Uwais keluar dari bilik usai menukar pakaian dan solat Asar. Selepas minum petang tadi, dia segera masuk ke bilik untuk membersihkan diri.Sementalah pula sewaktu di meja makan tadi Hannah tidak langsung bersuara selepas dia memutuskan untuk menolak tawaran bekerja di syarikatnya.
Uwais tahu Hannah sedang marah.Dia perasan situasi itu bila tiada lagi senyuman di bibir Hannah.Untuk mengelak daripada berlaku pertengkaran dia bertindak untuk masuk saja ke biliknya.
Sebaik melewati ruang tamu,Uwais melihat Hannah sedang duduk di ruang tamu.Hannah sedang merenung sampul surat coklat yang dipulangkannya tadi. Aku dah buat dia kecil hati ke ?
alahai…kesian pulak aku tengok, macamanalah aku boleh tertinggal fail tu pagi tadi? “Saya tak faham kenapa awak tolak tawaran sebaik ni… awak sedar tak yang awak dah kira beruntung sebab dapat peluang untuk bina kerjaya awak.. di luar sana, ada berapa ramai lagi graduan yang menganggur? “ Bicara Hannah bila mata mereka bertentangan.Ini yang aku tak sedap hati ni,tengok pada gaya airmuka dia yang serius , memang nak ajak bertengkarlah tu… “Tapi saya bukan penganggur Hannah,saya masih juga bekerja kan..” Uwais bersuara perlahan dan lembut sekali.
“Huh,jual burger tu? itu yang awak banggakan sangat..atau kerja jadi guru ganti yang entah berapa bulan tu? takkanlah awak takde cita-cita nak lebih maju dengan kerja ya yang lebih baik?” Hannah sudah bangun. Uwais dapat rasakan kalau dia terus berada di ruang tamu itu,Hannah pasti akan terus memprovoknya sedangkan dia memang tidak mahu lagi ada isu untuk bertengkar dengan Hannah.
“Memang saya nak jadi orang yang berjaya, tapi dengan usaha sendiri…boleh tak kalau awak bagi saya ruang dan peluang? Uwais mengatur langkah untuk keluar tapi Hannah bertindak berdiri di depannya.
“Peluang? surat tawaran ni, bukan satu peluang ke? ..awak fikir dengan jual burger tu awak boleh kaya? setahun pendapatan awak belum tentu menyamai sebulan gaji sayalah..” Hannah mula melepaskan geramnya. Dia takkan puas hati selagi Uwais tak memberikan alasan yang kukuh kenapa tawarannya ditolak?
Uwais bungkam. Terasa panas telinganya bila ayat berbaur angkuh itu ditujukan padanya. Hannah tetap sama saja, rasa sombong dalam jiwa isterinya ini memang susah untuk dibuang..bagaikan karat pada besi yang sukar untuk dihilangkan.
“Saya tahu, memang saya takkan setanding dengan awak..Hannah, itu syarikat awak…
kedudukan awak di sana sebab itu hak awak..dunia awak.. tapi bukan dunia saya, saya tak nak bekerja di syarikat awak bahkan mana-mana syarikat pun, saya pun ada cita-cita saya sendiri, boleh tak awak faham?”
“Memang saya tak faham! awak terima tawaran kerja dengan gaji yang murah tu dan tolak tawaran saya, kenapa? gaji lima ribu yang saya tawarkan tu tak memuaskan awak ke? okey, fine! berapa yang awak nak syarikat saya gajikan awak? 10 ribu? cukup? “
“Hannah… saya tak nak…tolonglah, jangan paksa saya boleh tak?” masih lagi Uwais lembut berbicara sekalipun hatinya mula disapa amarah.Kenapa Hannah selalu meletakkan nilai dirinya dengan duit?
“Kenapa tak boleh? kenapa bila saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya,awak tak pernah boleh..tapi bila awak nak saya lakukan ikut kehendak awak..pernah saya tak buat? hingga tahap sesuatu yang saya benci pun saya terima Uwais… awak memang tak adil!!” marah Hannah,dia mahu Uwais sedar,dia lakukan semua tu kerana dia mula sayangkan Uwais.Tak bolehkah Uwais terima tawarannya juga kerana rasa yang sama.Atau…sebenarnya Uwais memang tiada
perasaan padanya,hanya sikap tanggungjawab sebagai suami..manalah tahu,Uwais tolak sebab mahu sentiasa bertemu dengan Batrisya.. .Uwais tak jadi keluar dari rumah.Suara Hannah yang meninggi padanya tadi buat langkahnya mati. Ini memang dah melampau! aku kalau sabar pun ada batasnya.
tak pernah adil Hannah… Awak nafikan hak saya sebagai suami, siapa yang tidak adil? suami isteri tidur dalam bilik berasingan ..awak hina,kutuk pekerjaan saya, siapa yang tak adil? awak putuskan semua keputusan dalam rumahtangga kita ni, siapa yang tak adil? sekarang saya nak tanya awak..saya suami atau awak yang suami?”
Hannah diam. Terkejut sebenarnya bila Uwais meninggikan suara.Tak suka kena marah macam ni!
“Oh..jadi awak nak salahkan sayalah? “ Hannah juga tak mahu mengalah.Dia menolak dada Uwais yang berdiri begitu hampir dengannya.Uwais terdorong ke belakang.Ewah… main kasar nampak?
