• Tidak ada hasil yang ditemukan

Suami yang Kubenci 54 by E-man Sufi

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 168-172)

“Mana diorang ni Uwais? dah lama kita tunggu ni…orang lain dah sibuk main hah..kita duduk melangak kat gerai kau yang penuh dengan budak perempuan ni buat apa..”Fawaz sempat mengerling Putera dan kawan-kawannya melayan pelajar-pelajar perempuan yang mahu

membeli burger.Hannah dan Batrisya pula masih belum muncul selepas dibawa pengetua ke bilik VIP untuk jamuan selepas tamat Majlis Perasmian.Bukan mereka berdua tidak diajak tapi Uwais yang tak mahu! dia pun tak berapa nak tenteram hatinya bila Batrisya macam buat tak tahu aja.Tak tegur dan seakan dia tidak wujud di karnival itu.Dia marah ke? Aduh! janganlah dera abang macam Sya..kalau sudi katakan sudi..takdelah abang Fawaz ternanti-nanti.

“Mana tak ramai..kau tengok lah siapa yang ambil alih tempat aku tu…rebutan pelajar perempuan tu”

“Putera? ai…boleh tahan ya?handsome tu..” puji Fawaz.Nasib baik Putera tak dengar.Kalau tak mahu terbalik stall burger tu..

“Tengoklah siapa kakak dia..”Uwais sengeh.Dia maksudkan isterinya Hannah Maryam. “Kau tengok pulak siapa cikgu dia..”Tawa mereka berdua makin galak.Macamlah Batrisya ada kena mengena dengan ketampanan Putera..

“Uiks!! Abang Fawaz tengok tu..”Uwais menepuk lengannya.Fawaz memandang ke arah yang ditunjukkan.

“Mak Aih…Mak Cik Sari!! penuh tangan nampak?” teriak Fawaz pada Sarimah yang sedang membawa beberapa beg kertas dan hadiah.

“Wah..mak dapat kat mana ni?”Uwais membantu maknya itu meletakkan barangan itu di atas meja plastik.

“Mak join permainan tu la..”

“Mak join? err…boleh ke mak jawab soalan?”

“Kau ingat aku ni tak genius ke? kalau aku pergi ponitia.. “Panitia mak..

“Wat eber la..kalau aku pergi panitia yang jawab soalan bagai tu,boring kau tau tak?”

“Habis tu Mak Cik pergi mana?” tanya Fawaz.Ramai betul yang datang ke karnival tu sampai susah dia nak cari kelibat Batrisya.Dia kan pengarah program,tentu sibuk…macamanalah aku baru dapat jumpa dia..

“Tu hah…sebelah sana,ada pertandingan anyam ketupat..mak menang,dapat set Tupper Ware lagi..lepas tu mak pergi Panitia kemahiran hidup ke apa? kena buat jahitan tangan..pun mak menang jugak..dapat hadiah lagi..banyaklah mak pergi..yang korang berdua melangak kat sini buat apa? pergilah tajamkan minda korang yang tepu ni! asyik nak bercinta aja..pergilah! “Nak tunggu Hannah mak..”jawab Uwais.

“Kau Fawaz? tunggu Sya?” Fawaz sengeh saja.

“Mak nak pergi mana tu mak?” tanya Uwais bila maknya itu yang berpaling seakan mahu pergi dari situ.

“Nak cari Mak Nab kau..tadi mak nampak dia kat khemah sana..nanti bolehlah mak kenenkan Si Fawaz ni jadi menantu dia..”

“Cantek…mak cik memang superb..nanti saya hadiahkan mak cik set barang kemas terbaik punya” Fawaz tayang senyuman yang dah nak sampai ke telinga.

“Oi..bagi rasuah ke apa?” Uwais ketawa bila maknya tunjuk thumbs up. “Bukan rasuah..upah sebagai PA kan mak cik?”

“tau takpe…nak harap kau bagi? bertanduk aku tunggu..”

“Ye lah..Abang Fawaz kan kaya raya..bagilah satu lori,mesti mak puas hati..” “Elleh..usik sikit terasa hati..kau usik dia takpe pulak ya..sensitip!”

