• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pemahaman makna tersirat dalam interaksi kanak-kanak prasekolah / Noor Azmira binti Mohamed

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pemahaman makna tersirat dalam interaksi kanak-kanak prasekolah / Noor Azmira binti Mohamed"

Copied!
359
0
0

Teks penuh

(1)

PEMAHAMAN MAKNA TERSIRAT DALAM

INTERAKSI KANAK-KANAK PRASEKOLAH

NOOR AZMIRA BINTI MOHAMED

FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK

UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR

2015

(2)

PEMAHAMAN MAKNA TERSIRAT DALAM

INTERAKSI KANAK-KANAK PRASEKOLAH

NOOR AZMIRA BINTI MOHAMED

TESIS DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN

BAGI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK

UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR

2015

(3)

UNIVERSITI MALAYA

PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

Nama : NOOR AZMIRA MOHAMED No. K.P/Pasport: 710404-03-5506 No. Pendaftaran/Matrik : THA 040015

Nama Ijazah : IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

Tajuk Tesis (“Hasil Kerja Ini”): PEMAHAMAN MAKNA TERSIRAT DALAM INTERAKSI KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Bidang Penyelidikan: LINGUSITIK DEVELOPMENTAL

Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa: (1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja Ini; (2) Hasil Kerja ini adalah asli;

(3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini;

(4) Saya tidak maempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja lain;

(5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”) yang seterusnya mula dari sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM;

(6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM.

Tandatangan Calon Tarikh : 20-08-2015

Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan,

Tandatangan saksi Tarikh : 20-08-2015

Nama: Profesor Madya Dr Hajjah Jariah Mohd Jan Jawatan: Penyelia

(4)

ABSTRAK

Pemahaman makna tersirat bermaksud memahami maksud dalaman (tersirat) sesuatu ujaran iaitu maksud yang berbeza dari makna linguistik atau teks. Lenneberg mengatakan bahawa kebolehan kanak-kanak memahami ujaran telah wujud sebelum kanak-kanak boleh bertutur lagi. Lantaran itu, adalah tidak mustahil jika pemahaman makna tersirat juga telah wujud dalam diri kanak-kanak seawal usia tiga tahun lagi. Kajian ini dilakukan bagi membuktikan tahap sebenar pemahaman makna tersirat kanak-kanak prasekolah kerana kanak-kanak sering dianggap hanya memahami perkara-perkara ‘mudah’ yang diujarkan oleh orang dewasa. Dapatan kajian ini diharap dapat digunakan oleh ibu bapa untuk membantu memperkembangkan potensi diri kanak-kanak dalam kecekapan berbahasa serta membantu pihak yang berkenaan merancang pembelajaran bahasa yang sesuai dengan keupayaan pemahaman kanak-kanak.

Ujaran kanak-kanak prasekolah yang diambil secara spontan semasa mereka berkomunikasi ditranskripsikan dan seterusnya dianalisis dengan menggunakan kaedah Analisis Perbualan (Conversation Analysis). Pemahaman makna tersirat kanak-kanak prasekolah telah dinilai menggunakan Konsep Implikatur Perbualan, Prinsip Kerjasama Grice serta penilaian berdasarkan keupayaan kanak-kanak mengujar dan memahami pertanyaan yang mengandungi pelbagai maksud tersirat. Hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah telah menguasai pemahaman makna tersirat dengan baik. Keupayaan ini boleh dikaitkan dengan pengaruh persekitaran kanak-kanak sendiri yang ternyata banyak dipengaruhi oleh budaya masyarakat Melayu yang begitu kaya dengan penggunaan bahasa ‘indirect’ dalam perbualan harian bagi menyampaikan pelbagai hajat tersirat.

(5)

Namun, analisis data juga menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah tidak dapat memahami makna tersirat ujaran yang mempunyai unsur-unsur kiasan, peribahasa, simpulan bahasa dan sebagainya. Hal ini kerana dalam sesetengah keadaan, kanak-kanak jarang didedahkan dengan penggunaan perkataan-perkataan yang lebih bersifat abstrak yang hanya sering digunakan oleh orang dewasa sahaja. Apatah lagi dalam budaya masyarakat Melayu sendiri yang begitu mementingkan nilai-nilai kesopanan dan bercakap dengan cara ‘beralas’ dalam ‘perkara-perkara tertentu’ telah menyebabkan kanak-kanak tidak banyak mendapat pendedahan tentang perkara-perkara yang dianggap agak sensitif.

(6)

ABSTRACT

Understanding embedded meaning refers to discovering the underlying meaning which is not obvious but essential in the understanding of utterances of speech which is different from linguistic or textual meaning. Lenneberg stated that young children have the capacity to understand speech utterances even before they can actually interact. Thus, the researcher argues that it is possible for young children from as early as three years old to understand underlying meanings embedded in speech. This research has been carried out to gain evidence on pre-school children’s actual understanding of underlying meanings embedded in speech utterances, as it is assumed that young children normally only understand simple utterances put forth by adults. It is hoped that the research findings can be utilised by parents to help boost their child’s potential in language development as well as to aid the relevant planning authorities with language teaching policies in tandem with children’s understanding abilities.

Pre-school children’s spontaneous interaction was recorded, transcribed and subsequently analysed using Conversational Analysis. The children’s understanding of underlying meaning was assessed using the Conversational Implicature and Grices’s Cooperative Principles as well as analysed in line with the children’s ability to speak and understand questions with a variety of embedded meanings. The research findings reveal that the pre-school children have a good understanding of embedded underlying meanings in their speech utterances. The children’s ability could be related to their social environment which is highly influenced by the rich Malay culture where there is rampant use of indirect language in their daily conversations to convey various embedded meanings.

(7)

Nevertheless, the data analysis also revealed that these pre-school children did not understand the embedded underlying meanings in utterances containing elements of analogies, proverbs, idioms and others. A rationale for this could be due to the lack of exposure to abstract lexical items which are more commonly used by adults. Moreover, the Malay culture emphasises greatly on politeness in speech as well as speaking figuratively on certain issues, thus these young children have yet to gain any form of exposure on these issues which are deemed sensitive in the Malay culture.

(8)

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaan, keinginan serta rahmat-Nya dapat saya menyiapkan tesis ini bagi menyempurnakan pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Bahasa Moden. Mudah-mudahan tesis ini dapat dimanfaatkan serta dijadikan sebagai rujukan buat semua.

Ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga saya rakamkan kepada penyelia saya Profesor Dr Hajjah Jariah Mohd Jan kerana telah banyak mencurahkan ilmu, tenaga dan bantuan yang tidak ternilai harganya buat saya sepanjang tempoh saya menyiapkan tesis ini. Tanpa bantuan, tunjuk ajar, nasihat dan komen yang bernas daripada beliau tidak mungkin saya mampu melaksanakan tesis ini dengan sempurna.

Buat semua kakitangan Universiti Malaya yang berkaitan, terutamanya Dekan dan Timbalan Dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik, terima kasih kerana memberi kelonggaran serta peluang untuk saya menamatkan pengajian saya ini.

Akhir sekali, setinggi penghargaan saya tujukan buat arwah ibu tercinta, suami dan anak-anak dikasihi kerana telah banyak berkorban bagi memastikan cita-cita saya tercapai.

Noor Azmira Mohamed April 2012

(9)

SENARAI KANDUNGAN

M/S

ABSTRAK iii

ABSTRACT v

PENGHARGAAN vii

SENARAI KANDUNGAN viii

SENARAI RAJAH xii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

TRANSKRIPSI DIALEK xv

BAB SATU: PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian 1

1.2 Konsep Budi Bahasa dalam Masyarakat Melayu dan Pengaruhnya

Terhadap Perkembangan Pemahaman Makna Tersirat Kanak-kanak 6 1.3 Aspek Kesantunan dalam Pertuturan Masyarakat Melayu dan Pengaruhnya

Terhadap Perkembangan Pemahaman Makna Tersirat Kanak-kanak 9

1.4 Bahasa dan Pemahaman Makna Tersirat Kanak-kanak 12

1.4.1 Bahasa Halus dan Hubungannya dengan MaknaTersirat 18

1.5 Pernyataan Masalah 18 1.6 Objektif Kajian 26 1.7 Persoalan Kajian 29 1.8 Kepentingan Kajian 29 1.9 Batasan Kajian 36 1.10 Definisi Istilah 40

