• Tidak ada hasil yang ditemukan

Suami yang Kubenci 33 by E-man Sufi

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 94-97)

Sarimah yang sedang menonton sinetron di kaca TV menjenguk melalui tingkap apabila

mendengar bunyi deruan enjin kereta di halaman rumah.Dia mengukir senyum bila melihat kereta mewah menantu kesayangannya sudah berhenti di laman rumah.Hannah? mimpi apa pulak menantu aku datang tengahari buta ni..

Dia segera bangun dari kerusi dan membuka pintu utama rumahnya.

“Assalamualaikum mak..” Hannah memberi salam sebaik sahaja dia menutup pintu kereta. “Waalaikumussalam…” Sarimah menyambut kedatangannya.Seketika mereka berpelukan dan seperti kebiasaan Sarimah akan mencium kedua pipi menantunya itu.

“Tak kerja ke hari ni? “ Tanya Sarimah sebaik saja mereka masuk ke dalam rumah.Lihat pada pakaian santai menantunya itu,dia tak rasa Hannah baru balik dari pejabatnya.

“Cuti..” jawab Hannah lalu duduk di kerusi.

“Kenapa? sakit ke? hah…tak sedap badan ya? ada rasa mual-mual dah ke?”

“Ish..takdelah mak..belum lagi..”cepat-cepat Hannah geleng.Mak mertua aku ni pun, kalau aku datang aja takde soalan lain nak ditanya..sabarlah dulu Mak ya!

“Manalah tahu dah dapat penyakit buatan orang tu…” Sarimah berbahasa.Hannah berfikir seketika.Penyakit buatan orang? Siapa pulak yang nak mandremkan aku?

“Eh, setakat ni rasanya takde lagi orang yang dengkikan Hannah mak..kalau ade yang sakit hati pun,minta-minta taklah sampai nak buat benda tahyul tu kat Hannah mak..”

Sarimah terlongo sekejap.Hmm..apa pulak yang menantu aku ni merepek.Lain aku cakap lain pulak yang dia faham…angguk ajalah..

“Haah..eloklah kalau macam tu” Sarimah tak mahu memanjangkan cerita pasal penyakit “buatan orang” tu. Maklum ajalah,menantunya ni kurang arif dengan kiasan..

“Anis mana mak?”

“Belum balik lagi,ada kelas tambahan katanya..”

Hannah angguk.Patutlah Mastura pun tak balik lagi tadi.

“Mak tengok muka Hannah ni sedih aja, kenapa? Uwais mana? tak ikut sekali…ke dia tak balik sekolah lagi..”

“Dah balik,ada kat rumah Tuk Ayah…”

“Hmmm…suara tu macam sayu aja… mak ni orang lama, tengok pada airmuka tu, macam ada yang tak kena, Hannah bergaduh dengan anak bertuah tu ya?

“Bukan bergaduh mak..” “Habis tu? “

“Merajuk dengan abang tu…Hannah kecil hati dengan abang Uwais mak”

“Dia buat apa? cakap dengan mak..tahulah mak ajar dia nanti, Oo..berani dia kecilkan hati menantu kesayangn mak ni ya..jaga dia”

“Hari ni Hannah memasak..tapi abang Uwais cakap tak sedap..tu pasal sedih ni mak..sebab tu Hannah datang sini,mak aja tempat Hannah nak mengadu” Hannah berusaha menyedihkan lagi wajahnya.Sempat pulak dia mencapai kotak tisu di atas meja.Sarimah menggeleng.Kesian menantu aku.Uwais ni memang nak kena, isteri dah memasak suka hati dia cakap tak sedap… agaknya selama ni dia nak komen masakan aku tapi tak berani,dapat isteri..hah,tunjuk bakat jadi pengkritik ya?

“Dia cakap tak sedap?”

“Sebenarnya,Hannah bukan reti sangat memasak mak..” Hannah berterus terang.Sarimah tetap senyum.Selama ni pun,dia memang tahu dan boleh agak tapi dia faham bukan semua wanita berkerjaya mampu jadi begitu sempurna dalam rumahtangga.

