• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

WPK 713

Prinsip & Proses Bimbingan dan Kaunseling

Minggu 6

Pensyarah:

Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri PhD – Pendidikan Agama Islam (UMM)

(2)

Sinopsis :

Module ini membincangkan mengenai

Perkhidmatan Kaunseling Keluarga

Secara Islam

(3)

Perkhidmatan Kaunseling Keluarga

Secara Islam

Permohonan dan pertolongan hanya ditujukan pada Allah s.w.t.

“Hanya Engkaulah (Ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan (Al-Fatihah:5).

"Dan Kami turunkan dari Al-quran yang menjadi penawar dan Rahmat bagi orang-orang yang beriman“ (Surah al-Israq:82)

" Wahai manusia telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit

yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman” (Surah Yunus:57).

(4)

Kepentingan Pengetahuan Psikologi dan Agama digunakan bersama-sama dalam proses merawat dan menyembuh

penyakit-penyakit manusia.

" Setiap Doktor tidak dapat menyembuhkan pesakit dengan pemeriksaan jiwanya, dan tidak dapat memberikan rawatan

kepada para pesakitnya, selain mereka beramal soleh,

menghubungkan diri dengan Allah, dan mengingat hari akhirat. Jika tidak mereka bukanlah doktor yang sebenarnya bahkan

merupakan calon doktor yang masih lemah".

IBNU QAIYIM AL JAUZI dalam kitabnya yang berjudul ZADUL –MA’AD, bahagian ketiga, muka surat 110-111 (cetakan Mesir tahun 1928)

Perkhidmatan Kaunseling Keluarga

Secara Islam

(5)

Profesor. Dr. C.G.Jung dalam bukunya " Modern Man In Search Of A

Soul" menyatakan sebagai berikut : Antara para pesakit saya yang sudah berusia lingkungan 35 tahun tidak seorang pun yang menghadapi tekanan jiwa tidak mempunyai kaitan dengan agama.

Profesor. J.G.MacKenzie, memberikan pendapat sebagai berikut : " Para

pesakit jiwa sembuh, bukanlah kerana pengetahuan mereka yang

sempurna tentang ilmu perubatan dan bukan juga kerana mereka pakar sakit jiwa, melainkan kerana kecekapan mereka dalam bidang agama".

Dr. Wadfield menegaskan sebagai berikut : " Saya telah mencuba

menyembuhkan penyakit saraf dengan pengisyaratan ketegangan dan kepercayaan tetapi usaha ini baru berhasil dengan jayanya, sesudah ia dihubungkan dengan keyakinan akan kekuasaan Tuhan".

Perkhidmatan Kaunseling Keluarga

Secara Islam

(6)

Konsep Asas dalam perkhidmatan kaunseling secara Islam:

1. Konsep menolong individu yang lain dengan menggunakan kemahiran lisan dan mendengar dengan baik bagi tujuan membantu klien mengenal jenis masalah yang dihadapi.

2. Konsep bantuan yang berupa kesedaran untuk memahami dan mengenali diri sendiri, kekuatan dan kelemahan.

3. Konsep bantuan untuk menyedarkan klien bahawa setiap masalah boleh diselesaikan dan individu itu sendiri yang bertanggungjawab di atas segala masalahnya.

Perkhidmatan Kaunseling Keluarga

Secara Islam

(7)

Konsep Asas dalam perkhidmatan kaunseling secara Islam:

4. Konsep mencari punca masalah sebenar dan memilih cara penyelesaian yang terbaik bersesuaian dengan diri.

5. Konsep perubahan tingkahlaku tanpa melibatkan unsur-unsur paksaan atau mempengaruhi klien.

Dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling, sumber asas dan pendekatan teorinya juga mestilah bersandarkan kepada al-Quran dan al-Hadith.

Perkhidmatan Kaunseling Keluarga

Secara Islam

(8)

Konsep Asas dalam perkhidmatan kaunseling secara Islam:

Menurut Wan Hussain Azmi (1994) dalam bukunya yang bertajuk "Kaunseling dan Psikologi Menurut Islam", konsep dakwah yang menggunakan pendekatan berhikmah yang dianjurkan Islam juga bersamaan dengan konsep hikmah dalam proses kaunseling Islam.

