“Uwais…” Hafiz memanggil Uwais yang sedang bermenung di tepi pintu.Namun panggilannya itu tidak ada tindak balas daripada Uwais.Hafiz pandang Fawaz yang baru sahaja muncul dari arah dapur.
“Macamana Hafiz? dah boleh kita bergerak sekarang? tadi..Abang Din dah telefon..tanah kubur dah siap digali..” bisik Fawaz.Dia melirik jam di dinding.Sudah pukul 9 pagi.Dia sempat
memandang kea rah rumah mertuanya yang tidak jauh dari rumah Uwais.Masih awal untuk kenduri bermula.Dia tahu situasi antara kedua rumah yang berjirang itu berbeza.Di sana dia sepatutnya meraikan majlis perkahwinannya.Namun begitu, apa yang berlaku di sini lebih perlu diberi keutamaan.Apatah lagi Uwais masih lagi dalam keadaan terkejut apabila waktu Subuh tadi, anak lelakinya disahkan meninggal dunia.Hanya beberapa jam sahaja Uwais dapat menatap tubuh bernyawa bayinya itu.Dan yang lebih menyedihkan mereka sekeluarga sehingga jenazah bayi itu dibawa pulang untuk dimandikan dan dikafankan, Hannah masih lagi belum sedar dari tidurnya.
“Uwais…” panggil Hafiz lagi.Begitulah keadaan Uwais usai mereka menunaikan solat jenazah tadi.Fawaz sudah menghilang ke dalam bilik.Kemudian kelihatan Fawaz keluar bersama jenazah bayi kecil yang telah dikafankan.Begitu kecil dalam dakapan Fawaz hingga kelihatan seperti Fawaz memeluk sebiji bantal kecil.
“Uwais Ukasyah!” Tan Sri Idris yang turut keluar dari bilik bersama Imam Safuan memanggil Uwais.Suaranya yang kedengaran tegas itu barangkali mampu menyentak lamunan Uwais. “Ya tuk..”Barulah Uwais kelihatan seperti tersentak dan tersedar.Dia bangun dari duduknya dan mendekati Fawaz.
“Dah masanya kita tanam jenazah bayi ni..” Imam Safuan memegang bahu Uwais yang sekadar angguk.Sesekali Uwais menyapu kelopak matanya dengan tangan.
“Biar saya bawa jenazah anak saya” pinta Uwais pada Fawaz.Dengan penuh hati-hati Fawaz menyerahkan jenazah kecil itu.Uwais mendakap jenazah yang berbalut kain putih itu.Diciumnya seketika dengan sedaya upaya menahan dari tumpahnya airmata.Maafkan abang
Hannah…maafkan abang sebab tak sempat nak tunjukkan bayi kita pada Hannah..
“Kita pergi sekarang Uwais..”Hafiz mengajak Uwais supaya segerakan pengembumian anaknya itu.Fawaz sudahpun turun dari rumah dan menghidupkan enjin kereta.
Hampir pukul 10.30 setengah pagi.Jenazah bayi Uwais selesai ditanam.Selepas bacaan doa,mereka sekeluarga yang terlibat dalam urusan pengkebumian itu perlu segera pulang ke rumah kerana masih ada majlis yang perlu diselesaikan.
“Fawaz…ajak Uwais balik..”Tan Sri Idris tahu Uwais bersedih tapi hidup mesti diteruskan.Dia sendiri mahu ke hospital untuk menjenguk Hannah.Biarlah kenduri perkahwinan Fawaz diuruskan ibubapanya..Hannah perlukan dia dan Uwais kerana Hannah tidak ada ibu bapa lagi..dan
sekarang, Hannah juga tidak memiliki anaknya juga..Dia hanya mampu berdoa supaya kedua cucunya itu tabah dan bersabar.
“Terima kasih banyak imam..” Tan Sri Idris memeluk batang tubuh Imam Safuan yang banyak membantu sekalipun dalam kesibukan kenduri perkahwinan anaknya.
“Tak apa Tan Sri..kita bukannya orang lain..”
