“Kenapa ni? dari tadi lagi Mak Awa tengok, macam ada yang tak kena aja? Hannah ada hilang barang ke?” Tanya Mak Awa bila melihat Hannah sejak tadi ke hulu ke hilir di halaman rumah.Dia yang sedang memotong daun pokok bonsai naik pening melihat gelagat Hannah itu.
“Takdelah…” Hannah menggeleng, kemudian duduk di gazebo.Mana diorang ni tak balik-balik lagi? penat aja aku balik awal hari ni.. apa nak jadilah dengan aku ni, sejak akhir-akhir ni asyik malas nak kerja aja..tengok laptop nampak muka Uwais, tengok PDA pun muka dia jugak yang aku nampak.. dah kronik ke aku ni?
“Hannah nak minum petang ke? Mak Awa siapkan..”
“Eh, takpelah Mak Awa… saya nak tunggu adik-adik saya balik, nanti boleh makan sekali.. Itu ayat tersurat, yang tersirat Mak Awa tak tahu, sebenarnya saya nak tunggu abang Uwais saya balik,bolehlah nanti saya tengok muka dia, tak payah minum petang pun takpe..sure kenyang.. “Mastura dengan Putera tu selalu balik lambat kalau hari Selasa dan Rabu..kadang-kadang sampai pukul 6.30 petang..”
“Sekarang dah pukul 6 petang pun,kejap lagi baliklah tu.. bosanlah pulak duduk saja, biar saya tolong Mak Awa siram pokok bungalah ya?” Wah..tetiba rajin pulak hari ni..
“Tak payahlah,nanti basah pulak baju Hannah..”
“Takpelah..saya nak siram pokoklah Mak Awa bukannya nak mandi..”
Hannah sudahpun membuka paip air. Getah paip ditarik dan kemudian pokok-pokok bunga yang ditanam Mak Awa disiramnya.
“Cantiklah pokok bunga mawar ni Mak Awa..”
“Susah nak hidup tu, dulu masa ada arwah mama Hannah, dia suka sangat bunga mawar..macam-macam jenis dia suruh Mak Awa tanam..”
“Tapi sebelum ni saya tak perasan pun Mak Awa ada tanam pokok-pokok bunga mawar ni?” “Macamana nak perasan,Hannah balik dari UK saja terus tinggal di Kuala Lumpur, kalau Tan Sri tak serahkan syarikat pada Hannah, entah-entah.. Hannah langsung tak menjengah kami kat sini..” Hannah sedikit tersentuh dengan luahan itu. Teruk sangat ke perangai aku ni?
“Tak baik tau Mak Awa cakap macam tu,bukan saya tak nak balik tapi…”
“Iyalah… sini kampung, tak sama macam bandar besar kan? jauh sekali nak sama dengan luar negara tu.. Biarlah Mak Awa berterus terang, sebenarnya Tan Sri kecil hati dengan Hannah sebelum ni..”
“Maksud Mak Awa?” Hannah terkejut.Selama ni dia tak pernah terfikir Tuk Ayah ada memendam rasa dengan perangainya itu.
“Iyalah, balik aja dari luar negara, Hannah beritahu yang Hannah dah bertunang kat sana… takkan Hannah dah lupa yang pada awalnya Tan Sri nak jodohkan Hannah dengan Fawaz?” “Mak Awa, Hannah dengan Abang Fawaz tu sepupu.. macam dah takde orang lain nak dijodohkan..lagipun, Hannah dah anggap dia tu macam abang sendiri..”
“Tapi dia tak,dari kecil lagi dia dah sukakan Hannah, tengok sekarang ni..sebab dapat tahu Hannah dah bertunang dengan Tengku tu..dia sampai menghilang entah ke mana.. sampaikan kenduri nikah Hannah dengan Uwais pun dia tak balik..
“Emm..Tuk Ayah tu memang suka nak cari jodoh kat Hannah.. mula-mula Abang Fawaz..lepas tu, Uwais.. “ keluh Hannah. Tapi pilihan yang kedua ni aku suka!
“Mujurlah dapat yang baik macam Uwais tu, kalau jadi Hannah dengan Tengku Muiz tu dulu? belum apa-apa dah buat hal.. lelaki macam tu yang Hannah nak sangat?
Itu dulu Mak Awa! sekarang tak… saya dah stuck dengan penjual burger pujaan hati saya tu.. datanglah seribu yang lebih hebat dari Tengku Muiz pun.. saya nak Uwais jugak! akuinya dalam hati.
