• Tidak ada hasil yang ditemukan

Suami yang Kubenci 57 by E-man Sufi

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 182-185)

Pagi itu “penyakit” Uwais makin teruk sampaikan Hannah terpaksa mengambil cuti.Sebaik sahaja bangun Uwais dah muntah-muntah dalam bilik air.Hannah rasa tak sedap hati pula.Apa dah jadi dengan Uwais? dia bimbang kalau-kalau Uwais keracunan makanan.Lepas solat Subuh pun Uwais masih juga berulang alik ke bilik air.

“Abang…kita pergi klinik ya?” Hannah menggosok belakang Uwais.

“Tak payahlah…bukan abang sakit pun,Cuma rasa nak muntah aja..”Uwais membasuh mukanya. “Abang pening lagi ke?” tanya Hannah.

“Hmm..peninglah jugak.Eh, sayang tak payahlah ambil cuti..pergilah kerja..abang bukan apa-apa pun..masuk angin aja ni..malam tadi kan abang tak makan..”

“Itulah…orang suruh makan tak nak makan..” “Dah takde selera nak buat macamana..”

“Abang cepatlah mandi..lepas tu boleh sarapan..Saya ke dapur,tolong mak ya? Hannah mengusap pipi Uwais yang kelihatan tak bermaya.Uwais angguk saja.

“muntah lagi Uwais tu Hannah?” tanya Sarimah sebaik sahaja dia nampak Hannah keluar dari bilik air.

“Macam semalam jugak mak..” Hannah kelihatan risau.Dia menghampiri mak mertuanya yang sedang menggoreng jemput-jemput.

“Saya risaulah mak…sebelum ni tak pernah pun abang macam tu..”

“Tak payah risau…bukannya penyakit kronik pun..itu penyakit buatan dia sendiri” jawab Sarimah bersahaja.Hannah kerut dahi.Penyakit buatan sendiri? tak fahamlah!

“Sebelum ni abang dah memang ada penyakit macam tu ke mak?” tanya Hannah.Manalah tahu,selama ni dia yang tak perasan dan Uwais pun tak nak beritahu.

“Mak nak tanya Hannah ni… bulan ni, ada lewat datang ke?”

“Lewat datang? mak…saya ni jarang datang lewat ke pejabat mak..seingat saya,bulan ni tak pernah lagi lewat..hari ni pun saya cuti sebab abang tak sihat..”

Sarimah menggeleng.Luruslah pulak jawapannya.Menantu aku ni tak reti kias berkias gamaknya.Maklumlah orang belajar sampai ke luar negara!

“Tapi mak..apa pulak kena-mengena saya datang lambat ke tidak dengan sakit abang tu mak?” Hannah pandang wajah mertuanya yang seperti ingin ketawa.

“Kau ni Hannah…susah betul nak faham.Maksud mak…bukan datang ke pejabat kau tu…maksud mak…datang bulan! orang putih kata apa tu? period? hah..”

“La..mak nak tanya tu ke? Hannah ketawa.Dia berfikir seketika.Memang dah sebulan dia lewat datang period..tapi dia agak mungkin disebabkan perubahan kitaran.Jadi dia taklah ambil peduli sangat..tapi,bulan ni masih belum ada tanda-tanda yang dia akan period..

“Bulan lepas tak period mak..bulan ni pun belum lagi..kenapa mak?” “Hah!! mak dah agak dah…”

“Agak apa mak?”

“Mak rasa..yang kau ni..dah berisi..”

“Hah?? err…mak nampak saya ni dah makin gemuk ke?” Hannah tayang muka terkejut.Alamak!! aku tak perasanlah pulak badan aku dah naik..tapi aku rasa macam biasa aja? Ish…kalau ikutkan sejak dua menjak..memang selera makan bertambah!

“Bukan itulah….kau ni payah betul la nak faham..maksud mak..kau ni dah mengandung!!” beritahu Sarimah.Suaranya agak kuat hingga Uwais yang baru keluar dari bilik air

mendengarnya.

“Hah?? Hannah kaget.Siapa? aku mengandung? dia seperti tak percaya tapi..ada logiknya juga! “Siapa mengandung mak? tanya Uwais.Dia menggosok rambutnya yang basah dengan tuala. “Mak Cuma rasa…kalau betul nak tahu kesahihannya,elok kau bawa Hannah ni pergi klinik..tak pun,mak boleh panggilkan Usu Jarah..bidan kampung ni..”

“Maksud mak..Hannah mengandung? “Uwais kelihatan teruja. “Iyalah…dah kau tu muntah-muntah aja kerjanya..”

dialah..” Uwais garu kepala.Pelik!

“Apa nak hairan,bukan perkara luar biasa pun..masa mak dulu,arwah ayah kau tu macam ni la alahannya..”

“Errr…macam tu pun boleh ke? kalau betul Hannah ni mengandungkan anak saya mak..alahan teruk macamana pun saya sanggup mak..” Uwais senyum.Dia menarik tangan Hannah.

“Nak ke mana pulak tu?” tanya Sarimah.

“Nak bawa isteri saya pergi kliniklah mak..tak sabar dah ni!” “Kut ya pun..sarapanlah dulu..pagi lagi ni..tak larilah klinik tu..”

“Sarapan ajalah kat mana-mana nanti..” Uwais dengan selamba mencempung tubuh Hannah. “Abang!! apa ni..”

“Abang risaulah..rumah mak ni tinggi..ada banyak tangga..manalah tahu kalau-kalau sayang tersalah langkah..terjatuh pulak nanti..” Uwais mendukung tubuh Hannah dengan aturan langkah berhati-hati sampai ke bilik dan diletakkan Hannah di atas katil.

