“Kenapa ni…abang tengok dari tadi sayang senyap aja… tak gembira ke dengan ikan yang abang dah dapatkan tu?” Uwais mengusap rambut Hannah yang sedang memeriksa PDAnya.Bila Hannah tak menjawab.Uwais duduk di birai katil.
Waktu memasak di dapur tadi pun Hannah tak banyak bercakap.Hanya dia dan Maknya saja yang rancak berbual.Fawaz pula,sebaik saja sampai di rumah terus masuk ke dalam
bilik.Membutalah tu..alasan kononnya kaki dia sakit, takdelah kena bebel dengan mak.. Lepas makan tengahari pun Abang Fawaz masih nak sambung tidur.Kaki tidur rupanya Abang Fawaz..macamanalah boleh jadi CEO..sampaikan maknya pun dah malas nak pedulikan Abang Fawaz yang selamba badak tidur,mustahil pulak maknya nak habiskan sebotol garam semata-mata nak suruh Abang Fawaz tak tidur ..
“Abang Fawaz tu memang suka tidur ya sayang? Uwais sengaja menarik minat Hannah untuk berbual.
“Hmmmm..” Hannah sekadar angguk.Uwais sudah dapat agak,Hannah mesti
marahkannya..kalau dulu sudah pasti dia akan ditengking dan dikutuk habis-habisan tapi sekarang dah lain..Hannah kalau marah mesti menghadap PDA..lepas bercakap nak tak nak aja.Mood tak baik dia dah datanglah tu!
“Marah dengan abang ya?” Uwais senyum.Dahi Hannah dikucup kejap.Kemudian dia mengambil bantal,dengan selamba diletakkan di ribaan Hannah.Dia lantas berbaring di ribaan Hannah. “Untungnya jadi PDA tu… ada orang tengok sampai tak berkelip..agaknya,PDA tu lagi handsome daripada abang kut..”Usiknya.Hannah ketawa juga.Memang dia masih berkecil hati dan rasa cemburu pada Batrisya masih belum hilang tapi melihat saja raut wajah Uwais yang sentiasa tenang itu buat dia rasa kemarahannya lenyap begitu saja.. hebat betul kuasa cinta!
“Orang tengah susun jadual la, kan saya dah banyak sangat cuti..banyak temujanji yang status KIV..kenalah set up balik tarikh yang sesuai..” Hannah merenung wajah Uwais.Hidung Uwais dicuitnya sebelum dia kembali menghadap PDA.
“Ya ke? maknanya..lepas ni sayang busy la ya?”
“Mestilah… tapi abang jangan risau..masa untuk sayang saya ni..tetap ada” Hannah menjeling dan memberi senyuman menggoda.Aduh!! tak tahan betul aku…nasiblah tak tercabut jantung! “Emm..sayang…” panggil Uwais.
“Nak apa,lapar lagi ke? tadi kan dah makan..” “Bukanlah, abang ada sesuatu nak cakap ni..” “Pasal apa?”
“Emmm..Abang ada beri sesuatu yang penting ni..” Uwais bangun dari baringan.Hannah meletakkan PDAnya.Dia memerhatikan sahaja Uwais yang sedang membuka beg galas yang selalu dibawa pergi ke sekolah.
“Ini..ada surat..”Uwais kembali duduk di sisinya.Surat bersampul putih itu dibuka Hannah.Surat Rasmi itu dibaca dengan teliti.Rupanya surat permohonan supaya dia menjadi perasmi program di sekolah .Hannah membaca nama pengirim yang mewakili pihak sekolah.Batrisya Suffiyah binti Safuan?
“Kenapa abang yang beri surat ni? bukan sepatutnya pengarah program ke yang jumpa saya? Hannah melipat surat.Pantang dia kalau urusan rasmi dilakukan secara tidak formal
begitu.Sesuatu yang penting,melibatkan urusan sekolah bahkan ada permohonan untuk menjadi penaja rasmi,perlu dibincangkan secara serius.Dia sendiri perlu meneliti kertas kerja program tersebut.
“Emm..memang Sya nak jumpa sendiri dengan sayang tapi..”
“Sebab ada abang?” Hannah memotong percakapan Uwais.Patutlah bukan main lagi berbual dengan Batrisya tu.. kenapa Sya tak cakap sendiri dengan aku?
“Janganlah salah faham..Kasihan pada Sya,dia tu baru setahun jadi cikgu,dah kena jadi pengarah program..manalah dia tahu benda macam ni kena ikut cara formal..lagipun,kalau dia nak jumpa sayang..kena buat temujanji dulu,kalau sayang busy kena tunggu tarikh yang sesuai kan? sebab tu abang nak tolong dia..abang hari-hari jumpa sayang.Tak tahulah kan,kalau abang
pun kena buat temujanji juga atas urusan ni..” Uwais sedikit jauh hati.Wajahnya nampak seakan kecewa.
