• Tidak ada hasil yang ditemukan

Suami yang Kubenci 52 by E-man Sufi

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 160-164)

Fawaz mengatur langkah ke muka pintu yang tertutup rampat.Suara memberi salam sudah tidak kedengaran.Takkan Batrisya dah balik kut? dia pun tak pasti suara lelaki atau perempuan tadi kerana kedengarannya agak sayup.Fawaz segera membuka pintu.

“Assalamualaikum…”Suara garau kedengaran.Seorang lelaki berpakaian comot dan dipenuhi kesan minyak hitam berdiri di depannya.Hek Elleh…Wahab rupanya?

“Kau Wahab…aku ingatkan siapalah tadi.Cari Uwais ke? dia ada kat dalam…masuklah” Fawaz mempelawa.Manalah buah hati aku ni…bilalah nak sampai!

“Tak apalah,aku datang ni nak hantar kereta dia..dah siap aku baiki..”Jawab Wahab.Selain daripada rakan kongsi Uwais dalam perniagaan menjual burger,Wahab juga bekerja sebagai mekanik di bengkel ayahnya.

“Nah,kau tolong berikan kunci kereta dia ni…aku dah nak baliklah,kau tengok awan tu..dah gelap sangat..bila-bila masa aja hujan akan turun”

“iyalah…okeylah..nanti aku beri pada Uwais..”Fawaz mengambil kunci yang dihulur.Wahab sudah berlari anak menuju ke arah sebuah motosikal.Seorang remaja lelaki menunggunya di situ. Adik Wahab barangkali.Fawaz lihat ada rintik-rintik hujan sudah membasahi lantai simen.Dia mengalih pandang pada garaj.Semua kereta sudah diletakkan di dalam garaj.Tidak perlulah dia keluar untuk mengalih mana-mana kereta pun.Tapi kalau Batrisya sampai dia nak letak kereta di mana? semua ruang dah penuh tu..

Hujan turun semakin lebat sehingga membasahi rumput-rumput hijau di halaman rumah agam itu.Fawaz masih setia di muka pintu.Matanya memerhatikan pintu pagar yang terbuka

luas.Agaknya Batrisya tak jadi datang tak? kalau aku call dia,nampak macam aku mendesak sangat ke? padahal nak ambil ukuran baju aja pun..nanti apa pulak dia fikir.Dah la dia tu tengah sibuk kan?

Fawaz menghela nafas kehampaan.Baru sahaja dia nak menutup pintu,matanya tertancap pada sebuah kereta MyVi putih yang masuk ke perkarangan rumah.Diparkirkan di tengah laman.Fawaz senyum.Yiii..hah!!! datang jugak akhirnya.Fawaz hairan kenapa Batrisya masih belum keluar dari perut kereta.Alahai…hujan kan,mesti ambil masa nak buka payung lagi…kesian buah hati aku.. Tiba-tiba handset di dalam poket seluar jeansnya berbunyi.Fawaz segera mengeluarkan I phone 4 dari dalam poket seluar.Tertera nama Batrisya.Aik? rasanya dia boleh nampak aku kat

sini,apsal nak call pulak lagi?

“Kenapa Sya?” terus Fawaz bertanya sebaik saja talian dijawab.

“Abang Fawaz, emm..Sya lupa bawa payunglah..boleh pinjam payung tak?” terdengar suara lembut itu berbicara.Alahai sayang abang Fawaz..lupa bawa payung ya..

“Sya tunggu ya? abang bawakan payung..”Fawaz segera menyarung sandal.Dia membuka almari serbaguna yang diletakkan di tepi ruang legar rumah itu.

“Aik?? ada satu aja?”Fawaz garu kepala.Takkan aku nak kongsi dengan dia kut…kalau aku memang nak pun,dia tentu tak nak! uiks…dekat tu..hmm..perlukah aku ambil payung dalam kereta? tapi…dia berfikir seketika.

Fawaz tanpa berlengah mencapai payung bewarna merah hati itu.Terus saja dibuka dan dia segera berlari anak mendapatkan kereta Batrisya.Kemudian tingkap kereta itu diketuk perlahan. “Err…ada satu aja ke abang Fawaz?” Batrisya bertanya sebaik tingkap dibuka.Tempias hujan sedikit mengenai baju Fawaz.Kongsi payung dengan abang Fawaz? malunya…nak pandang dia pun aku segan ni pulak nak berdiri dekat-dekat…takkan ada satu payung aja?alahai…

“Sya keluar ajalah..abang payungkan! Sya tak payahlah risau,abang tak berdiri rapat dengan Sya..” arah Fawaz.

