@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Edubest
Tahap SR3B
Modul 3
Markah Kuiz Komputer Minggu Tarikh Tatabahasa
(%) Perbendaharaan Kata (%) Peribahasa (%) Lain-lain 1 2 3 4 5
A. Pemahaman
Petikan 1 :
Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya.
Masyarakat pada hari ini tidak lagi mementingkan hubungan kekeluargaan. Perkara ini jelas terutamanya dalam kalangan masyarakat bandar. Oleh itu, kita seolah-olah lali dan tidak peka terhadap berita-berita tentang anak yang lari dari rumah, pergaduhan sesama ahli keluarga dan sebagainya.
Hubungan sesama jiran juga semakin renggang. Masyarakat tidak lagi mempedulikan cogan kata yang dilaungkan tentang semangat kejiranan. Terdapat sesetengah orang yang menganggap bahawa hidup berjiran hanya membuang masa dan tidak mendatangkan sebarang faedah. Mereka lebih gemar hidup bersendirian. Apa yang penting bagi masyarakat seperti ini ialah berjaya dalam masa yang singkat untuk mengejar kebendaan. Tidak hairanlah jika ada orang yang tidak tahu-menahu serta tidak kenal jiran di sebelah rumah mereka. Perkara ini memerlukan penyelesaian yang segera. Setiap pihak, baik ahli keluarga atau jiran-jiran mesti bertolak ansur dan saling menghormati antara satu sama lain.
Untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia serta adanya perpaduan sesama jiran, ibu bapa harus memberi pendidikan awal kepada anak-anak. Anak-anak mesti dididik dengan nilai moral dan kepentingan perhubungan sesama manusia. Memupuk nilai kasih sayang dalam diri dapat mengelakkan mereka daripada mengamalkan sifat yang negatif. Oleh yang demikian, hasrat untuk mewujudkan satu suasana kekeluargaan dan hidup berjiran yang harmoni akan
tercapai.
Bahasa
Melayu
1. Mengapakah masyarakat pada hari ini telah lali dan tidak peka terhadap berita-berita yang berkaitan dengan kekeluargaan?
A Mereka tidak mempunyai masa untuk mengikuti perkembangan semasa
B Mereka tidak suka mendengar berita
C Mereka tidak suka mencampuri urusan rumah tangga orang lain D Masyarakat pada hari ini tidak lagi mementingkan hubungan kekeluargaan
2. Sikap bagaimanakah yang boleh merenggangkan hubungan sesama jiran?
A. Mementingkan diri sendiri B. Suka bergaul
C. Suka mengambil tahu urusan orang lain D. Prihatin
3. Apakah yang diutamakan oleh masyarakat yang tidak mementingkan semangat kejiranan?
A Hubungan kekeluargaan
B Kebahagiaan hidup bermasyarakat C Semangat perpaduan
D Kerjaya dan kebendaan
4. Sebuah keluarga bahagia dan perpaduan sesama jiran boleh dipupuk dengan
A melaungkan cogan-cogan kata tentang semangat kejiranan B mencampuri urusan keluarga dan jiran
C mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni dan semangat bermasyarakat
D melarang anak-anak bergaul dengan masyarakat
Bahasa
Melayu
5. Apakah kesan yang berlaku jika ibu bapa berjaya memupuk sifat kasih sayang dalam diri anak-anak?
A Mewujudkan kebahagiaan keluarga dan keharmonian hidup B Melahirkan anak-anak yang pandai dan berjaya dalam kerjaya C Melahirkan anak-anak yang bersifat negatif
D Melahirkan anak-anak yang liar dan suka mengasingkan diri
6. Golongan manakah yang memandang ringan terhadap hubungan kekeluargaan ?
7. Apakah petanda hubungan kekeluargaan menjadi tidak serapat dahulu lagi ?
8. Apakah pandangan negatif sesetengah anggota masyarakat terhadap hidup berjiran ?
9. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah perhubungan yang renggang antara jiran ? (KBAT)
10. Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan “mengejar kebendaan” ? (KBAT)
( %)
Bahasa
Melayu
Petikan 2:
Baca syarahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya.