Perkhidmatan Kaunseling Keluarga

Secara Islam

(9)

Perkhidmatan Kaunseling Keluarga

Secara Islam

Konsep Asas dalam perkhidmatan kaunseling secara Islam: a) Hikmah yang dikategorikan kepada:

1.Hikmah yang berhubung dengan sifat-sifat kaunselor.

Berhikmah seperti mengamalkan sifat-sifat kenabian, iaitu benar, amanah, menyampaikan dan bijaksana. Hikmah juga bermaksud keadilan, meletakkan sesuatu pada tempatnya,

sentiasa bersabar,berilmu pengetahuan dan berpengalaman luas dan mempunyai pengetahuan yang sebaik-baiknya.

2.Hikmah yang berhubung dengan isi kandungan kaunseling.

Teknik pendekatan yang sentiasa berasaskan kepada al-Quran, perkataan yang digunakan adalah betul dengan hak dan

kebenaran,menggunakan dalil yang tepat yang menerangkan kebenaran dan menghilangkan keraguan.

(10)

Perkhidmatan Kaunseling Keluarga

Secara Islam

Konsep Asas dalam perkhidmatan kaunseling secara Islam:

3. Hikmah yang berhubung dengan alat dan strategi kaunseling.Teknik yang membawa konsep alat yang mencegah kerosakan dan sesuatu perkataan yang digunakan yang bertepatan dengan tempatnya.

a.Kata-kata nasihat yang baik, iaitu nasihat yang boleh menjauhkan diri dari keburukan dengan cara memberi perangsang untuk meninggalkannya. Kata-kata nasihat tersebut boleh diterima oleh hati dan masuk ke dalam perasaan dengan lembut serta dapat menjinakkan hati yang liar.

(11)

.

Konsep Asas dalam perkhidmatan kaunseling secara Islam:

b. Perbincangan atau perbahasan yang baik dengan tujuan menjauhkan perasaan dan tanggapan bahawa kaunselor itu akan menyerang peribadi, merendah-rendahkan serta menghinanya.

Suasana yang kondusif adalah sangat penting bagi memastikan kaunselor dan klien bersama-sama menyelesaikan masalah.

Perkhidmatan Kaunseling Keluarga

Secara Islam

(12)

Perkhidmatan Kaunseling Keluarga

Secara Islam

Perkhidmatan kaunseling secara Islam juga adalah

berasaskan kepada kepentingan konsep tolong menolong

sesama insan sebagaimana yang amat ditekankan oleh Islam.

Hal ini kerana Islam sangat menggalakkan umatnya untuk mengamalkan hubungan tolong menolong dalam kehidupan seharian, sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Carilah (kebahagiaan) akhirat melalui anugerah Allah yang diberikan kepadamu. Dan janganlah lupa tugasmu di dunia, berbuat baiklah (kepada orang lain) sepertimana Allah telah berbuat ihsan kepadamu dan janganlah menimbulkan kerosakan

(13)

Perkhidmatan Kaunseling Keluarga

Secara Islam

Kepentingan konsep tolong menolong:

"Hak seorang Muslim kepada Muslim lain ada enam perkara; jika bertemu ucapkan salam kepadanya, jika

dijemput maka hendaklah memperkenankannya, jika diminta nasihat, maka nasihatilah ia, jika bersin ucapkan alhamdulillah, maka doakanlah dia semoga dirahmati Allah,

jika sakit maka ziarahilah dia dan jika mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur.“

(14)

Perkhidmatan Kaunseling Keluarga

Secara Islam

Perkhidmatan kaunseling secara Islam juga merupakan salah satu pendekatan dalam konsep membentuk dan mendidik akhlak individu ke arah yang lebih terpuji.

Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa tujuan perkhidmatan kaunseling berkait rapat dengan proses pembentukan akhlak individu.

Matlamat tersebut seperti bertujuan untuk memperkembangkan personaliti individu ke arah yang positif untuk menyelesaikan kerumitan dengan berkesan dalam hidup.

