• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERAJAAN MALAYSIA KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN JOHOR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DOKUMEN SEBUTHARGA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KERAJAAN MALAYSIA KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN JOHOR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DOKUMEN SEBUTHARGA"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

KERAJAAN MALAYSIA

KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN JOHOR

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN SEBUTHARGA

SEBUTHARGA KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN

DAN PEMBAIKAN TANGKI AIR

DI KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN JOHOR

KOD SEBUTHARGA

KMKJ(S)/SH/05/2021

TEMPOH SIAP KERJA

60 HARI

TARIKH TUTUP

13 JUN 2021 (AHAD)

MASA TUTUP

12.00 TENGAHARI

HARGA DOKUMEN

PERCUMA MELALUI LAMAN SESAWANG/

LAMAN WEB KOLEJ

PERINGATAN:

1. Penyebutharga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butir-butir di dalam Dokumen

Sebutharga sebelum mengemukakan tawaran melalui Borang Sebutharga.

2. Penyebutharga diwajibkan untuk memastikan bahawa dokumen sebutharga yang dimuat turun daripada laman sesawang/laman web Kolej adalah lengkap kesemua muka surat dan sekiranya terdapat maklumat lanjut yang diperlukan adalah menjadi tanggungjawab Penyebutharga untuk mendapatkan penjelasan daripada Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor.

3. Kerajaan tidak melantik mana-mana individu atau syarikat yang bertindak sebagai orang ketiga di dalam sebutharga dan / atau perjanjian ini. Sekiranya Penyebutharga mempunyai sebarang permasalahan berkaitan sebutharga dan / atau perjanjian ini hendaklah dirujuk terus kepada pihak Kerajaan.

(2)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEBUTHARGA KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN

DAN PEMBAIKAN TANGKI AIR

DI KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN JOHOR

1. Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor/syarikat bumiputera di daerah Pontian yang

berwibawa dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta kepada kontraktor yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) Gred G1 dalam Kategori CE21 (Pembinaan Kejuruteraan Awam) dan masih berkuatkuasa adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga di bawah ini.

2.

Kehadiran Taklimat dan Lawatan Tapak adalah TIDAK DIWAJIBKAN selaras dengan arahan

Kerajaan, 1Pekeliling Perbendaharaan: PK 2.2, Kaedah Pelaksanaan Perolehan/Projek Kerajaan Tahun 2021 yang berkuatkuasa mulai 25 Januari 2021.

3.

Berdasarkan PK 2.2 tersebut,pihak kolej boleh memberi satu tempoh yang munasabah bagi kontraktor melawat sendiri kawasan atau tapak berkenaan yang dinyatakan dalam dokumen sebutharga ini. Ianya bagi membantu syarikat mendapat maklumat yang lebih tepat dan mengetahui keadaan/maklumat tambahan yang berguna bagi menyediakan tawaran sebutharga ini. Dalam hal ini, sekiranya syarikat mahu melawat sendiri kawasan atau tapak berkenaan, amalan penjarakkan sosial, penggunaan hand sanitizer dan pemakaian face mask adalah perlu diteruskan.

BIL NO. SEBUTHARGA TAJUK SEBUTHARGA KELAYAKAN LAWATAN TAPAK TARIKH TUTUP SEBUTHARGA 1 KMKJ(S)/SH/05/ 2021 Sebutharga Kerja-Kerja Penyelenggara-an dPenyelenggara-an TPenyelenggara-angki Air di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor TERBUKA Kepada kontraktor Bumiputera di daerah Pontian yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia SERTA Berdaftar dengan LPIPM/CIDB Gred G1 dalam Kategori CE21 (Pembinaan Kejuruteraan Awam) TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK (TIDAK DIWAJIBKAN) Mengikut kesesuaian masa kontraktor (boleh hadir ke kolej dalam tempoh masa sebut harga dibuka) 13 Jun 2021 (AHAD) Jam 12.00 Tengah Hari I. KENYATAAN TAWARAN

(3)

4. Kontraktor boleh menghubungi pegawai seperti nama yang tertera di notis tawaran sebut harga sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lebih lanjut berkaitan spesifikasi kerja yang ditawarkan.

5. Untuk tujuan lawatan tapak, kontraktor perlu mendaftarkan nama di pondok pengawal keselamatan dan mengikut arahan pegawai keselamatan selanjutnya.

6. Tawaran Kewangan, Tawaran Teknikal dan dokumen sokongan yang lain hendaklah

dimasukkan ke dalam dua (2) sampul surat yang berlainan serta dicatatkan No. Sebutharga: KMKJ(S)/SH/05/2021 pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat bagi kedua-kedua sampul surat.

7. Kedua-dua sampul surat tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam satu (1) sampul surat

dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga di Unit Pentadbiran, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor serta dialamatkan kepada:-

Tawaran sebutharga hendaklah dihantar sebelum jam 12.00 tengahari pada atau sebelum 13 Jun 2021 (Ahad).

8. Tawaran sebutharga tidak akan dipertimbangkan sekiranya:

a. Penyebutharga LEWAT mengemukakan tawaran sebutharga; atau

b. Penyebutharga GAGAL mengemukakan dokumen wajib seperti yang dinyatakan dalam Dokumen dan Borang Sebutharga; atau

9. Sebarang pertanyaan mengenai dokumen sebut harga boleh menghubungi pegawai berikut:

i) Pn. Azlina binti Muhamad Mujari - 076881630 samb. 120 / 012-7689264

10. Kementerian Pendidikan Malaysia tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran

terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran.