“Saya sendiri tak tahu nak cakap apa..dalam keadaan kita yang nak meraikan pernikahan Batrisya dan Fawaz..dalam masa yang sama..Uwais dan Hannah pula diuji begini..” “Pasti ada hikmah Tan Sri…bagi orang-orang yang bersabar,tentu ada ganjaran yang Allah berikan atas ujiannya..lumrah kita manusia diuji ketika bergembira..dan ada ketikanya kita mendapat kegembiraan ketika kita sedang berduka..bersabarlah..seperti Firman Allah..sesuatu yang buruk itu boleh jadi baik bagi kamu..dan barangkali yang baik itu sesuatu yang buruk bagi kamu..sesungguhnya Aku lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa..” “Ya..betul tu imam..saya harapkan kedua cucu saya ni..banyak bersabar”
Tan Sri Idris mengisyaratkan Fawaz segera mengajak Uwais pulang.
“Mari kita balik Uwais…kau pun kena pergi ke hospital..bila Hannah sedar nanti,tentu dia nak jumpa kau” pujuk Fawaz bila Uwais masih berdiri sambil memerhatikan kubur anaknya yang
masih merah.Papa balik ya sayang…InsyaAllah,akan tiba masanya..Allah akan temukan kita.. Airmata Uwais tumpah lagi.Bagaimana nak dia sampaikan berita kematian anaknya itu pada Hannah? apa yang nak dia cakapkan? tentu Hannah sedih nanti..tentu Hannah terkilan kerana tidak sempat melihat wajah bayinya.Bukan dia tidak mahu merakamkan wajah terakhir anaknya itu tapi seandainya hanya menambahkan lagi kesedihan di hati Hannah nanti..lebih baik raut wajah comel itu menjadi ingatannya saja..Mungkin tindakan itu kejam tapi dia tidak pasti sejauh mana ketabahan Hannah berbanding dirinya.Kalau dia seorang ayah hampir tewas dengan kesedihan..inikan pula Hannah yang 7 bulan bersama bayi itu di dalam kandungannya..mereka umpama dua jasad satu nyawa..
Handset Uwais berbunyi dan dia agak lambat menjawab panggilan yang datang dari talian maknya.
“Ya mak…” “Dah selesai ke?”
“Sudah..” jawab Uwais dengan suara yang lemah.Ketika itu dia sudah beriringan bersama Uwais ke kereta.
“Uwais…Hannah dah sedar…dia sebut nama kau aja..datang cepat ya? mak tak sampai hati nak beritahu..”
Uwais rasa jantungnya berdegup kencang.Lemah semangatnya bila memikirkan betapa sukarnya berdepan dengan Hannah nanti.
++++++++++++++++++++++++
Dia mendengar tangisan anak kecil itu.Dari mana arahnya? Hannah tak tahu dia berada di mana..yang ada di hadapannya hanyalah padang rumput hijau yang seluas pandangan.
Dia masih mendengar tangisan itu lagi.Hannah masih tercari-cari.Dia tak faham…kenapa dan di mana dia berada?
“Sayang….” suara yang sudah sebati dengan halwa telinganya itu buat dia berpaling. “Abang!!” Hannah senyum.Dia berlari mendapat Uwais yang tidak jauh dari situ. Uwais yang memakai sepasang baju Melayu putih itu sedang memangku bayi yang dibaluti kain putih. “Baby tu…”
“Anak kita sayang…”Uwais senyum.Hannah tak faham..adakah dia dah melahirkan bayinya tapi kenapa dia tak ingat apa-apa?
“Anak kita…boleh saya tengok?” Hannah senyum.Kalau Uwais kata bayi itu anak mereka,dia mahu mendakapnya.Anak lelaki yang dia tunggu selama ni.
“Tak boleh sayang…”Uwais geleng. “Kenapa?”
“Sebab kami akan bawa bayi ni pergi..” satu suara lain pula kedengaran.Suara yang selalu dia rindui.Ya! itu suara mama..
“mama!!” Hannah terkejut bila tiba-tiba mama dan papanya muncul.Dia kaget bila Uwais menyerahkan bayi itu kepada kedua orang tuanya..
“Selamat tinggal sayang…”
“mama dengan papa nak bawa anak saya pergi mana?” jerit Hannah.Dia pandang Uwais yang berwajah muram.
“Kenapa abang bagi mama bawa anak kita pergi? Hannah makin tak faham.Apa semua ni? tiba-tiba semuanya hilang dan dia rasa pandangannya silau..