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana dan para hadirin yang saya muliakan, salam sejahtera saya ucapkan. Pada hari ini saya ucapkan. Pada hari ini saya akan membentangkan sebuah syarahan yang bertajuk “Rajin Punca Kejayaan”.
Hadirin sekalian.
Jika sejak kanak-kanak lagi seseorang itu sudah diterapkan dengan budaya rajin bekerja dan mengamalkan kerja tidak bertangguh, hasil yang baik akan dinikmati pada masa hadapan. Orang yang malas dan hanya mengharapkan belas kasihan daripada orang lain tidak akan iri dalam hidupnya. Sebagai contoh, orang yang malas bekerja akan hidup dalam kesusahan.
Oleh itu, untuk berjaya, kita mesti rajin berusaha dan tidak boleh kecewa dan putus asa setelah mengalami kegagalan. Kita harus akui hakikat tentang ungkapan yang mengatakan bahawa kegagalan buat kali pertama tidak bermakna kita akan gagal untuk selama-lamanya. Jika kita berusaha dan rajin menimba pengalaman baru, usaha ini pasti akan membuahkan hasil yang lumayan.
Tidak ada orang yang berjaya hidup dengan mengharapkan simpati daripada orang lain tanpa usaha yang gigih. Tidak ada tiket untuk mencapai kejayaan kecuali rajin berusaha dan tidak mudah mengaku kalah
Hadirin yang saya hormati,
Bahasa
Melayu
Orang yang hidup dalam kemiskinan tetapi rajin berusaha, lambat-laun mereka pasti akan mencapai kesenangan hidup. Setiap usaha yang kita lakukan haruslah bersertakan semangat yang kental. Kita harus ingat bahawa tidak ada orang yang dapat mengubah nasib kita, jika kita sendiri tidak mahu mengubahnya.
Akhir kata, marilah kita sama-sama mengubah cara hidup kita sekarang dengan menanamkan sikap rajin dalam jiwa kita, kerana rajin adalah punca kejayaan.
Sekian, terima kasih
1. Apakah yang dimaksudkan dengan kerja tidak bertangguh dalam petikan?
A Kerja yang banyak
B Kerja yang tidak diselesaikan
C Terus menyelesaikan kerja yang diberikan D Tidak menghabiskan kerja yang diberikan 2. Untuk mencapai kejayaan, seseorang itu mesti A. rajin berusaha
B. mengamalkan budaya kerja bertangguh C. cepat kecewa
D. malas
3. Orang yang rajin mempunyai ciri-ciri berikut, kecuali A. berasa kecewa
B. berusaha dengan bersungguh-sungguh C. tidak menangguhkan kerja yang diberi D. tidak kenal erti putus asa
4. Bagaimanakah orang yang miskin boleh mengecapi kesenangan hidup?
A Berserah kepada takdir semata-mata
Bahasa
Melayu
B Mengharapkan bantuan daripada orang lain
C Meminta sedekah dan bantuan daripada orang ramai D Rajin bekerja dan berusaha untuk mengubah nasib diri