“Tapi…”

“Tak payah tapilah..hujan makin lebat ni..”desak Fawaz.Hujan memang semakin mencurah-curah.Fawaz juga terpaksa bercakap sedikit kuat kerana melawan deruan hujan

“Kejap..”Batrisya mencapai tas tangan dan beg kertas di tempat duduk sebelah.Dia segera keluar dari perut kereta.Sebaik saja dia keluar dan menutup pintu,dia berpaling pada Fawaz.

tapi tidak dirinya.Payung di tangan Fawaz masih memayungi Batrisya sedangkan dia berdiri dengan jarak yang sedikit jauh dan pakaian Fawaz sudah pun lencun dibasahi hujan.Batrisya rasa serba salah.

“Takpe…abang pun dah lama tak mandi hujan..jom kita masuk?” “Abang Fawaz,nanti kena demam pulak..”

“Kalau tak nak abang demam..jom cepat kita masuk!” Fawaz ketawa.Dia meraup wajahnya yang dibasahi rintik hujan.Angin yang bertiup buat tubuhnya yang kebasahan mula menggigil

kesejukan.

Batrisya segera mengatur langkah.Fawaz setia memayunginya.Baiknya abang Fawaz ni…bertuahlah perempuan yang dia nak kahwin tu..baju melayu tu punya pasal,abang Fawaz sanggup basah dalam hujan!

“Abang Fawaz! Sya minta maaf ya? menyusahkan aja..terpaksa pulak abang basah dalam hujan tu” Batrisya meminta maaf.Ketika itu mereka berdua sudah berada di muka pintu.Fawaz

meletakkan payung yang masih terbuka.

“Bilalah pulak abang terpaksa..kalau pasal Sya, bukan setakat basah dalam hujan..Sya suruh abang minum air hujan tu pun abang sanggup..”

“Hah??”

“Abang bergurau ajalah..”Fawaz ketawa kecil.Batrisya senyum saja.

“Abang mesti tak sabar nak kahwin kan? Sya nampak abang ni teruja aja nak buat baju melayu tu”

“Kahwin?”

“Iyalah…baju Melayu putih biasanya untuk majlis akad nikah..sebab tu Sya teka yang abang nak bernikah kan? bertuahnya perempuan tu..”

Fawaz terkedu.Pandainya dia agak yang aku nak kahwin? aish…takkan hati aku dengan hati dia sekata kut..kalau macam ni petandanya,mudahlah kerja aku.

“Memang abang nak kahwin…tak tahulah perempuan tu bertuah ke tidak dapat abang,tapi abang memang bertuah kalau dapat memperisterikan dia..”

“Insya Allah…kalau dah jodoh tu mestilah sepadan..Allah kan Maha Adil..”

Fawaz angguk.Kalaulah kau tahu sayangku Batrisya! kaulah yang abang nak jadikan suri dalah hati ni…Hujan kat luar tu umpama meraikan hasrat hati abang ni..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Aik? pergi kering balik basah ni apa kes? abang Fawaz mandi hujan tak ajak saya ya? Uwais memandang Fawaz dari atas sampai bawah.Basah satu badan! betul la abang Fawaz ni,tak pernah tengok hujan agaknya..

“Jangan nak mengada..hujan sekarang tak sama macam hujan masa abang kecil dulu,nanti macam-macam penyakit pulak dapat..”Hannah membantah.Tak cukup benjol kat dahi tu nak cari penyakit lain pulak.Ada-ada aja perangai nakal dia!

“Betul la Sya rupanya yang datang ya? Sarimah tersenyum melihat kehadiran Batrisya.Gadis itu menyalami tangannya sebelum duduk di sisi.

“Yang tadi tu bukan Sya la Mak Cik..Wahab yang datang,hantarkan kereta Uwais ni

hah..nah,kunci kereta kura-kura kau tu…dah baik daripada sakit demam kura-kura..” Fawaz menghulur kunci yang dikeluarkan dari dalam poket.Selepas Uwais mengambil kunci itu dia berlari anak ke biliknya untuk mandi dan menyalin pakaian.Nanti lama pulak Sya tunggu! “Wahab rupanya..dah okey ya kereta saya? alahai..rindu kat isteri nombor satu tu..”