BAB DUA: KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan 42

2.2 Perkembangan Bahasa Kanak-kanak 44 2.3 Perkembangan Pemahaman Makna Kanak-kanak 64

2.3.1 Makna Ujaran 68

2.3.1.1 Jenis-jenis Makna Ujaran 73

a. Maksud Penutur atau Makna Tersirat 73 b. Makna Tersurat atau Linguistik 75

(10)

i. Rujukan Penutur (speaker Reference) 76

ii. Rujukan Linguistik (Linguistic reference) 76

2.4 Kepentingan Konteks dalam Pentafsiran Makna Ujaran 77

2.5 Kecekapan Komunikasi Kanak-kanak 79

2.5.1 Definisi Komunikasi 80

2.5.2 Bentuk-bentuk Komunikasi kanak-kanak 87

2.5.2.1 Komunikasi Lisan (Bahasa Verbal) Kanak-kanak 88

2.5.2.2 Komunikasi Bukan Lisan 90

2.5.2.2.1 Jenis-jenis Komunikasi Bukan Lisan 91

2.6 Kesimpulan 92

BAB TIGA: METODOLOGI 94

3.1 Pendahuluan 94

3.2 SampelKajian 94

3.2.1 Latar Belakang Budaya dan Kelas Sosial 95

3.2.2. Usia 98 3.2.3. Etnik 101 3.3. Lokasi Kajian 102 3.4 Instrumentasi 104 3.5 Jangkamasa 105 3.6 Kaedah Kajian 105

3.7 Kaedah Kajian Kualitatif dan Kuantitatif 106

3.8 Kaedah Pengumpulan Data dan Prosedur 107

3.9 Kaedah Transkripsi Data 110

3.10 Kaedah Menganalisis Data 111

3.10.1 Kerangka Teori 112

3.10.1.1 Prinsip Kerjasama Grice 113

a. Maksim Kualiti 113

b. Maksim Kuantiti 114

c. Maksim Relevan 114

d. Maksim Cara 114

3.10.1.2 Konsep Implikatur Perbualan 116

3.11 Kaedah Mentafsiar Makna Ujaran 117

3.11.1 Kaedah Semantik 117

(11)

3.12 Kesimpulan 125

BAB EMPAT: ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 126

4.1 Pendahuluan 126

4.2 Menilai Pemahaman Makna Tersirat Verbal Kanak-kanak 127

4.2.1 Analisis Perlanggaran Maksim dalam Ujaran Kanak-kanak 127 4.2.2 Keupayaan Mengujarkan Pertanyaan yang Mempunyai

Mesej Tersirat 224

4.2.2.1 Keupayaan Mengujarkan Pertanyaan untuk Memberi

Arahan 225

4.2.2.2 Keupayaan Mengujarkan Pertanyaan untuk Meminta 227

4.2.2.3 Keupayaan Menggunakan Pertanyaan untuk

Membuat Tuduhan 231

4.2.2.4 Keupayaan Kanak-kanak Menggunakan Pertanyaan

yang Mempunyai Maksud Tersirat untuk Mengajak 233 4.2.2.5 Keupayaan Kanak-kanak Menggunakan Pertanyaan

yang Mempunyai Maksud Tersirat untuk Memprotes 235

4. 2.3 Keupayaan Mentafsir Makna Tersirat Pertanyaan 237

4.2.4 Pemahaman Penggunaan Kata Ganti Nama Diri 245

dalam Pelbagai Konteks

4.3 Strategi-strategi Verbal untuk Menyampaikan Makna Tersirat 250

4.3.1 Strategi Menyampaikan Maklumat Tambahan (Verbal). 252 4.3.2 Strategi-strategi Bukan Verbal untuk Menyampaikan Makna

Tersirat 269

4.4 Kesimpulan 272

BAB LIMA: KESIMPULAN 274

5.1 Pengenalan 274

5.2 Kemampuan Mengujarkan Makna Tersirat 274

5.3 Kemampuan Mentafsir Makna Tersirat 276

5.4 Strategi yang digunakan dalam Menyampaikan Mesej Tersirat 277

5.5 Strategi Apabila Tidak Memahami Makna Tersirat 278

5.6 Pemahaman Makna Tersirat Kanak-kanak 278

(12)

RUJUKAN 284

LAMPIRAN 302

Lampiran 1 : Bilangan Sesi, Masa dan Lokasi Rakaman Perbualan 302

(13)

SENARAI RAJAH

Rajah 2.1 Proses Komunikasi 85

Rajah 4.1 Analisis Perlanggaran Maksim 131-133

Rajah 4.2 Analisis Perlanggaran Maksim 147-149

Rajah 4.3 Analisis Perlanggaran Maksim 155-157

Rajah 4.4 Analisis Perlanggaran Maksim 161-163

Rajah 4.5 Analisis Perlanggaran Maksim 165-166

Rajah 4.6 Analisis Perlanggaran Maksim 170-171

Rajah 4.7 Analisis Perlanggaran Maksim 175-177

Rajah 4.8 Analisis Perlanggaran Maksim 180-182

Rajah 4.9 Analisis Perlanggaran Maksim 193-194

Rajah 4.10 Analisis Perlanggaran Maksim 197-198

Rajah 4.11 Analisis Perlanggaran Maksim 202-203

(14)

SENARAI JADUAL

Jadual 3.1 Bilangan Responden Kajian Mengikut Umur dan Gender 94

Jadual 3.2 Bilangan Sesi, Masa dan Lokasi Rakaman Perbualan Kanak-kanak

Prasekolah 104

(15)

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran 1: Jadual Menunjukkan Bilangan Sesi, Masa dan Lokasi Rakaman

Perbualan Kanak-kanak Prasekolah 302

(16)

TRANSKRIPSI DIALEK KELANTAN – BAHASA MELAYU

DIALEK KELANTAN BAHASA MELAYU

acu cuba bare barang belaga berlanggar/kemalangan belake di belakang bile bilang/kira bui beri bukuse bungkusan cema kotor dale dalam

denu di sana/ di situ

depe depan

derah laju

etek juga

getek sama/bersama/juga

go ni benda ini/yang ini

hantar pulangkan

hile hilang

kala ija pensil warna (hijau)

kapaterebe kapalterbang

kepok keropok

keta kereta

kilat tipu/tidak betul/tidak jujur

kodi tidak berkualiti/tidak bagus

make makan meta sekejap muto motorsikal pege pegang pinje pinjam rukah panjat

sakni sekejap tadi/baru sekejap

sengoti sungguh/benar

(17)

tak sir tidak mahu

tue tuan/pemilik.

(18)

BAB SATU

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Masyarakat Melayu memang terkenal dengan kehalusan budi bahasanya. Penggunaan bahasa tersirat sememangnya menjadi rutin harian dan penggunaannya jelas dapat dilihat sama ada dalam bentuk pertuturan atau penulisan. Adakalanya perkara yang disampaikan tidak seperti yang diucapkan. Situasi ini berlaku kerana ujaran yang dituturkan oleh individu itu mengandungi maksud dan makna tertentu sama ada makna tersurat atau makna tersirat bergantung kepada niat penutur semasa membuat ujaran.

Pentafsiran yang salah terhadap penggunaan ayat yang pelbagai dalam bentuk perbualan dan penulisan memberi implikasi terhadap ketepatan maksud sesuatu ujaran itu (Hashim Fauzy 2001). Hal ini disebabkan ketetapan maksud ujaran seseorang tidak dapat diukur menerusi ungkapan semata-mata kerana ada kalanya seseorang itu mempunyai maksud yang lain (tersirat), bukan seperti yang diucapkan mengikut pemahaman pendengar pada ketika itu semata-mata.

Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang kuat terikat dengan adat dan tradisi yang diwarisi secara turun-temurun. Segala sistem hidup mereka kuat berakar kepada nilai dan norma Islam yang mementingkan kesejahteraan sosial dalam masyarakat (Mohd. Koharuddin: 2012). Lantaran itu, penggunaan bahasa yang sopan dalam

(19)

pertuturan amat dititik beratkan agar ianya selari dengan ajaran Islam yang menuntut penganut-penganutnya menjaga adab serta tertib semasa bertutur. Jangan menyinggung atau melukakan hati pendengar, jangan bercakap kasar dan sebagainya.

Walaupun berlakunya pertembungan budaya dan penyerapan beberapa unsur asing dalam sistem sosial masyarakat Melayu hari ini, namun selagi budaya tidak bercanggah dengan agama Islam maka budaya itu diterima dan dijadikan sebagai sebahagian daripada budaya yang diasimilasikan dalam kehidupan seharian. Dalam aspek komunikasi pula, masyarakat begitu berhati-hati menyampaikan sesuatu ujaran kerana tidak mahu pendengar tersinggung dengan apa-apa yang dituturkan. Segala teguran, pujian, permintaan dan kritikan dilakukan secara lembut dan berkias. Penggunaan lambang-lambang tertentu untuk mengelak sebarang konflik berlaku antara penutur dan pendengar sering dipraktikkan dalam perbualan harian untuk mengelak perasaan terguris atau kecil hati dalam kalangan pendengar. Budaya Melayu sendiri tidak mengizinkan masyarakatnya daripada membuat teguran atau kritikan secara terus dan terbuka.

Aspek kesantunan dan kesopanan ketika berbahasa dan berkomunikasi amat dititik beratkan dalam kalangan masyarakat Melayu dimana sesuatu hajat dan keinginan sering disampaikan secara berselindung dan berlapik melalui ujaran yang dilafazkan (Awang Sariyan, 2007). Fenomena ini menyebabkan penutur bahasa Melayu banyak menggunakan bahasa tersirat dalam perbualan bagi mengelak perasaan pendengar terguris apabila berbual. Malah, jika ingin membuat teguran sekalipun ianya akan cuba disampaikan secara berhemah, berlapik dan tertib. Lantaran itu, penyampaian makna tersirat dan aspek kesantunan dalam perbualan merupakan dua perkara yang saling melengkapi dan sentiasa dijaga oleh masyarakat Melayu.

