• Tidak ada hasil yang ditemukan

Suami yang Kubenci 59 by E-man Sufi

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 189-193)

MENJELANG MAJLIS PERNIKAHAN FAWAZ AIMAN DAN BATRISYA SUFFIYAH

“Elok-elok Anis…jangan sampai comot letak inai tu..”

“Iyalah kak Sya sayang….” Anis senyum.Jarinya berhati-hati meletakkan inai pada jemari Batrisya.

“merah ke inai ni?” tanya Hannah yang duduk di atas katil yang sudahpun dihiasi dengan cadar satin bewarna emas.

“Merahlah agaknya…Hannah tak nak pakai ke?” “Tak nak lah… leceh!”

“Alah…Along tu masa nak nikah dengan abang Uwais dulu,jenuh nak pujuk pakai inai…punyalah tak nak sampai kena paksa dengan Mak Ngah Suria..” Mastura membuka cerita sambil

meletakkan inai pada jarinya sendiri.

“Mana ada….” naïf Hannah.Sebenarnya perkara itu terjadi bukan kerana dia tidak mahu.Dia sendiri teruja kerana majlis perkahwinan diatur antara dia dan Tengku Muiz.Namun begitu,siapa sangka pengantin lelakinya telah bertukar seminggu sebelum majlis.Dan kerana lelaki itu adalah Uwais Ukasyah,mood nak jadi pengantin bertukar seratus peratus..so,itu yang beriya-iya tak nak berinai sangat! tapi kalau aku tahu betapa berkualitinya sayang aku tu..aku sendiri yang akan pakai inai di jari sendiri..itulah hakikatnya manusia ..memang tak tahu apa-apa melebihi apa yang Allah dah aturkan..

“Kandungan Hannah sekarang dah berapa bulan ya?” tanya Batrisya.Perbualan mereka tergendala bila pintu bilik diketuk.Sebaik saja pintu dikuak,Putera terjengul di muka pintu. “Along…abang Long tanya,Along tak nak balik rumah lagi ke?”

“Kejap lagilah…Abang Long mana? dia dah balik dari rumah Tuk Ayah ke?” tanya Hannah pula.Setahunya selepas menghantar dia ke rumah Batrisya tadi,Uwais ke rumah Tuk Ayah..katanya nak jumpa abang Fawaz.

“Abang Long dah balik..dia pergi belakang rumah,tengok orang sembelih kerbau..Abang Long pesan,kalau nak balik rumah beritahu dia…dia tak nak Along balik sorang “

“Cakap dengan dia…kalau nak balik nanti,Along call dia..tak payahlah nak hantar posmen..” “Okey…”Putera terus menghilang.

“Abang Long tu,risau betul dengan Along kan? iyalah…tinggal berapa bulan aja lagi nak jadi ayah..anak lelaki pulak tu” Mastura senyum pada Hannah.Dia sendiri teruja nak dapat anak saudara yang pertama dalam keluarganya.

“Dah berapa bulan ya?” tanya Batrisya lagi.Soalan yang tadinya ditanya masih belum dijawab. “7 bulan ..dah nak masuk lapanlah..” jawab Hannah.Dia mengusap perutnya yang sudah semakin sarat.Beberapa bulan yang lepas dia sudah menjalani pemeriksaan imbasan bayi dalam

kandungannya.Gembira bukan kepalang Uwais bila dapat tahu bayi yang bakal dilahirkannya itu lelaki.Hari itu juga mereka pergi membeli belah barangan untuk bayi mereka itu.Pertama kali dia lihat Uwais luar biasa gembiranya.Daripada pakaian,keperluan pemakanan,alat mainan dan mandian..semua Uwais yang pilihkan,dia hanya angguk dan geleng saja.Betapa besar hatinya untuk melahirkan zuriat yang pertama itu.Walaupun adakalanya dia rasa gementar untuk menghadapi saat sukarnya melahirkan..doanya semoga segalanya berjalan dengan baik dan selamat.Dah tak lama je lagi..

“Dah ada nama ke kak Hannah? tanya Anis pula.

“Entahlah abang Uwais Anis tu…katanya dia dah ada nama untuk anak lelaki dia ni tapi..rahsia katanya..dah lahir nanti baru beritahu” jawab Hannah.Dia ketawa mengenangkan Uwais yang bukan main lagi bersemangat nak beri nama pada anaknya itu.

“Kak Hannah dah tak lama lagi…akan datang,cikgu Anis ni pulak..” usik Anis pada Batrisya. “Ieeee…nakal tau Anis ni,janganlah usik cikgu kita macam tu..tengok..kan dah merah muka dia..”Mastura turut tersenyum.

