• Tidak ada hasil yang ditemukan

Suami yang Kubenci 51 by E-man Sufi

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 156-160)

“Kau buat apa tu Fawaz?” Sarimah menepuk bahu Fawaz yang sedang tekun menaip menggunakan komputer riba.Cepat-cepat Fawaz menutup komputer itu.

“Takde apa mak cik..” dia menggeleng dan berpura-pura menonton televisyen yang dibuka Uwais beberapa minit yang lalu tetapi Uwais sendiri sudah tertidur di sofa.

“Tak payahlah kau nak tipu mak cik…kau tengah menaip surat tadi tu kan..”Sarimah duduk di sebelah Fawaz.Matanya terpandangkan Uwais yang terbaring di sofa.Bukan main lagi anaknya itu tidur.Asal balik sekolah aja,takde kerja lain..membuta aja! aku sumbat sekilo garam baru tahu! “Ni..Fawaz, mak cik nak beritahu kau sikit..orang kalau nak tulis surat cinta,pakai tulisan

tangan..baru nampak telusnya perasaan kau tu..ini tidak,pakai komputer..takde feel tahu tak?” “Ish..bila pulak saya taip surat cinta…tadi tu saya nak hantar e-mail pada kawan..”Fawaz menafikan.Mak Cik Sari ni..tahu aja semua benda,tak boleh nak berahsia langsung! “Kau nak bagi pada Sya ya?”Sarimah cuba mengorek rahsia.Nak rahsia konon… “Mak cik ni..buat saya segan ajalah..malulah saya macam ni”

“Malu konon… bagilah mak cik tengok surat kau tu”

“Sebenarnya…dari tadi saya cuba nak tulis tapi dari tadi jugak saya taip lepas tu saya padam balik..jadi,inilah hasilnya mak cik..”Fawaz membuka laptop.Sarimah memandang skrin komputer yang kosong.

“Apa benda yang kau taip? mak cik tak nampak apa-apa pun?” “Tu la pasal,memang saya tak type apa-apa pun mak cik..”

“Ya Allah..kau ni betul la takde jiwa seni..nak tulis surat cinta pun tak reti? kau ni tak pernah bercinta ke?”

“Err..sebenarnya,saya ni tak ramai kawan perempuan mak cik..sepanjang hidup saya ni,Hanny tu ajalah perempuan yang rapat dengan saya..selebihnya tu,saya habiskan masa dengan belajar dan kerja..”

“Apa punya boringlah hidup kau ni ya? patutlah umur kau dah 30 pun tak kahwin lagi..kalau orang lain,muka lawa dan kaya macam kau ni..dah lama jadi playboy..”

Fawaz ketawa kecil.Sekali kena perli da…

“Nak buat macamana mak cik, saya ni bukannya tahu nak mengurat anak dara orang..” “Pandai jugak kau ni merendah diri ya? macam ni la,kalau nak tulis tu biarlah dari hati..tak pentinglah berbunga ke tidak..yang perlu tu,apa yang nak kau luahkan mesti ada kau

tulis..hah,kau tulislah pakai tangan..barulah bila Sya tu baca, terharu aja..kan..jangan kau tulis surat macam budak sekolah rendah pulak!” Sarimah memberi tips.Fawaz angguk saja.Masalah betul! tulisan aku bukannya cantik pun!

“Cheese Burger siap!!!!” tiba-tiba terdengar jeritan dari Uwais yang tangannya terangkat seketika.Sarimah sedikit terkejut dengan jeritan itu.Fawaz pula mengekek ketawa. “Ya Allah, mengigau siang-siang buta ni!” Sarimah menggeleng.

“Dia mimpi tengah menjual burger agaknya…”

“Hmm..dah nak petang ni,takde lagi Sya tu datang ya? kau tak call dia Fawaz?”

“Ada..dia cakap ada urusan penting kat sekolah,kalau dia datang pun…mungkin lewat petang nanti”

“Kau janganlah sedih..mak cik kan ada,nanti kalau dia datang..mak cik tanyalah yang dia tu dah berpunya ke belum..”

