• Tidak ada hasil yang ditemukan

Suami yang Kubenci 26 by E-man Sufi

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 69-73)

Mastura mencuit Putera yang sedang tekun menyiapkan kerja sekolahnya.

“What?” marah Putera. Daripada tadi lagi kakaknya itu asyik mencuit-cuit.Nak buat kerja sekolah pun tak senang…

“Syhhhh…perlahanlah sikit suara tu..” Bisik Mastura.

“Apa dia? Angah ni nak study ke nak berborak? nampak dek Along nanti,Putera jugak yang kena marah..”

“Nak cakap pasal Alonglah ni…” jawab Mastura.Matanya terarah pada Hannah yang duduk menonton TV di ruang tamu.Kalaulah boleh dikatakan menonton sedangkan siaran TV itu ditukar setiap 5 saat…

“Haah la, dari petang tadi lagi Putera nak tanya Angah..apasal kuku besi ni balik sini sorang-sorang ya? apasal Abang Long tak ikut?”

“Tau takpe…tengoklah tu,dari tadi dia asyik tekan remote control tu..macam nak lepas tension aja Angah tengok..”

“Tu la pasal Angah, kalaulah TV tu ada otak..dah lama gila…” Putera menahan tawa.Dia menutup mulutnya kerana takut tawanya meledak.Mastura senyum sahaja.

“Nasib baik Tuk Ayah takde,kalau tak dah lama kena soal siasat tu…” tambah Putera lagi. “Korang berdua ni study ke mengumpat? jangan ingat Along tak nampak yang korang tengah berborak kat meja tu…”

Putera dan Mastura terus menghadap buku bila suara Hannah kedengaran .

“Mana ada berborak Along…Putera tanya Angah pasal jawapan soalan latihan ni…” Ni la yang aku tak suka bila Along balik.Mesti kena paksa siapkan kerja sekolah,study..Tuk Ayah takde ni, baru bercadang nak pergi melepak kat luar…memang takde harapanlah!

Hannah merenung kedua adiknya dari jauh.Memang dia perasan kedua adiknya itu sejak di meja makan lagi asyik pandang-memandang, pelik agaknya kerana petang tadi dia balik

sendirian.Sampai Mak Awa pun bertanya, kenapa Uwais tak balik sama tapi dia malas nak jawab soalan itu.Didiamkan sahaja.Mujurlah Tuk Ayah takde,kalau tak mesti dia terpaksa mereka banyak alasan.

Hannah menutup TV.Bukan dia nak tengok pun,jarinya pun dah penat menekan alat kawalan jauh.Dia geram sebenarnya…sekarang dah hampir pukul 11 malam…usahkan satu

panggilan,satu sms pun Uwais tak hantar.Belum balik rumah lagi kut…

Hannah senyum sendirian,agak-agaknya macamanalah cara Uwais nak pujuk dia nanti..tapi nak ke dia pujuk aku? dia tu bukannya romantik pun..ajak dating pun dekat dusun..luahkan cinta pun dalam keadaan marah.. entah-entah dia buat tak tahu aja.. Mana Uwais ni? cepatlah datang pujuk aku..

“Angah, tengok tu…Along senyum sorang-sorang…ieee, biar betul Along ni, dah macam orang angau aja..” Putera mencuit Mastura pula.Keduanya memandang ke arah Hannah yang duduk di sofa sambil menopang dagu.Pandangannya entah ke arah mana mereka pun tak pasti.

“Haah la… macam berangan aja tu…hah, mesti dia teringat kat abang Uwais kut..” “Agaknya, Angah… orang kalau bercinta memang jadi macam tu?”

“Entah…manalah Angah tahu,bukan pernah bercinta pun..” “Tak pernah ke? kesiannya Angah, takkan takde yang usha kut…”

“Banyak…tapi semua poyo buat apa, lainlah yang minat Kat Angah tu handsome macam Abang Long tu..tapi kan, Angah peliklah..”

“Pasal apa?”

