0 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia
Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia
JOANES, J.,
Kata kunci: Tulisan, Purba, Moden, Perkembangan Komunikasi, Komunikasi Berkesan.
1. PENGENALAN
Tulisan merupakan satu bentuk komunikasi yang berkesan sehingga ke hari ini. Ini terbukti
melalui sejarah peradaban manusia yang berkomunikasi melalui teknik komunikasi ini.
Manusia perlu berkomunikasi kerana ia merupakan suatu keperluan di dalam kehidupan
spesis ini bahkan mahluk ciptaan yang lain seperti haiwan, serangga dan ikan serta burung
turut berkomunikasi antara satu sama lain. Ia merupakan kelebihan kepada manusia apabila ia
mampu untuk membentuk satu komunikasi yang tidak mampu dilakukan oleh mahluk yang
lain iaitu melalui tulisan.
Manusia bermula dengan pelbagai peringkat di dalam perkembangan dan pembangunan
peradaban dimana zaman pra sejarah berlaku. Pada zaman pra-sejarah, manusia mula
mengenal kebudayaan maka tulisan termasuk ke dalam contoh kebudayaan itu sendiri secara
tidak langsung. Kebudayaan turut terbentuk melalui tulisan yang diperkembangkan oleh
manusia sejak berzaman.
Komunikasi tulisan bermula sejak 5000 Sebelum Masihi lagi sehingga kini. Ia merupakan era
yang pertama di dalam sejarah manusia. Komunikasi ini dimulai dengan sangat atau boleh
dikatakan sederhana iaitu melalui gambar. Pada awalnya, manusia cuma mengambar-gambar
lukisan di gua-gua tempat tinggal mereka. Hal ini menunjukkan bagaimana mereka bermula
dengan zaman prasejarah yang menceritakan tentang keadaan kehidupan ketika itu.
Lukisan manusia tersebut pada mulanya kelihatan berterabur dan tidak teratur namun lama
kelamaan bentuk serta susunan gambar mula menunjukkan terdapat kesinambungan. Para
sarjana kemudian mendapati bahawa gambar-gambar terbut memiliki erti dan maksud yang
ingin disampaikan setiap bentuk lukisan – lukisan manusia zaman purba itu.
Copyright © 2014 Komunikasi Berkesan
1 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia
Sehingga kini, komunikasi ini masih digunakan oleh generasi manusia moden. Keadaan
masih tetap sama walaupun munculnya teknologi-teknologi yang baru yang sentiasa canggih
dari semasa ke semasa. Komunikasi ini merupakan warisan nenek moyang manusia sejak
zaman batu lagi maka ia sudah menjadi darah daging manusia dan tak terganti.
2. PERKEMBANGAN KOMUNIKASI TULISAN PURBA
2.1 LUKISAN GUA
Lukisan adalah simbol dan tulisan yang tertua dilahirkan dengan bertujuan untuk
berkomunikasi. Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh
manusia purba yang dinamakan oleh saintis sebagai homo sapiens. Lukisan itu menceritakan
mengenai aktiviti kehidupan seharian seperti memungut hasil hutan, berburu dan
pengembaraan.
Hasil kajian menunjukkan lukisan gua yang dicatatkan paling tua ialah di Gua Chauvet,
Perancis. Penemuan lukisan Gua Cahuvet adalah sekitar Disember 1994 oleh tiga ahli
speleologists; Ellite Brunel Deschamps, Christian Hillaire dan Jean Marie Chauvet yang
menemui pintu masuk gua tersebut dari bawah tanah. Nama gua tersebut kemudian
dinamakan Chauvet pada tahun 1996. Dimana ia mengandungi lebih dari 1000 lukisan yang
dilukis sekitar 36,000 tahun S.M.
2 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia
Manakala di bahagian selatan Perancis, Gua Lascaux adalah antara penyimpan
lukisan-lukisan gua yang dianggarkan sekitar 17,300 tahun S.M. Gua Lascaux mempunyai kira-kira
2000 gambar rajah yang dikateogorikan kepada tiga iaitu : haiwan, manusia dan simbol
abstrak. Lukisan pada Lascaux adalah antara kesenian yang terbaik dihasilkan oleh manusia
purba Zaman Paleolitik.
Penemuan Lascaux pada 12 September 1940 oleh seorang remaja Marcel Ravidat
memberikan suatu penemuan sejarah. Gua Lascaux kemudian dibuka kepada awam sekitar
tahun 1948. Disebabkan oleh karbon dioxida, suhu, yang dihasilkan oleh kira-kira 1200
pengunjung setiap hari menyebabkan sesetengah lukisan luntur dan Lascaux ditutup pada
tahun 1963. Semenjak 2008, hanya 20 minit diperuntukkan tiap-tiap individu yang memasuki
Lascaux bagi menjaga keseniaan lukisan guanya.
