• Tidak ada hasil yang ditemukan

Suami yang Kubenci 37 by E-man Sufi

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 107-111)

Fawaz menguap beberapa kali.Matanya masih lagi merasa mengantuk.Dia keluar dari bilik tidur.Suasana rumah sunyi sepi.Mesti Putera Baihaqi dan Hannah Mastura dah pergi

sekolah.Uwais? ya…apsal aku tak nampak dia malam tadi? hmmm… hairan betul aku,mana dia pergi ya? aku tunggu sampai lewat malam tak balik-balik.. ini mesti ada yang tak kena ni..kereta buruk dia tu ada pulak tersadai kat luar.. Fawaz sempat menelek ke luar rumah melalui

tingkap.Memang ada kereta Mini Cooper hijau di garaj.Masih rosak lagi agaknya,memang layaklah..kereta terlampau buruk,elok jual timbang kati aja..

Fawaz terasa perutnya sudah lapar dan pantas saja kakinya mengatur langkah ke meja makan.Dia nampak mak Awa sedang mengemop lantai di dapur basah.

“Mak Awa masak apa untuk sarapan pagi ni?” tanya Fawaz. “Mak Awa buat nasi goreng aja..” jawab Mak Awa.

“Takde benda lain ke Mak Awa?” Fawaz mengeluh.Macam ni baik aku pergi sarapan kat hotel! dia mencapai sekeping roti.

“Barang dalam peti ais dah habis…” Beritahu Mak Awa.

“Kenapa tak pergi beli?” Fawaz tak puas hati.Apalah Mak Awa ni,kerja senang macam tu pun aku nak kena beritahu ke?

“Memang nak pergi beli tapi takde orang nak hantar..Din hari ni nak ke Kemaman sekejap lepas hantar Putera dan Hannah ke sekolah…” Mak Awa selesai mengemop lantai.Kemudian menuju ke sinki dan mencuci beberapa biji cawan.

“Uwais tu kan ada? kenapa Mak Awa tak suruh dia aja?”

“Uwais kan tak balik malam tadi, agaknya dia tidur di rumah mak dia..Hannah kan ada di sana” Fawaz yang sedang mengunyah roti tersedak.Cepat-cepat dia menuang susu kotak ke dalam cawan dan diminumnya.Oh, maknanya memang Hannah tak ke Afrika la? memang sah Uwais tu nak tipu aku..yang dia sorok Hannah kat rumah mak dia tu apa hal?

“Mana Mak Awa tahu Hannah ada kat rumah mak Uwais tu?”

“Malam tadi Mak Awa dengar Putera berbual dengan Mastura..katanya,Hannah ada di rumah mak mertuanya tu,belajar memasak”

“Belajar memasak?” lagi? berapa banyak guru Hanny ni nak pakai? dengan Mak Awa aja tak boleh ke?

“Emmm..jauh ke rumah mak mertua Hanny tu Mak Awa?” Fawaz bula berfikir, kan lagi elok kalau aku pergi jumpa Hanny kat sana? aku pun dah bosan duduk sorang aja kat rumah ni,Uwais pun takde..kalau tak,boleh juga aku kacau budak kampung tu..

“Jauh tu tak juga… kenapa?” “Mak Awa tahu rumahnya?” “Tahu…”

“Macam ni,biar saya hantar Mak Awa pergi pasar…tapi Mak Awa mesti tunjukkan saya di mana rumah mak mertua Hanny tu boleh?

“Eh..boleh..elok sangatlah tu,Fawaz hantarkan aja Mak Awa ke pasar nanti tahulah Mak Awa balik sendiri..”

Fawa angguk.Heheh…oh, kau nak sorok Hanny dari jumpa aku ya Uwais? kau ingat aku bodoh? Ini Fawaz la…tak pernah putus asa…

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sarimah sedang menyapu sampah di halaman rumah sewaktu matanya tertancap pada sebuah kereta Mercedes Benz yang masuk ke perkarangan rumahnya. YB mana pulak yang bertandang rumah aku ni? sejak akhir-akhir ni banyak pulak kereta mewah yang datang bertandang.Kereta itu berhenti berhampiran kereta menantunya.Seorang pemuda berkacamata hitam keluar. Sarimah berhenti menyapu. Hai, bukan main segak lagi orangnya.Nak kata YB,setahu aku lebih kurang sebaya aku aja..ini muda belia..handsome pulak lagi..