“Angah ingat lagi masa first time Along tu jumpa dengan Abang Long..Ya Allah, punyalah garang Along tu marah-marah kat Abang Long..lagi satu masa Angah bawa Along pergi makan kat gerai Abang Long..memang dasyat diorang tu bergaduh.. tak sangkalah pulak jadi suami isteri..kan?” “Dah nasib Abang Long agaknya..” Putera sekali lagi menutup mulutnya.Kali ni kalau Hannah sedar mereka berbual lagi mesti dia kena tarik telinga..Nasib baik dia tengah berangan. “Angah…”

“Ceritalah kat Putera pasal tragedy kat gerai burger tu..”

“Okey..okey…jap, kena survey dulu..nanti kantoi pulak” Mastura memandang Hannah yang masih melamun seperti tadi.

“Releklah angah,itu kurang-kurang 2 jam baru sedar tu… agaknya skang dia tengah menari keliling pokok dengan Abang Long..”

“Ceritanya macam ni….” Hannah Mastura membuka episode kedua riwayat cinta antara Hannah Maryam dan Uwais Ukashah…

++++++++++++++++++++++++++++

PERTEMUAN KEDUA HANNAH MARYAM DAN UWAIS UKASYAH.

“Cepatlah Along, nanti tak dapat meja pulak..malam -malam macam ni orang ramai lepak kat sini” Mastura menarik tangan Hannah yang seakan berat langkahnya.

“Mas… takde tempat lain ke nak makan? gerai burger macam ni…ieeee,tolonglah! “ Hannah masih berdiri di sisi meja. Mastura sudahpun menarik kerusi plastic dan duduk. Sebenarnya,dia mahu berjumpa dengan abang kepada Anis,pasal kes jatuh motosikal tempohari,dia rasa tak sedap hati kalau tak minta maaf.

“Duduklah Along.For my sake please? nanti lain kali kita pergilah tempat lain,kat sini burger dia pun okey apa…” pujuk Mastura. Hannah duduk juga.Kasihan pulak pada Mastura yang teringin nak makan burger.

“Ya cik? nak makan apa?” satu suara garau menyapa.Lelaki yang memakan apron itu

direnungnya.Macam kenal aja… dia memang yakin lelaki yang berjanggut sejemput itu pernah dia jumpa tapi di mana ya?

“Abang Uwais kan?” sapa Mastura.

“Ya saya…kita pernah jumpa ke? tanya Uwais.Wajah kedua gadis berambut panjang itu diteliti. “Saya Mastura,kawan Anis…hari tu yang masa balik sekolah, abang dengan Anis terbabas kat tepi jalan…kami minta maaf sangat pasal hal tu” mohon Mastura.

“OO…korang yang naik kereta Audi tu kan? baru ingat… harap-harap takdelah jadi kat orang lain pulak ya? entahkan nasihat entahkan menyindir,Mastura angguk juga.Dia perasan airmuka kakaknya yang duduk di sebelah itu sudah berubah.Janganlah diorang bergaduh lagi.

“Mas, takde kedai lain ke kau nak bawa Along hah? kedai mamat poyo motor cabuk ni jugak yang kau pergi…kalau Along tahu gerai buruk ni tempat kerja dia, tak nak Along datang sini..” Hannah seakan berbisik tapi Mastura agak,Uwais yang berdiri agak hampir itu pasti boleh dengar juga kutukan kakaknya itu.

“Ehem…. nak makan kat sini ke nak bungkus? Tanya Uwais. “Makan sini” jawab Mastura.

“Bungkus” jawab Hannah pula.Wajahnya mencuka.

Jawapan serentak itu buat Uwais keliru.Mastura tak mahu jadi salah faham lagi bila keadaan seperti makin tak kena.

“Makan kat sini aja bang..Burger keju special dua ya?” pesan Mastura.Uwais angguk. “Minum?”

“Along nak minum apa?”

Hannah geleng.Mastura senyum tawar pada Uwais.Ieee…Along ni tak habis-habis nak buat hal….menyesal pulak aku bawa datang sini..

