• Tidak ada hasil yang ditemukan

Suami yang Kubenci 32 by E-man Sufi

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 89-94)

“Hanny, jom temankan Abang Fawaz pergi kelab? kita lunch di sana, lepas tu kita pergi tunggang kuda..petang nanti kita terus aja main golf..abang dah lama la tak pergi kelab..”

“Tak bolehlah Abang Fawaz, kejap lagi Abang Uwais dengan adik-adik Hanny balik dari sekolah..Alah, tak payahlah lunch kat kelab tu..Hanny kan dah masak untuk lunch?” “Hanny memasak?”

“Err..takdelah,sebenarnya…hari ni Hanny belajar memasak dengan Mak Awa..” wajah Hannah begitu ceria .Fawaz sedikit terkejut.Dia belajar memasak? bukan dia tak suka buat kerja dapur ke? masa di UK dulupun, asyik makan kat luar..apa dah jadi dengan Hanny aku ni? mesti Uwais tu yang suruh!

“Ohh..patutlah abang Fawaz pelik bila tengok Hanny melekat aja di dapur tu..belajar memasak ya? hmm.. buat apalah susah-susah, kalau pakai pembantu rumah kan senang..”

“Kenalah juga selalu turun ke dapur abang Fawaz, Mak Awa cakap..suami elok makan makanan daripada air tangan isteri..”

“Sebab tulah beriya-iya sangat belajar memasak tu..tengoklah nanti, kalau tangan tu jadi kasar macamana?” Fawaz senyum sinis.Sebenarnya dia cemburu bila Hannah sanggup lakukan sesuatu yang tidak pernah disukainya semata-mata untuk suami yang seperti Uwais.Itulah, kahwin dengan lelaki miskin tu buat apa?pembantu rumah pun tak boleh nak gajikan agaknya.. “Takdelah kasar manapun,bukan buat kerja berat ..lagipun, untuk suami kan..” Hannah membelek jemari dan tangannya. Okey aja? Abang Fawaz ni,saja nak takutkan aku agaknya..

“Hmm..kalau abanglah, takdenya abang nak suruh isteri abang buat kerja dapur..” dangkal suara Fawaz.Dia memang rasa sakit hati melihat riaksi Hannah yang begitu bersahaja,seolah-olah apa yang dilakukan itu sesuatu yang sangat hebat.

“Okeylah tu, isteri abang kan…tapi Hanny isteri abang Uwais..” Haishh…tercakap macam tulah pulak..Hannah tenung wajah Fawaz yang sedikit berubah.Ish..takkan terasa? aku pun satu,ingat abang Fawaz ni macam Uwais? kalau aku kutuk berbakul pun buat tak tahu aja..

“Err..abang Fawaz tak payahlah pergi kelab, makan kat rumah ya? takkan tak sudi nak makan masakan Hanny…” Hannah seakan memujuk.Dah satu kerja pulak aku nak kena pujuk Abang Fawaz ni…

“Okey jugak..jom? abang dah lapar sangat ni..” Fawaz angguk dan sudah bersedia untuk menjengah meja makan.

“Nantilah dulu, kan suami Hanny tak balik lagi..kita tunggulah kejap lagi” Hannah

menahan.Takkan Abang Fawaz pulak yang nak rasmikan masakan aku hari ni, istimewa untuk Uwais tu..

“Dah pukul berapa ni? laparlah!”

“kejap aja..tak lama pun,sekarang dah pukul 1.15..”

“Itupun dah lewat untuk lunch tau? abang tak kira, abang nak makan dulu..Uwais tu boleh aja makan bila dia balik nanti..” Fawaz naik menyampah pula bila Hannah beriya benar hendak menunggu Uwais.Elok kalau aku makan dulu,padan muka Uwais sebab aku akan makan dulu masakan Hannah yang kononnya untuk dia ..

“Abang Fawaz, janganlah…cubalah bawa bersabar..” Hannah menarik lengan Fawaz sekuat hatinya.Lelaki itu ketawa bila Hannah berusaha menahannya.Kedua mereka dah macam main tarik tali pula hingga Hannah tidak sedar yang Uwais dah pun berada di muka pintu!!