“Assalamualaikum Mak Cik..”

“Saya Fawaz..Err..saya nak tanya..Hanny ada Mak Cik?”

“Honey? Eh, Mak Cik tak jual madu lebah nak oi...” Sarimah rasa pelik.Aku ni walaupun sekolah sampai SRP aja tapi aku tahulah Honey tu maksudnya madu.Apa kejadah pulak orang bandar datang cari madu sampai ke rumah aku? bila pulak aku ni buat bisnes jual madu lebah? tak faham betul aku..

Fawaz kerut dahi.Madu lebah? alamak! Mak cik ni salah faham la pulak… “Maksud saya..Hannah Maryam..”

“Oo..Hannah! cakaplah betul-betul…nak buat apa cari dia?” Sarimah tayang muka curiga.Apa kes pulak lelaki muda,handsome pulak lagi datang cari menantu aku ni?

“Emm..saya ni sepupu dia Mak Cik..” “Oh,anak ni cucu Tan Sri jugalah ya?” “Ya Mak Cik..saya ni,cucu sulung dia..”

“Iya? tapi macam tak pernah nampak pulak masa Hannah dengan Uwais bernikah hari tu..” “Memang tak nampak Mak Cik..saya ada di Dubai masa tu..”Banyak pulak tanya Mak Cik ni… mana Hanny ni? dekat rumah kampung ni ke dia tinggal? biar betul…tak panas ke? entah-entah Hanny kena dera macam Cinderella tak? kena cuci pinggan mangkuk..buat kerja dapur

semua..alahai,kesian Hanny aku..mata Fawaz melilau kalau-kalau ternampak Hannah.

“Kejap ya…Hannah ada dalam rumah.Dia sibuk buat kerja pejabat dia..orang zaman sekarang ni, kat mana-mana pun boleh bekerja ya?” Sarimah memang tidak mahu mengganggu Hannah yang tadi dilihatnya sedang menghadap computer riba.Pelik juga dia tengok bila Hannah bercakap sesuatu melalui computer itu.Rupanya baru dia faham bila Hannah beritahu yang dia sedang berbincang dengan ahli lembaga pengarah syarikat melalui jaringan internet.Hebat betul menantu aku tu!

“Hannah!! keluar sayang..ini hah, ada orang datang cari Hannah ni…” Laung Sarimah.Fawaz terkebil-kebil memandang.Uiks…kuat betul volume suara mak cik ni!

“Elok juga kau datang..siapa nama tadi? Mawaz?”

“Fawaz Mak Cik…” ada ke Mawaz? nama aku sikit punya sedap!

“Hah..Fawaz, ni…lepas kau jumpa Hannah nanti,Mak Cik nak mintak tolong boleh?” “Tolong apa Mak Cik?”

“Tolong kaitkan buah kelapa tu hah” Sarimah menunjuk kea rah sebatang pokok kelapa yang tinggi melangit.

“Hah??” Fawaz telan liur.Kait? aduh…satu kerja pulak aku kena buat! apsal tak suruh anak dia aja? CEO macam aku ni mana buat kerja kait buah kelapa?

“Ada apa mak??” Hannah muncul di beranda rumah. Fawaz lihat Hannah berbaju kurung warna putih.Lama dia memandang,cantik!! teringat masa Hannah sebelum pergi ke luar negara dulu, Hannah memang cantik bila berbaju kurung…

“Ni, sepupu Hannah ya?” Sarimah mengerling Fawaz.Hai, semacam aja pandang menantu aku tu? ini kalau perasan dek anak aku ni..