3 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia 2.2 PETROGLYPHS
Petroglyphs ialah ukiran di permukaan batu. Ukiran batu mula dicatakan sekitar 10,000
tahun yang lalu oleh homo sapiens. Di mana ia merupakan langkah awal ukiran yang
terbentuk selepas lukisan, ketika homo sapiens mengambil masa kira-kira 20,000 tahun untuk
ukiran pertama pada permukaan batu.
Terdapat ukiran batu pada Zaman Neolitik dan di Zaman Akhir Paleolitik. Saintis menemui
tapak ukiran batu di Australia yang mempunyai ukiran yang dianggarkan sekitar 27,000
tahun usia dan kebarangkalian terdapat ukiran yang berusia 40,000 tahun. Teori-teori bagi
menerangkan petrogpyhs banyak bergantung kepada lokasi, usia dan jenis imej yang
dihasilkan. Maka, beberapa petroglyphs dianggap sebagai penunjuk astronomi dan peta.
Rajah 2.3 : Petroglyhs di Mutawintji National Park, Australia
4 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia
Petroglyphs telah ditemui di semua bahagian dunia kecuali Antartika dengan kebanyakkan
ditemui di bahagian-bahagian Afrika, Scandinavia, Siberia, barat daya Amerika Utara dan
juga Australia. Sarawak dan negeri Perak turut juga menyumbang kepada bukti petroglyhs ini
apabila ianya ditemui di tapak Gua Niah.
Rajah 2.4 : Petroglyhs di Gua Niah, Sarawak
5 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia 2.3 PIKTOGRAM
Piktogram adalah simbol yang mewakili konsep, objek, aktivit, tempat atau peristiwa oleh
ilustrasi. Piktograf adalah langkah seterusnya bagi perkembangan dalam komunikasi tulisan
purba. Perbezaan paling penting antara petroglyphs dan piktogram ialah petroglyphs adalah
semata-mata menunjukkan acara tetapi piktogram memberitahu cerita yang sebenar mengenai
acara itu, boleh dikatakan ia kronolgi.
Piktogram digunakan oleh pelbagai budaya purba di seluruh dunia sejak sekitar 9000 S.M.
Piktrogram merupakan titik tolak kepada pembentukan logographik. Hasil daripada
kepentingan warisan piktogram kepada manusia, UNESCO telah menambah tapak baru bagi
menjaga simbol ilutrasi ini. Sesetengah saintis dalam bidang neuropsychiatri seperti Prof.
Mario Meyer menyatakan bahawa piktogram merupakan komunikasi manusia purba bagi
menilai kebudayaan mereka ketika itu.
6 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia 2.4 IDEOGRAM
Ideogram adalah perkembangan hasil dari piktogram, dimana simbol grafik yang
mempersembahkan idea. Sekiranya pictogram boleh menceritakan mengenai bentuk, oleh itu
pictogram bulatan boleh dikateogrikan sebagai matahari tetapi tidak seperti cahaya, hari atau
panas. Ideogram lebih kepada pembentukan yang abstrak.
Disebabkan sesetengah idea adalah umum maka budaya yang berbeza turut membangunkan
ideogram yang hampir sama. Sebagai contoh, mata yang mengalir memberi maksud
kesedihan bagi Amerika Asli di California dan pada masa yang sama untuk Orang Cina dan
Egypt.
Rajah 2.7 : Ideogram di Uruk, Mesopotamia
Ideogram Maksud
Kepala
Kaki
Matahari
Jari
7 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia
3. PERKEMBANGAN TULISAN MODEN
3.1 LOGOGRAM
Logogram atau logograph ialah satu bentuk komunikasi tulisan yang mempersembahkan
perkataan atau dikenali morphmene iaitu memberi erti dan maksud setiap jenis bahasa. Jenis
tulisan ini digunakan kebanyakkan di dalam aksara Cina bagi menulis bahasa mereka. Sistem
logogram yang utama digunakan sehingga ke hari ini ialah karakter Cina yang terdapat
beberapa pengubahsuaian pada bahasa Jepun dan Korea.
Sistem logogrpah ini termasuk yang paling terawal penulisannya ialah pada tamadun Mesir,
Afrika, China dan Amerika Tengah. Maka, hasil daripada kedua-dua hieroglif Mesir dan
China terdapat perkembangan seperti elemen-elemen pada karakter yang terbentuk. Karakter
Cina telah berkembang dengan sebutan dialek telah terhasil daripada elemen tersebut
sehingga membawa ianya tidak terbatas kepada yang asli.