5. Berikut merupakan peribahasa yang mendukung maksud petikan, kecuali
A. sikit-sikit lama-lama jadi bukit B. bagai anjing dengan bayang-bayang C. hati hendak semua jadi
D. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
6. Apakah ciri-ciri yang ada pada orang yang malas ?
7. Apakah sikap yang patut kita amalkan apabila kita berhadapan dengan kegagalan ? (KBAT)
8. Berikan empat ciri yang patut ada pada seseorang jika dia hendak mencapai kejayaan.
9. Apakah perbezaan petikan yang disediakan dengan petikan ucapan ? (KBAT)
10. Berikan sinonim bagi perkataan berikut : a. Mengharapkan d. mengalami b. Mengalami e. mengubah c. Membuahkan f. menanamkan ( %)
Bahasa
Melayu
Edubest
A. Tatabahasa Lanjutan
Kata Adjektif
Praktis 1:
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
gagah pantas kuning panjang pintar sedap buncit sayang hampir lambat
1. Fatihah disayangi oleh guru kelasnya kerana dia seorang murid yang ____________.
2. Perempuan yang berkebaya______________itu ialah kakak Nadirah.
3. Pak Cik Ismail memarahi anak lelakinya kerana berambut ____________.
4. Perut ular sawa itu _______________ setelah menelan seekor anak kambing.
5. Tom yam yang dimasak oleh ibu sungguh _____________ dan menyelerakan.
6. Irwani tiba ________________ di sekolah kerana ketinggalan bas.
7. Pelari itu berlari dengan ________________ meninggalkan para
pesaingnya.
Bahasa
Melayu
8. Adik Tommy sangat________________ akan anak kucing peliharaannya.
9. Rumah Cikgu Shukri _________________ dengan stesen kereta api.
10. Lelaki itu sungguh________________ hingga mampu menolak sebuah bas dengan sebelah tangan
( %)
Praktis 2:
Pilih kata adjektif yang sesuai.
1. Ayah membeli satu set sofa yang agak (mahal, buruk) di pameran perabot tersebut.
2. Nanas memerlukan tanah yang gembur untuk hidup dengan (subur,layu).
3. Mukanya (hijau, pucat) apabila dimarahi oleh guru di hadapan rakan-rakan sekelasnya.
4. Kebanyakan kanak-kanak di Afrika (gemuk, kurus) melidi kerana tidak mendapat makanan yang mencukupi.
5. Ikan bakar di Medan Selera sungguh (lazat, tawar), oleh itu tempat ini sentiasa dikunjungi ramai.
6. Negara kita pernah dijajah oleh beberapa kuasa asing pada zaman yang (lampau, baru).
( %)
Bahasa
Melayu
Praktis 3
Pilih jawapan yang paling sesuai.
1. Jarak rumah Badrul terlalu __________ dari pusat bandar. A. cantik B. jarang
C. dalam D. jauh
2. Agar-agar kopi yang dibuat oleh kakak sungguh___________. A. masam B. manis
C. kelat D. pahit
3. Wanita itu berketurunan Melayu tetapi rambutnya __________ seperti orang putih.
A. hitam B. putih C. perang D. biru
4. Puan Mina menanam pokok-pokok ___________ di sekeliling rumahnya.
A. nipis B. renek C. panjang D. lebar
5. Bola pingpong itu telah________ kerana dipijak oleh adik. A. kemik B. tinggi
C. buncit D. kurus
6. Encik Husin pulang __________ dari pejabat pada hari ini kerana beliau kurang sihat.
A. deras B. awal C. segera D. lambat
Bahasa
Melayu
7. Pemuda yang buta itu nyaris dilanggar oleh sebuah motosikal yang ditunggang dengan __________.
A. kuat B. perlahan-lahan C. laju D. lambat
8. Shamsul menyiapkan ujiannya dengan __________ dan cuai, oleh sebab itu dia gagal.
A. gopoh B. baik C. cermat D. teliti
9. Suara penyanyi itu agak _________ kerana dia menyanyi dengan tidak berhenti-henti.
A. merdu B. nyaring C. serak D. lunak
10. Puan Siti meletakkan sebuah meja yang __________ di satu sudut ruang tamu rumahnya.
A. buncit B. kempis C. kemik D. bulat
11. Keadaan mangsa-mangsa keracunan makanan di sekolah itu masih_________.
A. lemah B. layu C. sihat D. segar
12. Budak itu masih _________ tetapi sudah pandai bergaya seperti orang dewasa. A. segak B. kecil C. tampan D. besar
Bahasa
Melayu
Edubest
supaya empuk. A. liat B. lembut C. kasar D. licin
14. Gulai lemak itu tidak sedap kerana kakak menggunakan santan yang telah ___________.
A. hancing B. harum C. tengik D. hangit
( %)
Praktis 4 :
1. Kuih baulu itu sangat _______ dan enak.
A. keras B. empuk C. kasar D. halus
2. kaki saya terasa _____ kerana berjalan terlalu jauh.