“La…abang Fawaz rupanya? sampai pulak abang kat rumah mak mertua Hanny ni? macamana abang datang sini?” Hannah segera menyarung selipar dan mendapatkan Fawaz.

“Naik kereta Tuk Ayah..Abang tanya Mak Awa..tadi abang hantar dia pergi pasar..dalam perjalanan tadi,dia tunjukkan rumah ni..”

“Hannah,ajak sepupu Hannah ni naik..Mak nak habiskan menyapu daun-daun gugur ni..hah, Mawaz..”

“Fawaz Mak Cik..” Ahhh!!! geram pulak aku kat Mak Cik ni! Hannah ketawa.

“Fawaz…tersilap pulak..jangan lupa,nanti tolong Mak Cik ya?”

“Iyalah Mak Cik..”Fawaz terpaksa angguk.Takkan nak kata tak boleh depan Hanny?

“Mak Hanny minta tolong apa?” Tanya Hannah sewaktu dia dan Fawaz masuk ke dalam rumah. “Kait buah kelapa!”

“Kait buah kelapa? abang Fawaz pandai ke?”

“Alah! setakat buah kelapa..” Fawaz seperti biasa.Auta aja lebih…

Hannah menahan tawa.Kalau aku ketawa kuat kang kecik ati pulak.Biar betul abang Fawaz ni? setahu aku,pujaan hati aku aja yang serba boleh dalam kerja-kerja macam tu..ini abang Fawaz?

+++++++++++++++++++++

Pukul 12 tengahari… Uwais pulang dari sekolah.Dia pulang sendirian kerana Anis mahu singgah di rumah Tuk Ayah untuk mengulangkaji pelajaran bersama Mastura. Sebaik saja dia

memberhentikan motosikal.Dia terpandang kea rah sebuah kereta Mersedez Benz yang memang dikenalinya. Siapa yang bawa kereta ni? satu-satunya orang yang dia syak tak lain tak

bukan…Abang Fawaz?? kat sini pun dia boleh datang? ieee…tahu aja dia Hannah ada kat mana!!

Uwais turun dari motor.Dia dapat mendengar gelak tawa dari arah tepi rumah.Kebetulan pulak dia nampak Hannah keluar dari dalam rumah bersama sedulang minuman.

“Abang dah balik?” sapa Hannah.Uwais cepat-cepat mendekati Hannah.Dia mencium dahi Hannah kejap.

“Sayang buat air untuk abang ya? bertuahnya abang…baru turun motorsikal isteri dah sambut dengan minuman..macam ni baru isteri abang..” Uwais mahu mencapai gelas berisi minuman sejuk itu.

“Eh..abang..nanti dulu! yang ni bukan untuk abanglah!!” “Bukan untuk abang?? dah tu untuk siapa?”

“Ini untuk abang Fawaz..tadi dia penat kait buah kelapa,Mak suruh Hannah buat air untuk dia..kejap Hannah hantar air ni,lepas tu Hannah buat air untuk abang ya?”

“Tak payahlah…”suara Uwais seperti jauh hati.Dia mengatur langkah kea rah tepi rumah. Fawaz..Fawaz..Fawaz…memang tak boleh blah!!

“Abang…”panggil Hannah tapi Uwais buat tak dengar. Alahai…merajuklah pulak!

“Hah..dah balik pun Romeo!” Sarimah yang kelihatan rancak berbual dengan Fawaz baru perasan yang Uwais dah balik dari sekolah.Aik? apsal masam aja muka anak bertuah aku ni? “Bila Abang Fawaz datang?” tanya Uwais .Dia agak terkejut juga melihat Fawaz yang tak berbaju itu sedang menyiat kulit kelapa menggunakan alatan kayu yang ditajamkan di hujungnya.

“Aku datang pagi tadi…”

“Fawaz ni tolong mak kait kelapa..banyak juga dia dapat kait,ni..tadi..mak ajar dia cara kupas kulit kelapa ni..sekejap aja dah pandai..Mak Cik kagum betul dengan Fawaz ni,bukan setakat

CEO..buat kerja kampung pun pandai..” puji Sarimah. Macam nak tercabut telinga Uwais mendengar pujian yang melambung maknya itu pada Fawaz yang tersenyum dengan riak muka bangga.Elleh…kupas kelapa aja pun!!! Cemburu betul Uwais dengan pujian itu.