++++++++++++++++++++++++++++++++

“Assalamualaikum…” Uwais memberi salam.Matanya masih tak lari daripada memerhatikan Hannah dan Fawaz di ruang tamu. Amboi…bukan main lagi bergurau senda masa aku takde kat rumah erk? itu bergurau adik beradik ke apa… salah ke kalau aku syak?

“Waalaikumussalam….”Hannah menjawab.Dia sendiri terkejut bila Uwais dah terjengul di muka pintu.Aik? bila dia balik, tak dengar pun bunyi kura-kura tu? aku tak perasan kut…ieee,ini semua abang Fawaz punya pasal!

“Abang dah balik?” Hannah segera mendapatkan Uwais yang sedang menanggal kasut. “Tak, baru nak pergi…” jawab Uwais selamba.Memang begitulah sikapnya kalau dia nak

tunjukkan yang dia sedang marah. Hannah mengerut dahi.Semacam aja bunyi jawapan tu..Uwais masuk ke dalam rumah.Walaupun dia rasa marah dan cemburu dengan apa yang dia lihat sebentar tadi,dia tidaklah cepat melatah.

“Mana Putera dengan Mastura?” tanya Hannah bila melihat hanya suaminya saja yang pulang tengahari itu. Uwais tak jawab. Malas dia nak beritahu Mastura dan Putera ada kelas tambahan. Dia spontan memaut pinggang Hannah dan dicium pipi isterinya itu.

“Rindu abang tak hari ni?” Uwais berbisik sambil matanya merenung Fawaz yang masih berada di ruang tamu.Mata mereka bertemu.Pandangan Uwais menghantar isyarat bahawa wanita yang berada dalam rangkulannya itu adalah isterinya dan Fawaz perlu tahu di mana kedudukannya di hati Hannah! Boleh tak kau faham “abang Fawaz” ? jangan nak menempel dekat isteri aku boleh tak?

“Rindu!” jawab Hannah tanpa selindung.Uwais senyum puas hati.

“Ya ke? kalau rindu mana kiss untuk abang?” tanya Uwais dengan pandangan nakal.Dia dah malas nak pedulikan Fawaz yang masih tak reti nak pergi dari situ.Aku nak bermanja dengan Hannah pun tak senang…naik cuak pulak aku dengan dia ni..nak halau kang,bukan rumah aku..lagipun, tak baiklah pulak tapi..orang macam ni pun ada ya? tak faham betul aku!

“abang ni,agak-agaklah…abang Fawaz kan ada kat ruang tamu tu..” Hannah bersuara perlahan dan memukul perlahan dada Uwais.

“Dah tu, bawalah abang masuk bilik..” Uwais angkat kening.Hannah naik malu pula kalau-kalau Fawaz dengar ayat “gatal” Uwais tadi tu..

“Ieee…abang ni kan, memang suka sangat mengada-ngada kan?” dicubitnya pipi Uwais yang tersengeh.

“Hanny, bila nak makan ni? tadi kata nak tunggu Uwais balik..kan dia dah balik tu” Fawaz dah tak sanggup nak tengok aksi romantik meluat tahap nak muntah yang berlaku di depan

matanya.Kalaulah boleh dia kata “cut” untuk hentikan adegan menyakitkan hati dan matanya itu…kenapalah semuanya realiti!!

“Err..abang nak makan dulu ke nak mandi dulu..hari ni,Hannah masak untuk abang tau..” beritahu Hannah.Ada riak tak sabar di wajah itu.

Uwais teruja mendengar Hannah memasak untuknya tapi bila tengok muka Fawaz ,seketika dia berfikir.Huh, apasal aku rasa macam nak sekolahkan seseorang je hari ni? Hannah pujaan hati aku ni dah 60% berjaya dipulihkan..

“Abang nak mandi dululah,lepas solat nanti kita makan sama-sama..” jawab Uwais kemudian kembali memandang Fawaz yang sudah duduk di sofa.

“abang Fawaz tunggu saya kejap ya?” Dia senyum tapi Fawaz pandang macam nak telan dia hidup-hidup. Eleh..ingat aku hairan kau pandang aku macam tu? dah lali lah masa dengan Hannah dulu..sekarang, kau tunggulah aku sampai keluar tanduk! aku nak kau belajar bersabar tu…tak nak ke dapat pahala?