A. sengal B. kuat C. sakit D. pedih
3. Adik menangis dengan ____ apabila ditinggalkan oleh ibu.
A. teresak-esak B. nyaring
C. kuat
D. meronta-ronta
4. Beberapa ekor buaya yang ____ itu telah dihantar ke Zoo Melaka.
A. ganas B. garang C. jinak D. cantik
5. Saya berasa sangat ____ melihat penderitaan rakyat Bosnia.
A. gembira B. sedih C. bangga D. seronok
6. Angin yang ___ itu telah menumbangkan beberapa batang pokok kelapa.
Bahasa
Melayu
A. kencang
B. sepoi-sepoi bahasa C. kuat
D. deras
7. Ukiran yang dihasilkan oleh pengukir khat itu amat ____ mutunya.
A. rendah B. baik C. elok D. tinggi
8. Generasi ___ harus dididik supaya menghormati golongan tua.
A. muda B. tua C. remaja D. dewasa
9. Parang yang panjang itu sangat ____.
A. tumpul B. tajam C. tirus D. berat
10. Kucing merupakan binatang yang _____ . A. garang B. jinak C. comel D. liar 11. Wajahnya ___ setelah menerima berita kematian neneknya di kampung.
A. muram B. riang C. risau D. bimbang
12. Raja yang ____ akan disayangi oleh rakyat.
A. adil
B. bijaksana C. angkuh D. zalim
13. Ibu menyimpan pisau di tempat yang ___ supaya tidak dapat dicapai oleh adik.
A. rata B. tinggi C. selamat D. dalam
14. Ali tidak kuat makan. Oleh itu, badannya ____ . A. montel B. gempal C. gemuk
Bahasa
Melayu
Edubest
D. berat
15. Semua orang suka berkawan dengan Hassan kerana dia ___ hati.
A. baik B. busuk C. sakit D. jauh
16. Harga baju yang ___ itu mahal. A. halus B. cantik C. koyak D. labuh 17. Wajahnya kelihatan ___ kerana ketakutan. A. bulat B. pucat C. putih D. berseri-seri
18. Ali lulus dalam peperiksaan kerana dia ___ membaca buku.
A. kuat B. rajin C. pandai D. gigih
19. Dengan usaha yang ____, dia berjaya mencapai cita-citanya.
A. kuat B. gigih C. kental D. tahan
20. Hanya orang yang
bersemangat ___ akan berjaya mendaki gunung yang tertinggi di Asia itu.
A. gigih B. kuat C. kental D. berani
21. Buah mangga muda itu agak _____.
A. masam B. pahit C. kelat D. masin
22. Apabila hari hendak hujan, langit kelihatan_____. A. gelap B. malap C. mendung D. hitam
Bahasa
Melayu
Edubest
23. Sungguhpun Muthu
berketurunan India, dia ___ berbahasa Melayu.
A. fasih B. pandai C. lancar D. bijak
24. Badan penjual ikan itu berbau____.
A. hanyir B. hancing C. hapak D. hangit
25. Gaji yang ___ menjadi punca penarik utama kepada golongan pekerja.
A. banyak B. lumayan C. ramai D. tebal
26. Nasi yang ditanak oleh kakak sudah ____ kerana dia leka menonton televisyen.
A. masak B. hangus C. hangit D. hapak
27. Minyak kelapa itu berbau ____ setelah lama disimpan.
A. busuk B. hapak C. hanyir D. tengik
28. Kakinya terasa ____
setelah menaiki tangga setinggi lima tingkat.