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Abang…..” suara perlahan itu mengejutkan Anis dan Mastura yang sedari tadi menunggu Hannah .
untuk mencari maknya.
“Abang….” Hannah rasa kepalanya pening.Dia mengerut dahi bila melihat Mastura ada di sisinya.Aku di mana sebenarnya ni? seingatnya..dia baru balik dari rumah Batrisya kemudian sampai di rumah dia mahu mengambil wudhu’ di bilik air.Selepas itu….ya, dia ingat yang dia terjatuh kerana bilik air itu agak licin..dia masih rasa betapa sakitnya kerana jatuh terduduk di atas lantai..walaupun dia berusaha menjerit memanggil Uwais..tapi tiada siapa yang datang hinggalah pandangannya gelap!
“Along…jangan banyak bergerak..” dia dapat dengar arahan adiknya itu. “Angah…Along kat mana ni?”
“Along kat hospital..”
“Hospital? abang Long mana?”
“Along sabar ya? Along rehatlah..sekejap lagi Abang Long sampai..” Mastura serba salah.Dia tak tahu nak jawab apa lagi.Kalau dia cakap apa yang dah berlaku,dia bimbang Alongnya akan terkejut nanti.
“Hannah? syukurlah…dah sedar pun anak mak” Sarimah masuk ke bilik itu dan segera mendapatkan Hannah.Diusap lembut dahi Hannah yang masih kelihatan tidak bermaya. “Mak…kenapa semua ni mak..”Hannah agak hairan kerana lengannya terdapat saluran yang menyalurkan darah.Dia masih tidak berdaya untuk bergerak.Hannah rasa seperti ada yang tidak kena.Kenapa dia tidak dapat rasa pergerakan bayi dalam kandungannya?
“Hannah…semalam Hannah jatuh di bilik air..Uwais bawa Hannah ke hospital..Hannah banyak hilang darah jadi doktor terpaksa buat pembedahan untuk keluarkan bayi dalam kandungan Hannah..”
“Ya Along…Along baru aja selesai jalani pembedahan semalam..”
“Jadi..anak Along dah lahir la kan..”Hannah senyum dengan wajah yang masih pucat.Tak kira sama ada normal atau pembedahan yang pasti anaknya sudah melihat dunia.Jadi,apa yang dia alami tadi mimpi atau nyata? kalau nyata kenapa dia terbaring di atas katil ni dan mana Uwais? mana anaknya?
“Baby sihat ke mak?” tanya Hannah.Sarimah dan Mastura berpandangan.
“Emm..Hannah rehatlah ya? mak nak pergi cari Anis..ke mana pulak budak tu pergi..”Sarimah mahu mengelak dari memberi jawapan.Dia mahu menelefon Uwais supaya datang segera.Dia harap pengkebumian jenazah cucunya sudah selesai.
“Mak…”Hannah cuba memanggil mak mertuanya itu tapi dia rasa suaranya begitu perlahan.Dia hanya mampu memandang mak mertuanya berlalu.Kenapa tak jawab? Abang…Abang pergi mana..kenapa abang takde kat sini?
“Along jangan banyak bergerak.Nanti jarum ni tercabut..Along dah hilang banyak darah..” Mastura membetulkan kedudukan tangan Hannah.
“Angah…baby Along macamana?”
“Err…Along jangan banyak bercakap..tunggu abang Uwais ya? “ Mastura mula
menggelabah.Mak cik Sari! kenapalah tinggalkan saya kat sini..macamana nak jawab ni? “Puan Hannah dah sedar ke?” Tiba-tiba Doktor Azrin muncul.Mastura rasa lega.
“Ya Doc..kakak saya dah sedar…”
“Puan Hannah jangan banyak bergerak ya…saya nak buat pemeriksaan sekejap aja..”Doktor itu berbicara lembut sekali.Hannah diam saja.Dia tidak bergerak dan membiarkan doktor
memeriksanya.
+++++++++++++++++++++++++++++++++ “Dia dah sedar mak?”
“Iya Uwais…dia tanya keadaan anak dia..mak dah ceritakan yang dia baru lepas dibedah tapi mak tak cakap yang anak kau dah takde..” beritahu Sarimah sebaik sahaja Uwais dan Tan Sri Idris tiba.
