• Tidak ada hasil yang ditemukan

Suami Yang Kubenci

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Suami Yang Kubenci"

Copied!
204
0
0

Teks penuh

(1)

Suami yang Kubenci 1

by E-man Sufi

Dum!!

Pintu kereta ditutup sekuat hati.

“Hah! mengamuklah lagi,pecahkan sekali cermin kereta ni,kalau tak puas hati lagi awak bakar aja terus kereta saya ni…”

Sindiran itu buat Hannah membatalkan niatnya untuk masuk ke dalam rumah.Ini dah kira mencabar kesabaran aku..apa,ingat aku tak berani?

Dia menanggalkan kasut tumit tinggi.Tanpa menunggu lama,Hannah menghayunkan kasut LV yang baru sebulan dibelinya itu.

Prang!!!!!

Hannah senyum puas.Kereta warna hijau itu sudahlah buruk dan sekarang dah tak bercermin hadapan lagi…padan muka Uwais!!

Uwais tenganga. Habislah!!! sekali dia buat betul? kereta mini cooper hijau sudah berderai cermin hadapannya.Rasa berpinau matanya.

“Hannah!!! apa awak buat ni?”

“Awak yang suruh kan? why? you wanna me to burn this car? kejap..saya pergi ambil minyak tanah ya?

“Arrgghhh!!! kenapalah saya dipertemukan dengan perempuan gila macam awak ni!!” marah Uwais.

“Apa awak cakap? perempuan gila?? hallo…not me but you! ingat saya hard up sangat lelaki macam awak ke? kalau tak sebab saya sayang keluarga saya,takdenya saya nak kahwin dengan lelaki macam awak tau…”

“Awak bercakap macam awak tu bagus sangat! awak patut bersyukur saya ambil awak sebagai isteri,kalau tak sebab saya akad awak malam tu,satu dunia akan tahu yang awak tak jadi kahwin sebab tunang terbaik awak tu kena tangkap basah dengan perempuan lain!” jeritan Uwais bergema.Hannah terkedu.Wajahnya memerah.Kenapa mesti peristiwa seminggu yang lalu diungkit lelaki itu.Aku benci kau Uwais Ukasyah!! kenapa mesti kau? kenapa bukan orang lain? aku lebih rela tak kahwin daripada jadi isteri kaulah! Tapi apa dia boleh buat. Memang malang nasibnya bila orang yang dipuja rupanya penipu dan penggantinya pulak orang yang dia tak suka! “Cakaplah kuat lagi! biar satu taman perumahan ni dengar…baru awak puas hati dapat malukan saya kan?” Hannah segera masuk ke dalam rumah.Uwais meraup wajahnya.Dia memandang sekeliling.Lega, bila tiada yang melihat pergaduhan mereka berdua di luar rumah itu.Bukan pertama kali mereka bergaduh.. pantang bertemu,mesti bertikam lidah.

Bukan dia tak redha beristerikan Hannah Mariam.Memiliki isteri secantik Hannah,bahkan datang dari keturunan yang baik sudah tentu menjadi impian setiap lelaki.Hakikatnya,cantik saja tidak cukup..

Uwais merenung kereta antik miliknya.Dicangak-cangak duit yang tinggal dalam akaun bank.Paling tidak dia perlukan 400 ringgit untuk baiki kerosakkan itu.

Mata Uwais terpandang kereta Audi milik Hannah.Ikutkan akal jahatnya,nak saja dia pecahkan cermin hadapan kereta mewah itu.Lagipun,Hannah tentu tidak bermasalah untuk

membaikinya.Maklum saja,sebagai CEO syarikat milik keluarga,gaji Hannah berkali – kali ganda berbanding perdapatannya.Itu salah satu factor kenapa isterinya yang “solehah” itu begitu angkuh di hadapannya.

Uwais mendekati kereta Audi berwarna silver itu.Namun niat jahatnya dibatalkan.Dia tidaklah seteruk itu.Baik buruk Hannah pun masih lagi bergelar isterinya.

“Tapi kalau macam ni okey kut…” Uwais senyum sambil tangannya membuka nat tayar kereta itu.Dikeluarkan semua angin dari dalamnya.

“Uwais!!!”

Hannah mengetuk pintu bilik Uwais sekuat hati. Walaupun mereka sudah sah sebagai suami isteri semenjak seminggu yang lalu tapi tidak rela dia menjadi isteri dengan erti kata sebenarnya pada lelaki murahan seperti Uwais.Bukan sedikit wang yang datuknya bayar supaya lelaki itu mengahwininya.Kalau tak disebabkan terdesak dia pun tak hingin bersuamikan seorang penjual

(2)

burger!

“Apa hal awak ni? pagi-pagi lagi dah kecoh!” Uwais sudah tersembul di muka pintu.Lelaki itu tidak berbaju,hanya memakai seluar pendek sahaja.Hannah sedikit malu melihat keadaan Uwais yang sebegitu.Tapi..boleh tahan juga seksi badan dia..ish! apa yang aku merepek ni?

“Awak pancitkan tayar kereta saya ya?”

“Kalau betul kenapa?” wajah Uwais macam orang tak bersalah.Rambutnya yang tercacak macam kena elektrik digaru-garunya.

“Saya nak awak tukar tayar kereta tu sekarang..sebab awak,saya dah lambat pergi kerja pagi ni tau”

“Tak tahu..” Uwais mencebir.Dia kembali menutup pintu bilik. “Hey!! Uwais!!..tukar tayar kereta tu ”

“Awak buatlah sendiri..saya nak tidur!” terdengar laungan Uwais dari dalam bilik.

Hannah rasa nak menjerit sekuat hati.Sudahlah pagi tu dia ada meeting,mana dia nak letak muka kalau dia sampai lewat.Mahu tak mahu,dia terpaksa naik teksi pagi itu.Kali ni,awak menang Uwais..tengoklah nanti! sejak bergelar isteri Uwais,hidupnya tak pernah lagi aman…mulai hari ni,dia takkan makan burger lagi! itu salah satu daripada kempen anti Uwais Ukasyah..Si penjual burger

(3)

Suami yang Kubenci 2

by E-man Sufi

“Kau cakap macam tu? Ya,Allah Hannah….kau tak boleh buat macam tu,dia tu suami kau Hannah..lagipun,kau sendiri tahu yang dia tu bukan banyak duit pun…kau dah rosakkan kereta dia..then,kau marah dia lagi…kau tak takut dosa ke?”

Hannah telan liur.Eii..aku kalau bab dosa pahala ni mula cuak..agak-agaknya,aku ni dapat masuk syurga tidak nih..alahai,apsal aku rasa semacam aja nih..

“Mai..aku bukan sengaja pun nak cakap macam tu.Salah Uwais tu jugak,dia yang cabar

aku…salah aku ke? kiranya aku pecahkan cermin kereta dia tu dengan keizinan la kan..sebab dia yang suruh..” Hannah tak mahu mengalah.Maira, sepupunya itu menggeleng.Bercakap dengan Hannah Mariam umpama bercakap dengan batu,takde maknanya..

“Kalau Tuk ayah tahu kau buat macam tu,siaplah kau…” “Beranilah dia nak mengadu…”

“Hai..tak habis lagi? bila nak insaf kau ni? belajarlah merendah diri Hannah,kalau tak dengan orang lain pun..dengan suami sendiri cukuplah..apa masalahnya dengan Uwais tu? sebab dia orang kampung? atau..sebab dia Cuma penjual burger? setidaknya dia berusaha cari rezeki yang halal Hannah…Aku tahu kau kecewa sebab kau tak jadi kahwin dengan Tengku Muiz tu

kan?..hmmm…kalau taraf tinggi sangat pun tak ke mana Hannah..bukan dapat bawa masuk kubur pun…” Maira meluahkan rasa tak puas hatinya.Hannah memang macam tu,sikap angkuh dan sombongnya tu bukan baru..dari zaman sekolahnya dulu pun,semua kena sempurna..nak berkawan dengan yang pandai saja,anak VIP..dan nak berkahwin pun dengan yang berdarjat kononnya..alih-alih,tak jadi juga…baru tahu langit tinggi rendah bila Tengku Muiz kena tangkap khalwat dengan budak bawah umur..pun masih tak sedar lagi?

“Kau datang bilik aku ni,just nak bagi tazkirah ni ke? aku takde mood la nak dengar…” Panas telinganya bila disindir.Maira mengeluh.

“Aku datang Cuma nak hantar laporan kewangan,tu aja..kau yang mulakan cerita pergaduhan kau dengan Uwais tu kan? kalau tak nak dengar nasihat…lain kali zip aja mulut tu…lagipun,tak elok jaja hal rumahtangga kat orang tau?” Maira bangun dari kerusi.Takde tujuan lagi dia berada di bilik CEO itu..kalau tak mengenangkan mereka sepupu,tak mahu dia nak masuk campur. Hannah bangun dari kerusi.Sebenarnya,apa yang dikatakan Maira berbekas dalam hatinya.Teruk sangatkah apa yang dia buat semalam? seingatnya,sebelum berkahwin lagi mereka sudah selalu bertikam lidah,bezanya..seminggu yang lepas dia sudah bernikah dengan Uwais..secara

rasminya,dia menjadi isteri dan wajib menuruti kehendak dan patuh pada setiap arahan suami? Salahkah kalau dia mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya? tak adil kalau dia disalahkan kerana dia tidak rela menjadi seorang isteri kepada lelaki bernama Uwais Ukasyah itu..dia tak cintakan Uwais,jauh sekali nak berkasih sayang..dia mahukan lelaki yang sempurna sebagai suami..tapi macamana dia nak cintakan Uwais kalau dari setiap sudut pandangannya lelaki itu tidak sempurna? berat untuk dia akui bahawa jodohnya ini adalah takdir daripada Allah…bagaimana dia nak paksa dirinya sukakan orang yang dia tak suka?

Siapa yang mampu memahami situasinya sekarang? baik Tuk ayah,mahupun saudara-maranya..tiada! mungkin kalau arwah mama dan papa masih hidup..mereka akan memahami keadaannya sekarang…tapi sayangnya,mereka hanya hadir dalam mimpinya.

Lewat petang itu,Hannah tiba di rumah.Sebaik turun dari teksi dia mengatur langkah .Pintu pagar dibuka.Bila dia melihat mini cooper hijau milik Uwais tiada di garaj,hatinya merasa lega.Dia tak peduli ke mana Uwais pergi,yang penting lelaki itu tidak ada ketika dia dalam keadaan kepenatan untuk bertekak mahupun bergaduh.

Hannah berhenti melangkah bila melewati kerete Audi miliknya.Dahinya berkerut

(4)

menukar tayar kereta itu? tapi..kunci kereta dia bawa ke pejabat? melainkan Uwais mengepam semula tayar kereta itu.

“Whatever!” Hannah malas nak fikir.Kalau semuanya okey,dia takde sebarang kes untuk merungut..bukannya dia suka sangat nak bergaduh dengan Uwais.