“Mak Awa… tanya sikit boleh?” “Apa dia?”
“Macamana Tuk Ayah kenal dengan abang Uwais?”
“Oh.., kalau tak salah Mak Awa, Uwais pernah tolong Tuk Ayah masa dia kena serangan jantung dalam kereta.Kebetulan kereta berhenti dekat dengan gerai burger dia.. Uwais hantar Tuk Ayah
Hannah ke hospital… itu ajalah yang Tan Sri ceritakan pada Mak Awa..dia tak pernah ceritakan apa-apa pada Hannah ke?” Hannah geleng. Tak sangka, Uwais tu hero penyelamat Tuk Ayah.. patutlah jadi pilihan hati Tuk Ayah,sekarang dah jadi pujaan hati aku pulak..
“Tak pernah pun, masa dah terdesak nak cari pengganti dulu tu,Tuk Ayah terus kenalkan macam tu aja.. nasib baiklah abang tu baik kan Mak Awa? puji belakang dia takpe, kalau depan dia aku cakap macam ni mesti dia perasan habis nanti…
“Haah..memanglah tak kaya, tapi kaya budi bahasa..dalam kampung ni, sebut aja nama Uwais tu, beratur anak dara nak offer diri jadi isteri dia..penjual burger pun, kalau baik tingkah laku,siapa yang tak nak Hannah oi..Mak Awa ni kalau ada anak yang belum nikah lagi,dah lama jadikan menantu..
Hah? takkanlah ramai sangat yang nakkan Uwais aku tu? tak cukup dengan Cikgu Batrisya yang sebelah rumah tu,ada lagi perempuan lain? penjual burger pun laris di pasaran kampung ni erk? “Ahh..tu kereta Uwais kan? dah balik pun budak-budak tu..Mak Awa ke dapur dululah, nak siapkan minum petang”
Hannah memandang ke arah pintu pagar rumah agam itu.Kelihatan “kura-kura” milik Uwais sudah pun masuk ke perkarangan rumah.. sukanya! abang dah balik…
++++++++++++++++++++++++++++++
“Sejak bila Tuk Ayah ambil tukang kebun baru Putera?”
Uwais sengaja menguatkan suaranya sebaik sahaja mereka duduk di gazebo.Dia senyum memerhatikan Hannah yang sedang menyiram bunga tanpa mempedulikan kepulangan mereka. Putera sengeh.Tak berani nak bagi jawapan sebab di sekolah tadi, Alongnya dah baik hati bagi 50 ringgit.
Hannah buat tak tahu.Terpaksa, kan tengah puasa bercakap dengan dia kan? tapi… tersiksa jugak diam macam ni…
“ Mak Awa mana Along?” tanya Hannah.Pelik juga, sejak bila Along ni rajin buat kerja siram menyiram ni semua. Biasa tu takut kecut jarilah, tak nak baju basahlah..
“Kat dapur…” jawab Hannah sepatah.Itupun sebab Mastura yang tanya.
“Lah..boleh bercakap rupanya tukang kebun ni? ingatkan OKU..” Uwais menyampuk.Putera dan Mastura tergelak juga akhirnya . Hannah masih seperti tadi.Uwais tak puas hati… nak menguji kesabaran aku betul!
“Tu, pokok kat hujung sana..macam tak kena siram pun..apa punya lembablah tukang kebun ni.. “ Uwais provoke lagi.
“Mastura..Putera..pergi masuk dalam ,tukarlah dulu baju sekolah tu… “ arah Hannah. Budak berdua ni pun satu, cubalah bagi peluang kat Along korang ni berdating kat taman ni..menyibuk ajalah!
Mastura segera menarik tangan Putera yang masih buat tak tahu.Dia sudah dapat agak yang kakak dan abang iparnya itu perlu diberi privacy.
“Kejap lagi la Angah..orang penatlah!” “Jomlah!”
Uwais sekadar memerhatikan Mastura dan Putera masuk ke dalam rumah.
“Ehem… orang di sana… sudah-sudahlah siram pokok bunga tu, nanti terlebih minum pulak pokok-pokok tu..”
Hannah buat tak tahu, dia masih lagi menyiram pokok bunga yang memang sudah terlebih siram itu.Uwais bangun dan mendekat.Getah paip dirampasnya.Hannah cekak pinggang tapi masih tak bercakap.