“ ewah…dia masak sedap sangat ke? dah pandai jadi pengkritik pulak ya, hah..minta sini handset Hannah..”

“Hah?” Hannah terkebil-kebil.

“Handset, mak nak call Uwais..Handset mak dah habis kredit, tak topap lagi..”

“Kejap mak ya..” Hannah mencari-cari Blackberry dalam tas tangan.Kemudian diserahkan pada mak mertuanya itu.

“Ish…macamana nak guna ni? manalah mak reti,Hannah dailkanlah..” Sarimah menyerahkan semula gajet itu kepada Hannah.

Hannah ketawa kecil. Kelakar betul mak mertua aku ni… lebih kurang jugaklah dengan pujaan hati aku tu..anak bertuah mak tu lah..

“Mak nak cakap apa dengan abang?” “Mak nak bagi tazkirah sikit..”

“Mak janganlah marah abang ya?” pinta Hannah.Tak naklah dia kena marah..mak mertua aku ni boleh tahan garang..tapi sekali sekala dapat kenakan dia best jugak..asyik aku aja yang kena kan..

++++++++++++++++++++++

“Kau nak pergi mana?” Fawaz mengekori Uwais yang baru keluar dari rumah. “Cari Hannah..”

“Aku nak ikut!” Fawaz segera menyarung kasut.Uwais yang sudah jauh melangkah berhenti dan berpaling.

“Abang Fawaz jangan nak menyibuk boleh tak?”

“Aku tak kira,aku nak ikut jugak…kau punya pasal Hanny merajuk..” Fawaz tetap selamba.Memang takde perasaan betul!

Uwais cekak pinggang.Aku memang makan hati dengan dia ni,dah la tak reti bahasa..muka tembok pulak lagi..

“Kau tengok apa? kau bagi ke tak..aku nak ikut jugak..”

Fawaz sudah membuka pintu kereta mini cooper dan memboloskan dirinya di tempat duduk sebelah pemandu.Uwais mendongak ke langit. Ya Allah, berikanlah aku kesabaran yang tinggi! kalau tidak, ada juga yang kena sumbat dalam bonet kereta ni karang..

“Cepatlah!!” arah Fawaz.Uwais buka pintu kereta dan masuk.Dia menghidupkan enjin mini coopernya tapi tak hidup pula.

“Apa hal pulak? kereta kau ni buruk betul…aku tak pernah jumpa kereta yang lagi buruk daripada ni.. kau ni takde duit sangat ke nak beli kereta baru?kau tengok,nak hidup enji pun tak boleh..” Uwais ketap bibir.Kalau telinganya boleh dicabut,dah lama dia tanggalkan..Wargh!!!! kenapalah ade spesis macam ni, kalau Hannah dulu aku boleh terima sebab dia isteri aku tapi Abang Fawaz ni dah macam musuh dalam selimut!

“Bisinglah! kalau nak ikut,duduk diam-diam boleh tak?” Uwais sekali lagi cuba menghidupkan enjin keretanya tapi tak boleh hidup juga.Waaaa…kenapalah kura-kura comel aku ni buat hal! “Aku cakap benda betul apa, terima ajalah hakikat yang kereta kau ni memang buruk..” “kalau buruk tak payahlah naik..” marah Uwais.

“Suka hati akulah nak naik ke tak..” Fawaz mencebir.

Tiba-tiba handset Uwais berbunyi.Dikeluarkan dari saku seluarnya.Tertera nama “Sayang” di skrin.

“Siapa call? Hanny ke?” Fawaz cuba menelek skrin handset Uwais tapi tak berjaya bila Uwais menghalang dengan tangannya.

“Tak…Perdana Menteri!” jawab Uwais dan keluar kereta.Sibuk aja!

“Sayang? kat mana ni?” Uwais terus bertanya hingga terlupa untuk memberi salam. “Banyaklah kau punya sayang!! “ sergahan itu buat dia terkejut. Uikss… mak akulah! “Err..Assalamualaikum mak..”

“Waalaikumussalam…hah, mak nak beritahu ni, menantu mak ada di rumah ni.. katanya dia kecil hati dengan kau,apa kau dah buat dengan dia?” garang betul suara maknya di talian.Naik kecut jugak perut Uwais mendengarnya.Nasib baik dah biasa..