No. Sebutharga : KMKJ(S)/SH/05/2021

SEBUTHARGA KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN TANGKI AIR

DI KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN JOHOR

Kepada : Pengarah

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor Kementerian Pendidikan Malaysia KM5, Jalan Kukup, Mukim Rimba Terjun 82000 Pontian, Johor

(4)
(5)

II. PERIHAL, ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT AM SEBUTHARGA

ARAHAN AM SEBUTHARGA

1. PERIHAL SEBUTHARGA

1.1 Sebutharga ini adalah Sebutharga Kerja-Kerja Penyelenggaraan dan Pembaikan

Tangki Air di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor.

1.2 Pelawaan ini adalah terikat kepada Arahan Am dan Syarat-Syarat Khas sebutharga

serta syarat-syarat yang akan dikeluarkan bersama-sama dengan dokumen sebutharga berkaitan.

1.3 Semua Penyebutharga yang ingin menyertai sebutharga KEMENTERIAN

PENDIDIKAN Malaysia (KPM) hendaklah terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) Gred G1 dalam Kategori CE21 (Pembinaan Kejuruteraan Awam)

Salinan Sijil Pendaftaran dan Salinan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkaitan) yang masih sah laku hendaklah disertakan bersama- sama tawaran

1.4. Semua Penyebutharga hendaklah mematuhi sepenuhnya Arahan Sebutharga dan

Syarat-Syarat Sebutharga ini apabila menyertai sebutharga. Kegagalan mematuhi mana-mana Arahan Sebutharga dan Syarat-Syarat Sebutharga yang telah ditetapkan, membolehkan sebutharga tersebut tidak dipertimbangkan dan terus ditolak.

1.5. Semua kerja-kerja mestilah mempunyai jaminan untuk tempoh sekurang- kurangnya

enam (6) bulan daripada tarikh siap kerja.

1.6. Jika berlaku kerosakan Penyebutharga dikehendaki memberi perkhidmatan dan

sebagainya tanpa sebarang bayaran. Kos pengangkutan dan yang berkaitan adalah ditanggung oleh Penyebutharga.

1.7. Penyebutharga dikehendaki menggunakan harga yang ditawarkan melalui sebutharga

(item) semasa membuat sebutharga.

1.8. Jumlah harga yang disetuju terima oleh KMKJ kepada Penyebutharga adalah

muktamad. Sebarang bantahan daripada Penyebutharga tidak akan dilayan.

1.9. Penyebutharga yang berjaya dikehendaki menyiapkan kontraktoran dalam

tempoh

yang telah ditetapkan.

1.10. Semua dokumen yang diserahkan oleh Penyebutharga hendaklah dalam Bahasa Malaysia dan/atau Bahasa Inggeris. Sekiranya bahasa selain daripada bahasa yang dinyatakan di atas perlu dibuat terjemahan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

(6)

2.

ARAHAN SEBUTHARGA

2.1. Tawaran adalah dipelawa kepada semua Penyebutharga di daerah Pontian yang

berwibawa dan berkeupayaan dalam bidang berkaitan seperti di dalam kod sebutharga di atas.

2.2. Penyebutharga mesti mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam kerja-kerja

seperti di dalam kod sebutharga dan mampu menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan.

2.3. Penyebutharga yang telah diisytiharkan muflis oleh mahkamah tidak layak menyertai

sebutharga ini.

2.4. Pelawaan adalah terikat kepada syarat-syarat sebutharga serta syarat-syarat yang lain

yang dikembarkan bersama-sama dokumen sebutharga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan akan menyebabkan pelawaan sebutharga tersebut tidak akan dipertimbangkan dan ditolak.

2.5 Penyebutharga mestilah memastikan berdaftar dengan Kementerian Kewangan

Malaysia dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) Gred G1 dalam Kategori CE21 (Pembinaan Kejuruteraan Awam).

2.6. Salinan Sijil Pendaftaran dan Salinan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkaitan) yang masih

sah laku hendaklah disertakan bersama-sama tawaran.

2.7. Penyebutharga mestilah bersedia untuk bekerjasama dengan Kolej Matrikulasi

Kejuruteraan Johor dalam semua urusan kerja seperti di dalam senarai kod sebutharga di atas.

2.8. Penyebutharga hendaklah membuat pengakuan yang sebenar tentang status

Penyebutharga semasa mengemukakan tawaran. Mana-mana Penyebutharga yang didapati tidak membuat pengakuan yang sebenar akan membolehkan tindakan undang-undang diambil serta Kerajaan berhak untuk menolak semua tawaran sebutharga yang telah dibuat.

2.9. Pelawaan sebutharga ini tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam

Perjanjian, Arahan dan Syarat-Syarat Sebutharga yang disertakan bersama-sama ini. 2.10. Penyebutharga hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat sebutharga apabila

menyertai sebutharga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan akan menyebabkan sebutharga tersebut tidak akan dipertimbangkan dan ditolak.

2.11. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor (KMKJ) tidak terikat untuk menerima sebutharga dengan harga yang terendah atau mana-mana tawaran sebutharga atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebutharga. Keputusan Sebutharga adalah muktamad.

2.12. Sekiranya Penyebutharga tidak menerima sebarang jawapan, sama ada melalui surat atau telefon, tawaran Penyebutharga secara automatik adalah dianggap gagal. 2.13. Kos penyertaan sebutharga dan penyediaan dokumen sebutharga ditanggung sendiri

oleh Penyebutharga. KMKJ tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jua kos yang terlibat.