A. letih B. lemah C. lenguh D. seliuh
29. Penipu yang _____ itu sukar untuk diperangkap oleh pihak polis.
A. bijak B. licik C. licin D. geliga
30. Lapangan Terbang KLIA merupaka salah sebuah lapangan terbang yang ter____ di Asia.
A. moden B. canggih C. baru D. maju
Bahasa
Melayu
Edubest
B. Penulisan
Karangan Jenis Keperihalan Panduan Mengarang
1. Karangan keperihalan merupakan suatu bentuk penulisan yang mengehendaki para pelajar menceritakan semula sesuatu perkara yang telah berlaku.
2. Perkara tersebut boleh ditulis berdasarkan apa yang pernah anda lihat atau alami.
3. Biasanya, suasana, keadaan, pengalaman dan pemandangan sesuatu tempat atau majlis yang akan ditulis. Anda boleh melibatkan diri atau pihak ketiga.
4. Anda perlu menggunakan kata adjektif atau kata keterangan yang tepat untuk menyifatkan perkara tersebut.
5. Isi jarangan anda seharusnya ditulis mengikut urutan masa atau peristiwa.
5. Jika karangan ini melibatkan pengalaman diri anda, cuba masukkan nilai moral atau nilai-nilai murni dalam penutup karangan anda.
Karangan Contoh :
Sekolah kamu telah menganjurkan Hari Keluarga. Kamu sekeluarga hadir pada majlis tersebut. Ceritakan suasana dan gambaran pada hari tersebut.
Pada hari minggu lalu, sekolah saya telah menganjurkan Hari Keluarga. Aktiviti itu telah dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk mengeratkan hubungan ibu bapa dan guru.
Saya bersama ayah, ibu dan adik Ita tidak melepaskan peluang untuk turut serta. Ketika kami tiba, orang ramai telah membanjiri padang sekolah. Wajah tetamu yang hadir begitu ceria dan tidak
Bahasa
Melayu
sabar untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang telah dirancang. Tetamu kehormat dan jemputan telah memenuhi khemah yang disediakan sebelum upacara perasmian dimulakan.
“PIBG berbesar hati atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan bersama keluarga masing.-masing. Hal ini melambangkan sikap prihatin para hadirin terhadap sekolah. Dalam waktu yang sama diharapkan silaturahim kita dapat diperteguh,” kata Datuk Faiz Mohd Nazri, Yang Dipertua PIBG dlam ucapan perasmiannya. Sebaik sahaja mengakhiri ucapan beliau, paluan kompang kedengaran disertai dengan upacara melepaskan belon-belon yang berwarna-warni ke udara.
Aktiviti yang dijalankan seperti lari dalam guni, pasangan bahagia, melukis dan meniup tepung mendapat sambutan hangat. Saya telah mengambil bahagian dalam acara lari dalam guni sebagai bidan terjun. Ibu dan ayah pula mengambil bahagian dalam acara pasangan bahagia. Mereka berdua berjaya memenangi sebuah hamper sumbangan pihak PIBG. Ramai yang ingin mengambil bahagian sedangkan penyertaan terhad. Untuk mengelakkan ada yang berkecil hati, setiap ibu bapa hanya dibenarkan menyertai satu acara sahaja.
Sesudah dua jam acara berlangsung, hujan renyai-renyai membasahi padang. Jualan berupa makanan dan buku yang terdapat di kantin kini menjadi perhatian. Pada waktu itu, jurujual dalam kalangan guru dan kaum ibu mula sibuk melayan pembeli agar barangan jualan mereka laris. Keuntungan yang diperoleh akan disalurkan ke dalam tabung pelajar miskin untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan.
Majlis berakhir kira-kira jam 12.30 tangah hari. Walaupun saya tidak memenangi sebarang hadiah, saya berharap majlis ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang kerana hubungan mesra antara ibu bapa dan guru akan membawa kemajuan kepada sekolah dari segi akademik mahupun kemudahan.
Bahasa
Melayu
Latihan:
Latihan 1:Sedang kamu membeli-belah bersama ibu kamu. Tiba-tiba, kamu melihat seorang pemuda meragut beg seorang wanita. Ceritakan tindakan yang kamu lakukan.
