Nota Ringkas Lengkap Bm Stpm

119  724 

Teks penuh

(1)

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Asal Usul Bahasa Melayu

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.

Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:

1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.

Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.

3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

Asal Usul Bangsa Melayu

Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.

Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)

Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.

Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.

Keturunannya orang Melayu di Malaysia

Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.

Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.

Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.

(2)

Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.

Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).

Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

(3)

Perkembangan Bahasa Melayu

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

 Bahasa Melayu Kuno,

 Bahasa Melayu Klasik dan

 Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Kuno

Merupakan keluarga bahasa Nusantara

Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.

Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

 Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.

 Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat

 Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

 Pengaruh agama Hindu

 Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.

 Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:

Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)

Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)

Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)

Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

 Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit

 Susunan ayat bersifat Melayu

Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)

(4)

Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)

Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat -niparwuat)

Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h(Contoh: sukhatshitta)

Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya:sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.

Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)

 ditulis dalam huruf India

 mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.

 bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)

 masih memakai abjad India

 buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)

 ditulis dalam tulisan Jawi

 membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

 Zaman kerajaan Melaka

 Zaman kerajaab Acheh

 Zaman kerajaan Johor-Riau

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

(5)

Ciri-ciri bahasa klasik:

 ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.

 banyak ayat pasif

 menggunakan bahasa istana

 kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

 banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.

 ayat songsang

banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

Bahasa Melayu Moden

Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Unsur-unsur Asing Dalam Bahasa Melayu

Peminjaman usur-unsur bahasa (terutamanya perkataan) bahasa asing merupakan kelaziman.

Terdapat unsur-unsur asing dalam bahasa Melayu.

a. Tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memebrikan nama am atau khsusu kepada benda, perkara (fenomena)

b. Perkataan bahasa melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing.

c. Kegemaran menggunakan bahasa asing.

d. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk, atau kerana sikap mengaggungkan bahasa asing .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab.

(6)

Peminjaman unsur asing oleh bahasa Melayu dapat dilihat dari segi peminjaman:

a. huruf atau sistem tulisan

b. bunyi-bunyi

c. imbuhan

d. kosa kata seperti perkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan

e. struktur ayat.

Jenis-jenis peminjaman

a. peminjaman tulen (matematik, bonus)

b. peminjaman kacukan (kasut but)

c. peminjaman pemerian (kapal selam, kapal terbang, peluru meriam)

d, peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang).

e. peminjaman kuno (purnama)

f. peminjaman berpindah (vokal/vowel)

Susur galur peminjaman kata-kata adalah seperti berikut:

Sanskrit - Arab - Indonesia - Inggeris

Bunyi-bunyi Asing

Daripada bunyi-bunyi yang ada dalam bahasa Melayu, memang terdapat pinjaman daripada bahasa-bahasa Arab, Inggeris dan sanskrit.

Daripada bahasa Sanskrit, kita dapati bunyi seperti /sy/ dan /sw/ seperti dala perkataan syurga, swadaya, swasta, swalayan dan swasenyawa.

Daripada bahasa Arab dan Parsi terpahat pula, terdapat bunyi-bunyi seperti dalam jadual di bawah. Bunyi /sy/ yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit diperteguh dengan meminjamnya daripada bahasa Arab dan Parsi pula.

Bunyi Contoh Perkataan

/sy/ syarikat, syamsiah, syarak, isyarat, isyak /kh/ khabar, khadam, khas, bakhil, tarikh /gh/ ghairah, ghalib, ghazal, maghrib /f/ fakir, fitrah, tafsir, tafahus, mualaf

(7)

/z/ zalim, zaman, wazir

/th/ sabit, selasa, isnin, misal, hadis (disebut sebagai `s') /q/ qari, qadim, furqan

Daripada bahasa Inggeris (atau bahasa-bahasa Eropah lain) bahasa Melayu telah meminjam bunyi-bunyi seperti berikut (lihat jadual):

Bunyi Contoh Perkataan

/f/ fasa, fokus, kafe, sofa lif, staf /v/ vaksin, vakum, novel, televisyen /sy/ syampu, syif, televisyen, kusyen /z/ zip, zon, dozen, gazet

Imbuhan Asing

Bahasa Melayu juga telah meminjam imbuhan asing daripada tiga sumber bahasa, iaitu bahasa Sanskrit, Arab-Parsi, dan Inggeris-Eropah.

Imbuhan yang dipinjam terdiri daripada awalan dan akhiran. Lihat jadual di bawah.

Sumber Jenis Imbuhan Imbuhan Contoh Perkataan

Sanskrit

awalan

maha- maharaja, mahaguru, mahasiswa pra- prakata, prasangka, prauniversiti tata- tatacara, tatarakyat,

tatasusila

swa- swasta, swadaya, swalayan eka- ekabahasa, ekafungsi, ekanada

dwi- dwibahasa

panca- pancaindera, pancalogam,.

akhiran

-man seniman, budiman

-wan karyawan, hartawan

-nita biduanita

-wati seniwati, angkasawati

Arab-Parsi

Awalan bi- binomial, biadab, bimormal

Akhiran

-i abadai, insani, akhiri

-wi duniawi -iah ilmiah -in hadirin -ah ustazah -at hadirat Inggeris-Eropah Awalan

anti- antibiotik, anti-Yahudi pro- prokerajaan, pro-Amerika

poli- poliklinik

(8)

sub- subgolongan, subbidang supra- supranasional, suprakelas Akhiran -al klinikal, kritikal, praktikal

-isme idealisme, nasionalisme Pengaruh Bahasa Inggeris

Aspek Pinjaman

Kosa kata: lokap, komen, polis, saman, notis, doktor, warden, bas, lori, kelas, sarjan, lesen, tenis, elaun, aiskrim, opera, motokar, radio, reformasi, demokrasi, nepotisme, teknologi, sains, komputer.

Pinjaman Nahu

Kopula/kata pemeri: Ialah dan adalah (is)

Pinjaman Peribahasa: Beban kerja (work load), bulan madu (honey moon), ulat buku (book worm), hitam putih (black and white), di mana ada kemahuan di situ ada jalan (where there's a will there's a way).

DINAMIKA BAHASA MELAYU

Variasi Bahasa

Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu.

Variasi bahasa Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Dialek Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi .

Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek.

Idiolek

Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu.

merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu. Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan.

Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.

Dialek kawasan

Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa,

Kalimantan dan sebagainya.

Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia

(9)

merupakan dialek bagi bahasa Melayu.

Dialek sosial

Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang

akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial.

Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.

(10)

Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal.

Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana.

Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya.

(11)

Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, danragam bahasa mesra dan bahasa formal.

Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal

Ragam Bahasa Bebas Bahasa Terkawal

Ayat yang tidak gramatis.

Tidak mementingkan aspek sebutan, intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat, dan tatabahasa.

Contoh: You ni betullah degil sangat. I dah warning you banyak kali, tapi you masih hendak ke tempat tu.

Ayat yang gramatis

Mementingkan aspek-aspek sebutanm intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat dan tatabahasa. Contoh: Awak sangat degil. Saya telah berkali-kali memberi amaran supaya jangan pergi ke tempat itu, tetapi awak masih hendak ke sana.