Fawaz tayang wajah sinis.Bengkak rasa hatinya dengan lagak Uwais.Baru jadi menantu dalam keluarga ni dah berlagak..takpe,kau tengoklah nanti…tunjuk baik konon…kau siapa nak suruh aku tunggu kau?

+++++++++++++++++

“Betul ke Sayang memasak?” Uwais mengelus jemari Hannah.Dibeleknya seketika.Takde luka pun?

“Tengok apa?” Hannah pelik.Uwais begitu ralik membelek jemarinya.

“Manalah tahu kalau-kalau jari sayang dah hilang satu..bukti tu, baru betul abang percaya sayang memasak”usiknya.Hannah menarik jemarinya.Patutlah! ada aja yang dia nak usik aku kan? “Nak kena putus jari dulu baru nak percayalah? tak suka tau, orang dah susah payah,cakap macam tu..” Hannah tayang wajah cemberut. Sedih! sampai hati…

“Ala..ala..ala..terasa hatilah pulak sayang abang ni, gurau ajalah..mestilah abang percaya,kiranya dah makin majulah ya sebab jari tu tak luka..” pujuk Uwais. Tapi ayatnya itu tetap seakan

mengusik.Hannah diam,dia duduk di sofa. Uwais garu kepala.Tak jalanlah pulak ayat aku tadi… “Sayang…abang nak mandi ni” Uwais duduk di sebelah Hannah yang berpura-pura membelek

majalah Solusi.Langsung dia tak perasan yang majalah itu dipegang terbalik. “Mandilah,siapa larang abang mandi”

“Mana tuala?” buat tak tahu pulak dia…

“Ambil sendiri..” sengaja buat tak peduli. Nak pujuk aku ke tak nak ni? penat ajalah aku merajuk! Uwais menggeleng.Uiks…betul punya merajuk ni,dulu takde pulak dia buat perangai merajuk macam ni..nak bermanja dengan akulah tu..

Uwais perhatikan Hannah.Bukan main lagi lagaknya,kononnya khusyuk sangatlah tu membaca tapi tak pernah lagi aku tengok orang baca majalah terbalik…lawaklah pulak aku rasa..

“Orang kalau jadi CEO memang bijak ya? sampai majalah pun boleh baca terbalik…dasyat betul” Uwais ketawa bila tak tahan melihat Hannah yang begitu tekun. Nampak sangat tipu…

“Abang!!!..tak suka tau,bukannya nak pujuk..nyampah!” Hannah bangun dan mencapai bantal kecil di atas sofa dan dibalingnya pada Uwais.Macamana aku tak perasan terbalik..kantoi! buat malu jek..spoil mood nak merajuk..

“Tak kena!” Uwais berjaya menyambut bantal itu.Dah tahulah,sayang memang suka main baling-baling kan? Senyum nakalnya memang buat Hannah tambah geram.Kenapalah perangai dia ni nakal

“Abang…..kalau mengelak kali ni,siap abang!” Hannah memberi amaran.Uwais angkat tangan tak ubah macam berdepan dengan polis. Hand ‘s up! dia menggeleng tanda yang dia tidak akan mengelak. bukan takut isteri ya,dia yang tak takutkan aku…

Buk! sebiji bantal melayang ke muka Uwais. Hannah tepuk tangan.

“Padan muka abang!” puas hati kerana balingannya tepat.Sampai kusut rambut Uwais dibuatnya. “Oh,padan muka ya…berdosa tau buat suami macam ni..” Uwais turun tangan.Hannah senyum comel.Dia mendekat dan duduk di ribaan Uwais.

“Abang tak marah kan?” dicuit hidung Uwais.

“Marahlah..siapa cakap tak marah..” Uwais buat muka serius. “Sorry…” Hannah buat muka simpati.

“Apa dia? tak dengarlah..”

“Sorry..sakit ya?” Hannah mengelus kedua pipi Uwais.

“sakitlah..” Uwais buat muka sakit. Memang nampak sangat dibuat-buat.

“nak ubat istimewa tak?” Hannah melayan saja gelagat Uwais. Bantal lembut macam tu tipulah sakit…tapi sebab mengada kan, layan ajalah..