“Buat apa pulak mak? buat biasa aja..dah nama isteri saya, buat macam isterilah mak..” Uwais ketawa.Oh, dia lari rumah mak ya….ni mesti dia dah mengadu pasal aku kat mak.

“Ada aja jawab kau ya? kenapa kau cakap masakan dia tak sedap? tinggi sangat ke citarasa kau tu..mak ni, masa arwah ayah kau ada dulu,sekali pun dia tak pernah cakap macam tu tau

walaupun ada masanya memang mak sengaja masak masin..”

“Mana ada saya cakap tak sedap mak,saya cuma cakap masin aja.., menantu mak tu sensitive sangat,belum abis cakap dah merajuk..mak, suruh Hannah balik mak ya? kesian anak mak ni kena tinggal..” Uwais minta simpati.Mana taknya,tak sampai sejam Hannah lari dia dah rindu.

“Takdenya mak nak kesiankan kau..ni, kau pandai-pandailah hidup sendiri dua tiga hari ni,mak nak Hannah tinggal kat rumah mak ni, pasal kau banyak sangat komen kan? hah, biar mak ajar dia memasak sampai kau puas hati..”

“Okeylah tu mak..cantek!! mak memang terbaik dari ladang” Uwais gelak lagi. “Bertuah punya anak..kau ingat mak ni lembu ke apa?”

“Sorry mak..tak sengaja..” Ish..ish…sejak dapat menantu ni,makin garang pulak mak aku ni. “Disebabkan kau memang suka usik menantu mak ni sampai dia merajuk,mak nak denda kau..jangan balik rumah mak ni sampai mak izinkan kau,sampai mak dah yakin Hannah ni boleh memasak macam yang kau nak..”

“Mana boleh mak, takkan mak nak kuarantin Hannah tu kat sana?” Uwais cuak. Apa kes pulak tak bagi balik rumah mak? tak sedap hati dah ni..

“Kuarantin ke..apa ke..mak tak peduli,kau jangan datang sini…sementara dia jadi anak murid mak,jangan haraplah kau nak bercinta dengan dia..” Suara maknya dah macam ala Nyonya Mansur dalam filem Ibu Mertuaku..tapi aku ni anak dia? apasal aku pulak yang dah macam menantu ni?

“Mak..saya tahulah mak dulu guru memasak Gerakan Persatuan Wanita, tapi mak..takkanlah mak nak buka akademi memasak pulak kat rumah tu..nak halang saya jumpa Hannah lagi,tak adil mak..” rayu Uwais.Dia tak sanggup kalau tak jumpa Hannah selama beberapa hari.Orang baru nak bercinta!

“Adil..madil..kau jangan banyak cakap, ini keputusan mak..sebarang surat menyurat tidak akan dilayan..kalau kau nak datang boleh,tapi sampai depan rumah je..kau bercintalah ikut

tingkap,jangan kau panggil Hannah guna botol sudah..kau nak call ke sms ke suka hati..mak tak kisah,tapi Hannah ade pesanan ni..dia malas nak layan kau!

“Alah mak ni…sampai hati..” Uwais makin sedih.Hannah pun sama, berpakat dengan mak nak dera perasaan aku!

“Kau nak sangat buli Hannah kan? sekarang mak buli kau..Assalamualaikum..” talian dimatikan. “Waalaikumussalam..”Uwais bersuara lemah. sampai hati mak! jangan pisahkan aku dan dia… Tuhan tolonglah, kucinta dia..biarkan kami tetap bersama… sedih!

“oi!!! jadi ke tak cari Hanny ni?” Fawaz berteriak dari dalam kereta.Bosan betul aku dengan abang Fawaz ni!!

“Tak jadi..” Uwais takde mood.. Dalam kepalanya hanya memikirkan Hannah..Hannah..Hannah.. “Kenapa pulak?”

“Hannah dah pergi Afrika!!” jawabnya selamba lalu masuk semula ke dalam rumah.3 hari?? tidak!!!

Suami yang Kubenci 34

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 94-97)

Garis besar

Dokumen terkait