang ini.
Pihak kerajaan negeri mengutamakan masyarakat bukan Islam sebagaimana masyarakat Islam yang lain, tidak ada perbezaan antara satu sama lain. Di Majlis Daerah Tumpat ini, ada dua orang ahli Majlis Daerah dan empat orang penghulu di Tumpat yang mewakili masyarakat bukan Islam.
Islam mengiktiraf setiap manusia tanpa mengira etnik. Oleh itu, tidak boleh berlaku perbezaan atau penafian hak berdasarkan etnik. Hal ini menjelaskan
41
manusia secara fitrah dijadikan Allah dalam bentuk, kelompok dan budaya yang berbeza dan semua mesti menerima dan menghormati kepelbagaian dan perbezaan itu sebagai satu lumrah dan hukum alam yang akan terus berlaku.
Kepelbagaian dan perbezaan itu bukanlah faktor untuk berpecah-belah dan bermusuhan. Seharusnya kita perlu kenal-mengenal dan membantu antara satu sama lain agar kedamaian dan kemakmuran hidup bersama dapat dicapai.
Islam mengambil pendekatan yang amat inklusif dan meraikan kepelbagaian bangsa dan agama yang wujud, demi untuk menghasilkan suasana perpaduan yang aman damai. Islam menggalakkan sikap hormat-menghormati dan rasa kasih sayang untuk disemai dengan subur di kalangan kelompok yang berlainan agama. Umat Islam dilarang mencemuh dan menghina sembahan serta ritual agama yang lain, kerana dibimbangi tindakan sebegitu akan mencetuskan reaksi balas yang negatif, seterusnya membawa kepada persengketaan dan permusuhan yang berpanjangan.
Jika kita melihat kepada sejarah Nabi Muhammad, Baginda sangat menghormati masyarakat bukan Islam, hak-hak kepada mereka dipenuhi sebagaimana umat Islam bahkan Nabi Muhammad sendiri pernah berhutang dengan non Muslim atau Yahudi walaupun umat Islam yang lain ada pada masa itu. Ini membuktikan bahawa masyarakat Islam dan bukan Islam sejak zaman Nabi Muhammad lagi sudah hidup secara tolong-menolong.
Sejarah juga telah membuktikan bahawa wilayah-wilayah yang diperintah oleh pemerintah Islam di zaman Khulafa ar-Rashidin iaitu di zaman selepas nabi, zaman Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Osman dan Saidina Ali telah memberi kebebasan kepada masyarakat bukan Islam mengguna pakai undang-undang peribadi mereka. Masyarakat bukan Islam tidak dikenakan zakat tetapi dikenakan cukai yang dinamakan jizyah sebagai jaminan keselamatan dan perlindungan kepada mereka.
42
Masyarakat bukan Islam juga diberikan layanan yang baik dan tidak dipinggirkan daripada menikmati kekayaan negara. Satu peristiwa telah berlaku apabila Khalifah Umar bertemu dengan seorang Yahudi tua yang meminta sedekah. Khalifah sangat terharu melihat keadaan Yahudi itu lalu baginda bertanya akan hal keadaan yang menyebabkan demikian. Yahudi itu menjelaskan bahawa keadaan fizikal yang tua dan tidak lagi berkemampuan untuk bekerja menyebabkan dia terpaksa meminta sedekah. Setelah mendengar jawapan itu, Khalifah terus membawa Yahudi itu ke rumahnya dan kemudian menghantarnya ke Baitulmal dan mengeluarkan perintah supaya diberi bantuan kepadanya. Kata Khalifah Umar "Tidak ada keadilan, kita kutip jizyah dari mereka ketika masa muda dan meninggalkan mereka apabila mereka tua."
Dalam konteks kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia, masyarakat bukan Islam perlu diberi perhatian dan dijaga. Malah setiap tindak tanduk kita hendaklah tidak menimbulkan rasa tidak selesa hingga menjejaskan ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat. Keupayaan pelbagai kaum untuk duduk semeja dalam merancang pembangunan negara dan negeri adalah satu perkara yang dituntut oleh setiap agama dan memberi manfaat serta faedah kepada pembangunan negara dan negeri kita.
Mengikut penulisan sejarah, pertalian Kelantan-Siam dikatakan bermula sejak pertengahan abad ke 13. Waktu itu orang-orang Siam sudah mula menyumbangkan pengaruh kekuasaannya ke Selatan Lembah Sungai Chao Phraya, menurun ke kawasan utara Semenanjung Tanah Melayu. Walau bagaimanapun pertalian ini berubah menjadi perlindungan apabila Long Muhammad menjadi Sultan Muhammad I pada tahun 1800/1801.
Baginda menghantar Pak Wan Mahmud sebagai utusan menghadap Maharaja Siam dan sebagai tanda perhubungan setia Sultan Muhammad mengirim
43
bunga mas ke Siam tiga tahun sekali. Kekuatan pengaruh Siam dapat dilihat melalui tindakan Raja Siam yang telah memperkenankan Long Senik Mulut Merah menjadi Raja Kelantan pada tahun 1837 dengan gelaran Sultan Muhammad II apabila Sultan Muhammad I mangkat pada tahun 1835.
Maknanya Siam-Kelantan sudah mempunyai pertalian yang sangat lama.
Kerajaan negeri dalam usaha meluaskan kebajikan kepada masyarakat bukan Islam ini, sebelum ini kita telah memberi kebenaran kepada 23 buah wat Siam di Kelantan yang dalam proses digazet untuk diletakkan dibawah Majlis Sangkha Negeri Kelantan. Di Tumpat ini ada 12 wat Siam dan 9 daripadanya sudah berada di peringkat akhir proses untuk gazet. Kerajaan negeri telah memberi kebebasan kepada aktiviti-aktiviti agama lain, ini bermakna dalam usaha kita meningkatkan syiar Islam, kepentingan dan hak kaum-kaum lain tidak pernah diabaikan memandangkan mereka juga adalah rakyat Kelantan.
Selain itu, skim-skim yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri seperti skim rumah dhuafa’ atau rumah orang miskin, skim kifalah, skim bantuan beras, skim untuk membantu orang susah berkahwin atau al-Ziwaj juga diberikan sama rata kepada masyarakat bukan Islam di negeri ini. Kerajaan negeri mendengar semua aduan dan permasalahan rakyat dan insyaAllah membantu menyelesaikannya sebaik mungkin.
Saya sangat mengharapkan semua pimpinan di semua peringkat dan rakyat di negeri ini sama ada Islam mahupun bukan Islam agar hidup bertoleransi, kerjasama sepakat dan sama-sama menjaga kemakmuran, keamanan serta keindahan negeri Serambi Mekah ini. Semoga Allah sentiasa memelihara kerajaan negeri ini. Terima kasih kepada semua yang hadir memberi komitmen kepada majlis kerajaan negeri dan pihak penganjur. Dengan ini saya rasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Siam di Tumpat pada hari ini.
44
MAJLIS BERSAMA PERAKAN SUNGAI BULOH