• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 3 - KERANGKA TEORI

5.4 Analisis Cara Pengamal Perhubungan Awam Memberi Makna

5.4.1 Penyebaran Maklumat

Hasil analisis kajian mendapati lima tema asas ysng membentuk tema utama untuk persoalan kajian 2 ini iaitu; TA-1) maklumat cepat tersebar, TA-2) Tular, TA-3) ketepatan maklumat, TA-4) sukar dikawal dan TA-5) penting semasa krisis (rujuk jadual 5.3).

Merujuk kepada penyataan para pengamal perhubungan awam, pengkaji mendapati mereka menyatakan penyebaran maklumat melalui media sosial sangat cepat dalam krisis halal Cadbury. Mereka juga tidak menyangka penyebaran maklumat mengenai dua produk coklat Cadbury Dairy Milk yang didakwa mengandungi DNA babi itu menjadi krisis besar yang mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia khususnya mereka yang beragama Islam. Proses enakmen dengan ciri sensemaking pengekstrakan isyarat dikesan telah berlaku di sini (TA-1).

―its all started that..23rd ..its a Friday..22nd malam tu dah ada

dah..social media kan very fast..so benda tu circulated mula-mula melalui whatsapp..then twitter..then facebook..cepat..boom..boom..boom..kan..so

160

the next day the whole collapse...thats what happened..so I would say that unsubstantiated report got circulated in social media claiming that the two products got contaminated.”

―semuanya bermula pada 23hb..hari Jumaat..22hb malam tu dah ada…media sosial kan terlalu cepat..jadi benda tu tersebar mula-mula melalui whatssapp, kemudian Twitter, kemudian Facebook.. cepat..boom..boom..boom..kan..keesokannya semua collapse. Itu yang berlaku..jadi saya katakan laporan tidak berasas yang mendakwa dua produk dicemari telah disebarkan melalui media sosial.‖

(Responden 1)

―YES! the information was triggered when I saw it on a social media

posting which is whatsapp..that happened Thursday nite…nak tido tu kawan I hantar..so bila I tengok benda gitu when you punya dalam kepala kata NO!! this is not true! So I just tak fikirkan it will come to this level.”

―YA! Maklumat tu tercetus bila saya melihatnya di media sosial, iaitu whatsapp..berlaku pada Khamis malam…nak tido tu kawan I hantar..so bila I tengok benda gitu bila you punya dalam kepala kata TIDAK!! Ini tidak betul! Jadi I just tak fikirkan it will come to this level.‖

(Responden 3)

Lanjutan dari itu, pengkaji juga mendapati pengamal perhubungan awam sedar bahawa laporan tidak berasas mengenai dua produk coklat Cadbury yang didakwa mengandungi DNA babi itu telah menjadi sangat tular di media sosial. Menurut pengamal perhubungan awam, naluri mereka juga merasakan maklumat yang tular di media sosial sejak malam 23 Mei 2014 itu boleh menjadi besar. Walau bagaimanapun, kognitif mereka tetap menafikan maklumat yang sedang tular itu adalah benar. Ini

161

kerana pengamal perhubungan awam sangat arif tentang prosedur pengeluaran produk Cadbury. Di sini proses enakmen dengan ciri sensemaking pengekstrakan isyarat telah berlaku (TA-2).

―classified kan dari segi high risk ke apa ke…daripada mula tu..first I notice tu..ini boleh jadi besar ni..dah rasa dah..kita pun ada org kata instinct kan..ini boleh jadi besar ni..benda tu dalam whatsapp kan..benda tu masuk bertalu-talu kat kita..ini dah jadi viral..so memang impact dia pada kita la..sebab kita orang muslim..kita tau benda tu boleh jadi besar.‖

(Responden 3)

―Ada orang hantar kepada kami gambar ini. Mohon pengesahan dari sesiapa yang tahu.‖

pic.twitter.com/MXmyyASvN (Twitter Oh! Media, 23 Mei 2014)

Tidak hanya itu, pengkaji juga mendapati pengamal perhubungan awam menyatakan maklumat yang disebarkan mengenai dua produk coklat Cadbury yang didakwa tercemar dengan DNA babi melalui media sosial tidak disahkan terlebih dahulu. Malahan pengamal perhubungan awam menceritakan bahawa mereka mendapat maklumat itu melalui media sosial dan bukannya daripada pihak berkuasa. Di sini ciri sensemaking pengekstrakan isyarat dikesan pada aktiviti ini (TA-3).

“That is what social media is all about..A lot of the information or many percentage is not verified ya…there‟s no background..so we went in

162

thinking that..tak de ape lah..MOH probably said that are sorry lah …but it didn‟t happened that way..”

―Itulah media sosial..banyak maklumat atau peratusan maklumat yang tidak disahkan..tiada latar belakang…jadi kami fikir tak de ape lah…kemungkinan MOH akan minta maaf…tapi ianya tidak terjadi begitu..‖

(Responden 1)

Bukan itu sahaja, pengamal perhubungan awam juga menyatakan tentang media sosial yang sukar untuk dikawal. Menurut mereka, media sosial menyebarkan maklumat terlalu cepat dan laju tanpa perlu tapisan dan pengesahan. Di sini proses enakmen didapati berlaku dengan ciri sensemaking retrospektif (TA-4).

―peranan dia massive! Peranan sosial media massive sebab tak dapat nak

control.. there‟s no way for you to control repond..‖

(Responden 1)

“there is no way for us to control..we do not know apa niat orang..we cannot control...we do not know a lot of keyboard warriors…we don‟t even know who they are... I think the thing about social media people think that they are invisible because they are just hiding behind the keyboards..so they can just say whatever they want! Maklumat dah tak perlu screen and sahkan sekarang. Gatekeeper dah tak de macam tradisional media dulu..”

―tak ada jalan untuk kami kawal..kita tak tahu apa niat orang..kami tak boleh control..kami tak tahu ada banyak keyboard warriors..tak tahu pun siapa mereka..mereka bersembunyi di belakang keyboards..jadi mereka boleh kata apa sahaja yang mereka suka! Maklumat sekarang dah tak

163

perlu di tapis dan sahkan. Gatekeeper dah tak de macam media tradisional dulu…..‖

(Responden 5)

Akhir sekali, dalam menganalisis tema ini, pengkaji mendapati terdapat juga pengamal perhubungan awam yang menyatakan bahawa penggunaan media sosial sangat penting semasa krisis. Ini kerana krisis halal Cadbury dicetuskan oleh media sosial. Menurut pengamal perhubungan awam, semasa mengendalikan krisis tersebut mereka ada menggunakan media sosial namun mereka berpendapat penggunaan media sosial harus di pertingkatkan lagi dalam pengurusan krisis pada masa hadapan. Proses pengekalan dengan ciri sensemaking munasabah dikesan terjadi pada aktiviti ini (TA-5).

“The lesson from here is..masa kita dah clear our name tu..i dengan my boss came out..kita keluar kt TV..before ni kita keluarkan statement melalui media tradisional and social media as well but at minimum je la..tapi we still didn‟t see the impact tau..so kita punya pendapat could be orang tak baca paper dan tak tengok TV..we realize social media is missing..we will emphasized on Facebook usage since itu yang famous and ramai follow us and ramai rakyat Malaysia on Facebook...the halal crisis pun viral through Facebook and kita take note benda ni untuk handle krisis in future..”

(Responden 1)