@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Edubest
Tahap SR3A
Modul 3
Markah Kuiz Komputer Minggu Tarikh Tatabahasa
(%) Perbendaharaan Kata (%) Peribahasa (%) Lain-lain 1 2 3 4 5
Program Bahasa Melayu Edubest
Modul 3
A. Bacaan
Bacaan : Ayam Menipu Musang a. Perbendaharaan Kata
Bil. Perkataan/Frasa Kata Akar 意思
1 -membela, menternak memelihara 养
2 -banyak berbeza jauh lebih 更
3 -kecewa, patah semangat berputus asa 会心
4 -pihak yang mengalami kecelakaan /kerugian mangsa 牺牲品
5
bertenggek
-duduk di tenpat yang agak tinggi (burung di atas dahan)
栖息(在 树枝上)
6 -tidak mungkin, mana boleh masakan 不可能
7
kelibat
-rupa seseorang atau sesuatu yang kelihatan sepintas lalu
踪影
8 -melihat dengan teliti memerhati 观察
9 -bertegur sapa. memanggil menegur 打招呼
10 -membuat orang lain percaya menyakinkan
Bahasa
说服Melayu
11 -seteru, lawannya kawan musuh 仇敌
12 mencapai kata sepakat
-bersetuju, sebulat suara 异口同声
13 -tepi hutan pinggir hutan 森林边
14 -kuat dan berani gagah perkasa 英勇
15 -memikat hati seseorang dengan kata-kata manis memujuk 劝说
16 -tidak tahu apa yang hendak dibuat serba salah 不知所措
17 -jalan buntu, tiada cara mati akal 走投无路
18 -akal, muslihat, tipu daya helah 诡计
19 -tengking untuk menakut-nakutkan gertak 高声威吓
20 -menggigil menggeletar 发抖
b. Latihan Perbendaharaan kata – Isi tempat kosong
1. Ayah _____________ adik supaya tidak berkecil hati setelah permintaannya untuk mengunjungi kafe siber ditolak ayah.
2. ____________ murid-murid Tahun Enam tidak beratur semasa membeli makanan di kantin pada waktu rehat.
3. Hang Tuah merupakan seorang pahlawan yang
__________________ pada Zaman Kesultanan Melaka.
Bahasa
Melayu
4. Fazira _______________ apabila alasan tentang ketidakhadirannya tidak diterima oleh cikgu.
5. Barisan penyerang pasukan bola sepak Malaysia
_______________ setelah berkali-kali menyerang kubu lawan tetapi masih tidak berhasil.
6. Badan penagih dadah itu _______________ apabila dia kehabisan dadah.
7. Ahli jawatankuasa pertubuhan itu telah
______________________ dalam perkara yang dibincangkan itu. 8. Usahkan dia, ______________nya pun tidak nampak.
9. Adik bongsu Ainol asyik ______________ pembantu rumahnya yang sedang menganyam tikar mengkuang.
10. Orang yang mudah ____________________ tidak akan berjaya. 11. Jurujual muda itu cuba menggunakan ____________ untuk
_____________ suri rumah tangga yang tua itu untuk membeli barang jualannya.
12. Menara Kuala Lumpur _______________ tinggi daripada Menara Maybank.
( %)
Bahasa
Melayu
B. Bacaan & Pemahaman
Ayam Menipu Musang
Pada suatu masa dahulu, ada seekor musang yang tinggal di dalam sebuah hutan. Hutan itu hampir dengan sebuah kampung. Ramai orang kampung itu memelihara ayam. Ayam-ayam itu selalu mencari makanan di pinggir hutan tempat tinggal musang. Jadi, musang selalu menangkap dan makan ayam-ayam tersebut.
Ayam-ayam itu sangat marahkan musang kerana telah makan anak, ibu dan bapa ayam. Malangnya, ayam-ayam itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana musang jauh lebih besar dan kuat, Jadi, ayam-ayam itu sentiasa berhati-hati. Apabila ternampak musang, ayam itu cepat-cepat lari. Oleh sebab itu, musang semakin susah untuk menangkap ayam.
Walaupun bagaimanapun, musang tidak pernah berputus asa selagi tidak dapat menangkap masangnya. Musang akan menunggu di bawah pokok tempat ayam-ayam itu bertenggek.
“Masakan ayam-ayam itu tidak turun mencari makanan. Apabila lapar, tentu ayam itu akan turun,” fikir musang.