Ragam Bahasa Mesra dan Bahasa Formal

Ragam Bahasa Mesra Ragam Bahasa Formal

Menggunakan ragam bahasa bebas, iaitu tidak memeningkan sebutan, intonasi, pilihan kata, nahu dan sebagainya.

Ciri-ciri lain:

a. Penggunaan gelaran yang tidak lengkap

Bahasa Slanga

Bahasa tidak rasmi, tidak baku.

Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard.

Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe, mengancam, sekeh, boring.

Bahasa Basahan

Juga disebut sebagai bahasa kolokial.

Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut.

Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi.

Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu:

(a) perkataan berbeza untuk makna yang serupa

Bahasa Baku Bahasa Basahan

mengapa kenapa

bagaimana macam mana

(12)

(b) bentuk kependekan

Bahasa Baku Bahasa Basahan

hendak nak

tidak tak

sudah dah

(c) perubahan bunyi

Bahasa Baku Bahasa Basahan

ambil ambik

kecil kecik

pula pulak

Bahasa Pasar

Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu

Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur.

Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan.

Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri nama kedua).

Menggunakan banyaks ebagai kata penguat, contoh: banyak cantik.

Kerap menggunakan perkataan `punya' , contoh: dia punya barang, apa punya budak.

Bahasa Halus

Bahasa halus wujud kerana pertimbanag terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kataganti nama.

Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan.

Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting, seperti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan nenda.

Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang.

Contoh: Buang air besar, berbulan madu, berbadan dua.

Berikut diturunkan beberapa contoh:

Bahasa Basahan Bahasa Halus

kencing Buang air kecil

berak Buang air besar

(13)

kubur makam

Bahasa Kasar

Bahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata esat ialah contoh bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya.

Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa kasar.

Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana adakalanya bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan yang lain. Misalnya perkataan celaka diaggap kesat di Selangor, tetapi dianggap biasa di Melaka.

Dialek

variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut.

Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial.

Dialek berbeza dari segi:

a. Sebutan

Contoh: Perkataan ``air'' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.

b Gaya lagu bahasa

Contoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan.

c. Tatabahasa

Contoh: penggunaaan imbuhan per- dan -kan.

perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor). (d) Kosa kata

Contoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri)

(e) kata ganti diri

Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya)

Hang (dialek utara bermaksud kamu)

(14)

Dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan.

Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidangs esuatu wacana digunakan.

Contohnya, laras bahasa doa, khutbah dan upacara.

Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan.

Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa.

Conoth: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang, dan panjang pendek ayat akanmenghasilkan laras yangberbeza.

Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi.

Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian.

Tiga Dimensi Laras (Halliday)

Tajuk wacana

merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi, perubatan, suka, enidikan, matematik dan sebagainya.

Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat yang digunakan. JIka wacana merupaan wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif banyak digunakan untuk memberikn fokus kepada perkara yang dibincangkan.

Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan selariperlawanan bola sepak , rragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek-pendek banyak digunakan supaya sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak berkenaan.

Cara penyampaian

Sama ada wacana berkenaan disampaiakns ecara lisan atau tulisan.

Jika lisan, sama ada ia merupakan wacana syarahan atau ucapan, perbahasan dan khutbah atau doa? JIka tulisan sama ada ia esei, laporan, surat rasmi atau surat peribadi, memorandum atau iklan? Gaya penyampaian mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi formal atau tak formal.

(15)

Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaiakn dalam majlis yang formal yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan atau dif-dif?

Jenis dan Ciri Laras Bahasa

Laas bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus.

Laras biasa ialah laras khusu yang digunakan untuk masyarakat umum seeprti bidang hiburan (laporan suskan, berita sukan), pengetahuan dan peneranagn (syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklam).

Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).

Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khsus ialah:

kosa kata

tatabahasa

gaya

Laras Bahasa Biasa

Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata pinjaman.)

Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuand an penerangan (syarahan, encana) dan maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).

Gayat ayat sederahana, ringkas dan padat.

Struktur ayat mudah, contohny: Di larang memijak rumput.

Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.

Laras Bahasa Biasa

Formal/Rasmi Tak Formal

Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya.

Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat, objek.

.

(16)

Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah sikap dan melakukan tindkan.

Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dansebagainya.

Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:

(a) slogan: Kami Ada Cara

(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa

(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y

(D) Perisytihran: Waja dengan Aksesori Lengkap

(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu

(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.

(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama

(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai

(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.

Laras Bahasa Akademik

Meliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik dan sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan.

Bersifat teknikal.

Dalam penulisan ilmiah, misalnya penulisan thesis, penulis perlu mengikut fornmati tertentu seperti perlu ada cattan bibiliografi (rujukan), nota kaki di bawah muka surat atau nota hujungan di penghujung setiap bab.

Menggunaka istilah-istilah yang khusus kepada bidang, dan biasanya perlu dihafal. Contohnya ialah fotosintesis, pecutan, mengawan, pendebungaan dan sebagainya.

Laras Bahasa Undang-Undang

Tiada gambar, graf, metafora, simili, peribahasa, kiasan dan sebagainya. mempunyai istilah sendiri seperti Argumantum ad baculum, habeas corpusdan sebagainya.

(17)

Berita sebagai satu wacana mempunyais truktur teks yang tersnediri, laind aripada struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.

Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilanganbesar pemvbaca akhbar.

Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baikialah, pertama, baasa yang digunakan mudah. kedua, gaya tulisan yang jelas danketuiga, isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orangr amai.

Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klaausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.

Laras Bahasa Sastera

Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.

Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.

Beberapa ciri bahasa sastera:

a kreatif dan imaginatif: kabur mesej

b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata

c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan sebagainya.

d. menggunakan bahas tersirat: perlambangan, kisan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.

e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.

Laras Bahasa Agama

Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab

Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab

Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.

Kesimpulan:

Golongan laras Bidang Situasi Contoh Bahan

Biasa

Hiburan Pengetahuan Maklumat

Khalayak Umum

Berita, laporan. iklan, surat peribadi Ucapan syarahan

(18)

Upacara/.Majlis Acara majlis umum Doa, khutbah Khusus Doa-khutbah Teknikal Ilmiah Khalayak Umum

Acara majlis rasmi Rencana, ekonomi, undang-unang, fizik, kimia, dan lain-lain. Tesis, rencana matematik, biologi, Fizik, Kimiz, Lukisan Kejuruteraan dan sebagainya.

Wacana

1. Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. 2.

Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja.

3. Tingkat-tingkat fonem, morfem, kata. frasa, klausa, dan ayat merupakan peringkat bentuk; manakala wacana merupakan peringkat fungsi. 4 Kamus Dewan mentakrifkan wacana sebagai:

i. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan'

ii. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, aartikel, novel, cerpen).

5. Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Ia melebihi tingkat ayat.

6.

Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut: a. pendahuluan

b. tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)

c. penutup

d. graf, jadual, peta dan statistik. 7. Ia dapat digambarkan seperti berikut:

(19)

8. Wcana boleh ditulis dalam pelbagai bentukpenulisan, iaitu sama ada naratif (pemerian), deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan.

9. Wacana mempunyai penanda, juga dikenali sebagai penanda wacana.

Fungsi Contoh

1. Tambahan dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping. 2. Urutan pertama, kedua, seterusnya, selepas itu,

kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya. 3. Penyataan semula iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan. 4. Contoh contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai. 5. Rumusan rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata

6. Tempat berhampiran dengan, bersebelahan dengan,

bertentangan dengan.