“Betul tu Mak Cik ..sensitip..”Fawaz meniru gaya cakap Sarimah. “Yang kau bercakap macam aku kenapa? ejek Mak Cik ya?” Fawaz terkedu.Uwais ketawa.Padan muka! usik aku sangat kan? “Malaslah nak layan korang berdua..”Sarimah berlalu dari situ.

“Bosanlah Abang Fawaz..manalah pujaan hati aku ni..”Uwais garu kepala. “Kau ni aku tengok,releks aja..kau takde Panitia ke?’

“Errr…ada tapi,biarlah student yang jaga khemah tu..saya nak menang banyak hadiah untuk isteri saya..”

“Elleh..aku pun nak menang banyak hadiah jugak untuk….”Fawaz nampak Hannah dan Batrisya sedang berjalan kea rah mereka.

“Untuk siapa?”

“Bakal isteri akulah..tu hah..”

Uwais nampak Hannah dan Batrisya.

“Itu ke orangnya…barulah saya kenal..macam tak padan aja”Uwais sengeh.Fawaz menyengkeh kepalanya.

“Adoi!!” Uwais ketap bibir.Selamba pulak dia sengkeh kepala aku.Ingat aku tak bayar zakat kepala ke?

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ “Kita nak pergi khemah mana dulu ni abang? banyak sangat ni..” “Kita pergi Panitia Matematik dululah..”

“Okeylah..Eh, Jom Sya?”

“Abang Fawaz tak nak ajak ke? tanya Fawaz.Sudahlah Batrisya tu diam aja sedari tadi.Kalau bercakap pun dengan Uwais dan Hannah aja.Kenapa? kenapa? kenapa?

“Ikut sekalilah..tak tahulah kalau Abang Fawaz nak ajak Sya pergi ke khemah lain kan..”

“Sya ikut Hannah dengan Abang Fawazlah..”jawab Batrisya.Fawaz terlongo.Adoilah…sampai hati tak nak berpasangan dengan aku…Waaaa..adakah ini tanda-tanda bahawa aku telah ditolak? “Jomlah cepat..Masa berjalan ni,nanti habis semua hadiah orang lain dapat..”Uwais menarik tangan Hannah.Mereka jalan berdua di hadapan.

Fawaz berjalan seiringan dengan Batrisya di belakang. “Sya…pasal surat tu..”Fawaz memulakan bicaranya.

“Kita join permainan yang ada dululah ya..pasal surat tu,kita cakap kemudian..”

Jawapan itu buat Fawaz terkedu.Baru aku mula nak bermukaddimah dah kena cut?? Tidak!!!! janganlah siksa jiwa aku macam ni..Janganlah main tarik tali macam ni sayang!

“Cepatlah jalan abang Fawaz..” Batrisya berhenti melangkah bila Fawaz tiada di sebelahnya. “Abang Fawaz!! nak pergi tak?”

“Nak..”jawab Fawaz perlahan.Bunyi macam penuh kehampaan. “Emm..Abang Fawaz dapatkan banyak hadiah untuk saya boleh tak?”

“Apa??” Fawaz yang tadi rasa kecewa mula berbunga-bunga di hati.Batrisya senyum. Pergh!! cunnya anak Pak Imam ni!

“Kalau tak dapatkan 10 hadiah..saya tak nak bagi jawapan pasal surat tu..” Batrisya terus berlalu selepas berkata begitu..Fawaz terlongo..cabara tu! takpe Sya sayang..usahkan 10…100 pun boleh!!

++++++++++++++++++++++++++++++++

“Apa ni abang! tembak anak itik tu pun tak kena? buat malu ajalah! “marah Hannah.Usahkan nak jawab soalan..permainan tembak anak itik tu pun Uwais tak boleh selesaikan..kalau kena seekor pun takpe,ini tak..satu pun tak kena!

“Dah nak buat macamana..abang bukan polis,tentera apatah lagi…memanglah tak kena!” Uwais memberi alasan.Mereka sudah beredar dari Panitia Matematik tanpa berjaya mendapat apa-apa. “Dapat hadiah tak?” tanya Batrisya yang muncul di belakang Hannah.