Hannah meletakkan briefcase dan handbag di atas sofa.Dia kemudian ke dapur,membuka freeze dan mencapai sebotol air mineral.Sewaktu freez ditutup dia melihat satu helai kertas ditampal di dinding freez.Kertas bertulis sesuatu itu diambil lalu dibaca.

Mlm ni sy blk lwt,kunci sy ada bw

klu awk lapar sbelum sy keluar siang tadi sy dh buatkan cheese burger utk awk..mkn klu lpr..x nk pun xpe.. sy letak dlm microwave..pndai2 la panaskan sndiri.. p/s sy mnta maaf psl smalam…

Hannah terkedu.Zap! sekejapan dia rasa seperti jantungnya disambar elektrik.Dia minta maaf? biar betul ni…

Hannah sedikit senyum.Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia senyum..mungkin kerana dia rasa seperti kemenangan berada di pihaknya kerana Uwais terlebih dahulu memohon maaf.

Hannah membuka microwave.Ternyata memang ada cheese burger yang dihidangkan bersama kentang goreng dan salad sayur-sayuran.Masih panas lagi kerana Uwais meninggalkan

microwave itu terpasang dalam suhu normal.

“Nampak sedap tapi…bukan aku tengah boikot burger ke? Hannah berfikir seketika.Kalau dia makan burger ni,apa pandangan Uwais agaknya? huh,mesti dia bangga sebab akhirnya aku makan juga burger yang dia buat…” dia bercakap sendirian.

Penat dan lapar.Nak masak memang dah malas sebab dah terlampau penat! nak pulak sekarang dia sedang berhadapan dengan burger! ya…burger. Makanan “terlebih” khasiat inilah makanan kegemarannya..apa yang dia hairan,kenapa dia sukakan burger tapi dia tak mampu nak sukakan penjual burger?

“Nak makan ke tak ni?”

Hannah mengeluh.Makan Hannah sebab kau dah terlalu lapar.. Dia mula berniat untuk menikmati burger itu di meja makan.

Jangan Hannah!! pulak? sebab apa pulak tak boleh? langkahnya mati.Berfikir lagi…

Kalau kau makan,maka jatuhlah ego kau nanti.Burger ni Uwais yang buatkan…Uwais? takkan kau dah lupa…Si penjual burger?

Uwais termenung di kerusi batu tidak jauh dari gerainya.Dia memandang beberapa pelanggan yang singgah di gerainya.Dah hampir 7 bulan,gerainya yang dulu kecil sekarang dah mampu menampung pelanggan yang lebih ramai.Siap dipasang LCD dan layar lebar untuk pelanggannya menghilangkan rasa bosan menunggu tempahan.Bukan setakat pelbagai jenis resipi

burger,gerainya juga menghidangkan pelbagai menu westernfood yang lain. “Uwais!”

Seseorang menyapa dari jauh.Uwais sekadar mengangkat tangan.Sedikit senyuman

dihulurkan.Dia tidak ada rasa untuk berbual dengan sesiapa.Biarlah Wahab,rakan kongsinya saja yang melayan mereka.Lagipun,tak perlulah dia rasa kalut kerana beberapa hari lepas,dia

sudahpun mendapat seorang pekerja yang mampu digajikan.

Fikiran Uwais jauh melayang mengingati kejadian beberapa hari yang lepas.Sangkanya,kalau dia lebih bertolak ansur,Hannah akan bersikap lebih toleransi dengannya.Huh! toleransi pekebenda! perempuan tu memang dah melampau! kalaulah bukan kerana kesabarannya yang masih utuh,mahu saja ditampar muka Hannah sekuat hatinya..

(5)

Kalau bencikan dia sekalipun,tergamak Hannah membuang cheese burger yang dibuatnya ke dalam tong sampah.Apa hina sangatkah sesuatu yang datang dari pemberiannya? tak bolehkah Hannah menghargai keikhlasan orang lain.Sepatutnya dia yang dihidangkan makanan dari air tangan isterinya itu.Dia tak minta Hannah jadi isterinya yang terbaik.Dari hari pertama mereka bernikah pun dia tahu,Hannah langsung tak sukakan dia..bukanlah dia bodoh sangat nak faham airmuka Hannah yang langsung tak gembira.Dia sedar dia bukan anak jutawan,hartawan apatah lagi..nak melekat satu perkataan “wan” pun memang takde..namun begitu,sehina mana pun dia pada pandangan Hannah,dia tetap manusia..dia juga ada perasaan..dia seorang lelaki yang ada jiwa,ada rasa,dia berhak untuk merasa sensitive jika dirinya tidak dipedulikan.

Pipit dengan Enggang mana boleh terbang sama Uwais…

Dia teringat kata-kata emaknya sebaik saja dia menerima saranan Tan Sri Idris untuk menikahi Hannah Mariam.Dia bukan pipit yang mahu terbang bersama Enggang..tak pernah terlintas pun…lagipun,dalam dunia manusianya,dia hanya menaiki mini cooper hijau yang selalu terbatuk-batuk enjinnya…sedangkan Hannah? Audi A4 Cabriolet itu saja cukup untuk buat dia rasa “kecil hati..”

Menyesalkan dia kerana bersetuju.Hanya kerana bantuan Tan Sri Idris yang menyelesaikan segala hutang-hutangnya,dia rela menjadikan dirinya umpama bidan terjun dalam majlis yang bukan “miliknya”.

Perkara sudah berlaku.Mungkin ada hikmah di sebaliknya…Tiba-tiba dia mengingati segala yang bermula dalam riwayat antara dia dan Hannah Mariam…

(6)

Suami yang Kubenci 3

by E-man Sufi

BEBERAPA BULAN SEBELUM PERKAHWINAN UWAIS UKASYAH & HANNAH MARIAM “Apalah nasib mak ni beranakkan kau Uwais oi…ingatkan ada anak jantan sorang,bolehlah jadi tempat mak berpaut,ini tak…kau lagi nak cekik leher mak ni..”

“Tak baik mak cakap macam tu..anak tu rezeki Allah mak..”

“Pandai pulak kau bercakap ya? apasal kau tak jadi lawyer aja?ini tak..jadi penjual burger,kalau laku takpelah jugak..orang kampung ni Uwais,tau makan sayur kampung dengan lauk ikan sungai aja..abis sedap pun makan pucuk ubi dengan sambal belacan..kau pulak nak suruh diorang tu makan burger? dah tu…modal berniaga pun kau pinjam dengan lintah darat…ieee…geram betul aku” Sarimah menyiat-nyiat kulit kelapa tua yang dikupasnya.Membayangkan rambut anak lelakinya itu yang ditarik-tariknya.

Uwais telan liur.Apalah mak aku ni,mana ada orang kampung kita makan pucuk ubi dengan sambal belacan? yang selalu makan menu tu kat dalam rumah kita aja mak..tapi ayat itu hanya sekadar melewati ruang hatinya saja.Maunya berani dia jawab macam tu? silap-silap parang kat tangan maknya tu melayang tanpa disangka-sangka.Mak aku ni bukan calang-calang

keturunan…cucu cicit Tok Gajah tu…

“Jawablah! kenapa kau pinjam dengan lintah darat tu?” Uwais hampir terloncat bila dijerkah begitu.

“Err..dah tu, takkan nak pinjam dengan lintah sungai mak..” Uwais ketap bibir.Apa ke sengal sangat jawapan tu yang terkeluar.Sarimah selesai mengupas kelapa.Cadangnya nak buat gulai ikan salai dengan rebung.

“Kau ni kan,kalau ikutkan hati..mak gulaikan kau dengan rebung..gantikan ikan salai yang mak beli kat pasar tu…yang aku hairan tu,belajar sampai university tapi kerja setakat jual burger aja? manalah orang kampung ni tak gelakkan kau…belajar bisnes konon..jual la kayu balak ke,kereta ke..buka restoran mewah ke,ini tak…gerai burger??..”

“Mak ni,bukan nak doakan anak..lagi dikutuk pulak..”

“Habis,kau nak mak puji? bukak gerai burger macam tu pun kau pinjam dengan Along… paling tak mulakanlah dengan cara yang betul..”

“Hari tu orang mintak pinjam duit mak tak nak bagi..”

“Duit pencen arwah ayah kau tu,mak nak buat belanja sekolah adik kau…patutnya,kau ni pergilah cari kerja kat bandar tu hah…takkanlah takde langsung…”

“Susah nak dapat mak…lagipun,orang punya pointer cukup makan aja mak..”

“pointer kau cukup makan? habis,kau nak makan apa? hah..malam ni,kau makan habis burger kau yang tak laku tu..satu lagi,hutang Along tu…kau pandai-pandai bayar sendiri..mak tak nak campur..Bisnes konon!”

Uwais garu kepala.Ahh…matilah aku kali ni! kalau geng Ajak Galah tu jumpa aku mintak duit macamana? pening kepalanya.Masuk ni dah dua bulan dia gagal membayar hutang lintah darat.Bukanlah banyak pun dia pinjam..Cuma seribu ringgit sahaja tapi…macamana boleh jadi 3 ribu pun dia tak tahu.Memang cekik darah punya lintah!

Elaun dia mengajar kelas tuisyen di bandar pun masih belum diperoleh lagi.Bukanlah banyak mana pun,Cuma 600 ringgit sebulan…tapi,dengan duit itulah dia buat duit pusingan modal dan diberikan pada maknya sedikit.Mujurlah dia duduk di kawasan kampung,kos sara hidup tak begitu tinggi.Kenapalah susah sangat dia nak dapat kerja? mintak kerja yang setaraf,kualiti tak

mencapai standart…bila dia mintak kerja kerani,konon dia ada degree tak boleh kerja serendah tu…nak mintak kerja pam minyak pun kena bersaing dengan budak lepasan SPM..mahal betul rezeki kau Uwais oi…

“Uwais? apa tercongok lagi kat bawah pokok kelapa tu? pergi ambil adik kau dari sekolah!” Arah maknya.Dari dalam rumah pun maknya mampu mencapai tahap suara loud speaker..memang dasyat mak aku ni..

“Ye lah mak..orang nak pergilah ni..”

(7)

lama tapi masih berkilau catnya,selalu polish tu…

Enjin dihidupkan,tapi hanya separuh nafas deruan saja..selebihnya bunyi macam batuk-batuk manja.Uwais kerut dahi,dia membulatkan mata meneliti takat minyak..memang sah!

“Habis minyak la pulak….” Uwais mengeluh.Entah dari mana dia melihat lambang ringgit berterbangan di ruang matanya.

Uwais mencari kelibat adiknya dalam kalangan pelajar yang berpusu keluar dari kawasan sekolah.Dia setia duduk di atas motosikal EX-5 miliknya.Sesekali matanya mengerling pada seorang perempuan yang sedang leka dengan laptop.Perempuan itu santai duduk di kerusi batu yang diletakkan di situ.Tunggu adik dia agaknya….Fikir Uwais.Dia ralik memerhatikan kereta mewah yang diparkir tidak jauh dari situ.Siapa agaknya gadis cantik itu? tak pernah dia nampak sebelum ni..