7. Waktu apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya. 8. Sebab dan kesan oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu. 9. Bandingan seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan. 10. Pertentangan

tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan.

11. Pengesahan sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya.

Retorik

Seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan dikenali sebagai retorik, bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan.

(20)

Dalam penulisan pemujukan, penyampaian ideologi, atau berbentuk propaganda, retorik adalah alat-alat dalam penulisan untuk mempengaruhi, sikap, dan pendirian orang ramai.

Secara umumnya, kemahiran retorik melibatkan:

1. penguasaan tatabahsa

2. penggunaan pelbagai ragam bahasa

3. penyampaian pemikiran secara teratur dan sistematik

4. penguasaan corak dan bentuk penulisan.

Sama ada untuk memujuk atau mempengaruhi orang, maka wacana yang terhasil merupakan manifestasi ynag dipengaruhi oleh khalayak wacana berkenaan. Disamping itu struktur wacana pula dipengaruhi oleh niat dan hasrat wacana. Retorik dikembangkan dengan empat cara,

iaitu naratif(penceritaan), deskriptif (pemerian), eksposisi (pendedahan), ataupenghujahan.

Di samping itu, penulisan boleh dibuat dengan teknik induktif atau deduktif atau analogi.

Induktif Mengemukakan fakta dan maklumat yangberbentuk khsusu dan kemudian membuat kesimpulan atau rumusan. Deduktif Mengemukakan satu pernyataan yang umum dan dituruti oleh fakta dan maklumat yang khusus. Analogi Menggunakan kiasan atau perbandingan untuk menunjukkan persamaan atau perbezaan anttara dua perkara atau senario.

Naratif Deskriptif Eksposisi Penghujahan

- Gaya naratif boleh ditemui pada laporan akhbar, laporan aktiviti, minit mesyuarat atau ceramah syarahan yang menerangkan sesuatu. - Menerangkan atau memerikan sesuatu. - Menggunakan pemerhatian dan pengamatannya untuk menerangkan sesuatu hal. Di tahap yang lebih halus, penulis ada kalanya menggunakan pancainderanya, di samping perasaan hati dan pandangannya. - Penulis menggambarkan peristiwa, contoh kiasan dan sebagainya.

- Mendedahkan sesuatu isu, perkara.

-Cara ini sesuai digunakan untuk menjelaskan konsep, pandangan, cadangan, proses, atau sejarah sesuatu, dengan menggunakan mana-mana teknik sama ada deduktif, induktif atau analogi.

- Cara penulis

menunjukkan kebenaran pendapat sama ada menentang, menyookong atau menunjukjkan sikap berkecuali.

-Kebenaran yang hendak ditunjukkan mestilh berasakan fakta atau bukti yang konkrit. -Kebenaran tidak

(21)

- Pengalaman seseorang, watak-watak dalam novel, drama dan sebagainya. - Dengan cara deksriptif ini, penulis boleh menggunakan teknik-teknik induktif, deduktif atau analogi.

Kesantunan Berbahasa

1. Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. 2. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. 3. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. 4. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. 5. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata

dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.

6. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.'' 7. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk

di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.

8. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.

9, Lihat contoh berikut:

Pak Digunakan untuk orang lelaki yangs ama sebaya dengan ayah kendiri. Mak Digunaka utnuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri Tok Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira sebaya dengan

datuk atau nenek kendiri.

Abang Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri.

Kakak Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri.

(22)

Adik Digunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri.

10. Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik 11. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada:

i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su. Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.

ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan

Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu danmentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.

12. Gelaran Pergaulan Bebas

Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja.

13. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)

Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.

Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.

Puan - untuk perempuan sahaj ayang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.

Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur

dengankendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dewngan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.

Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.

Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan

(23)

Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.) 14. Gelaran Warisan

Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku(Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).

Gelaran keturunan orang-orang

besar; Megat danPuteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah),Awangku,

Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)

Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w.

seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifahbagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.

Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi,

Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).

15. Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu) Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

16. Gabungan Gelaran

(a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji

(b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji (c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik.

(d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik

(e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji

(f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji Osman

(24)

17. Rujukan Hormat

Orang Yang Disapa Rujukan Hormat Yang di-Pertuan Agong dan Raja

Permaisuri Agong Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan,

Raja Permaisuri Duli Yang Maha Mulia

Balu Raja Yang Maha Mulia

Raja Muda atau Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia

Kerabat Diraja Karib Yang Amat Mulia

Bergelar warisan Yang Mulia

Perdana Menteri, Timbalan Perdana

Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri Yang Amat Berhormat Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan

Undangan Negeri (wakil rakyat) Yang Berhormat Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran

Tengku atau Raja Yang Berhormat Mulia

Tun, Toh Puan Yang Amat Berbahagia

Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan)

atau/dan gelaran ikhtisas yang formal Yang Berbahagia Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif Ketua Polis Negara Yang Amat Setia

Hakim, Kadi Yang Arif

Mufti dan pemimpin Islam Sahibul Samahah Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha

(25)

3.0 SISTEM BAHASA MELAYU 3.1 FONOLOGI

Sistem Bahasa Melayu Pengenalan

1. Sistem Bahasa Melayu terdiri daripada binaan ayat, frasa dan bunyi bahasa.

2. Sistem Bahasa Melayu merangkumi empat bidang iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. • Fonologi - Bidang kajian bunyi-bunyi bahasa dan lambang-lambang.

• Morfologi - Bidang kajian kata dari segi pembentukan, jenis dan aspek-aspek berkaitan kata.

• Sintaksis - Kajian tentang ayat yang merangkumi pembentukan, jenis dan golongan serta kajian tentang ayat.

• Semantik - Kajian yang merangkumi penggunaan kata berpandukan makna. Fonologi

Satu bidang kajian atau ilmu cabang bahasa yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa serta lambang-lambang yang ada pada setiap bunyi bagi sesuatu bahasa.

Konsep Bunyi, Fonem, Huruf dan Suku Kata • Konsep Bunyi

- Bunyi sebutan dalam sistem Bahasa Melayu. • Fonem

- Unit bunyi bahasa terkecil dan dapat membezakan makna kata. Fonem diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi.

• Huruf

- Fonem-fonem bahasa diberi lambang tulisan berupa huruf. Huruf merupakan lambang dalam sistem bunyi bahasa yang membentuk parkataan dalam tulisan. - Dalam abjad Romawi terdapat 26 lambang iaitu 21 konsonan dan lima fonem vokal. • Suku Kata Dalam Bahasa Melayu

- Dalam Bahasa Melayu, setiap suku kata ditandai vokal yang mendahului atau mengikuti konsonan.

- Dalam ejaan, terdapat 11 pola suku kata.

Sistem Tulisan Bahasa Melayu

Dipercayai Bahasa Melayu ditulis dengan tulisan Kawi dan Rencong. Kedatangan Arab melahirkan tulisan Jawi. Kedatangan Barat menyebabkan tulisan Rumi terhasil.