“Bukan awak..tapi saya sendiri yang salah!! sebab saya gagal ubah sikap angkuh awak ni..sebab saya gagal jadikan awak seorang isteri yang hormat pada suami, yang jadi penyejuk hati
suami..yang taat pada suami.. sekalipun saya terlalu sayang dan cintakan awak, kenapa Hannah? cinta saya ni kotor ke? hina ke? tak boleh ke awak terima cinta penjual burger ni dengan rasa ikhlas di hati awak..saya mesti jadi pegawai tinggi ke baru awak nak terima saya tanpa rasa malu dengan sesiapa? awak pun sebenarnya malu kalau berjalan dengan saya di khalayak ramai? betul kan? “ Uwais menarik nafas dalam-dalam.Kan aku dah betul-betul marah.. kejap lagi kalau dia balas balik aku nak buat apa pulak lagi? tampar memang takde dalam senarai… agama islam pun melarang pukul isteri..
Hannah terkebil-kebil memandang Uwais. Uiks..betul ke apa yang aku dengar tadi tu? Boleh tak kalau repeat balik ayat yang tengah tadi tu? kalau tak silap dia cakap dia cintakan aku kan? ieee…tak romantic langsung dia ni, ada ke buat pengakuan dalam keadaan marah macam ni? tak jadilah pulak aku nak ajak bergaduh.. lagipun, memang aku banyak buat salah sebelum ni tapi.. takdelah teruk sangat kut..
“Ohh..jadi maksud awak saya tawarkan kerja ni sebab saya malu yang awak ni penjual burger? awak ni memang sengal kan? memang dulu saya malu, tapi sekarang saya dah boleh terima, Actually Encik Uwais Ukasyah..kalau kerja dengan saya tapi masih juga nak buka gerai burger tu,go on…saya tak halang pun.. kan saya dah kata, saya nak awak dapat peluang untuk cipta kerjaya… itu aja..lagipun, takdelah teruk sangat rasa burger awak tu… sedaplah jugak..” Akui Hannah.Dia sedikit menunduk kerana malu pula nak mengaku secara bertentang mata dengan Uwais. Tapi kerja guru ganti tu memang aku tak suka!
“Kan saya kata tak nak… saya tak nak boss yang garang macam awak ni.Sudahlah kat rumah pun awak yang nak berkuasa.. tak rela saya kena jerkah dengan awak di pejabat tu kalau saya buat silap..” Uwais sudah mengendurkan suaranya.Hmm, nak marah memang tak sampai hati, tapi kalau nak dibentuk pula terpaksa makan hati..keras kepala, tak nak mengalah, susah nak mengaku salah,dia aja yang betul..macamanalah aku nak buat dengan dia ni…
“ Tadi awak kata awak sayangkan saya kan?”
“Dah tu kenapa?” tanya Uwais pula. Aku dah mengaku tapi dia ni buat muka selamba aja, takkan tak nak cakap yang dia pun ada perasaan kat aku ni? macamlah aku tak tahu Hannah,yang selama ni kau sebenarnya cemburu dengan Batrisya kan? kalau dah ego tu memang tak boleh blah..
“Kalau macam tu, awak terima ajalah..bukti sayang awak pada saya..” Hannah sekadar menggunakan peluang yang ada.
“Ahah..awak nak ambil kesempatan la ni.. tak nak! dan jangan pandai-pandai gunakan kasih sayang saya untuk kepentingan ego awak ya..” Uwais mencekak pinggang.
“Saya tak kira..awak kena terima juga kalau tak…” Hannah cuba membuat ugutan.Kalau tak apa ya? aku ni main cakap aja…err..idea..idea..
“Kalau tak apa Hannah Maryam? tak payah nak ugutlah…
“Okey,kalau tak..saya nak balik rumah Tuk Ayah..tinggallah awak sorang-sorang kat rumah ni” “Elleh…baliklah!! saya bagi keizinan..dipersilakanlah ya, nanti kalau dia tanya kenapa awak balik sana sorang-sorang awak nak jawab apa? selain daripada gelap awak kan takut sangat kalau Tuk Ayah tahu yang selama ni awak berlakon aja depan dia..kan? tak takut kalau tembelang awak pecah ke? jangan salahkan saya kalau rahsia awak terbongkar..” Uwais tahu sangat,takkan beraninya Hannah buat begitu.
Ayah tahu.Sekarang,aku memang dah sayang dia pun kan? dia aja yang poyo..tak faham ke yang aku dah mula nak berbaik dengan dia?
“Awak memang takkan pergi pun..” Uwais keluar dari rumah.Dia sudah menuju kea rah motosikalnya.Kalau dia terus layan kerenah Hannah,sampai malam pun dia masih di situ. “Okey, kalau awak tak nak terima tawaran tu saya tak nak bercakap dengan awak !!” Hannah mencuba lagi.
“Iya?..eh, kunci motor saya tadi mana? Uwais meraba-raba poket seluarnya.
“Manalah tahu,awak yang pegang..” Hannah turut tercari-cari di lantai,manalah tahu kalau terjatuh.
“Hah….kata tak nak bercakap dengan saya…” Uwais ketawa mengejek sambil mengeluarkan kunci motosikal dari poket seluar.Dia terus menghidupkan enjin motosikal nya dan ditunggang keluar dari perkarangan rumah.
Hannah ketap bibir.Kalau bab nak mengenakan orang serahlah pada dia…geramnya aku!!! tengoklah nanti Uwaisku sayang… kau dah buat aku sentap hari ni kan, nasib baik kau cakap kau cintakan aku..kalau tak dah perang besar tadi…tapi, pasal tawaran kerja tu,jangan ingat aku mudah mengalah…cabar sangat kan? kau tak tahu pun yang sebenarnya Tuk Ayah dah out station ke Hong Kong selama 2 minggu..so, ada aku kisah nak keluar dari rumah ni? lagipun, kau sendiri yang izinkan..wait and see!