Uwais memerhatikan Hannah yang sedang leka di depan cermin.Hari tu dia dan Ahli keluarganya akan pergi meraikan majlis Karnival Ilmu di sekolah.Dah hampir pukul 8.00 pagi. Dia perlu bawa Hannah ke sekolah segera memandangkan isterinya itu adalah perasmi majlis.Tapi dari tadi sayang aku ni masih tak siap-siap lagi.Takpelah..sekolah bukan jauh sangat pun..Majlis pun mula pukul 8.30 pagi.Masih ada masa.
“Sayang….” “Ya..”
“Ke sini sekejap…”
Hannah yang barus selesai memakai tudung menghampiri Uwais yang duduk di birai katil.Wajah Uwais senyum saja.
“Ada apa sayang…senyum lain macam aja ni?” “Lain macam?”
“Iyalah…selalu tu kan,saya boleh agak senyum abang…senyum nakal,senyum mengada,senyum handsome tapi yang ni…abang senyum macam ada dengan pandangan tajam macam tu..nak kata marah orangnya senyum..cakaplah,abang nak beritahu apa?
“Macam tu ya? tak tahu pulak abang yang sayang selalu nilai senyuman abang ni..”Uwais mencuit hidung Hannah.Dia kemudian mengeluarkan sesuatu dari dalam laci.
“Abang nak bagi ni…dah lama abang nak bagi..tapi masa kita belum berbaik dulu,abang segan nak bagi..maklumlah,jumlahnya tak banyak mana..”
Hannah membuka sampul surat coklat itu.Terdapat sejumlah wang di dalamnya. “Duit?” Hannah renung wajah Uwais.Pandangan Uwais yang tenang itu menyentuh jiwanya.Uwais meraih jemari Hannah dan diciumnya kejap.
“Ini nafkah yang patut abang bagi pada isteri abang.Memang tak banyak tapi duit ni hasil titik peluh abang selama ni.Abang tahu,Hannah ada duit sendiri…lebih daripada apa yang abang ada.Kalau sayang tak nak guna pun,simpanlah.. mana tahu,ada perlunya satu hari nanti..” “Terima Kasih abang…Buat apalah susah-susah sangat..saya tak minta semua ni.Ada abang yang sayangkan saya pun dah cukup..” Hannah memegang wajah Uwais .Alahai suamiku
sayang…janganlah buat aku tersentuh pagi-pagi ni..tak pasal-pasal rosak make up aku ni karang! “abang hanya jalankan tanggungjawab abang sebagai suami.Abang minta maaf kalau abang tak dapat nak bawa sayang pergi shopping tiap-tiap bulan,tak dapat bawa pergi melancong ke luar negara macamana suami orang lain..abang kahwin dengan sayang pun macam express aja kan? tak kira bagaimana situasi yang dah kita lalui..abang nak sayang tahu,sebagai suami..abang tulus sayangkan Hannah..abang akan berusaha bahagiakan sayang dan bakal anak-anak
kita..sekalipun satu masa nanti antara kita akan ada yang pergi dulu menemui Allah..abang nak Hannah Maryam kekal sebagai apa yang abang lihat sekarang ni.Abang bahagia sayang..kalau dulu mungkin ada sedikit rasa kecewa bila tak dipedulikan tapi hari ni.Demi Allah sayang, abang rela jadi suami yang dibenci andai inilah kemanisan yang Allah berikan berkat dari kesabaran tu..abang dapat isteri yang baik,penyayang,yang baik budi pekertinya..Abang yakin,Hannah Maryam akan jadi ibu yang baik pada anak-anak abang nanti”
Hannah yang tadi cuba menahan rasa sebak dihatinya menangis juga.Beberapa titis airmatanya jatuh di atas jemari Uwais yang masih menggenggam tangannya.
“Abang janganlah cakap lagi..tolonglah,kalau abang teruskan lagi..saya meraung kat sini” Hannah menyeka airmatanya.
“Eh,kenapa sayang menangis ni? Uwais kaget.Dah kenapa pulak dia menangis ni…aku silap cakap ke?
“Macamana tak menangis…abang tu! pagi-pagi lagi dah buat hati saya tersentuh..”
“Abang cakap apa yang abang rasa aja,manalah abang tahu kalau sayang nak menangis macam ni..tengok,dah rosak make up tu..maskara pun dah bercampur dengan airmata ni..dah macam lady gaga dah hah..”Uwais sengeh.
“Lain kali kalau nak buat saya tersentuh ,janganlah bila saya dah bersiap cantik-cantik macam ni..tengok,kan dah kena ambil masa lagi..”Hannah menampar perlahan pipi Uwais.Seperti biasa
Uwais hanya akan ketawa sahaja.Suka buat aku ketawa dan menangis…akulah yang sepatutnya bersyukur dapat dia sebagai suami.
