• Tidak ada hasil yang ditemukan

Suami yang Kubenci 34 by E-man Sufi

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 97-100)

Pagi itu Uwais sudah bersiap awal untuk ke sekolah.Tujuan bersiap awal bukan untuk ke sekolah sangat pun tapi dia nak tumpang Abang Din yang akan singgah untuk mengambil Anis di rumah maknya.Memandangkan kura-kura comelnya rosak lagi,terpaksalah dia ambil motorsikal di rumah maknya.Bukan terpaksa tapi bersyukur sebenarnya.Elok juga mini cooper itu rosak,adalah dia alasan nak menyinggah ke rumah maknya itu.

Di meja makan,Uwais hanya nampak Mastura dan Putera sedang sarapan.Lega sebab dia tak nampak Fawaz di situ. Huh..mesti dia tidur lagi ni.. elok juga,menyemak aja kat dapur ni, buat spoil selera aku aja..Ahhh,memang takde selera pun..Hannah takde macamana nak makan? kenapalah Hannah tak jawab call aku? tak rindu ke sayang kat abang? sampai hati dera perasaan abang macam ni.

“Abang Long… kenapa tengok mee goreng tu macam tu? tak nak makan ke?” Mastura menegur bila melihat abang iparnya itu sekadar merenung mee goreng di hadapannya.Uwais geleng. “Takde seleralah..”jawapan itu buat Putera ketawa.

“Itulah, lain kali cakaplah lagi masakan Along tak sedap,kan dah kena…” “Mana Putera tahu Along merajuk pasal tu?”

“Abang Long, kitorang ni pun ada wartawan peribadi tau..”

“Ini mesti Anis yang cakap kan? tak adil betul! apasal korang semua berpakat nak kenakan abang ni? Anis pun sama..Abang call dia nak cakap dengan Along korang tu,bukan main lagi

dia..mengantuklah..jangan kacau dia nak study la..bergossip dengan korang boleh pulak ya?” “Bukan Putera Abang Long..ni, Angah yang bergossip dengan Kak Anis malam tadi..Putera Cuma skodeng dengar je..”

“Ewah..banyaklah kau punya skodeng..kau pun sama aja, siapa yang call berbual dengan Along malam tadi? kau kan?” marah Mastura pada Putera yang menyengeh.

“Sudah..tak payah nak bergaduh depan rezeki..” Uwais menggeleng.Elok sangatlah, dengan mak,adik-adik aku ni..semua sebelahkan Hannah,aku ni siapa nak sokong?

“Putera…abang Fawaz ada tanya pasal Along tak?” “Tak ada,kenapa?”

“Nanti kalau dia tanya,korang cakap tak tahu ya? kalau dia minta nombor telefon Along pun korang jangan bagi tau..”

“Kenapa pulak?”

“Jangan banyak tanyalah..cepat makan tu,Abang Din dah lama tunggu agaknya tu” “Kita tak pergi dengan kereta abang Long ke?”

“Kereta abang rosak…” Uwais bangun.Dia hanya menghabiskan secawan teh dan memang tiada hati untuk bersarapan lagi.Bila dia sampai di anak tangga berhampiran ruang tamu,dia

bertembung dengan Fawaz. Ya Allah… jumpa jugak aku dengan dia ni..’

“Kau nak pergi sekolah ke?” tanya Fawaz yang hanya berseluar pendek dan memakai baju tanpa lengan.Tengok pada muka memang sah tak mandi lagi..

“Dah tu, takkan aku nak pergi masjid pulak..subuh dah lama habis” Ada sedikit sindiran dengan jawapan itu.Fawaz menguap beberapa kali.Dia memandang Uwais bersahaja.Nak perli aku tak solat subuhlah tu,perasan kau tu ustaz ke?

“Bukan kereta buruk kau tu rosak ke?” Fawaz mendekati Uwais yang sedang menyarung kasut. “Kalau rosak kenapa? tak payah pergi kerja?”

“Marahlah pulak… “ Fawaz ketawa mengejek.Suka betul dia dapat buat Uwais bengang pagi-pagi begitu.

“Semalam kau cakap Hannah pergi Afrika, betul ke?” tanyanya lagi.