Mata mereka kebetulan berlaga.Uwais mengukir senyum ikhlas tapi langsung tak berbalas bahkan hanya jelingan yang diterima.Wajah perempuan itu mencuka.Alahai…dia tak suka aku pandang dia kut…

“Abang..apsal datang jemput Anis naik motor? abang kan tahu,Anis gayat kalau naik motor?” Adiknya Anis mula mengeluh sebaik saja muncul di depannya.

“Sorrylah dik…minyak kereta habis,abang takde duitlah nak beli sekarang..takpe,adik pegang abang kemas-kemas ya? tak pun..adik pejam mata..kejap aja,masa adik buka mata nanti..kita dah sampai rumah..” pujuknya.Dia tahu Anis tak suka naik motosikal kerana

gayat..lagipun,semasa adiknya itu masih di zaman kanak-kanak,Anis pernah jatuh dari motosikal sewaktu pulang dari sekolah bersama arwah ayahnya.Sejak hari tu, arwah ayah membeli kereta kerana tak mahu Anis tidak selesa setiap kali pergi dan balik dari sekolah.

“Janji tak bawa laju ya?”

“Iya..abang ni bukannya Mat rempit..” Jawapan itu buat Anis ketawa.

“Tapi,kenapa abang nampak macam Mat Rempit erk? Cuma..tua skit jek..kira macam Mat Rempit pencen..”

“Dah,tak payah nak merepek..naik cepat..”

Anis masih ketawa ketika dia menghidupkan enjin motosikalnya.

Seperti yang dia janjikan,motosikal itu ditunggang dengan kelajuan perlahan sahaja.Dia dapat rasakan betapa kemasnya pegangan tangan Anis di bahunya.

“Anis pejam mata tak? usiknya.

“Mestilah…takut! kalau buka mata nanti,rasa macam nak jatuh tau..”

“Elok jugak Adik abang ni takut naik motosikal..nanti takdelah ikut budak lelaki naik motor..” “Ish,Abang ni..ke situ pulak..”

Dia terasa Anis memukul perlahan bahunya.Uwais ketawa kecil.Matanya memerhatikan cermin pandang belakang, darahnya menyirap bila secara mendadak sebuah kereta yang dipndu laju muncul dari arah belakang.

Pin!!! pin!!

Uwais hilang kawalan bila kereta itu mendekat dengan cara agak menghimpit.Maklum saja,jalan kampung itu agak kecil sedikit.

Motosikal Uwais terbabas ke tepi jalan.Dia dapat dengar jeritan Anis sebelum motosikal itu terjatuh.Mujurlah di atas rumput hijau.

“Anis!!” Uwais segera membantu Anis yang sudah terduduk.Mujurlah kaki adiknya itu tidak tersepit.

“Aduh…apasal abang boleh terbabas ni?” marah Anis.Uwais memandang ke arah jalan.Dia pasti kereta itu sudah pergi jauh tapi beberapa ketika kemudian kereta mewah itu muncul

semula.Uwais kaget bila seorang remaja berbaju sekolah seperti adiknya turun dari kereta itu. “Anis..are you okey?”

(8)

mendapatkannya.

“Minta maaf Anis, kakak saya tak sengaja tadi..”

“Tak sengaja apanya? bawa kereta macam nak racing aja? ini jalan kampung la wei,bukan litar lumba..”marah Uwais.Dia membantu adiknya bangun.

“Maaf bang..kakak saya nak cepat tadi..” Mastura kelihatan serba salah.

“Maaf..maaf..kalau jadi apa-apa kat adik saya tadi macamana? siapa nak bertanggungjawab?” “Teruk sangat ke cedera adik awak tu?” Uwais yang baru menongkat motosikal berpaling pada yang empunya suara.Dia mengerut dahi bila perempuan yang dilihatnya di sekolah tadi berada di situ.Jadi…dialah pemandu berhemah tadi?

“Takde apa kak..sikit aja” jawab Anis.

“Sikit apanya Anis? silap-silap kaki tu terseliuh,jalan pun terjingkit-jingkit..kalau tak dapat pergi sekolah macamana?”

Anis diam bila Uwais sudah meninggikan suara.

“Okey macam ni la, cakap banyak pun tak guna..saya boleh bayar semua kerugian awak ni,kos perubatan adik awak dan kos baiki motosikal awak ni..berapa awak nak?”

Uwais mencekak pinggang.Sudahlah tak minta maaf..berlagak pulak tu,apa ingat dengan duit semua benda boleh settle ke? dia tak puas hati..yang bersalah kakaknya tapi kenapa pulak Si Adik yang kena minta maaf?

“Cik,saya tahu cik banyak duit..simpan ajalah,Cuma saya nak ingatkan..ini jalan kampung,lain kali bawa kereta mahal cik tu hati-hati..”

“Saya turun dari kereta ni bukan nak dengar nasihat awak,kalau tak sebab adik saya ni yang beriya sangat suruh patah balik..tak mahu saya buang masa kat sini..awak yang bawa motor lembab mengalahkan kura-kura tu yang menyusahkan saya..okey,kalau awak rasa saya tak perlu bertanggungjawab dengan kecederaan adik awak ni..fine! Mastura,jom balik..kan Along dah cakap,bukan serius sangat pun…buang masa aja patah balik..”

“Tapi Along..” “Lets go! “

“Sorry ya Anis,nanti kita jumpa kat sekolah..”

Uwais masih belum berpuas hati.Dia tak pernah jumpa manusia sombong dan berlagak seperti perempuan itu.Muka aja cantik …

Kereta mewah itu meluncur pergi.

“Tak payahlah marah bang,sikit aja…lagipun,motosikal abang pun tak rosak kan? Anis memujuk Uwais.

“Bukan apa Anis..patutnya dia minta maaf..” “Kan diorang dah minta maaf..”

“Itu adik dia..kakak dia tu buat muka tak bersalah jek..sombong pulak tu.Anis kenal ke adik tadi tu?”

“Kenal..Hannah Mastura,kawan sekelas Anis bang…tadi tu,kakak dialah agaknya,setahu Anis kakak dia tu baru balik dari UK”

“Patutlah,dia ingat jalan kampung kita ni sama macam kat UK tu…” Uwais menggeleng.Mujurlah mereka tak cedera.

(9)

Suami yang Kubenci 4

by E-man Sufi

AB 4

“Minta maaf puan Hannah,ada orang nak jumpa”

Aisyah.Setiausahanya kelihatan seperti sedikit ketakutan .Gadis yang masih berdiri di muka pintu itu direnungnya tajam. Rasanya aku dah cakap yang aku tak nak jumpa sesiapa hari ni?

“Kan saya dah cakap,saya tak mahu diganggu..” Hannah menutup fail yang barus selesai di semak.Hari itu moodnya memang tidak begitu baik.Semuanya kerana panggilan yang dia terima daripada datuknya.

“Tapi,yang datang ni Tengku Muiz Puan…dia cakap kalau Puan tak nak jumpa,dia nak rempuh masuk bilik ni”

Sebaik saja mendengar nama Tengku Muiz,dia senyum sinis.Huh,berani lagi dia datang sini? memang tak tahu malu punya jantan..takde lain nak auta akulah tu…

“Okey,suruh dia masuk..”

Kurang dari satu minit.Tengku Muiz sudah muncul di hadapannya.Seperti kebiasaan yang dia lihat,lelaki itu sentiasa kelihatan kemas dengan sut Armani di tubuhnya.Kalau nak dibandingkan dengan Uwais.Memang bagai langit dengan bumi.Dia terbayangkan penampilan Uwais yang sentiasa memakai t-shirt dan jeans lusuh sahaja.Uwais lebih santai sedangkan Tengku Muiz lebih kasual.Namun,dia teringatkan sesuatu yang dia pernah baca dalam sebuah buku..seorang lelaki itu dicintai bukan kerana dia tampan tapi dia kelihatan tampan kerana dia

dicintai…maknanya,sekarang dia tidak lagi mencintai Tengku Muiz..sejak dari detik dia mendapat berita lelaki itu ditangkatp khalwat,dia sudah memutuskan,cintanya bukan lagi untuk lelaki

ini…patutlah sekarang aku rasa semahal manapun baju yang kau pakai,kau tetap nampak tak handsome!

“Hai sayang..I fikir you dah tak nak jumpa I lagi..” sapaan Tg. Muiz tidak berbalas.Nak termuntah pulak bila mendengar gelaran sayang daripada orang yang telah menyebabkan dia menanggung malu pada keluarganya.

“You nak apa datang sini? I busy la…”

“Biasa tu,kalau I datang..you busy macamana pun you masih ada masa nak layan I kan?” “Itu dulu Muiz…sekarang dah jadi luar biasa..you tahu kenapa? sebab sekarang I dah jadi isteri orang,takkan you dah lupa..”

“I tak lupa,memang you dah jadi isteri orang tapi I tahu you tak bahagia sayang…okey, pasal kes tangkap khalwat tu..Cuma salah faham aja,budak tu adik kawan I aja..I always love you

Han..takkanlah I nak curang dengan you..percayalah”

“How sad story kan? kiranya you ni mangsa fitnah la erk? macam ni la Muiz..i tak peduli budak tu siapa..I pun takde hati nak dengar luahan cinta you pada I..nak buat macamana kan? benda dah jadi..tapi I nak betulkan statement you tadi..siapa cakap I tak bahagia? suka-suka hati you aja nak cakap I bahagia ke tidak.. for ur information, I bahagia dengan hidup I sekarang..” Hannah

mengukir ceria. Keep ur smile Hannah..buktikan yang kau memang “bahagia”

“Dengan penjual burger tu? pleaselah Han…he is not your taste..” Tengku Muiz ketawa. Hannah menahan rasa geram.Benci betul dia melihat Tg. Muiz ketawa menyindirnya.

“Well..penjual burger pun,setidaknya takdelah buat maksiat dengan budak bawah umur..” Hannah menjawab.Ish…biar betul..aku baru puji Uwais ke tadi?

Tawa Tg. Muiz mati.Hannah memandang sinis padanya.

“I rasa lebih baik you balik ajalah Muiz..better you pergi cari budak-budak sekolah yang boleh you bawa temankan you ke mana-mana..”

“You jangan nak berlagak happy depan I la Hannah..i know you..you takkan sanggup hidup dengan lelaki miskin macam tu..selama ni,you sukakan I sebab kedudukan I kan? bukannya you cintakan I sangat pun..” Tengku Muiz melepaskan geram.Kenapa Hannah semudah itu

melupakannya sedangkan selama ni Hannahlah yang begitu memberi perhatian padanya.Dah tak cintakah lagi Hannha padanya,semudah itu dia dilupakan? dia fikir,kalau dia buat apapun,Hannah masih mahu mengejarnya.

