• Tidak ada hasil yang ditemukan

Suami yang Kubenci 45 by E-man Sufi

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 135-139)

“abang….”

“Kenapa sayang?” Uwais menyoal Hannah yang kelihatan mencuka dan mencari-cari sesuatu di kawasan laman surau.Terkejut juga bila nampak isterinya itu melilau di situ.

“Sandel saya hilang!!” Hannah seperti ingin menangis.Sandal Arizona yang selalu dipakai untuk aktiviti santai tu dah hilang!

“Hilang? macamana boleh hilang?” Uwais garu kepala.Jemaah lain sudah berpusu-pusu keluar dari surau.

“Mestilah ada orang ambil,takkanlah sandal tu jalan sendiri..abang ni pun..”Hannah memukul lengan Uwais.Suaminya itu ketawa kecil.Ya tak ya..siapalah malaun yang dah tibai sandal mahal sayang aku ni..

“Itulah,lain kali pakai selipar Jepun aja..takdelah kena curi” Uwais menarik sedikit telekung yang dipakai Hannah.Comelnya..kalau pakai tudung isteri aku ni..mesti sejuk mata memandang.. “Abang….macamana ni? orang nak balik takkanlah berkaki ayam aja..”

“Lah…sandal sayang hilang kaki sayang dah bertukar jadi kaki ayam ke? Uwais buat-buat terkejut.Dia menunduk untuk melihat kaki Hannah.

“Ieeee…sempat lagi nak main-main..”Hannah memukul lagi lengan Uwais.Aku punyalah geram dengan pencuri tu,dia boleh lagi nak usik aku…

“Hah!! ada jumpa sandal tu Hannah?” Mak Cik Sarimah muncul.Wajahnya nampak begitu marah.Uwais telan liur.Uiks…sandel manantu dia hilang,macam tu sekali reaksinya? habislah kalau pencuri tu dapat kat mak aku…

“Takde mak…”Hannah geleng.

“Siapalah pencuri berprofile tinggi tu ya? kalau aku dapat…aku salai hidup-hidup..yang aku geram tu,bukan sandal Hannah ni aja..Selipar Jepun Batrisya pun hilang juga..makin menjadi-jadi pulak kes curi selipar di surau ni ya?”

“Selipar Sya pun hilang ke mak?” Tanya Hannah.

“Iya…dia tengah carilah tu..katanya,tadi dia ada pergi tandas dengan Hannah ya?” “Haah..tadi Hannah pergi tandas dengan Sya..”Hannah angguk.

“Takde lain..pencuri tu rembat sekali la tu” Uwais mencekak pinggang.Pelik! Ironi

sungguh,macamana selipar Jepun Sya pun boleh kena rembat sekali? berbaloi ke kalau jual di pasaran gelap?

“Tak jumpalah Mak Cik Sari..”Batrisya muncul.Wajahnya nampak sedikit kecewa.Siapalah insan yang susah sangat tu?

“Memang kerap pulak jadi macam ni Sari ya?” Mak Cik Zainab menyampuk.Dia sudah putus asa mencari selipar anak gadisnya itu.Kasihan Batrisya,jauh juga nak menapak tanpa selipar untuk sampai ke rumah.

“Inilah yang saya geram sangat ni Nab.Dah takde benda lain ke nak ambil?.Sarimah makin geram.Pandai pulak pencuri tu ya? diambilnya hak milik perempuan cantik macam menantu aku dengan Sya ni..selipar aku tak nak pulak diambilnya? apa..aku ni tak cantik ke?

“Kenapa ni? Fawaz yang baru keluar dari surau muncul bersama Imam Safuan.Dia baru selesai membantu Imam Safuan menutup kipas dan lampu.Maklumlah,nak jadi menantu mesti kena tunjuk baik.Nak anak..mesti kena pikat mak bapak dia dulu..

“Sandal Hannah dengan Selipar Sya ni dah hilang…”beritahu Uwais.Dia memandang Fawaz yang bersahaja.Bukan main lagi rajin ya? siap tolong Pak Cik Safuan tu..

“Hilang? ini tak lain kerja pencurilah ni..tak pun,orang yang hilang selipar tapi dia saup aja orang punya..”Imam Safuan menggeleng kesal.Memang selalu juga kes begitu berlaku di surau itu. “Entah-entah kena sorok tak?” Uwais meneka.

“Ehem..Macam ni la,cari pun tak jumpa juga..hari pun dah nak pukul 9.30 ni..saya rasa elok saya dengan Uwais saja yang carikan..biarlah Hannah balik pakai selipar Uwais..emmm..Sya boleh pakai sandal saya tapi besar sikitlah..” Fawaz memberi cadangan.

“Elok juga tu.. memang bijaklah idea kau ya Fawaz? hah..apa lagi..Jomlah kita balik..”Sarimah bersetuju dengan cadangan Fawaz itu.