“Apa bang? oh…abang lagi sayangkan kura-kura tu daripada sayalah ya?” Hannah memukul lengan Uwais yang menyengeh.

“Alah,dengan kereta pun nak cemburu ke..tengok la Hannah ni Sya..kalau Sya kahwin

nanti..perkara pertama..kurangkan perasaan cemburu dengan suami tau..” Uwais memandang raut wajah Batrisya yang tersipu malu.

“Apalah abang Uwais ni,Sya ni lambat lagi kut…”

“Sya belum berpunya ke? Mak Cik Sarimah memulakan misi.

“Belum lagilah Mak Cik…ada jugak Abang Hafiz nak kenalkan dengan kawan sekerja dia tapi Sya tak terfikir lagi..belum sampai seru agaknya..” jawapan itu agak melegakan hati

Sarimah.Hai..peluang besar ni..cepatlah Fawaz bertindak! nanti tak pasal-pasal jadi rezeki orang lain..

“Eh..pada firasat abanglah kan..dah tak lama dah..percayalah!” Uwais angkat kening.

“Pandai-pandai ajalah abang Uwais ni..”Wajah Batrisya memerah.Tak pasal-pasal aku pulak yang kena!

“Yang kau nak usik dia kenapa? tak cukup Hannah..Fawaz..Batrisya ni pun kau nak sakat..kau tringin sangat ke Uwais mak jahit mulut kau tu..nak? tak reti diam..pot.pet…pot..pet..”marah Sarimah.Uwais buat aksi zip mulut.Kemudian dia mencuit Hannah.

“Apa?” Hannah kerut dahi.Uwais tunjuk pada cawan berisi teh panas. Kemudian dia buat aksi nak minum.

“La..nak air ni? nak minum? cakap aja terus tak boleh?

Uwais geleng.Dia tunjuk pula pada maknya yang duduk berhadapan.Kemudian dia tayang muka garang dan siap buat gaya harimau mencakar.

Batrisya yang melihat aksi Uwais terpaksa menutup mulut dan menahan tawanya.Hannah turut ketawa dengan usikan “bisu” Uwais itu.Memang saja nak cari nahas dengan mak!

“Astaghfirullah budak ini! bercakap dengan tak bercakap..sama aja kau ya?dah macam Mr. Bean pulak aku tengok…

Uwais tunjuk lagi pada maknya lalu menggoyangkan jari telunjuk.Kemudian dia tunjuk pula benjol di dahi.

“Tak fahamlah!” Hannah kerut dahi.Susah jugak kalau tak bercakap ya?

“Iyalah…iyalah…kau boleh bercakap..mak izinkan..” Sarimah pening melayan kerenah Uwais.Dia faham yang Uwais maksudkan tak boleh melawan cakapnya.Tadipun dahinya dah benjol.Ada pulak masanya dia nak jadi lurus macam pembaris .

“Terima Kasih mak…”Uwais sengeh.

“Uwais..Uwais…ada-ada ajalah kerenah kau”

“Maaflah Sya…kena tunggu”Fawaz muncul semula.Dia sudah berpakaian bersih.T-Shirt bewarna putih dan seluar beggy.

“Handsomenya abang Fawaz..”Puji Hannah.Dia sengaja nak mengusik.

“Haahlah..Handsomenya abang..kalau saya jadi perempuan,saya dah lama jatuh cinta” Uwais berpandangan dengan Hannah.Ada senyuman tersirat yang dikongsi antara keduanya. “Kalau kau jadi perempuan..aku pun tak nak..”Fawaz ketawa sambil duduk.Uwais terpaksa tayang muka poyo.Hampeh!! nasib baik Batrisya ada,kalau tak dah lama aku kenakan abang Fawaz ni…tapi takpe,dia pun nak bahagia jugak..maklumlah! penyelamat dia daripada binatang penghisap darah ada kat sini..

“Elok kalau kita ambil ukuran sekarang ajalah kan? dah nak petang ni..Sya kena sampai rumah sebelum malam..”Batrisya mengeluarkan tali pita pengukur. dan buku nota.