Ayam-ayam itu juga cerdik. Mereka tidak akan turun selagi musang berada di situ. Akhirnya, musang berputus asa dan kembali ke hutan. Perutnya sangat lapar. Musang mencari akal bagaimana hendak menipu ayam.
Bahasa
Melayu
Pada keesokan harinya, musang bersembunyi di dalam semak. Ayam-ayam turun mencari makanan kerana tidak nampak kelibat musang. Setelah lama menunggu, musang melihat dua ekor anak ayam berkejar-kejaran berhampiran tempatnya bersembunyi. Musang memerhati anak-anak ayam itu. Dengan tenang, musang menghampiri anak-anak-anak-anak ayam itu. Anak-anak ayam itu terperanjat dan cuba lari. Musang tidak mengejar anak-anak ayam itu, sebaliknya dia menegur dengan baik, “Hai anak-anak ayam, jangan lari! Jangan takutkan aku, aku bukan hendak menangkap kamu.”
Mendengar kata-kata musang, anak-anak ayam itu tidak jadi lari. Sungguhpun demikian, mereka masih tidak percayakan musang.
“Kami tidak percaya kata-kata kau,” kata salah seekor anak ayam itu.
“Mengapa tidak percayakan aku?” tanya musang.
“Kau pembohong besar! Emak kami selalu melarang kami mendekati musang. Apabila nampak musang, kami mesti cepat-cepat lari kerana musang makan ayam,” kata anak ayam itu lagi.
“Dahulu memang musang makan ayam, sekarang tidak lagi,” kata musang dengan lembut. Musang berjaya meyakinkan anak-anak ayam itu dengan mereka, Musang pun mengajak anak-anak ayam itu ke tempat kediamannya. Apabila jauh di tengah hutan, musang menangkap dan makan salah seekor anak ayam itu. Anak ayam yang seekor lagi terlepas lari. Anak ayam itu pulang dan menceritakan kejadian itu kepada ibu bapanya. Ibu bapa dan sanak saudara ayam berasa sangat marah kepada
Bahasa
Melayu
“Ingat! Musang ialah musuh kita yang paling besar. Mulai hari ini kita mesti lebih berhati-hati,” kata seekor ayam jantan.
“Kita mesti mencari jalan untuk membunuh musang itu,” kata ayam yang lain.
Mereka pun berbincang untuk menghalau musang dari hutan tersebut. Akhirnya mereka mencapai kata sepakat. Tugas untuk menghalau musang itu diserahkan kepada seekor ayam jantan.
Pada keesokannya, musang berasa lapar dan ingin makan daging ayam yang lazat. Musang pun pergi ke pinggir hutan. Seekor ayam nampak kelibat musang dan memberitahu ayam jantan yang ditugaskan untuk menghalau musang. Ayam jantan itu pun bertenggek di atas sebatang pokok dan memerhatikan musang. Musang nampak ayam jantan yang bertenggek itu lalu menegurnya, “Turunlah wahai ayam jantan yang gagah perkasa. Aku hendak berbual-bual denganmu.”
“Kalau kau hendak bercakap dengan aku, cakap sahajalah dari bawah. Aku ada telinga dan telinga aku belum pekak lagi. Aku boleh mendengar dari sini,” balas ayam jantan.
“Marilah turun. Bukankah lebih elok kalau kauturun sahaja ke bawah,” pujuk musang.
“Tidak ada sesiapa lagi yang akan percaya cakapmu, musang. Lebih baik kau pergi dari sini,” marah ayam jantan.
“Mengapa kau marah? Aku cuma hendak berkawan denganmu. Semua binatang di dalam hutan ini telah menjadi kawanku,” musang masih berusaha memujuk ayam jantan.
Bahasa
Melayu
“Kalau begitu, pergilah kau berbual-bual dengan kawanmu. Jangan datang lagi ke sini. Jangan ganggu kami lagi,” balas ayam jantan.
Musang serba salah dan tidak tahu bagaimana untuk memujuk ayam jantan itu lagi. Melihatkan musang telah mati akal, ayam jantan pun memulakan helahnya,
“Musang, aku nampak seekor anjing sedang menuju ke sini. Ada dua orang pemburu yang membawa senapang di belakang anjing. Nampaknya mereka hendak memburu. Tentu mereka sedang memnburumu,” gertak ayam jantan.