“Abang….belum ada apa-apa pengesahan lagilah…mak Cuma agak aja..kalau tak macamana? saya tak naklah abang berharap sangat”

“Takpelah…kita pergi klinik ya?” mata Uwais seakan bersinar.Hannah angguk dan mencuit hidung Uwais.

“Abang dah tak sabar nak jadi ayah ya?”

“Mestilah…. “Uwais ketawa.Wajahnya kelihatan ceria.Hannah gusar juga,kalau semuanya hanya harapan sahaja.Dia tak mahu Uwais kecewa nanti..Ya Allah! jadikanlah harapan suamiku ni sebagai kenyataan..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Dah siap ke?” Hannah sekadar memerhatikan Uwais yang sedang menulis sesuatu pada kertas. “Belum…sikit lagi..” Uwais pandang Hannah yang sudah tersandar di sofa.Sebaik saja balik dari klinik dan mendapat pengesahan doktor yang dia hamil,terus saja Uwais bawa dia balik ke Bukit Istana.Lepas tu disuruhnya pula Abang Din menghantar mak mertuanya ke rumah mereka. “Banyaknya abang tulis..sampai tiga helai tu…” Hannah menggeleng.Apalah agaknya larangan yang perlu dia ikut sampai banyak tu.

“Layan ajalah Hannah oi…orang tengah gembira sangat katakan” Sarimah bersuara ketika dia melewati ruang tamu untuk ke dapur.Uwais…Uwais…suka sangatlah nak jadi ayah..aku pun suka! tak lama lagi dapatlah aku timang cucu.

“Okey…dah!!” Uwais pegang kertas di tangannya.

“Sayang dengar ni…bukan dengar aja,kena ikut tau! jangan pandai-pandai nak melanggar arahan abang..”

“Iya sayang…sejak balik tadi..abang tak berhenti cakap benda yang sama..cakaplah! apa dia undang-undang baru yang saya kena ikut tu?”

“Banyak ni..eemmm..yang pertama! tak dibenarkan turun naik tangga..” “Kalau lif kat pejabat rosak macamana?”

“Tak payah kerja!..hah,mulai hari esok..abang yang akan hantar dan temankan sayang ke pejabat..lagipun,sekarang ni abang memang tak kerja waktu siang kan..”

“Hai…dah nak jadi PA pulak ke?” Hannah cubit pipi Uwais.

“Tak kisahlah nak jadi apapun..yang penting,anak dan isteri abang ni sihat sejahtera..”Uwais ketawa.Dia tengok balik kertas di tangan.

“Lagi…sayang dah tak payah memasak atau buat sebarang kerja rumah..semua tu,biar abang yang buat! sayang Cuma rehat aja..kerja di pejabat tu pun abang nak dikurangkan terutama yang melibatkan kerja luar..sebarang tekanan kerja tak dibenarkan”

“Amboi…dah macam dia pulak CEO..” Hannah bersandar di bahu Uwais.Dipaut lengan Uwais seeratnya.Allah saja yang tahu betapa dia gembira kerana dia bakal melahirkan anak untuk lelaki yang paling disayanginya itu.Buat ajalah apa-apa larangan sekalipun sayang…dengan rela hati isteri abang ni akan ikut.

“okey…seterusnya…mesti makan makanan yang berkhasiat..ikut jadual pemakanan yang betul tau! lagipun,sayang bukan kena alahan apa-apapun kan..semua abang yang

tanggung..kan..kan..”

“Kalau saya mengidam macamana? abang sanggup carikan?”

“Sanggup sayang..nak makan apapun boleh asalkan halal..maklumlah,abang tak naklah anak abang makan benda yang bukan-bukan..”

“Okey…lagi apa sayang…”Hmmm…aku tengok panjang lagi senarai tu..dia sendiri pun tak boleh ingat aku rasa.

“Mesti selalu baca Quran..terutama sekali surah Luqman..sebab abang nak anak abang jadi anak yang taat dan pandai..Surah Yusuf supaya anak kita rupanya sempurna dan cukup sifatnya ..lagi surah Muhammad..insyaAllah..anak kita mudah dibentuk akhlaknya nanti ,taklah nakal macam ayah dia ni kan…abang dah senaraikan surah-surah yang perlu kita bacakan untuk anak kita dengar..” Uwais senyum.Aku nakal ke? dengan mamanya aja..heheh.

“Err..tapi abang..saya tak berapa pandai mengajilah…”Hannah tayang muka kecewa.Itulah! dulu malas mengaji kan? sekarang siapa yang susah?”

“Abang tahu…jangan risau,nanti kita baca sama-sama..lagipun,setiap kali sayang nak tidur..abang akan bacakan kat telinga sayang ya?”

“Alahai..sweetnya suami Hannah Maryam ni..semua benda dia dah fikirkan untuk anak dia ni..”Hannah cium pipi Uwais.

“Mestilah…sebab abang sayang isteri abang dan anak abang dalam ni..Uwais sentuh perut Hannah.

“Nama untuk anak kita macamana?”

“Alah..yang tu belum tersenarailah..takpe..banyak masa lagi nak cari..”Uwais ketawa lagi.Hannah seronok melihat gelagat Uwais itu.Dia harap kalau anak lelaki,tentulah mempunyai senyuman memikat seperti ayahnya!

“Lagi…apa lagi yang abang tulis?”

“Emm..kejap..”Uwais rasa tekaknya meloya seperti pagi tadi. “Kenapa?” Hannah kerut dahi.

“Abang rasa….nak muntah!!” Uwais segera bangun dan berlari ke dapur.Hannah hanya mampu memerhati.Alahai..kesian pujaan hati aku ni…nasib baik juga kan? kalau tak..akulah yang terpaksa berlari macam tu!!

Suami yang Kubenci 58

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 182-185)

Garis besar

Dokumen terkait