(7)

3. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH

3.1 Merujuk kepada Surat Arahan Perbendaharaan rujukan

S/K.Kew/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld 26 SK. 7 (3) bertarikh 28 Februari 2009.

i) Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694);

ii) Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa–apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694);

iii) Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau Penyebutharga boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694); dan

iv) Mana-mana kontraktor atau Penyebutharga yang membuat tuntutan pembayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694).

v) Kesemua Penyebutharga yang menghantar dokumen sebutharga/sebut harga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida (Lampiran G) bahawa Penyebutharga tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak.

vi) Penyebutharga yang berjaya dan telah dilantik secara rasmi oleh pihak kerajaan juga dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak.

4.

SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Penyebutharga.

4.1. Penyertaan sebutharga

i. Pengemukaan Cadangan Tawaran Harga dan Cadangan Tawaran Teknikal

oleh Penyebutharga dan penghantaran dokumen sokongan (jika ada), adalah dianggap sebagai Penyebutharga menerima serta mematuhi segala arahan dan terma sebutharga ini.

(8)

4.2. Cadangan Tawaran Harga

i. Pada peringkat penyediaan Cadangan Tawaran Harga, Penyebutharga

dikehendaki mengemukakan cadangan harga semua bahan bacaan dalam senarai jadual harga.

4.3. Harga

i. Harga yang ditawarkan adalah harga dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja serta

tidak boleh dipinda selepas penawaran ini ditutup. Harga perlulah meliputi semua kos penghantaran, pembungkusan dan lain-lain kos. Penilaian harga antara Penyebutharga adalah berasaskan kepada jumlah harga keseluruhan peralatan (item) iaitu bahagian A, B, C, D, E dan F. Sekiranya timbul masalah berhubung dengan pengiraan harga, harga seunit tiap-tiap butiran akan diambil kira. Harga yang diserahkan haruslah mengikut mekanisme penggenapan harga yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dalam dua (2) titik perpuluhan. (Contoh: RM X.XX)

ii. Penyebutharga yang menawarkan harga dalam mata wang asing atau mengikut

kadar perubahan mata wang asing tidak akan dipertimbangkan.

iii. Harga yang ditawarkan hendaklah harga tetap dan tidak boleh dipinda selepas

tawaran ditutup dan berkuatkuasa selama tempoh sahlaku penawaran dan kontrak.

iv. Sebarang tuntutan kenaikan harga bagi mana-mana bekalan yang timbul akibat

daripada perbezaan tafsiran KMKJ dengan Penyebutharga mengenai spesifikasi yang berkenaan tidak akan dilayan.

4.4. Cadangan Tawaran Teknikal

i. Pada peringkat penyediaan Cadangan Tawaran Teknikal, Penyebutharga

dikehendaki memasukan tawaran ke dalam kotak yang disediakan di KMKJ.

4.5. Penyebutharga dilarang mengisi ruang “Spesifikasi Penyebutharga” Jadual

Spesifikasi (Lampiran C) dengan catatan seperti berikut:-

4.5.1 “Sama dengan spesifikasi KEMENTERIAN PENDIDIKAN Malaysia”

4.5.2 “Sama seperti spesifikasi Kementerian”

4.5.3 “Sama dengan sebelah”

4.5.4 “Sama”

4.5.5 “Comply”

4.5.6 “Yes”

4.6. Tiap-tiap helai borang sebutharga yang digunakan (termasuk borang tambahan) mestilah ditandatangani di bawah dan setiap borang telah diberi nombor muka surat yang bersiri mengikut susunannya.

4.7. Penyebutharga dikehendaki menyertakan satu Profil Syarikat yang lengkap dan berjilid. 4.8. Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotong dan ditandatangani ringkas setentang dengan apa-apa perubahan yang dibuat. Penggunaan sebarang pemadam cecair adalah tidak dibenarkan.

(9)

5. BANTAHAN KE ATAS SPESIFIKASI

5.1. Penyebutharga boleh membuat bantahan ke atas spesifikasi sekiranya didapati spesifikasi menjurus kepada sesuatu jenama sahaja. Bantahan boleh dibuat secara bertulis kepada Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor dengan mengemukakan bukti-bukti yang jelas.

5.2. Surat bantahan hendaklah dikemukakan dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh iklan sebutharga.

5.3. Sebarang keraguan terhadapnya hendaklah dirujuk kepada Urusetia Perolehan, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor dan keputusan adalah muktamad.

6.

PERLANGGARAN SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA/ KONTRAK

6.1. Penyebutharga yang tidak mematuhi syarat-syarat sebutharga seperti di para. ” i ”

hingga ” ii ” boleh dikenakan tindakan hukuman seperti di para ” iii ”

i. Kesalahan melanggar syarat sebutharga

a)

Menarik Diri;

b)

Pakatan Harga;

c)

Tidak Menyerahkan Butiran Kewangan Syarikat;

d)

Memalsukan Maklumat dengan Tujuan Menyertai Sebutharga.

ii. Kesalahan kerana melanggar syarat kontrak

a)

Lewat Bekalan;

b)

Kurang Bekalan;

c)

Tidak Menepati Spesifikasi;

d)

Tiada Bekalan;

e)

“Sub Kontrak”; dan

f)

Gugur Taraf Bumiputera

iii. Jenis-jenis tindakan/hukuman

a)

Amaran;

b)

Batal Tajuk Pendaftaran;

c)

Penarikan Balik Taraf Bumiputra/Pembuat;

d)

Gantung Pendaftaran;

e)

Senaraihitam Ahli Lembaga Pengarah; dan

(10)

7. SURAT SETUJU TERIMA

7.1 KMKJ adalah berhak menyetuju terima sebutharga tersebut sama ada kesemuanya ataupun sebahagian daripadanya.

7.2 Kerja-kerja yang diperlukan bagi tujuan sebutharga ini adalah seperti yang dinyatakan di Jadual Spesifikasi (Lampiran C). KMKJ tidak menjamin dalam apa cara sekalipun bahawa Perkhidmatan/kerja/bekalan yang disebutkan dalam pelawaan sebut harga ini akan dipesan kesemuanya tetapi Penyebutharga yang berjaya mesti sedia memberi perkhidmatan/kerja/ kontraktoran seperti yang ditetapkan.

