Hannah melirik jam di atas meja tepi katil.Dah nak pukul 11 malam? hmmm..pujaan hati aku ni tak reti-reti nak balik ke?
Tanpa berlengah dia mencapai Blackberrynya yang diletakkan berdekatan jam.Dah banyak kali sebenarnya dia mendail nombor talian handset Uwais tapi tak berjawab.SMS pun tak
berbalas.Uiks..memang sah dia nak lancarkan perang dingin ni!
“Ieee… tak nak jawab ke?” Hannah menahan geram.Agaknya macam tu la perasaan Uwais bila dia tak jawab call siang tadi.Orang dah menyesal la nih..cepatlah jawab!
Hannah kecewa bila Uwais tetap tidak menjawab panggilannya.Okey! cuba SMS lagilah! Hannah segera menaip SMS untuk dihantar pada Uwais.
Syg x nk balik lg ke??
dh lewat ni,esok kn nk kn pg skolah?
Hannah berfikir seketika.Macam ni boleh kut..tapi,aku rasa mesti dia nak aku minta maaf kan? yang tu boleh buat bila dia balik nanti,yang penting mesti minta dia balik dulu..
Hantar menghantar sms itu.Lama dia menanti balasan..seminit..dua minit…lima minit..Argghh!! betul la penantian itu satu penyiksaan!! patutlah dia marah sangat!
Hannah merenung Blackberry sambil berdoa dan berharap aka nada balasannya nanti.Irama lagu pujaan hati kedengaran.
“Arghh!!!” jerit Hannah bila tertera perkataan “ 1 message received”.Dengan penuh teruja dia membuka kotak inbox tapi wajahnya yang ceria bertukar kelat bila membaca SMS itu.. NOMBOR TELEFON ANDA TELAH BERJAYA MEMENANGI
WANG TUNAI 10 000 RINGGIT
SILA HUBUNGI +60123456789 SKRG!!
Waaaa…… aku rasa macam nak tembak orang yang hantar mesej macam ni!! aku dah cukup duitlah nak hidup..aku tak nak duitlah!! aku nak pujaan hati aku..Uwais Ukasyah!!!
Hannah mencapai teddy bear di sebelahnya.Disebabkan dia sedang mengalami tekanan rindu tahap kronik seperti kebiasaannya dia akan melemparkan anak patung beruang itu ke arah pintu untuk melegakan hatinya.
“Lain kali ..kalau orang call jawablah!!” Marahnya sambil membaling teddy bear itu ke arah pintu.Kan bagus kalau Uwais muncul disebalik pintu itu seperti kebetulan sebelum ini.Mesti dia akan ketawa bila anak patung itu tepat mengenai Uwais.Lama Hannah memandang pintu yang tertutup rapat itu.Sayangnya,tiada Uwaisnya yang muncul walaupun dia terlalu berharap. Sekali lagi Blackberrynya berbunyi nada dering lagu pujaan hati.Dia tidak teruja seperti tadi, entah SMS apa pulak kali ni..Lambat-lambat dibuka inbox tapi bila tertera nama Pujaan Hati dia tanpa berlengah membacanya.
X tau blk pukul brp..
abg busy! syg tidolah dulu..:P
Ewah…siap jelir lidah tu! memang sengaja ni..entah-entah takde pelanggan pun! mesti balas balik ni..tak kira! abang mesti balik jugak sekarang!
Kn ada abg Wahab? klu susah sgt, tutup aja awal mlm ni.. Sy x boleh tido klu abg xde..;) plz…plz..plz..
Hannah senyum.SMS segera dihantar.Kurang 1 minit sudah ada balasan. Mn boleh tutup suka hati..kesian la planggan abg..
Ish!! tak percaya pulak dia..tak suka! tak suka! tak suka!..mesti buat tektik drastik nih..idea! idea! idea! Hannah bangun dari katil dan kemudian keluar dari bilik.Dia lihat adik-adiknya sedang mengulangkaji pelajaran diruang tamu.
“Anis! mak mana?”
“Mak dah tidurlah kak…kenapa?” tanya Anis yang sedang berbincang sesuatu dengan Mastura. “Emm..takde apa..macam ni,kalau abang Uwais Call nanti…korang jangan jawab tau?”
“Kenapa Along?” tanya Putera.
“Jangan banyak tanyalah..nanti Along bagi duit 50 ringgit sorang..syaratnya,jangan jawab call,faham?”
“Uiks..buat kerja senang macam tu pun boleh dapat 50 ke?” “Nak ke tak nak?”
“Mestilah nak…lagipun handset kitorang dalam bilik la Along” sampuk Mastura sambil ketawa.Apalah rancangan Along agaknya.Ikut ajalah!
“Sekarang Along nak korang bertiga masuk tidur,kalau nak study..buat dalam bilik..?”Arahnya. “Boleh tidur awal la ni?” Tanya Putera.Biasa tu pukul 12 malam baru Along izinkan masuk tidur.. “Iya…lagi satu,esok..kalau Abang Uwais tanya sesuatu yang dia nak korang pastikan betul ke tidak..korang iyakan aja..faham?”
“Iyakan apa Along? yang tu tak berapa nak faham”
“Tak payah susah-susah..korang cakap iya aja..nak duit ke tak..” “Nak..nak..”Putera angguk.Hannah kembali ke biliknya.
“Okey..now what?” Dia berfikir seketika.Kemudian menaip SMS baru untuk membalas mesej Uwais tadi.
kejap lg sy call..abg jgn x jwb pulak klu x jwb mmg abg x sygkn sy!