(10)

“Okey,eloklah kalau you dah tahu…buat apa I nak cintakan sangat lelaki macam you ni? tak berbaloi pun,kalau setakat kaya…harta keluarga I lebih daripada apa yang you ada, selama ni I fikir,you ni lelaki baik-baik..maklum ajalah,keturunan bangsawan kan? tapi I tak tahu pulak citarasa you dengan budak bawah umur..uhf..sorrylah,I dah takde hati dengan you…”

“Fine!! I pun tak hairan lah..setakat kahwin dengan penjual burger pun nak berlagak..memang itu pun yang layak dengan you!”

Tg. Muiz keluar dengan menghempas pintu sekuat hati.Berdentum bunyi bilik pejabat itu.Hannah menarik nafas.Dia berasa matanya mula berkaca.Get lost!! kau ingat aku kisah sangat tak dapat jadi isteri kau? dia rasa terlalu marah hingga mengalirkan air mata.Dia terima hakikat Tg Muiz bukan jodohnya,tapi berharap dapat melewati waktu dengan mencari lelaki lebih baik dari Tg. Muiz..bukan lelaki itu seorang saja lelaki yang punya kredibiliti yang dia mahukan tapi sayangnya dia terpaksa terima Uwais Ukasyah…kalau tak kerana kedudukannya yang bakal ditarik balik,dia takkan sanggup menerima penghinaan seperti tadi…berapa ramai lagi teman-teman yang mentertawakannya di belakang hanya kerana dia mengahwini seorang penjual burger? berapa banyak senyum palsu yang perlu dia layangkan pada mereka semua? bahagia? mustahil dia rasa bahagia dengan orang yang dia tak suka…

Ketukan di pintu membuatkan Hannah segera menyeka airmata yang bergenang di kelopak.Pintu dikuak dari luar.

“Sorry ganggu..aku nampak Muiz tadi, dia datang cari kau ke?” Maira sudah tercegat dipintu.Hannah memberi isyarat masuk.

“Dia nak cari siapa lagi kalau bukan aku..” “Kau panggil dia datang sini ke?”

“Buat apa pulak aku nak panggil dia?” “Manalah tahu,kalau kau masih lagi…”

“Nakkan lelaki tak guna tu? tolonglah Maira…aku dah tak nak dia lagi..”

“okey,aku suka keputusan kau tu..maknanya kau dah boleh terima Uwais la kan? Maira

senyum.Dia selalu mendoakan kebahagiaan sepupunya itu.Tidak kiralah dengan siapa..asalkan orangnya dapat menjadi suami yang baik pada Hannah.

“Terima Uwais? kau buat lawak ke apa ni? malaslah aku nak cakap pasal dia…” Bila nama Uwais disebut dia mula rasa kurang senang.Dia masih tak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu.Pasal burger pun nak marah orang,macamlah sedap sangat burger dia tu..

“Lawak apa pulak,kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia..korang kan dah jadi suami isteri..”

“Masa depan? aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? kerja pun jual burger..masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku Maira? “

“Astaghfirullah..mengucap Hannah,tak baik kau cakap macam tu…”

“Kau nak aku cakap macamana lagi Maira? kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? dia tu..low class kau tahu tak? entah dari mana Tuk Ayah dapat idea nak jodohkan Uwais tu dengan aku…” luahan Hannah makin

menyakitkan telinga Maira yang mengengar.Dia fikir,Hannah akan bersikap lebih matang.Sayangnya, ego Hannah setinggi gunung Everest!

“Sudahlah Hannah,kalau aku nasihatkan pun tak guna…”

“Aku faham Maira,kau nak aku bahagia..tapi tolonglah faham..benda macam ni perlukan masa dan aku tak tahu bila hari tu akan sampai..aku tak tahu bila hati aku ni akan terbuka untuk terima Uwais tu..aku bukan macam kau yang boleh terima Abang As’ad seadanya…”

Maira sekadar angguk dan menggosok bahu kiri Hannah.Kemudian dia keluar dari bilik itu.Hannah rasa sedikit bersalah bila mengaitkan suami Maira tadi.Dia hanya mahu Maira faham..mereka tak sama.Maira boleh bahagia dengan suaminya yang hanya bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah rendah sedangkan Maira berjawatan Pengurus kewangan

syarikat.Siapapun boleh bahagia dengan jodoh masing-masing tapi tiada siapa yang boleh paksa dirinya untuk bahagia bersama Uwais..setidaknya,bukan buat masa sekarang…

(11)

Hanan melepaskan penat di atas sofa.Dia memandang segenap ruang yang sunyi.Nampaknya Uwais masih belum pulang setelah beberapa hari meninggalkan rumah.Mana dia nak cari lelaki tu? kalau dia kampung,tentu Tuk Ayah sudah tahu dan bertanyakan kenapa dia tidak pulang sama tapi dari nada perbualan antara dia dan tuk ayah pagi tadi..macam biasa saja..

“Hannan jangan tak balik pulak weekend ni,ada makan malam keluarga macam biasa..beritahu pada Uwais ya? kamu berdua macamana? dah lama Hannan tak call Tuk Ayah..”

“Okey..nanti Hannan beritahu Abang..semuanya okey Tuk Ayah,busy aja sikit..”

Itulah alasan yang dia berikan.Sejak dia ambil alih syarikat,Atuknya memang tidak lagi ke pejabat..lagipun,kesihatan Tuk Ayah tidak mengizinkan lagi untuk dia sibuk bekerja.Jarak antara kampung dengan bandar bukanlah jauh sangat lebih kurang 20 kilometer sahaja,kalau tak disebabkan dia mahu tinggal berasingan selepas bernikah tentu dia tak boleh sembunyikan kepincangan dalam rumahtangganya.Dia percaya Maira kuat menyimpan rahsia dan sejak awal lagi Uwais bersikap tidak mengadu..dia sudah awal-awal lagi mengingatkan hal itu jangan sampai ke pengetahuan Tuk Ayah.

“Kalau dia tak ikut sekali,tentu Tuk Ayah syak sesuatu..tapi mana pulak mamat ni pergi ya? takkanlah pasal burger tu pun nak merajuk sampai tak balik rumah? marah sangat ke? malas betul aku nak pergi gerai dia tu..ntah nanti dia fikir aku ni rindukan dia ke apa..never!”

Dia terpandangkan gitar akustik milik Uwais di sisi perabut hiasan.

“Sejak bila pulak gitar dia ada kat situ? bukan masa dia keluar malam tu,dia bawak benda alah tu ke?”

Dia yakin semalam dia tak nampak pun gitar itu ada di situ. “Apasal pulak awak ni,bercakap sorang-sorang..”

“Mak kau meletup!!

Entah dari mana suara garau itu kedengaran hingga menyebabkan Hannah melatah.Ketawa kedengaran dari arah belakangnya.

“Bila masa awak balik? tanya Hannah.macamana boleh melatah pulak ni? buat malu ajalah..relaks Hannah,buat macam biasa…

Uwais berusaha berhenti ketawa.Dia kelihatan tersenyum-senyum.Mahunya dia tak gelak.Hannah melatah sampai terloncat dari sofa.

“Saya balik pagi tadi..masa awak dah pergi kerja..” jawab Uwais.Dia menuju ke dapur dan Hannah mengekorinya.

“Kereta awak takde pun kat luar?” “Kawan saya pinjam..”

“Kereta buruk macam tu pun ada orang nak pinjam?”

Uwais malas nak melayan sindiran itu.Ingat aku tak penat ke hari-hari bergaduh? dia ni apa masalah aku pun tak tahu,suka sangat cari pasal dengan aku.

“Awak pergi mana dua tiga hari tak balik?” “Kenapa? takkan awak rindu kat saya kut..” “Rindu kat awak? tak payah nak perasanlah..”

Wajah sinis Hannah direnung seketika.Tengok pada muka kau pun aku tahu Hannah…memang takkan rindukan aku pun..

“Saya balik rumah mak saya..”

Hannah ketawa.Entahlah,lucu pulak dia rasa…biasanya perempuan yang merajuk balik rumah mak ayah..ini dah terbalik pulak.

“Mak awak cakap apa? saya tak naklah nanti mak awak perasan yang kita ni bergaduh..” “Awak tak payah risau,saya takkan burukkan awak depan mak saya..lagipun,saya bukan orang yang memandang rendah pada kekurangan orang lain..saya cakap awak out-station..puas hati? Hannah rasa terpukul dengan jawapan itu.

“Tuk ayah tahu tak yang awak ada balik?”

“Saya balik malam,Cuma tidur kat rumah mak..itu aja,siang saya pergi gerai..Tuk Ayah awak takkan nampak kelibat saya pun..apa lagi yang awak nak tahu?”

“Baguslah kalau macam tu…awak tahu kan,kalau Tuk Ayah dapat tahu..saya akan susah,kalau saya dapat susah..saya akan pastikan awak lebih susah lagi…”

Uwais diam.Bukan dia takut dengan ugutan Hannah tapi sedarkah Hannah selama ini dia berdiam kerana dia memikirkan kepentingan isterinya itu.Bukan dia tak tahu yang Tuk Ayah

(12)

memaksa Hannah menerima dia sebagai pengganti Tg. Muiz.Jika tidak, jawatan CEO syarikat akan ditarik bahkan diserahkan pada cucunya yang lain.Dia tahu,Hannah mempunyai cita-cita yang besar dalam kerjayanya.Dia sedar,dia bukan lelaki yang layak untuk Hannah tapi sebagai suami dia bertanggungjawab menjaga kepentingan isterinya.

“Saya faham..tak payahlah awak nak ugut saya macam tu,saya dah cukup susah bila hari-hari bergaduh dengan awak..”

“Satu lagi,malam esok kita kena pergi rumah Tuk Ayah..” “Buat apa?”

“Ada makan malam keluarga,dah dekat sebulan dia tak buat majlis ni..biasanya setiap hari sabtu malam kami akan berkumpul satu keluarga..buat apa saya cerita kat awak pun,awak bukan tahu benda-benda macam ni…yang penting,awak tak ke mana-mana..awak ada baju yang sesuai tak?”

“Baju yang sesuai? maksud awak baju melayu ke? saya ada banyak..”

“Baju melayu? hallo..ini gourmet dinner la,awak ingat kenduri doa selamat ke apa?”

Hannah mengeluh.Jangan dia bagi malu aku kat sana sudahlah…kenapalah aku kena bawa dia sekali?

“Takpe,saya pakai ajalah baju melayu..lagipun,saya orang melayu..bukan orang putih pun..”Jawab Uwais selamba.

“Awak jangan nak bagi malu saya,esok awak ikut saya pergi beli sut”

“Tak naklah saya..kan saya dah kata saya nak pakai baju melayu atau saya tak pergi langsung majlis tu” Uwais tiba-tiba rasa inilah masanya dia nak mengusik Hannah.Berlagak sangat dengan high class dia tu..

