Objek Psikoterapi Islam
E. METODOLOGI TASAWUF DALAM PSIKOTERAPI
Dalam disiplin ilmu tasawuf telah menekankan aspek spiritual, intelektual, dan juga jasmaniah. Ketiga aspek ini saling berkaitan anta-ra satu sama lain dalam pembentukan rohani atau spiritual seseoanta-rang. Ia mampu membina dan membangunkan psikologi dan kepribadian Muslim melalui pembersihan jiwa (tazkiyah al-nafs) yang mempu-nyai hubungan yang rapat dalam memperoleh ma’rifat Allah SWT dan pemurnian terhadap akhlak. Ia merupakan metodologi atau sebagai
22
Tasawuf dan Kesehatan
terapi yang disarankan kepada umat Islam dalam menangani masalah sosial dan penyakit rohani. Secara umum, tazkiyah al-nafs bermaksud penyucian, pembersihan diri. Ia adalah usaha yang gigih untuk mem-bersihkan diri seseorang dari sifat-sifat keji dan buruk (mazmumah). Apabila pembersihan diri sudah selesai, seseorang perlu kepada peng-isian dan perhiasan diri supaya proses tersebut menjadi lebih sem-purna.29
Firman Allah SWT pada QS. al-Syams [91]: 9-10, dalam ayat,
اهكز نم حلفأدق اهسد نم باخدقو
” menunjukkan bahwa beruntunglah orang yang menyuci-kan diri. Maksud menyucimenyuci-kan diri di sini adalah dengan menaati Allah SWT serta membersihkan akhlak tercela dan perkara-perkara yang hina. Adapun “
اهكز نم حلفأدق
اهسد نم باخدقو ” pula bermaksud seseorang akan menga-lami kerugian apabila mengotori dirinya yaitu meletakkan posisi diri-nya ke lembah yang hina dan jauh dari petunjuk sehingga berlakudiri-nya maksiat dan meninggalkan ketaatan kepada Allah SWT.30 Hal ini jelas, Allah Swt. telah berfirman bahwa orang yang menyucikan dirinya akan mendapat keuntungan dan rugi jika perkara sebaliknya dilakukan.
Dengan kata lain, proses tazkiyah al-nafs ini juga boleh dilihat dalam konsep takhalli dan tahalli. Takhalli adalah dengan mengo-songkan diri dari segala perbuatan buruk dan keji. Kemudian perlu di-ikuti dengan tahalli yaitu suatu proses pengisian psikologi dari pengo-songan jiwa dengan ibadah, amal saleh, zikir, dan melakukan segala perintah-Nya.31 Konsep yang dibawa tasawuf ini mempunyai unsur-unsur spiritual dalam pembentukan jiwa seseorang dan juga berperan sebagai terapi terhadap gangguan psikologi manusia.
Dalam proses mencapai penyucian jiwa dan juga dalam memper-oleh tahalli, seseorang itu perlu melalui latihan-latihan kerohanian (riyadhah al-nafs) yang dikenali sebagai maqamat sebagai cara untuk merealisasikan tujuan tersebut dan dapat memberi pengaruh terhadap
29 Che Zarrina Sa’ari, 2003. “Peranan Tasawuf dalam Pembangunan Spritual Umat Islam di Malaysia.” Kertas Kerja dalam Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan 1, Anjuran jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, hlm. 11. Lihat juga Abd. Halim Mohd. Hussin dan Muhammad Khairi Mahyud-din, 2011. 7. Langkah Kepulihan dalam Penagihan: Aplikasi Pendekatan Agama Islam
dalam Kepulihan. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia, hlm. 68; Mizan
Adili-ah Ahmad IbrAdili-ahim, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali dan Hasnit Osman, 2011.
Kaunsel-ing dalam Islam. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia. Cet. II. hlm. 109.
30 Ibn Kathir, t.th. Tafsir Ibn Khatir. Jilid 2, Maktabah al-Zahrah, hlm. 517.
31 Lihat Hawwa, Sa’id. Jund Allah Thaqafah wa Akhlaqan, (Beirut: Dar Kutub al-‘Ilmiyyah 1979), Edisi Kedua, hlm. 190.
pembangunan spiritual umat Islam.32
Seseorang yang menjalani perjalanan kerohanian ini atau
maqa-mat akan merasa lebih dekat dengan Tuhan serta menjadikan
sese-orang itu tenang, tenteram, dan damai. Ia merupakan amalan lahir dan batin, seperti: taubat, zuhd, shabr, tawakkal, mahabbah, dan ma’rifah. Amalan-amalan ini dijadikan ahli sufi sebagai maqam dalam tazkiyah
al-nafs yang mempunyai peraturan tertentu yang perlu diikuti untuk
mencapai ma’rifah Allah SWT.