“Takpe ke abang balik tak pakai sandal?” Batrisya serba salah.

“Eh,takpe..takpe..abang tak kisah..”Jawab Fawaz.Dia sudah meletakkan sandal Dr. Cardin miliknya di kaki Batrisya.Dia senyum penuh makna bila Batrisya menyarung juga sandal itu.Walaupun bila dipakai sandal itu terlalu besar dengan kaki Batrisya..dah macam pakai kasut Mc. Donald!

“Abang!..tak nak bagi selipar abang ke?” Hannah menarik lengan baju Melayu Uwais.

“La..abang baru fikir nak cempung aja sayang sampai rumah..”Uwais berbisik di telinga Hannah. “Abang ni,menggatal tak kira tempat!” Hannah mengerlingnya.

“Ye la..ye la..mesti nak kena cari jugak ke?”Uwais rasa malas pula.Satu kerja nak kena cari..beli lain ajalah!

“Abang ni, tak nak bersusah langsung..kata sayang! tengok abang Fawaz tu,sanggup balik kaki ayam semata-mata nak cari selipar Sya..”

“Alah..ini bukan cerita Cinderella nak cari kasut bagai..”

“Iee..ada aja jawab dia..abang memang tak romantik..berilah cepat selipar tu..” Hannah tayang muka cemberut.Uwais dengan muka selamba menanggalkan seliparnya.Tak suka bila abang tayang muka macam tu!

“Terima Kasih ya Fawaz..”

“Sama-sama mak cik..jalan elok-elok ya..” “Pak cik baliklah dulu ya Fawaz..”

“Ya..ya..Pak Cik Imam..jangan risaulah,kalau saya dapat pencuri tu..saya taulah nak ajar macamana” Fawaz berbicara penuh tulus dan bersemangat.Tak ubah macam pemuda harapan bangsa!

Akhirnya…tinggallah Fawaz dan Uwais saja di tangga surau yang sudah sunyi sepi.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Abang Fawaz yang ambil? Ya Allah! abang Fawaz dah hilang akal ke apa? memang tak bermoral betul la abang ni…” Uwais duduk di anak tangga surau.Dia menanggalkan

kopiahnya.Fawaz turut duduk di sebelahnya sambil ketawa.Sepasang selipar dan sandal berada di tangannya.Diambil dari bawah pasu bunga besar berhampiran kolah.

“kau tak nampak ke..kalau aku tak buat macam ni,takdelah Sya tu balik pakai sandal aku..kan ke romantik tu”

“Romantik apanya? sorok selipar dia,kalau dia tahu buruk benar perangai abang Fawaz ni,macamana?”

“Kau ni,tak sporting langsung..bagilah ruang kat aku nak mengurat cikgu tu..kau ada Hanny,duduk diam-diam tengok dah la”

“Okey,kalau ya pun..kenapa abang tak buat-buat jumpa aja selipar tu tadi? tak payahlah kita tersadai kat sini..nak carikan konon..”

“Kalau aku buat macam tu,tak dapatlah aku jumpa dia lagi esok..kau ingat senang ke? dia tu dah la pemalu..bila dia pinjam sandal aku tu,tentu dia pulang balik kan? masa tu..aku dapat jumpa dia lagi..” beritahu Fawaz.Uwais senyum juga.Boleh tahan bijak jugak otak angau dia ni…tapi part sorok selipar ni memang aku tak setuju! apsal Hannah pun kena jugak?

“Kenapa abang Fawaz ambil sandal isteri saya sekali?” Fawaz ketawa.

“Sebenarnya..aku rancang nak ambil selipar Sya aja tapi bila fikir balik..mana boleh aku sorang aja balik tak pakai sandal..so,aku pun ambil sekali sandal Hanny..kau pun kenalah balik kaki ayam jugak” Fawaz ketawa lagi dan lagi..Uwais ketap bibir.Kurang asam jawa betul!! apsal aku pun kena sekali..memang saja nak kenakan aku sekali..

“Dah tu,tunggu apa lagi? hari dah lewat ni,perut saya pun dah lapar..jomlah balik!” ajak Uwais.Dia sudah berdiri dan bersedia untuk mengatur langkah .Fawaz turut bangun dan lengannya memaut bahu Uwais.

“Oi..kau..tak marahkan?” Dia sengeh.Uwais tayang muka tak puas hati. “Hmm..tak! sebab orang kena penyakit angau kan..”

“Hah..macam ni baru suami adik aku..”Fawaz menepuk-nepuk bahu Uwais.Mereka beriringan pulang ke rumah dalam keadaan berkaki ayam.

“Aku rasa nak tulis suratlah kat cikgu tu..”

“Tulis surat? wei..ni zaman internetlah..orang dah pakai e-mail”

“Ah..ni cara aku..aku dengar mak kau cerita,dia dulu masa bercinta dengan ayah kau pakai surat ya?”