“Abang Fawaz..ni air..”

“Sirap aja? Cappuchino takde ke?” Tanya Fawaz.Namun gelas yang dihulur Hannah diambil juga dan diminumnya.

“Kapur cina? air apa pulak tu? tak pernah Mak cik dengar..” tanya Sarimah.Pelik betul budak ni..kapur pun nak minum?

Uwais ketawa terbahak-bahak.Adoilah mak aku..kapur cina? memang padanlah dengan Abang Fawaz yang menyebok ni..nak aja aku sapu muka dia dengan kapur kasut adik aku!!

“Mak..Kapur cina tu minuman orang Dubai mak..mahal harganya mak..kita tak mampu beli,padan minum air sirap aja..”sindir Uwais.Hannah menepuk lengannya.

“Apa abang ni cakap macam tu..” Hannah perasan yang Uwais jelas cemburukan Fawaz.Hmm.. elok jugak Abang Fawaz datang.Dapatlah aku tengok perangai Uwais aku ni bila cemburu..asyik aku aja yang makan hati dengan cikgu tu..

Uwais mencebir.Bengang pulak bila Hannah bela Fawaz.

“Sudah minum Fawaz? hah..eloklah pergi mandi,lepas ni bolehlah kau dengan Uwais pergi solat Jumaat”

Fawaz yang sedang minum tersedak.Solat Jumaat?

“Errr..saya takde baju Melayu Mak Cik” Fawaz memberi alasan.Uwais senyum sinis.Alasan tak nak pergi solatlah tu!

“Takpe abang Fawaz..saya ada banyak..boleh aja bagi abang pinjam..” Uwais menawarkannya dengan ramah.Dalam hati dia nak aja dia menjerit..boleh tak kau balik aja ke Dubai??

“Okeylah..”Fawaz jawab perlahan.Siapa nak pinjam baju kau? ieee..terpaksa aku pakai baju kampung dia tu!

++++++++++++++++++++++++++++

dipakai Fawaz agak singkat kerana sosok Fawaz yang tinggi lampai.Tapi dia tak nafikan,Fawaz yang punya gaya tarikan seorang model itu memang segak kalau pakai apapun..

Uwais masuk ke dalam bilik seketika untuk mengambil butang baju Melayu.Dia mahu Hannah memakaikan butang baju Melayu itu.Sebelum pergi ke sekolah pagi tadi dia sudah ajarkan Hannah cara-caranya. Sebaik saja dia keluar dari bilik, Hannah juga baru muncul dari arah ruang dapur.

“Sayang…tolong pakaikan butang baju ni?” pinta Uwais dengan lirikan menggoda.Hannah senyum dan baru saja nak rapat dengan Uwais, Fawaz yang berada di ruang tamu memanggilnya.

“Hanny!! tolong abang pakaikan butang baju ni..abang tak pandai la! dah lambat ni…” pinta Fawaz pula.Hannah terkesima seketika.Mana satu aku nak buat ni? dia merenung Uwais. Hmmm…masa untuk tengok abang sayang aku ni cemburu!

“Abang tahu pakai kan? abang pakai sendiri ya? Hannah nak tolong abang Fawaz kejap..sian kat dia..nanti lambat pulak abang dengan dia pergi solat..” Hannah selamba meninggalkan Uwais yang terlongo berdiri di hadapan biliknya.Dia rasa nak menjerit bila Hannah pergi mendekati Fawaz dan memakaikan butang baju Melayu itu untuk Fawaz yang mengangkat kening padanya!!! Wargghhhh!!! tidak!!!! aku tak rela!!! Sampai hati sayang tak pedulikan abang…

Suami yang Kubenci 38

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 107-111)

Garis besar

Dokumen terkait