“nak..” Uwais angguk. Bukan main teruja lagi..aku tahu ubat istimewa tu apa..

Hannah mencium kedua pipi Uwais,kemudian mata,hidung dan bibir mereka bertemu tanpa ada ketukan di pintu yang mengganggu!

“sayang…tu ada lima biji bantal lagi,tak nak baling ke..abang ok je..” nakal Uwais masih tak berhenti.

“Dah, tak payah nak mengada..dah lewat dah ni, Abang Fawaz tunggu kat luar tu..abang tak mandi-mandi lagi..” Hannah menarik goatee Uwais kerana faham sangat lirikan mata Uwais.Pantang dilayan!

“Adeh!! Macamana nak mandi,sayang tak buka butang baju abang lagi..” uwais tunjuk muncung panjang.Lagak macam budak tadika merajuk kena marah dengan cikgu…

Hannah mengecilkan matanya. Alahai buah hati pengarang jantung aku ni,manjanya…. mengalahkan budak kecil! ikat muncung tu baru tau…

Seperti biasa,dan dah macam rutin yang perlu dia lakukan,butang baju kemeja Uwais dibukanya satu persatu…

++++++++++++++++++++++

“sedap tak?” rasanya sudah kali ke tiga soalan itu ditanya Hannah.

Uwais tak menjawab.Dia memandang Fawaz yang duduk berhadapan dengannya.Dia lihat Fawaz makan dengan berselera.Entah betul atau pura-pura…

“Sedaplah Hanny…pandai Hanny memasak..” puji Fawaz. Uwais lihat beriya-iya Fawaz menyudu kuah gulai pucuk ubi kayu yang dihidang. Isteri aku ada tanya pendapat dia ke?

sedap..sedap…tapi dari tadi aku tengok nasi tu tak luak pun,action aja yang lebih. Auta punya orang! kau takde deria rasa ke apa? kuah tu masinlah sengal!

“Abang sukalah sambal udang ni Hanny…dah lama abang tak makan..sedap sangat” Fawaz memuji lagi.Uwais masih diam,dia tetap meneruskan kunyahannya. Ikutkan hati aku,nak aja aku

sumbat sepinggan sambal udang kat depan aku ni dalam mulut dia. Apsal kau tipu isteri aku hah? sambal udang ni terlebih letak asam jawa..dah tu, letak lagi asam keping! tak cukup tu, telinga kau tak rasa nak berasap ke sebab pedas? ini memang sah dia tak ikut petua Mak Awa, lain yang disuruh buat..lain yang dia buat..maklum ajalah,Hannah bukan suka orang arah dia itu dan ini..main taranm dia aja!..alahai isteriku Hannah Maryam…sayang nak dengar abang cakap yang betul ke yang tipu? kalau abang tipu macam Si Poyo depan kita ni, sampai bila pun sayang takkan pandai..tapi kalau abang cakap yang betul,Si Poyo ni pulak dah berlebih-lebih memuji..apsal la kau wujud dalam rumah di wahai abang Fawaz!

“Abang….cakaplah,sedap ke tak?” Desak Hannah.Daripada tadi Uwais diam sahaja.Nak kata tak sedap,dia tengok Uwais dah dua kali tambah. Abang Fawaz pulak tak berhenti memuji.Dia hairan jugak,yang dia masak tu masakan kampung sebab itu kesukaan Uwais tapi apsal pulak abang Fawaz yang nampak teruja padahal abang Fawaz lebih kurang dia aja..mana suka masakan kampung ni..konfius betul!

“Abang tengah makan ni kan, biarlah abang selesai makan nanti baru abang komen..” Uwais memberi jawapan selamat.Memang masakan Hannah ada yang kurang dan terlebih tapi itu tak bermakna dia tak suka.Kalau masak ikhlas daripada hati, kalau rentung pun dia rela

makan..asalkan Hannah lakukan untuknya.Namun begitu,dia takkan sekali-kali menipu kerana manusia belajar daripada kesilapan..Cuma aku memang tak boleh blah dengan hamba Allah depan aku ni, kalau terajang orang tu tak berdosa dan menyalahi undang-undang serta moral manusia,dah lama aku kick dia ni sampai Serbia! menyemak aja kat sini..

