SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING
WPK 313
Psikologi Pendidikan
Definisi Pembelajaran Ciri-ciri pembelajaran Prinsip pembelajaran Proses pembelajaranPensyarah:
Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri
PhD
Objektif Pembelajaran
Di akhir modul para peserta:
1. Memahami apakah yang dimaksudkan dengan teori belajar, prinsip-prinsip belajar, ciri-ciri belajar dan jenis-jenis belajar?
2. Memahami kaitan teori-teori tersebut dan mengapakah pula kita memerlukan teori-teori tersebut di dalam proses kaunseling?
3. Memahami dan mengetahui metode psikologi belajar dan kaitannya dengan proses kaunseling?
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Definisi Pembelajaran Menurut Ahli
Pembelajaran Dalam Perspektif Islam
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan
kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.
Pembelajaran Dalam Perspektif Islam
ْ
يَعَ
ً
ىِ
بَ
أ
ْ
َ
ةَ
ر
يَ
رُ
ى
ْ
َىِ
ضَ
ر
ْ
ُالل
ْ
ُ
و
نَع
:
ْ
ىَ
أ
ْ
َ
ر
ْ
َ
ل
ٌُس
ْ
ِالل
ص
.
م
ْ
َ
لاَ
ق
:
ْ
يَ
هَ
ً
ْ
َكَ
لَس
اً
ق
يِرَط
ْ
ُسِوَت
لَ
ي
ْ
ِ
و
يِ
ف
اً
و
لِ
ع
ْ
َ
ل
يَس
ْ
ُالل
ْ
ُ
و َ
ل
اً
ق
يِرَط
ى َ
لِ
أ
ْ
ِ
ةّ
نَج
لا
.
ْ
ُ
هاًر
ْ
نِ
ل سُ
ه
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw, bersabda: Siapa yang berjalan di suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan, Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. (Muslim)
Kesimpulan Definisi Pembelajaran
Daripada huraian yang diberikan oleh ahli-ahli psikologi pendidikan tersebut , dapatlah disimpulkan bahawa walaupun pengertian
pembelajaran yang diberikan berbeza antara satu sama lain, terdapat juga persamaan di antara huraian ini.
Kesemua definisi ini memberi penekanan kepada perubahan tingkah laku seseorang sebagai ukuran berlakunya pembelajaran. Apakah aspek
perubahan tingkah laku tersebut ?
Pada asasnya terdapat dua mazhab pemikiran yang menyarankan tentang aspek perubahan yang berlaku dalam seseorang akibat dari pembelajaran.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
KLASIFIKASI PEMBELAJARAN
Proses pembelajaran melibatkan aspek mental, fizikal, emosi dan sosial.
Secara umumnya pembelajaran boleh dikelaskan kepada 3 jenis iaitu: 1. Pembelajaran Formal
2. Pembelajaran Informal (Tak Formal)
Pembelajaran Formal
• Menekankan secara langsung pendidikan empat bidang penting iaitu yang melibatkan aspek:
1) Kognitif (intelek) 2) Emosi (afektif) 3) Rohani
4) Jasmani (psikomotor)
• Tujuannya adalah membekalkan perlbagai ilmu dan pengetahuan serta kemahiran yang berguna.
• Klien berpeluang mempertingkatkan dan memperkembangkan
keupayahan mereke dari segi intelek, emosi dan jasmani disamping menerima asuhan kerohanian yang sempurna.
Pembelajaran Informal (Tak Formal)
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
• Perlakuan belajar yang terlaksana secara tidak langsung atau secara sedar dari persekitaran melalui pemerhatian, perbualan dan pengalaman
samada dari asuhan ibu bapa dirumah, pergaulan dengan rakan-rakan, media masa.
• Pembelajaran informal adalah proses pembelajaran yg berterusan dan berlaku sepanjang hayat.
• Berlaku setiap masa tanpa melibatkan masa dan tempat tertentu.
• Semua pengetahuan dan kemahiran dedapati dan dikuasai melalui pengalaman yang diperolehi secara tidak langsung.
Pembelajaran Non-Formal (Bukan Formal)
• Di adakan bagi melengkapi lagi hasil pembelajaran yang diperolehi melalui sistem formal.
• Memerlukan perancangan secara teliti dan pengendalian yg dilakukan oleh pendidik dan pakar-pakar tertentu.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
JENIS-JENIS PEMBELAJARAN
Jenis Pembelajaran Bloom
Dari pengertian pembelajaran yang telah diberikan oleh beberapa ahli psikologi pendidikan, jelaslah pada kita bahawa pembelajaran bukan sahaja berlaku dari segi mental, malah ia boleh berlaku dari segi fizikal, emosi dan juga sosial.