Penggolongan Bunyi Bahasa Alat-alat Pertuturan Manusia

- Setiap alat mempunyai fungsi tertentu sebagai alat pertuturan. Dua jenis alat pertuturan iaitu: a. Artikulator

(26)

Bunyi-bunyi Bahasa

a. Alat-alat pertuturan manusia menghasilkan dua jenis bunyi, iaitu bahasa dan bukan bahasa iaitu gerak tubuh.

b. Bunyi bahasa terhasil daripada alat-alat pertuturan manusia. Terdapat 3 jenis bunyi bahasa iaitu vokal, konsonan dan bunyi diftong.

c. Bunyi bukan bahasa dihasilkan oleh alat-alat pertuturan tetapi mesej yang ingin disampaikan tidak difahami sepenuhnya.

- contoh; Bunyi batuk, berderham, pergerakan tangan.

Vokal

a. Bunyi vokal dihasilkan tanpa halangan , sekatan ataupun sisihan pada arus ugara yang dikeluarkan oleh paru-paru.

b. Terdapat 8 bunyi vokal iaitu 6 vokal asli dan 2 vokal pinjaman.

Sifat-sifat Vokal

a. Bibir berkeadaan neuteral semasa menghasilkan bunyi vokal ini. b. Vokal umumnya bersuara, pita suara akan bergetar.

c. Tiada sebarang sekatan, halangan atau geseran semasa vokal dihasilkan. Kedudukan Vokal Dalam Bahasa Melayu

a. Vokal membentuk suku kata dan kata.

b. Vokal depan ( i, e, ε, a ) adalah pada suku kata. c. Vokal didahului oleh bunyi "hentian glotis". Awal Tengah Akhir Terbuka Akhir Tertutup e e/kor Belas Sate Telek

(27)

i i/bu Bilah Kali Saling a a/yam Malu Saya Botak Cara Menghasilkan Bunyi Bahasa A. Konsonan

a. Konsonan adalah bunyi-bunyi selain bunyi-bunyi vokal.

b. Bunyi konsonan dihasilkan oleh alat pertuturan manusia dengan membuat sekatan, halangan ataupun geseran.

c. Ketika dihasilkan, udara dari paru-paru akan menghasilkan sekatan di rongga mulut, tekak dan hidung.

d. Ada 18 konsonan asli dan 9 konsonan pinjaman. e. Konsonan asli terdiri daripada,\;

- Bunyi letupan (Plosif) - Bunyi letusan (Afrikat) - Sengauan (Nasal) - Geseran (Frikatif) - Sisihan (Lateral) - Getaran (Tril)

- Bunyi separuh vokal (Geluncuran) Tanda Baca

Tanda baca digunakan dalam sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu.

Merupakan lambang-lambang dalam penulisan bahasa untuk memperjelaskan maksud. a. Tanda Titik [.] - Berahir sesuatu ayat / ayat penyata.

b. Tanda Koma [,] - Terdapat pengguguran sesuatu unsur ayat. c. Tanda Koma Bertindih [;] - Fungsi sebagai unsur kaitan dua ayat.

d. Tanda Titik Bertindih [:] - Digunakan selepas ayat penyata diikuti ayat lain yang berkaitan. e. Tanda Soal [?] - Hadir di akhir ayat.

f. Tanda Seru [!] - Hadir di akhir ayat bagi menunjukkan rasa hairan, marah, menyindir, sakit. g. Tanda Sempang [-] - Bagi kata ganda.

h. Tanda Kurung [( )] - Wujud unsur selitan dalam ayat.

i. Tanda Petik [" "] - Menunjukan bahagian yang dilafazkan atau cakap ajuk. Tatabahasa

.::Pengenalan::.

- ia merangkumi pembentukan kata serta proses pembinaan ayat. - tatabahasa melibatkan pembentukan kata, frasa, klausa dan ayat. - bunyi bahasa adalah unsur-unsur pembentukan kata.

- wacana hasil himpunan ayat-ayat. .::Latar Belakang Tatabahasa::.

- tatabahasa sebahagian daripada kajian bahasa. - bentuk kata ada kaitan dengan Morfologi.

- binaan kata ialah kata-kata dalam fungsi dan peranan dalam ayat.

- penggolongan kata - proses menjeniskan perkataan berdasarkan bentuk dan fungsi perkataan dalam golongan yang sama.

(28)

- struktur kata - binaan ayat-ayat yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan menjadi unti bahasa yang bermakna.

.::Definisi Tatabahasa::.

- merupakan pengetahuan tentang pembentukan kata dan proses penyusunan kata dalam ayat. - tatabahasa Bahasa Melayu meliputi bidang kajian Morfologi dan sintaksis.

.::Bahagian Tatabahasa::. a. Morfologi

- bidang tatabahasa berkaitan dengan aspek kata, dari segi struktur dan pembentukan kata serta penggolongan kata.

- unit terkecil yang mempunyai maksud atau tugas ialah morfem. Sesuatu perkataan terbentuk daripada satu morfem atau lebih.

- contoh; perkataan berkawan mempunyai dua morfem iaitu kata dasar "kawan" dan awalan "ber-". b. Sintaksis

- bidang ilmu bahsa yang melibatkan kajian proses pembinaan ayat. - sintaksis mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat.

c. Konsep Morfem

- unit asas terkecil yang menjalankan tugas nahu.

- walaupun unit terkecil tetapi tidak dapat dikategorikan dalam unit nahu.

- Morfem ada dua jenis, iaitu morfem bebas (iaitu kata tanpa imbuhan) dan moefem terikat (iaitu terdiri daripada bentuk-bentuk imbuhan).

.::Perbandingan Bahasa dan Tatabahasa::.

Bahasa  Fonem  Morfem  Kata  Frasa  Klausa  Ayat Tatabahasa  Morfem  Kata  Frasa  Klausa  Ayat .::Konsep Asas Sintaksis::.

- sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Ini termasuk kaedah penyusunan perkataan dalam membentuk sesuatu ayat.

- ayat boleh terbentuk daripada beberapa perkataan yang mempunyai makna lengkap.

- ayat mempunyai subjek dan prediket. `Subjek' dalam ayat ialah konstituen yang menjadi judul dan unsur yang diterangkan. `Predikat' adalah bahagian yang terdiri daripada frasa yang berfungsi sebagai penerang subjek.

- frasa ialah susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya satu atau dua perkataan yang berpotensi uuntuk dikembangkan menjadi lebih perkataan.

- Klausa merupakan satu unit gabungan perkataan yang mengandungi subjek dan prediket serta konstituen kepada ayat. Klausa tidak mempunyai tanda baca yang lengkap mahupun intonasi yang

(29)

sempurna.

3.2.1 MORFOLOGI .::Morfologi::. .::Pengenalan::.

- dalam Bahasa Melayu, morfologi melibatkan tiga perkara iaitu proses pembentukan kata, penggolongan kata, dan struktur kata.

.::Definisi Morfologi::.

- Morfologi merupakan bidang tatabahasa yang berkaitan aspek bahasa dan kata termasuk struktur dan pembentukan kata. unit terkecil dipanggil Morfem.

.::Konsep Morfem::.

- morfem ialah unit tatabahasa terkecil dan fungsi nahu. - terdapat 2 morfem iaitu 'morfem bebas' dan 'morfem terikat'. .::Konsp Perkataan::.

- kata akar atau akar kata ialah bentuk morfem terikat yang perlu bergabung dengan morfem lain untuk membentuk kata.