Secara umum, tujuan perjalanan para ahli sufi adalah sama wa-laupun terdapat beberapa metode berbeda yang digunakan bagi men-capai tujuan tersebut. Sejarah tasawuf sejak dahulu telah memperli-hatkan tafsiran mengenai maqamat dan ahwal yang diperkenalkan dan dipraktikkan melalui berbagai bentuk dan cara bagi mencapai tujuan
tazkiyah al-nafs.33 Hal ini dapat dilihat dalam kehidupan Rasulullah
SAW sendiri sebagai seorang sufi di sepanjang kehidupan bagin da.34
Kemudian kehidupan baginda diikuti dan dicontoh oleh para sahabat dan tabi’in yang akhirnya telah mengembangkan cara hidup zuhud.35
Malah, ahli sufi ini telah memperlihatkan teori penyucian jiwa ini dalam kehidupan mereka. Dalam usaha tersebut, mereka sering kali membincangkan isu-isu yang berkaitan fakir dan uzlah. Kehidupan mereka yang senantiasa berlandaskan takut kepada Allah SWT, takut berlaku curang, lalai, godaan, dosa, senantiasa bertobat, menahan diri dari perkara yang dilarang, merindukan surga, dan sebagainya.36
Al-Hasan al-Basri telah mengarungi secara mendalam perasaan sedih dan khawf yang dimanifestasikan melalui kekuatannya pada hari pembalasan dan azab Allah SWT yang pedih. Beliau sangat kuat beri-badah dan berminat dengan persoalan yang berkaitan keduniaan wa-laupun pada ketika itu perkembangan kekayaan dan kemewahan se-dang memuncak. Beliau juga senantiasa bersedih dan meratapi dunia dan kekurangan bekal di akhirat nanti. Perkara tersebut menjadikan beliau sering menangis dan merintih serta mengharapkan pertolongan
32 Che Zarrina Sa’ari, 2003. Ibid., hlm. 12.
33 Annemarie Schimmel, Mystical Dimensions of Islam, (Chapel Hill: The University of North Carolina Press, 1975), hlm. 16.
34 Che Zarrina Sa’ari, 199. “An Analytical Study of Rise and Development of Sufism: From
Islamic Asceticism to Islamic Myticism” dalam Jurnal Ushuluddin, bil. 10. Desember, hlm.
23.
35 Ibn Khaldun, The Muqaddimah: Introduction to History. Jilid3. Diterjemahkan oleh Franz Rosenthal, (London: Routledge and kegan Paul, 1958), hlm. 76.
24
Tasawuf dan Kesehatan
dan pengampunan Allah SWT.37
Dapatlah dilihat bahwa metode tazkiyah al-nafs lebih banyak di-tonjolkan melalui beberapa konsep, seperti zuhd, khawf, mahabbah,
shawq, dan faqir. Kesemua metode tersebut dikenal seba gai maqamat
dan ahwal yang telah dikembangkan oleh para ahli sufi hingga seka-rang.
Oleh karena itu, maqam yang dilalui oleh para ahli sufi ini perlu bagi para konselor psikologi sebagai terapi terhadap seseorang yang memerlukan bimbingan dan rawatan. Sebagai contoh, penulis akan menjelaskan secara umum di antara maqam yang dapat dijadikan se-bagai terapi yaitu maqam taubat. Manusia merupakan makhluk Allah SWT yang tidak terlepas dari dosa dan noda yang didorong oleh ke-hendak nafsu dan juga hasutan setan. Hasil dari dosa dan noda terse-but menyebabkan seseorang itu hilang mutiara iman dan juga takwa yang terdapat di dalam dada lalu menyebabkan hatinya gelisah atau juga dikenali sebagai anxiety. Islam telah menganjurkan kepada ham-ba-Nya yang berdosa supaya mengakui dosa, kesalahan dan kelalai-annya, menyesali perbuatkelalai-annya, memperbaiki sikapnya yang salah, mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan ketaatan, yakni bertaubat kepada Allah SWT. Kemudian Allah SWT telah mem-beri peluang kepada umat Islam yang melakukan dosa bertaubat se-lagi pintu taubat masih terbuka dengan sifat-Nya yang Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Pemberi Rahmat. Dengan keyakinan ter-hadap rahmat Allah SWT ini, sebenarnya mampu mengikis perasaan putus asa yang berada di dalam hati manusia yang tersesat dalam ke-hidupan mereka. Selain itu juga, taubat dapat mencetuskan kekuatan dan semangat di dalam jiwa untuk meneruskan kehidupan dengan mengambil hikmah dan pelajaran masa lalu sebagai peringatan dan pedoman hidup. Melalui pembersihan jiwa dari dosa-dosa juga dapat melahirkan jiwa yang tenang, tenteram, dan sejahtera kembali.
Walaupun maqamat ini lahir dari doktrin yang digariskan oleh para ahli sufi, namun diambil dari Al-Qur’an juga Sunnah yang mempunyai nilai-nilai dan pengetahuan psikologi yang dapat dijadikan sebagai ter-api atau obat kepada penyakit rohani maupun jasmani manusia.