“Betul ke mak cik? emmm..nantikan,mak cik tanyalah pandangan dia tentang saya…ya?” “Iyalah…”

“Saya nak masuk bilik dululah..nak tulis surat..” Fawaz kelihatan teruja.Begitu berkobar-kobar nak menulis surat cinta.

“Eloklah tu..mak cik sokong seratus peratus..” Sarimah menepuk bahu Fawaz sebagai tanda sokongan.

Fawaz bangun dan segera berlalu.Sarimah memandang Uwais yang masih lena.Alahai anak aku,letih sangat kau ya Uwais? sampai dah tak sempat masuk ke bilik?

“Dah malam ke mak?” Uwais terpisat-pisat bangun.Dia nampak suasana dalam rumah sedikit gelap.

“Haah….dah maghrib pun..baru aja azan tadi” Selamba Sarimah angguk.

“Ya Allah!! kenapa mak tak kejutkan saya? Uwais melompat bangun.Lamanya aku tidur? sampaikan Asar pun terlepas?

“Dah kau tidur mengalahkan sleeping beauty tu kenapa? siap mengigau lagi..” Sarimah menahan tawa melihat gelagat Uwais yang mamai berjalan seketika sebelum duduk semula di sofa. “Hannah tak balik lagi ke mak?”

“Belum..”

“Belum? dah nak malam tak balik lagi?” Uwais mencari-cari handsetnya.Rupanya di atas sofa.Dia segera mencapainya dan mendail talian Hannah.

“Assalamualaikum…” terdengar suara isterinya itu.Aik? cepatnya jawab..takut aku merajuk ke? “Waalaikumussalam..sayang? dah nak malam ni..kenapa tak balik lagi?”

“Malam? eh…saya baru aja balik dari site,sekarang baru pukul 3.10 minit petang…malam apanya? abang ni buat trick nak suruh saya balik cepat ke?”

“Tapi mak cakap..”Uwais pandang maknya yang ketawa.Sarimah bangun dan mengambil handset di tangan Uwais.

“Mak saja kenakan dia Hannah…bukan apa,dia tidur sampai mengigaukan burger..mak

kejutkanlah..nak suruh dia bangun,mak cakaplah hari dah nak maghrib..itu yang cuak sangat dia telefon Hannah ni..maklum la,isteri kesayangan tak balik lagi..” Sarimah bercerita.Terdengar suara Hannah di talian.

“La..sampai macam tu sekali mak? nasib baiklah dia mengigaukan burger..jangan dia sebut nama perempuan lain sudahlah mak..”

“Jangan risaulah…bertuah mak ni angau dengan menantu mak ni aja..Hannah sibuk ya? teruslah kerja ya? Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam mak..”

“Mak! kenapa matikan talian tu? saya nak cakap dengan Hannah” Uwais terlongo bila handset diletakkan maknya di atas meja kopi.

“Tak payah mengada…isteri kau tengah sibuk dengan kerja.Daripada kau tidur,elok kau tolong mak angkat kain kat luar tu..hari macam nak hujan tu..gelap aja hah”

“Mak ni..tak sportinglah!” Uwais muncung panjang.

“Takde makne mak nak sporting dengan kau… dah,pergi angkat kain kat luar tu..lepas tu,kau tolong mak buat cucur udang sebab Mak Awa pergi rumah anak dia..”

“Asyik saya aja,Fawaz kan ada? mak suruhlah dia tolong”

“Ewah..bukan main lagi kau ya…nak tolong mak pun berkira? Fawaz tu tengah menghadapi saat kritikal kau tahu tak? jangan nak kacau dia…

“Kritikal apanya? entah-entah dia tengah tidur kat dalam bilik dia tu mak..”

“Sadap you! yang membuta siang hari tu kau..bukan dia..Fawaz tu tengah tulis surat..kau jangan banyak tanya..pergilah angkat kain..ambil bakul kat dapur”

“Shut up la mak…”

“Samalah tu..” Sarimah buat tak peduli.

“Putera kan ada? suruhlah Putera ke..Anis ke..Mastura ke..”

