“Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..boleh saya bantu cik?”
“Emm..saya Batrisya..saya datang ni nak jumpa dengan Puan Hannah Maryam..”
“Oh..Cik Batrisya ya? Puan Hannah ada pesan kalau cik datang,dia minta cik tunggu di bilik dia..sekarang ni dia tengah meeting,mari..saya bawa cik ke bilik dia..”
“Terima Kasih..” “Sama-sama..”
Batrisya mengikut arah langkah Aisyah yang membawanya ke bilik Ceo.Batrisya terpegun melihat bilik yang luas serta kemas itu.Meja kerja yang luas lengkap dengan perabut mewah dan TV plasma juga perpustakaan mini yang dilengkapi pelbagai jenis bahan bacaan.
“Cik Batrisya duduk dululah ya,saya rasa tak lama lagi tamatlah meeting tu.Sementara menunggu Puan Hannah,Cik boleh menonton TV ataupun membaca apa yang cik sukalah..emm..cik nak minum apa?”
“Eh,tak payah..terima kasih..”Batrisya menolak.
“Okeylah..kalau macam tu,saya keluar dululah..”Aisyah berlalu pergi.
Dia duduk di sofa.Rasa janggal pula tinggal sendirian di dalam bilik luas sebegitu.Batrisya mengambil salahsatu dari majalah yang terdapat di rak.Kemudian dibeleknya.Asyik
membaca,tiba-tiba handsetnya berbunyi.Terus sahaja dikeluarkan gajet itu dari tas tangannya. “Ini kalau tak silap nombor yang mak cik sari guna pagi tadi..”Dia terlupa untuk menyimpan nombor talian Fawaz dan dia juga sebenarnya sudah terlupa yang lelaki itu akan menelefonnya untuk berbincang soal baju Melayu.
“Assalamualaikum..”Batrisya segera menjawab panggilan.Terdengar batuk-batuk kecil di talian. “Waalaikumussalam..emm..Sya ke?”
“Ya saya abang Fawaz..” Batrisya senyum.Kenapa dia rasa suara kasar di hujung talian itu sedikit bergetar..
“Oh..Sya dah kenal abang ke?”
“Kan Mak Cik Sari dah call pagi tadi,Sya ingat nombor ni..abang Fawaz punya kan?” “Haah..pandailah Sya..” ada tawa kedengaran.Tapi kedengaran seperti dibuat-buat. “Abang Fawaz nak cakap pasal baju tu ya?”
“Haah..emm..err..apa ni..alah..lupalah pulak..”
“Abang nak beritahu pasal warna apa yang abang nak saya beli ya?” Batrisya mengerut dahi.Apa kena dengan abang Fawaz ni? gelabah aja..pelik!
“Betullah tu..”
“Abang nak warna apa?”Batrisya menyoal dengan penuh sabar.Sepatutnya,tak perlulah dia tanya banyak kali,kalau abang Fawaz cakap terus kan senang..
“Emm..warna putih!”
“Warna putih?” Batrisya tambah pelik.Bukan warna putih tu untuk orang lelaki yang nak akad nikah ke? selalunya macam tu la..agaknya abang Fawaz ni nak kahwin kut…
“Iya..warna putih..”
“Abang Fawaz nak kahwin ya?” spontan pula dia bertanya.Terdengar lagi batuk-batuk di talian. “Ehem.errmm…err..uhuk..uhuk..”
“Abang Fawaz tak sihat ke?” Teruk juga batuk abang Fawaz ni.
“Adalah sikit..emm..pasal ukuran tu..Sya datang rumah Tuk Ayah abang..ambil ukuran ya?” “Hari ni saya sibuklah..esok boleh tak?” tanyanya lembut.
“Sibuk sangat ke? tak boleh ke kalau hari ni?” suara Fawaz seperti begitu berharap.Kasihan pula Batrisya mendengarnya.Agaknya,abang Fawaz nak cepat siapkan baju tu kut..betul agaknya dia nak kahwin..
“Memang sibuk..saya ada urusan penting..tapi saya akan belikan kain untuk baju tu ..warna putih ya?”
“Ya..emm..esok ya? janji tau?”
“Okeylah..emm..jaga diri baik-baik ya..” “Hah? emm..okey..terima Kasih..” “Kasih diterima…”
“Apa dia abang Fawaz?”