8 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia
3.2 SYLLABOGRAM
Syllabogram merupakan satu set simbol yang terbentuk mewakili suku kata atau lebih kerap
linguistik yang terhasilnya kata. Simbol yang terbentuk di dalam syllabogram akan
mempersembahkan bunyi konsonan dan diikuti vowel. Antara bahasa-bahasa yang
menggunakan syllabogram termasuk bahasa Mycenaean di Greek, bahasa Cherokee di
Amerika Utara, Vai di Afrika dan juga bahasa Yao di China.
Sebenarnya, skrip ini digunakan oleh orang Cina, Sumeria dan Akkadian juga diketogorikan
sebagai suku kata yang terbesar walaupun berdasarkan logogram. Syllabogram Jepun
terbahagi kepada dua jenis yang disebut hiragana dan katakana yang terbentuk kira-kira 700
Masihi. Maka, syllabogram merupakan simbol yang terbentuk dengan pelbagai yang
bergantung kepada jenis bunyi konsonan dan vowel yang dihasilkan.
Rajah 3.2 : Sistem tulisan Katakana. Disebelah kiri ialah abjad moden,
9 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia 3.3 ALPHABET
Alphabet ialah set simbol yang diketogorikan standard dimana setiapnya mempersembahkan
tutur kata sesuatu bahasa itu sehingga ia merupakan sistem yang paling banyak digunakan
oleh manusia. Di dalam alphabet, abjad boleh diberi dua arah : penulis boleh meramal
perkataan yang diberikan dan penterjemahan boleh dilakukan dengan perkataan yang
diberikan ejaannya.
Sejarah aphabet bermula pada Mesir purba. Pada abad ke-27 Mesir telah mempunyai
kira-kira 24 hieroglyhs yang bermula dengan konsonan pertama dan ditambah vowel. Pada Zaman
Pertengahan, sistem alphabetik ini pernah ditemui sebagai proto-sinatik yang terdapat pada
Mesir sekitar abad ke-15 S.M. yang ditinggalkan orang-orang Kanaan ketika itu.
Rajah 3.3 : Sample skrip Proto Sinatik yang pertama ditemui
Perkembangan sistem komunikasi tulisan aphabet ini menarik apabila ia mampu berkembang
sehingga ke pelusuk dunia. Alphabet Eropah bermula daripada tamadun Greek sebelum ia
dibawa ke semenanjung Itali dimana alphabet digunakan untuk menulis bahasa Itali ketika
itu. Pada kurun ke-19, sistem ini telah menjadi popular kerana ia mudah disesuaikan dengan
pelbagai bahasa.
Manakala, di Asia ia bermula daripada sistem tulisan Cina dimana banyak skrip ditemui di
Asia. Di Korea, hangul alphabet diilhamkan oleh Sejong Daewang dimana ia merupakan
alphabet yang unik kerana suku kata dihasilkan dari bunyi. China membentuk zhuyin (kadang
kala dikenali Bopomofo) iaitu semi syllabogram yang digunakan oleh Mandarin ketika itu
10 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia
Asia yang menggunakan sistem alphabet ini atau terbentuknya karakter iaitu orang Cina,
Taiwan, Jepun, Korea dan Iban. Alphabet Iban atau dikenali Dunging Alphabet adalah sistem
tulisan orang Iban selain daripada Turai (sistem tulisan Iban lama) yang diilhamkan oleh
Dunging Anak Gunggu yang mempunyai 77 karakter. Sistem dunging alphabet hampir
menyamai hangul Korea kerana setiap huruf mempunyai konsonan dan vokal.
Dunging Iban Hangul Korea
11 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia 3.4 ABJAD
Abjad iaitu sistem tulisan di Timur Tengah dimana simbol sentiasa disifatkan sebagai
konsonan. Abjad ditemui di dalam bahasa Semitik seperti Syria, Hebrew, Arab dan
Phoenicia. Perkataan abjad ini sinonim untuk digunakan oleh alphabet Melayu disebabkan
kebanyakkan dipinjam daripada Arab. Sistem ini ditemui sekitar 1500 S.M. dimana dijumpai
pada hieroglyhs Mesir purba.
Phoenicia merupakan yang pertama membentuk abjad yang juga pada ketika itu paling
meluas digunakan di Timur Tengah. Skripnya tidak seperti hieoglif Mesir, dimana
simbol-simbol hanya dua dozen. Ini menjadikannya skrip paling mudah untuk dipelajari. Hasil abjad
Phonicia, telah memberi laluan kepada beberapa sistem tulisan yang baru seperti alphabet
Greek dan Aramaik. Alphabet Greek berkembang manjadi abjad moden sperti Latin dan
Cyrilic manakala Aramaik menjadi pewaris kepada abjad moden di Asia.