7.3 KMKJ juga berhak untuk memilih lebih daripada satu (1) Penyebutharga untuk satu- satu perkhidmatan/kerja/ kontraktoran jika difikirkan memberi faedah kepada kerajaan. 7.4 Keputusan KMKJ adalah muktamad. KMKJ tidak akan melayan sebarang surat menyurat

yang berupa rayuan dari Penyebutharga mengenai sebab-sebab tawaran mereka tidak berjaya. Penyebutharga yang berjaya akan dimaklumkan melalui Surat Setuju Terima (SST).

7.5 KMKJ akan memaklumkan keputusan sebutharga melalui Surat Setuju Terima (SST) serta pemberitahuan keputusan di laman web KMKJ dan papan notis jabatan mengikut pekeliling S/K.KEW/PK/PP/1100/000000/10/31Jld.28SK.4(5) bertarikh 4 November 2009. Sehingga itu, Penyebutharga tidak dibenarkan untuk merujuk kepada KMKJ untuk mendapatkan keputusan sebut harga dengan apa juga cara sekalipun. Sebelum keputusan sebut harga dibuat, maklumat adalah dianggap sulit. Tindakan undang- undang boleh diambil bagi mana-mana pihak yang tidak diberi kuasa untuk memerolehi, menyimpan serta mengedar maklumat sulit tersebut.

8. TEMPOH SAH LAKU SEBUTHARGA

8.1. Semua harga yang ditawarkan hendaklah sahlaku (valid) dalam tempoh tidak kurang daripada 90 hari daripada tarikh sebutharga ditutup.

8.2. Mana-mana Penyebutharga yang mengemukakan tempoh sahlaku kurang daripada masa yang ditetapkan (90 hari) tidak akan dipertimbangkan.

9. KELAYAKAN

9.1. Semua Penyebutharga yang hendak menyertai sebutharga ini mestilah terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) Gred G1 dalam Kategori CE21 (Pembinaan Kejuruteraan Awam).

9.2 Penyebutharga yang menghantar dokumen sebutharga yang lengkap dan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan akan LAYAK dipertimbangkan untuk menyertai sebutharga ini.

(11)

10. DOKUMEN SEBUTHARGA

10.1. Hanya borang rasmi daripada Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor Kementerian Pendidikan Malaysia, KM5 Jalan Kukup, Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor akan diterima bagi maksud sebutharga ini. Borang-borang tambahan yang hendak digunakan mestilah mempunyai ukuran yang sama dan mengandungi ruang-ruang yang sama dan serupa dengan borang asal. BORANG TIDAK BOLEH DIPINDAH MILIK.

10.2. Penyebutharga boleh menggunakan borang berbentuk soft copy yang boleh dimuat turun di laman web KMKJ mulai 30 Mei 2021 (AHAD) dengan syarat menggunakan kod dokumen sebutharga yang sama dengan dokumen yang dibekalkan.

10.3. Setiap helaian tambahan dalam dokumen sebutharga yang digunakan, mestilah ditandatangani di bahagian bawah dan setiap borang mestilah diberi nombor muka surat bersiri dan mengikut susunan.

10.4. Penyebutharga dikehendaki mengisi semua borang Lampiran A, Lampiran A1, Lampiran B, Lampiran C, Lampiran D, Lampiran E, Lampiran F, Lampiran G, Lampiran H dan Lampiran Q yang terdapat dalam dokumen sebutharga.

10.5. Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotong, ditandatangani ringkas serta dicatatkan tarikh dengan terang setentang dengan pindaan yang dibuat. Penggunaan pemadam dakwat tidak dibenarkan.

10.6. Penyebutharga tidak dibenarkan meletakkan sebarang tanda pengenalan syarikat dan cop syarikat pada setiap dokumen atau lampiran SALINAN.

11. SPESIFIKASI

11.1. Spesifikasi perkhidmatan/kerja/bekalan adalah seperti yang dinyatakan dalam Lampiran C. Untuk keterangan lanjut, Penyebutharga boleh merujuk pegawai yang boleh dihubungi berkaitan kerja seperti di notis tawaran sebutharga yang telah dikeluarkan oleh Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor.

11.2. Penyebutharga yang berjaya tidak dibenarkan untuk menarik balik tawaran spesifikasi yang telah dikemukakan.

12. TAWARAN HARGA

12.1. Tawaran Harga dan Jadual Harga hendaklah diisi dengan lengkap dan terang dalam Lampiran D dan E. Lampiran ini mestilah BERTAIP.

12.2. Kerajaan adalah berhak membuat keputusan berhubung harga yang ditawarkan seperti dalam Lampiran D dan E.

12.3. Kerajaan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran harga yang terendah. 12.4. Semua bahan yang disediakan dan dikemukakan oleh Penyebutharga bersama

tawaran kepada KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA tidak akan dikembalikan kepada Penyebutharga.

(12)

13. SETUJU TERIMA SEBUTHARGA

13.1. Keputusan Jawatankuasa Sebutharga Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor adalah muktamad. Sebarang pertanyaan oleh Penyebutharga mengenai tawaran sebutharga yang tidak berjaya tidak akan dilayan.

13.2. Bersetuju menandatangani borang Surat Setuju Terima (SST) dan mematuhi terma- terma dalam borang tersebut bagi Penyebutharga yang berjaya.