(20)

Penyampaian makna secara tersirat dalam bentuk tersurat atau apa-apa yang diungkapkan secara tersurat dan mempunyai makna yang tersirat (implikatur) telah menjadi darah daging dalam kehidupan masyarakat Melayu. Oleh itu, adalah tidak mustahil jika bentuk-bentuk bahasa demikian (penggunaan bahasa tersirat serta bahasa halus dalam kalangan orang dewasa) secara tidak langsung telah mempengaruhi bahasa kanak-kanak. Sememangnya, penggunaan bahasa yang sopan, tutur kata yang lembut dan berhemah sudah dipraktikkan dalam budaya masyarakat Melayu sejak turun-temurun lagi. Ianya telah diwarisi secara semulajadi dari satu generasi ke satu generasi yang lain sebagai warisan budaya yang sentiasa dipelihara. Cuma yang menjadi persoalan sekarang ialah adakah pada usia empat hingga enam tahun kanak-kanak Melayu telah mampu memahami (berupaya mengujar serta mentafsir) makna tersirat sebagaimana orang dewasa? Hasil dapatan diharap akan berjaya menjawab segala kemusykilan dan persoalan yang timbul berkaitan dengan keupayaan kanak-kanak memahami makna tersirat ini.

Adalah tidak mustahil jika kanak-kanak Melayu yang berusia antara empat hingga enam tahun dapat mentafsir dan mengujarkan makna tersirat dengan baik dalam perbualan, memandangkan masyarakat Melayu merupakan golongan yang sentiasa mementingkan adab serta nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Nilai-nilai ini amat dititik beratkan semasa mendidik anak-anak. Perumpamaan Melayu biar mati anak jangan mati adat,

menggambarkan betapa masyarakat Melayu amat menitik beratkan budaya, adat serta nilai yang baik yang sesuai dengan adat yang diamalkan oleh seluruh masyarakat dalam mendidik anak-anak.

(21)

Kegagalan mendidik dan membentuk kelakuan anak-anak agar sesuai dengan tuntutan budaya, nilai dan adat yang disepakati bersama, yang diamalkan dan diwarisi secara turun temurun akan menyebabkan seseorang individu atau ibu-bapa akan dicemuh oleh masyarakat. Akhirnya, ia akan mendatangkan perasaan malu dan rendah diri ibu bapa untuk berhadapan dengan masyarakat sekiranya seseorang anak tidak mengamalkan nilai yang selari dengan tuntutan budaya. Pandangan serong ahli masyarakat akan terpalit pada ibu bapa yang gagal membentuk tingkah laku anak-anak yang selari dengan budaya masyarakat iaitu perlu berhemah, santun dan berbudi pekerti tinggi.

Oleh itu, tatalaku yang bersopan santun dan tidak menyinggung perasaan orang lain adalah satu perkara yang sangat diambil berat oleh semua lapisan dalam masyarakat Melayu. Tatalaku masyarakat yang disepakati bersama menghalang anggota masyarakat mengkritik dan memperkatakan sesuatu terutamanya tentang sikap dan sifat seseorang secara berterus terang atau terbuka. Anggota masyarakat telah bersepakat untuk tidak akan saling menyinggung perasaan sesama mereka. Malah untuk mencapai persepakatan ini, setiap anggota masyarakat perlu menjaga diri sendiri dan ahli keluarga masing-masing agar tidak melanggar norma-norma nilai dan budaya yang selama ini dikongsi bersama antara seluruh anggota masyarakat.

Sesiapa yang melanggar adab akan disifatkan sebagai tidak beradab atau kurang ajar, dan perkara ini merupakan sesuatu yang sangat negatif serta dielakkan oleh semua ibu-bapa. Mereka tidak mahu anak-anak atau keturunan mereka dianggap sebagai tiada adab atau kurang ajar. Lantaran itu, telah menjadi tanggungjawab semua ibu bapa untuk membentuk keperibadian yang mulia dalam kalangan anak-anak mereka. Sesuatu yang ingin disampaikan akan diungkapkan dengan menggunakan bahasa yang diistilahkan

(22)

sebagai bahasa berlapik iaitu bahasa kiasan atau penyampaian maksud secara tersirat untuk menyatakan sesuatu dengan secara tidak langsung.

Orang Melayu biasanya sebaik mungkin akan menggunakan bahasa dengan pemilihan perkataan yang dipilih khas untuk menyatakan sesuatu yang tidak baik dengan harapan perkara atau hal-hal yang disampaikan itu walaupun bersifat negatif akan dapat diterima dengan hati yang terbuka, tanpa menimbulkan kesan emosi yang berlebihan kepada pendengar. Perkara seperti ini penting dalam menjaga kestabilan dan keharmonian hubungan antara semua anggota masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian dengan aman dan tenteram.

Istilah bahasa melambangkan bangsa, sememangnya telah diterapkan dalam kehidupan kanak-kanak Melayu seawal usia lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak telah diterapkan dengan nilai-nilai ketimuran yang sesuai dengan tuntutan budaya masyarakat Melayu yang diwarisi secara turun temurun. Ibu-bapa akan memastikan anak-anak mempraktikkan nilai yang baik dalam kehidupan terutamanya dalam pertuturan. Lantaran itu, dalam penulisan tesis ini, apa yang akan dikaji oleh penulis ialah melihat keupayaan kanak-kanak prasekolah dalam mentafsir dan mengujarkan makna tersirat sesuai dengan tuntutan budaya yang diwarisi daripada ibu bapa dan masyarakat sekeliling.

Analisis akan dibuat untuk menilai keupayaan kanak-kanak memahami makna tersirat memandangkan seawal usia kelahiran lagi kanak-kanak telah didedahkan dengan penggunaan bahasa halus, berlapik, berhemah serta penyampaian makna dalam bentuk tersirat oleh ahli-ahli masyarakat di sekelilingnya. Dengan kata lain, masyarakat Melayu

(23)

adalah masyarakat yang begitu mementingkan aspek budi bahasa dan kehalusan tutur kata.

1.2 Konsep Budi Bahasa dalam Masyarakat Melayu dan Pengaruhnya

Terhadap Perkembangan Pemahaman Makna Tersirat Kanak-kanak Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi cetakan keenam 2002 (ms 180) budi didefinisikan sebagai akal, kebijaksanaan atau sifat baik, perbuatan baik dan kebajikan. Bagi masyarakat Melayu amnya, perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya ialah jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain. Lazimnya, orang yang menaburkan budi tidak akan mengharapkan balasan. Budi atau sumbangan itu baik dari segi tenaga atau material, mestilah diberi dengan ikhlas jika ingin diberkati oleh Allah SWT. Orang yang menerima budi pula tidak dituntut untuk membalas budi yang diterima tetapi memadailah budi itu diterima dengan penuh ikhlas dan kesyukuran.

Budi bahasa pula adalah merujuk kepada satu sifat atau perbuatan yang menyenangkan hati orang lain dan ia merupakan satu perkara yang wajib ada pada setiap individu untuk menjadi insan yang sempurna pada pandangan ahli masyarakat. Ia juga bermaksud tutur kata yang diaplikasikan oleh seseorang secara tertib dan bersopan santun semasa berkomunikasi dengan orang lain.

Apabila seseorang itu hendak bercakap atau bertegur sapa dengan seseorang yang lain, bahasa yang hendak digunakan mestilah difikirkan dan diteliti dengan halus terlebih dahulu agar apa sahaja perkataan yang diucapkan nanti akan menyenangkan hati si pendengar. Lebih tepat lagi, budi bahasa merujuk kepada tutur kata yang sopan dan berhemah. Setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan sama ada terhadap

(24)

peribadi seseorang itu sendiri, mahupun cara pergaulan dengan anggota masyarakat yang lain adalah terangkum dalam konsep budi bahasa.

Oleh yang demikian, semua nilai murni yang diterima dan diamalkan oleh anggota masyarakat merupakan nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat istiadat dan kebudayaan sesuatu masyarakat yang bertamadun. Nilai-nilai murni ini mulai diterapkan kepada semua generasi baru seawal usia kanak-kanak lagi dimana anak-anak dididik dan diajar mengamalkan nilai-nilai yang menjadi tuntutan budaya dan agama yang dipelajari dari kecil sehingga dewasa.

Penerapan nilai-nilai murni serta budi bahasa dalam kehidupan kanak-kanak adalah bersifat universal dimana semua ibu bapa akan mengajar dan menerapkan nilai-nilai murni serta mementingkan kehalusan budi kepada anak-anak mereka. Proses ini meliputi seluruh anggota masyarakat Melayu tak kira dimana pun mereka berada. Hal ini menjadikan kanak-kanak Melayu telah didedahkan dengan bahasa sopan, budi bahasa serta kahalusan budi dan tutur kata sejak awal lagi. Situasi ini menyebabkan kajian terhadap pemahaman makna tersirat dalam kalangan kanak-kanak Melayu sememangnya sesuai memandangkan pengaruh budaya yang diterapkan dalam bahasa ibunda mulai dipelajari dan dikuasai oleh kanak-kanak sejak kecil lagi.

Konsep budi bahasa sememangnya sangat dipandang tinggi dan diletakkan ditempat paling atas dalam perlakuan ahli anggota masyarakat Melayu. Ia menjadi satu kemestian yang perlu disemai, dipupuk, dijaga, dan dibaja dalam kehidupan seharian mereka. Salah satu perkara yang menjadi piawaian dalam menilai kehalusan budi pekerti ahli anggota masyarakat Melayu ialah dengan menilai cara pertuturan mereka. Seseorang yang tidak menjaga tatatertib dan kehalusan semasa bertutur akan dianggap sebagai

(25)

orang yang kasar dan kurang berbudi bahasa. Sememangnya, menjaga tutur kata adalah merupakan satu kewajiban yang dituntut dalam budaya masyarakat Melayu.