Setelah pasti SMS yang dihantanya diterima Uwais.Hannah membuat panggilan ke talian hendset suaminya itu.Kurang dari 30 saat,panggilannya dijawab.Oh My! Dia sayangkan aku lah!! “Assalamualaikum..” Hannah melembutkan suaranya.
“Waalaikumussalam..hmmm,nak apa lagi ni? kan dah lewat ni..” “Tau pun lewat,orang di sana tu tak reti nak balik ke?”
“Kan dah cakap..malam ni ramai pelanggan..”
“Mana lebih penting..pelanggan abang tu ke..sayang abang ni?”
“Nak cakap apa lagi ni? ada orang nak beli burger lah!” Uwais seperti tidak mahu melayannya.Sampai hati!!! tak kira…mesti nak buat abang balik jugak!!
Hannah menarik nafas! terpaksalah aku tipu sunat walaupun tipu sunat tu takde dalam hukum..Wahai suamiku sayang,ampunkanlah dosa isterimu ini..
“Arrrrgggggggghhhhh!!!!!” Hannah menjerit tetapi tidaklah terlalu kuat dan masih tidak mampu menandingi jeritan mak mertuanya..agak-agak boleh didengar dalam sudut biliknya sahaja. “Kenapa Sayang???” Uwais kedengaran cemas. Hannah menahan tawa.Control! control!! kena buat betul-betul real ni..
“Sayang?? jawablah! kenapa sayang menjerit ?”
“Abang!!! Black out!! tolonglah!! gelap ni!!” Hannah membelek wajahnya di cermin.Dia kemudian mencapai botol losyen.Hmm..takut sangatlah kan!
“Hah?? black out? dah tu?” Suara Uwais memang betul-betul cemas.Tau pun! tak reti-reti nak balik lagi ke? sayang abang dalam kesusahan ni…cepatlah!
“Saya takutlah abang!!! cepatlah balik…” Hannah buat suara cemas.Kemudian dia pura-pura menangis ketakutan padahal waktu itu dia sudah duduk di atas katil dan sedang menyapu losyen pada tangannya.
“Mak mana? panggil mak!”
“Semua orang dah tidurlah!!..hah…abang! saya takut sangat ni..macamana ni? gelap! tak nampak!”
“Sabar ya sayang ya? abang balik sekarang! jangan menangis sayang ya?” pujuk Uwais.Hannah menutup mulut menahan tawa.Ya Allah,kesianlah pulak!
“Cepat balik abang ya?”
“Iya..iya..sekarang jugak abang balik” jawab Uwais.Hannah mematikan talian.Akhirnya!!
+++++++++++++++++++++++++
“Kata takde elektrik? Wajah Uwais serius.Ini terang benderang aja aku tengok? Dia memandang Hannah yang menyambutnya di muka pintu.Fawaz yang sudah kelihatan mengantuk turut memandang suasana rumah yang terang.
“Haahlah Hanny,kata black out? “
“Itu 20 minit tadi…sekarang dah adalah..” jawab Hannah dengan muka selamba.
“Hmm..baguslah tu,abang Fawaz mengantuklah..nak tidur dululah,lagipun..esok nak bangun awal..Cikgu Sya kan nak datang..”Fawaz sengeh.
“Dia datang lepas waktu sekolah la Abang Fawaz..bukannya waktu sarapan..” Hannah
ketawa.Uwais kerut dahi.Tadi kat talian bukan main lagi aku dengar dia menjerit,siap menangis tu…apasal aku rasa macam lakonan semata-mata aja ni? sayang aku ni kalau dah
berlakon,memang tak boleh nak beza dah..
“Tak kisahlah,yang penting dia nak datang esok..Good night!” Fawaz berlalu ke biliknya. “Good night!! tidur tu jangan peluk selipar tau” sempat Hannah berpesan pada Fawaz. “Hmmm… abang tak puas hati lagi ni,betul ke tadi black out? atau..sayang sengaja nak suruh abang balik? tanya Uwais.Hannah yang sedang menutup mulut kerana menguap
direnung.Alamak! nak juga tanya pasal black out tu? kena buat-buat mengantuk nih! “Abang…jom tidur,mengantuklah..” Hannah dengan selamba memaut pinggang
Uwais.Disembamkan mukanya ke dada Uwais.Janganlah kantoi!! Hannah ketap bibir,mintak-mintak dia tak tanya lagi dah..
“Dah nak tidur kat sini pulak ke? kata mengantuk,jomlah masuk bilik..sayang peluk abang macam ni,macamana nak berjalan..ke nak tidur sambil berdiri pulak?”
“Mengantuklah..dah tak larat buka mata…abang dukung ya?” Hannah sudah terlentok di dadanya.
“Pulak?” Uwais menggeleng.Dia mengucup ubun-ubun kepala Hannah.Ada-ada ajalah sayang aku ni..Uwais tanpa berlengah mencempung tubuh Hannah.Tangan isterinya itu sudah merangkul batang lehernya.Rambut Hannah yang panjang itu menutupi sebahagian wajahnya hingga Uwais menyangka Hannah sememangnya sudah tertidur.Ngantuk sangat ke? tadi okey aja berbual dengan Abang Fawaz tu?
“Nasib baik ringan..” omel Uwais. Terasa dadanya dipukul perlahan.
“Aik? ingatkan dah tidur…”Uwais sengeh.Aku ni punyalah nak merajuk tapi dia boleh buat tak tahu aja…susah betul kalau dah sayang sangat ni,aku jugalah yang kena mengalah!