- contoh: arus (akar kata) + sungai (morfem bebas) = Arus sungai

.::Kata Dasar::.

- dikenali juga sebagai 'kata pokok' yang merupakan kata yang menjadi asas bagi kata terbitan. .::Bentuk Kata::.

- bentuk kata ialah unit tatabahasa yang berbentuk tunggal dan terbentuk daripada pengimbuhan, penggandaan atau pemajukan sesuatu kata.

- binaan kata merupakan kata-kata yang digolongkan berdasarkan peranan masing-masing dalam sesuatu ayat.

- terdapat 4 bentuk kata dalam Bahasa Melayu. a. Kata Tunggal

- kata daripada sebarang golongan yang tiada imbuhan, penggandaan atau pemajukan. b. Kata Terbitan

- kata yang terbentuk daripada proses pengimbuhan. Kebanyakan daripada kata dasar menerima imbuhan daripada morfem bebas.

(30)

c. Kata Majmuk

- terhasil apabila dua kata dasar atau lebih membawa makna tertentu. - dieja secara terpisah, namun berfungsi sebagai satu unit.

d. Kata Ganda

- bentuk kata yang dihasilkan dengan mengulangi kata dasar, sama ada seluruh kata dasar atau sebahagian kata dasar (Penggandaan penuh dan penggandaan separa).

.::Proses Pembentukan Kata::.

- satu proses penghasilan kata dalam Bahasa Melayu melelui proses pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman.

- ini akan menimbulkan kata-kata baru dan menambahkan perbendaharaan kata. .::Pengimbuhan::.

- Melibatkan awalan, akhiran, apitan dan sisipan. .::Pemajmukan::.

- penggabungan dua kata dasaratau lebih untuk menghasilkan satu bentuk kata. - terdapat 29 kata majmuk yang telah mantap dan dieja.

.::Penggandaan::.

- proses menggandakan kata dasar sama ada secara penuh atau seluruh kata dasar, sebahagian kata dasar atau gandaan berentak.

.::Golongan Kata::.

- perkataan digolongkan dalam golongan-golongan tertentu berdasarkan struktur,fonologi, morfem, sintaksis dan semantik.

- terdapat 4 kategori iaitu; a. Kata Nama

- unsur penting dalam binaan nama. terdiri daripada nama orang, nama tempat dan nama benda. - kata nama terdiri daripada 'kata nama khas', 'kata nama am' dan 'kata ganti nama'.

**kata nama khas - hidup - manusia

- bukan manusia (haiwan, tumbuh-tumbuhan)

- tak hidup (benda mati dan tidak hidup sifatnya seperti nama negeri, institusi, bangsa, organisasi.) **kata nama am

- kata nama am abstrak (Bukan kebendaan) - contoh : cinta, mimpi.

- kata nama am kongkrit (Kebendaan) - contoh : Pelajar, rumah, larutan. **Kata ganti nama

- kata ganti nama tunjuk

- kata ganti nama diri - diri tanya - diri orang

(31)

- merangkumi kata-kata dasar yang menjadi unsur utama dalam binaan frasa kerja. Kata Kerja - Tak Transitif - Berpelengkap - Tak Berpelengkap - Transitif - Aktif _ Pasif c. Kata Adjektif

- juga dikenali sebagai kata sifat yang merupakan perkataan unsur inti dalam sesuatu binaan frasa adjektif.

Penggolongan kata Adjektif 1.cara - Mudah, Sukar 2.sifat - Baik, Jahat 3.jarak - Dekat, Jauh 4.waktu - Sekarang, Nanti 5.warna - Biru, Merah 6.bentuk - Bulat, Bujur 7.ukuran - CM, Inci

8.perasaan - Suka, Gembira

9.pancaindera - Rasa, Bau, Dengar, Dsb d. Kata Tugas

- hadir dalam frasa, klausa atau ayat.

- kata tugas untuk kata seru, nafi, arah, tanya, bantu, penegas, perintah, hubung, bilangan, penguat, pemeri, pembenar, sendi nama dan pangkal ayat.

3.2.2 SINTAKSIS .::Pengenalan::.

- sintaksis ialah bidang ilmu bahasa berkaitan dengan proses pembinaan ayat. - dalam dinaan ayat, frasa dan klausa adalah penting.

.::Definisi Sintaksis::.

- sintaksis ialah bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa.

- aspek penting seperti konsep frasa dan klausa, penggolongan kata serta pembentukan dan pembinaan ayat.

.::Ayat::.

- ayat adalah unit pengucapan yang terletak di peringkat susunan yang paling tinggi. - Binaan ayat mempunyai subjekdan predikat.

.::Pola-pola Ayat Dasar::.

- ayat dasar merupakan ayat inti yang dapat mengalami peluasan. - dalam Bahasa Melayu terdapat 4 jenis pola iaitu;

(32)

a. Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN) b. Frasa Nama + Frasa Kerja (KN+FK) c. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FS) d. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS) .::Frasa::.

- Frasa ialah satu unit tatbahasa berdasrkan kata susunan yang mengandungi satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk diluaskan menjadi dua perkataan atau lebih.

- contoh : "Budak --> Budak sekolah --> Seorang budak sekolah". .::Jenis-jenis Frasa::.

- tardapat 4 jenis frasa iaitu : a. Frasa Nama (FN)

- terdiri daripada satu perkataan atau beberapa binaan dalam satu ayat. b. Frasa Kerja (FK)

- terdiri daripada kata kerja tak transitif. c. Frasa Adjektif (FA)

- susunan perkataan terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifar (Ajdektif).

d. Frasa Sendi Nama (FS)

- terdiri daripada satu sendi nama dan satu frasa sebagai pelengkap. .::Klausa::.

- klausa merupakan unit gabungan perkataan yang mengandungi subjek dan predikat. - fungsi klausa sebagai konstituen kepada ayat.

- jenis-jenis klausa terdiri daripada; a. klausa bebas (utama)

b. klausa terikat (tak bebas) .::Ragam Ayat::.

- merangkumi ayat aktif dan ayat pasif.

- ayat aktif ialah yang menggunakan kata kerja aktif.

- ayat aktif boleh dipasifkan, terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. - sebagai panduan;

Ayat Aktif - aktif transitif - aktif tak transitif

Ayat Pasif - ayat pasif dengan kata kerja. - ayat pasif dengan kata nama ganti - ayat pasif dengan perkataan "Kena" .::Jenis-jenis Ayat::. a. Jenis-jenis Ayat 1. Ayat penyata 2. Ayat perintah - Ayat suruhan - Ayat larangan - Ayat silaan - ayat permintaan

(33)

3. Ayat seruan 4. Ayat tanya .::Bentuk Ayat::.

- terdapat pelbagai ragam dan bentuk ayat-ayat dasar / ayat mudah / ayat inti.

- terdapat beberapa pola ayat seperti ayat pasif, ayat tunggal, ayat majmuk dan sebagainya. a. Ayat Tunggal

- ayat tunggal mengandungi satu klausa bebas.