Membentuk individu untuk mengamalkan cara bertutur yang berhemah serta selari dengan konsep ‘berbudi bahasa’ iaitu sentiasa menjaga pertuturan agar tidak menyinggung hati orang lain terutamanya semasa berkomunikasi adalah memerlukan usaha jangka panjang yang perlu dilakukan sewaktu peringkat bayi lagi. Semenjak masih kanak-kanak lagi, ibu bapa akan mengajar anak-anak bercakap dengan cara pertuturan yang berhemah bagi menjadikannya sebagai insan yang memenuhi ciri-ciri insan yang ‘berbudi bahasa’. Lantaran itu pendedahan terhadap pemakaian makna tersirat dalam perbualan harian telah dilakukan diperingkat kanak-kanak lagi.

Pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, sentiasa menjadi pegangan anggota masyarakat Melayu dalam mendidik anak-anak. Orang Melayu sedar bahawa penerapan nilai-nilai yang baik dalam perbualan serta kehidupan adalah perlu dimulakan semenjak kanak-kanak masih kecil lagi. Hal ini demikian kerana apabila sudah dewasa agak sukar untuk seseorang itu berubah. Oleh kerana orang-orang Melayu sering menggunakan kaedah menyampaikan mesej tersirat melalui ujaran maka secara tidak langsung situasi ini juga telah terdedah kepada kanak dan akhirnya mempengaruhi cara kanak-kanak berbahasa khususnya dalam meluahkan perasaan yang terpendam atau maksud tersirat melalui ujaran.

Kesimpulannya, pengaruh terhadap konsep ‘budi bahasa’ yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian telah menjadi salah satu faktor yang membantu mempercepatkan lagi penguasaan dan pemahaman makna tersirat dalam kalangan kanak-kanak Melayu terutamanya kanak-kanak prasekolah. Pada tahap ini,

(26)

kanak-kanak yang masih berada dalam tahap pemerolehan dan perkembangan bahasa dapat mempelajari, memahami serta menguasai kecekapan berbahasa khususnya keupayaan menghasilkan dan memahami mesej tersirat melalui proses peniruan serta pengukuhan.

1.3 Aspek Kesantunan dalam Pertuturan Masyarakat Melayu dan

Pengaruhnya Terhadap Perkembangan Pemahaman Makna Tersirat Kanak-kanak

Menurut Asmah Hj Omar (2000), kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar. Kesantunan masyarakat Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu. Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan antara ahli masyarakat. Dalam menjaga aspek kesantunan, bahasa halus dan tersirat dalam pertuturan selalu digunakan supaya tidak mengecilkan hati orang lain semasa berkomunikasi. Kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu. Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu diikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun.

Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktor seperti kesedaran akan peranan masing-masing, pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan martabat. Asmah Hj Omar (ibid.) telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu kesantunan asas dan kesantunan berkala. Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain dengan cara menunjukkan adanya sikap berbaik-baik yang menghendaki ahli masyarakat bersopan santun antara satu sama lain. Ini kerana dalam mana-mana

(27)

masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran Islam atau agama-agama lain.

Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain dalam keadaan, situasi dan tempat tertentu. Antaranya ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana, apa yang diperkatakan, mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan disampaikan. Misalnya rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan guru dan lain-lain. Komunikasi tersebut mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu.

Aspek kesantunan, budi bahasa dan penyampaian makna tersirat sememangnya saling berkait rapat dengan cara seseorang itu berbahasa. Sifat kesantunan seseorang dalam sesuatu komunikasi akan dizahirkan dengan kelakuan serta pertuturan dengan menggunakan bahasa yang berhemah dan berlapik. Penyampaian mesej yang dianggap kasar dan boleh mengguris hati orang lain akan dilakukan dengan penuh berhati-hati dan sangat berlapik agar pendengar dapat menerima mesej yang cuba disampaikan sama ada dalam bentuk arahan, teguran, permintaan atau kritikan dengan hati yang terbuka. Situasi ini akan dapat mengelakkan daripada berlakunya keadaan perselisihan faham serta perasaan tidak senang antara ahli anggota masyarakat.

Perkara yang dianggap boleh mendatangkan sebarang prasangka serta jauh hati antara satu sama lain akan cuba dielakkan dalam sebarang perhubungan antara ahli anggota masyarakat agar sebarang konflik antara mereka tidak tercetus. Sehubungan itu, masyarakat Melayu lebih senang memendam rasa dan sering menyampaikan teguran atau perasaan dengan cara yang lebih berhemah. Apa yang penting ialah mereka akan

(28)

cuba sedaya upaya untuk menjaga hati orang-orang sekeliling dengan cara menjaga tutur kata agar tidak mendatangkan mudarat keatas hubungan persahabatan atau persudaraan.

Dalam mendidik anak-anak, aspek kesopanan, kesantunan dan kehalusan budi pekerti serta tutur kata amat dititik beratkan oleh ibu bapa agar seiring dengan tuntutan budaya. Dalam pergaulan, anak-anak sering diingatkan agar tidak melanggar adat serta sentiasa menjaga tutur kata apabila berbicara. Aspek kesantunan berbahasa sangat penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa.

Noriah Taslim (2010) dalam kajiannya terhadap pelbagai hikayat Melayu mendapati bahawa masyarakat Melayu adalah golongan manusia yang berbudaya halus, bersopan santun, sangat mementingkan adab ketika berkomunikasi, enggan bersikap biadap dan menjadikan kiasan dan perumpamaan sebagai budaya. Kesantunan Melayu pula merupakan kesantunan yang memancarkan nilai-nilai asas adat dan budaya Melayu yang berteraskan ajaran Islam.

Ahmad Mahmood Musanif (2007) mengatakan dalam komunikasi antara penutur dan pendengar, budaya sopan santun sangat penting untuk memelihara hubungan antara dua pihak dan memelihara komunikasi tersebut agar dapat berterusan dalam keadaan yang selesa. Perkara ini terjadi kerana tradisi pemikiran Melayu menggunakan bahasa sebagai alat untuk membentuk makna kehidupan dan makna alamnya secara sangat kreatif dan produktif (Ahmad Sarji, 2004). Pemahaman dan tingkah laku ini telah dibentuk dalam diri dan minda masyarakat Melayu sejak dari bayi lagi. Kanak-kanak mempelajari aspek

(29)

budaya dan bahasa yang berkembang selari dengan keupayaan biologi serta perkembangan penguasaan berbahasa mereka.

1.4 Bahasa dan Pemahaman Makna Tersirat Kanak-kanak

Bahasa memainkan peranan penting dalam menyampaikan sesuatu hasrat dan bahasa yang baik akan dapat difahami maksud sama ada yang disampaikan secara tersurat mahupun yang tersirat. Bahasa yang tersurat adalah bahasa yang tertulis dan dapat difahami secara terus, manakala bahasa tersirat ialah pertuturan yang mempunyai maksud berlapis dan maksud yang lain selain daripada apa yang disampaikan secara literal.

Tidak dinafikan bahawa bahasa merupakan alat komunikasi penting dalam kehidupan manusia. Asmah Hj Omar (1993) pula, dalam bukunya Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu telah menyatakan bahawa manusia berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh alat ujaran yang terdapat dalam tubuh mereka. Individu menggunakan bahasa untuk menyampaikan hasrat dan perasaan (S. Nathesan, 1995: 35), walaupun hanya dengan menggunakan bahasa isyarat atau ‘the sign language’.

Seawal usia dua tahun kanak-kanak telah mampu bersembang, bermain dan berinteraksi dengan lancar bersama rakan-rakan sepermainan. Menurut Asmah Hj Omar (1993: 12), kanak-kanak yang berusia dua tahun telah mampu menggunakan bahasa untuk berbagai-bagai tujuan. Lantaran itu, apabila melihat kanak-kanak berinteraksi atau berbual sesama mereka, kita kadang-kadang terlupa bahawa kanak-kanak prasekolah ini sebenarnya masih berada dalam tahap pembelajaran dan penguasaan bahasa yang belum sempurna sepenuhnya.

(30)

Melihat pada keriangan kanak-kanak serta kelancaran interaksi antara mereka, seolah-olah mereka sebenarnya telah menguasai sepenuhnya sistem bahasa ibunda mereka. Tetapi sejauh manakah keupayaan kanak-kanak dalam mengujarkan serta mentafsir ujaran yang mempunyai makna tersirat dalam komunikasi antara mereka? Kajian akan dilakukan untuk menganalisis sama ada kanak-kanak yang dijadikan sampel telah mampu memahami makna tersirat verbal dan bukan verbal dengan melihat keupayaan mereka membuat ujaran serta mentafsir ujaran yang mempunyai makna tersirat dengan betul. Analisis terhadap keupayaan kanak-kanak memahami makna tersirat semasa berinteraksi ini akan diukur dengan melihat kepada kewujudan ujaran-ujaran yang didapati melanggar maksim kerjasama Grice.