“Haah..ayah saya tu posmen”

“Boleh tak pinjamkan aku surat cinta mak kau tu..” “Hai..dah teruklah abang Fawaz ni..”

“Ahh..kau dengan Hanny pun sama”

++++++++++++++++++++++++++++++

Uwais termenung di tepi tingkap.Hari sudah makin larut malam.Dia tersenyum sendirian bila teringatkan Fawaz.Apalah agaknya abang Fawaz tengah fikir sekarang ni.Jangan dia tambah angau tengok selipar Jepun Sya tu sudahlah!

“Abang kenapa senyum sorang-sorang kat tingkap tu? hah…saya tahu, abang teringatkan saya kan?” Hannah yang baru masuk ke dalam bilik menegur Uwais.

“Memang pun… lama abang tunggu kekasih abang tu kat sini..tak muncul-muncul..” Uwais beralih duduk di katil.Hannah duduk di sebelahnya.

“Mana abang jumpa sandal saya tu?” tanya Hannah.Masa makan malam tadi tak sempat dia nak tanya bila melihatkan Uwais dan Abang Fawaz begitu lapar dan penat.Kasihan suami aku balik tak pakai selipar.

“Kalau sayang nak tahu..sebenarnya,sandal tu abang Fawaz yang ambil”

“Hah? abang Fawaz?”Hannah terkejut .Uwais angguk.Dia bersandar pada kepala katil. “Penyakit cinta pandang pertama dia tu la..semuanya sebab Sya..tak pasal-pasal abang pun kena sekali” Uwais ketawa.

“Saya dah agak,abang Fawaz tak pernah buat perangai pelik macam ni..nak pergi surau,siap tolong kemas dan tutupkan lampu kipas semua..kan saya dah cakap,diorang tu sesuai..” “Hmmm.. tengoklah macamana..tapi,memang kelakarlah..ada ke selipar Jepun Sya tu dia nak ambil?..agaknyalah,sebab Sya selamatkan dia daripada lintah tu ke yang dia angau sangat dengan Sya tu?”

“Agaknyalah…orang kalau nak jatuh cinta,macam-macam caralah abang..” “O..habis tu sayang masa mula-mula nampak abang dulu macamana?” Hannah berfikir seketika.

“Bila ya first time kita jumpa? masa motorsikal buruk abang tu terbabas ya?” Hannah tayang muka comel bila Uwais tarik muka sebab Hannah kata motorsikalnya buruk!

“Bukan…takkan tak ingat? abang boleh aja ingat..tak perasankan abanglah tu”Uwais seperti merajuk.Hannah kerut dahi.Bila ya?”

“Masa bila ya?saya ingat masa tu ajalah..memang menyampah sangatlah saya dengan mamat yang bawak EX5 cabuk lepas tu bukan main lagi berlagak tu bila orang nak bayar ganti rugi..” Hannah beriya bercerita.Uwais kerut dahi.Amboi..sesedap rasa aja dia kutuk aku depan-depan ya?

“Ye la..siapalah abang ni kan?”

“Alahai..sayang saya ni,orang usik sikit pun terasa ya?” Hannah mencuit hidung Uwais. “Sayang tak ingat ke? masa tu abang tunggu Anis balik sekolah..masa tu sayang duduk kat gazebo,sayang guna lappy masa tu..ingat tak?”

“Oh..ingat..ingat..memang saya perasan masa tu ada lelaki naik motorsikal buruk lepas tu Ya Allah,ada hati nak senyum kat saya…nak mengurat la tu,mentang-mentanglah saya cantik” Uwais ternganga.Sedarkah kau wahai Hannahku sayang..lelaki yang kau kutuk tu adalah aku?Huh…sampai hati!

“Patutlah bagi jelingan maut kat abang…ye la, abang sedar diri” Uwais ambil bantal dan menutup mukanya.Hannah ketawa.Ya Allah! merajuk macam perempuan..

“Abang ni,orang bergurau ajalah..memanglah masa tu saya fikir macam tu,tapi sekarang dah tak..abanglah yang paling handsome tau..saya tak nak orang lain..saya nak sayang saya ni sorang aja! kongsi pun tak boleh tau!” Hannah menarik bantal.

“Betul?”

“Iya…abang tak nak tidur lagi ke? mengantuklah..”

“Takkan dah nak tidur kut..kata tadi nak abang..”Uwais melirik pandangan nakal.Hannah mengecilkan mata.Dia turun tersenyum.

“Ada sesiapa yang nak tolong tutup lampu tak?”

“Saya..saya..” Uwais tanpa berlengah terus bangun dari katil dan bergegas mahu menutup lampu.Hai suami aku ni,pantang dapat lampu hijau!

Suami yang Kubenci 46

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 135-139)

Garis besar

Dokumen terkait