- ayat tunggal terdiri daripada satu subjek (inti) dan satu predikat (cerita) sahaja. - ayat tunggal merupakan ayat dasar.

b. Ayat Majmuk

- ayat majmuk atau ayat kompleks merupakan gabungan dua atau lebih ayat tunggal dalam satu ayat. - ia boleh dibahagikan kepada beberapa ayat seperti;

- Gabungan - Pancangan - Komplemen - Pancangan Relatif - Pancangan Keterangan - Majmuk Campuran 3.3 SEMANTIK .::Semantik::. .::Pengenalan::.

- bidang kajian bahasa yang mengkaji maksud dan makna kata.

- beberapa konsep dipelajari seperti sinonim, antonim, hiponim, homonim, dan polisim. .::Definisi Semantik::.

- semantik ialah makna kata, satu cabang linguistik. mengkaji makna kata dalam bahasa tertentu, dikaitkan dengan masyarakat, dan faktor-faktor yang mempengaruhi.

.::Makna Perkataan::.

- terdapat hubungan semantik antara satu perkataan dengan perkataan bahasa lain atau perkaitan beberapa jenis perkataan.

.::Perkaitan Makna Perkataan::. Makna Perkataan - Polisim - Antonim - Hiponim - homonim - Homofon - Homograf .::Peribahasa::.

(34)

- masyarakatMElayu kaya dengan pelbagai bentuk kata berbunga yang diwarisi dari tutun-temurun. - peribahasa sudah sebati dalam masyarakat Melyu dan merupakan warisan yang amat tinggi nilainya. - peribahasa terdiri daripada simpulan bahasa, perumpamaan pepatah dan bidalan. Peribahasa mempunyai falsafah hidup dan nilai moral yang tinggi.

a. perumpamaan / simile

- perumpamaan ialah kata-kata kiasan yang membawa perbandingan makna. Perumpamaan mempunyai erti dua lapis.

b. pepatah

- pepatah juga dikenali sebagai perbilangan. Pepatah ialah ungkapan yang merupakan pusaka adat resam masyarakat Melayu.

c. bidalan

- Bidalan ialah peribahasa yang mempunyai makna selapis sahaja. d. kiasan

- kiasan ialah bahasa yang diungkapkan dimana ia dibandingkan dengan yang lain. e. simpulan bahasa

- ungkapan atau rangkai kata yang tersimpul dan digunakan dalam keadaan tertentu. f. rumusan

- rumusan ialah peribahasa di dalam warisan budaya Melayu. .::Perbandingan::.

- terdapat dalam perumpamaan.

- Perbandingan terbahagi kepada dua jenis iaitu perbandingan terus terang dan perbandingan tidak terus terang.

- di dalam perbandingan, terdapat 5 jenis perbandingan iaitu; a. Tamsil

- memberi misalan berkias.

- mengandungi pengajaran dan teladan. b. Ibarat

- bahasa yang menggunakan kata-kata berkias dalam perkataan sesuatu maksud. - maksud juga berbeza secara tersurat dan tersirat.

c. Kiasan Ibarat

- gabungan bahasa ibarat dengan bahasa kiasan. - selalu digunakan didalam penulisan prosa dan puisi. d. Tamsil Ibarat

- tamsil ibarat merupakan gabungan bahasa tamsil dan bahasa ibarat dalam bentuk kesatuan kata. - ia mengandungi unsur-unsur pengajaran.

e. Cerita Ibarat dan Cerita Kiasan

- ia berperanan untuk memberi pengajaran dan teladan kepada manusia. .::Kiasan::.

- kiasan ialah bahasa yang diucapkan tantang sesuatu perkara dibandingkan dengan perkara lain. - kiasan terbahagi kepada 2 bentuk iaitu;

a. kiasan asal

- bagasa yang memerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan benda lain sebagai perbandingan. b. kiasan berpindah

- menggunakan kata perbandingan seperti bak, ibarat, umpama, laksana dan bagai. - kiasan berpindah ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu;

(35)

- kiasan bersandar - kiasan melarat - kiasan melompat - kiasan terus - kiasan berangkap - kiasan berbunga - kiasan pemanis

(36)

Nota Ringkas Kata Tugas

Subtajuk Kata Tugas mesti ditanya dalam BM 1 STPM setiap tahun. Adalah rugi sekiranya anda tidak menguasainya...

KATA TUGAS

 Kata yang bersifat pelbagai jenis (heterogen) – tidak boleh jadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik (FN/FK/FA)

 Hadir dalam ayat, klausa @ frasa

 Mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu

JENIS KT DEFINISI CONTOH

Kata hubung

Dan, lalu, malahan, yang, bahawa, kerana Hubung 2 binaan ayat AMC AMP 1. Aminah mengemas

rumah dan ibunya membasuh kain. 2. Budak yang sedangmembaca itu adik saya

Kata seru

Aduh, cis, amboi

Lahirkan perasaan 1. Aduh, sakitnya kakiku ! 2. Amboi, comelnya bayi itu !

Kata Tanya

ASIBIDIBAM

Tanya / soal 1. Apakah yang ada dalam kotak itu ?

Kata perintah

Jangan, usah, minta, harap, tolong

Tindakbalas – perintah, arahan, larangan, silaan, permintaan

1. Jangan buang sampah di sini. 2. Sila ambil makanan di sana. 3. Tolong temankan adik saya.

Kata pembenar

Ya, benar, betul

mengesahkan 1. Ya, itulah orangnya.

2. Betul, kamilah yang menjaga budak itu.

Kata pangkal ayat

Maka, adapun, sebermula

Depan ayat 1. Maka panglima itu pun diberi persalinan. 2. Hatta istana itu pun siaplah.

Kata Bantu  Telah, sedang, masih

 Hendak, mahu, patut, dapat, mesti, mungkin

Aspek – masa 1. Pekerja itu sudah pulang. 2. Ahmad akan ke sana esok. Ragam - perasaan 1. Kanak-kanak itu hendakmakan.

2. Dia patut datang bulan lalu.

Kata penguat  Terlalu, makin, agak, paling, cukup, kurang.

 Sekali, nian, betuk, benar

 Amat, sungguh, sangat

Depan 1. Masakan ibunya palingsedap 2. Sungai itu agak dalam. Belakang 1. Indah nian istana bunian.

2. Lambat benar bas itu tiba.

bebas 1. Pakaian seragam pasukan itu amat kemas. 2. Pakaian seragam pasukan itu kemas amat.

Kata penegas  Juga, jua, pun, lagi, hanya, memang

Kata 1. Hanya dia sahabat baik saya. 2. Kami juga ingin ke pekan. partikel 1. Siapakah majikan kamu ?

(37)

 kah, tah, -lah Kata nafi  Bukan  Tidak  Bukan...tidak

Bukan (FN / FSN ) 1. Projek itu bukan usaha saya. 2. Makanan itu bukan untuk Ratna.

Tidak (FK / FA) 1. Bapanya tidak turun ke sawah hari ini 2. Kenyataan itu tidak benar.

Bukan (FK/FA) pertentangan maklumat

1. Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja

2. Pak Ali bukan kaya sangat, tetapi pemurah orangnya. Kata pemeri  Ialah  adalah Ialah + FN Adalah + FA Adalah + FSN

1. Bahasa Melayu ialahsalah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia.

2. Makanan seimbangadalah baik untuk kesihatan badan

3. Sumbangan besar beliauadalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar.

Kata arah

tepi, belakang atas, bawah, sisi, selatan, timur dll.