12 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia 3.5 ABUGIDA
Ia merupakan sebuah sistem tulisan dimana mengandungi konsonan – vowel yang ditulis sebagai satu unit: setiap unit itu adalah berdasarkan kepada huruf kosonan, dan vowel
tersebut adalah di bahagian menenggah. Abugida termasuk di dalam skrip Brahmik dimana
kebanyakkannya terdapat di bahagian Selatan dan Asia Tenggara. Pada asasnya, abugida
adalah berlawanan dengan syllabogram.
Secara umum, huruf abugida lebih meletakkan kosonan. Ini dapat dilihat apabila huruf ditulis
di dalam bentuk urutan linear dimana banyak kiri ke kanan. Ia dianggap sebagai langkah
pengantara diantara alphabet dan syllabogram. Maka, sejarah awal kewujudan abugida
diletakkan oleh saintis tipologi selepas adanya syllabogram. Terdapat tiga keluarga utama
abugida;
Antaranya ialah:
i. Brahmik
13 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia ii. Ge’ez atau juga dikenali Ethiopik
Rajah 3.6 : Skrip Ge’ez yang ditemui di Hawulti
iii. Cree skrip
14 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia
Antara alphabet abugida yang masih digunakan sehingga ke hari ini
Bengali Buhid Burmese/Myanmar
Chakma Cham Dehong Dai
Devanāgarī Fraser Ge'ez (Ethiopic)
Gondi Gujarāti Gurmukhi (Punjabi)
Hanuno'o Hmong
Jenticha
Lanna Lao Lepcha (Róng-Ríng)
Limbu / Kirati Malayalam Manipuri
Mro Mwangwego New Tai Lue
Oriya Shan Sinhala
Sorang Sompeng Tamil Telugu
Thai Tibetan
Tikamuli
15 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia
Antara alphabet abugida yang ditinggalkan penggunaanya sehingga menyebabkan alphabet
ini tidak digunakan lagi di dalam penulisan abugida hari ini.
Ahom Brāhmī Dives Akuru
Evēla Akuru Kharosthi Modi
Mongolian Horizontal Square Script
Old Persian Cuneiform
Phags-pa
Pallava Sindhi Takri
16 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia 3.6 SKRIP FEATURAL
Skrip featural seperti tanda tulis atau sign writing merupakan sistem komunikasi yang paling
popular dimana banyak digunakan untuk bahasa isyarat. Ia diwakili di dalam bentuk
pergerakan tangan dan muka dengan ikonik. Ia merupakan sistem tulisan dengan bahasa
isyarat. Ia dicipta oleh Valerie Sutton pada tahun 1974 iaitu seorang penari yang juga orang
yang sama di dalam membangunkan Dance Writing.
Kombinasi ikonik simbol seperti bentuk tangan, orientasi, badan, expresi muka, dan
pergerakan digunakan untuk menterjemahkan kata-kata secara isyarat. Semenjak sign
writing menjadi skrip feautural yang popular maka tidak ada keperluan untuk menulisnya.
Sign writing Sutton hampir digunakan di 40 negara untuk penyiasatan polis dan tentera.
17 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia 4. KESIMPULAN
Perkembangan awal komunikasi tulisan di dalam sejarah manusia menjadikan para sarjana
sejarah membezakan antara pra sejarah dan sejarah yang ditakrifkan oleh kedatangan tulisan
itu sendiri. Maka, di dalam perkembangan ini telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
perkembagan komunikasi tulisan purba dan semasa moden. Walaubagaimanapun, lukisan gua
dan petroglyhs yang dianggap popular bagi penulisan tidak dikateogorikan bertulis kerana
lebih mewakili bahasa secara langsung.
Komunkasi ini merupakan sistem yang mengubah keperluan-keperluan manusia di dalam
kehidupan seharian. Secara langsung atau tidak, komunikasi ini menggunakan bahasa yang
singkat, jelas dan dapat diketahui serta dimengerti oleh penerima. Kemahiran ini telah
membantu manusia purbadi dalam membina tamadun manusia yang moden kini.
Selepas perkembangan awal ini, komunikasi tulisan telah berkembang dengan pesat melalui
berbagai bentuk. Maka, media cetak seperti majalah, akhbar, buku, komik, novel, artikel,
journal dan bermacam jenis lagi adalah komunikasi tulisan yang seterusanya di dalam
mengharmonikan sistem ini.
RUJUKAN
Romina Della Casa (2007). Top Articel: Language, Writing and Alphabet. Damqatum
Boletin. Argentina
Anne-Marie Christin (2002). A History of Writing: From Hieroglyh to Multimedia.
Flammarion. Paris
Churchili Edward (2012). Long lost Iban Alphabet script. Borneo Post. Sarawak.
RMI Research News UiTM (2010). Iban Alphabet: A Revival. Research Management
Institute. Kuching. www.rmi.uitm.edu.my
Peter T.Daniels (2000). On Writing Syllables: Three Episodes of Scripts. Studies in the