“Nak percaya ke tak..itu abang Fawaz punya pasal..saya nak pergi kerja..” Uwais nampak sangat tidak mahu melayan soalannya.

“Elleh…sombong kau ya? ingat aku bodoh nak percaya? kalau nak tipu,tipu orang mati..orang hidup ada otaklah boleh fikir..”

“Lah, Abang Fawaz ni hidup lagi ke? lebih kurang sama aja dengan orang mati..”

tak tahu saja.

“Saya ada cakap ke?” Uwais senyum sinis.Dia terus pergi mendapatkan Abang Din yang menanti di sisi MPV Xsara Picasso.

++++++++++++++++++++++++++++

“Hannah..marilah sarapan,apa yang kau menungkan dekat pintu tu…” tegur Sarimah.Hannah yang ayu memakai kain batik dan baju kurung Kedah berpaling padanya.

“Takde apa mak… saja tengok suasana pagi ni..” Hannah memberi alasan.Sarimah menuangkan air kopi yang dibancuh Hannah ke dalam cawan.Pelajaran pertama pagi itu,dia ajarkan Hannah cara membuat air,bukan apa..dia terkejut juga bila Hannah memberitahu yang selalunya dia menggunakan 7 sudu gula dalam minuman.Kalau macam tu hari-hari,cepatlah anak aku dapat kencing manis.

“Selamat pagi mak..Kak Hannah..” Anis menyapa sebaik muncul bersama beg galas dan beberapa buah buku di tangan.

Hannah mengukir senyum pada Anis. Cantiknya bila dia lihat adik iparnya itu berpakaian kemas dengan seragam sekolah dan bertudung.Terdetik di hatinya,kalau dia pakai tudung..agak-agak macamana ya? kalau pakai tudung tu sebab nak cantik atau nak tutup aurat? mesti dengan rela hati ke? tak panas ke? banyak pula soalan yang bermain di fikirannya.Takpelah,nanti kalau perang dingin aku ni dah tamat..bolehlah aku tanya dengan abang Uwais…mana dia ni,takkanlah tak nak datang langsung,kalau mak larang datang pun takkanlah abang tak nak curi-curi

datang..panjatlah ikut tingkap ke, guna tangga ke..ini tak..pakai call aja buat apa? tak ekstrim langsung! kalau dah bercinta mesti sanggup buat apa saja..tapi abang Uwais aku ni tak nampak batang hidung pun..abang tipu!

“Hannah…sudahlah tu,tak payah nak di tunggu anak bertuah mak tu..mari kita makan ya? hah, hari ni mak buat nasi lemak..” Sarimah kasihan pulak melihat riak sedih di wajah menantunya itu.Orang bercintalah katakan..boleh tahan hebat anak aku tu ya?

Pin! Pin!

Baru sahaja Hannah nak berlalu dari muka pintu dapur itu,dia terdengar bunyi hon

kereta.Sangkanya Uwais tapi bukan kura-kura hijau yang dilihatnya tapi MPV yang biasa dipandu Abang Din.

“Anis..abang Din dah datang tu” beritahu Hannah.

“Aik? bukan abang ke?” Anis mendekati Hannah yang masih berdiri di muka pintu. “Bukan..”suara itu kedengaran sedih.

“Tapi itu kan abang..Mak! abang datang mak!” teriak Anis bila nampak Uwais turun dari

MPV.Sarimah segera bangun dari kerusi.Hmm..memang aku dah agak,mesti dia datang jugak.. Hannah segera beredar dari muka pintu.Dia pergi ke bilik tidur Uwais.Tingkap bilik Uwais dibukanya.Dari situ dia boleh nampak Uwais dengan lebih dekat..

++++++++++++++++++++++++++++

Uwais keluar dari perut MPV.Dia nampak maknya sudah bercekak pinggang di muka pintu.Dia mencari kelibat Hannah tapi tiada.Tiba-tiba tingkap di biliknya dibuka.Hannah kelihatan di situ.Alahai..comelnya dia pakai baju kurung Kedah..isteri siapalah ni..

“Sayang…” Uwais melambai.Hannah senyum dan membalas lambaiannya.

“Hah..berdiri dekat bawah pokok tu aja,jangan nak lebih-lebih..” Sarimah menahan bila Uwais mahu menapak.Anis sudah keluar dari rumah dan masuk ke dalam MPV.Seketika kemudian MPV itu berlalu pergi.