“Diorang tu pergi kelas tuisyen..Kau nak mak sidai kau macam kain kat ampai sana Uwais? pantang betul aku kalau kerja suka main tolak nama ni..”

“Ye la..Ye la…orang nak pergilah ni..” Uwais mahu berlalu,entah macamana kerana suasana agak gelap dia terlanggar dinding dan kepalanya sedikit terhantuk.

“Adoi!!” Uwais rasa dahinya sakit.

“Hah…kan dah kena,itulah…membantah lagi cakap mak..Allah tu kalau nak tunjuk..sekejap aja Uwais oi..”

“Sakitlah mak..” Uwais tayang muka simpati.Padahnya tak dengar cakap mak..

“Mari sini mak tengok? bertuah betul kau ni la..dinding pun kau boleh langgar..aku ingatkan Fawaz aja yang suka main redah ni..kau pun sama?” Sarimah mendekati Uwais selepas membuka lampu.Dibelek dahi anaknya itu.

“Benjol ke mak?” tanya Uwais.

“Kena jugak ke mak? kalau saya ambil MC boleh tak dapat perlepasan..”

“Kau nak tambah benjol kat dahi tu lagi ke?kau pilihlah nak penumbuk mak yang belah kiri ke kanan”

“Tak nak..tak nak…” Uwais menggeleng.Mak aku ni brutal macam mafia!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ ++

“Sakit sangat ke?”

“Mestilah…tengok ni,benjol besar ni…” wajah Uwais begitu bersungguh-sungguh.Sewaktu dia masuk saja ke dalam rumah,terus Uwais memberitahu yang dia terhantuk dan dahinya benjol. “Besar ke? apsal saya macam tak nampak aja benjol tu..” Hmmm…aku layan la jugak! dah faham sangat,sengaja nakkan perhatianlah tu…

Uwais mencapai tangan Hannah,kemudian diletakkan di dahinya. “Cuba sayang rasa dengan tangan…”

“Hmmm..haah..benjol la kan? tapi sikit aja kut…bukanlah cedera parah pun..” “Sayang ni memang tak prihatin la..” wajah Uwais cemberut.Hannah senyum comel.Ieee…macam budak-budak!

“Kau tak payahlah layan perangai mengada dia tu Hannah…masa Hannah belum balik tadi,elok aja dia tolong mak kat dapur,takde pun merengek sakit ke apa..” Sarimah meletakkan dulang berisi juadah minum petang.

“Memanglah tak..sebab mak bukan nak layan saya pun..mak lagi nak tambah benjol adalah”Uwais mencapai cucur udang.Digigit selepas membaca Bismillah.

“Memang pun,sakit tak seberapa..merengek aja yang lebih..sedarlah kau tu dah besar panjang…kalaulah esok dah jadi bapak orang,kau nak buat perangai macam ni lagi ke? mengalahkan budak tadika!”

“Dah tu,kalau dapat anak nanti saya dah tak boleh bermanja dengan Hannah la mak ya? kalau macam tu,sayang pregnant 3 atau 4 tahun lagilah” Uwais ketawa.Sengaja dia nak melihat riaksi maknya itu.Hannah yang sedang menuangi air teh ke dalam cawan mengerut dahi.Lamanya?? “3 atau 4 tahun lagi? err….biar betul abang ni..” Hannah merenung wajah mak mertuanya yang dah macam harimau kelaparan.

“Kau ingat aku ni muda lagi ke nak menunggu? esok lusa aku ni belum tahu lagi Uwais oi…” “Mak,saya bergurau aja…relekslah mak..belum setahun lagi kami ni kahwin..kalau ikutkan nak anak,saya dengan Hannah pun nak mak…soal anak ni bukan kerja kita mak..rezeki anak Allah yang bagi,takkanlah saya nak suka-suka aja suruh Hannah ni pregnant!..sayang,mengandung sekarang! takkanlah macam tu mak”

“Mak tahulah itu semua kerja Allah,tidaklah aku suruh Hannah ni mengandung serta merta..kau ingat mak ni bendul sangat ke? dah kau cakap nak tunggu 3 ke 4 tahun…mestilah aku hangin!!..” “Mak jangan risau..Hannah cakap dia sanggup beranakkan anak saya sampai cukup satu team bola sepak…nanti bolehlah mak bawa diorang pergi kebun ya?” Uwais pandang

Hannah.Hihihi…jangan marah ya sayang?

