• Tidak ada hasil yang ditemukan

Suami yang Kubenci 42 by E-man Sufi

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 125-128)

“Encik jangan bergerak..bawa bertenang..”

Batrisya meletakkan daun pisangnya di atas rumput.Matanya mengerling Uwais dan Hannah yang lebih tertumpu pada ikan laga yang berjaya ditangkap Uwais. Kalau tunggu Hannah dengan Uwais,makin kuat pulak lelaki ni menjerit nanti..kelakar la pulak, tak pernah aku tengok orang lelaki melalak macam budak kecik.

Fawaz berhenti menghentak kakinya.Lagipun buat penat aja kerana binatang di kakinya itu tetap melekat.Siapa pulak perempuan cun ni..cover..cover..sampai hati Hanny dengan Uwais biarkan aku macam ni..kejam! Fawaz meraup wajahnya.Dia sebenarnya nak menyeka airmata yang berjurai-jurai di pipi.Maunya aku tak takut..ieee gelilah!! lain kali aku tak nak lagi terjun dalam tali air tu!

“Okey..emm..sekarang ni Encik nak biarkan lintah ni jatuh sendiri lepas kenyang atau nak saya tarik?” Tanya Batrisya yang sudah menghampirinya. Fawaz terlongo.Pulak? kena buat pilihan jugak ke? yang aku tahu aku nak binatang spesis Pontianak ni pergi main jauh-jauh..jangan hisap darah aku!! wahai cik yang baik hati..tolonglah selamatkan aku!

“Buanglah!! benda ni tengah hisap darah saya macam drakula..” Suara Fawaz seakan merayu.Batrisya tanpa berlengah menarik salah seekor dari lintah yang begitu berselera menghisap darah Fawaz.

“Arrggghhh!!!! sakitlah!!!” jerit Fawaz bila gigitan lintah itu terlepas dari betisnya.

“Memanglah sakit…sebab lintah ni belum kenyang lagi,gigitannya kemas..Encik tahan sikit ya?” Sungguh lembut suara gadis bertudung itu.Fawaz terkedu..Lembutnya perempuan ni..dia ni kerja jururawat ke? dia memerhatikan raut wajah di depannya itu.Cantik! seketika dia terlupa pada lintah di kakinya.

“Tinggal empat ekor aja lagi..tahan tau” Batrisya ukir senyum.Dia tanpa bicara lagi terus membuang kesemua lintah-lintah itu dan dicampakkan semula ke dalam tali air.

“Encik jangan bimbang,lintah-lintah ni cuma hisap darah kotor aja..dan takkan dapat penyakit apa -apa pun..”Fawaz angguk.

“Sebelum ni tak pernah tengok lintah ke?” tanya Batrisya.Siapa lelaki ni ya? tak pernah nampak pun,tengok pada gaya macam orang luar.. abang Hannah agaknya.Dia teringat tadi Hannah membahasakan lelaki itu abang..

Fawaz geleng.Dia rasa lega kerana kesemua lintah-lintah itu telah pun dibuang.Kalaulah bukan kerana gadis di depannya ini yang membantu,tentu sampai ke sudah dia tanggung rasa geli gelemannya tadi.

“Kejap ya?” Batrisya bangun.Fawaz hairan.Dia nak ke mana pulak tu? Pelik bila tengok Batrisya pergi ke arah semak samun berdekatan kemudian kembali bersama beberapa helai daun yang dipetiknya.

“Nak buat apa dengan daun tu?” tanya Fawaz.

“Ini daun Kapal Terbang..boleh hentikan pengaliran darah dari tempat luka..”beritahu Batrisya.Dia melumatkan daun itu dengan kedua telapak tangannya,kemudian dilekapkan pada bekas-bekas gigitan lintah pada kaki dan betis Fawaz yang masih mengalir sedikit darah.

“Terimah Kasih..”Ucap Fawaz.Dia senyum pada Batrisya dan bila gadis bertudung itu turut membalas senyumannya Fawaz rasa degupan jantungnya yang tadi sudah reda kembali berdetak tapi rentaknya rasa semacam pulak!..Boleh senyum lama lagi tak?

“Sama-sama..”jawab Batrisya lalu bangun..

Fawaz seperti tersedar dari lamunan bila melihat Batrisya sudah bangun.Wait!! nama awak siapa?? nak dia bertanya tapi…

“Sya!! dari mana tadi?” Uwais sudahpun menghampiri Batrisya.Sya?? itu aja ke nama dia? Sya ape? Syakirah? Syarifah? Arghh!!! Uwais ni…kacau daun ajalah!! aku nak berkenalan dengan penyelamat jiwa aku pun tak senang!