“Hmmm…kenyanglah Hanny..bertuahnya abang hari ni..” pujian Fawaz masih tak berhenti. “Abang Fawaz..boleh tak berhenti menipu isteri saya? kalau abang terus bagi pujian yang tak ikhlas macam ni,tak ubah macam sokong membawa rebah! macamana Hannah nak pandai memasak kalau gulai masin abang cakap sedap?” Tegur Uwais.Dia dah tak tahan dengan pujian melampau-lampau Uwais.Bukan dia cemburu,kalau setakat nak puji macam tu dia pun boleh tapi kesannya nanti sampai ke sudah Hannah akan memasak dengan skill yang sama,yang azab bukan Si Poyo depannya ni,bayangkan kalau 20 tahun akan datang dia makan masakan yang masin? ape jadi? macam-macam penyakit boleh dapat..

“Tak sedap apa pulak? bila masa aku tak ikhlas puji dia? kau ni apa hal Uwais? isteri kau dah penat-penat masak untuk kau hari ni,kau boleh cakap macam tu? kalau betul pun tak sedap,tak boleh ke kau buat-buat sedap?

“Tau takpe..pasal saya bukan jenis yang suka berpura-pura…” marah Uwais.

“betul la tak sedap?” Hannah berkecil hati.Patutlah Uwais senyap saja dari tadi.Dia tak perlukan pujian Fawaz tapi dia mahu Pujian daripada Uwais tapi mendengarkan cakap Uwais tadi..dia kecil hati…kenapalah dia masak tak sedap? memang takde bakat agaknya! dia rasa nak menangis kerana usahanya hari itu tidak membuahkan hasil yang baik..

“Bukan macam tu sayang..abang tak cakap pun tak sedap..maksud abang..” tak sempat Uwais habiskan ayatnya Hannah berpaling.

“Mak Awa,tolong kemas meja makan ni ya?” teriak Hannah pada mak AwaHannah sudah bangun dari kerusi.Dia terus berlalu tanpa menghiraukan panggilan Uwais.

“Sayang! dengar dulu apa abang nak cakap ni..” Uwais menghela nafas.Bukan tak sedap..tapi abang nak sayang faham, tak semestinya apa yang kita buat akan sempurna..apatah lagi pada kali pertama..kalau hari ni ada silap,hari lain kan boleh dibaiki..itu yang nak dia jelaskan pada Hannah.Kalau dia tipu,tentu Hannah akan memasak dengan cara yang sama sebab Hannah tak tahu di mana silapnya.

“Kau ni Uwais..memang tak pandai ambil hati isteri..” Fawaz menggeleng dengan pandangan jengkel padanya.Uwais ketap bibir.Sabar ajalah! baru dua hari sampai dia dah buat aku rasa macam nak belasah orang!

“Abang Fawaz jangan jadi batu api boleh tak? isteri saya…itu urusan saya,yang abang sibuk sangat kenapa? kalau abang tak suka saya,itu hak abang tapi jangan pandai-pandai nak jadi duri dalam daging antara Hannah dengan saya..”Uwais bangun selepas meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Fawaz buat muka tak bersalah.Peduli apa aku! padan dengan muka kau,tadi berlagak sangat bermanja dengan Hannah tu depan aku,kau tak tahu yang Hannah tu kuat merajuk ke? bodoh!

bila perasankan kereta Audi A4 milik Hannah sedang dipandu keluar dari garaj.

“Hannah! nak pergi mana?” Uwais berlari mengejar kereta Hannah tapi dia gagal bila kereta itu meluncur pergi.Uwais meraup rambutnya.Sekarang dia faham satu perkara yang dulunya tak pernah ditunjukkan Hannah.Isterinya itu sebenarnya seorang yang sensitive dan cepat merajuk.Malangnya dia bukan lelaki yang pandai memujuk apatah lagi lelaki yang pandai berkata-kata manis…dia hanya tahu berterus terang dan tak pandai berpura-pura..Macamana nak buat ni? usahkan nak bincang pasal permintaan Batrisya, nak tunjuk surat pun tak sempat… Ke mana pulak isteri aku ni pergi. Harap-harap dia keluar sekejap aja…

Suami yang Kubenci 33

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 89-94)

Garis besar

Dokumen terkait