Hannah menekan-nekan alat kawalan jauh astro.Argghh…bosannya ! Tiada satu pun channel yang menarik minatnya untuk menonton.Dia merenung Blackberry di atas meja.Mana Uwais ni? dah pukul 4.30 petang pun tak balik lagi? Bukan sessi persekolahan tamat pukul 1 petang ke? Hari tu dia bekerja setengah hari sahaja.Teruja sangat nak beri Uwais surat tawaran syarikatnya sampaikan semua temujanji dan mesyuarat pada sebelah petang disuruhnya Aisyah KIV sahaja. “Hmmm…ni yang buat aku rasa syak yang bukan-bukan kat dia ni, entah-entah dia pergi dating dengan cikgu tu tak?” omelnya sendirian.Terbayangkan wajah Cikgu Batrisya yang lemah
gemalai itu buat dia tak senang duduk.Dia sudah bosan menunggu Uwais yang masih juga belum pulang.Dia paling tak suka menunggu sesiapa bahkan untuk dia berbuat begitu bukanlah satu perkara yang mudah tapi hari itu dia dengan rela hati membuang rasa egonya itu semata-mata untuk Uwais..Hmmm usahkan dia,kura dia tu pun tak muncul-muncul jugak.Takkanlah kura-kura tu mogok kat tengah jalan kut?
Baru sahaja Hannah nak mencapai Blackberry di atas meja, telinganya menangkap bunyi deruan enjin motosikal di luar rumah.Hannah segera bangun dan keluar.Dia lihat Uwais sedang turun dari motosikal EX5. Dah balik pun…suka!
“Hmmm…pergi kerja naik kura-kura balik rumah naik unta pulak ke?” usiknya seraya memandang motosikal Uwais yang sudah agak lama itu.
Uwais yang kelihatan penat hanya memandang sahaja Hannah mendekatinya.Aku ni sudahlah penat..ada dia nak tanya? dah tu..siap perli lagi.. kura-kuralah..untalah..ingat apa, aku bukak zoo dalam rumah ni? nasib baik hari ni aku rindu kat kau, macamanalah seharian kat sekolah tu pun aku boleh teringatkan kau ?
“Awal awak balik? “ Uwais meletakkan topi keledar dalam raga motosikal. Memang dia dah perasan kereta Hannah ada di garaj, hairan juga…isterinya ini seorang yang “gila kerja” tapi kenapa awal pulak Hannah balik?
“Saja..tiba-tiba hari ni saya dapat penyakit malas nak kerja..emmm..mana kura-kura awak?” Hannah ukir senyum.Uwais terpana sekejap, Hannah memang punya senyuman yang menawan cuma Hannah susah nak senyum..Uwais yang tadi memang kurang senang dengan gelaran “kura-kura” itu tak jadi nak marah.Macam kena pukau pulak!
“Kura-kura saya sakit…” jawab Uwais. Dia mengatur langkah masuk ke dalam rumah.Hannah mengekorinya.Uwais masih tak faham.Dia balik awal… lepas tu, mood dia nampak baik sebab dia murah senyum dengan aku..lagi satu, bukan ini first time dia sambut aku balik ke? selama ni mana pernah dia buat macam ni…Apsal aku rasa macam ada kelainan pulak hari ni ya? “Oh…sebab tu awak ambil unta tu kat rumah mak ya?”Suara Hannah kedengaran manja. “Iya sayang…. kalau tak macamana saya nak balik,kura-kura tu rosak di sekolah..” Uwais duduk di sofa.Hannah duduk di sebelahnya.Siap menopang dagu memandang Uwais.Senyuman masih tak lekang di bibirnya.Uwais rasa makin hairan.. mata Hannah yang coklat itu direnungnya.Apasal aku rasa dia nampak lebih cantik dari hari-hari biasa ni? tadi aku panggil dia sayang pun dia macam okey aja,kalau tak..macam nak termuntah dengar aku panggil macam tu..siap bagi jelingan maut lagi.
“Kalau rosak di sekolah…awak balik ke rumah mak naik apa? awak tumpang Abang Din ya? “ tanya Hannah.Sejak mereka bernikah,Anis pulang dari sekolah dihantar oleh Abang Din yang menjemput Putera dan Mastura.Lagipun sejak mereka tinggal di rumah sendiri,Uwais tidak lagi mengambil Anis dari sekolah seperti dulu lagi.