“Nak dapat hadiah apa..tembak pun tak kena” Hannah mencebir.Uwais cekak pinggang. “Sayang cakap pandai..apasal tak sayang aja yang tembak tadi..”

“Sebab saya fikir abang tu terror sangat! rupanya hero kampung aja! tembak anak itik plastic tu pun tak kena..kalau saya dapat senapang mainan tu,saya tak tembak itik tu..saya tembak abang aja terus..” Hannah berjalan pergi ke khemah sebelah.Uwais hampir tenganga.Amboi…aku nak ditembaknya? uiks..apasal garang sangat? tahulah menantu Sarimah!...betul punya marah sayang aku ni..dah lama aku tak bergaduh dengan dia macam ni..rasanya macam masa

mula-mula kahwin dululah pulak!

Batrisya tak tahu nak cakap apa.Wajarkah aku berjalan dengan diorang ni? daripada aku tengok peperangan suami isteri macam ni baik aku jalan dengan Abang Fawaz lagi baik..malupun takpe! mana pulak hilangnya abang Fawaz ni? Batrisya memandang sekeliling.Dia nampak Fawaz di khemah Panitia Matematik.Fawaz sedang menembak anak-anak itik plastik yang cuba

diselesaikan abang Uwais tadi.Bezanya,Abang Fawaz berjaya menembak tepat 10 ekor anak itik plastic itu dengan mudah!

“Pandainya abang tembak?” puji Batrisya sebaik saja dia menghampiri.Ada tepukan daripada beberapa pelajar yang turut berada di khemah itu.Fawaz senyum bangga.Dia pandang pada Uwais yang tidak jauh dari situ.Uwais pula memandang Hannah dan hanya jelingan yang dia dapat! masak aku macam ni..abang Fawaz terror la pulak…

“Abang kena selesaikan permasalahan Matematik ni..kalau betul baru dapat hadiah teddy bear besar ni” beritahu pelajar perempuan yang bertugas di khemah itu.

“Yak ke? ingatkan tembak semua itik dah boleh dapat..” “Kena jawab soalan bang..nama pun Karnival Ilmu..kan cikgu?”

“Abang Fawaz selesaikan ajalah..boleh ke tak? nak saya tolong jawabkan?”

“Eh..takpe..senang aja ni..” Fawaz merenung kertas kecil yang diberi.Bukanlah susah pun,hanya soalan perihal pecahan sahaja.

“Dah siap..” Fawaz menyerahkan kertas itu.Pelajar itu meneliti jawapan.

“Tahniah..jawapan abang betul!..ini hadiahnya…” pelajar itu menghulurkan teddy bear. “Sya..abang Fawaz dah dapat satu untuk Sya!” Fawaz menggoyangkan teddy bear sebesar pemeluk itu.

“Comel…”

“Hmm..tapi ada 9 ekor lagi belum dapat..”Fawaz memandang khemah mana yang dia perlu pergi. “Kita pergi khemah Panitia sebelah lah..kita tengok apa yang abang Uwais buat tu..” ajak

Batrisya.

++++++++++++++++++++++++++++++

“Mesti kena celup ke?” tanya Uwais? dia lihat baldi yang penuh dengan air sabung yang dicampur nila itu.

“Kenalah celup cikgu..ada bola ping pong dalam ni…pada bola tu ada tulis nombor soalan..ada tiga katagori sebab ini khemah gabungan panitia subjek Pendidikan Islam,Syariah Islam dan Sejarah..cikgu cubalah..”

“Apa kata kalau sayang aja yang celup baldi tu? tadi abang dah main kat Panitia sebelah..” bisik Uwais.

“Ish..tak naklah! habislah kulit saya nanti..abang ajalah!” “Lepas tu kalau abang tak dapat jawab mulalah marah..”

“Kata cikgu..takkan tak dapat..”Hannah menyindirnya.Uwais mahu tak mahu menyinsing lengan baju kemejanya separas siku lalu mencelup baldi itu.Sebiji bola ping pong diambil dan diserahkan pada pelajar di depannya.