13.3. Perkhidmatan/kerja/ kontraktoran yang diperlukan bagi tujuan sebutharga ini adalah seperti yang dinyatakan di Jadual Spesifikasi (Lampiran C). KMKJ tidak menjamin dalam apa cara sekalipun bahawa bekalan yang disebutkan dalam pelawaan sebut harga ini akan dipesan kesemuanya tetapi Penyebutharga yang berjaya mesti sedia memberi perkhidmatan /kerja/ membekalkan yang ditetapkan.

13.4. KMKJ akan memaklumkan keputusan sebutharga melalui Surat Setuju Terima (SST) serta pemberitahuan keputusan di laman web KMKJ dan papan notis jabatan mengikut pekeliling S/K.KEW/PK/PP/1100/000000/10/31Jld.28SK.4(5) bertarikh 4 November 2009. Sehingga itu, Penyebutharga tidak dibenarkan untuk merujuk kepada KMKJ untuk mendapatkan keputusan sebut harga dengan apa juga cara sekalipun. Sebelum keputusan sebut harga dibuat, maklumat adalah dianggap sulit. Tindakan undang- undang boleh diambil bagi mana-mana pihak yang tidak diberi kuasa untuk memerolehi, menyimpan serta mengedar maklumat sulit tersebut.

14. PERUBAHAN SYARAT-SYARAT

14.1. Kerajaan sentiasa berhak mengubah dari semasa ke semasa syarat-syarat yang terkandung dalam kontrak dan mulai dari tarikh yang dinyatakan oleh Kerajaan, bahan yang diperlukan itu hendaklah mengikut perubahan-perubahan tersebut.

14.2. Jika sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan perbelanjaan bagi perkhidmatan/kerja/bekalan, maka nilai kontrak dan masa perkhidmatan tersebut boleh diubah dengan persetujuan kedua-dua pihak secara bertulis.

15. PROSES KONTRAKTOR/ PERKHIDMATAN/ KERJA 15.1. Cara Perkhidmatan

i. Penyebutharga yang berjaya dikehendaki menyediakan

perkhidmatan/ kerja/ bekalan seperti yang ditetapkan. Penyempurnaan kerja- kerja atau pelaksanaan perkhidmatan hendaklah dilaksanakan dalam masa yang telah ditetapkan; dan

ii. Apa-apa pesanan tambahan (sekiranya ada) akan dikeluarkan oleh KMKJ dalam tempoh yang masih berkuatkuasa dan Penyebutharga yang berjaya dikehendaki membuat perkhidmatan/kerja dengan harga dan syarat-syarat yang sama sepertimana yang terkandung dalam sebutharga asal.

15.2. Perkhidmatan / kerja / kontraktoran ini hendaklah dibuat di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor dan dilaksanakan pada waktu masa bekerja iaitu dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Jika pihak kontraktor ingin melanjutkan waktu bekerja, hendaklah melalui persetujuan KMKJ.

(13)

16. TERMA PEMBAYARAN

16.1. Semua pembayaran akan dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja ke akaun perniagaan Penyebutharga yang berjaya.

16.2. KMKJ hanya akan membuat pembayaran apabila kontraktor telah melaksanakan semua Perkhidmatan / kerja / kontraktoran yang telah ditetapkan. Satu inbois yang

merangkumi semua inbois untuk KMKJ hendaklah disediakan semasa

mengemukakan tuntutan pembayaran.

16.3. Pembayaran untuk tiap-tiap tuntutan Perkhidmatan / kerja / kontraktoran yang telah disempurnakan akan dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh inbois dkeluarkan, sekiranya dokumen-dokumen lengkap dan tiada perkara-perkara berbangkit.

16.4. Pembayaran kepada kontraktor tidak boleh dianggap sebagai perakuan bahawa barang-barang itu adalah mengikut kualiti yang dikehendaki. Bayaran oleh KMKJ tidak melepaskan kontraktor atas tanggungjawab yang berkaitan di dalam kontrak.

17. WARANTI KERJA

17.1 Tempoh waranti bagi kerja-kerja menyelenggara tangki air ini adalah selama enam (6) bulan sahaja. Sekiranya di dalam tempoh waranti tersebut, KMKJ mendapati kontraktor atau Perkhidmatan / kerja / pembekalan yang diberikan tidak memuaskan atau rosak, bukan disebabkan oleh penyalahgunaan atau kecuaian KMKJ, Kontraktor hendaklah mengganti bekalan berkenaan dalam tempoh waranti yang ditetapkan oleh KMKJ tanpa apa- apa bayaran tambahan.

17.2 Sekiranya kontaraktor gagal membaikpulih Perkhidmatan / kerja / pembekalan berkenaan dengan memuaskan, maka pihak KMKJ boleh sama ada:

(i) Mendapatkan mana-mana pihak yang berkelayakan, selain daripada

Penyebutharga yang berjaya, untuk melakukan kerja itu, di mana semua kos penggantian hendaklah ditanggung oleh Penyebutharga yang berjaya; dan/ atau

(ii) Menghentikan kerja dan Penyebutharga yang berjaya hendaklah membayar

denda, pampasan dan kos-kos yang terlibat hasil pemulangan tersebut; dan/ atau

(iii) Sekiranya kelewatan penggantian mana-mana kerja yang tidak mengikut

spesifikasi dengan memuaskan, maka KMKJ boleh mengenakan denda terhadap kontraktor sebanyak satu peratus (1%) daripada harga bekalan itu pada setiap tujuh (7) hari kelewatan penggantian tetapi tidak melebihi lima peratus (5%) harga bekalan tersebut.