“Tak payahlah nak mogok lagi, saya dah tak sanggup cakap sorang-sorang tau..” Hannah mencebir.Ohh..melawan ya?”
“Okey… tak nak bercakap sangat kan?” Uwais pantas saja menyiram Hannah dengan air dari getah paip penyiram.
“Uwais!!! apa ni? basahlah baju saya!” jerit Hannah.
“Hah..bercakap pun…”Uwais ketawa tapi Hannah pula merampas getah paip dan kali ini Uwais pula yang disiram.Basah lencun kemeja Uwais disiramnya.
paip pada Uwais.
“Suka sangatlah..” Uwais membiarkan Hannah terus menyiramnya.Gelak tawa Hannah buat dia tersenyum.Hari-hari pun aku rela kena siram asalkan dia boleh ketawa macam ni..Hai pujaan hati!
“Dah puas? tanya Uwais bila Hannah sudah menjatuhkan getah paip.Hannah angguk dan senyum comel. Alahai, basah habis baju dia tapi langsung tak marah…
“Sekarang macamana nak masuk dalam rumah,sayang dah basahkan pakaian abang macam ni” “Tak payah masuk,duduk aja kat sini..sampai kering” jawab Hannah.Dia menyapu rambutnya yang basah.Uwais merenung Hannah lama. Sampai hati nak jemur aku kat sini..
“Kalau tak masuk, baik abang balik rumah mak ajalah..” Uwais berpura-pura merajuk dan mahu mengantur langkah ke kereta. Cepet -cepat Hannah menarik tangannya.
“Awak… saya gurau ajalah, jomlah masuk..” Hannah kaget bila Uwais betul-betul nak balik. “Tak nak..sayangkan nak jemur abang kat sini..”
“Masuklah…” Hannah tetap menarik Uwais tapi tak bergerak kerana Uwais mengeraskan badannya.Ieee.. dia ni kan, suka tau main-main macam ni..
“Uwais…jomlah masuk..”pujuk Hannah.Uwais buat-buat tak dengar.Ieee… aku nak cakap macamana lagi? dia punya nakal tu dah buat aku langgar pantang,sekarang ni dia nak aku buat apa lagi? suka tau paksa aku ikut apa yang dia nak..
“Awak..cepatlah! boleh tak jangan degil..macam budak-budak” Hannah tetap mencuba,tapi Uwais masih tak bergerak jugak.Penatlah! okey… aku tahu, dia nak aku cakap macam ni kan?”
“Abang…. jomlah masuk..kita minum petang ya? abang lapar tak?”
“Apa dia? tak dengarlah..boleh ulang balik tak?” Uwais senyum.Yes!! dia panggil aku abang… Hannah menghela nafas. Tak dengar ke, saja-saja buat tak dengar? mengadalah tu..
“Tak nak masuk sudah..” Hannah melepaskan lengan Uwais.Ingat senang ke aku nak sebut perkataan “abang” tu.. malu tahu tak?
“Nak..nak.. tunggulah abang sayang..”Uwais mengejar langkah Hannah.
“Kalau setiap masa panggil macam tu kan bagus..sejuk hati suami” Bisik Uwais di telinga Hannah.
Baru sahaja mereka nak masuk ke dalam rumah.Sebuah teksi masuk ke perkarangan rumah agam itu.Langkah Uwais dan Hannah mati.
“Siapa pulak tu?” “Tuk Ayah agaknya..” “Tuk ayah? dari mana?”
“Opss..tak cakap lagi ya? Tuk Ayah out-station ke Hong Kong..” Hannah senyum menampakkan barisan giginya yang cantik.
“Patutlah berani sangat balik sini..pandai isteri abang ni ya? Hidung Hannah dicuit sedikit. Seorang lelaki tinggi lampai keluar dari perut kereta.Hannah terkesima bila lelaki yang sudah mengatur langkah ke arah mereka itu dikenalinya…
“Abang Fawaz??” Hannah senyum dan kelihatan teruja.
Uwais kerut dahi. Abang Fawaz? siapa? tak pernah dengar pun nama ni? dia memerhatikan sosok tinggi lampai itu yang kini betul-betul di hadapan mereka. Orangnya bukan sahaja tampan tapi dari pakaiannya pun Uwais dah dapat agak lelaki itu “spesis Hannah”.. Apsal aku rasa macam tak sedap hati aja ni?