Apabila didapati wujud unsur-unsur perlanggaran maksim kerjasama didalam ujaran yang dihasilkan oleh kanak-kanak sampel, maka analisis akan dilakukan terhadap aspek perlanggaran maksim tersebut untuk melihat sama ada kanak-kanak melakukan perlangaran maksim semasa berkomunikasi kerana ingin menyampaikan mesej tersirat atau kerana sememangnya bentuk bahasa kanak-kanak prasekolah memang begitu. Unsur perlanggaran maksim yang wujud ini pula akan dikaji menggunakan konsep implikatur perbualan untuk melihat makna sebenar yang cuba disampaikan oleh kanak-kanak dengan mengambil kira konteks yang berlaku sepanjang sesuatu komunikasi berlangsung.

Sekiranya didapati unsur-unsur perlanggaran maksim yang wujud dalam ujaran kanak-kanak sampel adalah disebabkan faktor kanak-kanak-kanak-kanak cuba menyampaikan mesej lain disebalik ujaran yang dituturkan, maka ia dapat menjelaskan kepada kita bahawa kanak-kanak prasekolah pada usia empat hingga enam tahun ini sememangnya telah berjaya

(31)

memahami makna tersirat. Persepsi akan dibuat berdasarkan kewujudan aspek perlanggaran maksim yang akan dikaji menggunakan konsep implikatur perbualan dengan mengutamakan faktor konteks dalam sebarang bentuk penilaian yang dibuat. Ujaran yang didapati mempunyai implikatur dan menunjukkan wujud mesej lain disebalik apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak akan mendedahkan keupayaan sebenar kanak-kanak dalam memahami makna tersirat itu.

Selain itu, pemahaman makna tersirat dalam interaksi kanak-kanak juga boleh dinilai berdasarkan keupayaan mereka membuat pertanyaan serta mentafsir pertanyaan yang mempunyai pelbagai maksud tersirat. Keupayaan kanak-kanak mengujarkan maksud tersirat melalui pertanyaan akan menyerlahkan kemampuan sebenar kanak-kanak mengaplikasikan makna tersirat dalam mencapai tujuan tertentu perbualan. Kemampuan mempelbagaikan fungsi makna tersirat dalam perbualan adalah bukti kemahiran berbahasa kanak-kanak secara keseluruhannya.

Malah, kemampuan kanak-kanak membuat tafsiran terhadap makna tersirat pertanyaan yang diujarkan secara harfiah juga akan dapat membuktikan keupayaan mereka dalam memahami serta menguasai makna tersirat. Malah pemahaman makna tersirat dalam kalangan kanak-kanak juga boleh dibutikan melalui keupayaan mereka menggunakan Kata Ganti Nama Diri (KGND) dalam pelbagai konteks yang berbeza tetapi sesuai dengan penggunaan serta fungsinya.

Hasil kajian akan memaparkan sama ada kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun ini sebenarnya telah berupaya atau tidak menyampaikan pelbagai maksud tersirat melalui ujaran. Analisis juga dilakukan untuk melihat apakah strategi-strategi bukan verbal yang telah digunakan oleh kanak-kanak semasa menyampaikan mesej tersirat

(32)

agar makna yang ingin disampaikan dapat diterima dengan baik oleh pendengar tanpa sebarang rasa tersinggung, marah atau kecil hati. Hasil kajian juga dapat memberikan informasi berguna tentang keupayaan sebenar kanak-kanak memahami makna tersirat berdasarkan keupayaan mereka menyampaikan dan mentafsir makna tersirat semasa berinteraksi sesama mereka.

Keupayaan mengujarkan serta mentafsir makna tersirat dalam kalangan kanak-kanak sememangnya berkait rapat dengan kemahiran berbahasa dalam diri kanak-kanak. Hanya kanak-kanak normal yang mahir berbahasa sahaja yang mampu menerima serta menghasilkan mesej tersirat yang disampaikan secara tersurat semasa berinteraksi.

Kemahiran serta keupayaan ini menggambarkan bahawa kanak-kanak sememangnya telah berjaya menyerap segala bentuk bahasa ibunda yang terhasil dari pengamatan serta pengalaman persekitaran bahasa yang dilalui semenjak mereka masih kecil lagi. Hal ini tidak menghairankan berlaku kerana bahasa itu sendiri sememangnya terhasil daripada pemahaman dan persepsi manusia terhadap persekitarannya dan alam nyata. Manusia menggunakan lambang bahasa untuk merakamkan fikiran dan pengalamannya. Bahasa juga merupakan teras dalam perkembangan kanak-kanak kerana bahasa telah membantu kanak-kanak berkomunikasi dengan orang di sekeliling mereka.

Bahasa dapat membantu kanak-kanak memahami butiran dalam kehidupan sehari-hari (Asmah Hj Omar, 1993: 4-7). Lantaran itu, mengkaji pemahaman makna tersirat dalam kalangan kanak-kanak prasekolah haruslah dilakukan melalui kajian bahasa iaitu yang melibatkan bahasa verbal dan bahasa bukan verbal kerana bahasa merupakan cerminan sebenar terhadap tahap pemahaman makna tersirat dalam kalangan kanak-kanak.

(33)

Sesuai dengan sifat bahasa yang boleh diibaratkan sebagai cerminan dalam menilai tahap pemahaman makna tersirat para penuturnya, maka kajian ini akan menjadi cerminan terhadap tahap pemahaman makna tersirat dalam interaksi kanak-kanak prasekolah di Malaysia, walaupun sampel yang digunakan dalam kajian ini hanyalah terbatas kepada kanak-kanak Melayu sahaja. Tambahan lagi, mengikut Fromkin et al. (2003: 1) proses dan tahap pemerolehan bahasa kanak-kanak di seluruh dunia adalah lebih kurang sama sahaja. Pernyataan ini diterangkan dengan lebih jelas dalam petikan di bawah:

“The capacity to learn is deeply ingrained in us species, just as capacity to walk, to grasp objects, to recognize faces. We don’t find any serious differences in children growing up in congested urban slums, isolated mountain villages, or in privilegesuburban villas” (ibid.).

Pernyataan Fromkin et al. ini disokong oleh Safriandi (2009: 1) yang mana semua manusia khususnya kanak-kanak mengalami proses dan tahap penguasaan bahasa yang serupa di seluruh dunia. Safriandi telah memetik kenyataan yang telah diutarakan oleh Dardjowidjojo (2005:243-244) iaitu, kanak-kanak tidak di mana pun juga mereka berada, tetap akan memperoleh bahasa pertamanya dengan memakai strategi yang sama. Kesamaan ini tidak hanya dilandasi oleh biologi dan neurologi manusia yang sama, tetapi juga oleh pandangan mentalistik yang menyatakan bahwa anak telah dibekali dengan bekal kodrati pada saat dilahirkan.

Daripada pendapat-pendapat yang diberikan di atas, jelas sekali bahawa cara, kaedah dan strategi pemerolehan bahasa dalam kanak-kanak adalah bersifat universal tanpa mengira batas sempadan geografi, keturunan, baka atau lain-lain. Hal ini demikian kerana, cara serta kaedah pemerolehan bahasa kanak-kanak di seluruh dunia adalah sama. Lantaran itu, diharapkan agar kajian ini dapat menyumbangkan sesuatu hasil yang berguna kepada masyarakat untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam

(34)

tentang pemerolehan serta pemahaman bahasa tersirat kanak-kanak kerana dapatan kajian bukan sahaja menggambarkan keupayaan sampel kajian semata-mata malah ia mewakili keupayaan seluruh kanak-kanak didunia tanpa mengira sempadan bangsa dan bahasa.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang belum terdedah kepada proses pembelajaran secara formal telah dapat menguasai kosa kata pada kadar yang sungguh mengagumkan. Diantaranya ialah Chomsky (1988) yang telah mengatakan bahawa kanak-kanak menguasai leksikon 12 patah perkataan atau lebih dari itu dalam sehari. Miller dan Gildea (1987) mengatakan bahawa kanak-kanak normal secara umumnya menguasai leksikon pada kadar 5000 patah perkataan setahun atau lebih kurang 13 patah perkataan sehari.

Melihat kepada peringkat-peringkat perkembangan dan pemerolehan bahasa seperti yang telah diutarakan oleh Fenton (1925), Wood (1981), dan Simanjuntak (1982), didapati bahawa kanak-kanak mengalami tahap pemerolehan bahasa yang begitu pesat sejak dilahirkan lagi sehinggalah mereka mencapai tahap kecekapan penuh. Bermula dengan peringkat Reflex Sound oleh Fenton (1925) dan dikenali juga sebagai peringkat membebel atau mengagah oleh Mangantar Simanjuntak (1982) iaitu ketika kanak-kanak berusia seawal kelahiran sehinggalah kanak-kanak berusia enam bulan.

Selepas peringkat ini, kanak-kanak dikatakan mula memperolehi suku kata sehinggalah peringkat terakhir pemerolehan dan penguasaan bahasa kanak-kanak iaitu pada usia empat atau lima tahun. Tahap ini dikenali sebagai peringkat kecekapan penuh oleh Mangantar Simanjuntak (1982) dan Wood (1981) telah menamakan peringkat terakhir

(35)

ini sebagai peringkat complex grammatical changes and word categories iaitu pada usia kanak-kanak empat tahun ke atas.