“Ada pulak macam tu, kalau dengan abang..bila-bila pun boleh jumpa sayalah..kenapa pulak nak kena buat appointment dengan isteri sendiri kan? saya kan hak abang..”Hannah mengambil bantal dan diletakkan di ribaannya.Bantal itu ditepuk perlahan sebagai isyarat yang dia mahu Uwais berbaring semula.
Uwais senyum semula.Ini baru dikatakan orang mengatuk disorongkan bantal..heheh..
“Dah tu,macamanalah? sayang setuju tak jadi perasmi? sayang busy ke masa tarikh tu?”Tanya Uwais sambil rambut panjang Hannah dipintal dengan jarinya.
“Amboi..banyaknye tanya..macam dia pulak pengarah..”Hannah ketawa kecil.Pipi Uwais dicubitnya.
“Iyalah..masa dah dekat ni,Batrisya dah tanya..dia berharap sangat sayang boleh gantikan Tuk Ayah..”
“Okey..okey..kalau ikutkan memang saya sibuk tapi abang punya pasal…saya akan pastikan tarikh tu saya free..”
“Betul?”
“Iya sayang…nanti saya sendiri jumpa dengan Sya” “Hmm..sayang isteri abang yang baik hati ni..”
“Abang mengantuk ya?” Hannah lihat Uwais bercakap dengan mata terpejam.Jarinya pun dah berhenti memintal rambutnya.
“Hmmm..” jawab Uwais perlahan.
“Abang tidurlah ya? saya belum habis susun jadual kerja saya ni..”Hannah mencium dahi Uwais kemudian mencapai PDA dan kembali menyambung kerjanya tadi.
++++++++++++++++++++++++++
Fawaz menguap luas.Dia mengeliat beberapa ketika sebelum bangun dari katil.Matanya terbuka sedikit.Sedapnya tidur…kat kampung ni,tenang aja..tak panas sangat walaupun takde penghawa dingin..
Fawaz melihat pada betis dan kakinya.Ieeeee…dia berasa geli bila teringatkan lintah yang menggigitnya pagi tadi.
“Dah pukul berapa ni?..laparlah..” Dia melihat jam di tangan.Sudah pukul 4.45 petang.Fawaz keluar dari bilik.Dia memandang segenap ruang dapur yang sentiasa kemas itu.Senyap aja? Mana Mak Cik Sari? Uwais dan Hannah pun takde ke? Dia pergi pula ke ruang tamu.Memang tiada sesiapa di dalam rumah.Hanya dia sendirian!
“Mana diorang ni? sampai hati tinggalkan aku sorang-sorang kat dalam rumah ni” Fawaz mencakak pinggang.Dia tak puas hati bila ditinggalkan sendirian.Lapar punya pasal dia pergi semula ke dapur.Membasuh muka di sinki.Tetapi rambutnya masih juga kusut masai.Ahh..lepas makanlah mandi!
Fawaz buka tudung saji.Malangnya,tiada apa-apa di situ.Hanya meja kosong! “Aik? takkan lauk tengahari tadi dah habis? ini mesti Uwais yang makan habis ni..”
marahnya.Fawaz garu kepala.Dia pandang pada periuk atas dapur.Agaknya ada lagi dalam periuk tu.Dia masih teringatkan betapa lazatnya masakan Tom Yam Mak Cik Sarimah tengahari tadi..
“Assalamualaikum…Mak Cik Sari!!” Fawaz terdengar ada suara memanggil dari luar rumah.Siapa pulak yang datang ni? aku nak makan pun tak senanglah!
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..cari siapa? tanya Fawaz agak kasar sebaik saja pintu dibukanya.Dia menenyeh matanya yang silau kerana suasana terang di luar rumah.
“Mak cik Sari ada?” Batrisya yang datang bertandang sedikit terkejut bila disergah tiba-tiba begitu.Iee..kasarnye dia ni?
Fawaz turut terkejut bila sedar yang datang itu ialah..penyelamat jiwa! Terus dia membetulkan rambutnya yang kusut.Tangan kanannya memegang tepi pintu.Beraksi lagak seorang lelaki macho!
“Emm..Mak Cik Sari takde…saya ada” jawabnya sambil tersengeh.Batrisya kerut dahi.Baru bangun tidur agaknya Encik ni..
“Abang Uwais dengan Hannah?”
“Pun takde..kan saya dah kata..dekat dalam rumah ni,Cuma ada saya aja..”jawab Fawaz.Tak nak jumpa saya ke?
“Takpelah..saya nak hantarkan kuih ni aja..”Batrisya menghulur pinggan berisi kuih Lepat Ubi.Fawaz memandang saja huluran itu.Kuih?