“Milo Ais…dua..” hentam ajalah apa yang dia nak, memilih sangat!

15 minit kemudian, hidangan burger sampai di meja mereka.Namun begitu,Uwais hanya menyiapkan pesanan Mastura sahaja.Begitu juga dengan minuman.

“Satu lagi mana bang? tadi kan saya pesan dua …” tanya Mastura dengan senyuman dan suara yang ramah.Hannah pula merenung Uwais dah tahap nak telan.Apasal aku rasa macam penjual burger ni nak kenakan aku ya?

“Ramai pelangganlah dik,kejap lagi ya?” beritahu Uwais.Mukanya selamba sahaja.Dia terus pergi ke bahagian dapur.Hannah memandang sekeliling.Hanya ada dua tiga pelanggan aja.

“Sabarlah Along, dia kan kerja sorang aja malam ni..kawan-kawan Angah cakap,biasanya dia dengan kawan dia yang berniaga kat sini…”

“Peduli apa? kalau kita dah buat pesanan…pandai-pandailah nak bagi servis,nak makan burger kena tunggu sampai setengah jam ke? lembab!” marah Hannah.

Mereka masih menanti.Sudah melewati hampir 40 minit dan hidangan burger keju yang

diharapkan masih belum sampai.Mastura rasa makin resah.Apa tidaknya, bukan dia saja Hannah pun nampak Uwais sedang bermain gitar di bahagian belakang gerai.

“Kau tengok? pelanggan mana ada..kita aja yang tinggal kat gerai ni,mamat tu pun siap main gitar lagi…memang sah dia nak kenakan Along ni Mas..”

“Kejap Along…Mas panggil..”

“Abang Uwais!!!..”Mastura melambai pada Uwais.Lelaki itu bangun dan menghampiri. “Nak bayar ke dik?” wajah selamba itu bertanya.

“Errr..bukan, saya tak makan pun lagi…” “Lah,kenapa tak makan?”

“Abang Uwais lupa ke? tadi kan saya order dua set burger keju…tapi baru satu set yang sampai..”

“Dua?” Uwais mengerut dahi.

“Eh…tak payah nak buat lupalah! tadi kata ramai pelanggan..sekarang ni saya tengok,kami berdua aja kat sini…tapi awak pergi melalak kat belakang tu apasal? macam ni ke layan pelanggan..patutlah gerai macam tak laku!”

“Along…”Mastura mula tak selesa.

“Oi cik adik, gerai saya ni laku ke tak laku ke,suka hati sayalah? bukan saya paksa pun awak datang sini..pakaian macam nak pergi hotel lima bintang tapi makan kat gerai..”

“Ewah…mulut memang takde insurans ya? kalau bukan adik saya ni yang beriya-iya nak makan kat gerai buruk ni..saya pun takde seleralah! “

“Kalau macam tu baliklah..biar adik awak aja yang makan kat sini..sebab tu saya buatkan untuk dia aja, sebab burger saya pun tak nak lah masuk dalam perut orang sombong dan berlagak macam awak ni..”

“Errr…kejap-kejap..saya rasa ada salah faham sikit aja ni,pasal burger aja pun kan..” Mastura cuba menenangkan keadaan.

“Bukan pasal burger tapi pasal perangai kakak awak ni yang berlagak,dah la hari tu punya kes tak minta maaf,datang gerai orang boleh pulak mengutuk…”

“Hallo..dah memang gerai awak ni buruk dan low class..takde maknenya saya nak puji..” “Ieee…perempuan ni, kecik aja aku nampak..ada jugak yang kena sumbat mulut dengan botol sos ni karang”

“Apa awak cakap? nak sumbat mulut saya dengan botol sos? ingat mulut saya ni tong sampah ke?”

“Bukan ke? apasal mulut awak macam bau longkang aja?” “Sabar-sabar…jangan panaskan keadaan” sampuk Mastura.

Hannah makin bengang.Tak pernah lagi ada lelaki yang kurang ajar dengannya begitu.Tanpa berlengah,dia mencapai gelas minuman Milo Ais di depan Mastura dan disiram ke atas kepala Uwais..