Apabila mendengar kata-kata ayam jantan, seluruh badan musang menggeletar ketakutan. Tanpa membuang masa, musang pun berlari jauh situ. Sejak itu, musang tidak lagi datang ke tempat itu. Musang amat takut kepada pemburu. Mulai saat itu, ayam-ayam tersebut hidup dengan aman.
Bahasa
Melayu
1. Pada pendapat anda, mengapakah musang tidak ditentang oleh ayam-ayam semasa musang menangkap ayam (KBAT) ?
_________________________________________________ _________________________________________________
2. Mengapakah dua ekor anak ayam berjaya dibawa oleh musang ke tengah hutan ?
A. anak-anak ayam itu mempercayai musang
B. anak-anak ayam itu termakan tipu muslihat musang
C. anak-anak ayam dalam perjalanan balik ke tempat tinggal D. anak-anak ayam dipaksa oleh musang yang gagah perkasa
3. Apakah helah yang digunakan oleh musang untuk memperdayakan anak-anak ayam itu ?
A. musang memberi anak-anak ayam makanan yang sedap
B. musang memasang perangkap dengan menggunakan beras dan ulat
C. musang menangkap ibu ayam sebagai umpan
D. musang berpura-pura hendak berkawan dengan anak-anak ayam
4. Adakah musang seekor binatang yang cerdik ? Mengapa (KBAT) ? ___________________________________________________ ___________________________________________________ 5. Nyatakan dua nila murni yang anda pelajari daripada cerita ini.
Bahasa
Melayu
i. ______________________________________________ ______________________________________________ ii. ______________________________________________ ______________________________________________ ( %)
Bahasa
Melayu
Edubest
C. Tatabahasa
Nota Ringkas: i. Kata Adjektif
1. Kata adejktif ialah kata yang menerangkan kata nama. 2. Terdapat 9 jenis kata adjektif:
Bil Jenis Kata Adjektif
Penerangan : Untuk menerangkan
Contoh 1 Kata adjektif sifatan sifat atau keadaan kaya, kedekut, usang 2 Kata adjektif warna warna merah, hitam, coklat 3 Kata adjektif ukuran ukuran tinggi, nipis, berat 4 Kata adjektif bentuk bentuk atau rupa kemik, bujur, bulat 5 Kata adjektif pancaindera
konsep rasa, pandang, dengar, bau dan sentuh
pahit, cantik. bising. harum, kesat
6 Kata adjektif waktu konsep masa awal. dahulu, sekarang 7 Kata adjektif cara keadaan kelakuan
atau ragam gelojoh, laju, kuat 8 Kata adjektif perasaan konsep perasaan sedih, gembira, suka 9 Kata adjektif jarak
konsep ruang antara dua benda atau keadaan
jauh, dekat, hampir 3. Kata adjektif boleh juga disertai kata penguat seperti agak, amat,
sungguh, paling, sangat, sekali, nian, benar dan terlalu.
Latihan :
Bahasa
Melayu
Latihan 1.1
Gariskan kata adjektif yang terdapat dalam ayat.
1. Buah jambu yang kelat itu telah dibuang oleh adik ke dalam longkang. 2. Kakak geram apabila mendapati dirinya telah ditipu jurujual.
3. Kemalangan yang ngeri itu telah mengorbankan tujuh nyawa. 4. Sesiapa yang memiliki wang palsu akan didakwa di mahkamah.
5. Nasib Pak Sudin malang sekali bukan sahaja rumahnya dimasuki pencuri malah diri sendirinya ditimpa kemalangan.
6. Pengukir terkenal itu berjaya menghasilkan ukiran yang mengagumkan daripada kayu jati.
7. Satu perarakan raksasa akan diadakan untuk meraikan kemenangan wira negara dalam Sukan Olimpik.
8. Suara Ella yang merdu telah memikat hati penonton.
9. Syarikat pembinaan itu ingin mengupah tenaga kerja yang mahir sahaja.
10. Ayah merendamkan kakinya di dalam air suam untuk mengurangkan kesakitan ibu jarinya.
( %) Latihan 1.2:
Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai
suntuk acap kali molek bijaksana sabar warak mewah
Bahasa
arifMelayu
1. Kitol _______________ mengulangi kesalahan yang sama sehingga dia tidak dipedulikan ibunya.
2. Hakim yang ____________ itu telah menjatuhkan hukuman yang sewajarnya ke atas pesalah itu.
3. Hanya orang yang ______________ sahaja boleh menjadi teladan masyarakat.
4. Para penumpang kereta api menunggu ketibaan kereta api dengan ___________.
5. Cik Susi memakai baju kebaya yang _____________ sekali hari ini.
5. Cik Susi memakai baju kebaya yang _____________ sekali hari ini.
6. Chandran memang ________________ dalam bidang pengkomputeran.
7. Kehidupan penjaga itu semakin _____________ sejak pelaburan yang dibuatnya mendapat keuntungan.
8. Para petani bergegas pulang kerana hari sudah ______________. ( %)
Latihan 1.3
Pilih kata adjektif yang terbaik
1. Badan Aziz berbau ________________ setelah balik dari sawah. A. hanyir B. hapak C. hancing
Bahasa
D. hangusMelayu
2. Kuih yang dibuat oleh ibu _____________ seperti biskut. A. leper B. berat C. mahal D. tajam
3. Askar negara kita nampak _____________ semasa berarak di depan dif-dif kehormat.
A. segar B. tampan C. segak D. gagah
4. Hanya pemain badminton yang _________ sahaja dapat membalas pukulan tajamnya.
A. bijak B. pintar C. cermat D. tangkas 5. Kononnya, wanita tua itu memiliki kuasa _____________. A. kuat B. aneh C. ajaib D. istimewa
( %)
Bahasa
Melayu
ii. Kata Arah
1. Kata arah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arah, atau hala.
2. Kata arah biasanya didahului kata sendi nama dan diikuti oleh kata nama / frasa nama.
Contoh : Rumah Ali terletak di atas bukit. di : kata sendi nama
atas : kata arah
bukit : frasa nama / kata nama 3. Contoh kata arah :
Latihan 2.1
Isikan tempat kosong dengan kata arah yang sesuai.
penjuru selatan luar puncak bawah belakang utara atas
antara tengah kanan alam
dalam luar atas bawah belakang hadapan sudut penjuru utara selatan timur barat hujung pangkal seberang tengah samping sisi tepi hulu hilir kaki puncak
Bahasa
Melayu
1. Murid yang pendiam itu berada di barisan _______________ di dalam kelasnya.
2. Puan Zetty menyimpan ubat – ubatan di _______________ rak yang bertutup.
3. Layang – layang Zamani terjatuh di _______________ bumbung rumah Hassan.
4. Dalam perbarisan itu, Adam berbaris di _______________ Hafiz kerana dia lebih tinggi.
5. Bas pesiaran itu menuju ke _______________ negeri Pahang. 6. Para ibu bapa yang berada di _______________ diminta masuk ke dewan.
7. Rumah Chee Keong terletak di _______________ rumah Rajesh dan rumah Shamsul.
8. Kumpulan ekspedisi sekolah Laili telah berjaya menawan ________________ bukit yang tertinggi di daerah itu.
9. Hospital Universiti terletak di sebelah ________________ Bangunan Citibank.
10. Rumah Pak Majid bertiang tinggi, oleh itu dia menggantungkan jalanya di ______________ rumah.
11. Beg yang berisi pakaian itu diletakkan di ______________ bilik. 12. Negeri Kedah, Perlis dan Perak terletak di _______________ Semenanjung Malaysia.
( %)
Bahasa
Melayu
Latihan 2.2
Pilih jawapan yang paling sesuai.
1. Zairul memimpin seorang lelaki yang tua untuk melintas ke ______ jalan.
A. bawah B. tepi
C. utara D. seberang
2. Murid – murid masuk ke _______ kelas masing – masing sebaik sahaja loceng berbunyi.
A. bawah B. dalam C. tepi D. luar
3. Kesemua pemain bola sepak dikehendaki berkumpul di ______ padang.
A. bawah B. luar C. tengah D. belakang
4. Anak kucing itu mengiau di _______ pokok kerana tidak dapat turun.
A. atas . bawah C. penjuru D. belakang
5. Terdapat sebuah lombong lama di ________ kampung saya. A. sudut B. atas
C. pinggir D. tepi
Bahasa
Melayu
6. Semak samun di _______ rumahnya telah ditebas. A. luar B. belakang
C. bawah D. atas
7. Sebiji buah mangga telah masak ranum di _______ dahan. A. hujung B. bawah
C. pinggir D. penjuru
8. Semua bergerak perlahan-lahan ke ________ jalan untuk memberi laluan kepada kereta bomba itu.
A. atas B. kanan C. tengah D. tepi
9. Jiran di _______ rumah Zaharah akan berpindah ke tempat lain. A. kanan B. sebelah
C. bawah D. atas
10. Keluarga yang tinggal di ______ bukit itu tidak suka bergaul dengan penduduk kampung.
A. bawah B. sudut C. belakang D. kaki
11. Para pengguna jalan raya dilarang mencampak sampah ke ______
kenderaan.