“Soalan 13..Siapa yang nak jawab?”

“Hah..isteri cikgu yang jawab…”beritahu Uwais. “Abang…”Hannah mencubit kecil lengannya.

“Kata ada Master kan..belajar kat UK takkan tak boleh jawab..”

“saja aja tau..siaplah kat rumah nanti” ugut Hannah.Dia mengawal suaranya supaya pelajar Uwais tidak perasan yang mereka berbalah.

“Soalan Sejarah kak..”

“Sejarah? alah..senang aja…” Uwais tepuk tangan.Hannah senyum tawar.Tu tepuk nak kenakan akulah tu..

“Sedia kak ya? okey..Beliau diberikan gelaran sebaik-baik raja yang mempunyai sebaik-sebaik tentera..beliau juga bertanggungjawab membuka kota Konstantinopel di Spanyol..siapakah beliau yang dimaksudkan?

Hannah telan liur? Mak Aih…soalan sejarah tamadun Islam ke? manalah aku pernah belajar dik oi..dia pandang Uwais yang menyengeh.

“Jawablah cepat…lama ni..”Uwais mengomel.

“Emm..apa ya? tak ingatlah dik..”Hannah terpaksa memberi alasan.Aku tak tahulah! “Cikgu jawab boleh? tanya Uwais pada pelajar itu.

“Boleh cikgu..sesiapapun boleh…”

“Senang sangatlah soalan tu..lain kali bagilah yang susah sikit…jawapannya Sultan Muhammad Al -Fateh..” Uwais jawab sambil memandang Hannah.

“Betul..wah..pandailah cikgu..” puji pelajar perempuan itu.Hannah pandang Uwais.Wah!! terrornya suami aku..apsal aku boleh tak tahu jawapan tu? inilah kalau kurang membaca buku ilmiah! Uwais senyum bangga.

“Ini hadiahnya cikgu..Teddy Bear untuk soalan nombor 13..yang paling besar sekali..” “Berikan pada isteri saya..”

“Nah kak..comelnya teddy bear untuk akak” beberapa pelajar lain di Panitia itu tepuk tangan.Hannah ambil juga.

“Senyumlah sayang..kan abang dah dapatkan teddy bear tu..”bisik Uwais.Hannah senyum comel. “Hannah dapat teddy bear besar jugak?” Batrisya menyapa.Hannah angguk.

“Sama..”Batrisya tayang teddy bear yang diberi Fawaz.Keduanya ketawa.

“Kita main yang inilah pulak Sya..”ajak Fawaz.Dia merenung baldi berisi air sabun yang dicampur nila itu.Menurut keterangan pelajar perempuan itu,baldi itu perlu dicelup untuk mendapatkan nombor soalan.

“Biar Sya yang celup..Abang Fawaz jawab soalan..” “Eh..jangan! kotorlah..biar abang ajalah..” tegah Fawaz. Hannah cuit Uwais.

“Apa?”

“Tengok? Abang Fawaz siap tak kasi Sya celup air kotor tu..abang?” sindir Hannah.Memang tak romantik!

Uwais tayang muka selamba.Aku jugaklah yang kena!! yang baik Abang Fawaz ajalah!

“Soalan nombor 3…pendidikan Syariah Islam bang…sebutkan syarat sah perkahwinan..” beritahu pelajar itu sebaik saja bola ping pong diberi padanya.

“Hah??? Fawaz terkejut.Batrisya yang berdiri di sebelahnya menahan tawa.Kebetulan lah pulak!! “Boleh ke abang Fawaz? “ Tanya Hannah.Abang Fawaz dah ambil kursus kahwin belum? “Uiksss..sungguh mencabar soalannya..jawablah abang Fawaz!” Uwais sengeh.Habislah abang Fawaz..Anak Pak Imam ada kat sini..calon isteri tu! Fawaz pandang Batrisya.Kalau aku tak dapat jawab..mana aku nak letak muka yang handsome ni? syarat sah perkahwinan tu…

Suami yang Kubenci 55

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 168-172)

Garis besar

Dokumen terkait