“Uwais! awak jangan nak mengada-ngada ya?” Hannah mula melenting.Aku cakap buat tak tahu aja erk?

(13)

Suami yang Kubenci 5

by E-man Sufi

“Nak pergi tak nak ni? “ Uwais sudah berada di muka pintu utama.Hannah masih duduk di sofa, seakan berat untuk keluar dari rumah.

“Memanglah nak pergi tapi kalau awak pakai baju Melayu ni,memalukan saya tahu tak?” mata Hannah merenung baju Melayu yang dipakainya.Muka cemberut Hannah juga sudah cukup membuktikan betapa tidak sukaknya Hannah bila baju itu jadi pilihan bukan Sut Versace yang dibawa khas oleh PA Hannah petang tadi.

“Nak malu apa pulak? bukan saya tak pakai baju pun…”

“Susahlah kalau bercakap dengan orang kampung ni..” Hannah bangun dan mengambil kasut tumit tinggi 4 inci dari dalam rak.

“Memang saya ni orang kampung,konservertif pada pandangan awak kan? tapi..saya rasa baju saya ni lebih sedap mata orang memandang daripada pakai baju mahal tapi terdedah sana sini..” Uwais mengerling pakaian yang dipakai Hannah malam itu.Agak terdedah di bahagian dada dan lengannya sedangkan di bahagian kakinya pula sampai mencecah lantai..

“Don’t you dare to teasing me okey..suka hati sayalah nak pakai baju macamana pun,bukan saya beli baju ni pakai duit awak..”

“Kalau saya semua tak boleh,tapi kalau awak boleh pulak nak kritik pakaian saya ya? “ “Itu sebab pakaian awak tak sesuai dan memalukan”

“Memalukan? awak sedar tak ini pakaian kebanggaan budaya kita orang Melayu? sepatutnya awak tu pakai baju kurung atau kebaya,bukannya pakai nightdress yang dedah sana sini..siapa yang sepatutnya malu ?awak atau saya Hannah?”

“Arghhh…saya malas nak bertengkar dengan awak lagi,suka hati awaklah….” “Bukan saya yang mulakan…”

“Whatever!”

Mereka keluar dari rumah.Di garaj,Hannah sudah bersedia untuk masuk ke dalam kereta Audinya.Namun bila Uwais juga membuka pintu kereta mini cooper ,Hannah tak jadi masuk. “Awak nak bawa kereta buruk tu ke? tak payah nak buat lawak tambahan..saya dah cukup malu dengan pakaian awak tu tak payah nak peningkan kepala saya lagi..kita pergi dengan kereta saya”

“Saya tak nak…kalau di pejabat awak,itu hak awak nak mengarah sesiapa aja..tapi di rumah, awak takde kuasa pun nak arahkan saya sesuka hati awak Hannah..saya ni suami awak bukan pekerja awak..dan sekarang,saya nak pergi dengan kereta saya ni..buruk ke tidak, saya tetap nak pergi dengan kereta saya”

“Awak ni kenapa Uwais? memang sengaja nak cari pasal ya?”

“Saya tak paksa,awak boleh pergi dengan kereta cantik awak tu..tapi kalau Tuk Ayah tanya kenapa kita datang berasingan,awak jawablah sendiri…kata pasangan bahagia kan?” Dum! Hannah menutup kuat pintu keretanya.Memang dia sudah bengang tahap sampai tak mampu lagi nak bersuara.Dia masuk ke dalam kereta Uwais yang sudah dihidupkan enjinnya.Keduanya diam sahaja.Uwais tahu Hannah sedang menahan marahnya. “Pakai tali pinggang keselamatan tu..”tegur Uwais.

Hannah cuba menarik tali pinggang di sisinya tapi puas ditarik,tali itu seakan terlekat.

“Awak tengok..nak pakai tali pun susah..kereta buruk macam ni,buang aja dalam sungai lagi baik” dengus Hannah.Dia sudah malas menarik tali itu setelah disentak tapi masih tak boleh ditarik juga.Uwais menggeleng dengan gelagat Hannah.

Dia sedikit mendekat dengan Hannah.Dengan lagak tenang dan perlahan,Uwais menarik tali pinggang itu tanpa sebarang masalah lalu dilekatkan pada penyangkutnya.

“Lain kali,bila buat sesuatu jangan dalam keadaan marah…nanti kerja senang pun boleh jadi susah..”

Uwais bersuara perlahan.Hannah sedikit termakan juga dengan teguran itu.Kalau dia fikirkan balik,apalah sangat nak dimarahkan hanya kerana sepasang baju..tapi bila memikirkan isu itu melibatkan airmukanya,dia masih tidak boleh terima perkataan “tidak” daripada Uwais. “Saya tak perlukan nasihat awaklah…cepatlah drive tu, dengan kereta awak ni,entah berapa

(14)

lama baru boleh sampai..”

“Sabar dulu boleh tak? kita belum baca doa lagi..”

“Doa apa pulak?” Hannah mengeluh untuk kesekian kali.Tambah menyakitkan hati bila Uwais masih boleh tersenyum hingga menampakkan kedua lesung pipitnya.

“Naik kenderaan..”

Hannah tak tahu apa yang patut dia cakap lagi.Mahu tak mahu dia ikut menadah tangan bila Uwais sudah mula membacakan doa..macamanalah aku boleh setuju nikah dengan dia ni? Hampir pukul 7.30 malam,mereka tiba di rumah banglo milik Tan Sri Idris.Hannah melihat terdapat beberapa biji kereta mewah dipakirkan di halaman.Dia tahu hampir kesemua ahli keluarganya sudah pun sampai.Dia segera turun dari kereta.Mulanya dia berniat mahu mendahului Uwais,malas dia nak beriringan dengan lelaki itu..buat malu aja..tapi dibatalkan niatnya bila memikirkan apa pula kata mereka yang hadir nanti..

“Kenapa?” tanya Uwais bila Hannah masih berdiri di sisi kereta.

“Tunggu awaklah..”Hannah tanpa berlengah menarik tangan Uwais.Digenggan jemari Uwais persis pasangan suami isteri yang saling menyintai.Mereka jalan seiringan.

“Pandai betul awak berlakon kan?” bisik Uwais.

“Shut up..” Hannah mengerling sambil melangkah masuk ke dalam rumah.Sebaik saja mereka masuk,pegangan tangan Hannah terlepas dan dia benar-benar tak percaya dengan apa yang dilihatnya..OMG!!!!

(15)

Suami yang Kubenci 6

by E-man Sufi

Hannah memang terkejut bila mendapati semua ahli keluarga yang hadir memakai pakaian yang dibanggakan Uwais. Pak Ngah dan Tuk Ayah siap pakai jubah pulak tu? itu belum dikira dengan Maira dan anak-anaknya yang pakai baju kurung warna sedondon.

“Along? biar betul !! apsal pakai baju macam nak pergi anugerah skrin? salah channel ke apa? “Putera Baihaqi, adiknya yang bongsu sememangnya mulut celupar takde insurans itu menyoal dari jarak 2 meter. Mahunya satu rumah tu tak dengar suara Putera yang kuat mengalahkan petir.Muka Hannah sudah memerah.Arghhh!! kenapa jadi macam ni pulak? dia toleh pada Uwais.Lelaki itu buat tak tahu saja,siap ppergi bersalam dengan bapa-bapa saudaranya. Hannah masih tak bersuara .Semua mata seakan berpakat memandangnya.Mastura yang muncul bersama Mak Usu Sara turut ternganga.Amboi…bukan main lagi Mastura,siap pakai tudung ? apa dah jadi dengan goumet dinner yang selalu diadakan sebelum ni?

“Along? apasal pakai nightdress ni?” tanya Mastura dengan suara berbisik sebaik berdiri di sisinya.

“Manalah Along tahu,biasa kan Tuk Ayah buat gourmet dinner..ni apa kes pulak? semua pakai macam nak buat kenduri doa selamat aja? takkan kau nak bertunang kut?”

“Bertunang tu dah semestinya tapi bukan malam ni..coming soon..takdelah! saje Tuk Ayah tukar angin…dia kata lebih baik kita tukar gaya barat kepada tradisi..lagipun,lagipun abang Long yang cadangkan semua ni..kalau nak tahu…ade lagi surprise yang lain..

Hannah kerut dahi. Abang Long ?

“Siapa pulak abang Long tu? memandai-mandai aja..”

“Along ni,suami sendiri yang bagi cadangan pun tak tahu..dah la Along,baik pergi tukar baju..Tuk Ayah dah pandang semacam tu..nasib baik ahli keluarga kita aja..kalau ada orang kampung yang datang macamana?

Hannah tak tunggu lama.Dia segera menghampiri Uwais yang sedang berbicara dengan Mak Usu Sara. Adik bongsu arwah papanya.

“Sayang….sini kejap…” gamitnya.

“Amboi..tak boleh Mak Usu nak bermesra sekejap dengan suami dia..hah,Uwais..isteri kamu dah panggil tu hah..” Dia sedaya upaya mengukir senyuman manis bila diusik begitu.Sayang

sangatlah!

Uwais terkejut juga bila dipanggil “sayang” tadi.Itulah nada paling lembut yang pernah dituturkan Hannah padanya.Tapi sayang…semua itu sekadar lakonan…hipokrit!

“Kenapa?”

“Nak ajak awak bergaduh..tapi kat bilik ya sayang…”sindirnya dengan suara seakan berbisik.Dia menarik tangan Uwais supaya mengekorinya ke bilik.

“Bilik bukan tempat orang bergaduhlah…nak pulak bagi orang yang baru kahwin macam kita ni” Uwais senyum nakal tapi Hannah sekadar menjeling.Disgusting!

_________________________________________________

“Kenapa awak tak cakap kat saya?” soal Hannah sebaik saja pintu bilik ditutup.

“cakap apa?” Uwais tayang muka selamba.Muka seakan tidak bersalah itu menambahkan lagi geram di hati Hannah.

“Awak memang sengaja kan? oh, saya tahu,awak seronok bila tengok saya dapat malu kan? you are so mean!!” bantal kecil di atas katil spontal dibaling ke arah Uwais.Sebal hatinya bila lelaki itu berjaya mengelakkan diri.Makin sakit hati bila Uwais senyum seakan menghantar isyarat “ padan muka kau Hannah!”.

“Eleh,cakap orang putih konon…pasal sikap berlagak awak tu la yang awak sampai termalukan diri sendiri..pernah dengar tak simpulan bahasa “bodoh sombong?” ..mesti tak pernah kan? macam perangai awak ni lah, dah salah sendiri lepas tu menyalahkan orang lain..”

“Ieee…awak tahu tak kenapa saya benci sangat kat awak? “

“Tahu…sebab saya selalu nampak lebih pandai daripada awak kan? “

(16)

baik awak keluar dari bilik ni,saya meluat tengok muka awak!!”