“Tumpang Abang Din? taklah… diorang tu dah balik masa kereta saya rosak..” “Habis tu? awak jalan kaki? “
“Tak..saya balik dengan Batrisya,kan rumah dia sebelah rumah mak aja…”Jawab Uwais selamba.Sebut aja nama Batrisya, wajah Hannah berubah… Dah takde orang lain ke? cikgu tu jugalah yang jadi pilihan…sabar..sabar..kalau aku melenting nanti,rosaklah planning aku kan? “Ohh…nasib baik Batrisya ada kan?” Hannah rasa berat hati nak menuturkan ayat itu.
“Haah..kalau tak,jenuh jugalah nak jalan kaki..” Balas Uwais. Hannah makin cemburu.
kura-kura saya tu…Dari sana saya terus pergi ke gerai burger dan mungkin saya balik lewat malam nanti.” Uwais bangun selepas menanggalkan stokin.
“Nanti kejap..” Hannah menarik tangannya.Uwais kerut dahi.Dia duduk semula. “Kenapa?”
“Emmm…sebenarnya,saya ada sesuatu nak tunjukkan pada awak..” “Apa?”
“Sini…” Hannah menarik tangannya supaya bangun.Uwais ikut saja.Dia dibawa Hannah ke ruang makan.
“Sebelum tu,apa kata kalau kita minum petang dulu..awak mesti lapar kan?” pelawa Hannah tanpa disangka.
Uwais lihat di atas meja sudah tersedia hidangan minum petang.Ada pelbagai jenis kuih dan air kopi panas.
“Awak buat semua ni?” Uwais seperti tak percaya.Pagi tadi Hannah sediakan sarapan pagi dan sekarang minum petang pula.
“Kuih saya belilah awak… mana saya tahu nak buat kuih ni semua..tapi kalau air tu memang saya yang buatkan..cepatlah duduk” Arah Hannah.Dia menarik kerusi untuk
Uwais.Sebenarnya,Uwais sudah pun makan di rumah maknya sebelum pulang ke rumah. Ikutkan,dia memang sudah kenyang tapi dia tidak mahu lepaskan saat indah yang sedang dilaluinya itu.Hannah sediakan minum petang untuknya? Uwais rasa terharu.Sungguh, kalau tak sebab dia masih belum pasti dengan perasaan Hannah padanya,dah lama dia peluk Hannah kat situ juga..tapi kalau dia buat juga macam tu..silap-silap penampar pulak yang dia dapat.
“Kenapa awak baik sangat hari ni?” luah Uwais.Dia dah tak sanggup nak mencari jawapan pada perubahan mendadak Hannah.Dia bukan tak kenal perangai Hannah yang pandai berlakon bila ada sebab tertentu.Dia mahu pastikan,yang sedang berlaku di hadapannya ini lakonan atau memang sebenarnya sudah ada tanda-tanda perubahan pada Hannah?
“Selama ni saya memang baik apa…bila masa pulak saya jahat?” Hannah tak puas hati dengan soalan Uwais tadi.Amboi..macamlah aku ni zalim sangat selama ni..
“Bukan itu maksud saya tapi..”
“Awak ni, saya marah awak tak suka,saya kutuk awak lagilah awak tak suka kan? kalau saya buat macam ni pun awak tak suka juga ke?” pintas Hannah.Dia menuangi kopi ke dalam cawan. “Mestilah saya suka…suka sangat-sangat,kalau hari-hari macam ni kan bagus..”Uwais rasa gembira.Dia mencapai cawan berisi air kopi itu dan diminumnya. MasyaAllah… manisnya kopi ni? gula tumpah ke apa?
“Sedap tak?” Hannah kelihatan teruja nak tahu.
“Sedap..” Uwais berusaha minum sampai habis.. Hmmm..kalau macam ni hari-hari,dapat sakit kencing manislah jawabnya..
“Awak….”panggil Hannah.
Uwais menentang pandangan mata Hannah yang masih tersenyum.
“Hmmm..” Uwais angkat kening.Hannah seperti mahu mengatakan sesuatu. “Tadi saya kata nak tunjukkan sesuatu pada awak kan?”
“Bukan ini ke?” Uwais mencapai kuih karipap.Dia fikir minum petang yang disediakan Hannah itu adalah “sesuatu” yang dimaksudkan.