(15)

Perkhidmatan kaunseling juga berperanan dalam cuba mendidik akhlak individu untuk mengimbangi nafsu.

Setiap individu memiliki akal dan nafsu. Melalui akal, seseorang itu dapat menilai sesuatu, menyesuaikan diri dan mengawal nafsu dengan pelbagai cabaran serta situasi yang dihadapi.

Orang yang gagal mengawal hawa nafsunya akan hidup dalam keadaan yang tidak tenteram.

Perkhidmatan Kaunseling Keluarga

Secara Islam

(16)

Perkhidmatan Kaunseling Keluarga

Secara Islam

Perkara-perkara yang diteroka menerusi proses kaunseling dan penelitian dari aspek Islam. Kesedaran tersebut boleh membantu klien dalam membentuk keluarga bahagia:

1. Klien dibimbing untuk memahami tujuan perkahwinan ialah

mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah

diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal. "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami

(17)

Perkhidmatan Kaunseling Keluarga

Secara Islam

2. Membantu klien untuk menyedari bahawa perkahwinan dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah dilakukan ke arahnya.

"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia

mendatangkan kebaikankepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu “. (Al-An'am ayat 17)

(18)

Perkhidmatan Kaunseling Keluarga

Secara Islam

3. Klien digalakkan untuk berfikir tentang hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Di antara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan batin, mendidik isteri dan anak-anak serta berlaku baik terhadap mereka.

Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara diri dari

perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.

(19)

Perkhidmatan Kaunseling Keluarga

Secara Islam

4. Klien dibantu untuk meneliti perihal keagamaan. Seorang

mukmin, sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya. Firman Allah yang bermaksud:

"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, pemiagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat

tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah

mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [Surah At Taubah, 24]

(20)

Perkhidmatan Kaunseling Keluarga

Secara Islam

5. Klien diberi kekuatan untuk sedar akan hakikat hidup yang sebenarnya. Kaunselor membantu klien untuk akur bahawa pasangannya adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Begitu juga dengan dirinya.

Oleh itu sekiranya pasangan melakukan kesilapan,

janganlah terlalu diperhitungkan. Klien digalakkan untuk mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling bermaafan antara suami dan isteri

(21)

RUJUKAN

Kamal Abd. Manaf (2000). Kaunseling Islam Satu Alternatif Baru di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd., h. 55.

H.M. Ariffin (1991). Psikologi Dakwah Suatu Pengantar Studi. Jakarta, h. 6.

(22)
(23)

Referensi

Dokumen terkait

Perbedaan ketebalan yang lebih besar antara hasil penghitungan menggunakan persamaan Sauerbrey dengan hasil karakterisasi SEM terjadi pada ZnPc jika dibandingkan

Demam tinggi, anoreksia dan sering muntah menyebabkan pasien dehidrasi dan haus. Pada pasien ini perlu diberi banyak minum, yaitu 1,5 sampai 2 liter dalam 24 jam. Dapat diberikan

Tingkat kesesuaian kesesuaian materi instrumen evaluasi dengan indikator pada RPP, kesesuaian materi instrumen evaluasi dengan materi yang terkandung dalam

Aerob Fakultatif terhadap Kualitas Organoleptik, Fisik, dan Nutrisi Ampas Tahu Difermentasi Kapang Neurospora sitophila dan Trichoderma viridae sebagai Pakan Ternak; Evaluasi

Laporan Akhir ini disusun untuk memenuhi syarat menyelesaikan pendidikan Diploma III pada Jurusan Teknik Elektro Program Studi Teknik Listrik Politeknik Negeri

menciptakan budaya dan iklim sekolah/madrasah yang kondusif dan inovatif bagi pembelajaran peserta didik, 6) mengelola guru dan staf dalam rangka pendayagunaan

Level lima, domain mengevaluasi merupakan proses membuat penilaian suatu keputusan atau tindakan berdasarkan kriteria yang ada, contoh kegiatan memeriksa,

Berdasarkan uraian latar belakang di atas, maka fokus penelitian ini adalah bagaimana komunikasi para pendeta GKPS dalam menangani konflik yang terjadi di grup facebook.. Untuk