Uwais jungkit bahu.Dia memegang tombol pintu.Berpaling seketika memandang Hannah yang duduk di birai katil dalam keadaan masih marah padanya.

“Cepat tukar baju tu,kejap lagi nak solat pulak..” sempat pula dia berpesan.

“Keluarlah!!” jerit Hannah.Uwais merenung tajam ke arah Hannah.Riak wajahnya seakan menahan satu perasaan marah bila ditengking isterinya sebegitu.Uwais menarik nafas seketika.Ikutkan marah apa saja perkataan dan perbuatan yang tidak baik akan dilakukan sesiapa saja. Anggap aja yang dia tak sengaja Uwais…pujuk hatinya.

Uwais keluar dari bilik.Hannah segera bangun dan membuka almari pakaian.Dia mencari-cari kalau masih ada pakaian lamanya di dalam almari itu.Seingatnya,dia memang tidak memiliki banyak baju kurung,lagipun sejak umurnya 16 tahun dia dihantar belajar ke luar negara bahkan setelah kedua ibu bapanya meninggal dalam kemalangan,dia jarang pulang sekalipun berhari raya..biasanya,Tuk Ayah sendiri akan membawa adik-adiknya melawat dirinya di UK..

Akhirnya Hannah menarik laci di bahagian paling bawah.Dia terkedu bila melihat masih ada pakaian lama arwah ibu yang pernah disimpannya di situ.Ditarik satu daripada lipatan pakaian di situ.Baju kurung bercorak batik warna biru laut diciumnya kejap. I really miss you mama…setitik airmatanya mengalir.Kerinduan itu lebih menyakitkan berbanding kebenciannya pada

Uwais.Rindu yang hanya tinggal rindu..kenapa nasibnya begitu malang? tiada iba bapa untuk menyayanginya lagi…tiada juga lelaki yang ikhlas sayangkannya…

Sayup-sayup dia mendengar laungan azan dari luar bilik.Suara merdu panggilan menghadap ilahi itu menyentuh jauh ke sudut hatinya.Siapa ya? seakan menghilangkan segala kesedihan yang menyinggah.Tanpa berlengah Hannah segera menukar pakaiannya.Dia memilih baju batik rona biru itu.Dia perlu segera berkumpul bersama ahli keluarga yang lain untuk menunaikan solat sekalipun kewajipan itu jarang-jarang dia tunaikan..

Sampai di ruang tamu dia lihat semuanya sudah bersedia membuat saf.Hannah memakai telekung dan kemudian duduk di sebelah Atikah..adik sepupunya.

“Along,dengar tak azan tadi?” bisik Atikah “Dengar…sedap suara tu,siapa yang azan?

“Tak lah…Abang Uwais..bertuah akak..suara sedap azan,dah tu..boleh jadi imam lagi..mesti akak seronok kat rumah kan dapat berjemaah dengan suami tiap-tiap hari..”puji Atikah.

“Syhhh..orang dah mula solat…” Hannah sempat menilik di barisan saf lelaki.Dia nampak susuk tubuh memakai baju melayu berwarna biru di mihrab imam..memang dia!

Suara bacaan surah Al-Fatihah kedengaran.. Sekali lagi dia dipagut rasa shahdu yang sama seperti ketika mendengar azan tadi hingga menghilangkan rasa marahnya yang tadinya membuak.

(17)

Suami yang Kubenci 7

by E-man Sufi

BAB 6

“Bila kamu senang..datanglah selalu ke sini Uwais.Tuk Ayah ni pun kadang-kadang rasa bosan juga bila duduk sorang-sorang..Mastura dengan Putera sekolah,Maira dengan Atikah pun hari minggu saja datang ke sini..cucu-cucu yang lain tinggal jauh.Bila usia dah senja macam ni,rindu pulak nak bermesra dengan cucu-cicit..” bicara Tan Sri Idris dibalas dengan anggukan.Usai solat mereka semua duduk di meja makan untuk menikmati makan malam.

“Hah..hidangan kita malam ni istimewa tau? Tuk ayah tempah khas dari hotel Swiss Garden,tapi masakan kampung..ikan bakar dari Ana Ikan Bakar pun ada…” Putera mencelah.Matanya sudah membulat memandang hidangan di atas meja.

“Wow…ikan bakar dengan petai…dah lama Mastura nak rasa ni..” Hannah menyiku Mastura yang duduk di sebelahnya.

“What?”

“Are you mad? benda tu berbau la..”bisik Hannah.Dia rasa nak menjerit melihat hidangan di atas meja..ikan terubuk dan ikan siakap bakar kelihatan masih berasap.Baru dihantar barangkali.Ada juga hidangan makanan laut seperti ketam dan udang.

“Yang ni,khas untuk Uwais.Ikan patin masak tempoyak..betul tak?” Mak Ngah Suri baru saja meletakkan semangkuk besar gulai itu.

“Hah,yang ini..Suri masak ke?” tanya Pak Ngah Halim pula. “Iyalah bang..saya buat khas untuk menantu kita ni hah..”

“Terima Kasih Mak Ngah…susah-susah aja…” Uwais berbahasa.

“Apa pulak susah..bukan selalu..lagipun,Mak Ngah exited pasal inilah first time kita buat makan malam keluarga macam ni..biasa tu, ala French la,Italian..mexican..muak jugak..kan bang? “Betul tu..Hah,Sara? boleh makan ke makanan ni semua,kalau tak sesuai…don’t worry,sebab abang ada order spangetti dengan pasta..”

“Ish..apasal tanya Sara pulak? Sara dengan anak-anak tak kisah bang…kami ni pun orang Malaysia jugak..” Mak Usu Sara menjawab.Hannah sekadar mendengar.Apasal aku rasa macam diorang ni sindir aku jek?

“Sudahlah…kalau sibuk bercakap aja,nanti sejuk pulak makanan ni..hah,Putera..kamu baca doa makan..”

“Err..saya ke Tuk?” Putera buat-buat terkejut hinggakan adik-adik sepupunya yang masih kecil ketawa melihat gelagatnya.

“Ish budak ni…main-main pulak dia…”

Putera menyengeh saja.Dia segera menadah tangan.Begitu juga yang lain..selesai baca doa mereka menikmati makan malam itu dengan penuh selera kecuali…

“Sayang? kenapa tak makan? “ tanya Uwais dengan suara penuh romantic.Hannah memandangnya.Uwais senyum walaupun ketika itu pandangan Hannah seperti mahu

menelannya.Senang untuk dia faham pandangan itu membawa isyarat “ Don’t called me sayang!” “Ah..ah…kenapa Hannah? kamu tak selera dengan lauk-pauk kampung ni ke? kan ada seafood tu..” tegur Tan Sri Idris.

“Takdelah Tuk Ayah…Hannah dah kenyang..” “Owh…”

“Kenyang ke diet? tanya Putera.Hannah geram pula dengan perangai putera yang dah sebijik macam abang iparnya..aku sumbat mulut dengan crab baru tahu..kenapalah korang tak perasan yang aku tak boleh bau “tempoyak”? dah tu…letak mangkuk tu betul-betul depan aku…gulai ikan sungai pulak tu..ieeeeee…

“Sedap gulai tempoyak ni Mak Ngah…sama macam yang mak saya buat..”

“Iya?..hah,kamu di rumah macamana? Hannah ada masak gulai kampung ni semua?” Mak Ngah Sara menyoal.Hannah yang baru menjamah sesuap nasi tersedak.Mujurlah sempat ditutup mulutnya.Uwais segera menghulurkan minuman padanya.Hai…terkejut ke?

(18)

sekalipun memasak untuknya? kalau ada memasak pun,spaghetti atau pasta..kadang-kadang Hannah hanya makan salad sayur-sayuran sahaja..dah macam vegetarian pulak aku

tengok..nasi? dia rasa sepanjang 2 minggu tinggal bersama..inilah pertama kali dia nampak Hannah makan nasi.

“Iya ke? sejak bila pulak Hannah pandai masak masakan kampung ni?” Usik Mak Usu.Wanita itu senyum penuh makna.

“Hannah belajar dengan mak abang Uwais Mak Usu..” jawab Hannah.

“O…baguslah…” Hannah rasa lega bila Mak Usu seakan percaya.Tak pasal-pasal pulak mak mertuanya yang tak tahu apa-apa tu dikaitkan.

“Malam ni,tidur sini ajalah Uwais ya? esok kan hari minggu..Tuk Ayah nak ajak kamu pergi memancing di kolam ikan…hah,nanti bolehlah kamu bawa hasilnya tu pada mak kamu..” “Wow..best tu Tuk..bolehlah Putera join skali..”

“Fateh pun nak jugak” anak Mak Usu Sara yang baru berumur 6 tahun itu turut bersorak seperti Putera.

“Tidur sini?” Hannah spontan bersuara.Tan Sri Idris mengerut dahi. “Kenapa? kamu dah ada apa-apa rancangan ke?”

Dia memandang wajah Uwais yang hanya berdiam.Tidur sini bermakna aku kena tidur satu bilik dengan mamat ni? naik satu kereta pun aku tak nak inikan pulak satu bilik dengan dia? no way!! “Boleh...apa salahnya Tuk Ayah..lagipun,kami takde apa-apa rancangan minggu ni..kan sayang?” Uwais bersuara.Hannah rasa nak aja dia cubit peha Uwais yang duduk di sebelah kanannya itu.Sesuka hati aja buat keputusan erk?

“Emmm…mestilah,lagipun dah lama Hannah tak tidur sini..” namun kerana menghormati Tuk Ayahnya itu…setujulah jugak!

“Eloklah tu…”Tan Sri Idris senyum puas hati.Mulanya tadi,dia sedikit kecewa dengan riaksi Hannah.Entahlah,sebenarnya dia masih bimbang kalau-kalau Hannah masih marah kerana terpaksa mengahwini Uwais tetapi dilihat pada kemesraan keduanya,perasaan syak itu mula hilang.

“Awak memang nak ambil kesempatan kan?”

“Kesempatan apa pulak ni?” Uwais memang tak faham dengan maksud Hannah.Ketika itu mereka berada di bilik sebaik sahaja semua yang lain sudah pulang.Memandangkan Pak Ngah Halim sekeluarga tinggal di Kuala Lumpur dan Mak Usu Sara pula di Melaka mereka tidak dapat tinggal lama di kampung itu.Kuantan dan tempat tinggal mereka bukannya dekat.

“Tak payahlah buat-buat tak faham..awak memang cari peluang untuk tinggal satu bilik dengan saya kan? sebab tu awak setuju sangat bila Tuk Ayah suruh kita tidur sini kan?Ieee..tolonglah, saya takde hati tau nak tidur satu katil dengan awak”

“Ek eleh…perasanlah pulak awak ni..saya tahu awak tak sukakan saya Hannah..tapi saya pun ada maruah ,kalau orang dah tak nak…bukan prinsip saya nak memaksa..Kalau awak tak setuju..saya lagi tak hingin!” geram pula Uwais bila acapkali dipandang serong.