“Nasib baik kak Sya pakai inai ni..kalau tak,dua-dua akak cubit tau..” marah Batrisya. “Alah…pengantin ni sensitive la,relekslah…tinggal berapa jam aja lagi..” Hannah pun ikut mengusik.Dia mengalih pandang pada susunan hantaran yang diatur di tepi katil.Semuanya dah disediakan ahli keluarga Batrisya.Di rumah Tuk Ayah juga saudara mara mereka sedang sibuk menguruskan persediaan untuk abang Fawaz.Pagi itu dia dan adik-adiknya bertandang ke rumah pengantin perempuan pula.Sekadar untuk menemani Batrisya yang sudah tentu agak gementar dan berdebar kerana pada sebelah malam nanti,majlis akad nikah akan diadakan di masjid. “Majlis akad nikah malam nanti,jangan lupa tau..ambil gambar kak Sya kita ni banyak-banyak” pesan Hannah pada Mastura.

“Mestilah Along…jangan risaulah,Mas akan ambil gambar semua..Along kalau nak bergambar sakan dengan pengantin pun takpe..”

“Pengantin mestilah sibuk nak bergambar berdua..lagipun,manalah tahu Along tak dapat pergi ke..”

“Eh..kenapa pulak? kan Hannah cakap nak ada kat sana sekali?” Batrisya mengerut dahi. “Tak tahulah kan kalau abang Uwais tu tak izinkan..lagipun,sejak dua tiga hari ni..saya cepat sangat letih dan lenguh kaki..”

“Takpe kak Hannah..Anis kan ada..Anis boleh jaga kak Hannah..kalau lenguh,Anis urutkan ya? Anis pegang tangan Hannah yang tersenyum.

“Baiknya adik akak..” “Anis aja ke? Mas?”

“Samalah..dua-dua mak cik ni baik..”Hannah pegang pipi Mastura .Mereka berbalas senyum. +++++++++++++++++++++++++++++

“Baju abang kenapa?” Hannah terkejut melihat baju Uwais yang penuh dengan darah.

“Biasalah..abang lapah daging kerbau tadi..”beritahu Uwais.Dia menyapu tangannya pada baju dan dihulurkan tangannya pada Hannah yang sedang menyarung sandal.

“Tak naklah pegang tangan abang…busuk bau darah kerbau” Hannah menggeleng. “Ada-ada aja sayang ni…elok-elok pakai sandal tu..”

“Alah….pakai sandal aja pun..takkan jatuhlah”

“ada aja jawabnya..” Uwais cubit pipi Hannah yang makin tembam.Kemudia ditarik sedikit tudung Hannah .Ketawa Uwais kedengaran bila Hannah buat-buat tutup hidung.

“Bye kak Hannah..” Di tingkap bilik Batrisya,Mastura dan Anis melambai tangan padanya. “Oi..anak dara berdua tak reti nak balik ke?” tegur Uwais.

“Biasalah…kitorang kan pengapit pengantin..” “Ek elleh…pengapit kena cantiklah..”

“We all cantik apa..tunggulah bila kitorang dah masuk Universiti nanti..beratur lelaki nak mengurat tau” jawab Anis.

“Haahlah Abang Long..nak pulak bila kitorang dah pergi ke overseas nanti..balik bawa balik calon suami Mat Salleh kan Anis?”

“Haah..mata biru lagi..” “Ye la tu…”Uwais mencebir. “Abang..tak nak balik lagi ke?”

“Nak…sayang tunggu sini,abang pergi ambil kereta kat rumah mak..”

“Tak payahlah..susah-susah aja ulang alik..rumah mak tu sebelah ni aja..jalan lima minit dah boleh sampailah..”

“Abang tak nak sayang letih..”

“Tak letih mana sangatlah..” Hannah sudah mahu mengantur langkah.Uwais berjalan di sebelahnya.

“Abang Uwais!!!” Uwais berpaling bila ada suara yang memanggilnya. “Ada apa Putera?” Putera yang termengah-mengah dipandangnya. “Abang Hafiz panggil…”

“Abang Hafiz panggil? emmm..sayang tunggu sini sekejap ya? jangan balik lagi..tunggu abang..”Uwais berlari anak ke belakang rumah Batrisya.

“Along..Putera nak pergi tengok orang potong daging ya? Along tunggu abang Uwais tau..jangan pergi mana-mana..nanti dia marah”

Hannah tak kata apa..dia sekadar memerhatikan kedua lelaki itu menghilang.