“Takpe Sya..biar abang Uwais yang tolong ambilkan ukuran..nanti tersentuh pulak kulit abang Fawaz ni kan…batal pulak wudhu’ dia..” Uwais segera bangun dan mengambil pita pengukur. “Oh..emm..takpelah kalau abang nak tolong..” Batrisya ikut saja.Dia pun segan nak dekat sangat dengan Fawaz.Entah kenapalah dia rasa berdebar aja tiap kali Abang Fawaz memandangnya. “Hah..cepatlah berdiri abang Fawaz..Uwais ketawa.Wajah Fawaz sudah nampak bengang itu dipandang bersahaja.Arghhh!!!! kau memang nak kena Uwais! aku baru aja nak tengok Batrisya tu dari dekat..warghh!! Mak Cik Sari…boleh tak kalau Mak Cik suruh penyibuk ni blah aja masuk bilik? pergilah beromantik dengan Hannah tu! kau kacau aku buat apa?

“Okey..emmm..panjang 7 meter… lebih sikitlah…lebar..3 meter” Uwais berpura-pura mengukur badan Fawaz.

“Aik? itu macam bukan ukuran baju aja? abang biar betul?”Hannah pelik.Apasal dua aja ukurannya? bukan kena ambil ukuran leher..lengan lagi…

“Mari sini Uwais pita pengukur tu! kalau dilayan kau ni..sampai ke sudah tak ambil ukuran baju Fawaz ni” Sarimah bangun dan mengambil pita pengukur dari tangan Uwais.

“Kau ni pandai ke tak? kau ambil ukuran apa tadi tu? marah Fawaz.

Uwais ketawa.Batrisya tersenyum saja.Nakal betul abang Uwais ni…tak baik! kesian abang Fawaz..Dia tak sampai hati nak beritahu Fawaz.

“Haah,,,baju apa panjang sampai 7 meter?” Hannah tambah hairan bila Uwais ketawa tak berhenti.

“Bukan ukuran baju..ukuran keranda!!” beritahu Sarimah. “Hah? keranda? kurang asam kau Uwais!!”

“Ampun abang Fawaz!! saya bergurau aja..”

Fawaz baru saja nak menarik baju Uwais tapi Uwais sudah melarikan diri.Ketawanya masih kedengaran walaupun dia sudah berada di tingkat atas.

“Hannah masuk bilik dululah…nak mandi..”

“Eloklah..kau ajar sikit bertuah mak tu,takde kerja betul! asyik nak mengusik orang aja..”

Hannah senyum saja.Nak buat macamana mak..memang macam tu perangai dia..usik nakal aja! kalau dia takde,mak pun tahu…sunyi hidup kita!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Bila dah siap nanti..Sya telefon abang ya?” Fawaz menatap wajah langit seketika sebelum matanya menjamah raut wajah ayu di depannya.Hujan sudahpun berhenti dan gadisnya itu sudah mahu pergi.

“Iya…abang jangan risaulah! Sya akan siapkan secepat mungkin” Janji Batrisya. “Terima Kasih..” Senyuman Fawaz makin melebar.

“Sama-sama..Oh ya, ini ada jemputan ke majlis karnival ilmu hujung minggu ni..abang datang ya?” Batrisya mengambil sampul surat putih di dalam kereta lalu diberikan pada Fawaz. “Mestilah abang datang…emmm..abang pun ada sesuatu nak berikan pada Sya..” “Hah? apa dia?” Untuk aku pun ada? hmm..apa pulak agaknya!

Fawaz mengeluarkan sampul surat berwarna biru yang disisip di belakangnya. “Ini…”

“Apa ni? kad jemputan kahwin ya?” teka Batrisya.

“Buka masa Sya sampai di rumah ya?” Fawaz tidak mengiya atau menidakkan.Bukan! surat cinta abanglah sayang!

“Tak boleh tengok kat sini terus ke?”

“Jangan! kat rumahlah..” Fawaz melarang.Malulah kalau baca depan aku! “Okeylah…Sya balik dulu..Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam!” Fawaz menutupkan pintu kereta untuk Batrisya.Sempat dia melambaikan tangan sewaktu kereta itu meluncur pergi. Harap-harap Sya terima lamaran hati abang!

Suami yang Kubenci 53

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 160-164)

Garis besar

Dokumen terkait