1.4.1 Bahasa Halus dan Hubungannya dengan MaknaTersirat

Penggunaan bahasa halus atau bahasa yang sopan sememangnya telah menjadi satu budaya dalam masyarakat Melayu. Penggunaannya yang meluas secara tidak langsung telah mempengaruhi bahasa kanak-kanak. Kata halus boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang bersopan santun atau having a nice mind (Michael West, 1969: 259). Manakala bahasa halus pula boleh dirujuk sebagai satu sistem bercakap atau menulis yang lebih bersopan santun, berbudaya tinggi dan yang terkandung di dalamnya kehalusan budi (Ismail Hashim, 1991: 39).

Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1991: 474), orang Melayu menyampaikan mesej dengan gaya yang paling sopan dengan berselindung disebalik tutur kata yang paling manis walaupun perkara yang ingin disampaikan tidak menyenangkan. Konsep kesopanan orang Melayu ini dikaitkan dengan “implikatur” bahasa Melayu.

1.5 Pernyataan Masalah

Ujaran yang dituturkan oleh individu itu mengandungi maksud dan makna tertentu. Pentafsiran yang salah terhadap penggunaan ayat yang berbagai-bagai dalam bentuk perbualan dan penulisan memberi implikasi terhadap ketepatan maksud (Hashim Fauzy 2001).

Ketetapan maksud ujaran seseorang itu tidak dapat diukur menerusi ungkapan semata-mata kerana ada kalanya penutur mempunyai maksud lain yang cuba disampaikan semasa membuat sesuatu ujaran. Maksudnya, makna yang cuba dismpikan bukan

(36)

seperti yang diucapkan mengikut pemahaman pendengar pada ketika itu. Oleh hal yang demikian, pemahaman terhadap makna sebenar ujaran adalah sangat mustahak. Apatah lagi dalam kalangan masyarakat Melayu yang sangat menekankan aspek bahasa berkias, berlapik, berhemah dan penyampaian makna secara tersirat agar tidak menyinggung perasaan pendengar.

Budaya menjaga hati, menyampaikan maksud atau niat secara berhemah, tersembunyi sememangnya telah menjadi darah daging yang melatari kehidupan masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. Situasi ini secara tidak langsung telah mempengaruhi bentuk bahasa serta pemerolehan bahasa kanak-kanak. Pengaruh bahasa ibu-bapa, kaum keluarga sememangnya amat kuat dalam mempengarui pemerolehan serta perkembangan bahasa kanal-kanak. Ibarat kata pepatah kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi jelas menunjukkan apa jua bentuk bahasa yang diperolehi oleh kanak-kanak dalam perkembangan bahasanya sememangnya datang dari kalangan masyarakat di sekeliling kanak-kanak itu sendiri.

Apa jua bentuk bahasa yang digunakan oleh kanak-kanak adalah hasil daripada pengaruh bahasa ibu-bapa, kaum kelurga serta jiran tetangga mereka. Keupayaan kanak-kanak menyerap segala bentuk bahasa yang digunakan dalam masyarakat sekeliling akan menyebabkan mereka mampu menggunakan dan memanipulasikan bahasa dalam pelbagai bentuk demi mencapai segala tujuan mereka.

Permasalahannya, sejauhmanakah kemampuan serta keupayaan berbahasa kanak-kanak prasekolah ini? Adakah kanak-kanak pada usia empat hingga enam tahun ini telah benar-benar mampu menyerap segala bentuk bahasa pertuturan orang dewasa di sekeliling mereka sehinggakan mereka mampu menguasai bentuk-bentuk makna tersirat

(37)

verbal dan bukan verbal? benarkah kanak-kanak pada usia prasekolah mampu memahami makna tersirat yang selalu didengari dalam kehidupan mereka semenjak dilahirkan? Mampukah kanak-kanak menyampaikan pelbagai mesej secara tersirat semasa berinteraksi? Adakah kanak-kanak pada tahap prasekolah ini mampu memahami dan menyampaikan makna tersirat dalam konteks penggunaan yang betul semasa berinteraksi?

Kemampuan kanak-kanak prasekolah menyampaikan makna tersirat melalui bahasa verbal dan bukan verbal dalam konteks yang betul kepada pendengar, serta kemampuan kanak-kanak mentafsir maksud tersirat verbal dan bukan verbal yang disampaikan oleh penutur semasa berinteraksi, boleh menggambarkan kepada kita tentang keupayaan sebenar kanak-kanak dalam memahami makna tersirat. Hal ini penting untuk dibuktikan memandangkan seringkali terpalit dalam pemikiran orang dewasa bahawa kanak-kanak prasekolah hanya memahami perkara-perkara ‘mudah’ sahaja iaitu perkara-perkara yang lebih terang, jelas, konkrit, bersifat tersurat dan nyata. Lantaran itu terdapat sesetengah ibu bapa atau orang dewasa yang sering membuat tanggapan bahawa kanak-kanak tidak tahu dan tidak faham tentang makna tersirat yang cuba diperkatakan. Kesannya, ibu bapa dan masyarakat umumnya lebih suka memilih untuk menggunakan bahasa mudah apabila berkomunikasi dengan kanak-kanak prasekolah.

Merujuk kepada pernyataan yang telah dibuat oleh Subramaniam dalam thesisnya yang bertajuk “Pemerolehan Bahasa di Kalangan Kanak-Kanak Melayu” iaitu kanak-kanak hanya akan menggunakan kata-kata yang mudah dan sering menggunakan strategi simplifikasi (permudahan) bagi menggambarkan makna yang telah mereka kuasai (Subramaniam, 2000: 1). Persoalannya, benarkah kanak-kanak hanya menggunakan

(38)

ayat-ayat yang mudah semasa berinteraksi? Benarkah kanak-kanak langsung tidak mampu mengujarkan dan mentafsir ayat-ayat yang mempunyai maksud tersirat?

Hal-hal yang berkaitan dengan pemerolehan bahasa kanak-kanak sering mendapat tumpuan ahli-ahli bahasa kerana ia bersifat universal atau sejagat. Sebagaimana yang kita tahu bahawa semua kanak-kanak di dunia tanpa mengira bangsa, kaum, dan agama telah memulakan kehidupan mereka tanpa bahasa tetapi akhirnya mampu untuk menguasai bahasa dengan baik tanpa perlu diajar oleh sesiapa. Malah ibu bapa sendiri kadang kala tidak menyedari masa dan cara anak-anak mereka memperolehi dan menguasai bahasa. Hal ini dapat dijelaskan dengan pernyataan berikut:

“Children must therefore construct the rules that permit them to use their language creatively. No one teach them the rules. Their parents are no more aware of the phonological, morphological syntactic and semantic rules than are the children.” (Fromkin et al., 1993: 342).

Kanak-kanak merupakan golongan yang istimewa kerana pada tahap inilah semua perkara dalam kehidupan akan mula dipelajari. Ini bermaksud bahawa kanak-kanak bukan sahaja belajar berjalan, bercakap tetapi juga belajar perkara-perkara asas yang lain dalam kehidupan mereka setiap hari. Perkembangan dan keupayaan memperolehi dan menguasai bahasa telah berlaku sejajar dengan perkembangan fizikal kanak-kanak.

Pemerolehan dan penguasaan bahasa kanak-kanak berlaku dalam minda mereka dan hanya boleh dinilai melalui kemampuan kanak-kanak membuat ujaran. Begitu juga dalam menilai tahap pemahaman kanak-kanak, ia hanya boleh diukur berdasarkan pertuturan serta perlakuan bukan bahasa. Pemahaman kanak-kanak terhadap perkataan yang didengari juga tidak boleh dinilai dan diukur oleh orang lain kecuali kanak-kanak itu sendiri kerana tahap pemahaman seseorang itu hanya wujud di dalam minda mereka sahaja yang sememangnya tidak mampu dilihat dengan mata kasar.

(39)

Walau bagaimanapun, berdasarkan ujaran yang dibuat serta maklum balas yang diberikan oleh kanak-kanak semasa berinteraksi, kemampuan sebenar kanak-kanak sama ada dari sudut penguasaan bahasa, pemahaman makna tersirat serta kecekapan berkomunikasi mereka dapat dinilai. Oleh sebab itu, untuk mengkaji penguasaan bahasa terutamanya dari sudut pemerolehan dan pemahaman makna tersirat, data-data yang banyak, berkualiti dan pelbagai perlu diambil semasa kanak-kanak berinteraksi.

Sekiranya kanak-kanak mampu menyampaikan makna tersirat semasa berinteraksi dan mampu pula memberikan maklum balas yang selari dengan ujaran yang mempunyai maksud tersirat, ia menunjukkan keupayaan sebenar kanak-kanak dalam mentafsir dan memahami makna tersirat. Namun sekiranya tidak mampu, maka kesimpulan boleh dibuat bahawa kanak-kanak masih tidak mampu memahami dan memproses maksud tersirat ujaran. Lantaran itu, ukuran terhadap tahap pemahaman dan keupayaan kanak-kanak dapat dibuat dengan tepat melalui maksud ujaran-ujaran yang dituturkan (sama ada kanak-kanak mampu menyampaikan mesej tersirat melalui ujaran) serta maklum balas yang selari yang diberikan (terhadap ujaran yang mengandungi makna tersirat).