“Satu team bola sepak??” Hannah tersedak.Cepat-cepat Sarimah menghulurkan minuman.Bila pulak aku cakap macam tu?

“Kau ingat Hannah ni kilang ke sampai nak beranak banyak macam tu? mak ni pun berjaya keluarkan dua produk aja tau? itupun satu tak berapa nak berkualiti…”

“nak kata sayalah tu…” Uwais terasa hati.

“Kau yang cakap…mak tak cakap..” Sarimah senyum saja.Alah! merajuk pulak bertuah aku ni… “Apalah abang ni,ramai tu…nanti tak muat kura-kura abang tu nak hantar anak pergi sekolah…” “Abang belilah mini van sekolah…” balas Uwais.

“Ieeee….abang ajalah yang beranak ramai macam tu!” Hannah memukul lengan Uwais yang ketawa galak.

“Okeylah..kita rancang,4 orang..yang lelaki mesti handsome macam abang..dan yang perempuan cantik macam….

“Macam mak dialah kan?” Hannah pegang dagunya sambil senyum dan mengerdipkan mata. “Tak…macam nenek dialah…kan mak?” Uwais memang tak habis nak mengusik isterinya itu. “Ieeee…saja aja tau nak kenakan orang!!”

“Kalau tak sayang siapa lagi abang nak usik,mak? silap-silap dia sumbat mulut abang dengan cucur udang”

“Mak cik…Sya tak datang lagi ke?” Fawaz muncul di ruang tamu. “Belum…kalau datang,dah lama Mak Cik panggil”

“Dah petang ni, kenapa tak datang lagi?” Fawaz duduk dan mencapai kuih cucur udang yang terhidang.

“Sabarlah abang Fawaz…baru pukul 5.30 petang” Hannah kasihan pula melihat Fawaz yang ternanti-nanti kedatangan Batrisya.

“Sya pergi dating agaknya..”saja Uwais nak mengusik. “Kau tipu…mana kau tahu Sya pergi dating?”

“Saya tahulah…”

“Abang…tak payah nak usik dialah..”

“Okeylah,usik sikit pun nak marah…takut sangatlah Sya tu dah ada boyfriend..” “Dengki..kan mak cik?”

“Uwais memanglah…dia dengki sebab kau lagi handsome daripada dia..” “Ek elleh…saya lagi handsome la mak..tak percaya tanya Hannah..kan sayang?” “Dah kurang sikit sebab ada benjol kat dahi..”

“Maknanya akulah lagi handsome....”Fawaz ketawakan Uwais yang tayang muka tak puas hati.Handsome tapi sengal buat apa..huh!!

“Takpe..hari ni bagi kat abang Fawaz menang…nanti benjol ni hilang…sayalah yang lagi handsome..”

“Ya Allah..korang berdua ni memang betul-betul perasanlah…kuih cucur ni kalau boleh bercakap,x sanggup nak masuk dalam mulut korang tahu tak? syok sendiri! sampuk Sarimah.Asyik nak berebut aja kerjanya!

“Assalamualaikum!!!!” terdengar suara memberi salam.

“Hah!!! dengar tak? ada orang bagi salam kan? mesti tu Batrisya..takpe,takpe..teruskan makan ya? biar abang Fawaz yang buka pintu” Fawaz menawarkan diri dengan bangganya.

“Memang takde orang lain dah yang layak..Abang Fawaz kan ada degree jurusan penyambut tetamu,dengan segala hormatnya dipersilakan..”

“Blah la kau..dengki!” Fawaz tanpa berlengah terus ke muka pintu.Uwais masih mentertawakannya.

“Entah-entak orang Kemboja jual kain…” Hannah senyum saja bila Uwais meneka begitu.Tak baik betul! suka sangat usik abang Fawaz!

Suami yang Kubenci 52

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 156-160)

Garis besar

Dokumen terkait