• Tidak ada hasil yang ditemukan

Suami yang Kubenci 48 by E-man Sufi

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 146-149)

“Uwais! Fawaz! korang berdua ni tak nak makan ke? dah nak pukul 3 petang hah,tak lapar ke?” Sarimah duduk di sebelah Uwais yang tersandar di sofa.Matanya merenung handset di

tangan.Sementara Fawaz pulak sejak dari tadi membelek selipar Jepun yang dicurinya.Ya Allah!! sesak aku dibuatnya..apalah nak jadi dengan korang berdua ni?

“Fawaz? sudah-sudahlah..kan Batrisya dah kata nak datang esok? kau tunggu ajalah…naik sakit mata aku ni tengok kau membelek selipar tu..daripada kau belek selipar tu baik kau pergi

makan…”

“Tak laparlah Mak Cik…” Fawaz mengambil tuala putih kecil dan digosok selipar itu supaya bersih.Sarimah sempat ketawa melihat gelagatnya..selipar tu pun dicucinya?

“Kalau orang angau selalu tu makan tak kenyang..tapi kau ni makan sikit pun dah kenyang ya? huh! pelik pada orang…”

“Cakaplah apapun mak cik…” Fawaz buat tak peduli.

“Kalah orang kena ubat pengasih..teruk betul!” bebel Sarimah.Dia berpaling pada Uwais yang sedari tadi diam sahaja.Wajah Uwais yang mencuka itu buat dia tambah hairan.

“Yang ini sorang lagi!! dari balik sekolah asyik membelek benda alah tu…kau kenapa Uwais? dah tu,muka dah macam tapai basi! cuba kau beritahu mak ni..apa masalah kau ni?” dia menepuk peha Uwais.Terkejut Uwais dibuatnya.

“Mana ada..” Uwais tarik muka.

“Kau tu keluar dari perut aku,tengok muka kau pun aku dah tahu..ini mesti ada tak kena ni..baik kau cakap dengan mak..”

“Hannah mak..saya call dia tak jawab..Sms pun tak balas..” beritahu Uwais.Kata nak call tapi takde pun! konon kalau sibuk tetap ada masa untuk sayang dia ni..tipu!!!

“Dia sibuklah tu,kau janganlah jadi budak-budak…” “Mak tak faham..”

“Tak faham apa? mak ni pun pernah bercinta jugak..masa ayah kau pergi kerja dari pagi sampai ke petang..takdenya mak nak komplen..”

“Alah..masa zaman mak mana ada handset ni semua..cuba kalau ada? hah..setiap masa spy arwah ayah..”Uwais senyum nakal.Hilang wajah cemberutnya.

“Banyaklah kau punya spy..kau ingat aku ni adik beradik James Bond ke?” Sarimah menarik telinga Uwais.

“Sakitlah mak..” Uwais muncung panjang.

“Kau jangan nak mengada..kalau dengan Hannah bolehlah kau mengada-ngada..ini mak,sekarang kau pergi ajak Fawaz makan..”

“Mak,Hannah tak call ni mak..”Uwais mengadu lagi.Minta simpati..

“Padanlah dengan muka kau..sepanjang masa nak berkepit dengan isteri..” Sarimah tak kuasa nak melayan rengekan Uwais.

“Mak ni asyik back up Hannah aja..saya ni yang anak mak..” Uwais tak puas hati.

“Eh..anak ke..menantu ke..sama aja aku layan..pergi makan Uwais..kalau kau sakit nanti,Hannah juga yang susah..”

“Ye la..Ye la…Abang Fawaz,Jom makan..” ajak Uwais.Dia memandang Fawaz yang setia dengan “lambang cintanya” itu.

“Tak lapar..” Jawab Fawaz.

“Lapar ke tak kau pergi makan sekarang!! kalau tak,aku ambil selipar tu aku bakar,kau nak?” jerkah Sarimah.Aku dah geram sangat ni…aku gulai jugak budak ni kang!

Fawaz geleng.Dia cepat-cepat memeluk selipar Jepun.Seakan bimbang dirampas.Uwais ketawa. “Jom Uwais makan!” Fawaz bangun dan mahu berlalu ke dapur.