Pendahuluan : -ibu mengajak saya ke pusat beli-belah -tujuan membeli-belah
-pengangkutan yang digunakan
Isi 1 : -rambang mata melihat buku cerita di kedai buku
(Perkembangan 1) -ibu meminta membeli barang yang penting dahulu
-riuh-rendah -penuh-sesak
Isi 2 : -ternampak lelaki meragut beg
(perkembangan 2) -melarikan diri
-menjerit
-reaksi orang awam
Isi 3 : -saya membantu beberapa orang pemuda mengejar
(Kemuncak) -merosakkan/menumbangkan barang/gerai
-ditangkap
-dibawa ke tempat wanita malang itu Isi 4 : -meminta bantuan pengawal keselamatan
(Penurunan) -meminta wanita ke balai polis
-peragut meminta belas kasihan -ditolak
Penutup : -terus membeli-belah
(Peleraian) -meluahkan rasa bangga melihat keberanian saya
-tersenyum bangga memikirkan pengalaman tadi
Bahasa
Melayu
Latihan 2 :
Sewaktu kamu sedang dalam bas untuk pulang ke rumah, tiba-tiba bas yang kamu naiki rosak. Ceritakan pengalaman itu sehingga kamu dapat pulang ke rumah.
Permulaan : pergi ke mana/bila/bersama siapa Isi 1 : Perkembangan 1 : dalam perjalanan
Isi 2 : Perkembangan 2 : tanda-tanda bas rosak Isi 3 : Kemuncak : keadaan bas rosak Isi 4 : Penurunan : selepas turun dari bas Penutup : Peleraian & nilai murni
Latihan 3 : Sedang kamu mengikuti kelas Sains, tiba-tiba suara jeritan kedengaran. Tuliskan apa yang berlaku.
Latihan 4 : Ibu cuba menghidupkan enjin kereta untuk menghantar kamu ke sekolah. Namun, enjin kereta gagal dihidupkan. Tuliskan apa yang berlaku
Bahasa
Melayu
C. Bina Ayat
Bina Ayat 1 : Situasi1. Mangsa tsunami …..ditempatkan di 2. …membawa……diselamatkan ke 3. …dihantar untuk ……..
4. …mengedarkan air minuman …..
5. …mengucapkan….perkhidmatan & layanan…..
Bahasa
Melayu
Bina Ayat 2 : Aktiviti
Bina Ayat 3 : Langkah-langkah Penanaman Padi 1. ..membawa…balik
2. ...berasa gembira
3. …membuka / mengupas durian …….. 4. …yang menggemari…..menikmati …..
5. …tidak tahan…bau …memicit hidungnya…..
1. ..membajak…..jentera pembajak….menggemburkan 2. ...memindahkan anak semaian ke
3. …memasang orang-orang di….menakutkan haiwan perosak 4. …masak,….menuai padi …….sabit
5. …dituai,…dibanting…menanggalkan padi ….tangkai
Bahasa
Melayu
Bina Ayat 4 : Situasi
1. ..dalam perjalanan pulang…….bersurai 2. ...cuaca…panas terik
3. ..terdengar bunyi ngiauan kucing…… 4. …melihat …..di dalam longkang
5. ..bermain….di….setelah dibersihkan
Bahasa
Melayu
D. Ulasan
Ulasan 1 :Pengenalan : ….di sekolah ialah aktiviti ….berfaedah kepada…. Isi tersurat :
1. …..bekerjasama……membersihkan… 2. ……menanam ….menyusun pasu bunga 3. …...ditugaskan…….melukis mural… 4.
Isi tersirat :
1. ….kita dapat menceriakan ..
2. ….membuat kerja menjadi cepat .& ringan 3. ….memupuk semangan kerjasama…..
Penutup : Kesimpulannya, amalan….patutu digalakkan……
Bahasa
Melayu
Ulasan 2 :
Pengenalan :…. …penting kepada para pelajar di….. Isi tersurat :
1. …bermain bola di..