Bahasa
Melayu
C. luar D. hulu
12. Kereta api itu mudik ke ______ menuju ke Gua Musang. A. barat B. kanan
C. utara D. hulu
13. Puan Mahani melarang anaknya melompat – lompat di _______ kolam.
A. seberang B. tepi C. bawah D. tengah
14. Gambar - gambar yang diambil ketika berada di luar negara digantung di _______ tangga rumahnya.
A. sudut B. belakang C. tepi D. bawah
Bahasa
Melayu
D. Pertuturan
Situasi & Rangsangan:
Hari Jumaat ialah hari terakhir Cikgu Zulaikha mengajar di sekolah. Kelas anda hendak mengadakan jamuan perpisahan untuknya. Kok Keong dilantik sebagai pengerusi majlis perpisahan. Swee Lan pula menjadi ketua hiasan dan Krishnan menjadi ketua jamuan.
Lakonkan mereka bertiga berpandukan gambar. Ubah perkara peerbincangan mereka dengan menambahkan atau menukar perkara-perkara yang ada dalam perbualan mereka.
Bahasa
Melayu
E. Penulisan
Autobiografi Panduan Mengarang
1. Karangan jenis autobiografi menceritakan riwayat hidup penulis sendiri, sama ada sebagai benda hidup ( orang, binatang) atau benda buka hidup (pen, kasut).
2. Kata ganti diri pertama “saya” atau “aku” digunakan.
3. Bayangkan diri anda bernyawa, seperti berperasaan, boleh berfikir, berkawan dan memahami perasaan pihak lain.
4. Biasanya, tulis peristiwa yang dialami mengikut urutan masa (dari lahir sehingga tua), merangkumi kelahiran, khidmat, mati.
5. Cerita yang digambarkan mestilah boleh diterima akal.
6. Boleh gunakan dialog untuk bercakap sesama rakan, bukan dengan manusia.
7. Paparkan nilai-nilai murni.
8. Gunakan bahasa yang lancar dan bukan meleret-leret,
Karangan Contoh:
Saya Sekuntum Bunga
Jika dibandingkan dengan kebanyakan bunga yang ada di negara kita, kumpulan bunga saya yang paling bertuah. Apa tidaknya, kumpulan bunga saya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan. Sebagai bunga simbol negara, kumpulan saya ditanam di tempat-tempat penting seperti jalan menghala ke bangunan Parlimen, Pusat Dagangan Dunia Putra dan juga Angkasapuri.
Bagaimana saya terhasil ? Apa yang saya tahu, saya lahir melalui cabang dahan ibu saya yang ditanam di tanah berbaja. Tiga minggu
Bahasa
Melayu
kemudian, saya mengeluarkan tunas. Apabila tunas saya sudah setinggi 10 sentimeter, saya dipindahkan ke tempat tanaman bersama teman-teman saya yang lain.
Walaupun saya ditanam di tepi jalan, saya dijaga cukup rapi. Setiap petang, saya akan disiram. Sebulan sekali, saya akan diberi baja. Oleh sebab jagaan yang sempurna, saya mudah mengeluarkan bunga. Apabila sudah berbunga merah, yang bermaksud berani, hal ini bermakna saya sudah menjalankan tugas seperti yang diharapkan.
Orang datang dan pergi. Tiada sesiapa pun yang mahu membelai diri saya, jauh sekali untuk cium, berbanding dengan mawar. Namun, saya tidak mempersoalkan ketentuan alam. Apa yang wajar saya fikirkan ialah bagaimana dapat berbakti kepada orang ramai sebaik mungkin.
Tugas saya memang mudah. Cuma perlu mencantikkan pemandangan. Saya berusaha untuk terus segar-bugar selama yang mungkin. Akan tetapi, entah mengapa, walaupun makanan dan minuman yang diberi tidak putus-putus, bunga yang mula segar-bugar akhirnya akan layu juga.