“Memang dia ni dah panas pun…hah, nah…Mandi air milo ni..! suka hati aja cakap mulut orang bau longkang”

Uwais rasa kepalanya sejuk.Dia meraba rambutnya yang sudah basah dan melekit.Wajahnya pula sudah separuh bewarna coklat.Hannah senyum puas hati.

“Mas,jom kita balik..tak kuasa Along nak layan penjual burger ni…ieee…”Hannah sudah mahu berlalu.

“Nanti dulu!” jerit Uwais.Hannah yang sudah mahu pergi berpaling dan….

“Nah..krim muka awak tertinggal..” terdengar ketawa galak Uwais.Di tangan lelaki itu ada botol bewarna hijau. Apa tidaknya, muka Hannah sudah pun dipercikkan dengan mayonis.Dah macam kek yang bersalut krim putar.Mastura menutup mulut.Astaghfirullah…. apa dah jadi dengan diorang ni?

“What’s the hell is this? Mastura…. tengok ni,rosak muka Along..” jerit Hannah. “Padan Muka! ingat kau cantik sangat?”

“You…idiot!!!” Hannah mengambil pinggan burger. Dia memang terlalu marah saat itu.Mastura pula terkaku kerana dia terlalu terkejut dengan peperangan yang berlaku di depannya.

PAP! tepat dilenyek ke muka Uwais yang tadi ketawa tak berhenti.Tak puas dengan

itu.Ditenyehnya burger itu hingga hancur dan Uwais tak mampu berbuat apa-apa kerana matanya sudah pedih terkena sos.

“Woi!!! apa ni? pedihlah! Uwais menyapu mukanya yang dipenuhi dengan sos dan sisa keju.. “Mastura! cepat lari lah!!” Hannah menarik tangan Mastura dan segera meninggalkan gerai itu..Sempat pula dia melarikan sekotak tisu untuk dibersihkan wajahnya nanti.

“Abang Uwais?”

“Lantaklah mamat tu,peduli apa!” ++++++++++++++++++++++++

“Amboi….meriahnya ketawa,korang bercerita apa sampai suka sangat tu Putera?

Putera yang terbahak ketawa mendengar cerita Mastura tadi terdiam.Dia perlahan-lahan menarik bukunya.Mastura memberi isyarat senyap pada Putera. Mereka hampir tak sedar yang Hannah masih berada di ruang tamu.

Hannah mengerut dahi.Apalah yang diketawakan Putera tadi? macam tak ingat dunia…kacau daun aja..nak berangan pun tak senang.Hannah melihat jam di dinding.Dah pukul 12.10 pagi? Blackberrynya berbunyi dan tertera nama “Penjual Burger”.

“Arrgghhhhhh” dia menjerit dan melompat bangun dari sofa.Akhirnya dia call jugak!! Terkejut Putera dan Mastura.Apahal Along sampai macam tu sekali gembiranya? detik hati

keduanya.Mereka saling berpandangan.Mastura menggeleng bila Putera menghantar isyarat “kenapa?”

Hannah kembali duduk bila sedar adik-adiknya memerhati.Dia menyimpan rasa terujanya tadi. “Takde apa-apalah..korang pergi tidurlah! dah lewat ni,esok kan sekolah? saja nak cover lepas lakunya tadi.Nanti apa pulak adik-adiknya fikir.

“Along tak suruh pun..”jawab Putera.

“Banyak bunyilah budak ni,dah..pergi tidur..” Arahnya.

“Blackberry Along tu berbunyi,kenapa tak jawab?” soal Putera.Mastura sudah pun masuk ke biliknya kerana sudah mula rasa mengantuk.

“Sibuk ajalah Putera ni..pergi tidurlah..”

Putera mencebir.Entah apa-apa Along ni, dapat call menjerit tak ingat dunia tapi tak nak jawab…sihat ke tidak Along aku ni?

Suami yang Kubenci 27

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 69-73)

Garis besar

Dokumen terkait