“Simpan dululah selipar tu! tak selera saya nak makan karang…”tegur Uwais.Fawaz tayang penumbuk padanya sebelum pergi ke biliknya.Kalau aku sorok selipar tu baru tahu…menggagau cari satu rumah!

“Dah teruk ni mak..saya rasa,elok mak telefon Mak Ngah Suria..beritahu anak dia ni dah kronik” “Mak fikir pun macam tu jugak,nak beritahu Tan Sri dia tiada…” Sarimah turut risau melihatkan

perangai Fawaz.Mesti kena buat sesuatu!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Abang Uwais mana mak?” Tanya Hannah sambil meletakkan beg-beg kertas di atas sofa. “Entah..tadi dia dengan Fawaz tengok bola..di tingkat atas..”Jawab Sarimah.

“Banyaknya Hannah beli barang?” Tanya Mak Awa yang turut membantu Hannah mengeluarkan barangan yang dibelinya dari dalam kereta.

“Bukan barang Hannah aja..untuk semua..mak,ini Hannah ada belikan mak kain

pasang…tengoklah..cantik tau!” Hannah mengambil salah satu daripada beg kertas yang terkumpul di situ.

“Iya..terima kasihlah nak oi..ingat kau kat mak ya” Sarimah terharu.

“Mestilah mak…hari-hari pun Hannah ingatkan mak tau..”Hannah memeluk dan mencium pipi mak mertuanya itu.

“Ya Allah..Sutera..mahal ni Hannah..”Sarimah terpegun melihat kain sutera bercorak batik itu. “Cantiklah Sari..”puji Mak Awa.

“Untuk mak Hannah..dan semua yang Hannah sayang,mestilah yang terbaik..untuk Mak Awa pun ada..ini dia..” Hannah senyum comel.Diserahkan beg kertas pada Mak Awa.

“Untuk Mak Awa pun ada? Terima Kasih..” “Sama-sama…”

“Wah!! banyaknya beli barang? penyakit shopaholic Along tak hilang lagi erk?” Putera yang baru muncul bersama Mastura dan Anis terus duduk dan membelek beg-beg kertas itu.

“Patutlah balik lambat,pergi shopping rupanya..”sampuk Mastura. “Okey galz..untuk korang berdua pun ada..”

“Ada? ni yang sayang Along lebih ni..”Mastura mengambil beg kertas yang dihuluru.Begitu juga dengan Anis.

“Terima Kasih kak Hannah..” ucap Anis.

“Sama-sama ..dah,pergi tengok kat bilik ya?kalau tak sesuai pakaian tu,boleh tukar..”

“Okey!! thanks Along! Jom Anis..”Mastura menarik tangan Anis dan mereka naik ke tingkat atas. “Beritahu Abang Uwais korang..Kak Hannah korang ni dah balik!!”Jerit Sarimah.Putera yang duduk di sebelahnya ternganga.

“Mak cik..saya rasa tak payah diorang beritahu..jeritan Mak Cik tadi tu dah mampu mencapai tahap sampai ke langit yang ketujuh” Usik Putera.

“Bertuah punya budak..”Sarimah ketawa dan mencubit pipi Putera yang menyengeh. “Along..semua orang ada,Putera punya mana?”

“Adalah sayang…ni..”Hannah menyerahkan beg kertas pada Putera. “Wah…sayang akak banyak..”

“Oo..selama ni sayang sikitlah?”

“Banyak..ni lagi banyaklah..juta-juta..nak masuk biliklah tengok!” Putera segera beredar ke biliknya.

“Sukanya budak-budak tu..mesti Hannah penat berjalan kan? dah minum petang ke?”

“Dah..penatlah jugak..satu ECM tu Hannah redah..lepas tu pergi Euro Moda lagi..sempat singgah butik kejap,ambil baju-baju kurung yang Hannah tempah..” cerita Hannah.Dia berhenti bercakap bila nampak Uwais dan Fawaz datang.Hati Hannah mula cuak bila lihat wajah Uwais serius sahaja.Errkk…mesti dia marah! alahai…macamana ni?