2. Jurulatih olahraga mengambil catatan masa… 3. …keletihan dibenarkan berehat……
Isi tersirat :
1. ….patut digalakkan untuk …. 2. Melalui sukan,…..sihat
3. ..semangat kesukanan….
Penutup : Kesimpulannya, ….diwajibkan untuk menyertai …..
Bahasa
Melayu
Ulasan 3 :
Pengenalan : ….menyambut Hari Raya Aidilfitri….setiap… Isi tersurat :
1. …mengacau dodol …menganyam ketupat…. 2. ……membakar lemang…..bermain mercun 3. …dihiasi lampu pelita…
Isi tersirat :
1. ….dapat berkumpul bersama…pada….
2. …menyambut perayaan….…beramah mesra dengan.. 3. …merupakan adat resam kaum Melayu…turun-temurun Penutup : Kesimpulannya, …meneruskan traidisi….diwarisi turun-temurun
Bahasa
Melayu
Ulasan 4 :
Pengenalan : Pasar malam…..diadakan…..setiap.. Isi tersurat :
1. Pelbagai jenis gerai…..
2. Pengunjung….berduyun-duyun..membeli 3. …tawar-menawar dengan…
Isi tersirat :
1. …membolehkan penduduk tempatan menikmati….
2. …memberikan peluang…..untuk menambahkan pendapatan 3. …menjadi tarikan pelancong asing
Penutup : Kesimpulannya, ...mendatangkan banyak kebaikan…
Bahasa
Melayu
E. Rampaian Bahasa
Simpulan Bahasa1. Cacing kepanasan : Tidak boleh diam atau gelisah
2. Cakap angin : Cakap yang tidak berisi atau tidak betul
3. Cakap besar : Percakapan yang melebih-lebihkan keupayaan diri
4. cari akal : Berikhtiar untuk mencapai sesuatu tujuan 5. Cari fasal : Sengaja mencari alasan untuk bergaduh 6. Cuci mata : Melihat-lihat perempuan atau benda-benda
yang cantik 7. Cupak pesuk : Mulut tempayan 8. Curi hati : Memikat hati
9. Curi masa : Menggunakan masa untuk membuat kerja lain 10. Dapat angin : Desas-desus; khabar angin
11. Dapat bahagian : Denda atau kena pukul
12. Dapat khabar : Menerima khabat atau berita 13. Dapat terpijak : Durian runtuh
14. Darah daging : Ahli keluarga sendiri
15. Darah muda : Semangat atau perasaan orang muda 16. Dendam kesumat : Rasa benci atau dendam yang mendalam 17. Diam besi : Semakin hari semakin bodoh
18. Dosa kering : Kesalahan yang dilakukan dengan sengaja 19. Dua sejoli : Sepasang lelaki atau perempuan
Bahasa
Melayu
Kata Ganda
1. calar-balar : penuh dengan kesan calar 2. carut-marut : kata-kata kesat
3. cemas-cemas : nyaris-nyaris
4. cirit-birit : sakit perut sehingga kerap membuang air besar
5. tercengang-cengang : kehairanan; terkejut bercampur pelik 6. cerai-berai : berpisah
7. cita-cita : harapan; hasrat 8. compang-camping : koyak-rabak
9. tercungap-cungap : termengah-mengah 10. curi-curi : secara senyap-senyap 11. berdekah-dekah : ketawa terbahak-bahak 12. dekak-dekak : sempoa
13. desas-desus : khabar angin 14. berduyun-duyun : beramai-ramai
15. seelok-eloknya : seboleh-bolehnya; sebaik-baiknya
16. teresak-esak : menangis tidak terhenti-henti; tersedu-
sedan
Bahasa
Melayu
Perkataan Banyak Makna 1. Muda
a. belum tua : Usahawan muda itu baru berumur tiga puluh tahun.
b. belum masak : Rasa mangga muda kelat dan masam. c. warna yang : Warna kereta ayah biru muda.
kurang gelap 2. Murah
a. banyak : Mereka yang selalu bersedekah akan murah rezeki.
b. tidak mahal : Harga barangan buatan Malaysia lebih murah.
c. tidak kedekut : Jutawan yang murah hati itu disanjungi ramai.