“ hah? kena touch up balik ke? alah..dah lambat la sayang..tak kira macamana pun,sayang dah cantik..abang tetap sayang kalau tak cantik pun” Uwais menghela nafas bila Hannah sudah kembali membelek wajahnya di cermin.Adoilah! kenapalah orang perempuan macam ni..tak boleh dipisahkan dengan cermin!
“salah siapa? suka tau buat orang nangis! hari ni saya perasmi,mestilah saya kena nampak elegan..isteri siapa kan..saya isteri Cikgu Uwais Ukasyah tau..” Hannah bercakap dengannya melalui pandangan cermin.
“tau..abanglah tu” Uwais ketawa kecil.Dia bangun dan mengambil kunci keretanya di atas rak buku.
“Hari ni,abang kena menang banyak hadiah untuk saya…menang semua permainan,kalau boleh saya nak teddy bear besar yang syarikat saya taja tu..”
“Iya…nak penuh satu kura-kura abang tu pun takpe..” Syarikat dia yang taja pun dia nak jugak? tengok cenderahati teddy bear penuh kat bilik guru hari tu pun dah aku agak penajanya
siapa..Hannah Maryamlah! lepas tu takde lain,dia guna benda tu untuk main baling-baling dengan aku kan?
“Kita pergi naik kura-kura tu ke?” tanya Hannah.
“Kenapa? masih lagi tak sudi nak naik kereta tak cantik abang tu?”
“Sudilah….tapi kalau rosak tepi jalan,abang jangan nak suruh saya tolak pulak” Hanya tawa Uwais yang kedengaran.Aku tahulah kereta aku tu dah uzur…
“Nanti kalau abang dah cukup duit,abang belilah kereta baru tapi kereta buatan Malaysia ajalah” “Abang terasa ke? saya bergurau ajalah..”
“Taklah..cepatlah sayang..abang tunggu kat luar ya?” Uwais mendekati Hannah. “Boleh cium pipi tak ni? nanti tanggal plak make up tu..” usik Uwais.
Hannah pula ketawa.Dia angguk dan membiarkan Uwais mencium pipinya sebelum keluar.
++++++++++++++++++++++++++++++
Batrisya mengeluarkan kotak yang berisi beberapa barangan cenderahati.Beberapa orang pelajar perempuan mengerumuninya untuk membantu.
“Tolong hantar kotak ni ke dewan ya? serahkan pada Cikgu Aina…” “Baik cikgu..eh! cikgu…ada surat cikgu jatuh ni..”
salah seorang anak muridnya mengambil surat itu dan diberikan padanya.Surat? Batrisya merenung surat di tangannya itu.Ya Allah…inikan surat abang Fawaz bagi beberapa hari lepas.Macamana aku boleh lupa nak buka? Batrisya baru teringatkan sampul surat biru yang diberika Abang Fawaz padanya.Sibuk dengan urusan karnival dia terlupakan surat yang diletakkan dalam kotak tempohari.
Batrisya memerhatikan suasana perkarangan yang dipenuhi dengan khemah-khemah panitia dan beberapa gerai.Dia terpandangkan tapak gerai burger milik Uwais.Hanya ada Putera dan
beberapa pelajar di situ.Dia tahu yang Putera ,Mastura dan Anis serta beberapa teman mereka itu akan berniaga di tapak itu menggantikan Uwais yang tentu lebih sibuk menguruskan majlis itu nanti.Ramai pelajar dan ibu bapa masing-masing sudah mula hadir ke tapak karnival.Rata-ratanya masih berlegar-legar melihat khemah-khemah yang terdapat pameran dan pelbagai acara permainan yang masih belum dimulakan sehingga perasmian diadakan.Ada juga yang terus masuk ke dewan.
Surat di tangan terus dibuka.Dahinya berkerut bila melihat bukanlah kad jemputan perkahwinan tapi sekeping kertas yang berupa karangan surat yang dia pun tak tau nak katagorikan surat kiriman rasmi atau tak rasmi! takde format!
“Surat apa pulaklah yang abang Fawaz ni beri?” Batrisya membuka lipatan surat
itu.Uikss…wanginya bau? Dia lihat ada sedikit debu putih yang jatuh dari lipatan itu.Bedak? ai…abang Fawaz ni biar betul! takkan dia beri aku surat cinta?
cantik sedikit daripada tulisan doktor yang susah nak dibaca.Ini tulisan abang Fawaz ke? Alahai… dah macam tulisan budak sekolah rendah aja!
Lantas surat itu dibaca. Zupp!!! Batrisya seperti tak percaya dengan apa yang dibaca!
Assalamualaikum buat ciptaan Allah yang terindah…..
Batrisya Sufiyyah,menyebut nama sahaja sudah buat jantung ini berdegup luar biasa pantasnya.Sebelum coretan ini abang panjangkan.Terlebih dahulu abang memohon maaf andai apa yang akan Sya baca nanti diluar jangkaan.Sungguh Batrisya! abang tidak berniat untuk mengguris perasaan mahupun melahirkan rasa kurang senang dihati.