Saat tua-tua begini, tahulah saya bahawa hidup saya sudah sampai ke penghujung. Saya tidak mahu, dengan keadaan layu dan berwarna coklat tua, diri terus bergantungan. Saya berharap agar jatuh segera. Dengan bantuan angin, akhirnya saya mencecah tanah. Tamatlah riwayat hidup saya setelah berbakti kepada Malaysia tercinta.
Latihan 1 : Tuliskan sebuah karangan berdasarkan tajuk “Saya Sebuah Basikal”. (Sila rujuk peta minda yang disediakan)
Latihan 2 : Tuliskan sebuah karangan berdasarkan tajuk “Saya Seorang Pengemis”. (Sila rujuk peta minda yang disediakan)
Bahasa
Melayu
E. Rampaian Bahasa
A. Kata Ganda
1. Jenis Kata Ganda
a. Kata ganda seluruh b. kata ganda semu c. kata ganda separa d. kata ganda berirama e. kata ganda berimbuhan 2. Maksud Kata Ganda
Bil Kata Ganda Jenis Jenis Maksud
1 Bengkang-bengkok 2 Betul-betul 3 Cecawi 4 Bedil-membedil 5 Buli-buli 6 Beransur-ansur 7 Bincut-bincut 8 Biji-bijian 9 Belat-belit 10 Dalu-dalu 11 Belit-membelit 12 Bukau-bukau 13 Benci-membenci 14 Bau-bauan a. banyak b. sejenis hidupan
c. kata nama / sejenis benda d. pelbagai jenis
e. perbuatan saling
f. perbuatan bersahaja g. perbuatan berulang h. seperti
i. menegaskan kata sifat j. semuanya begitu
Bahasa
Melayu
16 Besar-besaran 17 Bengkak-bengkil 18 Dekak-dekak 19 Berbaik-baik 20 Dedalu
B. Perkataan Banyak Makna
Perkataan Banyak Makna Perkataan Banyak
Makna Maksud Contoh
1. bahan a. ramuan b. isi-isi a. Ibu sedang membeli bahan untuk membuat kek.
b. Pelajar sedang giat mencari bahan untuk membuat tugasan sekolah.
2. baik a. bagus, elok
b. pulih, sembuh c. tidak jahat
d. sangat sesuai dan rapat
a. Ubat tradisional ini baik untuk
melancarkan pengaliran darah. b. Kakinya sidah baik
selepas diberi rawatan.
c. Banyak pemuda terpikat dengan Aisyah kerana anak Tuk Penghulu itu bersopan-santun dan baik budi pekertinya.
d. Azura dan Le Feng berkawan baik dengan Nirmala
Bahasa
Melayu
lagi. 3. balik a. kembali, pulang
b. buat semula c. belakang
a. Puan Maizura duduk di muka pintu untuk menunggu anaknya balik dari sekolah. b. Dia menyusun balik
buku itu supaya kemas.
c. Baju itu tergantung di balik pintu bilik tidurnya.
4. bangun a. bangkit, berdiri b. jaga dari tidur
a. Dia bangun dari tempat duduknya. b. Ketika pak cik
datang, saya belum bangun lagi.
5. barang a. benda
b. lebih kurang, kira-kira
c. walau, baik
a. Kedai runcit itu menjual pelbagai barang keperluan dapur.
b. Tolong belikan saya gula barang
sekilogram
c. Barang siapa yang melanggar peraturan sekolah akan didenda.
Bahasa
Melayu
Edubest
C. Pepatah Melayu
Pepatah Melayu
Pepatah Maksud Contoh Ayat
Belakang parang kalau diasah lagikan tajam
Walau bagaimana bodoh sekalipun
seseorang itu, jika dia rajin belajar akan pandai juga
Ayah selalu menasihati anak-anaknya supaya belajar bersungguh-sungguh kerana pada pendapatnya,
belakang parang kalau diasah lagikan tajam, inikan pula otak
manusia. Belum menetas sudah
dibilang
Mengharapkan sesuatu yang masih belum
menjadi kenyataan
Nor Azman menasihati rakan-rakannya jangan mengamalkan sikap belum menetas sudah dibilang dalam projek mereka.
Bahasa
Melayu
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650