“Hanny, lambat balik?” Fawaz menyapa.

“Pergi Shoppinglah..nak tahu dengan siapa? dengan Batrisya..” “Iya?” wajah Fawaz ceria.Terus duduK berhadapan dengan Hannah.

“Iya..nak tahu dia beli apa? dia belikan kain baju Melayu untuk abang Fawaz…tapi kenapa warna putih pulak? abang kan suka warna Hitam?”

“Agak apa mak? Tanya Hannah.Sesekali matanya melirik pada Uwais yang sedang berbicara dengan seseorang dengan menggunakan handset.

“Baju Putih tu untuk orang bernikah…dia nak nikahlah tu..bezanya,tukang jahit baju dia tu,bakal pengantin perempuan..tak macam tu Fawaz?”

“Wah…mak cik memang superb la.. tak sangka mak cik boleh agak!” Fawaz ketawa besar.Memang itulah tujuannya.

“O..macam tu ke?” Hannah senyum. “Kan mak cik dah cakap..mak cik ni otai..”

“Memang otai…”Fawaz ketawa lagi.Senang hati sungguh! “Fawaz dah nak kahwin ke?” Tanya Mak Awa.

“Iya Mak Awa..cadangnya macam tu la,kalau Mak Awa tengok calonnya..mesti setuju punyalah!” jawab Fawaz yang begitu teruja.

“Kalau macam tu,bawalah datang sini..Mak Awa pun nak kenal..” “Esok..dia nak datang esok,nak ambil ukuran baju..”beritahu Fawaz.

“Abang Fawaz, boleh tolong hantar saya pergi gerai tak?” tanya Uwais yang baru selesai berbicara di telefon.

“Boleh! wah..aku pun nak tengok gerai burger kau..tapi kau mesti belanja aku makan burger..” “Dah petang ni Uwais..nak malam pun,mesti nak pergi juga ke?”

“Takpelah mak..dah lama tak pergi,takkan nak biar Wahab tu aja yang berniaga..nanti kami solat di masjid aja..jom abang Fawaz” ajak Uwais.Saja dia tak pedulikan Hannah.Biar Hannah

tahu,siksanya satu penantian..baik punya shopping ya sayang? untuk abang takde ke? “Err…abang..saya nak ikut jugak!” Hannah bersuara.Direnung Uwais yang seperti tidak peduli kewujudannya di ruang tamu itu.Kenapa dia tak pandang aku? kenapa dia tak tegur pun? waaaaa….tak suka! tak suka! tak suka!

“Tak payah..duduk aja di rumah temankan mak, baru balik kerja,shopping lagi..takkan tak penat kan?” nada itu seperti menyindir.Uwais terus sahaja keluar.

“Abang Fawaz bawa kereta ya? kereta saya tak siap baiki lagi”

“Okey!” jawab Fawaz.Hatinya yang begitu gembira hari itu mengiyakan saja apa yang disuruh Uwais..kalau tidak pasti ada juga perbalahan kecil.

Hannah terkedu.Dia rasa nak menangis kerana tak dipedulikan.Takkan sebab tak jawab call pun abang nak marah sampai macam ni? orang bukan beli benda yang bukan-bukan..orang pergi beli tudung!!!

“Dah..pergi mandi..lepas tu rehat..jangan peduli sangat dengan angin Uwais tu.Anak mak tu,bukan pemarah sangat pun..saja auta tu!..”pujuk Sarimah.Geram pulak aku dengan Uwais ni! “Abang Uwais marah Hannah kan mak?” suara Hannah sayu.

“Tak..dia merajuklah tu,hari ni asyik tengok handset aja..sebab Hannah tak telefon dia..” “Hannah pergilah rehat..Mak Awa nak pergi siapkan makan malam..”Mak Awa berlalu dari situ. “Mak nak pergi tolong Mak Awa..Hannah pergi masuk bilik ya?”

Hannah angguk.Abang….nak ikut!!! geram bila Uwais tak benarkan dia ikut pergi ke gerai..orang pun rindukan abang..sedih!

Suami yang Kubenci 49

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 146-149)

Garis besar

Dokumen terkait