“Ohh…nak tunjuk baiklah konon,mana ada kucing yang tolak ikanlah!” Hannah merenung sambil mencebir padanya.

“Ada! siapa cakap takde? kalau ikan depan kucing tu ikan masin,kucing gila pun tak nak makanlah” Uwais semakin hilang kesabaran.Bergetar suaranya kerana ditahan supaya tidak kedengaran terlalu kuat.

“Awak jangan melampau ya?” Hannah rasa terhina pula bila disamakan dengan ikan masin..please!!

“Siapa yang melampau? awak cakap saya nak ambil kesempatan kan? awak belum cukup cantiklah sampai nak menggoyah iman saya ..lagipun,takde istilah ambil kesempatan dalam hubungan kita ni..kalau awak yang tak nak jalankan tanggungjawab sebagai isteri itu urusan awak dengan tuhan…dan untuk malam yang kesekian kalinya,awak bersedia ajalah untuk terima kutukan dari para malaikat sehingga ke pagi Hannah…” Uwais mahu segera keluar.Tak sanggup lagi rasanya dia menerima tuduhan Hannah yang selalu saja menghina dirinya.Kalau haknya sebagai suami dinafikan,dia takkan melenting kerana dia tahu..Allah pasti tahu apa yang terbaik..setiap satu yang terjadi ada timbal baliknya..Sakit hati bila Hannah masih dengan

(19)

perangai angkuh dan egonya terlalu tinggi.Langsung tiada sedikitpun rasa hormat padanya.Kalau orang lain,mungkin dah lama Hannah makan penampar!

“Saya takkan tidur dalam bilik ni..tadi saya planning dengan Putera nak ikut abang Din pergi tunggu durian gugur di kebun buah-buahan..subuh nanti InsyaAllah saya balik…” Uwais menutup pintu.Perlahan dan suasana menjadi sepi dalam bilik tidur itu.Hannah terduduk di katil.Terngiang-ngiang suara Uwais tadi…untuk malam yang kesekian kalinya,awak bersedia sajalah untuk menerima kutukan dari para malaikat hingga ke pagi… dadanya berdegup kencang.Dia rasa jemarinya mula mengggigil..begitu sekalikah beratnya dosa yang dia lakukan hanya kerana dia tidak mahu dipaksa menjalankan tanggungjawab sebagai isteri? tak…aku rasa dia memang saja nak takutkan aku…

Hampir pukul 5.45 pagi Uwais tiba semula di rumah bersama Putera.Abang Din, penjaga dusun buah-buahan Tan Sri Idris tidak pulang bersama mereka.

“Abang Long,Masuk bilik dulu ya? mengantuklah..”Putera menguap beberapa kali .Dia sudah memegang tombol pintu biliknya yang hanya bersebelahan dengan bilik Hannah.Uwais hanya angguk.

“Kejap lagi masuk waktu Subuh..Putera solat dulu,kemudian barulah tidur ..”

“Okey bro..”sempat Putera Baihaqi memberikan tabik spring padanya.Uwais menggeleng..dalam mamai pun boleh melawak lagi budak ni..

Tiba di depan pintu bilik Hannah,Uwais berdiri lama di situ.Kalau dia masuk,adakah dia akan mengganggu tidur Hannah.Tapi dia mahu mandi dan menukar pakaian.Kemudian dia akan terus ke Surau kampung,dan dari sana dia mahu ke rumah maknya.Dia tidak sedikitpun mahu

mengganggu kententeraman Hannah pagi itu.

Dipulas tombol pintu seperlahan mungkin.Mujurlah tidak dikunci.Uwais masuk dengan mengatur langkah berhati-hati.Di sebalik tirai yang menutupi katil yang diperbuat dari kayu jati itu,dia dapat melihat sosok Hannah yang sedang lena.Uwais menyelak perlahan tirai jarang berwarna putih itu.Kalaulah waktu itu Hannah terjaga,tentu dia dimaki hamun atau mungkin Hannah akan salah anggap padanya.

SubhanAllah….Uwais terpaku sebaik melihat raut wajah Hannah yang sedang lena.Walaupun sudah biasa memandang wajah itu tapi apa yang dilihatnya ini berbeza.Wajah itu tampak polos sekali,tidurnya yang begitu lena dengan rambutnya yang panjang menutupi sebahagian wajahnya.Uwais memberanikan diri untuk menyelak rambut itu.

Sungguh dia tidak mampu menafikan,betapa sempurnanya wajah ciptaan Allah yang satu ini..hidungnya yang mancung,bibirnya yang merah,dan dia tak lupa pada anak mata coklat hazel isterinya itu.Patutlah Hannah begitu sombong dan angkuh dengan kesempurnaannya tapi sayang…kenapa aku hanya mampu menghayati kecantikan ini saat kau pejam mata Hannah? kerana sebaik saja kau terjaga…wajah polos ini akan hilang? yang ada hanya kebencian kau pada aku…dan segala kecantikan ini tiada maknanya bagiku Hannah…tapi walau sebenci manapun kau pada aku..walau sehina manapun pandangan kau pada aku…aku tetap ampunkan segala kesilapan tu..aku tetap maafkan kau Hannah..kerana kau isteriku…dan aku sayangkan kau tak kira dalam keadaan kau sempurna atau tidak..kerana bagi aku, Allah telah menciptakan kau untuk aku di dunia ini..dan di akhirat sana…Semoga Allah memberikan kesabaran dan hidayah buat kita sayang..

Dengan lafaz bismillah dia mengucup dahi Hannah.Kejap dan kemudian dia segera bangun kerana bimbang Hannah akan terjaga.Dia tidak mahu pergaduhan berlaku di kala waktu Subuh akan tiba bila-bila masa.Uwais segera membuka Almari pakaian.Mujurlah ada beberapa helai tuala bersih yang boleh dia gunakan.Harap-harap Hannah tak marah kerana menggunakan tualanya dan kalau marah pun nak buat macamana..mereka memang tak merancang untuk bermalam di situ…

(20)

Suami yang Kubenci 8

by E-man Sufi

“Assalamualaikum…Mak!”

Sarimah yang sedang menjerang air di atas dapur bergegas membuka pintu dapur bila mendengar suara memberi salam di luar rumah.

“Uwais? apa hal pagi-pagi lagi dah terjengul kat sini?”

“Dari surau tadi mak..malam tadi Uwais tidur di rumah Tuk Ayah..” beritahu Uwais.Dia tidak mahu berterus terang yang sebenarnya dia tidur di pondok semasa menunggu buah durian gugur. “Dari surau? tapi..dari mana pulak kau dapat buah durian ni?”

“Err..malam tadi,Uwais ikut abang Din pergi tunggu buah durian gugur mak..”

“Pulak? ada-ada ajalah kau ni…hah,tu nak ke mana?” Sarimah bertanya bila melihat Uwais bergegas meninggalkan ruang dapur.

“Salin baju mak..”

Uwais masuk ke biliknya.Selepas menyalin pakaian dia ke dapur semula.

“Adik mana mak? tidur lagi?” Uwais membantu maknya menggoreng cekodok pisang. “Hmmm..lepas subuh tadi tidur balik agaknya,biasalah…Anis tu pukul 2 pagi baru tidur..study sampai ke pagi..tau ajalah,STPM tinggal berapa bulan aja lagi..”

“Mak tak ke pasar ke pagi ni? biar Uwais hantarkan…” Kebiasaanya setiap Ahad,ibunya akan ke pasar membeli barangan basah.

“Nak juga..eloklah kau datang ke mari..mak pun terfikir nak telefon kau tadi…ni,yang kau datang sorang aja kenapa? menantu mak mana? takkan tak sudi menjengah ke teratak buruk mak ni…” Uwais menarik nafas.Apa yang patut dia jawab.Maknya dah mula menyindir.Bukan sekali dua maknya bertanyakan Hannah..tapi dia selalu saja berat hati untuk mengajak Hannah ke rumah itu.Entah Hannah mahu atau tidak..sedangkan dia selalu dihina inikan pula tempat tinggalnya yang sememangnya hanya sebuah rumah papan separuh batu.

“Dia tak berapa sihat mak…”jawapan itu terkeluar.

“Tak sihat? hai…dah berisi ke?” Sarimah mengerut dahi.Pelik? kahwin baru dua minggu dah mengandung? ish..ntah-ntah anak aku ni “Pak Sanggup” tak? sebab itulah beriya sangat Tan Sri Idris tu nak kahwinkan cucu dia dengan anak aku yang Cuma jual burger ni? Dari awal lagi dia curiga dengan kesungguhan Tan Sri itu..apatah lagi bila mengatakan cara itu saja yang akan membalas segala budi baiknya melangsaikan hutang pinjaman pelajaran anaknya dan juga hutang lintah darat..

“Ke situ pulak mak ni…berisi apanya mak..kami kahwin baru 2 minggu..lagipun,Hannah belum bersedia lagi mak..” Uwais segera mereka alasan..mustahil Hannah akan mengandung kalau mereka tidur berlainan bilik.Lagipun,usahkan nak pegang..nak duduk dalam satu kereta pun bertekak sampai nak hilang suara..dia teringatkan kata-kata Hannah malam tadi..

“ieee..saya tak ingin nak tidur satu katil dengan awaklah..” Uwais rasa sedih memikirkan rumahtangganya yang tidak seperti orang lain itu.

“Tak bersedia? ewah..muda sangat ke dia tu sampai tak bersedia? dah nak masuk 25 tahun.Elok sangatlah kalau jadi mak orang…kenapa? sibuk sangat dengan jawatan dia tu..apa ke namanya? CAO? huh..”

“CEO lah mak…”Uwais sempat ketawa. “Whateverlah! sama aja bunyinya..”

“Uisk..mak dah pandai cakap omputih erk? sejak dapat menantu dari UK ni,dah maju ye?”Usik Uwais.

“Ada la sikit…”Kerling Sarimah.Dia tersenyum.

“Assalamualaikum…Mak Mah..” tiba-tiba ada suara memberi salam di luar rumah.Ketika itu cahaya fajar sudah kelihatan.

“Siapa pulak tu,kau pergi tengok Uwais.

Segera Uwais ke pintu dapur.Dia senyum bila susuk seorang gadis bertudung yang berbaju kurung berdiri di muka pintu.

“Oh..Cikgu Batrisya rupanya..nak jumpa mak ya? masuklah..” pelawa Uwais.

(21)

cepat ni,nak pergi pasar..” “Pergi sorang aja?”

“Ha’ah..mak dengan ayah pergi dusun kutip buah durian..”

“La..Sya rupanya,apasal tak ajak masuk Uwais? mari masuk Sya?” Sarimah muncul di sebelah Uwais.