“Bukanlah…yang ini..” Hannah menunjukkan sampul surat bewarna coklat.Uwais lama memandang sampul surat itu.Surat apa pulak ni? takkanlah surat nak mintak cerai?
Nauzubillah…dia tak pernah terfikir untuk berpisah dengan Hannah dan dia selalu berdoa niat itu tidak pernah terlintas di fikiran isterinya itu.Mungkin dia tak kaya,tapi dia sedang berusaha untuk menjadi suami yang baik kepada Hannah.
“Surat apa ni?” suara Uwais bergetar.Dia rasa bimbang pula.
“Bukalah…” Hannah menopang dagu.Tak sabar menanti riaksi Uwais.Surat sudah dibuka,berhati-hati Uwais membaca kandungan itu .Dahinya berkerut dan sesekali dia memandang wajah Hannah.
“Pegawai Perhubungan Korporat dan Diplomatik? awak buat lawak apa ni Hannah? penjual burger macam saya ni nak jadi pegawai? awak sedar tak apa yang buat ni…” Uwais senyum sinis.Hannah sengaja nak main-main ke? selama ni tak pernah pun Hannah suarakan hasrat nak ambil dia bekerja di syarikat keluarganya itu bahkan dia sendiri tak pernah terlintas nak
bermajikankan isteri sendiri.
“Lawak apa pulak, awak sendiri dah bacakan yang tawaran tu untuk awak..sebenarnya pagi tadi saya dah tengok CV awak dalam fail yang awak tertinggal atas meja,so…saya fikir, ada baiknya awak kerja dengan saya daripada jadi guru ganti tu..macamana,awak setuju kan?” Muka Hannah kelihatan penuh harapan.Kalau boleh dia dah tak mahu lagi Uwais dekat dengan Batrisya.Kalau dekat dengan aku lagi bagus kan… disimpan rasa itu dalam hatinya.
Uwais tak terus menjawab.Jadi,itulah sebabnya Hannah melayan dia dengan baik? sebab Hannah dah tahu tentang ijazah yang dimilikinya..sebab penjual burger yang hina ni boleh
dijadikan lebih sempurna di syarikatnya itu..Tiba-tiba dia rasa kecewa.Kalaulah Hannah tidak tahu semua tu, adakah masih mulia dia di mata Hannah? Uwais rasa hilang semua rasa gembiranya tadi.Kopi yang manis sudah dirasakan bersisa pahit di tekaknya. Sudahlah mereka berkahwin kerana dia mahu membalas jasa Tuk Ayah yang menyelesaikan semua hutangnya, hingga saat inipun dia rasa malu dengan diri sendiri kerana memiliki Hannah atas sebab duit. Kalau dia terima tawaran Hannah kali ini, bermakna dia terpaksa telan kata-kata orang sekeliling bahawa
kedudukan tingginya itu hanya kerana isterinya CEO syarikat.Mana dia nak letak maruahnya sebagai suami dan lelaki.. dan bagaimana pula dia nak buktikan pada Hannah, dia boleh berjaya atas usaha sendiri? biarlah susah,biarlah bertahun memakan masa..dia akan lebih berpuas hati dan mampu tersenyum,bila hari itu tiba. Cukup Hannah sebagai isterinya yakin, percaya dan mendoakan kejayaan buatnya.
“Terima Kasih sebab sudi nak tawarkan saya jawatan besar macam ni tapi saya minta maaf… saya tak pernah terfikir untuk bekerja di syarikat awak…” Uwais melipat surat tawaran itu dan dimasukkan semula ke dalam sampulnya.Dia harap Hannah tak berkecil hati.Tiba masanya nanti dia akan beritahu juga pada Hannah,dia sebagai suami tetap ada perancangan sendiri untuk masa depan mereka.
Hannah terpaku.Terasa seperti jantungnya disentap.Wajahnya yang putih bersih mula memerah kerana dia sememangnya sedang marah.Kenapa mesti Uwais menolak?? apa yang kurang pada tawarannya itu. Sungguh dia rasa egonya telah direndahkan hingga ke tapak kaki!! bahkan dia rasa lebih perit bila antara tawaran dia dan bantuan Batrisya….dia tidak menjadi pilihan! Sampai hati awak Uwais… kalau tak kerana egonya yang masih berbaki, sudah pasti di depan Uwais itu juga dia menangis kerana malu dan sakit hati! Ditahan juga supaya airmatanya tidak tumpah.