“Masuk Uwais…”
“Jangan berbohong dengan dia..tak kira sama ada sekarang atau kemudian..hakikatnya tetap sama”
“Abang Long…”Mastura keluar dari bilik Hannah ditempatkan.Di belakangnya Doktor Azrin juga turut keluar setelah selesai memeriksa keadaan Hannah.
“isteri saya okey ke doktor?” tanya Uwais.
“Alhamdulillah…dia dalam keadaan stabil dan semakin baik..cuma perlu banyak berehat memandangkan dia dah banyak kehilangan darah..jangan bimbang..saya akan pastikan yang Puan Hannah semakin pulih dan dibawa pulang secepat mungkin..saya ucapkan Takziah atas kehilangan anak Encik Uwais tapi InsyaAllah…ada rezeki lain kan..Puan Hannah masih boleh pregnant,lagipun dia tidak mengalami apa-apa kecederaan pada rahimnya dan memandangkan usianya yang masih muda..Encik Uwais dan isteri masih berpeluang punya zuriat lagi..”
“Doktor..kalau isteri saya tanya tentang anak kami..
“Saya faham…dalam situasi begini..Encik Uwais perlu beri dia sokongan..kalau boleh,jangan tunjukkan kesedihan di depannya..itu boleh mempengaruhi emosi sedihnya..saya dah ceritakan semuanya pada dia..bahkan saya sudah fahamkan dengan jelas sebab kematian anak
encik..Alhamdulillah dia dapat terima dengan sabar..tapi, saya tak nafikan yang dia dalam keadaan terlalu sedih..” terang doktor Azrin.Menghadapi kes sebegitu bukan pertama kali baginya.Dia sudah melihat situasi yang sama berkali-kali hingga menjadi lali.
“Masuklah dan tenangkan dia..” “Terima kasih doktor..”
“Pergilah Uwais..kami tunggu di luar ni..” Tan Sri Idris menepuk bahu Uwais. +++++++++++++++++++++++
“Sayang…..”
Uwais menyapu airmata yang mengalir di pipi Hannah.Isterinya itu tidak bergerak.Hanya tangisan kecil kedengaran.Uwais mencium dahi Hannah.
“Sabar sayang…”Dibisikkan ke telinga Hannah.Uwais mengetap bibir.Jangan menangis Uwais!!! dia menggenggam tangannya sekuat mungkin supaya dia mampu menahan rasa sedih
mendengar tangisan Hannah.
“Anak kita comel tak bang?” tanya Hannah.
“Comel sayang….macam papa dia..”Uwais cuba senyum.Dia menyembunyikan wajahnya ketika berasa airmata mula mahu menitis.
“Abang sempat azankan dia tak?” “Sempat sayang…”Uwais angguk.
“Bila saya keluar nanti…abang bawa saya pergi ziarah kubur anak kita ya?”
Uwais angguk juga.Dia tidak mampu lagi menahan perasaannya.Sekuat manapun dia cuba sembunyikan perasaannya di depan Hannah..dia tetap gagal.
“Saya minta maaf…”Hannah cuba memegang wajah Uwais tapi dia tak berdaya nak mengangkat tangannya.Uwais pegang jemari Hannah dan diletakkan pada pipinya.
“Tak perlu minta maaf sayang…semua ni dah takdir..” “Abang tentu kecewa kan?”
“Tak sayang…abang bersyukur,Allah masih berikan kesihatan dan keselamatan pada isteri abang…”
“Kalau tak..kenapa abang menangis?” Hannah sapu airmata pada kelopak mata Uwais. “Abang menangis ke? mana ada..”Uwais cepat-cepat menyapu kesemua airmatanya hingga kering.
“Abang janganlah sedih…abang banyak bersabar ya?”
Uwais angguk dan senyum.Ya Allah…sepatutnya aku yang tenangkan dia tapi kenapa dia pulak yang tenangkan aku…terima kasih ya Allah kerana kau berikan hati yang kuat untuk dia
berdepan dengan semua ni..
Hannah pandang wajah Uwais.Dia tahu Uwais sedih sama sepertinya.Selepas kematian kedua ibubapanya,kematian anaknya ini adalah perkara yang cukup menyedihkannya.Apatah lagi dia tidak dapat menatap wajah comel itu…tapi dia percaya,pasti ada hikmahnya!