Hala 1. Buku itu ada di atas meja.

2. Mereka menuju ke tengahpadang.

Kata bilangan Tentu (kardinal) dua, seratus

1. Dua hari lagi, saya akan berangkat ke Itali.

Tak tentu segala, semua, beberapa

1. Segala persiapan telah dibuat.

himpunan beratus-ratus, berguni-guni, ketiga-tiga

1. Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjara.

pisahan

masing-masing, tiap-tiap

1. Setiap orang dikehendaki mengisi borang penyertaan.

pecahan

setengah, dua per tiga

1. Setengah hartanya akan diserahkan kepada rumah anak yatim.

Kata penekan nya

Beri penegasan 1. Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.

Kata pembenda nya

Bukan KN jadi KN 1. Lajunya ialah 100 km sejam.

KATA SENDI NAMA - Letaknya dihadapan FN

KSN Definisi Contoh

Di tunjukkan tempat 1. Ibunya bekerja di sekolah itu.

ke 1. tunjukkan tempat

@ arah yang dituju 2. tunjukkan

masa/waktu

1. Mereka akan ke Kuantan esok. 2. Burung-burung itu terbang ke arah

selatan.

(38)

bas dari pagi ke petang.

dari tunjukkan arah, tempat @

waktu/masa

1. Angin kencang bertiup dari arah selatan.

2. Bola itu ditendang dari penjuru padang.

3. Temoh pembayaran bermula dari pukul sembilan pagi.

daripada 1. menyatakan punca bagi manusia/haiwan/benda/unsur mujarad.

1. Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya.

2. Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah.

2. sumber / asal kejadian 1. Ukiran itu diperbuat daripada logam.

3. perbandingan / perbezaan 1. Edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama.

kepada 1. menyatakan sasaran manusia/institusi, haiwan dan unsur mujarad

1. Sila kembalikan borang itu kepada kerani pejabat ini.

2. Sisa makanan itu diberikan kepada kucing.

3. Pastikanlah anak-anak anda tidak terdedah kepada bahaya dadah. 2. menyatakan pecahan 1. Peserta bengkel itu

dibahagiakan kepada dua kumpulan.

3. menyatakan perubahan keadaan

1. Suhu badannya meningkat kepada 39ºC

pada 1. menunjukkan keterangan

waktu/tempat

1. Bas kami bertolah pada pukul tujuh pagi.

2. ada pada 1. Wang itu ada pada ibu. 3. menunjukkan tempat bagi

perbuatan sesuatu kata kerja

1. Layang-layang itu tersangkut pada tiang telefon.

4. digunakan pada ungkapan 1. Pada pandangan saya, kisah itu hanyalah khayalan. untuk/bagi 1. tunjukkan kegunaan

sesuatu

1. Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sedang dibina.

untuk menyatakan bahagian yang

ditentukan

1. Hadiah itu untukmu.

2. Tanah seluas dua ekar itu untuk kamu.

demi tujuan 1. Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi kestabilan negara.

unsur penegas 1. Demi Allah, aku tidak akan

(39)

tentang (mengenai)

membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak

tentu/umum @ mujarad

1. Mereka berbincangtentang masalah negara.

2. Kami berbual

tentangkejadianrompakan itu. terhadap rujukan penyambut tentu

(haiwan/manusia/benda)

1. Seseorang ketua harus bersikap adil terhadapanak buahnya.

2. Tawas akan bertindakbalas terhadapkotoran dalam air. seperti/bagai/

umpama/ laksana

perbandingan 1. Pemuda itu berlagak ...orang kaya. 2. Pasangan mempelai itu ...pinang

dibelah dua.

dengan 1. maksud bersama2/beserta 1. Ayah pergi ke pekan dengan ibu.

2. cara sesuatu dilakukan 1. Dia menyambut tetamu itu dengan hati terbuka.

3. mamakai/menggunakan 1. Ani melukis potret itu dengan cat air. 4. perbandingan yang

serupa/sama

1. Warna bajunya sama biru dengan warna bajuku.

sejak/semenjak penanda waktu/masa 1. Hasnah sugul sejak kematian ibunya.

akan merujuk manusia

(penggunaannya mesti didahului KA emotif

1. Wanita itu amat rindu akan anaknya. 2. Anak raja itu berahi akan Tuan Puteri

Bongsu.

oleh ayat pasif (di-.../ter-.../kena 1. Kuih itu dibeli olehnya

2. Buku Pelita Bahasa terkarang oleh Za’ba.

3. Pencuri itu kena tangkap oleh polis. membawa maksud sebab

(asalnya oleh sebab) boleh guna ”lantaran”

1. Ia mati oleh senjatanya sendiri.

hingga/sampai membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu @ tempat

1. Pegawai itu berjaga sampai pagi. 2. Anak-anaknya belajar hingga

peringkat universiti dalam/antara berfungsi sebagai kata arah

(tiada ruang/tiada jarak)

1. Dalam hal ini, kita semua setuju 2. Tiada perbezaan yang besar antara

(40)

Nota Ringkas Kata Kerja

Kata kerja sering menjadi soalan wajib BM 1 STPM.

Calon dimestikan mahir tentang subtajuk ini.

Jenis Kata Kerja :

Jenis KK Definisi Contoh

TT Tanpa Pelengkap

Boleh berdiri sendiri tanpa objek

1. Semua orang pulang pada waktu petang. 2. Padi sedang menguning di sawah.

TT Berpelengkap

MESTI ada pelengkap :

KN (ber-...-kan/menjadi/ada FA

1. Pokok padi Wan Empukberbatangkan emas 2. Ali menjadi guru sandaran.

3. Pak Samad ada sawah di kampung 4. Mereka menetap di Kampung Dusun 5. Lukanya beransur baik

KKT (1) Objek (FN) (2) Bo pasif (3) KKT aktif : meN-…-kan meN-…-i meN (4) KKT pasif : Transformasi drp. Ayat aktif 1. Murid-murid

sedang mendengarceramah.

2. Ceramah sedang didengaroleh murid-murid.

3. Saya telah menjawab surat itu. 4. Surat itu telah saya jawab.

Imbuhan Kata Kerja :

(41)

Jenis Makna Contoh

meN - kan

Membuat sesuatu 1. Para peneroka mendirikan rumah secara bergotong-royong. 2. Dia meyakinkan saya tentang

kebenaran cerita itu.

kausatif 1. En. Ali membesarkan rumahnya.

2. Perbuatan pemuda itu memalukankeluarganya. benefektif 1. Ayah membelikan adik buku.

2. Aminah menjahitkan adiknya seluar pendek.

meN - i lokatif 1. ...menaiki bas. 2. ...menuruni lurah.

3. ...mendekati anak muridnya.

Perbandingan akhiran ...kan dan akhiran ...i :

PERSAMAAN PERBEZAAN

Kedua-duanya membawa maksud kausatif.

1. ...membesarkan rumah.

2. ...membaiki motosikal.

Kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza.