(14)

18 DENDA LEWAT PERKHIDMATAN/PERBEKALAN

18.1 Kontraktor yang berjaya mestilah menyempurnakan kerja-kerja yang diarahkan dalam tempoh yang ditetapkan.

18.2 Kontraktor yang berjaya akan dikenakan denda sekiranya gagal menyempurnakan perkhidmatan dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam kontrak. Cara pengiraan denda tersebut mengikut formula berikut:

Formula : V(T+D) x 2.5% @ 5%

T

Di mana :

V : Nilai kerja yang lewat

T : Tempoh yang ditetapkan

D : Bilangan hari lewat

19 DENDA LEWAT TUNTUT PEMBAYARAN

19.1 Kontraktor hendaklah membuat tuntutan pembayaran kepada Kerajaan tidak lewat

daripada tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh tamat tempoh perkhidmatan tersebut.

19.2 Sekiranya tuntutan pembayaran lewat dan melebihi tempoh yang ditetapkan,

kontraktor boleh dikenakan denda beramaun 0.5% daripada jumlah tuntutan bagi setiap bilangan hari yang kontraktor lewat tuntut.

Formula Bagi Mengira Denda Lewat Tuntut Pembayaran

Denda = 0.5 % (C) x (D)

C = Jumlah Nilai Tuntutan

D = Bilangan Hari Tuntutan Lewat

20 IKLAN

20.1 Tiada maklumat mengenai kerja boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalah

atau alat pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telah dihantar dan diluluskan oleh Kerajaan terlebih dahulu.

21 KERAHSIAAN

21.1 Semua maklumat yang berkaitan tawaran ini adalah sulit dan tidak boleh

(15)

22 HAK MILIK

22.1 Semua data, statistik berkenaan data dan data yang tersimpan dalam sistem yang

terbit daripada dokumen ini adalah menjadi hak milik KMKJ sepenuhnya.

23 BUKAN TANGGUNGAN (NON-LIABILITY)

23.1 KMKJ tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang ketidaktepatan fakta dan

maklumat yang terkandung di dalam dokumen ini.

24 PENAMATAN PERSETUJUAN

24.1 Kontraktor adalah diwajibkan untuk mematuhi syarat-syarat perjanjian sebutharga ini.

Ketidakpatuhan kepada syarat-syarat sebutharga boleh mengakibatkan pihak KMKJ mengambil langkah-langkah penamatan perjanjian.

24.2 Kementerian ini akan mengemukakan Notis Untuk Tujuan Penamatan Kerja (NUTPK)

kepada Penyebutharga-Penyebutharga yang berjaya bagi kegagalan pihak Penyebutharga mengambil tindakan sewajarnya terhadap tuntutan secara bertulis daripada KMKJ ini. Jika Penyebutharga yang berjaya gagal untuk memulihkan keadaan, maka, KMKJ ini akan secara bertulis mengeluarkan Notis Penamatan Kerja (NPK). Dengan memberi notis bertulis kepada Penyebutharga, KMKJ boleh terus menamatkan persetujuan ini.

24.3 NUTPK akan dikeluarkan kepada Penyebutharga, jika Penyebutharga itu sebagai

orang perseorangan atau, apabila Penyebutharga itu adalah suatu firma, mana-mana pekongsi firma itu pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah penerimaan atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat suatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi faedah sipiutang-sipiutang, atau jika Penyebutharga itu adalah syarikat, meluluskan suatu perintah bahawa syarikat itu digantung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan) atau pengurus bagi pihak seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul keadaan- keadaan yang memberi hak kepada mahkamah membuat sesuatu perintah penggulungan.

atau

24.4 NUTPK juga akan dikeluarkan kepada Penyebutharga, jika KMKJ mempunyai sebab

bagi mempercayai bahawa Penyebutharga sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau diluar pengetahuan Penyebutharga) melakukan perbuatan rasuah. Dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan Persetujuan ini tidak menyentuh hak-hak Kerajaan untuk mendapatkan balik gantirugi.

25 PERTIKAIAN

25.1 Apa-apa pertikaian yang terbit di antara KMKJ dengan Penyebutharga mengenai

pentafsiran, pengertian atau kuatkuasa persetujuan, atau hak dan tanggungan pihak- pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit darinya atau yang berhubung dengannya hendaklah kecuali selainnya dipersetujui dengan tertentu dengan bertulis di antara KMKJ dengan Penyebutharga, dirujuk kepada penimbangtaraan dua orang, seorang dilantik oleh KMKJ dan seorang oleh Penyebutharga. Tiap-tiap seorang yang dilantik itu hendaklah bebas daripada pihak-pihak yang membuat persetujuan ini.

(16)

26 UNDANG-UNDANG

26.1 Persetujuan ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh Undang-Undang

Malaysia.

i. Apa-apa pertikaian yang terbit di antara KMKJ dengan Penyebutharga mengenai

pentafsiran, pengertian atau kuatkuasa persetujuan, atau hak dan tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit darinya atau yang berhubung dengannya hendaklah kecuali selainnya dipersetujui dengan tertentu dengan bertulis di antara KMKJ dengan Penyebutharga, dirujuk kepada penimbangtaraan dua orang, seorang dilantik oleh KMKJ dan seorang oleh Penyebutharga. Tiap-tiap seorang yang dilantik itu hendaklah bebas daripada pihak-pihak yang membuat persetujuan ini.