“Aik? Along tak balik lagi? tanya Mastura yang kebetulan melewati tingkap bilik Batrisya. “Belum…abang Uwais tu..entah apa pulak halnya..dia pergi belakang rumah kejap..Mas,nanti kalau Abang Long datang balik ke sini..cakap,Along balik dulu ya? penatlah nak tunggu..” “Okey..tapi jalan elok-elok tau”

“Tahulah..nak jalan pun kena pesan itu ini ke..”Hannah menggeleng.Bosan juga kena arah itu dan ini..dia mengatur langkah untuk pulang ke rumah mak mertuanya.Mak mesti tengah sibuk di bahagian memasak agaknya.Hannah dapat dengar riuh rendah suara mak cik-mak cik dari arah khemah sebelah kanan rumah Batrisya.

+++++++++++++++++++++ “Apa hal Hafiz?”

“Nak pinjam parang kau..aku punya ni tumpul la..” jawab Hafiz.Pemuda berusia sebaya Uwais itu menyisip parang di pinggangnya.

“Parang aku ni pun tak tajam manalah..” Uwais menanggalkan tali ikatan parang yang tersisip di pinggang.Dia kemudian mengeluarkan parang sederhana besar itu dari sarunggnya.

“Dah lapah bahagian apa ni?” tanya Uwais.Beberapa orang pemuda lain sedang sibuk melapah kulit kerbau dari dagingnya.

“Peha..cuba kau hiris daging tu..tajam tak,kalau tumpul..aku asahkan ajalah..” Uwais menghiris parangnya pada daging kerbau di hadapannya.

“Aduh!!” entah macamana boleh terhiris pula pada jari telunjuknya sebelah kiri. “Aishh…hati-hatilah,,,kan dah terhiris jari kau..”Hafiz sedikit terkejut.

“Ini memang tajamlah kalau dah sampai terhiris jari sendiri..”Uwais menyapu kesan luka kecilnya itu pada baju.

“Pinjamlah ya?”

“Pinjamlah…eh,aku balik dululah..isteri aku tunggu tu” “Okey..”

“Assalamualaikum..” “Walaikumussalam..”

Uwais kembali ke depan rumah Batrisya tapi dia tak nampak Hannah di laman rumah itu. “Hannah!!” panggilnya.Cuba mencari kelibat Hannah dalam kalangan orang ramai yang lalu lalang.Dia tak nampak pula Hannah di bawah kanopi-kanopi yang sudah didirikan.

“Abang Long cari Along ke? dia dah baliklah..” Mastura muncul di tingkap dan memberitahunya. “Dah balik?” Uwais cekak pinggang.Degil betul! kan aku suruh tunggu tadi..Uwais rasa nak marah,dia mengantur langkah agak tergopoh gapah hingga kakinya tersadung batu.

“Aduh!!” Uwais tengok kakinya yang sedikit luka.Tadi jari…sekarang kaki pulak! apa malang sangat aku hari ni..dia menggeleng..MasyaAllah..apa aku merepeknya,luka sikit pun nak mengeluh..

Uwais sampai di rumah maknya.Dia tengok pintu dapur sudah terbuka. “Sayang!!” panggilnya.Dia masuk ke dalam rumah.

“Sayang…” dia mencari Hannah di bilik.Tiada!! mana pulak Hannah ni?

Uwais kembali ke dapur.Dia dengar bunyi air paip yang dibuka dari dalam bilik air.

“Sayang kat dalam ke?” Uwais ketuk pintu bilik air yang dikunci dari dalam.Senyap pula..tidak ada bunyi sebarang pergerakan atau sahutan daripada Hannah.

“Sayang!!!” Uwais mula risau.Kenapa Hannah tak menyahut.

“Hannah!! “ masih juga tak menyahut.Uwais tak tunggu lama.Terus ditendang pintu bilik air itu.Sebaik saja pintu itu terbuka dia lihat Hannah sudah terbaring di lantai dan darah pekat bercampur air memenuhi ruang lantai mamar.

“Ya Allah!!! sayang!! kenapa ni??” Rasa tersentap jantungnya melihat keadaan Hannah sebegitu. Uwais bertekuk di lantai.Dipangku Hannah yang longlai dan tidak sedarkan diri.

“Bangun sayang…tolonglah jangan buat abang macam ni..”Uwais menangis dan melihat darah sudah penuh ditangannya.Ya Allah!! tolonglah selamatkan isteriku..

“Kenapa Abang Long?” kebetulan Putera balik ketika itu.Dia sendiri terkejut dengan keadaan kakaknya.

“Putera! tolong beritahu Mak Abang cepat!! cakap Along kau jatuh bilik air!!” Uwais sudah mencepung tubuh Hannah.Dia sendiri tak tahu bagaimana perkara tu boleh berlaku.Dia cuma mahukan Hannah dan anaknya selamat!

Suami yang Kubenci 60

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 189-193)

Garis besar

Dokumen terkait