Sya…ini kali pertama abang menulis surat kepada seorang perempuan.Apatah lagi abang memang tak pandai nak menyusun kata mahupun berpuitis mengarang ayat berbunga-bunga.Ini pun abang dah rasa cukup malu dan abang rasa Sya tentu ketawakan abang…
Batrisya berhenti membaca.Memang dia ketawa kecil membaca surat itu.Sudahlah tulisannya terlalu comel.Ayatnya pun terlalu berterus terang!. Seketika dia memandang sekeliling.Nasib baik takde student aku yang perasan aku ketawa sorang kat tepi kereta ni.Dia menyambung semula bacaan.
Batrisya, sebenarnya ada sesuatu yang abang mahu luahkan pada Sya.Sesuatu yang tak mudah untuk abang luahkan dengan kata-kata sehingga abang memutuskan untuk menulis surat yang panjang berjela ni…errr…minta maaf kalau ambil masa yang lama untuk baca ya!
Sebenarnya… abang cintakan Sya!! sejak kali pertama Sya tolong selamatkan abang dari binatang drakula di tali air tu..Sya ingat tak?? mungkin Sya tak percaya tapi inilah
hakikatnya.Abang jatuh cinta pada Sya pada pandangan pertama…kalau Sya tanya apa sebabnya…Abang takde jawapan! Cinta tu hadir macam tu aja…
Abang sedar…abang ni tak layak untuk perempuan sebaik Sya..Antara kita bagai langit dengan bumi..macam Beauty and The Beast walaupun hakikatnya abang ni
handsome.Mungkin,abang tidak ada ciri-ciri lelaki idaman Sya tapi percayalah Sya.Kejahilan abang adalah sesuatu yang amat abang kesalkan.. Allah itu Maha Pengampun terhadap segala dosa setiap hambanya…kenapa tidak Sya juga memberi peluang kepada abang untuk abang buktikan abang juga boleh jadi suami yang baik? bolehlah Sya…please!
Kalau Sya sudi…abang akan masuk meminang secepat yang mungkin! Kalau suruh jumpa ayah Sya sendiri pun abang sanggup…bolehlah ya sayang?? abang tunggu jawapan Sya… Tulus dari hati bakal suami Sya..
Fawaz Aiman
Sayang? hai…belum aku kata setuju dah nak panggil aku macam tu?siap tulis bakal suami pulak tu… Abang Fawaz ni, patutlah dia beriya sangat nak buat baju Melayu…err…maksudnya aku ke perempuan yang dia nak kahwin tu? Aku jadi isteri abang Fawaz tu…alahai…apsal aku rasa berdebar aja ni? terharu pulak tu..dalam banyak-banyak surat cinta..ini surat cinta yang paling comel aku baca..nak bagi jawapan apa? malulah pulak,sukalah jugak Abang Fawaz tu..walaupun kadang-kadang nampak pelik aja kan? tapi…bukan dia tinggal kat Dubai ke? aku tak nak tinggal sana…aku nak kerja jadi cikgu,nak duduk kat Malaysia!
“Cikgu Batrisya….Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam..Cikgu Bakri!” Batrisya terkejut bila Pengetua sekolah muncul di depannya. “Jauh menung cikgu? Puas saya cari mana pengarah program..di sini rupanya ya?”
“Err…maaflah Cikgu Bakri,saya tak perasan..” wajahnya memerah.Tak pasal-pasal kena sindir pagi-pagi lagi..
“Bukan apa,dah pukul 8.20 ni…mana perasminya? cikgu Uwais pun tak nampak lagi ni.. kata isterinya dah setuju nak jadi perasmi? “
“Err..ada cikgu..sabarlah ya..hah tu pun kereta Cikgu Uwais..panjang umur..”Batrisya rasa lega.Nasib baiklah tak kantoi dengan Pengetua yang aku tengah baca surat cinta tadi.Cepat-cepat dia menyimpan surat di dalam kereta.
“Apa lagi..marilah kita sambut perasmi kita tu…panggil kumpulan kompang dan Student yang bertugas bawa bunga manggar..”Arah Pengetua bermisai lebat itu.
“Iya Cikgu…sekarang juga saya panggil” Amboi Pengetua ni,dah macam nak sambut pengantin pulak! idea dialah tu nak berkompang bagai..nak mengampu cucu Pengerusi PIBG ke?
Batrisya mahu segera memanggil kumpulan kompang sekolah.Dari jauh lagi dia sudah nampak kereta Mercedes diparkir di sebelah Mini Cooper Uwais. Muncul kelibat Fawaz yang keluar dari perut kereta bersama Mak Cik Sari.Abang Fawaz? dia rasa gementarnya makin bertambah.Mana nak uruskan majlis lagi.Nak berdepan dengan abang Fawaz lagi..jangan aku pengsan sebelum karnival bermula sudahlah!