... kan (benefektif)

... i (lokatif)

Kata Kerja Transitif 1 Objek dan 2 Objek :

(42)

1. Ibu sedang menidurkan adik. 2. Kami mewarnakan mural itu.

3. Saya menyampaikan salam kepada beliau. 2 OBJEK 1. Hasnah membelikan Asri (OT)sebuah buku (OS).

2. Kakak menjahitkan ibu (OT) sehelai baju (OS).

(43)

Menunjukkan catatan terbaru dengan label BM 1 : Teknik Menjawab Soalan.. Tunjukkan catatan yang lebih lama

KHAMIS, 30 JUN 2011

Kaedah Logik Menjawab BM 1

Tahukah anda bahawa terdapat sesetengah soalan BM 1 STPM yang hanya memerlukan pemikiran logik akal untuk menjawabnya ?

Saya tunjukkan beberapa soalan sebagai contoh.

STPM 2004

16 Susunan yang betul untuk perancangan bahasa Melayu ialah I pengekodan

II perancangan taraf III perancangan dasar

IV penilaian hasil dan pemantapan strategi.

A I, II, III dan IV B II, III, IV dan I C III, I, II dan IV

D III, II, I dan IV

Kata kunci soalan di atas ialah perkataan susunan. Pilihan jawapan IV mestilah merupakan susunan terakhir kerana penilaian merupakan peringka terakhir. Oleh itu pilihan jawapan yang mungkin ialah C atau D. Calon hanya perlu menilai susunan kedua pilihan jawapan C ( I : pengekodan) dan D ( II : perancangan taraf). Memandangkan terdapat perkataan perancangan dalam pilihan jawapan II : perancangan taraf yang merupakan proses yang lebih awal daripada I : pengekodan , maka pilihan yang betul ialah pilihan jawapan D.

(44)

STPM 2002

14 Antara yang berikut, yang manakah pernyataan yang menunjukkanperancangan bahasa

Melayu pada peringkat pertama?

I Melaksanakan rancangan yang disusun

II Mempertimbangkan kedudukan bahasa-bahasa lain

III Memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

IV Melaksanakan kajian semula terhadap kedudukan bahasa kebangsaan

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

Kata kunci soalan di atas ialah perkataan perancangan. Perancangan mestilah perkara yang belum dilaksanakan. Oleh itu, pilihan jawapan I dan IV semestinya salah kerana mengandungi pekataan "melaksanakan". Perkataan "mempertimbangkan" dalam pilihan II dan perkataan "memilih"dalam pilihan jawapan III menepati makna perancangan iaitu

tindakan yang belum dilaksanakan. Oleh itu jawapan yang betul ialah C.

Soalan STPM di atas hanyalah contoh untuk menunjukkan terdapat beberapa soalan yang kelihatan sukar sebenarnya mudah untuk dijawab. Cuba teliti soalan-soalan STPM yang lain untuk melihat soalan-soalan sebegini. Yang penting jangan gelabah dan jangan mengalah. Fikiran mesti tenang ketika menjawab soalan.

(45)

RABU, 23 MAC 2011

SMK. BANDAR MAS

TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU KERTAS 1 (910/1) (A) PENDAHULUAN.

[1] Kertas Bahasa Melayu di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) terdiri daripada dua kertas, iaitu :

Kertas 1 (910/1) dan Kertas 2 (910/2).

[2] Sukatan pelajaran Bahasa Melayu yang diperkenalkan pada tahun 2000 dan peperiksaannya pada tahun 2001 ialah sukatan pelajaran baru yang menggantikan sukatan pelajaran Bahasa Melayu yang digunakan sejak STPM 1992.

[3] Kertas 1 mengandungi 60 soalan objektif aneka pilihan. [4] Soalan-soalan dalam kertas ini merangkumi soalan : BAHAGIAN

Pemahaman

• laras akademik/karya sastera/carta dan bentuk-bentuk lain. A Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu

• latar belakang/asal usul/tahap perkembangan B Dinamika Bahasa Melayu.

• kepelbagaian dan kesegaran bahasa Melayu sebagai alat perhubungan. • ciri-ciri kesantunan bahasa Melayu

C Sistem Bahasa Melayu

• pelbagai peraturan bahasa.(fonologi/morfologi/sintaksis) • makna kata/peribahasa (Semantik)

[4] Calon dikehendaki menjawab kesemua soalan tersebut (60 soalan) dalam masa 2 jam.

[5] Jumlah markah penuh bagi kertas ini ialah 60 markah dengan pemberatan 37.5 . Markah calon dikira berdasarkan jumlah jawapan yang betul.Markah tidak ditolak sekiranya jawapan calon salah.

[6] Setiap soalan diikuti oleh 4 pilihan jawapan A,B,C,D, 2 atau 3 gabungan jawapan.Calon dikehendaki memilih jawapan yang betul, kemudian menandakan jawapan tersebut pada kertas jawapan objektif yang berasingan yang

disediakan semasa peperiksaan. D) BENTUK SOALAN

D1.0 TIADA STIMULUS. STPM 2002

Figur

Memperbarui...

Referensi

  1. Nota Ringkas Kata Tugas
  2. http://teknikjawabbmstpm.blogspot.com/search/label/BM%201%20%3A%20Teknik%20Menjawab%20Soalan.?updated-max=2010-04-22T13%3A13%3A00%2B08%3A00&max-results=20
  3. Kaedah Logik Menjawab BM 1
  4. http://teknikjawabbmstpm.blogspot.com/2011/03/smk.html
  5. http://teknikjawabbmstpm.blogspot.com/search/label/BM%201%20%3A%20Teknik%20Menjawab%20Soalan.
  6. Strategi dan Cara Menjawab BM Kertas 1
  7. Menjawab item/soalan BM 1 menggunakan "Pendekatan Proses"
  8. Proses membina perenggan pendahuluan karangan
  9. http://teknikjawabbmstpm.blogspot.com/search/label/BM%202%20%3A%20Karangan.
  10. Karangan : Kepentingan memahami isu dalam soalan.
  11. Karangan : Cara mencari isi yang relevan dengan isu dan kehendak soalan.
  12. Karangan : Kehendak soalan yang mempunyai perkataan " sejauh manakah anda bersetuju"".
  13. Kepentingan senarai semak.
  14. Karangan : Aspek binaan ayat.
  15. Karangan : Kehendak soalan yang mempunyai perkataan "cadangkan".
  16. Karangan : Pebezaan Kata Kunci Soalan antara "Sejauh manakah" dengan "Bersetujukah anda"
  17. Karangan : ISU = Lumba haram KS = Punca dan langkah mengatasi
  18. Formula X dan Y untuk membina ayat pertama perenggan isi sokongan.
  19. Karangan : Pembinaan rangka karangan.
  20. Karangan : Ciri-ciri isi sokongan yang baik.
  21. Contoh karangan pelajar : Isu = Pembuangan bayi KS = Punca dan langkah.
  22. Cara membina perenggan pendahuluan karangan BM STPM
  23. Panduan Menjawab Item Karangan STPM
  24. Alih Bentuk Teks : Dialog
  25. http://teknikjawabbmstpm.blogspot.com/search/label/BM%202%20%3A%20Alih%20Bahasa.
  26. Analisis Bentuk Alih Bahasa Bahagian C BM 2 STPM 2005-2010
  27. Alih Bahasa : Prosa Klasik
  28. Rumusan : Pentaksiran Kurikulum 1
  29. http://teknikjawabbmstpm.blogspot.com/search/label/BM%202%20%3A%20Rumusan.
  30. Rumusan
Related subjects :