++++++++++++++++++++++++++++++++++ “Cantik!!”

“Suka tak?”

“Mestilah…saaayang abang!” Hannah mengusap pipi Uwais yang sudah naik ke darat.Uwais memasukkan ikan laga berwarna merah itu ke dalam botol kaca yang dibawanya.

“Takkan sayang aja..bagilah kiss ke” Uwais sengeh.

“Abang ni,kalau ya pun takkan kat sini…” Hannah menampar lembut pipi Uwais yang tersenyum-senyum.Mata nakal Uwais itu buat dia sentiasa terpikat.Hannah baru teringatkan Fawaz,dia berpaling memandang Fawaz yang sedang dibantu Batrisya.Aik? Batrisya pegang lintah? OMG! dia tak geli ke? membulat matanya memandang tindakan berani Batrisya itu.

“Abang…tengok tu” Hannah mencuit Uwais. “Apa?”

“Tu…”Hannah menunjuk kea rah Cikgu Batrisya yang sedang menarik lintah.Uwais turut memandang.Dia tidak begitu hairan pun..sememangnya dari kecil lagi Batrisya selalu mengikut dia dan Hafiz bermain di tali air.Setakat lintah dan macam adik-beradik dengan mereka. “Ieee…Sya tak geli ke dengan binatang penghisap darah tu?”

“Lintah…”Uwais ketawa.Susah-susah aja nak sebut panjang macam tu.Binatang penghisap darah! Adoilah..sayang aku ni..Uwais meletakkan botol berisi ikan di atas tanah.

“Whatever! tapi …ieeee..kalau saya, tak sanggup..tengok pun geli,inikan pulak nak pegang..” Hannah menggeleng dengan wajah berkerut.

“Itulah…selembut-lembut Sya tu ada beraninya tau…bukan macam sayang tu, garang macam harimau..tapi tidur dalam gelap pun takut..nasib baik ada abang..”

“Apa abang cakap?” Hannah ketap bibir.Spontan jemarinya mencubit pinggang Uwais.

“Adeh….sakit sayang…betul la abang cakap..” Uwais menahan sakit.Amboi..pantang aku kutuk cepat aja jari dia..macam penyepit ketam!

“Menyampah tau! jangan sampai abang tidur kat luar nanti”

“Tak nak lah…nanti kalau rumah mak black out lagi macamana?” ketawa Uwais

kedengaran.Hannah cekak pinggang.Marahnya tak jadi bila terpandangkan Batrisya dan Fawaz yang sedang berbual.Siap berbalas senyum pulak tu.

“Abang…tengoklah tu..”Dia menarik baju Uwais.

“Apa lagi? bosanlah asyik tengok muka abang Fawaz tu,abang nak tengok muka sayang abang ni..”

“Yang tu bila-bila pun boleh…yang ni memang tak disangka-sangka..”Hannah menolak pipi Uwais supaya menoleh pandang pada Fawaz dan Batrisya.

“Abang nampak tak? eh…eh…macam sepadan aja kan Sya dengan Abang Fawaz tu?” Hannah senyum.Okey apa..kalau Batrisya dengan Abang Fawaz,takdelah aku nak fikir yang bukan-bukan lagi..

“Batrisya? dengan Abang Fawaz? sepadan? Ceh…macam langit dengan bumi..Sya tu

baik,lemah lembut,sopan santun..taat beragama..Abang Fawaz tu,nak bangun solat Subuh pun payah..dah tu,berlagak lagi..harapkan kaya aja..silap-silap nanti,dia mainkan perasaan Sya tu,macamana?” Uwais tak setuju.Kalau orang lain dia tak kisah.Ini abang Fawaz? dia bimbang kalau-kalau Batrisya yang polos itu hanya diambil kesempatan.Lelaki kaya..kacak lagi..sudah tentu ramai perempuan yang terkejar-kejar..Kasihan pada Batrisya nanti.Sedangkan dia pun banyak bersabar dengan kerenah Hannah dulu.Dia lelaki,tapi Batrisya perempuan..hati perempuan lebih rapuh dan mudah terluka..lainlah kalau Abang Fawaz boleh berubah macam pujaan hatinya..