3. Muram
a. kelam / : Cuaca pada pagi ini muram sahaja. tidak terang
b. tidak berseri : Cik Siti kelihatan muram sahaja hari ini c. menderita : Kehidupan keluarga mak ciknya muram
sejak suaminya meninggal dunia. 4. Naik
a. bergerak ke atas : Belon udara panas itu naik ke udara dengan cepat.
b. daki, panjat : M. Mohandas berjaya naik ke puncak Gunung Everest.
c. Bertambah : Harga barangan semakin naik tinggi belakangan ini.
Bahasa
Melayu
d. menjadi : Air mukanya naik marah semasa marah. e. kembang : Adunan kek itu naik selepas dicampur
dengan serbuk penaik.
f. mengenderai : Sebelum naik bas, beraturlah dahulu. 5. Nama
a. panggilan : Nama pemuda itu ialah Razali.
b. gelaran : Beliau dikurniakan nama Datuk atas jasanya terhadap masyarakat.
c. kemasyhuran : Dia berjaya menaikkan nama negara melalui sukan.
6. Nanti
a. kelak : Datanglah ke rumah saya apabila senang nanti.
b. akan, tentu : Kalau tidak dirahsiakan perkara ini, nanti hebohlah seluruh kampung. c. jika tidak begitu : Baik engkau dengar nasihatku, nanti
engkau menyesal.
Bahasa
Melayu
Perkataan Hampir Sama Makna
Cara Memasak
1. memasak : memasak secara umum / biasa 2. menanak : memasak nasi (menanak nasi) 3. menjerang : memasak air (menjerang air)
4. menggoreng : memasak dengan minyak di kuali (menggoreng ikan)
5. merebus : memasak dengan air (merebus telur)
6. memanggang : memasak makanan dengan menggunakan bara api (memanggang ayam)
7. membakar : memasak dengan menggunakan api dan bara (membakar sate)
8. mengukus : memasak dengan menggunakan wap air (mengukus ikan)
9. mereneh : memasak sup (dengan herba)
Bahasa
Melayu
Pepatah Melayu
1. Belum menetas sudah dibilang
Maksud : Mengharapkan sesuatu yang belum menjadi kenyataan
Contoh : Nor Hakim menasihati rakan-rakannya agar tidak
bersikap belum menetas sudah dibilang tentang projek mereka.
.
2. Benih yang baik jika jatuh ke laut menjadi pulau
Maksud : Seseorang yang baik budi pekerti akan disanjung walau berada di mana.
Contoh : Ke mana sahaja Azli pergi, dia disukai bak kata pepatah, benih yang baik jika jatuh ke laut menjadi pulau juga. 3. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Maksud : Sesuatu kesusahan itu lebih dirasai oleh orang yang menanggungnya daripada orang yang melihatnya.
Contoh : Penderitaan orang yang menghidapi penyakit barah hanya
dirasai pesakit tersebut bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
4. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : Sifat bekerjasama dan tolong-menolong akan memudahkan sesuatu pekerjaan.
Contoh : Bagi menjayakan projek gotong-royong tersebut, Guru
Bahasa
Melayu
Besar meminta semua guru turut serta, biarlah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
5. Bergalah ke hilir ketawa buaya,
bersuluh di bulan terang tertawa harimau
Maksud : Sesuatu perkara yang dilakukan perlu kena pada tempatnya supaya orang lain tidak mengambil kesempatan atau diketawakan
Contoh : “Jangan bergalah ke hilir ketawa buaya, bersuluh di
bulan terang tertawa harimau, nanti kamu yang mendapat susah, pesan ibu kepada Rahman.
.
Bahasa
Melayu
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650