“Kalau ya pun masuklah dulu” pelawa Fawaz.Kononnya nak berbudi bahasa tapi kalau dah namanya seorang Fawaz…berlagaklah macamanapun!
“Eh..takpelah..”Batrisya cepat-cepat geleng.Biar betul dia ni! nak ajak aku masuk? kan takde orang dalam rumah? tak pasal-pasal pulak jadi skandal nanti..
“Takkan tak sudi kut…”Fawaz kerut dahi.Bukannya aku makan orang…aku ni baiklah..gentleman lagi..
“Bukan..emm..Encik kan lelaki,saya perempuan..tak manis kalau berdua-duaan dalam rumah” “Apa masalahnya,bukan ada orang nampak pun..”Fawaz senyum selamba.Aduhai
Fawaz…langsung tak sensitif dengan larangan agama dan adat budaya!
“Ambil la kuih ni Encik, eloklah saya balik aja..”Batrisya tak sedap hati.Sudahlah lelaki di depannya itu memandangnya semacam saja..takutlah jugak!
“Nantilah dulu…kalau tak nak masuk,jom kita duduk di bawah pokok tu? kat luar rumah takpe kan?” Fawaz perasan gadis itu tidak selesa.
“Err..”Batrisya serba salah.
“Jomlah..saya laparlah,boleh saya makan kuih awak ni..”Fawaz sudah menyarung sandelnya dan mengatur langkah ke bawah pokok mempelam.Batrisya merenung pinggan berisi kuih di
tangan.Mahu tak mahu dia ikut juga.
“Kenapa awak duduk jauh sangat? saya tak makan oranglah..”tanya Fawaz bila Batrisya duduk begitu jauh darinya.Pinggan berisi kuih Lepat Ubi diletakkan Batrisya di tengah-tengah.
“Semua orang pergi mana?” tanya Batrisya.
“Tak tahu..”Fawaz jungkit bahu.Matanya ralik merenung Batrisya.Cantik…lemah lembut..baik lagi..kenapa kita tak pernah jumpa ya?
“Nama awak siapa?” “Batrisya..”
“Tinggal kat mana?”
“Tu…rumah batu sana..tu la rumah saya” Jawab Batrisya lagi.Dah macam sesi interview pulak.Fawaz angguk.La..jiran sebelah rupanya!
“Kerja jururawat ke?”
“Eh..tak..saya mengajar di sekolah” “Oh..awak cikgu ya?”
Batrisya angguk.Matanya sesekali sahaja memandang leleki di sebelahnya itu.Fawaz senyum.Pemalu agaknya perempuan ni..
“Encik tak nak rasa kuih ke?” Batrisya tak tahu nak cakap apa.Segan pulak bila berdua begitu.Dahlah tak kenal pun..Mana Mak Cik Sari ni? cepatlah balik..
“Nama saya Fawaz..”beritahu Fawaz.Batrisya sekadar angguk.Tak tanya pun!
“Panggil saja abang Fawaz..” sambung Fawaz lagi,matanya masih memandang Batrisya sambil tangannya mencapai kuih.Mata mereka bertentang dan Batrisya senyum padanya.Fawaz terpana dan kuih ditangan terus mahu dimasukkan ke dalam mulutnya.Batrisya yang melihat aksi yang agak “ngeri” itu spontan terjerit kecil.
“Abang Fawaz!!”
“Ya??” Fawaz turut terkejut bila Batrisya menahan tangannya.Handsome sangat aku ni agaknya sampai begitu teruja dia nak pegang tangan aku!
“Jangan makan..”
“Hah? tadi kan Sya suruh abang makan?” Ewah…pandai-pandai aja aku membahasakan diri aku abang..ahhh!!! apa ingat Uwais aja ke boleh nak beromantik dengan Hanny? aku pun nak
bercinta jugak! kalau Hanny dah tak nak..yang ni pun jadilah..daripada takde langsung..umur aku pun dah 30 tahun!
“Memanglah tapi,mana ada orang makan kuih ni sekali dengan daun pisang tu!” jawab Batrisya.Dia tutup mulut dengan telapak tangan kerana hampir saja dia ketawa.Fawaz
ni…
“Macam ni…abang Fawaz kena buka dulu daun pisang ni,kemudian baru makan lepat Ubi kat dalamnya,daun pisang ni Cuma pembugkus ajalah..Abang ni tak pernah makan kuih ni ke selama ni?”