Sebenarnya, selain dari mendapatkan jawapan tentang sejauh manakah tahap pemahaman sebenar kanak-kanak terhadap makna tersirat ujaran, banyak lagi persoalan-persoalan lain yang timbul seperti: bilakah kanak-kanak mulai belajar dan menguasai bahasa, bagaimanakah proses pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak berlaku dan sejauh mana pula tahap pemahaman kanak-kanak semasa berinteraksi khususnya pemahaman terhadap makna tersirat ujaran telah menjadi persoalan yang perlu dirungkai.

(40)

Kekurangan analisis terhadap pemahaman makna tersirat dalam kalangan kanak-kanak, telah mendorong pengkaji memilih untuk menganalisis pemahaman makna tersirat dalam perbualan kanak-kanak.Bukanlah suatu perkara mudah untuk membuat penilaian terhadap penguasaan bahasa kanak-kanak dalam aspek pemahaman makna tersirat kerana tahap pemahaman makna merupakan suatu aspek yang abstrak yang terlindung di dalam pemikiran kanak-kanak itu sendiri. Hanya kanak-kanak sahaja yang tahu sejauh mana mereka memahami sesuatu ujaran yang didengari. Jadi, bagaimanakah kita hendak melihat tahap sebenar pemahaman makna tersirat dalam kalangan kanak-kanak prasekolah ini?

Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini bahawa pemahaman makna tersirat dalam kalangan kanak-kanak prasekolah boleh dinilai berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh kanak-kanak selepas mereka mendengar ujaran serta melihat sesuatu perlakuan bukan lisan individu-individu di sekeliling mereka semasa proses interaksi berlangsung. Ini kerana seseorang penutur dikatakan mengucapkan ayat-ayat dengan makna tertentu (perlakuan pengucapan) dan dengan daya tertentu (daya niat pengucapan) untuk menimbulkan kesan tertentu kepada si pendengar (perlakuan tindak balas pengucapan).

Perlakuan tindak balas pengucapan akan berlaku hasil daripada pemahaman seseorang terhadap maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang penutur sama ada dari aspek makna tersurat atau tersirat. Perlakuan tindak balas pengucapan ini akan berlaku seiring dengan pemahaman dan kemampuan kanak-kanak menterjemahkan maksud pengucapan tersebut. Lantas, berdasarkan tindak balas ini juga, pengkaji boleh membuat rumusan kajian sama ada kanak-kanak memahami maksud tersirat semasa berinteraksi atau tidak.

(41)

Fenomena ini adalah selari dengan apa yang telah dijelaskan oleh Watson (1924), iaitu perkataan merupakan pengganti kepada objek, hal, atau perkara yang bertindak sebagai rangsangan untuk menimbulkan sesuatu gerak balas. Sebenarnya, selain daripada maklum balas bukan verbal pendengar terhadap ujaran penutur, pengucapan yang dibuat atau maklum balas verbal juga penting sebagai perlakuan tindak balas pengucapan yang boleh membuktikan tahap pemahaman sebenar kanak-kanak khususnya yang berkaitan dengan pemahaman makna tersirat dalam kalangan mereka.

Walaupun kajian terhadap pemerolehan bahasa kanak-kanak meliputi aspek yang luas, tetapi pada hakikatnya kajian ini mempunyai masalahnya sendiri kerana ianya merupakan sesuatu yang misteri dan rumit untuk dijadikan sebagai satu kesimpulan yang jitu. Ini kerana pemerolehan bahasa oleh seseorang individu atau kanak-kanak merupakan proses kognitif yang berlaku dalam minda seseorang dan agak sukar untuk dibuat ukuran secara tepat. Sinclair (1969) telah membuat kajian tentang pemerolehan bahasa kanak-kanak dan mendapati bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak yang berlaku dalam persekitarannya adalah berdasarkan perkembangan kognitifnya.

Kanak-kanak menguasai makna, objek, serta peristiwa-peristiwa dalam persekitaran mereka dan makna tersebut kemudiannya akan distrukturkan dan dihayati oleh kanak-kanak dalam struktur kognitifnya (ibid.). Sehubungan itu, pemerhatian dan penganalisaan yang teliti perlu dilakukan untuk melihat tahap perkembangan bahasa kanak-kanak terutamanya dalam menilai keupayaan mereka mentafsir dan melahirkan makna tersirat. Hal ini sangat bersangkut paut dengan pengaruh penggunaan bahasa oleh masyarakat di sekeliling kanak-kanak. Ia dikenali juga sebagai pengaruh bahasa ibunda kanak-kanak.

(42)

Penggunaannya bahasa halus atau bahasa yang sopan yang meluas dalam kalangan orang dewasa secara tidak langsung telah mempengaruhi bahasa kanak-kanak. Namun sejauh manakah kemampuan kanak-kanak dalam memahami dan mempraktikkan penggunaan bahasa halus sebagaimana yang diamalkan dalam perbualan harian masyarakat di sekelilingnya? Kajian ini akan menunjukkan kepada kita sejauh manakah pengaruh ‘bahasa sopan’ dan ‘bahasa beralas’ yang sering dipraktikkan dalam kehidupan harian masyarakat Melayu telah mempengaruhi bahasa kanak-kanak.

‘Bahasa beralas’ dan ‘bahasa sopan’ merupakan satu ciri penting yang amat dititik beratkan oleh masyarakat Melayu dalam perbualan harian agar kesopanan dan ketertiban penuturnya terserlah. Masyarakat Melayu akan sentiasa memastikan ujaran yang dituturkan tidak akan menyakiti atau menyinggung hati orang lain. Justeru, pengujaran maksud secara berhemah dan berlapik sentiasa menjadi amalan utama masyarakat Melayu terutamanya semasa membuat permintaan untuk mengelak daripada merasa malu sekiranya permintaannya ditolak. Sesungguhnya, penyampaian makna secara tersirat dalam perbualan atau semasa berinteraksi sudah menjadi satu lumrah dalam kehidupan masyarakat Melayu.

Sejauh manakah pengaruh persekitaran dalam mempengaruhi bahasa kanak-kanak? Adakah kanak-kanak pada usia empat hingga enam tahun telah mampu memahami dan mempraktikkan penggunaan bahasa sopan, beralas, berlapik semasa berkomunikasi sebagaimana yang sering digunakan oleh orang dewasa di sekeliling mereka? Kemampuan mengujar dalam situasi dan konteks yang betul serta keupayaan membuat tafsiran yang tepat terhadap bentuk-bentuk bahasa sopan, berkias dan berlapik dapat membuktikan tahap sebenar pemahaman makna tersirat dalam kalangan kanak-kanak.

(43)

Namun, persoalannya sekiranya pemerolehan dan kemahiran berbahasa kanak-kanak tidak dipengaruhi oleh persekitaran, adalah agak mustahil pada usia prasekolah kanak-kanak mampu menghasilkan ayat-ayat kompleks atau ujaran-ujaran yang mempunyai makna tersirat. Apatah lagi penggunaan makna tersirat dalam kalangan orang dewasa di sekeliling kanak-kanak adalah amat meluas dan mantap. Kajian ini akan menyerlahkan jawapan yang sebenarnya sama ada bahasa kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran atau sebaliknya.

1.6 Objektif Kajian

Pada dasarnya, objektif kajian ini adalah untuk melihat tahap pemahaman makna tersirat dalam interaksi antara kanak-kanak prasekolah yang berusia empat hingga enam tahun. Kajian dilakukan untuk menjawab persoalan sama ada kanak-kanak prasekolah yang berusia empat hingga enam tahun ini telah menguasai makna tersirat atau tidak. ‘Menguasai’ di sini bermaksud adakah kanak-kanak pada tahap ini telah mampu memahami, mentafsir dan mengujarkan ayat-ayat yang mengandungi makna tersirat di sebalik ujaran yang tersurat atau mereka hanya mampu melahirkan mesej yang tersurat semata-mata semasa berinteraksi.

Kanak-kanak dianggap telah mempunyai pemahaman dan menguasai makna tersirat jika mereka berupaya untuk menghasilkan dan menterjemahkan mesej tersirat sama ada dalam bentuk verbal atau bukan verbal dengan tepat. Keupayaan menghasilkan ujaran yang mempunyai makna tersirat sebenarnya dapat dijelaskan sebagai kemampuan kanak-kanak menyampaikan mesej tersirat kepada pendengar sama ada melalui ujaran atau perlakuan. Kemampuan verbal kanak dilihat berdasarkan keupayaan kanak-kanak menghasilkan ujaran yang mempunyai maksud tersirat melalui pelbagai bentuk cara penyampaian yang akan dikaji dan diterangkan dalam Bab 4. Penyampaian mesej

(44)

tersirat secara bukan verbal pula adalah merujuk pada perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam usaha memberi kefahaman dan tindakbalas yang sesuai terhadap mesej tersirat yang cuba disampaikan oleh mereka kepada pendengar yang juga akan dibincangkan dalam bab seterusnya.