29. SYARAT-SYARAT TAMBAHAN SEBUTHARGA

Syarat-syarat tambahan ini adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat perjanjian. Kontraktor yang berjaya hendaklah memastikan syarat-syarat tambahan seperti berikut dipatuhi:

a. Perbincangan dengan pihak kolej hendaklah dilakukan bagi tujuan seperti berikut:

i)

Menentukan kawasan yang terlibat;

ii)

Mengatur program kerja;

iii)

Taklimat mengenai peraturan-peraturan premis;

iv)

Lain-lain perkara yang berkaitan; dan

v)

Senarai pekerja yang akan dibekalkan.

b. Kontraktor hendaklah melantik pekerja bergaji tetap dengan kadar bilangan yang

mencukupi bagi menjamin kesempurnaan kerja seperti mana diterangkan dalam Lampiran C - Spesifikasi (Penentuan Skop Kerja).

c. Memandangkan perkhidmatan ini akan dilaksanakan di premis-premis Kerajaan, semua

pekerja yang ditugaskan hendaklah menjaga tingkahlaku yang sesuai. Semua arahan daripada ketua premis seperti Pengarah dalam hal ini adalah mutakhir dan beliau boleh membuat teguran serta menasihati pekerja kawalannya sama ada mengenai tugas, disiplin serta tindak-tanduk mereka sama seperti pada kakitangan awam lainnya.

d. Adalah menjadi tanggungjawab Kontraktor untuk menjaga keselamatan pekerjanya,

orang awam dan segala harta benda Kerajaan di dalam kawasan dan bangunan sekitarnya. Sebarang kemudaratan, kehilangan atau kerosakan yang melibatkan nyawa atau harta benda sama ada milik persendirian atau milik Kerajaan akan dikenakan tuntutan yang munasabah ke atas kontraktor.

e. Pekerja hendaklah berdisiplin dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak

pengurusan premis dari masa ke semasa;

f. Kontraktor hendaklah memastikan rekod kedatangan dan jadual bertugas dikemaskini

pada setiap hari;

g. Kontraktor adalah dikehendaki membaiki atau mengganti apa-apa kerosakan yang

berlaku kepada harta benda premis akibat daripada kelalaian pihak pekerja Kontraktor semasa mengendalikan perkhidmatan berkenaan;

h.

Kementerian/Jabatan/Institusi adalah bebas daripada sebarang tuntutan pihak

(17)

30 DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN

a) Lampiran A - Keterangan Mengenai Penyebutharga

b) Lampiran A1 - Keterangan Mengenai Kewangan Penyebutharga

c) Lampiran B - Surat Akuan Penyebutharga

d) Lampiran C - Jadual Spesifikasi

e) Lampiran D - Tawaran Harga

f) Lampiran E - Jadual Harga

g) Lampiran F - Jadual Pelaksanaan

h) Lampiran G - Surat Akuan Pembida

h) Lampiran H - Surat Pewakilan Kuasa

i) Lampiran Q

j) Profil Syarikat

31 BAHAN/DOKUMEN YANG MESTI DIKEMBALIKAN

i. Semasa menyertai sebutharga ini, bahan dan dokumen yang perlu dikembalikan kepada

KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN JOHOR dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti Sebutharga adalah seperti berikut:

Bil Perkara Catatan

1. Lampiran A

Keterangan Mengenai Penyebutharga

Borang-borang boleh ditaip atau ditulis

dengan tulisan yang mudah difahami.

 Sertakan salinan dokumen sokongan.

2. Lampiran A1

Keterangan Mengenai Kewangan Penyebutharga

Borang-borang boleh ditaip atau ditulis

dengan tulisan yang mudah difahami.

 Sertakan salinan sijil-sijil yang telah

disahkan.

 Sertakan salinan dokumen sokongan.

3. Lampiran B

Surat Akuan Penyebutharga

 Lengkapkan dan ditandatangani.

4. Lampiran C

Jadual Spesifikasi

Borang-borang boleh ditaip atau ditulis

dengan tulisan yang mudah difahami.

 Lengkapkan

5. Lampiran D

Tawaran Harga

Borang-borang boleh ditaip atau ditulis

dengan tulisan yang mudah difahami.

 Lengkapkan.

6 Lampiran E

Jadual Harga

Borang-borang boleh ditaip atau ditulis

dengan tulisan yang mudah difahami.

(18)

7. Lampiran F

Jadual Pelaksanaan

Borang-borang boleh ditaip atau ditulis

dengan tulisan yang mudah difahami.

 Lengkapkan.

8. Lampiran G

Surat Akuan Pembida

Borang-borang boleh ditaip atau ditulis

dengan tulisan yang mudah difahami.

 Lengkapkan

9. Lampiran H

Surat Perwakilan Kuasa

Borang-borang boleh ditaip atau ditulis

dengan tulisan yang mudah difahami.

 Lengkapkan

8. Lampiran Q Borang-borang boleh ditaip atau ditulis

dengan tulisan yang mudah difahami.

 Lengkapkan.

9. Profil Syarikat  Profil syarikat yang terkini dan berjilid

hendaklah wajib dihantar

* Bahan/dokumen diatas hendaklah disediakan secara berasingan.

ii. Penyebutharga yang tidak mengemukakan bahan / dokumen yang lengkap seperti

yang dinyatakan di atas akan menyebabkan tawarannya tidak akan dipertimbangkan dan ditolak sepenuhnya.

(19)
(20)

Penyebutharga mestilah mengemukakan dokumen – dokumen sokongan berikut yang TELAH DISAHKAN mengikut turutan seperti pada jadual di bawah. Sila tandakan  bagi dokumen-dokumen yang disertakan.

SAMPUL

TAWARAN PERKARA LAMPIRAN

UNTUK DITANDA OLEH SYARIKAT

UNTUK DITANDA OLEH JAWATANKUASA PEMBUKA SEBUT

HARGA

TAWARAN KEWANGAN

Keterangan Kewangan Penyebutharga A1

Surat Akuan Penyebutharga B

Tawaran Harga D

Jadual Harga E

Surat Akuan Pembida G

Surat Perwakilan Kuasa H

Lampiran Q Q

Penyata Akaun Bank/ Salinan Buku Bank/

Penyata -

3 Bulan Penyata akaun bank terkini

(Februari, Mac dan April 2021) – penyata akaun secara online juga diterima DAN perlu disahkan oleh pihak bank

-

iii.