“Dah mak..dia yang jual mahal” Uwais sengaja mengusik.Memang dari dulu lagi dia suka mengusik guru muda itu.Sebenarnya,dari dulu lagi maknya memang berkenan dengan Batrisya untuk dijadikan menantu tapi mungkin dah takde jodoh..dia pun tak tahu apa perasaan cikgu itu padanya..

“Mana ada,pandai aja abang Uwais ni..Mak Mah,Sya nak hantar baju ni hah..nak cepat ni,nak pergi pasar..”

“Dah siap jahit ya? Kalau iyapun,masuklah dulu…kita sarapan sama-sama..lepas tu boleh kita pergi ke pasar tu bersama..kami ni pun nak ke sana..”

“Sya drive sendiri Mak Mah..”

“Iyalah..tak sudi naik kereta buruk Uwais la tu mak..” Uwais tayang muka cemberut.

“Apalah abang Uwais ni..Sya suka apa kereta tu,comel..macam kereta Mr.Bean..nasib baiklah tuannya handsome” sempat pula Batrisya membalas usikan nakalnya.

“Sudah,tak payahlah kau nak mengusik dia Uwais..bukan main lagi kau usik anak dara orang pagi-pagi ni ya? nampak dek isteri kau baru tahu langit tinggi rendah..” Sarimah sudah menarik lengan Batrisya.

“Alamak..Sya lupalah,abang Uwais dah kahwin…” Batrisya menutup mulutnya.Macamana aku boleh lupa ?

“Eh..memanglah,tapi abang ada tiga kuota lagi tau..” Uwais sengeh.Dapat isteri garang macam Hannah,entah macamanalah dia nak bahagia…dah nasib aku agaknya..

“Iee..gatal!!” Batrisya masuk juga ke dalam rumah tapi dia tak nampak pula isteri lelaki itu.Bertuahlah perempuan tu dapat bersuamikan abang Uwais yang handsome dan baik hati pulak tu..kenapalah dia tak pinang aku dulu? nak buat macamana..takde jodohlah

tu..maklumlah,isteri dia lagi cantik..kaya pulak tu.

________________________________________________

“Morning guys…” sapa Hannah sebaik saja dia turun untuk bersarapan.Tapi dia masih tak nampak kelibat Uwais sedangkan adiknya Putera Baihaqi sedang menikmati sarapannya. “Morning Along…”jawab Mastura yang sedang menyapu jem pada roti.

“Putera..bila balik? bukan malam tadi pergi dusun ke?” “Dah balik subuh tadi lagi..”jawab Putera acuh tak acuh.

“Oh..err,tapi Along tak nampak abang Uwais pun? Putera tak balik dengan dia ya?”

“Balik dengan dialah…itulah Along,bangun lewatlah tu sampai suami pergi solat kat Surau pun tak tahu…”

“Ewah…suka-suka kau aja cakap Along macam tu ya?” Hannah mencubit pipi Putera.Sekarang baru dia tahu,rupanya Uwais solat di surau..mungkin singgah di rumah ibu mertuanya barangkali. “Tuk Ayah mana? tak turun lagi? Hannah menarik kerusi.Dia memandang hidangan di atas meja.Inilah yang dia malas nak balik ke rumah itu..apa tidaknya,kalau sarapan aja mesti nasi lemak..tak pun..mee goreng..roti..buah-buahan seperti strawberry,kiwi atau epal langsung tiada.. “Tuk Ayah dah keluar..biasalah,pergi jogging..lagipun hari ni kan kita dah planning nak

memancing” jawab Putera yang sudah selesai sarapan.Dia mahu menyiapkan beberapa kerja sekolah yang diamanahkan gurunya.

“Mak Awa, salad buah-buahan saya mana? Mak Awa tahu kan,saya tak makan makanan berat macam ni waktu pagi..nanti rosaklah diet saya…” keluh Hannah.Mak Awa,pembantu rumah yang sudah bertahun berkhidmat dengan Tuk Ayahnya itu bergegas datang dari dapur.

“Maaflah Hannah..buah-buahan semua dah habis..buah durian adalah..”

“Ish..ada ke Mak Awa nak suruh saya makan buah scary tu? untuk sarapan pulak tu..takpelah,nanti kita pergi pasaraya..”

(22)

“Alah Along ni..Mas ni hari-hari makan nasi lemak..tak gemuk pun? tetap maintain aja..”

“Mas lain..as a student..banyak aktiviti di sekolah..Along ni lain,kerja sampai malam..menghadap computer..meeting..tu semua kan duduk aja? mana ada masa nak riadah atau pergi gim..kalau Along tak control diet..habislah!”

“Along kan dah memang cantik..lagipun,bukan Along tak kahwin lagi..dah dapat suami handsome pun..buat apa nak risau sangat?” Mastura menghulurkan sekeping roti pada Hannah.Diambil juga huluran adiknya itu.Kemudian dia menuang susu Anlene ke dalam mug.Kenapalah Mastura sibuk nak kaitkan Uwais dengan dietnya? langsung takde kena mengena..Handsome tapi jual burger buat apa? isteri seorang CEO tapi suami? penjual burger….ibarat buah epal diletakkan di sebelah buah durian..kan tak sesuai tu?

Tapi pagi tadi? ya…dia teringatkan peristiwa pagi tadi..sebelum dia tersedar dari tidur.Itulah tidurnya yang paling lena selepas kemalangan ngeri yang meragut nyawa kedua

ibubapanya..tidurnya yang sentiasa dalam terang kerana dia takut pada kegelapan..dia

bermimpi,tapi bukan mimpi biasa yang dia alami..biasanya dia akan mimpikan arwah mama dan papa..dia akan mengigau dan bangun dalam keadaan berpeluh.Malam tadi..dia lena dan dia mimpi sesuatu yang dia tak pernah inginkan dalam alam nyatanya..dia berjalan berpegangan tangan dengan Uwais di satu kawasan padang yang hijau..dipenuhi taman-taman bunga dan pokok-pokok rending..Yang peliknya,dia nampak gembira dan mesra dengan lelaki tu..hinggalah bila Uwais mengucup dahinya..dia rasa tersentuh..dia rasa selamat..dia rasa satu perasaan yang dia tak pernah rasa sebelum ni..rasa memerlukan Uwais dalam hidupnya..dan bila dia terjaga..dia masih dapat rasakan kehangatan ciuman itu di dahinya tapi tiada sesiapapun di bilik itu..hanya dia sendirian..ternyata dia hanya bermimpi..Dia tak sukakan perasaan tu…Benci! benci!benci! kenapa boleh mimpi macam tu pulak?? bye the way ..nasib baik mimpi aja..tak rela aku kena cium dengan Si Penjual Burger tu..Never!

_____________________________________________________________________________ _____

“Perlu ke kita singgah kat sini Mak Awa?” Hannah bertanya sebaik sahaja dia memakirkan kereta Mercedez Benz di hadapan pasar Tani yang terletak berhampiran Stadium Darul Makmur.Mak Awa meminta dia singgah di situ sebelum pergi ke pasaraya untuk membeli beberapa keperluan. “Mestilah..Mak Awa nak kena beli ayam,daging,ikan..kalau tak,Hannah dengan keluarga nak makan apa nanti? takkan Hannah nak makan ikan di kolam Tan Sri tu?”

“Di pasaraya kan ada?” “Tak fresh…”

“Okeylah…tapi Mak Awa jangan lama-lama tau..panas dalam kereta ni..” Hannah terpaksa bersetuju.Dia tak dapat bayangkan betapa mualnya kalau terpaksa memakan ikan air tawar itu. “Eh,marilah kita masuk sama…temankan Mak Awa..Takkan Hannah nak tengok Mak Awa bawa barang-barang berat tu sorang-sorang..biasa tu, Mastura yang tolong..” ajak wanita separuh umur itu.

“Bukan tak nak Mak Awa..tapi,pasar tu busuklah…Hannah geli la tengok tempat basah,hanyir macam tu..lagipun,ramai orang..rimaslah..” Hannah segera menolak.Untuk datang ke tempat itu pun dia separuh rela,inikan pula nak kena masuk dalam pasar tu?

“Bukan lama,sekejap aja…ya? pujuk Mak Awa.Dia memang faham perangai cucu Tan Sri Idris yang seorang ini..memang cerewet dan berbeza sekali dengan adik-adiknya.

“Okey..tapi sekejap aja tau?” Hannah kasihan juga bila memikirkan wanita tua itu bersendirian membeli barang keperluan.

“Iya..” Jawab Mak Awa sambil keluar dari perut kereta.Hannah turut keluar.Mujurlah dia berpakaian santai saja pagi itu.Hanya memakai t-shirt dan jeans serta berkasut snikers.

Dia dan Mak Awa segera masuk ke dalam pasar.Bunyi bising mula kedengaran.Hannah menutup sedikit hidungnya bila bau hanyir darah mula melekat pada hidungnya.Dia sekadar memerhatikan Mak Awa memilih beberapa ekor ketam dan udang.

“Beli ayam cik? seekor 18 ringgit aja..nak potong berapa?” Tiba-tiba dia ditanya oleh seorang pemuda di gerai bersebelahan.Lelaki yang lebih kurang sebaya dengannya itu mengukir senyum. Hannah buat tak tahu sahaja.Bila masa pulak aku nak beli ayam?

Referensi

Dokumen terkait

Sedangkan perbedaan dengan penelitian yang akan dilakukan dengan penelitian Ni Wayan yaitu target akhir dari penelitian ini untuk mengetahui hubungan antara pengetahuan

Sesuatu yang jelas ketika kita melihat kepada kitab-kitab fikih yang kita baca tentang hubungan antara suami-isteri dala mhal hak dan kewajiban, maka yang paling cepat

cukup tinggi// pada kesempatan yang sama/ ketua komisi D DPRD bantul ini juga menjelaskan. bahwa pada prisnsipnya tidak ada hubungan antara jebolnya talud dengan sumur

Tingkat hubungan yang cukup dan sumbangan sebesar 20,07% dari hasil uji kompetensi siswa SMK Program Keahlian Gambar Bangunan terhadap kesempatan kerja di bidang

Tidak terdapatnya hubungan dukungan suami dengan perilaku ibu untuk memberikan ASI eksklusif dikarenakan suami tidak memiliki pengetahuan yang cukup mengenai ASI eksklusif

Tingkat hubungan yang cukup dan sumbangan sebesar 20,07% dari hasil uji kompetensi siswa SMK Program Keahlian Gambar Bangunan terhadap kesempatan kerja di bidang

Sesuatu yang jelas ketika kita melihat kepada kitab-kitab fikih yang kita baca tentang hubungan antara suami-isteri dala mhal hak dan kewajiban, maka yang paling cepat

Dalam hal ini, penulis melakukan penelitian hubungan batuan ultrabasa dengan kadar Ni pada PT Sinar Jaya Sultra Utama yang merupakan perusahaan pertambangan nikel laterit yang cukup