“Tak pergi sekolah ke?” Tanya Sarimah.Pelik bila MPV itu pergi meninggalkan Uwais.

“Pergi,orang nak ambil motor mak..kereta rosak” jawab Uwais tapi matanya masih memandang ke tingkap biliknya.Hannah sudah menopang dagu di situ.Dah mula main tenung-tenung mata. “Bercakap tu pandang mak..tengok menantu mak macam nak telan tu kenapa? pagi-pagi buta lagi dah angau..” sindiran maknya itu buat Uwais beralih pandang.

Hannah menahan tawa bila Uwais kena marah.Amboi,sukanya sayang tengok abang kena marah ya?

“Pandang maklah ni..cantiklah mak pagi ni” puji Uwais.Memerhatikan Maknya yang masih setia di muka pintu.Dah macam jaga pun ada..mak..mak…ingat aku nak rempuh masuk agaknya..anak

mak ni gentleman lah..

“Dah..tak payah nak bodek...Hannah,tolong ambil kunci motor Uwais ni,ada mak sangkutkan kat dinding bilik tu..” arah Sarimah.Hannah menghilang seketika.

“Kau dah makan Uwais?”

“Belum mak…lapar ni mak..” Uwais memegang perut dengan dahi berkerut.Ala-ala kena gastriklah konon.Manalah tahu,maknya kasihan dapatlah dia masuk dalam rumah.Bolehlah Hannah temankan dia makan,lambat pergi sekolah pun takpe!

“Mak memang dah tapaukan nasi lemak untuk kau..”Sarimah mengambil mangkuk tingkat di atas meja makan.Kemudian dia menyarung selipar dan menhampiri Uwais yang berdiri di tengah laman.Diserahkan mangkuk tingkat itu pada Uwais.

“Jangan tak makan pulak.. nanti kena gastrik”

“Terima Kasih mak..” ingatkan dapatlah masuk tapi takpelah..sayang mak! “Hmm..”

“Kunci ni ke mak?” Hannah muncul di tingkap bersama segugus kunci di tangannya. “Ya..turun sekarang, bagi kunci tu pada Uwais..mak nak pergi lepaskan ayam dalam

reban..jangan lama-lama sangat..5 minit aja..faham tu Romeo?” Sarimah mengerling Uwais yang tersengeh.

“Faham..Faham..” Mak memang sporting walaupun garang..

Sarimah menghilang ke belakang rumah.Tinggal Uwais dengan pujaan hatinya sahaja. “Nah..” Hannah menghulur kunci.Uwais memegang jemarinya.Dahi Hannah dicium kejap. “Kenapa sayang buat abang macam ni? tak baik tau..biar abang tinggaL sorang-sorang”

“Siannya..bukan lama,3 hari aja kan?” Hannah memegang pipi Uwais.Seketika kolar baju dan tali leher Uwais dibetulkan.

“3 hari dah macam 3 tahun,sayang janganlah merajuk macam ni..abang tak pandai nak pujuk” Uwais bersuara sayu.Iyalah tu…Hannah rasa,dia tak boleh layan sangat manja Uwais,tak sesuai nak bercinta waktu ni..Uwais kena pergi kerja..dia lain,semalam lagi dia dah beritahu Aisyah yang dia cuti sampai Ahad.

“Mak kata 5 minit aja kan..dah,pergi sekolah cepat..dah lewat ni..” Hannah mencium kedua pipi Uwais dan masuk ke dalam rumah.Ketika itu mak mertuanya muncul semula.Sempat Hannah melayangkan “flying kiss” pada Uwais.Dengan lagaknya,Uwais melompat seakan menyambut dan diletakkan tangannya ke dada.Sarimah menggeleng melihat gelagat anak menantunya itu.Macam-macam gaya orang bercinta ni..

“Hah..”flying kiss” mak kau tak nak ke?” usiknya pada Uwais yang sudah duduk di atas motosikal.Uwais hanya ketawa bila sedar yang maknya nampak aksi “angaunya” tadi. "pergi dulu mak..jaga isteri saya baik-baik ya mak?"

Suami yang Kubenci 35

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 97-100)

Garis besar

Dokumen terkait