Hannah diam.Dia terasa hati dengan kata-kata Uwais tadi.Bukankah perangai Abang Fawaz dengannya lebih kurang sama saja.Kalau Uwais memandang rendah pada peribadi abang Fawaz..maknanya,Uwais juga memandang dia sama seperti itu.Dia sedar dia tak seperti Batrisya..sekarang pun dia sedang berusaha untuk berubah kea rah lebih baik lagi.. Uwais sudah melangkah mendekati Batrisya.

“Sya! dari mana tadi?” soal Uwais pada Batrisya.Hannah hanya memerhati.Kalau Batrisya yang sempurna pada mata abang tu tak sepadan dengan abang Fawaz,habis tu..dengan siapa dia sepadan? dengan abang? Hannah rasa walang.Entah-entah memang betul abang ada hati dengan Batrisya tu sebab tu abang tak setuju dia dengan abang Fawaz kan? kan? Hannah tak rela…Hannah nak abang jadi hak Hannah sorang aja!..

bergenang di kelopak.Bencinya..kenapalah sejak jatuh cinta dengan abang ni asyik nak menangis aja? Kalau dulu dia memang payah nak menangis tapi hanya seorang saja yang mampu buat dia ketawa..menangis..merajuk..pujaan hatinya..Uwais Ukasyah!

Hannah memandang lagi pada Uwais yang sedang berbicara sesuatu dengan Batrisya.Memang dia cemburukan Batrisya tapi dia tahu..Cikgu itu tidak bersalah..nak buat macamana..dah memang itu yang dia rasa!

++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Ambil daun pisang kat kebun..tapi dengar orang menjerit pulak”

“Oh..nak buat apa?” uwais mengerling Fawaz yang sedari tadi memandang Batrisya.Ewah…naik juling mata dia pandang anak dara orang!

“Lepat Ubi..” jawab Batrisya.Dia perasan lelaki yang ditolongnya tadi masih memandang padanya.Apa kes pulak mamat tu pandang aku semacam aja? tak letih ke asyik senyum dari tadi? aku pun tak larat nak balas ni..

“Sedap tu,nanti dah siap..hantar ke rumah abang sikit ya? dah lama tak makan Lepat Ubi” “InsyaAllah..emm..Abang,pasal perasmi Karnival Ilmu tu..abang dah tanya dengan Hannah ke? kalau belum..biar Sya tanya sendiri ajalah”

“Eh…takpe..takpe..abang memang nak beritahu hari ni..Sya serahkan pada abang…tahulah abang buat kerja abang..”

“Bukan apa,mana tahu nanti dia sibuk ke..masa dah nak dekat ni..nanti tak sempat cari orang lain..”

“Jangan risaulah..mesti jadi punya”

“Okeylah..Sya balik dululah…dah nak masuk tengahari ni,nak memasak lagi..”

“Hmm..eloklah tu” Uwais angguk.Aku pun dah tak larat tengok Abang Fawaz ni dari tadi asyik tenung Sya aja…ulat bulu dah naik daun la tu!

“Hannah!! Saya balik dulu ya…”

“Hmmm..terima kasih sebab tolong abang Fawaz..” Hannah membalas senyuman Batrisya.Eloklah kau balik Sya,aku pun dah tak sanggup nak tahan rasa cemburu aku ni. Batrisya angguk.Oh..nama Encik tu Fawaz rupanya..dia terus berlalu pergi.

“Jom..kita pun balik sayang” ajak Uwais.Aik? apasal cemberut aja muka sayang aku ni? ini tak lain cemburukan Batrisya la ni..

“Wei!! aku ni macamana?” Fawaz yang masih duduk di atas tanah melaung padanya.

“Macamana apa? jalan ajalah,takkanlah kena gigit lintah pun dah tak boleh berjalan..”Uwais rasa Fawaz sengaja berlebih-lebih.Macamlah kaki dia tu patah!

“Hanny..tolonglah abang..sakit ni..”Fawaz menghulur tangan pada Hannah.Minta dibantu untuk bangun.Kenapa cik jururawat tu dah balik? kurang-kurang bagitahulah tinggal kat mana.. “Ehhh..tak payah..biar abang aja yang tolong,Abang Fawaz ni berat sayang..”Uwais cepat-cepat menarik tangan Fawaz sebelum Hannah menghulurkan bantuannya.Mengadalah tu! ada hati nak bermanja dengan isteri aku..aku campak dalam tali air tu karang baru tahu!!

Suami yang Kubenci 43

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 125-128)

Garis besar

Dokumen terkait