“Tak..sama-sama..Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..”Batrisya mematikan talian.Kasih diterima? aku dengar dia cakap macam tu tadi..Abang Fawaz tu peliklah…Alahai, aku terlupa pulak nak cakap pasal sandal dia tu..esoklah aku pulangkan sekali..
“Eh..ada orang rupanya..”Tiba-tiba ada suara yang menyapa.Batrisya berpaling.Seorang wanita yang baru masuk sedang memandangnya tanpa berkelip.Dah kenapa pulak ya? rasanya aku tak pakai baju terbalik?
“Cik ni siapa ya?” wanita itu menyoal.
“Emm saya Batrisya..saya ada urusan dengan Puan Hannah..” jawab Batrisya dengan senyuman tak lekang di bibirnya.Malahan suaranya dan tuturnya sungguh lembut sekali.
“Owh..emm..takpelah..”Wanita itu meletakkan sesuatu di atas meja kerja Hannah.Sewaktu wanita itu mahu pergi mereka sempat berbalas senyuman.
+++++++++++++++++++++++++++++++ “Hannah!”
“Ya Allah! kau ni kenapa? kalau iyapun..bagilah salam ke..ini tak,aku baru keluar dari bilik mesyuarat kau dah sergah aku macam ni..lama-lama aku boleh dapat sakit jantung tahu tak?” marah Hannah pada Maira yang muncul secara tiba-tiba dan terus memaut lengannya. “Sorry..amboi..bukan main lagi kau sekarang ya..kalau nak tegur siap kena beri salam..”Maira senyum .Sekadar mengusik.
“Kau nak apa sebenanrnya ni? pelik aja aku tengok?”Hannah mengatur langkah.Dia mahu menuju ke biliknya.
“Puan..tetamu Puan tunggu tu dah datang..”beritahu Aisyah padanya sebelum sempat dia masuk. “Haahlah Hannah..tadi masa aku nak letak cek yang kau nak tu atas meja kau..aku nampak ada seseorang tau..Ya Allah,cantiknya perempuan tu..muka dia,polos sangat..lembut pulak tu..siapa dia tu? kawan kau ke? setahu akulah kan..kau bukan ada ramai kawan pun kat Malaysia ni..kalau yang kat oversea tu pulak..mustahil la macam perempuan di dalam bilik kau tu..”
Hannah mengecilkan mata.Amboi..sempat lagi nak menyindir aku tu..
“Kalau kau nak tahu,itulah bakal kakak ipar kau” jawab Hannah selamba.Dia mahu masuk tapi Maira menarik tangannya.
“Apa? Serius kau Hannah? perempuan cantik tu..errr..pakai tudung tu? bakal kakak ipar aku? maksud kau…Abang Fawaz?
“Kau ada abang lain lagi ke?”
“Ish…perempuan tu..anak Dato’ ke? atau..anak mana-mana Tan Sri?”
“Tak…dia cuma anak bekas peguam Syarie yang sekarang dah pencen dan jadi imam..”beritahu Hannah.
“Anak tuk imam?..maksud kau.Abang Fawaz aku tu ke dengan perempuan tu?” Maira masih tidak percaya..apa sudah jadi?
“Ya Allah..berapa kali aku nak cakap..Abang Fawaz Aiman kau tu la..dah kemaruk angau dengan Batrisya Sufiyyah..perempuan cantik..polos..lemah lembut..yang kau cakap tu..tak nak ke?” “Katakan ini semua bukan mimpi…mestilah nak!! gila kau tak nak!!”Maira menggeleng sambil menampar pipinya.Abang aku yang sombong bagak tu nak kahwin dengan perempuan biasa? apadah jadi ni? kalau betul..inilah berita paling panas dan menakjubkan..kena bagitahu mama dengan papa nih…doa dah dimakbulkan..mama dengan papa bakal dapat menantu solehah! walaupun anak mereka itu..emm..aik? kejap..nak ke perempuan tu dengan abang aku? “Sekarang..boleh aku masuk?” Hannah angkat kening.Maira ketawa kecil.
“Boleh..boleh..silakan..”