SENARAI SEMAK DOKUMEN KEWANGAN DAN TEKNIKAL

P

ag

e

(21)

SAMPUL

TAWARAN PERKARA LAMPIRAN

UNTUK DITANDA OLEH SYARIKAT

UNTUK DITANDA OLEH JAWATANKUASA PEMBUKA SEBUT HARGA TAWARAN TEKNIKAL Keterangan Penyebutharga A Jadual Spesifikasi C Jadual Pelaksanaan F

Senarai Ahli Kumpulan Kerja -

Cadangan Jadual Kerja (Carta gantt) -

Salinan Sijil Lembaga Pembangunan

Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) Gred G1 dalam Kategori CE21 (Pembinaan Kejuruteraan Awam)

-

Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari

Kementerian Kewangan (Bekalan/

Perkhidmatan)

-

Pengalaman Syarikat (profil syarikat) -

P

ag

e

(22)

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT

Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di

dalam dokumen sebutharga. Semua maklumat yang

dikemukakan adalah benar.

Tandatangan: Nama:

Jawatan: Tarikh:

UNTUK KEGUNAAN JABATAN

Jawatankuasa Pembuka Sebutharga mengesahkan

penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. ... (jika ada). Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: Nota :

1) Senarai Semak di M/S 20 dan M/S 22 (pengurus syarikat tandatangan) perlu dicetak dan dimasukkan ke dalam sampul surat Tawaran Kewangan.

2) Senarai Semak di M/S 21 dan M/S 22 (pengurus syarikat tandatangan) perlu dicetak dan dimasukkan ke dalam sampul surat Tawaran Teknikal.

P

ag

e

(23)

1. Dokumen sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlainan, berlakri dan dilabelkan seperti berikut:

i. SAMPUL KEWANGAN

ii. SAMPUL TEKNIKAL

2. Sampul-sampul ini hendaklah dimasukkan ke dalam satu bungkusan/sampul yang ditanda pada bahagian tengah sampul surat sepertimana berikut:-

SEBUTHARGA KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN TANGKI AIR DI KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN JOHOR

NO. SEBUTHARGA: KMKJ(S)/SH/05/2021

3 Di bahagian penjuru atas sebelah kanan ditulis SELENGGARA TANGKI dan dialamatkan

kepada :-

PENGARAH

KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN JOHOR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KM 5, JALAN KUKUP, MUKIM RIMBA TERJUN 82000 PONTIAN, JOHOR

4 Penyebutharga yang tidak mengembalikan semua dokumen seperti yang dinyatakan di atas

akan menyebabkan tawarannya tidak akan dipertimbangkan.

5 Semua sebutharga mestilah dimasukkan ke dalam peti sebutharga yang telah ditentukan pada

waktu pejabat di alamat seperti di atas tidak lewat daripada tarikh dan waktu yang ditetapkan. Sebutharga-sebutharga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

6 KMKJ tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan borang-borang penyertaan sebutharga

akibat daripada kesilapan peti yang dimasukkan atau sebutharga-sebutharga yang dihantar melalui pos.

7.

Jika ada kemusykilan / masalah mengenai Spesifikasi, Proses Perolehan / Dokumen Sebutharga, Penyebutharga bolehlah merujuk kepada URUSETIA SEBUTHARGA, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor, Kementerian Pendidikan Malaysia, KM5, Jalan Kukup, Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor.

7.1 Pn. Azlina binti Muhamad Mujari 07-6881630 / 012-7689264

(Dokumen Sebutharga)

7.2 Pn. Azilawati binti Zun 07-6881630 / 011-12768878

(Spesifikasi Kerja)

(24)

Referensi

Dokumen terkait

Pelayanan Kesehatan Tradisional Empiris yang menggunakan kombinasi keterampilan dan ramuan contohnya naturopati. Panti Sehat berkelompok harus memenuhi pelayanan sesuai

penduga bagi fungsi sebaran kejadian pertama dan kejadian kedua akan mendekati fungsi sebaran yang sebenarnya jika semakin besar panjang interval

Dinas Pekerjaan Umum, Dinas Sumber Daya Air, Energi, dan Sumber Daya Mineral, Dinas Kesehatan, Badan Penanggulangan Bencana Daerah, Badan Pemberdayaan Masyarakat dan

Ongkos perjalanan dan ongkos penginapan untuk dinas diganti menurut peraturan ongkos perjalanan yang berlaku untuk Anggota Dewan Perancang Nasional dengan ketentuan bahwa

Mengalokasikan 20% bandwidth backbone antar cabang untuk layanan SecureNET Meningkatkan kapasitas pegguna layanan SecureNET Peningkatan backbone cabang-cabang Indonet

Atas jaminan tersebut selanjutnya akan dibuatkan Surat Kuasa Menjual / Surat Pernyataan yang diperlukan dari PIHAK KEDUA kepada PIHAK KESATU dan apabila diperlukan akan

Selanjutnya, dilihat dari nilai pvalue yaitu sebesar 0,015, karena nilai pvalue 0,015 < 0,05 berarti dapatlah disimpulkan ada pengaruh yang positif dan

Strategi komunikasi dalam pelaksanaan PNPM Mandiri Perdesaan di Kecamatan Konawe dilakukan melalui empat cara, yaitu mengenal khalayak, menyusun pesan, menetapkan metode,