Ahli psikologi pendidikan Amerika Syarikat, Benjamin S. Bloom
menyatakan bahawa pembelajaran manusia berlaku dalam 3 bidang iaitu: 1) Bidang kognitif
2) Bidang afektif
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Jenis-jenis Pembelajaran
Jenis Pembelajaran Ryburn dan Forge
Terdapat pendapat yang menyarankan bahawa pembelajaran perlu dilihat dari sudut bagaimana pembelajaran berlaku pada manusia. Berdasarkan fahaman ini, W. M. Ryburn dan K. B. Forge di dalam bukunya “Principles of Teaching” bahawa pembelajaran manusia boleh diklasifikasikan kepada 6 jenis.
Jenis Pembelajaran Gagne
Gagne (1977) mengemukakan 8 jenis pembelajaran dalam bukunya “The
Conditions Of Learning” berdasarkan tahap kerumitan pembelajaran; bermula dari pembelajaran yang paling mudah kepada pembelajaran yang kompleks, menurut hierarki kemahiran kecerdasan.
PRINSIP PEMBELAJARAN
Situasi pembelajaran meliputi semua aspek persekitaran seseorang pelajar dan semua faktor yang mempengaruhinya. Berdasarkan pemerhatian daripada kajian terhadap proses pembelajaran,
beberapa kesimpulan umum boleh dibuat. Ini dirujuk sebagai prinsip pembelajaran yang memberi garispanduan tentang cara pembelajaran berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhinya.
1. Pertalian. Pembelajaran mudah berlaku bagi perkara-perkara yang mempunyai pertalian antara satu sama lain. Misalnya, perkara-perkara yang seiras, berpadanan dan yang berlaku dalam jarak masa yang singkat.
2. Pengulangan. Perkara yang kerap diulang-ulang dapat membantu proses pembelajaran.
3. Kepuasan. Tindakan belajar yang menghasilkan ganjaran dan kepuasan akan mendorong pembelajaran dan perkara yang dipelajari juga akan kekal dalam ingatan.
4. Pengalaman. Pembelajaran dan kefahaman akan lebih mudah berlaku apabila pelajar pernah mengalami sendiri sesuatu aktiviti.
PRINSIP PEMBELAJARAN
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
6. Kesediaan. Pembelajaran hanya boleh berlaku jika seseorang itu mempunyai kesediaan untuk belajar. Paksaan tidak dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
7. Penyertaan. Pelajar yang melibatkan diri secara aktif dalam proses
pembelajaran akan menghasilkan pemahaman yang berkesan dan apa yang dipelajari dapat diingati dengan lebih lama.
8. Peniruan. Pembelajaran boleh berlaku dengan meniru perbuatan orang lain
9. Minat. Pembelajaran lebih mudah berlaku jika seseorang itu berminat atau sanggup mempelajari sesuatu.
10. Motivasi. Seseorang yang digerakkan (bermotivasi) untuk belajar akan menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan. Motivasi boleh wujud dalam bentuk ekstrinsik (ganjaran luar) atau intrinsik (keinginan dalaman).
11. Peneguhan. Peneguhan yang sesuai dapat menambahkan pembelajaran dan menjamin
pengekalannya. Peneguhan positif seperti pujianlebih berkesan untuk menggalakkan pembelajaran. Sebaliknya peneguhan negatif seperti denda boleh digunakan untuk menghapuskan tingkah laku yang tidak diingini.
Proses Pembelajaran
• Pembelajaran biasanya berlaku selepas seseorang itu terdedah dengan persekitaran.
• Ia bermula daripada rangsangan yg diterima melalui pancaindera.
• Ransangan ini dibawa ke otak untuk diberi makna dan disimpan dalam ingatan sebagai pengalaman.
• Apabila pengalaman ini digunakan semula dalam bentuk yag baru, ia dianggap sebagai perubahan tingkah laku iaitu pembelajaran (Gagne, 1977, Slavin, 1997).
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Proses Pembelajaran Lapan Fasa
(Gagne,1988)
1. Fasa Motivasi: Klien akan menerima rangsangan daripada persekitaran.
2. Fasa Kefahaman: Melibatkan proses persepsi dan penganggapan. Rangsangan yg sesuai dan memberi
makna dipilih oleh organ deria.
3. Fasa Pemerolehan: Rangsangan dibawa ke otak untuk diberi makna dan diterima (pemikiran dan
penerimaan).
4. Fasa Penyimpan. Fakta atau pengalaman akan disimpan dalam ingatan deria, ingatan jangk pendek atau
ingatan jangka panjang. Ini menghasilkan pembetukan pengalaman atau pengetahuan dalam ingatan.
5. Fasa mengingati semula: Fakta atau pengalaman yg disimpan perlu dikeluarkan semula untuk digunakan.
6. Fasa generalisasi: Dalam fasa ini seseorang mengingat semula fakta atau pengalaman untuk diamalkan
dalam suatu situasi baru yg sesuai dan sepadan.
7. Fasa prestasi: Seseorang mendapat maklum balas orang lain mengenai tingkah lakunya.
8. Fasa maklum balas: Seseorang mendapt peneguhan mengenai perlakuannhya. Maklum balas ini penting