Pentafsiran makna ujaran berdasarkan konteks, telah dilakukan untuk mencungkil keupayaan kanak-kanak dalam mentafsir makna tersirat dalam perbualan antara mereka. Untuk melihat tahap pemahaman makna tersirat ini, analisis data akan dibuat bukan hanya merangkumi keupayaan kanak-kanak mengujar dan memahami makna tersirat yang dihasilkan secara verbal, malah analisis juga akan dibuat berdasarkan keupayaan kanak-kanak mentafsir maksud tersirat di sebalik perlakuan bukan verbal penutur-penutur yang berkomunikasi dengan mereka.

Kajian ini secara tidak langsung akan dapat menerangkan dan menggambarkan tentang tahap pemerolehan dan penguasaan bahasa dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Hasil kajian akan dapat memberikan maklumat tentang keupayaan, tahap penguasaan dan pemahaman kanak-kanak prasekolah dalam mentafsir makna ujaran. Sehubungan dengan itu, situasi ini dapat memberikan panduan tentang cara atau gaya komunikasi yang sesuai dengan tahap pemahaman sebenar kanak-kanak. Ibu bapa dan guru-guru dapat menggunakan hasil kajian ini untuk merancang serta melaksanakan strategi berkesan dalam membantu meningkatkan kecekapan berbahasa dalam diri kanak-kanak prasekolah terutamanya yang berkaitan dengan penerimaan serta penghasilan ujaran-ujaran yang mempunyai maksud tersirat.

Oleh itu, secara khususnya objektif kajian ini adalah untuk:

(45)

1. kemampuan kanak-kanak mengujar dan mentafsir ujaran yang mempunyai maksud tersirat.

2. a. mengkaji strategi-strategi yang digunakan oleh kanak-kanak (penutur) dalam usaha memastikan makna tersirat yang hendak disampaikan itu difahami. Antara strategi-strategi yang didapati wujud dalam data, terutamanya sewaktu kanak-kanak cuba menyampaikan mesej tersirat ialah:

i. strategi mengajukan pertanyaan kepada pendengar (penutur) Kanak-kanak ada kalanya akan menggunakan strategi pertanyaan untuk menarik perhatian pendengar dan memaksa pendengar memproses maklumat (Asmah Hj Omar, 1985) yang cuba disampaikan.

ii. strategi menambahkan maklumat konteks (penutur)

-Kanak-kanak juga menggunakan strategi menambahkan maklumat konteks sekiranya menyedari pendengar tidak memahami dan tidak dapat memproses makna tersirat yang terkandung dalam ujaran yang disampaikan.

iii. Strategi bukan verbal (penutur)

Kanak-kanak juga menggunakan strategi sokongan melalui perlakuan bukan verbal seperti memberikan senyuman, mengenyit mata, mencebik bibir dan sebagainya untuk mengiringi ujaran yang mengandungi mesej tersirat agar ia disedari oleh pendengar dan akhirnya dapat membantu pendengar membuat tafsiran yang tepat.

(46)

b. Mengenalpasti strategi verbal dan bukan verbal yang ditunjukkan oleh pendengar sebagai maklum balas sekiranya tidak memahami maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh penutur.

1.7 PersoalanKajian

Kajian ini dilakukan berdasarkan kepada beberapa persoalan seperti berikut iaitu:

1. Adakah kanak-kanak prasekolah telah mampu memahami, mengujarkan dan mentafsirkan makna tersirat dalam interaksi antara mereka?

2. Apakah strategi yang digunakan oleh kanak-kanak untuk memberikan pemahaman kepada pendengar atau untuk memastikan makna tersirat yang terkandung dalam ujaran yang diujarkan oleh mereka difahami oleh pendengar? 3. Apakah strategi verbal dan bukan verbal yang digunakan dan ditunjukkan oleh

kanak-kanak sekiranya mereka sendiri tidak memahami sesuatu pertuturan yang diujarkan oleh penutur terutamanya dalam mentafsir makna tersirat yang terkandung dalam sesuatu ujaran yang didengarinya?

1.8 Kepentingan Kajian

Menurut Fromkin et al. (1993: 341), kanak-kanak memulakan kehidupan tanpa bahasa dan secara perlahan-lahan mengalami proses pemerolehan bahasa secara berterusan mengikut peringkat-peringkat perkembangan yang amat teratur selari dengan perkembangan usia dan perkembangan fizikal mereka. Beliau juga menyatakan bahawa tanpa mengira bangsa, bahasa atau tempat tinggal, kanak-kanak tetap mengalami proses perkembangan dan tahap pemerolehan bahasa yang sama.

(47)

Sehubungan itu, secara amnya, kajian ini adalah penting untuk meninjau proses pemahaman ujaran yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak khususnya di peringkat prasekolah. Namun secara lebih khusus, fokus kajian adalah untuk mengkaji pemahaman makna tersirat dalam kalangan kanak-kanak yang dianggap amat sukar untuk difahamai tetapi sering digunakan dalam interaksi antara mereka.

Kajian ini dapat membantu mendedahkan kepada masyarakat berkaitan dengan tahap sebenar pemahaman kanak-kanak dalam mentafsir makna tersirat ujaran yang didengari oleh mereka sama ada dalam bentuk perkataan atau ayat. Contohnya, ibu bapa akan mengetahui tahap sebenar pemahaman anak-anak mereka terutamanya dalam memahami makna tersirat. Ini penting memandangkan pemahaman yang lebih jitu tentang keupayaan kanak-kanak mentafsir makna, khususnya makna tersirat dalam proses komunikasi harian yang akan dapat membantu ibu bapa menggunakan pengetahuan ini untuk merancang kaedah yang lebih berkesan khususnya dalam usaha mendorong perkembangan dan kecekapan berbahasa anak-anak dengan lebih baik lagi.

Sesungguhnya, pengetahuan tentang tahap sebenar pemahaman anak-anak prasekolah adalah amat penting kepada ibu bapa kerana mereka merupakan orang pertama yang bertanggung jawab membantu perkembangan bahasa kanak-kanak. Dalam konteks bahasa dan pendidikan kanak-kanak, ibu bapa dan orang yang paling hampir dengan kanak-kanak tersebut merupakan model yang ide. Tidak dapat dinafikan bahawa, sejak dilahirkan sehingga memasuki alam persekolahan, kanak-kanak lebih banyak bersama ibu bapa mereka dan akan mengalami proses peniruan serta asimilasi budaya secara langsung.

(48)

Oleh itu bentuk pemakaian bahasa ibu bapa menjadi agen pertama yang mempengaruhi cara komunikasi kanak-kanak serta tahap pemahaman makna sama ada dari sudut yang tersurat atau tersirat. ‘Guru’ yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa kanak-kanak pada peringkat awal kanak-kanak sebenarnya adalah terdiri daripada datuk, nenek, emak, ayah, abang, kakak dan lain-lain yang terdekat dengan mereka (Abdul Aziz Abdul Talib, 1993: 65).

Yaacob Harun (1989:21) berpendapat, keluarga Melayu merupakan agen sosialisasi yang pertama dalam masyarakat. Sosialisasi tahap pertama merujuk kepada seseorang kanak-kanak itu yang masih bergantung kepada ibu bapa dalam hampir semua aspek kehidupan. Manakala sosialisasi tahap kedua pula merujuk kepada peringkat anak-anak setelah meningkat dewasa atau pada peringkat remaja.

Dalam masyarakat Melayu, didikan yang sempurna diberikan terhadap anak-anak pada tahap pertama merupakan satu tanggungjawab yang penting kepada ibu bapa. Pada tahap ini, perkara yang dititikberatkan oleh ibu bapa ialah proses pembentukan akhlak dan perkembangan peribadi yang akur pada nilai-nilai dan norma sosial masyarakat sekeliling. Anak-anak diajar supaya sentiasa berkelakuan baik, berbudi bahasa, mematuhi arahan ibu bapa, menghormati saudara mara, menghormati orang tua dan selalu bertindak dalam lingkungan peraturan dan tatasusila yang ditetapkan (ibid.).

Keupayaan memahami dan menghasilkan pelbagai fonem adalah dibentuk oleh pengalaman yang bermula dari sejak mula dilahirkan lagi (Noor Aina Dani, 2007: 19) Sehubungan itu, ibu bapa handaklah peka dan perlu mengetahui tahap sebenar pemahaman makna tersirat dalam kalangan anak-anak mereka untuk memudahkan ibu bapa menggunakan pendekatan yang sesuai dengan tahap pemahaman kanak-kanak

Referensi

Dokumen terkait

Hal tersebut terlihat pada hasil pekerjaan dan wawancara untuk persoalan nomor 1 mengenai gradien bahwa A1 mampu dalam menuliskan dan mengingat rumus y  mx  c

sederhana yang membentuk batas dari suatu daerah. di

Obwohl die KIDRON Vermögens- verwaltung GmbH der Auffassung ist, dass die Angaben auf ver lässlichen Quellen beruhen, kann sie für die Qualität, Richtigkeit, Aktualität oder

Kami percaya bahwa informasi dalam laporan ini adalah benar dan setiap pendapat, kesimpulan atau rekomendasi yang cukup telah diadakan atau dibuat, berdasarkan informasi yang

Pada rangkaian dengan kawat email yang berdiameter 0,5 mm, jumlah lilitan 26× putaran, dan frekuensi yang digunakan 470KHz diperoleh efisiensi daya yang ditransfer pada jarak 1

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui Sejarah tentang berdirinya TPI di desa Bajomulyo kecamatan Juwana kabupaten Pati, untuk mengetahui karakteristik

[r]