“Tak nak masuk sekali..berkenalan dengan bakal kakak ipar? muda dari kau lagi…pandai tak abang Fawaz pilih..cikgu tau”.Dia pula ketawa melihat keterujaan Maira.
dengan bakal kakak ipar aku yang muda tu ya?” “iyalah…kau berdoa ajalah supaya jadi..”
“Belum jadi lagi ke?” Maira rasa kecewa pula.Sekali tengok aja pada perempuan tadi dia memang dah berkenan..samalah pulak citarasa dengan abang aku tu..
“Belum sebab abang kau tu lembab..so,harap-harap takde aral yang mendatang” “Amin!!!” Maira menadah tangan dan menyapu mukanya.
+++++++++++++++++++++++++++
“Assalamualaikum..Sorry ..dah lama ke tunggu?” Hannah menghampiri Batrisya yang kelihatan sedang membaca.
“Waalaikumussalam…eh,dah habis meeting ya?” “Dah..”
“Busy ke hari ni..maaflah kalau urusan saya ni menambahkan lagi kesibukan awak” “Eh..takdelah…last meeting untuk hari ni..sekarang dah dekat pukul 3 petang dah kan? emm..so,ada bawa kertas kerja program tu tak?”
“Ada..”Batrisya menyerahkan sebuah fail kepada Hannah.
“Sebenarnya,ini cuma prosedur aja..”Hannah membelek kertas kerja tersebut.Dia melihat tentatif program dan bajet yang disenaraikan.
“Kenapa bajet sikit sangat? 3500 ringgit sahaja?”
“Emm..sekolah dah takde duit..duit PIBG pun tak banyak..sebab tu kena cari penaja..sumbangan pun tak dapat banyak mana”Suara itu kedengaran sedih saja.
“Oh..okeylah..sebenarnya saya dah siapkan cek..kejap ya” Hannah bangun dan mengambil cek yang ditinggalkan Maira di atas meja.Kemudian dia kembali ke duduk di sofa.
“Ini cek sepuluh ribu ringgit..dan semua resit pembelian cenderahati,awak boleh letakkan atas nama syarikat saya..nanti Maira,pengurus kewangan saya akan uruskanlah..kalau masih lagi perlukan apa-apa,saya cadangkan awak jumpa abang Fawaz,dia tu ramai kawan
perniagaan..kalau awak nakkan penaja barangan atau cenderahati..dia boleh uruskan” “Abang Fawaz? ish..tak naklah menyusahkan dia..” mendengar nama Fawaz tiba-tiba dia jadi malu.Bukan apa,kenapa sejak dua tiga hari kebelakangan ini,nama Fawaz itu begitu sinonim dengannya? hari ini sahaja dia kerap menyebut nama Fawaz!
“Takpe…percayalah,dia akan tolong awak..”Bila-bila masa aja Sya! kau cakap aja nak apa..dijamin dapat!
“Terima Kasihlah..saya hargai sangat bantuan awak ni..” “Its okeylah..kita bukannya orang lain..”ayat itu penuh makna.
“lagipun,awak kata nak tolong saya juga kan?” sambung Hannah lagi.
“Owh..pasal hari tu ya? mestilah boleh..saya doakan..awak istiqomah melaksanakannya..” Batrisya memegangan tangan Hannah,seakan memberi kekuatan untuk Hannah berusaha. “Sebenarnya,saya berdebar jugak..maklumlah,tak pernah pakai tudung..” Hannah melepaskan nafas supaya hilang rasa bedebarnya.Bukan mudah juga untuk dia ambil keputusan memakai tudung.
“Takpe..kalau adik-adik kecil yang pergi sekolah tu pun boleh tahan..kenapa tak kita orang dewasa..” Batrisya memberi kata-kata semangat.
“Ye la kan..InsyaAllah saya cuba..”
“Eh..kita dah lambat ni..jom kita pergi?” Ajak Batrisya.Selain dari mahu membantu Hannah membeli tudung.Dia mahu membelikan kain untuk baju Melayu abang Fawaz..
Hannah mengambil tas tangannya.Dia kemudian mencapai Blackberry di atas meja.Diperiksa seketika dan terdapat 25 miscall serta 10 mesej dan semuanya daripada pujaan hatinya.Alamak!! terlupalah nak call dia..mestilah dia merajuk tu nanti! nak call tak sempat..balas mesej?
emm..nantilah! Sya dah tunggu dari tadi..