“Mana pernah..kalau ada pun,dah lupa..”Jawab Fawaz.Penerangan Batrisya yang begitu jelas dan siap tunjuk caranya itu memang menarik hatinya.Cikgulah katakan! wahai cikgu
Batrisya..sudikah jadi guru di hati Abang Fawaz? tolonglah ajarkan Abang Fawaz tentang cinta!! “Amboi!!! kusangkakan siapalah tadi berdating kat depan rumah aku ni…rupanya Uda dan Dara…lengkaplah pakej kat dalam rumah aku ya? dah ada Romeo dengan Juliet…tambah pulak dengan Uda dan Dara…ini apa?” Sarimah muncul dari belakang.Terus saja dia duduk diantara Batrisya dan Fawaz yang sudah kelam kabut.Dari jauh Fawaz nampak Uwais dan Hannah membawa penyapu lidi dan pongkes.La…diorang kat belakang rumah aja?
“Eh..Mak Cik Sari..err..tu,Lepat Ubi! Sya bawakan untuk Mak Cik” merah padam muka Batrisya.Demi Allah Mak Cik,Sya tak berdating pun!
“Oh…lepat Ubi ke Lepat Cinta? Untuk Mak Cik ke untuk siapa?” Sarimah senyum penuh makna.Ada apa-apa ke budak berdua ni? Elok sangatlah… dua-dua pun bujang lagi!
“Merepeklah Mak Cik ni..Sya balik dulu ya Mak Cik..” Batrisya malu bukan kepalang.Menyesal pulak aku duduk dekat sini dengan Abang Fawaz..tak pasal-pasal Mak Cik Sari salah faham! “Dah nak balik? “ Sarimah sengaja mengusik lagi.
“Sya!! tunggu kejap!” Hannah menahan Batrisya yang mahu pulang.Dia segera mendapatkan Batrisya.Sementara Uwais mendekati Fawaz yang sedang makan Lepat Ubi.Tak boleh jadi ni,aku yang suruh Sya hantar kuih tu..
“Wei! janganlah ambik semua!” marah Fawaz bila Uwais mencapai pinggan berisi kuih. “Kuih ni saya yang nak makan..Abang Fawaz kan tak makan kuih kampung!”
“Ahhh!! bagilah aku separuh! takkan kau nak makan semua!” Fawaz cuba merampas tapi Uwais buat main-main dengannya.Uwais angkat kening bila Fawaz gagal merampas pinggan itu. “Takde..takde..semua ni saya yang punya..nak makan dengan Hannah kat dalam rumah!” Uwais sorok pinggan di belakangnya.Hanya daun pisang yang sudah tidak berisi saja diberi pada Fawaz.
“Ini Abang Fawaz boleh ambik..makanlah!”
“Ewah..ewah…selamba aja korang berdua bergaduh macam budak-budak depan aku ya? Uwais!!! kau kutip balik daun pisang tu!! dah elok aku sapu sampah kau nak buat sampah lagi ya?
“Yelah..yelah…”Uwais cepat-cepat kutip daun pisang yang bersepah.Fawaz ketawa galak.Padan muka kena marah!
“Fawaz?? kau nak mak cik sumbat mulut kau dengan daun pisang? kau ni dah mandi ke belum? Ya Allah..dah macam sampah masyarakat aku tengok! ini kan baju pagi tadi? kau ni pun..kalau nak berdating dengan anak jiran aku pun..bawak-bawaklah mandi dulu!”
“Nak pergilah ni..”Fawaz menunduk dan terus bangun dari pangkin.Malunya!! dah la suara mak cik kuat! harap-harap Batrisya tak dengar!”
“Padan Muka!” Uwais ketawakan Fawaz pula.Tanpa sedar maknya menghampiri dan mengambil pinggan ditangannya.
“Kau tu yang padan muka! mari sini kuih tu..” Sarimah sempat memulas telinganya.
“Sakit…”Uwais tayang muncung.Dia memandang Hannah yang turut memerhatikan gelagatnya itu.Sayang…sakit! mak tarik telinga! ada pandangan mengadu dihantar pada Hannah tapi dia lihat Hannah ketawa sambil mengangkat “Thumbs up” padanya!
+++++++++++++++++++++++++++++++++
“Macam-macamlah diorang ni” Hannah berhenti ketawa.Dia memandang Batrisya yang turut tersenyum melihat gelagat di hadapan mereka tadi.
“Ada apa Hannah?”
“Pasal Karnival Ilmu tu..Abang Uwais dah bagi tahu” “Oh..jadi,emmm..Hannah boleh tak?”
“Boleh,,tapi dengan syarat!” “Syarat?”
pampletnya..dan satu lagi..” Hannah membisikkan sesuatu ke telinga Batrisya. “Apa? Awak nak…”
“Syhhh…..ini rahsia kita berdua saja tau!” Hannah bersuara perlahan.Batrisya angguk dan senyum.
“Boleh?” Hannah angkat kening. “Mestilah boleh..” jawab Batrisya.
“So,give me ten!!” Hannah ukir senyuman.
Hannah dan Batrisya melagakan tapak tangan mereka.Dari jauh Uwais dengar keduanya ketawa riang.Apa hal? happy semacam aja?